Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
PEMARKAHAN                                                1   TUGASAN 1                                 RIS               ...
Isi Kandungan                                              Muka surat     Pendahuluan                                     ...
PendahuluanTeaching Games for Understanding(TGFU) merupakan suatu konsep pengajaran danpembelajaran yang diilhamkan oleh D...
Definisi       Model ini telah diperkenalkan oleh James Torpe, iaitu seorang atlet AmerikaSyarikat.Model ini menyatakan ba...
Kepentingan TGFU       Menekankan konsep apresiasi dalam permainan kerana melibatkan kesedaran taktikalsebagai asas membua...
Komponen TGFU       Sebelum     murid     memulakan     sesebuah     permainan,guru     mestilah      memastikansasaranmur...
TGFU juga memberi peluang kanak-kanak meneroka permainan yang telah ubah suaiberdasarkan umur dan tahap pengetahuan mereka...
kepentingan pengajaran menggunakan kaedah TGFU       Melalui TGFU, pelajar bukan sahaja terlibat secara aktif untuk mencap...
Membandingkan dan membezakan antara pengajaran secara tradisional dengan                                           kaedah ...
Model Tradisional                                           Model TGFUPerlakuan kemahiran                                 ...
Rancangan Pengajaran HarianTarikh : 25.Oktober.2012Waktu : 7.45 pg – 8.45 pgBil Murid : 10 orangMata pelajaran : Pendidika...
Aktiviti Pengajaran & pembelajaran   1. Guru meminta muridmelakukan hantaran dada dengan tangan lurus ke hadapan dan      ...
Permainan berasaskan tgfu     Kategori sasaran (target)     NAMA PERMAINAN : BALUNG     BILANGAN PEMAIN : 3 orang pemain p...
Lakaran Gambar rajah        14
BIBLIOGRAFIBuku :Abdul Hafidz Bin Haji Omar.2003.Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan tahun 2. Dewan         Bahasa...
LAMPIRAN           Gambar rajah 1: Model TGFU(Burker & Thorpe)                               16
Gambar Rajah 2: Elemen taktik             17
Gambar rajah 3: Model TGFU           18
Gambar rajah 4: klasifikasi permainan                 19
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Pendahuluan

1,236 views

Published on

  • Be the first to comment

Pendahuluan

  1. 1. PEMARKAHAN 1 TUGASAN 1 RIS 2 TUGASAN 2 SEMESTER 1 SESI 2010/2011 3 E FORUM KOD & NAMA KURSUS JUMLAH TAJUK TUGASAN Teaching Game For Understanding (TGFU) dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. KUMPULAN _________ DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFONNAMA TUTOR E-LEARNING:____________________________________TARIKH SERAH: ________________ 1
  2. 2. Isi Kandungan Muka surat Pendahuluan 3 Definisi 4 Kepentingan TGFU 5 komponan 6 Kepentingan menggunakan kaedah TGFU 7 Membandingka antara pengajaran secara tradisional dengan 8-10 kaedah TGFU. Rancangan Pengajaran Harian 11-12 Permainan berasaskan tgfu 13-14 Rujukan 15 Lampiran 16-19 2
  3. 3. PendahuluanTeaching Games for Understanding(TGFU) merupakan suatu konsep pengajaran danpembelajaran yang diilhamkan oleh David Bunker dan Rod Thorpe pada tahun 1982 diUniversiti Loughboroungh.TGFU merupakan suatu pengajaran permainaan untuk kefahamanyang dapat menarik minat dan perhatian kanak-kanak di dalam atau di luar bilik darjah supayamereka tidak berasa bosan. Kaedah TGFU ini adalah lebih berfokus terhadap pemahaman yang meyeluruh padasetiap permainan.Murid-murid dapat memahami sesuatu prinsip atau konsep dalam permainantertentu.TGFU juga menekankan kepada peningkatan tahap aktiviti fizikal.Oleh yang demikian,waktu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di dalam sekolah rendah dan sekolah menengahhendaklah selalu menjalankan TGFU supaya pelajar-pelajar dapat berseronok dalam aktivitifizikal. TGFU juga menjadikan kelas Pendidikan Jasmani sebagai tempat dan masa yang sesuaiuntuk persaingan, motivasi serta bersuka ria. Guru hendaklah memastikan persaingan inidijalankan dengan sihat dan menjalankan permainan yang dapat mengeratkan hubunganpersahabatan dan kerjasama di antara pelajar. Melalui TGFU, pelajar bukan sahaja melibatkan aktif untuk mencapai markah yang tinggidan menjadikan pemenang, maka juga adalah penting untuk pelajar untuk belajar membuatkeputusan yang tepat dan sesuai dengan pintas dan serta merta dalam proses permainan.TGFU adalah lebih bebas dan tidak mempunyai terlalu banyak peraturan. Ini disebabkan TGFUlebih mengutamakan pengajaran dan pembelajaran dengan seronok. 3
  4. 4. Definisi Model ini telah diperkenalkan oleh James Torpe, iaitu seorang atlet AmerikaSyarikat.Model ini menyatakan bahawa teknik pengajaran dalam pendidikan jasmani untukmengajar atau melatih seseorang individu dalam teknik dan kemahiran permainan tidakmenyumbang kepada kejayaan, menambah pengetahuan mahupun meningkatkankemahiran.Model ini bertujuan untuk membaiki model kurikulum bagi pengajaran danpembelajaran Pendidikan Jasmani yang sedia ada.Teori Bunker dan Thorpe telah berfungsiuntuk mewujudkan guru atau jurulatih bukan sahaja mementingkan kemahiran pada kanak-kanak malah memberi ruang kepada kanak-kanak untuk terus meneroka dan mengekalkanminat mereka sendiri dengan seronok dan ia menghasilkan faedah yang baik. Manakala Almy(1984)menyatakan kanak-kanak bermain dengan di arah oleh dirimerekasendiri tanpa mengambil-kira tujuan bermain.Semasa bermain, mereka, bebas dari segalaperaturan.Melalui permainan, kanak-kanak mendapat tingkah laku yang baru. Kanak-kanakmelibatkan diri dalam permainan secara aktif.Apa yang dikemukakan oleh Almy bersesuaiandengan pandangan Rubin, Fein, dan Vendenberg (1983).Mereka berpendapat bahawa, dalamsesuatu permainan,kanak-kanak haruslah diberi kesedaran tentang „Mengapa‟ dan „Bila‟ sesuatukemahiran perlu diaplikasikan dan bila ia patut ditunjukkan dalam sesuatu permainan tertentu.Dengan itu,kanak-kanak akan memberi respons yang lebih baik dan peka jika mereka tahubagaimana sesuatu teknik atau kemahiran harus dilakukan. 4
  5. 5. Kepentingan TGFU Menekankan konsep apresiasi dalam permainan kerana melibatkan kesedaran taktikalsebagai asas membuat keputusan semasa bermain, selain menggalakkan pelajar melibatkan diridalam pelbagai permainan dengan memberi ruang dan peluang meneroka dan belajar dalampergerakan kemahiran fizikal dalam lingkungan konteks aktiviti fizikal, mengekalkan minatuntuk belajar dan menimbulkan keseronokan semasa bermain. TGFU mencadangkan cara seseorang mampu menghargai keseronokan bermain ke arahmembina daya usaha atau kesungguhan belajar teknik kemahiran untuk meningkatkanpermainan. Menyediakan persekitaran pembelajaran holistik dan konstruktif melalui beberapasoalan bagi menyokong proses belajar semasa aktiviti bermain. Meningkatkan aras domainpembelajaran kognitif dengan penggunaan permasalahan taktikal dan penyelesaian yangmengatasi atau melebihi (transcend) pelbagai permainan dan pendekatan sebagai tulangbelakang. Pelajar bukan sahaja memahami apa yang mereka patut tahu untuk berjaya dalampermainan, tetapi yang lebih penting bila dan mengapa untuk membuat keputusan dalamkonteks permainan yang dinamik dan pelbagai. TGFU fokus kepada pemusatan pelajar dan pemusatan bermain untuk membantupelajar perkembangkan dan menghasilkan kemahiran yang betul yang dikehendaki supayadapat mengambil bahagian dalam sukan tertentu. TGFU juga menyediakan pelajar dengan peluang memikul tanggungjawab ke ataspembelajaran melalui pergerakan pada diri sendiri dan orang lain, kemahiran sosial, bersikappositif dan nilai. Membenarkan pelajar mengalihkan pengalaman belajar melalui alampenerokaan dan mengaplikasikan pengalaman tersebut dalam bidang perkembanganpergerakan kognitif. 5
  6. 6. Komponen TGFU Sebelum murid memulakan sesebuah permainan,guru mestilah memastikansasaranmurid yang akan bermain permainan tersebut.Hal ini adalah sangat penting agarpermainan yang akan dimainkan bersesuaian dengan tahap, kemampuan dan potensi murid. Persembahan ialah hasil daripada proses yang lepas iaitu membuat keputusan dankemahiran strategi. Selain itu, hasil daridapa teknik yang dilakukan.Kemahiran yangdilaksanakan (Skill Execution) Stail dan model latihan perlu dimanipulasikan dan disusun untukmemberi faedahlatihan kepada murid kumpulan kemahiran tinggi, sederhana dan rendah.Setiapteoridan model mempunyai kelebihan dan kelemahannya, tetapi yang pentingialahmenggunakan unsur kekuatannya bagi meningkatkan prestasi murid pelbagaikumpulankemahiran dalam permainan dan sukan.Kemahiran yang dilaksanakan jugamestilahmengikut tahap dan kesesuaian murid. Seterusnya, Kesedaran Taktik (Tactical Awareness) Model TGFU yang menggunakanpendekatan latihan taktikal adalah lebih menyeluruh bagi mewujudkan pemain yang berkesan,sesuai untuk murid dalampelbagai kumpulan kemahiran,dapat menggalakkan murid berfikirsecara kreatif dan bijak membuat keputusan tentang pemilihan taktik, bekerjasama sesamapemain dan dapat menguasai kemahiran sukan.Maka, untuk menguasai sesebuah permainan,Murid hendaklah merangka strategi dan taktik tertentu untuk mencapai tahap yangdiinginkan.Model TGFU menekankan kepentingan latihan dalam situasi permainan bagimeningkatkan aspek membuat keputusan tentang penggunaan taktik dan kemahiran dalampermainan. Komponan TGFU yang seterusnya adalah membuat Keputusan yang Tepat (MakingAppropiate Decisions).Dalam permainan ini, pemain hendaklah bijak membuat keputusan untukmemasukkan gelung tepat ke sasaran dan memperoleh mata dalam jangka masa yang terhad.Oleh sebab itu, sekiranya pemain mempunyai kemahiran dan kebolehan untuk memasukkangelung ke dalam skital yang lebih jauh(mata lebih tinggi), maka pemainakan berjayamemperoleh markah keseluruhan yang banyak. Sekiranya pemain tidak cekap, adalah lebih baikpemain mensasarkan gelung rotan ke arah skital yang lebihdekat.Oleh itu, pemain mestilahbijak membuat keputusan yang tepat. 6
  7. 7. TGFU juga memberi peluang kanak-kanak meneroka permainan yang telah ubah suaiberdasarkan umur dan tahap pengetahuan mereka.Tambahan pula, pengubah suaianpermainan akan menjadinya lebih sistematik daripada kaedah pengajaran yang sedia ada.Kaedah pengajaran ini mecakupi semua aspek yang perlu diterapkan kepada kanak-kanakdalam sesuatu permainan.Maka, kanak-kanak dapat menerokai permainan ubahsuai peringkatdemi peringkat.Permainan ini telah diubah suai daripada permainan yang terlalu mudah danbosan dan secara tidak langsung menjadi aktiviti lebih menarik.Hal ini dapat menggalakkansetiap individu berupaya untuk mencuba dan bermain permainan ini.Sebagai ganjaran, kata-kata semangat, dorongan, sokongan dan hadiah akan mendorong mereka untuk lebihbersemangat dan seronok untuk bermain sekaligus dapat memberi penghargaan kepadamereka. 7
  8. 8. kepentingan pengajaran menggunakan kaedah TGFU Melalui TGFU, pelajar bukan sahaja terlibat secara aktif untuk mencapai markah yangtinggi dan menjadikan pemenang, ia juga adalah penting untuk pelajar untuk belajar membuatkeputusan yang tepat dan sesuai dengan pantas dan serta merta dalam proses permainan.TGFU adalah lebih bebas dan tidak mempunyai terlalu banyak peraturan.Ini disebabkan TGFUlebih mengutamakan pengajaran dan pembelajaran dengan seronok.Menurut, Almy(1984)beliaumenyatakan kanak-kanak bermain dengan di arah oleh diri mereka sendiri tanpa mengambil-kira tujuan bermain.Semasa bermain, mereka bebas dari segala peraturan.Melalui permainan,kanak-kanak mendapat tingkah laku yang baru.Kanak-kanak melibatkan diri dalam permainansecara aktif.Model TGFU membentuk kemahiran secara menyeluruh dan bebas yang bolehdipindah ke pelbagai sukan.Oleh yang demikian, TGFU amat sesuai dengan pembentukanpemahaman pengajaran kepada sesuatu permainan yang ingin diterapkan kepada kanak-kanak. Kita juga akan melihat TGFU dari perspektif psikologi, Thorpe menganalisis bahawadalam meletakkan psikologi dalam TGFU sebagai kerangka kerja pendorong.TGFU menekankanpada permainan dan mengarahkan pelajar untuk menemukan permainan itu, yang merupakanmodal dalam cabang yakni interaksi sosial, kedamaian sosial, dan mencari teman denganberharap pelajar dapat mengembangkan peraturan, dan tantangannya untuk dapat mencapaibekerja dengan taktik yang tepat.Kemampuan melatih secara individual atau dalam kelompokkecil, sebagai pemangkin pelajar dapat bekerjasama dengan yang lain dalam usaha membantuperkembangan pemikiran.Di dalam TGFU, pelajar dapat menghalusi dan mengembangkanpenampilan mereka sendiri dalam situasi permainan yang secara berperingkat, di bawahbimbingan guru, berkembang ke arah permainan dewasa yang lebih canggih. Pembelajaran kendiri akan tumbuh apabila pada diri seseorang memiliki pemahamanyang positif terhadap permasalahan pembelajaran yang dihadapi.Dalam “target games” yangterdapat dalam model TGFU, para pelajar didorong mengembangkan kesadaran taktikal dankemampuan pembuatan keputusan manakala hal ini menjadi orientasi utama dalampengajaran.Target games merupakan permainan yang menuntut konsentrasi, ketenangan,fokus, dan ketelitian yang tinggi dalam permainannya. Apabila aktiviti “target games” dilakukanmaka akan terbentuk sifat-sifat yang terdapat dalam “target games”. Setelah konsep diripelajar terbentuk dari aktiviti “target games memberikan kekuatan mental yang mendorongterjadinya proses pembentukkan perwatakan pemain yang mantap dan hebat 8
  9. 9. Membandingkan dan membezakan antara pengajaran secara tradisional dengan kaedah TGFU. Pendekatan tradisional Menggunakan prinsip pengajaran tradisional. Guru memberi arahan dan murid mengikut arahan. Aplikasi pembelajaran sehala, guru sebagai pengajar Kebaikan guru mudah merancang, sesuai untuk kegiatan bahaya dan kemahiran khas.Ciri-ciri pendekatan tradisional. Kurikulum yang ditetapkan Mementingkan pengajaran Guru menentukan tugas Tugasan diberikan kepada pelajar Guru menentukan piawaian, berfokus kepada guru Mengukur pengajaran mengikut gred.Pendekatan TGFU 1. Pendekatan TGFU menyarankan sesuatu permainan diadaptasi daripada permainan sebenar tetapi diubahsuai berdasarkan keupayaan pemain dari aspek fizikal, sosial serta intelek mereka dan infrastuktur yang bersesuaian. 2. Apresiasi permainan seperti aspek peraturan permainan atau undang-undang yang diubahsuai serta diberi variasi untuk menarik minat pemain. 3. Kesedaran taktikal akan dikuasai semasa proses permainan dalam usaha untuk mengatasi pihak lawan. 4. Membimbing mereka ke arah kemahiran membuat keputusan seperti, menilai situasi untuk menentukan apa yang perlu dilakukan, mengenalpasti dan menjangkakan kemungkinan serta membuat tindakan yang sesuai mengikut situasi dan keadaan. 5. Pendekatan ini berkonsepkan ansur- maju dengan mempraktikkan kemahiran yang mudah dan yang telah dikuasai. 9
  10. 10. Model Tradisional Model TGFUPerlakuan kemahiran Permainan Lebih mementingkan kepada Permainan merupakan fokus utama dalam pemahaman perlakuan dalam sesuatu setiap permainan aktiviti atau kemahiran yang dipelajari. Lebih mirip kepada permainan yang Ikut Kurikulum yang disediakan. mencabar minda.Permainan Appresiasi Permainan penguasaan hanya pada kemahiran yang Penggunaan taktik dan boleh diubah suai terlalu asas selalunya gagal difahami untuk kemajuan permainan. sepenuhnya oleh pelajar.Prestasi Kesedaran Taktikal Dinilai setelah selesai pengajaran dan Dikuasai semasa permainan dalam usaha pembelajaran atasi pihak lawan..Buat Keputusan Buat Keputusan Tidak dapat membuat keputusan dan Boleh membuat keputusan sendiri. terlalu mengharapkan kepada guru.Kesedaran Taktikal Perlakuan Kemahiran Dilakukan dalam situasi permainan Berlaku dalam suasana permainan yang sebenar. direka khas, Tahu hasil pendedahan guru Lebih menguasai kerana pemahaman kendiri. 10
  11. 11. Rancangan Pengajaran HarianTarikh : 25.Oktober.2012Waktu : 7.45 pg – 8.45 pgBil Murid : 10 orangMata pelajaran : Pendidikan JasmaniTunjang Kemahiran : Bola BalingKemahiran : Hantaran DadaStrategi Pengajaran : Pengajaran KontekstualPeralatan  Bola baling 10 unit  Penanda ( gelung / skittle).Objektif pembelajaran:Di akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid-murid dapat : 1. melakukan hantaran dada dengan tangan lurus ke hadapan dan dan badan menghadap sasaran. 2. Melakukan hantaran dengan kaki kehadapan mengikut lajak selepas hantaran dilakukan. 3. memahami bahawa tangan lurus ke hadapan dan badan menghadap ke sasaran untuk menambah ketepatan. 4. Mengetahui tujuan tangan lurus kehadapan semasa lakuan untuk menambahkan daya. 5. Mengetahui kaki mengikut lajak selepas hantaran untuk menambah ketepan dan daya. 6. menambah keyakinan diri semasa melakukan hantaran dada dan menambah keseronokan semasa bermain. 7. murid dapat membezakan permainan bola baling dengan bola jaring. 8. Murid dapat membuat gambaran mental urutan langkah yang perlu dilakukan semasa melakukan hantaran dada. 9. 11
  12. 12. Aktiviti Pengajaran & pembelajaran 1. Guru meminta muridmelakukan hantaran dada dengan tangan lurus ke hadapan dan dan badan menghadap sasaran 2. Kemudian guru meminta murid melakukan hantaran dengan kaki kehadapan mengikut lajak selepas hantaran dilakukan 3. Guru mengedarkan borang semak kendiri kepada murid. 4. Guru meminta respon daripada murid dengan P&P dengan bertanya soalan. 5. Guru memberi pengetahuan umum dan kemahiran 6. Guru memberi murid tugasan dengan meminta mereka mencari artikel bola baling.Refleksi : Semua murid telah mengetahui cara-cara untuk bermain bola baling dengan carayang betul. 12
  13. 13. Permainan berasaskan tgfu Kategori sasaran (target) NAMA PERMAINAN : BALUNG BILANGAN PEMAIN : 3 orang pemain pada satu masa ALATAN : 3 skital besar, 15 gelung rotanl Cara dan peraturan permainan:1. Ketiga-tiga pemain mesti berada di garisan yang ditetapkan ( sila rujuk rajah)2. Setiap pemain dibekalkan 5 gelung rotan.3. Pemain mestilah melontarkan kesemua gelung rotan ke dalam skital yang diletakkan.4. Pemain yang dapat memasukkan kelima-lima gelung rotan ke dalam skital dan paling cepat menyudahkan kesemuanya akan dikira sebagai pemenang.5. Permainan ini akan dimainkan secara berulang-ulang dengan 3 orang peserta yang seterusnya. Cara pemarkahan: Setiap gelung yang dapat dimasukkan ke dalam skital akan diberi markah 10 mata. Jika gelung tersasar daripada skital peserta tidak akan mendapat sebarang markah. Pemain yang mendapat mata tertinggi akan dinobatkan sebagai pemenang. Contoh gambar rajah 13
  14. 14. Lakaran Gambar rajah 14
  15. 15. BIBLIOGRAFIBuku :Abdul Hafidz Bin Haji Omar.2003.Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan tahun 2. Dewan Bahasa Dan Pustaka.Mohd Sofian Omar Fauzee.2006.Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani. Karisma Publications Sdn.Bhd.Internet:http://www.tgfu.org/http://www.tgfu.info/http://www.aare.edu.au/05pap/geo05240.pdf 15
  16. 16. LAMPIRAN Gambar rajah 1: Model TGFU(Burker & Thorpe) 16
  17. 17. Gambar Rajah 2: Elemen taktik 17
  18. 18. Gambar rajah 3: Model TGFU 18
  19. 19. Gambar rajah 4: klasifikasi permainan 19

×