Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
Bawang
Sediakan bawang seperti dalam teknik menanam bawang. Seperti sebelah tingkap yang ada
cahaya matahari. Ia boleh jad...
Baja NPK
Untuk sayur, boleh membeli baja NPK hijau dengan nombor (15:15:15). 15:15:15 itu bukanlah
bermaksud nisbah NPK it...
Pokok Cili
Pokok cili adalah antara pokok yang saya kategorikan dalam pokok yang sukar dijaga. Masa
percambahan yang lama ...
Air Basuhan Cili Kering
Cili merupakan tanaman yang popular di Malaysia. Hampir kesemua masakan pasti ada
meletakkan cili ...
Campuran Tanah
Kebun kaki persegi adalah satu teknik yang diperkenalkan oleh Mel Batholomew. Ia
menggunakan kaedah batas t...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Kebun

188 views

Published on

cara penanaman sendiri

Published in: Education
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Kebun

  1. 1. Bawang Sediakan bawang seperti dalam teknik menanam bawang. Seperti sebelah tingkap yang ada cahaya matahari. Ia boleh jadi pokok hiasan penyeri bilik anda. Kalau boleh, dapatkan tanah + kompos lebih baik. Tak perlu nak taruh baja banyak kalau guna kompos. Kalau nak guna tahi ayam pula, kena guna campuran 3:2:1 (tanah atas: kompos/tahi ayam: pasir). Cara mudah sahaja. Ambil tiga skop tanah atas campur dengan 2 skop kompos dan 1 skop pasir. Kemudian gaul sehingga sebati iaitu warna dan rasa (feel) tanah nampak serata. Bawang mempunyai pertumbuhan yang cergas. Campak sahaja boleh hidup. Buktinya, lihatlah bawang yang disimpan dalam peti ais terlalu lama. Beberapa minggu disimpan pasti ia akan mengeluarkan pucuk, bersedia untuk tumbuh. Jarak optimum bawang dalam pasu Dari segi pembajaan, baja NPK hijau boleh digunakan. Kebanyakan kedai hardware ada menjual baja ini dalam paket biasa. Untuk penanaman dalam pasu, 2 sudu teh baja sudah memadai untuk setiap dua minggu. Jika baja masih berwarna dan kelihatan di atas tanah, tidak perlu ditambah lagi. Siram apabila tanah dalam pasu mula kering dengan merasa menggunakan jari di atas tanah pasu. Berhenti siram apabila air melimpah keluar bawah pasu. Jangan terlebih siram kerana mungkin akan menyebabkan bawang diserang kulat apabila tanah terlalu lembab.Bagi penanamansayur,bajayangamat pentingadalahbajanitrogen.Daunakan bertambahbanyakdanbesar apabiladibekalkandenganunsurnitrogenyangcukup.
  2. 2. Baja NPK Untuk sayur, boleh membeli baja NPK hijau dengan nombor (15:15:15). 15:15:15 itu bukanlah bermaksud nisbah NPK itu 15. Ia melambangkan peratus unsur yang ada di campuran baja itu. Selebihnya adalah bahan lengai. Ada juga bertanya kenapa tidak dapat 100:100:100? Secara idealnya boleh tetapi realitinya tidak. Campuran bahan kimia bertindak apabila beberapa elemen dicampur bersama. Kerana itu bahan lengai berfungsi mengstabilkan campuran elemen ini agar ia boleh kekal dalam satu campuran. Bagi sayur, pembajaan boleh dilakukan di awal penanaman sama ada ketika pemindahan anak benih ke atas batas atau ke dalam bekas yang lebih besar. Kemudian memberi baja sebulan selepas itu. Beberapa persoalan yang selalu timbul apabila melibatkan pembajaan tanaman sayuran. Apakah kadar pembajaan yang sesuai? Secara umumnya, satu pokok sayur boleh diberi dengan satu sudu kecil baja (1-5 g). Berapakah jarak yang sesuai untuk membubuh baja? Jangan memberi baja dekat dengan batang pokok. Perlu diketahui bahawa baja mempunyai sifat panas. Apabila tersentuh pada pokok, pokok boleh melecur. Jarak yang sesuai adalah di antara 5- 7 cm. Adakah perlu digaul baja ke dalam tanah atau dibiarkan sahaja di atas tanah? Berapa pula kedalamannya? Lebih elok baja digaul dalam tanah bagi mengelakkan nutrien baja larut lesap di udara dan oleh penyiraman air. Jika di dalam tanah, nutrien boleh terus diserap oleh tanaman. Cukup sekadar menggaulkan baja sehingga tidak kelihatan di atas tanah.
  3. 3. Pokok Cili Pokok cili adalah antara pokok yang saya kategorikan dalam pokok yang sukar dijaga. Masa percambahan yang lama iaitu 7-14 hari, penjagaan yang rapi, dan mudah diserang penyakit. Oleh itu pokok cili memerlukan penggalak tanaman bertindak sebagai penguat kepada ketahanan pokok. Di sini saya kongsikan cara mudah agar pokok cili kita sentiasa kuat menahan serangan serangga dan penyakit. Bahan: 1. Belacan – 500g 2. Gula molases / gula merah – 500g 3. Air tanpa klorin (air hujan, air perigi, tapisan) – 2.5 L Cara buat: 1. Rendam belacan di dalam bekas berisi air 2.5 L. Kacau sehingga larut. 2. Kemudian masukkan gula molases. Kacau sehingga sebati. 3. Tutup dengan kain kasa bekas tersebut. 4. Peram selama sebulan. 5. Selepas diperam, kacau dan tapis. Ambil pati penggalak tersebut. Cara guna: 1. 100 mL pati + 20 L air biasa 2. Sembur pada daun, batang, dan tanah waktu pagi sekitar 7am-10am, seminggu sekali Selain pokok cili, penggalak tanaman ini boleh disembur pada tanaman lain seperti pokok tin, sayuran, dan pokok mulberi. Pernah cuba? Jom komen di bawah.
  4. 4. Air Basuhan Cili Kering Cili merupakan tanaman yang popular di Malaysia. Hampir kesemua masakan pasti ada meletakkan cili sebagai bahan masakan. Sebagai orang yang selalu memasak, kita mesti tertanya bagaimanakah cili ini mampu menjadi berguna buat kita? Saya mendapat tips ini daripada rakan saya. Katanya, dia menggunakan air basuhan cili kering bagi menghalau serangga perosak seperti bena (aphid), lalat putih (white fly), beluncas dan lain- lain. Caranya: 1. Ambil air basuhan cili kering. 2. Isi air tersebut ke dalam bekas penyembur (sprayer). 3. Sembur pada tempat serangan dan ke seluruh pokok sehingga basah. Semburan di waktu pagi dan petang sudah memadai. 4. Ulang langkah ini selama seminggu atau sehingga serangga hilang. Pastikan siraman tak dilakukan ketika ingin menuai. Nanti pedas sayur atau buah yang dimakan! Jika anda ada tips lain, jom kita kongsikan bersama dengan meninggalkan komen di bawah.
  5. 5. Campuran Tanah Kebun kaki persegi adalah satu teknik yang diperkenalkan oleh Mel Batholomew. Ia menggunakan kaedah batas timbun kayu. Kaedahnya mudah sahaja iaitu membina 2×2, 3×3, atau 4×4 kaki persegi batas menggunakan kayu. Kemudian batas tersebut diisikan dengan tanah campuran. Jika di Amerika mereka menggunakan campuran kompos, vermikuli dan lumut gambut dengan nisbah 1:1:1 setiapnya. Tetapi bagaimana pula di Malaysia? Adalah lebih elok kita guna campuran tanah atas, bahan organan dan pasir dengan nisbah 3:2:1. Tanah atas mungkin susah untuk didapati di Malaysia kerana jika mengikut istilah betulnya ia adalah tanah organik yang berwarna hitam. Sesetengah nurseri mengatakan mereka menjual tanah atas, walhal mereka hanyalah menjual tanah merah yang telah dicampur ataupun dibakar hitam. Ia bukanlah 100% tanah atas asli. Walaupun begitu ia masih boleh digunakan dalam campuran 3:2:1. Tanah atas berfungsi mengikat dan menyimpan nutrien dan air buat tanaman kita nanti. Manakala pasir pula memberi ruang dalam campuran itu agar tidak padat dan mudah untuk akar tumbuhan nanti membesar dan bernafas. Namun begitu, terlebih letak pasir akan membuatkan tanah cepat kering. Ini akan menyebabkan kita terpaksa siram kerap. Jadi nisbahnya perlulah sesuai. Bahan organan seperti tinja lembu, kambing atau ayam boleh digunakan. Ia berfungsi menyuburkan lagi tanah campuran itu. Setelah membuat tanah campuran 3:2:1, pastikan dalam masa dua minggu tempoh tidak disemai apa-apa tumbuhan. Ini kerana menunggu bahan organan terurai menjadi nutrien kepada tanah campur. Jika tak, ia akan membuatkan tanaman melecur dan mungkin apabila disemai tidak akan tumbuh. Jika memang di tempat kita susah dapat bahan organan, boleh gantikannya dengan kompos. Semoga berjaya semua dalam membuat tanah campur untuk berkebun. Jika ada apa-apa cadangan atau soalan, boleh nyatakan di ruang komen.

×