Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Modul minda sihat

4,901 views

Published on

Rujukan untuk pelaksanaan Program Minda Sihat di sekolah

Published in: Education
  • Be the first to comment

Modul minda sihat

  1. 1. i MODUL MINDA SIHAT KANDUNGAN KANDUNGAN................................................................................................................................i 1.0 PENGENALAN.......................................................................................................................1 2.0 OBJEKTIF MODUL.................................................................................................................1 3.0 KANDUNGAN MODUL...........................................................................................................1 4.0 CARTA ALIR...........................................................................................................................2 5.0 MODUL.................................................................................................................................3 5.1 AKTIVITI 1 KAWAL MARAH................................................................................................3 LAMPIRAN 1........................................................................................................................4 LAMPIRAN 2........................................................................................................................5 5.2 AKTIVITI 2 TANGANI STRES..............................................................................................6 5.3 AKTIVITI 3 TEKNIK RELAKSASI............................................................................................8 LAMPIRAN 3........................................................................................................................9 5.4 AKTIVITI 4 BERFIKIR SECARA POSITIF.............................................................................11 LAMPIRAN 4......................................................................................................................12 LAMPIRAN 5......................................................................................................................12 5.5 AKTIVITI 5 HARGA DIRI....................................................................................................13 LAMPIRAN 6......................................................................................................................14 5.6 AKTIVITI 6 PENYELESAIAN MASALAH.............................................................................15 LAMPIRAN 7......................................................................................................................16 5.7 AKTIVITI 7 TEGAS DIRI.....................................................................................................18 LAMPIRAN 10....................................................................................................................19 LAMPIRAN 11....................................................................................................................21 5.8 AKTIVITI 8 BUAT CERITA..................................................................................................22
  2. 2. iiMODUL MINDA SIHAT LAMPIRAN 12....................................................................................................................23 5.9 AKTIVITI 9 MOTO HIDUP.................................................................................................24 LAMPIRAN 13....................................................................................................................25 5.10 AKTIVITI 10 RANCANGAN HIDUPKU..............................................................................27 LAMPIRAN 14....................................................................................................................28
  3. 3. 1 MODUL MINDA SIHAT 1.0 PENGENALAN Kesejahteraan minda yang ampuh bagi seseorang murid merupakan perkara penting untuk membolehkan mereka berperanan dengan baik ketika berhadapan dengan stress, anxiety dan kemurungan. Gaya tindak yang baik ketika berdepan dengan masalah semasa, dapat menjadikan mereka seorang individu yang teguh emosi, tingkahlaku dan pemikiran. 2.0 OBJEKTIF MODUL Modul Program Minda Sihat ini dibangunkan untuk kegunaan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) dalam memberi intervensi kepada murid- murid Tingkatan Empat yang telah menjalani Saringan DASS dan Ujian Gaya Daya Tindak. 3.0 KANDUNGAN MODUL Sepuluh modul yang dibangunkan mencakupi aspek, mengurus emosi, membangunkan daya tindak, membuat keputusan dan membina matlamat. 3.1 Kawal Marah Teknik 3B 3.2 Tangani Stres 10B 3.3 Teknik Relaksasi 3.4 Berfikir Secara Positif 3.5 Harga Diri 3.6 Penyelesaian Masalah 3.7 Tegas Diri 3.8 Buat Cerita 3.9 Moto Hidup 3.10 Rancangan Hidupku
  4. 4. DASS 2 INTERVENSI UMUM INTERVENSI KHUSUS TERUK DIRUJUK KK SUSULAN / MAKLUM BALAS INTERVENSI UMUM TERUK 2MODUL MINDA SIHAT 4.0 CARTA ALIR CARTA ALIR PELAKSANAAN SARINGAN MINDA SIHAT MULA DASS 1 GAYA DAYA TINDAK 1 RINGAN / SEDERHANA / BAIK GAYA DAYA TINDAK 2 RINGAN / SEDERHANA / BAIK LAPORA N LAPORA N
  5. 5. 3 MODUL MINDA SIHAT 5.0 MODUL 5.1 AKTIVITI 1 KAWAL MARAH TAJUK : Kawal Marah OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat: 1. mempelajari cara-cara mengawal kemarahan secara positif. MASA : 60 minit BAHAN : Pengenalan Kawal Marah (Lampiran 1), Panduan kawal marah 3B (Lampiran 2). LANGKAH : 1. GBKSM menerangkan definisi kemarahan kepada murid. 2. GBKSM berbincang bersama murid berkaitan tanda-tanda marah yang dialami oleh individu. 3. GBKSM mengajar Langkah 3B mengawal kemarahan (Lampiran 1). FALSAFAH : Sabar Sebahagian Daripada Iman
  6. 6. 4MODUL MINDA SIHAT LAMPIRAN 1 Nota Guru Pengenalan Kawal Marah Kemarahan terbina secara perlahan-lahan dan menyebabkan perubahan pada fisiologi badan. Kemarahan juga merupakan satu masalah emosi utama akibat daripada stres jika tidak dikawal. Marah mengakibatkan kesan emosi negatif kepada individu dan menjejaskan keupayaan untuk berfungsi secara optimum. Kemarahan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan boleh berlaku secara spontan atau perlahan-lahan. Definisi Kemarahan Kemarahan adalah perasaan semulajadi yang ada pada setiap individu. Kemarahan merupakan kesan emosi akibat daripada: i. Sakit hati / kecewa ii. Ancaman / ugutan iii. Penderaan fizikal iv. Kehilangan Tanda-tanda Marah i. Fizikal • Mengetap gigi • Sakit / pening kepala • Tangan berpeluh • Muka merah padam ii. Emosi • Sedih • Rasa bersalah • Geram • Gelisah iii. Tingkah laku • Menangis • Menjerit • Mengeluarkan kata-kata kesat • Mengasingkan diri
  7. 7. 5 MODUL MINDA SIHAT LAMPIRAN 2 Nota Guru Langkah 3B i. B : Berhenti • Kebolehan berhenti adalah penting supaya anda mempunyai masa untuk mempertimbangkan situasi (melihat dan mendengar). • Bertenang, contohnya kira sampai 10, tarik nafas dengan mendalam atau membaca doa. • Jika anda tidak dapat mengawal kemarahan, tinggalkan tempat kejadian dengan serta merta. ii. B : Berfikir • Adalah baik jika boleh merancang pemikiran anda sebelum bercakap dengan orang yang anda marah. • Cuba kenal pasti dan selesaikan masalah tersebut. • Jangan buat sesuatu yang merumitkan lagi keadaan. • Kekal pada isu tersebut, jangan ungkit perselisihan lama dan jangan ambil hati. iii. B : Bertindak • Daya tindak merujuk kepada usaha untuk mengatasi perkara yang menimbulkan kemarahan.
  8. 8. 6MODUL MINDA SIHAT 5.2 AKTIVITI 2 TANGANI STRES TAJUK : Tangani Stres 10B OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat: 1. meningkatkan pengetahuan tentang kaedah-kaedah menangani stres. 2. meningkatkan kemahiran menangani stres. MASA : 60 minit BAHAN : Radio LANGKAH : 1. GBKSM menerangkan tentang kaedah 10B kepada murid. 2. GBKSM membimbing murid dengan membuat simulasi 10B; a. Bertenang – Membuat pernafasan relaks; • Tarik nafas dalam kiraan 3 dan lepas. • Tarik nafas dalam kiraan 5 dan lepas. • Tarik nafas dalam kiraan 7 dan lepas. b. Bernafas dengan dalam – Tarik nafas dalam-dalam dan dalam kiraan 7 lepaskan dengan suara yang kuat. c. Berkata: Relaks / Tak mengapa; • GBKSM membuat provokasi kepada murid. Contoh: GBKSM : Ada murid yang mengatakan kamu seorang yang pengotor. Murid : ...tarik nafas dan menjawab......ok, tak mengapa, nanti saya perbaiki diri. d. Beribadat – GBKSM menggalakkan murid beribadat mengikut agama masing-masing. e. Bercakap dengan seseorang; • GBKSM dan murid melakonkan aktiviti berkongsi masalah. GBKSM dan murid saling bertukar tempat. f. Berurut • GBKSM melatih murid teknik mengurut leher dan bahu serta kepala.
  9. 9. 7 MODUL MINDA SIHAT g. Berehat dan mendengar muzik; • GBKSM menerangkan situasi yang sesuai untuk murid mendengar muzik. • Berbaring, pejamkan mata dan pasang muzik dengan perlahan. Sebaik-baiknya muzik instrumental. h. Beriadah • GBKSM berbincang dengan murid aktiviti riadah yang boleh dibuat. Contoh : Berkelah, berenang, bermain bola, bermain dam dan berbasikal. i. Bersenam • GBKSM berbincang tentang aktiviti senaman. Contoh: Jogging, aerobic, skipping, senaman lantai. j. Berfikiran positif • GBKSM menggalakkan murid melihat sesuatu secara positif. Contoh: Situasi 1 : Seorang budak perempuan berpakaian cantik dan bergincu. Fikiran negatif : Budak perempuan itu mengada- ngada. Fikiran positif : Budak perempuan itu seorang yang gembira dan suka dirinya kelihatan cantik. Situasi 2 : Seorang guru memarahi murid yang nakal dan membuat bising di kelas. Fikiran negatif : Guru itu marah sebab benci kepada murid tersebut. Fikiran positif : Guru itu marah akan perbuatan murid tersebut dan bukan diri murid itu. 2. GBKSM dan murid merumuskan aktiviti yang dijalankan. Falsafah : Usaha Tangga Kejayaan
  10. 10. 8MODUL MINDA SIHAT 5.3 AKTIVITI 3 TEKNIK RELAKSASI TAJUK : Teknik Relaksasi OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat: 1. mengetahui maksud relaksasi. 2. menyatakan faedah latihan relaksasi. 3. mengamalkan sebahagian aktiviti latihan relaksasi. MASA : 60 minit BAHAN : CD teknik pernafasan dan urutan leher dan bahu. (Lampiran 3) LANGKAH : 1. GBKSM menerangkan teknik-teknik relaksasi seperti: a. Latihan pernafasan b. Urutan bahu, leher dan kaki c. Terapi muzik d. Relaksasi otot e. Aromaterapi 2. GBKSM menunjukkan teknik relaksasi (Lampiran 3). 3. GBKSM dan murid merumuskan aktiviti yang dijalankan. FALSAFAH : Kebahagiaan Hak Milik Semua
  11. 11. 9 MODUL MINDA SIHAT LAMPIRAN 3 Nota Guru i. Latihan Pernafasan Proses pengendalian a. Berdiri dengan menjarakkan kaki dan longlaikan tangan disisi. b. Pejam mata dan biarkan kepala tunduk ke hadapan. c. Tarik nafas perlahan-lahan melalui hidung sedalam-dalamnya dengan kiraan 10. d. Hembuskan nafas perlahan-lahan melalui hidung. e. Terapkan perasaan lega setiap hembusan nafas. f. Ulangi 5 kali sehingga berasa tenang dan relaks. g. Akhirnya, buka mata perlahan-lahan. ii. Urutan leher dan bahu (Sama Jantina) Proses pengendalian a. GBKSM menjemput murid duduk di atas kerusi dan mendapatkan kedudukan selesa. b. GBKSM berdiri di belakang murid dan cadangkan melakukan urutan bahu dan leher. c. Minta murid tanggalkan cermin mata (jika ada) dan menutup mata. d. Letakkan tangan GBKSM dengan perlahan di atas bahu murid. e. Letakkan ibu jari di bahagian tengkuk dan urut dengan perlahan-lahan hingga ke bahagian bahunya dan kemudian kembali ke bahagian tengkuk. Ulangi 3 kali. f. Dengan menggunakan kedua belah tangan, urut dari bahagian bahu hingga ke bahagian atas lengan. Ulangi 3 kali. g. Urut dengan ibu jari bermula dari bahagian bawah tengkuk mengarah ke luar menjauhi tulang belakang. Ulangi 3 kali. h. Urut dengan ibu jari bahagian bawah tengkuk dengan menggunakan teknik memutar. i. Letakkan satu tangan di dahi murid dan tangan yang satu lagi di bahagian tengkuk. Dengan perlahan putarkan kepala murid ke kanan dan kemudian ke kiri. j. Gunakan jari-jemari untuk mengurut bahagian tengah dahi dan terus ke bahagian tengah tepi dengan menggunakan teknik memutar. Ulangi 3 kali k. Letakkan kembali tangan di bahagian bahu murid.
  12. 12. 10MODUL MINDA SIHAT iii. Terapi muzik Proses pengendalian a. GBKSM mengucapkan ‘selamat datang’ serta minta murid duduk di kerusi sofa. b. Pilih CD mengikut kesukaan murid c. Pasang CD dan earphone d. Pejam mata dan bayangkan keadaan tenang sambil mendengar muzik. e. Sekiranya murid masih stres, minta murid kongsi perasaan dengan orang lain. iv. Relaksasi otot Proses pengendalian a. GBKSM mempersilakan murid duduk di atas kerusi yang selesa b. Pejamkan mata c. Genggamkan sebelah tangan dengan kuat selama beberapa saat dan tumpukan perhatian kepada ketegangan genggaman tersebut. d. Kemudian lepaskan genggaman perlahan-lahan. Rasakan ketegangan itu hilang perlahan-lahan. e. Ulangi latihan ini pada otot-otot di bahagian lain badan (mata, muka, dahi, tangan dan kaki).
  13. 13. 11 MODUL MINDA SIHAT 5.4 AKTIVITI 4 BERFIKIR SECARA POSITIF TAJUK : Berfikir Secara Positif OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat 1. mengetahui maksud pemikiran positif. 2. menyenaraikan beberapa faedah pemikiran positif. 3. mengamalkan aktiviti pemikiran positif. MASA : 60 minit BAHAN : Lembaran senario (Lampiran 4), Panduan berfikiran positif (Lampiran 5). LANGKAH : 1. GBKSM memberikan satu senario kepada murid untuk dibincangkan (Lampiran 4). 2. GBKSM akan menganalisa senario bersama-sama murid. 3. GBKSM menerangkan langkah-langkah berfikiran secara positif (Lampiran 5): a. Langkah 1 : Mengenalpasti situasi. b. Langkah 2 : Menilai kewujudan pemikiran negatif. c. Langkah 3 : Menilai sama ada pemikiran negatif tersebut sahih/wajar, serta mempunyai fakta yang kukuh. d. Langkah 4 : Gantikan pemikiran negatif dengan pemikiran yang lebih munasabah. 4. GBKSM dan murid merumuskan aktiviti yang dijalankan. FALSAFAH : Kehidupan Lebih Bererti Apabila Fikiran Sentiasa Positif
  14. 14. 12MODUL MINDA SIHAT LAMPIRAN 4 SENARIO Dipersalahkan Kerana Melakukan Kesalahan Disiplin LAMPIRAN 5 Nota Guru Kemungkinan Respon i. Respon Negatif Pemikiran negatif :- Situasi ini akan diterima dengan ungkapan sebegini, “Mesti ada orang cuba menganiaya aku”. Tindakan negatif:- Berasa kecil hati. Suka ponteng kelas dan sekolah. Terus bersedih dan sentiasa mengelak daripada berjumpa rakan dan GBKSM. Hasil negatif:- Tidak dapat menumpukan perhatian kepada pdp dalam kelas. Keputusan peperiksaan semakin merosot dan mencari alasan untuk berhenti sekolah. ii. Respon Positif Pemikiran positif:- Situasi ini akan diterima dengan ungkapan sebegini, “Aku akan cuba berubah dengan lebih baik pada masa akan datang”. Tindakan positif:- Berjumpa dengan GBKSM untuk membincangkan langkah- langkah bagi memperbaiki diri. Hasil positif:- Berasa selesa dengan diri sendiri dan mempunyai harga diri yang tinggi. Tidak perlu mengalami stres.
  15. 15. 13 MODUL MINDA SIHAT 5.5 AKTIVITI 5 HARGA DIRI TAJUK : Harga Diri OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat: 1. mengetahui maksud kepentingan harga diri. 2. mengenalpasti perasaan yang wujud dan cara menanganinya. 3. mengenalpasti kelemahan dan kekuatan untuk membantu kemajuan diri. MASA : 60 minit BAHAN : Helaian potensi diri (Lampiran 6). LANGKAH : 1. GBKSM berbincang dengan murid tentang maksud harga diri. 2. GBKSM mengedar dan membimbing murid melengkapkan Helaian Potensi Diri (Lampiran 6). 3. GBKSM berbincang dengan murid tentang kelebihan diri yang perlu terus kekal pada diri dan ditingkatkan. 4. GBKSM berbincang dengan murid tentang kelemahan diri yang perlu diperbaiki. 5. Murid diminta menyusun butiran potensi diri mengikut keutamaan. 6. GBKSM membuat pengukuhan. 7. GBKSM dan murid merumuskan aktiviti yang dijalankan. FALSAFAH : Kejayaan Akan Dicipta Oleh Orang Yang Mempunyai Harga Diri Yang Tinggi.
  16. 16. 14MODUL MINDA SIHAT LAMPIRAN 6 Helaian Potensi Diri Kelebihan Diri Kelemahan Diri 1. 2. 3. 4. 5. 1. 2. 3. 4. 5.
  17. 17. 15 MODUL MINDA SIHAT 5.6 AKTIVITI 6 PENYELESAIAN MASALAH TAJUK : Penyelesaian Masalah OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat: 1. menyatakan apa itu penyelesaian masalah. 2. menyenaraikan kebaikan penyelesaian masalah yang baik. 3. membincangkan langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah. MASA : 60 minit BAHAN : Lembaran senario (Lampiran 7), panduan kemahiran daya tindak (Lampiran 8) dan tips membuat keputusan (Lampiran 9). LANGKAH : 1. GBKSM memberi senario kepada murid (Lampiran 7). 2. GBKSM perlu menyenaraikan respon daripada murid dan membincangkan di papan putih. 3. GBKSM melatih murid menggunakan pendekatan IDEAL untuk mempertingkatkan kemahiran penyelesaian masalah (Lampiran 7) 4. GBKSM dan murid merumuskan aktiviti yang dijalankan. FALSAFAH : Agi Idup Agi Ngelaban
  18. 18. 16MODUL MINDA SIHAT LAMPIRAN 7 CONTOH SENARIO Ahmad seorang murid yang pemalu dan pendiam. Disebabkan oleh sikapnya itu beliau sering menjadi bahan ejekan dan dibuli oleh rakan-rakan sekolah. Ahmad juga tidak mampu untuk membuat aduan kepada guru kerana telah diugut oleh murid- murid tersebut. Jika anda adalah Ahmad, bagaimanakah anda menyelesaikan masalah ini? i. I – Identify (kenalpasti masalah) Ahmad sering menjadi bahan ejekan dan buli akibat sifatnya yang pemalu dan pendiam. ii. D – Describe (Huraikan pilihan yang ada) a. Membuat aduan kepada guru. b. Membiarkan saja perlakuan tersebut. c. Bertindak agresif dengan membalas tindakan rakan. d. membuat keputusan memberitahu ibu bapa dan pindah sekolah. iii. E – Evaluate (Buat penilaian bagi setiap pilihan: kelebihan dan kelemahan) a. Membuat aduan kepada guru • Masalah dapat diselesaikan. • Dapat bersekolah dengan tenang. • Murid akan diambil tindakan dihukum. • Murid akan berdendam kepadanya. b. Membiarkan saja perlakuan tersebut • Masalah tidak dapat diatasi. • Murid akan terus mengejek dan membuli. • Ahmad akan lebih murung dan stres. c. Bertindak agresif dengan membalas tindakan rakan • Akan berasa puas dapat membalas • Timbul rasa yakin diri dan berani
  19. 19. 17 MODUL MINDA SIHAT • Akan diambil tindakan oleh guru disiplin d. Membuat keputusan pindah sekolah • Mendapat suasana dan rakan baru. • Lebih fokus untuk belajar kerana tiada gangguan. • Sekiranya tidak berubah daripada sikap lamanya maka dia akan terus dibuli di sekolah baru. • Mengambil masa untuk menyesuaikan diri di tempat baru. v. A – Act (Bertindak berdasarkan pilihan yang baik) Pilih keputusan ( A ) Sebab-sebab memilih adalah dengan membuat aduan kepada guru, oleh itu masalah akan dapat diatasi kerana murid yang membuli akan diambil tindakan, seperti tindakan disiplin, kaunseling dan sebagainya dan dirinya juga akan diberi dorongan dan kaunseling agar dapat membina keyakinan diri. vi. L – Learn (Belajar dan semak semula) Menyedari bahawa terdapat banyak pilihan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Pilihan yang terbaik adalah yang paling praktikal.
  20. 20. 18MODUL MINDA SIHAT 5.7 AKTIVITI 7 TEGAS DIRI TAJUK : Tegas Diri OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat: 1. mengetahui maksud tegas diri. 2. memberi contoh individu yang tegas diri. 3. membuat latihan untuk menilai tahap perlakuan tegas diri murid. MASA : 60 minit BAHAN : Borang Penilaian Sikap Tegas Diri (Lampiran 10), Nota Guru (Lampiran 11). LANGKAH : 1. GBKSM mengedarkan Borang Penilaian Sikap Tegas Diri berkaitan sikap asertif (Lampiran 10). 2. GBKSM meminta murid menjawab Borang Penilaian Sikap Tegas Diri. 3. GBKSM mentafsir sikap tegas diri murid. 4. GBKSM menerangkan ciri-ciri individu yang asertif. 5. GBKSM menerangkan perbezaan di antara sikap pasif, tegas dan agresif/garang (Lampiran 11) 6. GBKSM dan murid merumuskan aktiviti yang dijalankan. FALSAFAH : Berani Kerana Benar
  21. 21. 19 MODUL MINDA SIHAT LAMPIRAN 10 BORANG PENILAIAN SIKAP TEGAS DIRI BIL ITEM SKALA 1 Kerap 2 Kadang kala 3 Jarang Sekali 4 Tidak Pernah 1. Dalam sesuatu mesyuarat yang diselubungi oleh kemarahan, percanggahan pendapat, saya boleh bercakap dengan penuh yakin. 2. Jika saya berasa ragu-ragu, saya mudah meminta pertolongan. 3. Kalau ada sesiapa bersikap tidak adil dan garang, saya dapat menangani situasi ini dengan penuh keyakinan. 4. Bila seseorang suka menyindir saya ataupun orang lain, saya dapat bercakap tanpa berasa marah. 5. Bila saya ditindas, saya akan menyuarakan pandangan dengan terus terang tanpa bersikap agresif. 6. Sekiranya saya berasa saya diambil mudah, saya boleh menarik perhatian mengenai perkara itu tanpa bermasam muka atau rasa kecewa. 7. Kalau seseorang meminta kebenaran untuk melakukan sesuatu yang saya tidak mahu beliau lakukan, seperti merokok, saya akan menyatakan; "JANGAN" tanpa berasa bersalah. 8. Jika sesiapa meminta pendapat tentang sesuatu, saya boleh memberikan pandangan walaupun tidak popular. 9. Saya boleh berhubung secara mudah dan berkesan dengan orang atasan. 10. Bila layanan yang diberi tidak memuaskan samada di kedai ataupun di restoran, saya dapat menyatakan perasaan tidak puas hati tanpa menyerang pihak lain. 11. Bila terdapat sesuatu peluang / tawaran yang penting, saya akan menyuarakan bagi pihak diri sendiri. 12. Bila saya dapat mengesan sesuatu yang tidak betul, saya akan bertindak tanpa menunggu akibat yang lebih buruk. 13. Bila ada berita buruk yang perlu saya sampaikan, saya dapat menyatakan dengan tenang tanpa terlalu risau.
  22. 22. 20MODUL MINDA SIHAT 14. Jika saya memerlukan sesuatu, saya akan memintanya secara berterus terang. 15. Bila seseorang tidak memberi perhatian terhadap apa yang saya katakan, saya berupaya menyampaikan maksud saya tanpa bercakap lantang dan berasa kecewa. 16. Bila seseorang silap memahami apa yang saya sampaikan, saya akan membuat pembetulan tanpa rasa bersalah ataupun memperkecilkan orang itu. 17. Bila saya tidak bersetuju dengan pandangan ramai, saya dapat menyampaikan pendapat saya tanpa rasa bersalah ataupun angkuh. 18. Saya sedia menerima teguran. 19. Saya dapat memberikan pujian tanpa berasa malu atau kelihatan mengampu. 20. Bila marah, saya masih dapat menyampaikan pendapat tanpa menghukum atau pun berasa kecewa. KAEDAH MENGIRA SKOR PENILAIAN TEGAS DIRI (ASERTIF) • Jumlahkan kesemua markah pada jawapan setiap ruang. • Kalau jumlah di antara 20 - 25, klien adalah seorang yang berkeyakinan dan asertif dalam menghadapi sebarang situasi. • Kalau jumlah di antara 26 - 35, walaupun klien boleh mempunyai sikap asertif tetapi boleh diperbaiki melalui latihan tegas diri. • Kalau jumlah di antara 36 - 50, sikap tegas diri klien tidak konsisten dan perlu berusaha untuk memperbaiki sikap. • Kalau jumlah skor di antara 51 - 80, klien perlu berusaha keras untuk membentuk sikap tegas diri.
  23. 23. 21 MODUL MINDA SIHAT LAMPIRAN 11 NOTA GURU PERBEZAAN DI ANTARA SIKAP PASIF, TEGAS DAN AGRESIF/ GARANG Pasif Tegas Agresif/Garang Lisan • Meminta maaf • Merayu • Meleret dan meremehkan • Merendah diri • Kenyataan ringkas dan jelas • Pernyataan menunjuk kehendak • Pernyataan objektif • Kritikan membina • Lebih menyebut saya • Angkuh • Menekan • Mengancam • Menyindir • Menyalah dan merendahkan orang Bukan Lisan a) Umum b) Khusus • Gerak badan yang mengharap orang bertanya kemahuan anda • Pandangan yang tidak menyakinkan apabila menyatakan sesuatu • Tingkah laku mendengar penuh minat, yakin, membayangkan kekuatan dan prihatin • Menunjuk kekuatan secara berlebihan, angkuh Suara • Tidak bermaya, teragak-agak, halus dan ragu-ragu • Tegas, mesra, relaks dan suara yang bersesuaian • Nyaring, kuat, tidak mesra dan autoritatif Mata • sentiasa merenung ke bawah, berair dan merayu • Pandangan ikhlas, ada eye contact tetapi bukan menatap dengan tajam Lain-lain a) Kedudukan diri b) Gaya atau posisi tubuh c) Tangan d) Kaki • Mencari sokongan • Memutarbelit • Membongkok • Cuba menyembunyikan diri • Mengangguk kepala berlebihan • Sejuk dan menggeletar • Berjalan menyeret, resah gelisah dan menghayun kaki • Selesa dan relaks • Relaks dan pergerakan yang yakin • Kedudukan selesa • Menuding jari • Cekak pinggang, kasar dan suka menyindir • Tindakbalas terburu- buru dan menumbuk- numbuk • Mengetuk dengan perlahan
  24. 24. 22MODUL MINDA SIHAT 5.8 AKTIVITI 8 BUAT CERITA TAJUK : Buat Cerita OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat: 1. mengenalpasti perkara yang patut dilakukan dalam menghadapi permasalahan hidup. 2. menangani masalah yang dihadapinya. MASA : 60 minit BAHAN : Contoh helaian cerita (Lampiran 12) LANGKAH : 1. GBKSM memberi contoh helaian cerita kepada murid untuk dibaca (Lampiran 12). 2. GBKSM meminta murid untuk menulis ceritanya sendiri mengikut masalah yang sedang dialaminya. 3. GBKSM berbincang dengan murid tentang masalah yang dihadapi mengikut nota panduan berikut; • Apakah cabaran yang ditempuhi oleh watak dalam cerita? • Apakah yang perlu dilakukan oleh watak untuk mengatasi masalahnya. • Siapakah orang yang boleh berkongsi cerita dengan watak. • Apakah kekuatan yang ada pada diri untuk dijadikan sebagai benteng kekuatan diri. 4. GBKSM dan murid merumuskan aktiviti yang dijalankan. FALSAFAH : Setiap Penyakit Ada Ubatnya
  25. 25. 23 MODUL MINDA SIHAT LAMPIRAN 12 Helaian Cerita Dear Diary, Ohhh.......Elly memang dah tak nak kawan dengan aku lagi. Nampaknya dia cuma nak kawan dengan orang yang pandai macam dia. Masa aku pergi rumah dia, dia macam malas nak layan aku, macam terpaksa aje. Aku rasa dah keseorangan dalam dunia ini. Kawan-kawan, emak, abah, abang, kakak malah adik pun macam menyingkirkan aku. Aku rasa teruk sangat, ke mana aku nak mengadu.................
  26. 26. 24MODUL MINDA SIHAT 5.9 AKTIVITI 9 MOTO HIDUP TAJUK : Moto Hidup OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat: 1. mengetahui kepentingan untuk bersifat sabar. 2. mengukuhkan sifat cekal bagi mencapai kejayaan dalam hidup. 3. membina matlamat diri untuk berjaya. MASA : 60 minit BAHAN : Peribahasa (Lampiran 13). LANGKAH : 1. GBKSM mengedarkan helaian peribahasa (Lampiran 13). 2. GBKSM dan murid berbincang tentang maksud peribahasa. 3. GBKSM mengaitkan peribahasa tersebut dengan diri murid. 4. GBKSM meminta murid memberi contoh peribahasa lain yang sesuai untuk dirinya yang dapat dijadikan panduan dalam kehidupan. 5. GBKSM dan murid merumuskan aktiviti yang dijalankan. FALSAFAH : Yang Baik Jadikan Teladan, Yang Buruk Jadikan Sempadan.
  27. 27. 25 MODUL MINDA SIHAT LAMPIRAN 13 PERIBAHASA Berikan maksud peribahasa di bawah. 1. “ Belakang parang diasah lagikan tajam” __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ 2. “Genggam bara api biar sampai jadi arang” __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ 3. “ Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya” __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ 4. “Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit” __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________
  28. 28. 26MODUL MINDA SIHAT Nota Guru 1. “ Belakang parang diasah lagikan tajam” JIKA BERUSAHA DENGAN GIGIH PASTI AKAN BERJAYA 2. “Genggam bara api biar sampai jadi arang” MEMBUAT SESUATU PEKERJAAN YANG SUSAH HENDAKLAH SABAR SEHINGGA MENCAPAI KEJAYAAN. 3. “ Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya” CITA-CITA TANPA USAHA TIDAK AKAN TERCAPAI 4. “Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit” USAHA YANG TERUS MENERUS PASTI AKHIRNYA AKAN MEMBERIKAN HASIL
  29. 29. 27 MODUL MINDA SIHAT 5.10 AKTIVITI 10 RANCANGAN HIDUPKU TAJUK : Rancangan Hidupku OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat: 1. membuat perancangan hidup bagi memastikan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. MASA : 60 minit BAHAN : Helaian Rancangan Hidupku (Lampiran 14). LANGKAH : 1. Murid diminta melengkapkan helaian Rancangan Hidupku (Lampiran 14). 2. Murid diminta membacakan maklumat yang telah ditulis dalam helaian Rancangan Hidupku. 3. GBKSM dan murid berbincang sama ada butiran yang ditulis adalah sesuatu yang realistik dan boleh dicapai. 4. Murid diminta menyimpan helaian Rancangan Hidupku untuk dijadikan panduan membina matlamat hidup. 5. GBKSM dan murid merumuskan aktiviti yang dijalankan. FALSAFAH : Kehidupan Yang Dirancang Dengan Baik Akan Memberi Ketenangan
  30. 30. 28MODUL MINDA SIHAT LAMPIRAN 14 Helaian Rancangan Hidupku Matlamat Hidupku Pelan Matlamat Hidup Faktor-Faktor Dalaman dan Luaran Yang boleh Membantu Usaha Yang Akan Dibuat
  31. 31. 29 MODUL MINDA SIHAT Nota Guru Helaian Rancangan Hidupku Matlamat Hidupku Saya ingin menjadi doktor Pelan Matlamat Hidup 1. Masuk kelas sains tulen 2. Belajar subjek sains tulen 3. Dapat A semua subjek 4. Masuk matrikulasi atau asasi hayat 5. Menyambung ijazah perubatan Faktor-Faktor Dalaman dan Luaran Yang boleh Membantu Rakan sebaya Sokongan guru Sokongan ibu bapa Asertif Usaha Yang Akan Dibuat Tuisyen Belajar sendiri Bertanya kepada guru Belajar dalam kumpulan

×