Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Sebelum majlis bermula

385 views

Published on

  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Sebelum majlis bermula

  1. 1. SEBELUM MAJLIS BERMULA  MOHON PARA HADIRIN PENUHKAN RUANG TEMPAT DUDUK DIHADAPAN  MATIKAN TELEFON BIMBIT SEMASA MAJLIS BERLANGSUNG  MOHON PARA HADIRIN TIDAK MENINGGALKAN MAJLIS SEHINGGA MAJLIS SELESAI KERANA INI MERUPAKAN MAJLIS RASMI SEKOLAH  DAN MOHON TETAMU BERDIRI KETIKA VVIP BERJALAN MASUK FATIMAH PENGUMUMAN KETIBAAN MENGUMUMKAN KETIBAAN TETAMU KEHORMAT, YANG BERBAHAGIA, PROF. IR. DR. KAMAL NASHARUDDIN BIN MUSTAFA, TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR ALUMNAI DAN PENGURUSAN, UNIVERSITI TENAGA NASIONAL, DIIRINGI OLEH PENGETUA, PENTADBIR SEKOLAH DAN DIF-DIF JEMPUTAN. HADIRIN MOHON BERDIRI. KATA ALU-ALUAN Melayang serindit di atas permatang, Merbah berkicau di hujung muara, Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara. YANG BERBAHAGIA, PROF. IR. DR. KAMAL NASHARUDDIN BIN MUSTAFA, TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR ALUMNI DAN PENGURUSAN,UNIVERSITI TENAGA NASIONAL, YANG BERUSAHA PUAN HASHIMAH BINTI HASHIM PENGETUA SMK CHERAS JAYA YANG DIHORMATI TUAN HAJI AZMAN BIN IDRIS YANG DIPERTUA PIBG SMK CHERAS JAYA YANG DI HORMATI PUAN SOFIA NOR BINTI MOLHIT PENOLONG KANAN SMK CHERAS JAYA YANG DIHORMATI ENCIK OTHMAN BIN OMAR PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID YANG DIHORMATI PUAN ANITA MAZLINA BINTI AZMAN ARASH PENOLONG KANAN KOKURIKULUM YANG DIHORMATI ENCIK TERMIZI BIN MOHD TAHIR PENOLONG KANAN PETANG YANG DIHORMATI
  2. 2. ENCIK AZAHARI BIN MOHD YUSOF PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS BARISAN GURU KANAN MATA PELAJARAN, AJK PIBG, PARA GURU, PARA IBU BAPA, PELAJAR-PELAJAR YANG DIRAIKAN DAN HADIRIN HADIRAT SEKALIAN. ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SELAMAT SEJAHTERA. PARA HADIRIN YANG DIHORMATI, ALHAMDULILLAH, PADA PAGI YANG INDAH INI KITA DIPANJANGKAN UMUR DAN DIBERI KESIHATAN YANG BAIK UNTUK KITA SAMA-SAMA BERKUMPUL DI ASTAKA JAYA INI DALAM MAJLIS GILANG GEMILANG IAITU MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANG SMK CHERAS JAYA 2011. MAJLIS MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA TETAMU KEHORMAT KITA PADA HARI INI, PROF.IR.DR. KAMAL NASHARUDDIN BIN MUSTAFA, KERANA SUDI HADIR DALAM MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SMK CHERAS JAYA PADA TAHUN INI. SELAMAT DATANG JUGA DIUCAPKAN KEPADA SEMUA TETAMU, IBU BAPA SERTA HADIRIN HADIRAT SEKALIAN.SEMOGA DENGAN KEHADIRAN SEMUA, MAJLIS KITA AKAN LEBIH BERSERI DAN BERMAKNA. BAGI MEMBERKATI MAJLIS, MARILAH SAMA-SAMA KITA MENADAH TANGAN BERMUNAJAT,MEMOHON BERKAT AGAR SEGALA URUSAN MENDAPAT RAHMAT DARINYA. UNTUK ITU, MAJLIS MEMPERSILAKAN AL-FADHIL USTAZ ADIB BIN RAMLI BAGI MEMIMPIN BACAAN DOA. DIPERSILAKAN BACAAN DOA AMIN, AMIN YA-RABBAL ‘ALAMIN…… PIHAK MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA AL-FADHIL USTAZ ADIB BIN RAMLI ATAS PIMPINAN BACAAN DOA ITU TADI. MUDAH-MUDAHAN MAJLIS KITA PADA PAGI INI MENDAPAT RAHMAT HINGGA KE PENGHUJUNGNYA. SIDANG HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN, MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG INI DIADAKAN UNTUK MEMBERIKAN PENGIKTIRAFAN KEPADA SEMUA PELAJAR YANG TELAH BERJAYA MENCAPAI PRESTASI AKADEMIK YANG CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2011, PEPERIKSAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) DAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2011. DISAMPING MERAIKAN KEJAYAAN PELAJAR, PENGIKTIRAFAN DIBERIKAN JUGA KEPADA TENAGA PENGAJAR YANG TELAH BEKERJA KERAS DALAM MENINGKATKAN PRESTASI AKADEMIK SEKOLAH. SEBAGAI PEMBUKA TIRAI MAJLIS INI, MARILAH SAMA-SAMA KITA SAKSIKAN PERSEMBAHAN DIKIR BARAT DARI PELAJAR-PELAJAR PERSATUAN BAHSA DAN KEBUDAYAAN MELAYU, SMK CHERAS JAYA DENGAN LAGU YANG BERTAJUK PERANGI DADAH. MAJLIS MEMPERSILAKAN. PERSEMBAHAN 1 (DIKIR BARAT) MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH ATAS PERSEMBAHAN DIKIR BARAT YANG BEGITU BERSEMANGAT SEBENTAR TADI. UNTUK MAKLUMAN PARA HADIRIN, PERSEMBAHAN ITU TADI ADALAH DIBAWAH BIMBINGAN EN. MD. KHALID BIN KAMARUDIN BERSAMA GURU PENASIHAT PN. NORAINI MD YASSIN DAN PN. SABARIAH HJ MAAROF. HADIRIN SEKALIAN, SETERUSNYA,TIRAI UCAPAN PADA PAGI INI DIMULAKAN DENGAN UCAPAN PENGETUA SMK CHERAS JAYA. UNTUK ITU, MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA PUAN HASHIMAH BINTI HASHIM UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN ALU-ALUAN.
  3. 3. DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN UCAPAN 1(PENGETUA) TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA YANG BERUSAHA PUAN HASHIMAH BINTI HASHIM, PENGETUA SMK CHERAS JAYA ATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN UCAPAN ALU-ALUAN ITU TADI. HADIRIN SEKALIAN, SETERUSNYA, KITA DENGARKAN PULA UCAPAN DARIPADA YANG DIHORMATI TUAN HAJI AZMAN BIN IDRIS, YANG DIPERTUA PIBG SMK CHERAS JAYA. MAJLIS MEMPERSILAKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA. UCAPAN 2 (YDP) MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA YANG DIHORMATI TUAN HAJI AZMAN BIN IDRIS, YANG DIPERTUA PIBG SMK CHERAS JAYA ATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN UCAPAN. SIDANG HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN, KINI TIBALAH KITA KEPADA ACARA YANG DINANTI - NANTIKAN IAITU UCAPAN DARIPADA TETAMU KEHORMAT. TERLEBIH DAHULU, IZINKAN SAYA UNTUK MEMBACAKAN BIODATA BELIAU (RUJUK LAMPIRAN). DENGAN ITU, MAJLIS DENGAN PENUH TAKZIM MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA PROF. IR. DR. KAMAL NASHARUDDIN BIN MUSTAFA, TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR ALUMNI DAN PENGURUSAN, UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN SETERUSNYA MERASMIKAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN 2011. MAJLIS MEMPERSILAKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA. UCAPAN 3 (PERASMIAN) BUNGA SELASIH DI DALAM PUAN, HARUM MELATI PENYERI INTAN TERIMA KASIH UCAPAN TUAN KEKAL BERSEMI DALAM INGATAN MAJLIS DENGAN PENUH TAKZIM MERAKAMKAN SETINGGI –TINGGI UCAPAN TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN YANG BERBAHAGIA PROF. IR. DR. KAMAL NASHARUDDIN BIN MUSTAFA, ARAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN SETERUSNYA MERASMIKAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN 2011. HADIRIN SEKALIAN, BAGI MENERUSKAN ACARA, MARILAH SAMA-SAMA KITA MENYAKSIKAN PERSEMBAHAN TARIAN DARI PELAJAR-PELAJAR PENDIDIKAN KHAS SMK CHERAS JAYA DENGAN TAJUKNYA“THE TWIST”. MARILAH SAMA-SAMA KITA BERI TEPUKAN SEMANGAT KEPADA ANAK-ANAK PENDIDIKAN KHAS INI. DIPERSILAKAN. PERSEMBAHAN 2 (TARIAN) PN.FADZILAH MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH ATAS PERSEMBAHAN YANG BEGITU MENGHIBURKAN. SESUNGGUHNYA, MEREKA JUGA ADALAH PERMATA YANG AKAN BERSINAR JIKA DIGILAP DENGAN PENUH KESABARAN. UNTUK MAKLUMAN PARA HADIRIN, PERSEMBAHAN ITU TADI ADALAH DI BAWAH BIMBINGAN GURU PENDIDIKAN KHAS, PN. SYAMSUZANA BT SAMSUDIN DAN PUAN ZULIA BT SAMIRAN.
  4. 4. PARA HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN, SETERUSNYA, ACARA YANG DITUNGGU-TUNGGU OLEH IBU BAPA DAN PARA PELAJAR IAITU UPACARA PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PARA PELAJAR. SESUNGGUHNYA, PIHAK SEKOLAH AMAT BERBANGGA DENGAN PENCAPAIAN ANAK-ANAK DIDIK KAMI YANG TELAH MENCAPAI KECEMERLANGAN DALAM PEPERIKSAAN YANG MEREKA DUDUKI. ANUGERAH PERTAMA IALAH PENYAMPAIAN ANUGERAH AKADEMIK DAN ANUGERAH SAHSIAH KEPADA PELAJAR PENDIDIKAN KHAS. DENGAN INI, MAJLIS MEMPERSILAKAN YANG DIHORMATI, TUAN HAJI AZMAN BIN IDRIS, YANG DIPERTUA PIBG, SMK CHERAS JAYA DIIRINGI OLEH ENCIK OTHMAN BIN OMAR, PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID, UNTUK MENYEMPURNAKAN MAJLIS. DIPERSILAKAN. PENYAMPAIAN HADIAH SLOT 1 BACA NAMA PELAJAR PENDIDIKAN KHAS BAGI ANUGERAH AKADEMIK DAN ANUGERAH SAHSIAH ANUGERAH SETERUSNYA IALAH ANUGERAH PELAJAR TERBAIK TINGKATAN PERALIHAN BACA NAMA PELAJAR TERBAIK PERALIHAN (TEMPAT 3,2,1) ANUGERAH BERIKUTNYA IALAH ANUGERAH PELAJAR TERBAIK TINGKATAN 1 BACA NAMA PELAJAR TERBAIK TINGKATAN 1 (TEMPAT 3,2,1) BACA NAMA PELAJAR TERBAIK M/PELAJARAN BACA NAMA TERBAIK KESELURUHAN TINGKATAN 1 PIHAK MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA YANG DIHORMATI TUAN HAJI AZMAN BIN IDRIS, YANG DIPERTUA PIBG SMK CHERAS JAYA, ATAS KESUDIAN MENYAMPAIAN HADIAH. HADIRIN SEKALAIN, ANUGERAH BERIKUTNYA ADALAH ANUGERAH PELAJAR TERBAIK TINGKATAN 2. DENGAN ITU, MAJLIS MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA, PUAN HASHIMAH BT HASHIM,PENGETUA SMK CHERAS JAYA, DIIRINGI OLEH PUAN SOFIA NOR BT MOLHIT, PENOLONG KANAN SMK CHERAS JAYA BAGI MENYAMPAIKAN HADIAH KEPADA PARA PELAJAR. MAJLIS MEMPERSILAKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA. BACA NAMA PELAJAR TERBAIK TINGKATAN 2 (TEMPAT 3,2,1) BACA NAMA PELAJAR TERBAIK M/PELAJARAN BACA NAMA TERBAIK KESELURUHAN TINGKATAN 2 ANUGERAH SETERUSNYA IALAH ANUGERAH PELAJAR TERBAIK TINGKATAN 4. BACA NAMA PELAJAR TERBAIK TINGKATAN 4 (TEMPAT 3,2,1) BACA NAMA PELAJAR TERBAIK M/PELAJARAN BACA NAMA TERBAIK KESELURUHAN TINGKATAN 4 (ALIRAN SAINS DAN ALIRAN SASTERA IKHTISAS) MAJLIS MENGUCAPKAN RUBUAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERUSAHA PN. HASHIMAH BT HASHIM ATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN HADIAHKEPADA PELAJAR YANG MENERIMA HADIAH SEBENTAR TADI. MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH BERHENTI SEKETIKA BAGI MEMBERI LALUAN KEPADA PERSEMBAHAN PELAJAR. Adat tuan adat berserah Mari datang membawa puan Adat bersirih adat sejarah
  5. 5. Untuk tuan kami sembahkan DENGAN ITU, MARILAH SAMA-SAMA KITA SAKSIKAN PERSEMBAHAN CHORAL SPEAKINGYANG BERTAJUK “SNATCH THIEVES ACT” DARI PELAJAR TINGKATAN 2RK. DIPERSILAKAN. PERSEMBAHAN 3 (CHORAL SPEAKING) PN. FATIMAH MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA PELAJAR-PELAJAR DARI KELAS 2RK ATAS PERSEMBAHAN ITU TADI. PERSEMBAHAN ITU TADI ADALAH DI BAWAH BIMBINGAN PN. AISHAH BT ABD SAMAD. DAN SITI DELIMA BT MOHD YUSOP. SESUNGGUHNYA SMK CHERAS JAYA TIDAK PERNAH KETANDUSAN DALAM MELAHIRKAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERBAKAT DALAM PELBAGAI BIDANG. HADIRIN SEKALIAN, ANUGERAH BERIKUTNYA ADALAH ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG PMR 2011. UNTUK ITU, MAJLIS MEMPERSILAKAN PROF. IR. DR. KAMAL NASHARUDDIN BIN MUSTAFA, TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR ALUMNAI DAN PENGURUSAN, UNIVERSITI TENAGA NASONAL, DIIRINGI PN HASHIMAH BT HASHIM, PENGETUA SMK CHERAS JAYA BAGI MENYAMPAIKAN HADIAH KEPADA PARA PELAJAR. MAJLIS MEMPERSILAKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA. PENYAMPAIAN HADIAH SLOT 2 PELAJAR YANG MENCAPAI 7A IALAH : BACA NAMA PELAJAR 7A 1B & 7A SETERUSNYA IALAH PELAJAR YANG MENCAPAI 8A: BACA NAMA PELAJAR 8A BAGI PELAJAR CEMERLANG SPM , BERIKUT ADALAH PELAJAR YANG MEMPEROLEHI 6A DALAM SPM, DIPERSILAKAN, BACA NAMA PELAJAR CEMERLANG SPM (6A) SETERUSNYA ADALAH PELAJAR YANG MEMPEROLEHI 7A DALAM SPM,DIPERSILAKAN, BACA NAMA PELAJAR CEMERLANG SPM (7A) DIBACAKAN PULA PELAJAR YANG MEMPEROLEHI 8A DALAM SPM BACA NAMA PELAJAR CEMERLANG SPM (8A) PELAJAR YANG MEMPEROLEHI 9A IALAH : DAN PELAJAR YANG BERJAYA MEMPEROLEHI 10A IALAH : BACA NAMA PELAJAR CEMERLANG SPM (10A) UNTUK PENGETAHUAN PARA HADIRIN, HADIAH UNTUK PELAJAR CEMERLANG PMR DAN SPM ITU TADI ADALAH SUMBANGAN WANG TUNAI DARIPADA PIHAK KOPERASI SMK CHERAS JAYA. ANUGERAH SETERUSNYA IALAH ANGERAH PANITIA CEMERLANG. ANUGERAH INI DIBERIKAN KEPADA PANITIA YANG MENCAPAI KENAIKAN GRED PURATA ATAU GRED PERATUS ATAU KENAIKAN KEDUA-DUANYA. DIPERSILAKAN PANITIA CEMERLANG PMR 2011.
  6. 6. BACA NAMA PANITIA PMR DAN ANUGERAH BERIKUTNYA ADALAH ANUGERAH PANITIA CEMERLANG SPM 2011. DIPERSILAKAN : BACA NAMA PANITIA SPM MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PROF. IR. DR. KAMAL NASHARUDDIN BIN MUSTAFA, ATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN HADIAH KEPADA PARA PELAJAR.TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PELAJAR YANG MENERIMA HADIAH SEBENTAR TADI. PN. FADZILAH SIDANG HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN, PIHAK SEKOLAH AMAT BERBESAR HATI DAN BERBANGGA DENGAN PENCAPAIAN CEMERLANG PARA PELAJARNYA YANG GIGIH BERUSAHA UNTUK MENGHARUMKAN NAMA SEKOLAH. KEJAYAAN ANAK-ANAK DIDIK KAMI INI TERUS MENYUNTIK SEMANGAT KAMI PARA GURU UNTUK MELAHIRKAN LEBIH RAMAI CENDEKIAWAN PADA MASA AKAN DATANG. KINI, KITA SEMAKIN MENGHAMPIRI KE ACARA KEMUNCAK MAJLIS IAITU PENGANUGERAHANTOKOH NILAM, TOKOH KEPIMPINAN PELAJAR DAN TOKOH AKADEMIK. UNTUK PENGETAHUAN PARA HADIRIN, NILAM MERUPAKAN SATU PROGRAM BAGI MENGGALAKKAN PELAJAR-PELAJAR AGAR MEMBUDAYAKAN AMALAN MEMBACA DALAM KEHIDUPAN MEREKA. IZINKAN SAYA UNTUK MEMBACAKAN BIODATA TOKOH NILAM 2011. BACA BIODATA TOKOH NILAM UNTUK ITU MAJLIS MEMPERSILAKAN TOKOH NILAM 2011, NUR AZRA ZULAIKHA BT ZAINAL DARI TINGKATAN 5 AMANAH UNTUK TAMPIL KE PENTAS. TOKOH KEPIMPINAN PULA DIBERIKAN KEPADA PELAJAR YANG MEMPUNYAI SIFAT KEPIMPINAN, BERWIBAWA, BERDISIPLIN, DAN SENTIASA DISENANGI OLEH GURU-GURU. SETERUSNYA SAYA AKAN BACAKAN BIODATA TOKOH KEPIMPINAN PELAJAR 2011. BACA BIODATA TOKOH KEPIMPINAN PELAJAR UNTUK ITU MAJLIS MEMPERSILAKAN TOKOH KEPIMPINAN PELAJAR 2011 MUHAMMAD ASRI BIN NORSUKI NAIK KE PENTAS. PENERIMA TOKOH AKADEMIK PULA DIBERIKAN KEPADA PELAJAR YANG MEMPEROLEHI KEPUTUSAN TERBAIK DAN CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN SPM. BERIKUT DIBACAKAN BIODATA PENERIMA TOKOH AKADEMIK 2011 BACA BIODATA TOKOH AKADEMIK UNTUK ITU MAJLIS MEMPERSILAKAN MOHAMMAD RAIMI BIN MANSOR NAIK KE PENTAS. BAGI MENYAMPAIKAN HADIAH KEPADA TOKOH-TOKOH YANG DIBACAKAN BIODATANYA SEBENTAR TADI, MAJLIS SEKALI LAGI BERBESAR HATI MENJEMPUT PROF. IR. DR. KAMAL NASHARUDDIN BIN MUSTAFA, DIIRINGI PUAN HASHIMAH BT HASHIM BAGI MENYEMPURNAKAN MAJLIS. DIPERSILAKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA. PENYAMPAIAN HADIAH 2 (TOKOH) SETERUSNYA, MAJLIS MENJEMPUT PENERIMA ANUGERAH TOKOH NILAM 2011, NUR AZRA ZULAIKHA BT ZAINAL HARIRI UNTUK MENERIMA HADIAH. HADIAH MERUPAKAN WANG TUNAI RM100, BUKU, JAMBANGAN BUNGA, PLAK DAN SIJIL SUMBANGAN PUSAT SUMBER SEKOLAH.
  7. 7. SETERUSNYA, DIJEMPUT TOKOH KEPIMPINAN PELAJAR 2011 MUHAMMAD ASRI BIN NORZUKI UNTUK MENERIMA HADIAH. HADIAH MERUPAKAN WANG TUNAI RM200 DAN CENDERAHATI SUMBANGAN PIHAK UNITEN, RM100 SUMBANGAN PIBG, JAMBANGAN BUNGA, PLUG DAN SIJIL. DAN PENERIMA ANUGERAH TOKOH AKADEMIK 2011 DIJEMPUT MOHAMMAD RAIMI BIN MANSOR UNTUK MENERIMA HADIAH. HADIAH MERUPAKAN WANG TUNAI RM200 CENDERAHTI SUMBANGAN PIHAK UNITEN, RM100 SUMBANGAN PIBG, JAMBANGAN BUNGA, PLUG DAN SIJIL. MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA PROF. IR. DR. KAMAL NASHARUDDIN BIN MUSTAFA, ATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN HADIAH. SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA MAJLIS MEMPERSILAKAN PN HASHIMAH BT HASHIM UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA PROF. IR. DR. KAMAL NASHARUDDIN BIN MUSTAFA. SESUNGGUHNYA KESUDIAN PROF HADIR KE MAJLIS KAMI MERUPAKAN SATU SUNTIKAN SEMANGAT BUAT KAMI SEMUA DI SMK CHERAS JAYA INI DAN PARA IBU BAPA UNTUK TERUS BERUSAHA DEMI KECEMERLANGAN ANAK-ANAK YANG KAMI KASIHI. TERIMA KASIH SEKALI LAGI. TERIMA KASIH JUGA DIUCAPKAN KEPADA PN HASHIMAH BT HASHIM ATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA PROF. IR. DR. KAMAL NASHARUDDIN BIN MUSTAFA. DENGAN INI, MAKA BERAKHIRLAH SUDAH MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG SMK CHERAS JAYA 2011. TAHNIAH DAN SYABAS SEKALI LAGI DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PENERIMA ANUGERAH. MUDAH-MUDAHAN KEJAYAAN ANDA AKAN MENJADI SUMBER INSPIRASI KEPADA RAKAN- RAKAN ANDA AGAR BERUSAHA UNTUK MERAIH KECEMERLANGAN. MAJLIS TURUT MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN ATAS KERJASAMA DAN KEPRIHATINAN PARA IBU BAPA YANG SANGGUP MELUANGKAN MASA SEHINGGA MAJLIS INI BERJALAN DENGAN LANCAR BAGI PIHAK MAJLIS, SAYA MENYUSUN 10 JARI SEANDAINYA TERDAPAT SEBARANG KEKURANGAN SEPANJANG KAMI MENGENDALIKAN MAJLIS INI. KAIN YANG CARIK CUMA DUHUJUNG DIBUAT ALAS MENGELAP KENDI BUDI YANG BAIK TETAP DIJUNJUNG TAHUN HADAPAN BERJUMPA LAGI SEKIAN TERIMA KASIH. BIODATA VVIP PROF. IR. DR. KAMAL NASHARUDDIN BIN MUSTAFA DILAHIRKAN DI MACHANG, KELANTAN, PADA TAHUN 1962. MENERIMA IJAZAH KEDOKTORAN PADA TAHUN 1995 DARI UNIVERSITY OF ASTON, BIRMINGHAM, UNITED KINGDOM DALAM BIDANG STRUCTURAL – FIRE ENGINEERING. MEMULAKAN KERJAYA SEBAGAI SEORANG TUTOR DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PADA OKTOBER 1984. SETERUSNYA BELIAU MENYAMBUNG PENGAJIANNYA DI SCOTLAND, UNITED KINGDOM. SETELAH TAMAT PENGAJIAN, BELIAU KEMBALI BERTUGAS DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PADA JANUARI 1987 SEHINGGAN JANUARI 1996.
  8. 8. BERMULA FEB 1996 SEHINGGA MARCH 2006, BELIAU PERNAH MENJAWAT JAWATAN SEBAGAI PENGARAH UNITI SDN.BHD, PENGARAH UNITI CONSULTANS SDN. BHD, CEO KOLEJ UNITI PORD DICKSON DAN TIMBALAN PRESIDENT UNITI EDUCATION GROUP. DAN PADA JANUARI 2007, BELIAU MULA BERTUGAS DI UNIVERSITI TENAGA NASIONAL SEHINGGALAH KINI DAN MENYANDANG JAWATAN SEBAGAI TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR DAN PENGURUSAN.

×