Asas tune-gitar

528 views

Published on

Published in: Education
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
528
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
6
Actions
Shares
0
Downloads
38
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Asas tune-gitar

  1. 1. PEMBERITAHUAN Hakcipta Terpelihara © daripada BelajarGitar.com dan penulis. Tiada bahagian di dalam ebook ini yang boleh di tiru sama ada sebahagian atau secara penuh. Ini bukan ebook percuma. Ebook ini hanya boleh di dapati di laman web www.belajargitar.com, jika anda memperolehinya daripada sumber lain bermaksud ianya tidak sah. Ebook ini adalah untuk penggunaan sendirian sahaja. Anda dibenarkan menjual atau mengedarkan ebook ini sama ada secara atau cetakan tanpa kebenaran daripada penulis. Sebarang cubaan menjual, mengedar, meniru atau mengubah isi kandungan di dalam ini adalah salah di sisi undang-undang dan agama. tidak digital untuk ebook Isi kandungan ebook ini adalah berdasarkan pengalaman penulis dan kajian yang dilakukan. Tiada jaminan yang dapat kami berikan kepada anda kerana setiap keputusan mungkin berbeza berdasarkan dedikasi, keinginan dan kesungguhan anda untuk bermain gitar. Isi kandungan buku ini bermula pada mukasurat seterusnya
  2. 2. Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Selamat datang ke Panduan Tune Gitar Anda. Buku ini diberikan bersama-sama dengan Pakej Lengkap Belajar Gitar Cara Pantas. Di dalam buku ini anda akan mempelajari bagaimana anda dapat tune gitar anda dengan baik untuk memastikan bunyi yang dikeluarkan tepat dan sekata. Tune gitar anda sangat penting ketika bermain gitar, jika ianya out of tune atau tidak ditune dengan baik pasti gitar anda akan berbunyi buruk dan sumbang. Dengan mempunyai gitar yang ditune dengan tepat juga anda dapat bermain diiringi bersama-sama dengan alat muzik lain dengan baik dan harmoni. Terdapat pelbagai cara untuk tune gitar anda seperti menggunakan guitar tuner, piano, menggunakan gitar lain dan sebagainya. Tetapi di dalam panduan ini saya akan ajarkan cara-cara bagaiamana anda dapat tune gitar anda tanpa menggunakan alat-alat tersebut. Anda hanya perlu menggunakan telinga anda untuk mendengan bunyi yang dihasilkan untuk tune gitar anda. Oklah, tanpa membuang masa mari kita mulakan dengan teknik tune gitar anda. Pertama sekali anda perlulah tahu, terdapat beberapa jenis tune di dalam permainan gitar seperti tuning Drop D, Double Drop D, Drop C, Drop G dan banyak lagi. Di dalam panduan ini saya akan ajarkan Standard Tuning atau tuning biasa yang digunakan dalam permainan gitar. Langkah 1: Tali E (tebal) Langkah satu ini adalah langkah yang penting kerana jika tali ini out of tune maka apabila anda selesai melakukan teknik tune gitar ini kesemua tali gitar anda akan out of tune. Tune tali E anda (tali paling tebal) dengan sebaik mungkin dengan memetiknya beberapa kali. Cuba anda dengar bunyi tune tali tersebut dan pastikan ianya mengeluarkan tone yang sepatutnya (jika anda berpengalaman bermain anda dapat mengagak tone yang tepat untuk tali tersebut). Walau apa pun yang anda lakukan pastikan ianya sehampir mugkin dengan tone yang sebenar.
  3. 3. Langkah 2: Tali A Tekan tali di fret kelima di tali E (tebal). Anda akan menghasilkan note A. Sekarang, semasa jari anda masih menekan pada tali E, petik tali gitar anda berulang-ulang kali diantara tali E (yang anda tekan itu) dan A (dibawahnya) dan pastikan bunyinya sama. Sementara anda memetik anda boleh memulas tombol gitar (tali A) anda bagi memastika kedua-dua tali tersebut menghasilkan bunyi note yang sama. Langkah 3: Tali D Langkah seterusnya lebih kurang sama dengan langkah kedua. Anda perlu menekan fret ke 5 pada tali A. Dengan ini anda akan menghasilkan note D. Ulang langkah diatas dengan cara memetik tali A dan D berulang-ulang kali sambil memulas tombol tune tali D. Pastikan anda tune tali D supaya menghasilkan bunyi note yang sama dengan tali A yang anda tekan.
  4. 4. Langkah 4: Tali G Ulang langkah diatas Cuma kali ini anda menekan tali D (menghasilkan note G) dan pastikan anda tune gitar anda sehingga bunyi tali dibawahnya iaitu tali G menghasilkan bunyi note yang sama. Langkah 5: Tali B Langkah kali ini berlainan sedikit. Anda harus menekan fret keempat pada tali G. Dengan ini anda akan menghasilkan note B. Petik tali G (yang anda tekan) dan tali B dan tune gitar anda sehingga ianya menghasilkan bunyi note yang sama.
  5. 5. Langkah 6: Tali E (nipis) Langkah terakhir adalah dengan menekan fret ke 5 pada tali B (menghasilkan note E). Ulang langkah yang sama seperti diatas, sambil menekan tali B, petik kedua-dua tali B dan E. Tune sambil memetik gitar anda sehingga keduanya menghasilkan note yang sama. TAMAT

×