Pantang larang kaum sabah

11,455 views

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
11,455
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
49
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Pantang larang kaum sabah

  1. 1. EDU 3106Tutorial 3 : Kesedaran Kepelbagaian Kelompok Di Malaysia Pantang Larang Kaum-Kaum Sabah Disediakan oleh :1) Muhammad Firdaus Bin Abdul Jalil2) Mohd Ala Hadrame Bin Mohd Noh3) Mohd Ridzwan Bin Borhan4) Muhammad Ruzaifi Bin Abd Rasid Kelas PISMP 5.07
  2. 2. Kaum KadazanSemasa Proses Merisik• Pihak lelaki akan membawa sebentuk cincin pusaka (diperbuat daripada tembaga) yang dipanggil ‘cincin menanti mimpi’. Selepas menerimanya, ibu-bapa perempuan kena ‘membersihkan diri’(seperti tidak mabuk).• Pada malam harinya, cincin itu akan diletakkan di bawah bantal ibu-bapa perempuan dan salah seorang daripada ibu-bapa atau kedua-duanya sekali akan mendapat mimpi (petunjuk bagi membuat keputusan risikan bagi pihak lelaki).• Jika mendapat mimpi baik, risikan itu diterima dan jika sebaliknya, risikan itu tidak diterima.
  3. 3. Semasa Proses Bertunang• Hantaran kahwin biasanya terdiri daripada : a) Makanan – Babi atau kerbau. Jumlah binatang bergantung kepada kemampuan. Binatang ini akan disembelih dan dimasak untuk upacara makan di rumah pengantin perempuan. b) Barang memperteguhkan semangat – Dikenali sebagai Tasor ( tempat pinang yang diperbuat daripada tembaga atau perak ). Tasor ini akan dibawa sendiri oleh pengantin pada hari perkahwinan. c) Alat untuk adat istiadat pula dinamakan tinokol iaitu terdiri daripada canang, gong dan tajau (tempayan). Jumlahnya menurut darjat orang yang berkahwin itu. Barangan ini juga dibawa pada hari perkahwinan..
  4. 4. • Sebuah tajau berisi tapai beras yang dinamakan lihing, mesti dibawa pada hari perkahwinan. Lihing ialah tapai yang sudah menjadi arak. Lihing diminum beramai-ramai dalam pesta kahwin di rumah pengantin perempuan. Selain daripada empat hantaran yang menjadi asas bagi orang Kadazan, terdapat beberapa barangan lain yang turut dibawa untuk memperlengkap dan memperindahkan majlis hantaran itu. Ini terserah kepada janji yang dibuat semasa majlis pertunangan, juga berdasarkan kemampuan kedua-dua belah pihak.
  5. 5. Pantang larang kaum lain• Pada waktu senja, tidak boleh berkeliaran di luar rumah kerana dipercayai pada waktu itu, makhluk halus banyak berkeliaran.• Tidak boleh ketawakan binatang. Nanti akan terjadi ribut.• Tidak boleh simpan arang di dalam rumah pada waktu malam kerana dipercayai hantu air akan datang kerana itu merupakan makanannya.• Semasa kenduri perkahwinan, dilarang sama sekali memecahkan barang-barang seperti cawan atau pinggan. Dipercayai akan membawa sial kepada rumah tangga pengantin.
  6. 6. • Tidak boleh duduk di jendela. Dipercayai apabila berkahwin, kahwin lari.• Tidak boleh pukul orang guna kayu yang sudah terbakar, barang-barang dapur dan menyumpah guna bahasa-bahasa kasar. Kalau terbuat, maka akan kena denda. Denda itu biasanya akan ditetapkan oleh ketua adat. Bayaran atau barangan itu akan dapat pada mangsa tersebut. Biasanya darah ayam kampung dan lain-lain.• Tidak boleh berpayung di dalam rumah. Dipercayai akan ada orang mati.

×