Fiqh Awlawiyyat

13,070 views

Published on

Published in: Education, Spiritual
  • Be the first to comment

Fiqh Awlawiyyat

  1. 1. APA YANG PERLU AWDA KETAHUI
  2. 2. TINDAKAN KERAJAAN Membaca Qunut Nazilah Mengurang aktiviti dan interaksi sosial Sekolah dicutikan sementara
  3. 3. MUQADDIMAH. suatuasas dalam melaksanakan hukum Islam memang jelas diterima oleh syariat Islam. Banyak ayat-ayat al Quran dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w dan amalan para sahabat Rasulullah s.a.w juga menunjukkan prinsip ini dipakai. Perlu dilihat dari berbagai dimensi dan dengan mengambil kira berbagai pra syarat.
  4. 4. MUQADDIMAH. Persoalan yang masih timbul:
  5. 5. DEFINISI FIQH AL-AULAWIYAT Fiqhbermaksud kefahaman dan pengetahuan berkenaan hukum syarak. Cara pengambilan hukum-hukumnya daripada nas-nas al- Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Al-aulawiyat pula bererti ‘keutamaan’. ‘fiqh al-Aulawiyyat’ bermaksud keutamaan dalam melakukan sesuatu, baik antara sesuatu itu sendiri dan sesuatu yang lain atau antara perkara-perkara dalam sesuatu yang hendak dilakukan itu sendiri. Juga diertikan sebagai meletakkan segala sesuatu pada tangga dan peringkatnya yang sebenar dengan pertimbangan keadilan, sama ada mengenai perbuatan, pemikiran, hukum-hakam dan nilai-nilai akhlak mulia.
  6. 6. DEFINISI FIQH AL-AULAWIYAT Dr. Yusof al-Qaradawi, Kepentingannya: Dapat merawat kecelaruan nisbah dan pertimbangan dari sudut syarak. Meletakkan sesuatu pada kedudukannya secara adil. Menentukan keutamaan masing-masing berasaskan kepada pertimbangan syarak yang betul dengan berpandukan kepada bimbingan wahyu dan akal. Semua perkara diletakkan pada tempatnya berpandukan ukuran keadilan tanpa prejudis atau berat sebelah.
  7. 7. Konsep al-Aulawiyyat. Mengutamakan sesuatu keperluan itu di tempat yang lebih utama dalam melaksanakan hukum dan nilai Islam. Tergantung hubungannya dengan hakikat dan situasi. Seperti dalam firman Allah SW: “Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan Haji, dan [hanya perbuatan] memakmurkan Masjid al-Haram itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? mereka [yang bersifat demikian] tidak sama di sisi Allah, dan Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.”
  8. 8. Konsep al-Aulawiyyat. “ [Sesungguhnya] orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah [daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan Masjid sahaja]; dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.” segala sesuatu itu mesti diletakkan pada kedudukan dan tempatnya secara adil dan sesuai mengikut pandangan Syariat Islam, tanpa adanya mana-mana bahagian yang dirugikan ataupun diabaikan.
  9. 9. DEFINISI SIYASAH SYAR’IYYAH ‘Siyasah’pada bahasa bermaksud ‘mentadbir sesuatu perkara dengan baik’ atau ‘pemerintah mentadbir urusan rakyat’. ‘Syari`ah’ berasal dari perkataan “Syari`at” dalam bahasa Arab, diertikan sebagai ‘pembawaan yang jelas’. ‘Syari`ah’ dalam al-Quran bermaksud: Peraturan hidup yang terkandung dalam suruhan dan larangan. Seluruh ajaran agama yang merangkumi aspek keimanan, perundangan dan akhlak. ‘Syari`at Islam’ ialah seluruh apa yang disyari`atkan oleh Allah SWT di dalam agama sama ada dengan wahyu atau dengan sunnah rasul saw.
  10. 10. DEFINISI SIYASAH SYAR’IYYAH Menurut istilah para fuqaha’ siyasah syar’iyyah: “Tindakan pemerintah terhadap sesuatu perkara kerana mendapatkan suatu kemaslahatan walaupun tindakan itu tidak mempunyai dalil pada juzu’nya.” “Menguruskan kemaslahatan manusia dengan mengikut ketentuan syarak.” “ilmu yang membincangkan mengenai pentadbiran sesebuah kerajaan Islam yang terdiri daripada undang- undang dan sistem yang berasaskan kepada asas-asas Islam.”
  11. 11. DEFINISI SIYASAH SYAR’IYYAH Mentadbir urusan umum daulah Islamiah dengan cara yang membawa kebaikan kepada manusia dan mengelakkan mereka daripada kemudharatan, tanpa melanggar sempadan syarak dan asas-asas kulliah walaupun dalam perkara yang tidak disepakati oleh ulama’ mujtahidin.” Tajuk perbincangan siyasah syar`iyyah ialah sistem, peraturan dan undang-undang yang diperlukan di dalam mengurus sesebuah negara bertepatan dengan asas- asas agama bagi menjamin pencapaian kemaslahatan kepada manusia, menunaikan segala keperluan mereka dan menjauhkan mereka daripada kemudaratan dunia dan akhirat.
  12. 12. Tujuan siyasah Syar’iyyah Untuk melaksanakan maqasid syarak iaitu yang terkandung di dalam perkara yang berkaitan dengan:
  13. 13. Tujuan siyasah Syar’iyyah Syariat Islam tidak akan dapat di sampaikan dan ditegakkan dalam kehidupan manusia melainkan dengan kuasa pemerintahan, Terutama perkara yang berkaitan dengan pelaksanaan undang-undang dan sistem hidup dalam seluruh aspek kehidupan manusia.
  14. 14. FIQH Al-AULAWIYAT DALAM SIYASAH SYAR’IYYAH Berpandukan wahyu illahi dan manhaj Nabawi serta amalan salaf al-Salih, menunjukkan fiqh al- Aulawiyyat diaplikasikan dalam pelbagai aspek kehidupan. Terdapat beberapa garis panduan Syarak yang perlu diikuti. Fiqh al-Aulawiyyat mempunyai hubungan yang kuat dengan beberapa jenis fiqh yang lain.
  15. 15. FIQH Al-AULAWIYAT DALAM SIYASAH SYAR’IYYAH
  16. 16. Fiqh al-Muwazanat . Bermaksud kefahaman dan kemahiran membanding dan membezakan antara perkara- perkara. Menurut al-Qaradhawi, ada tiga asas di mana perbandingan perlu dibuat. Asas-asas tersebut iaitu :
  17. 17. Fiqh al-Muwazanat .
  18. 18. Menentukan mana yang terbaik antara yang baik dalam melaksanakannya.
  19. 19. Menentukan mana yang terbaik antara yang baik dalam melaksanakannya.
  20. 20. Nilai atau kesan baik dan buruk dalam perbuatan atau keadaan yang sama.
  21. 21. Menentukan keburukan antara keburukan- keburukan yang ada. Para fuqaha telah menentukan berbagai-bagai kaedah, antaranya : Keburukan perlu dihapuskan semungkin yang boleh. Keburukan tidak boleh dihapuskan dengan keburukan yang lebih atau sama besar. Keburukan yang sedikit ditanggung bagi mengelak keburukan terhadap umum.
  22. 22. ASAS PERBANDINGAN DALAM FIQH AL- AULAWIYYAT. kaedah yang perlu digunakan dalam menentukan keutamaan ialah samada akal, ketentuan syariat sendiri atau keduanya. ASAS PERBANDINGAN Fiqh al-syar’ Fiqh al-waqi’
  23. 23. FIQH AL-SYAR’ kefahaman tentang nas dan objektif syariat dalam menentukan hukum. Fiqh al-syar’ Fiqh Al- Fiqh Al- Maqasid. Nusus
  24. 24. Fiqh al-Maqasid. Para jumhur ulama telah bersepakat bahawa hukum-hakam Syarak itu mempunyai illat (sebab dan alasan). Di sebalik semua illat tersebut mengandungi maksud-maksud dan tujuan-tujuan tertentu yang hendak dicapai. Allah SWT tidak mencipta syariat yang sia-sia dan tanpa tujuan. Perkara-perkarayang termasuk ke dalam ibadah al- Mahdah (semata-mata ibadah) juga mempunyai tujuan dan maksud tersendiri.
  25. 25. Fiqh al-Maqasid. Dari asas-asas inilah objektif penentuan hukum itu difahami. Kefahaman yang baik mengenai ajaran Allah apabila kita dapat mengenali dan memahami maksud dan tujuan Allah swt dalam menentukan perintah-perintah-Nya. Dengan demikian, kita berupaya untuk mengamalkan dan mencapai objektif berkenaan melalui perlaksanaan tugasan itu.
  26. 26. Fiqh al-Nusus. Menjelaskan mengenai hukum-hakam yang juz’i. hukum-hukum furu’ (cabang) akan ditinjau kembali melalui kaedah-kaedah umum dan hukum asalnya.
  27. 27. Fiqh al-Nusus. •Difahami mengikut kaedah Dalil zanni dalil-dalil qat’i, Dalil al- •Difahami mengikut kaedah Mutasyabih al-Muhkam. Ramai orang yang salah dalam memahami maksud-maksud Sunnah Rasulullah S.A.W. kerana mereka banyak membincangkan perkara perkara- perkara yang lebih mendalam dan terperinci jika dibandingkan dengan Al-Quran.
  28. 28. Fiqh Al-Waqi’ Fiqh al-Waqi’ bermaksud kefahaman yang mendalam tentang realiti hidup. Ia boleh terbina melalui pembacaan, penelitian dan penyelidikan yang ilmiah tentang realiti hidup semasa dalam pelbagai aspek yang berkaitan. Dalam beberapa hal, kefahaman terhadap nas dan objektif syarak juga mungkin bergantung atau berkait rapat dengan kefahaman terhadap realiti hidup semasa. Inibererti kemahiran memahami nas (Fiqh al-Nusus) dan kemahiran memahami objektif Syarak (Fiqh al-Maqasid) semata-mata belum tentu menjadikan seseorang itu mampu membuat perbandingan antara berbagai-bagai keadaan dan nilai (al-Muwazanat).
  29. 29. Fiqh Al-Waqi’ Penyelidikan ilmiah perlu dilakukan dalam setiap lapangan hidup. Seorang fakih bukan sahaja perlu mampu memahami teks-teks fiqh lama, tetapi juga perlu mampu menyelidik kenyataan dan realiti hidup semasa. Meskipun realiti hidup itu penting diberi pertimbangan dalam menentukan keutamaan, namun nas dan objektif Syarak perlu menjadi asas yang paling utama, Begitulah juga sebaliknya.
  30. 30. Fiqh Al-Waqi’ Penganalisisan •berasaskan keilmuan semasa. pengutamaan •berasaskan realiti hidup semasa. Segala pandangan para fuqaha’ terdahulu bolehlah dijadikan panduan yang berguna di dalam memahami nas dan objektif Syarak, juga realiti hidup hari ini.
  31. 31. Pengaplikasikan fiqh al-Aulawiyat dalam Siasah Syar’iyyah. Dari al-Qurandan hadisNabawi serta amalan salaf al-salih, jelas menunjukkan betapa fiqh al-aulawiyat diaplikasikan dalam pelbagai aspek kehidupan samada yang berkaitan dengan agama, pekerjaan, bangsa dan sesebuah negara. Imam Syafi’i pernah berkata : “Belajar ilmu itu lebih baik daripada sembahyang seribu raka’at”. Imam Syahid Hassan al-Banna pernah menyelesaikan isu mengenai bilangan raka’at sembahyang Tarawikh itu 20 atau 8 raka’at. Isu ini hamper menimbulkan pergaduhan dikalangan pengikutnya. Akhirnya beliau berkata: “Menjaga hubungan Ukhuwah Islamiah adalah wajib dan memecahkannya adalah haram. Justeru adalah lebih baik menjaga yang wajib daripada melakukan yang sunat”.
  32. 32. Pengaplikasikan fiqh al-Aulawiyat dalam Siasah Syar’iyyah. Mengahwinkan anak lebih aula daripada mengerjakan ibadat haji sunat. Ustadz Fahmi Huwaidi pernah berkata : “Menolong saudara Islam di Bosnia hendaklah didahului daripada mengerjakan fardhu haji ketika peperangan berlangsung”. Pendapat ini disokong oleh Dr.Yusuf al-Qaradawi. Memberi nafkah kepada tanggungan keluarga lebih baik daripada bersedekah. Membayar hutang lebih baik daripada bersedekah. Belajar ilmu fardhu ain lebih baik daripada belajar ilmu fardhu kifayah.
  33. 33. Kesimpulan. Fiqh al-Aulawiyyat merupakan satu ilmu yang sangat berguna dan penting, kerana ianya membahas kepincangan dan penilaian yang bercampur aduk dari sudut pandangan Syariat Islam untuk menentukan sesuatu perkara, pemikiran dan perbuatan. Ada perkara yang mesti diutamakan dan didahulukan dan ada pula perkara yang seharusnya diletakkan kemudian dan di tempat yang terakhir. Zaman moden ini sudah terjadi kepincangan penilaian dan pertimbangan di kalangan kaum Muslimin mengenai keutamaan dan prioriti tugas-tugas harian mereka.
  34. 34. Kesimpulan. ilmu Fiqh al-Aulawiyyat ini memberikan penjelasan mengenai sebilangan besar keutamaan yang telah digariskan oleh Syariat Islam dan dijelaskan dengan hujah-hujah dan dalil-dalil yang nyata. Dengannya, dapat membantu kita meluruskan kefahaman dan membuat prioriti terhadap segala perkara yang berkaitan dengan aspek kehidupan kita.
  35. 35. SEKIAN TERIMA KASIH

×