MATHEMATICS  ANXIETY
NUR KHAIRINA BT ABD MANAF                                D2008322061. Apakah “mathematics anxiety”?Ia adalah rasa dan pers...
risau dan akan mengelakkan dari menyelesaikan sesuatu masalah matematik. Hal ini keranaapabila seseorang itu tidak mempuny...
keputusan yang kurang baik yang tetap dan jarang mendapatkan gred yang tinggi dalamsubjek ini. Gred ini juga menyebabkan m...
mereka kurang mempunyai keyakinan. Ibubapa yang memberi tekanan juga akanmenyebabkan masalah ini menjadi lebih teruk. Ibub...
ATIQAH BT MOHD AZMI                            D200810322271.0    Maksud kebimbangan MatematikDalam era teknolgi yang serb...
2.0    Mengapa kejadian ini berlakuPerasaan seseorang terhadap Matematik adalah kebanyakannya sama antara satu sama lain.M...
Sesetengah guru kurang kreatif dan proaktif untuk mewujudkan suasana pengajaran danpembelajaran Matematik yang produktif s...
Bagi pelajar amalan melakukan dan membuat Matematik adalah penting dalammengurangkannya. Pelajar tidak boleh menguasai Mat...
SITI NOR AFAF BINTI MAHASAN                               D20081032219   1. Apakah Kebimbangan Matematik ?Kebimbangan Mate...
guru pelatih opsyen Matematik. Menurut Aiken (1970), kewujudan kebimbangan Matematikmengakibatkan pelajar cuba mengelakkan...
pelajaran ini tetapi mereka tidak dapat menerima kenyataan kemungkinan mereka tidak dapatmenyelesaikan masalah yang mempun...
Guru Matematik adalah bertanggungjawab untuk menerapkan kemahiran dan minat dalamMatematik kepada pelajar mereka. Mereka s...
NUR AKMA BINTI MAKHTAR                            D200810322171) Maksud Mathematics anxiety:Mathematics anxiety atau fobia...
seseorang. Bagi pelajar, mereka yang kurang mencapai pencapaian dalam matematik danmempunyai pengalaman yang kurang dalam ...
Fenomena ini biasanya berlaku apabila seseorang itu diberi soalan matematik.       Jikaseseorang itu terlebih bimbang, jad...
Guru boleh mempelbagaikan bahan bantu mengajar supaya pelbagai pendekatanpengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan se...
NUR FARHANA BT                            DAGLON DOL HAMID                                D20081032214Apa itu „Mathematics...
mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak mereka sehinggakan ada di antara ibu bapa yangterlalu memaksa anak mereka untuk ...
Pensyarah hanya mengajar tanpa mempedulikan pelajarnya faham ataupun tidak. Ini secara tidaklangsung akan menyebabkan pela...
Bagaimana hendak menghapuskan „Mathematics Anxiety‟?„Mathematics Anxiety‟ ini sukar untuk dihapuskan. Pada pendapat saya, ...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Mathematics anxiety

1,342 views

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
1,342
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
45
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Mathematics anxiety

  1. 1. MATHEMATICS ANXIETY
  2. 2. NUR KHAIRINA BT ABD MANAF D2008322061. Apakah “mathematics anxiety”?Ia adalah rasa dan persepsi yang menjurus kepada ketakutan dan kerisauan masyarakatterutama pelajar tentang matematik. Kerisauan dan ketakutan ini selalunya akan hadir padapesakitnya apabila melihat sesuatu berkaitan nombor, dan symbol berkaitan matematik. Iajuga adalah sesuatu rasa yang akan membuat pesakitnya mengalami perpeluhan, sakit perut,panik, takut, sejuk, tekanan dan sebagainya apabila mereka diminta untuk menyelesaikansoalan berkaitan matematik walaupun hanya soalan yang paling asas. Mereka yangmengalami “mathematics anxiety” ini juga akan menyebabkan otak mereka menjadi kosongsementara dan tidak mampu berfikir apabila diminta untuk menyelesaikan soalan matematik.2. Mengapa hal ini terjadi?Hal ini terjadi berpunca daripada “mathematics anxiety” yang terdapat pada diri seorangguru. Apabila seseorang guru itu mempunyai penyakit ini, ia akan seterusnya mendorongpelajar juga mempunyai perkara yang sama. Hal ini kerana apabila guru mempunyai penyakitini, ia akan memberi kesan kepada gaya pengajaran guru yang tidak berkeyakinan danseterusnya tidak dapat menarik minat pelajar. Kedua, hal ini terjadi kerana terdapatnyapersepsi yang negatif terhadap matematik. Apabila seseorang itu mempunyai persepsi yangmenyatakan matematik itu susah, secara automatik ia akan membuat seseorang itu takut, 1
  3. 3. risau dan akan mengelakkan dari menyelesaikan sesuatu masalah matematik. Hal ini keranaapabila seseorang itu tidak mempunyai seseorang yang berminat untuk memberi semangatdan mengajar mereka, dan mereka hanya dikelilingi orang-orang yang tidak mempunyai ilmupengetahuan tentang matematik, mereka akan merasakan matematik ini susah dan seterusnyaia akan menjurus kepada penyakit “mathematics anxiety” ini. Ketiga, anggapan mereka padaawal lagi bahawa matematik ini susah juga mendorong terutama pelajar untuk tidak meminatimatematik. Apabila mereka telah awal-awal lagi memberi persepsi bahawa matematik inisusah, mereka terus sahaja akan mengelakkan diri dari menyelesaikan masalah berkaitanmatematik dan seterusnya menjadi satu kerisauan bagi mereka apabila berurusan dengannombor.3. Siapa yang menghidapinya?Impak yang terbesar yang akan diterima apabila guru yang mengajar matematik itu sendirimengidapinya. Apabila seseorang guru itu mengidapinya, ia akan membawa danmenunjukkan kepada para pelajar dan seterusnya membuatkan pelajar walau dari peringkatrendah lagi sudah merasa takut dengan matematik. Seterusnya ibubapa. Ibubapa yang jugapernah mengalami alam persekolahan dan juga diajar oleh guru yang mengalami“mathematics anxiety” ini seterusnya akan mengalami penyakit yang sama. Apabila ibubapaturut merasakan penyakit ini, ia akan menutup peluang anak-anak untuk bertanya seterusnyamembuatkan anak-anak merasakan matematik ini sememangnya susah kerana ibubapamereka sendiri tidak tahu untuk mengajar mereka. Hal ini juga dihadapi oleh ibubapa yangtidak mempunyai pendidikan awal tentang matematik seterusnya tidak mempunyai ilmupengetahuan untuk mengajar anak-anak mereka.4. Bila ia mula terjadi?Ia khususnya terjadi kepada pelajar sekolah apabila mereka mula naik ke sekolah menengahkerana matematik sekolah menengah yang lebih subjektif dan memerlukan jalan kerja yangberperingkat-peringkat dan mempunyai rumus yang banyak. Pelajar mula takut apabilamelihat rumus yang banyak ini seterusnya mereka akan menyebabkan pelajar ini mendapat 2
  4. 4. keputusan yang kurang baik yang tetap dan jarang mendapatkan gred yang tinggi dalamsubjek ini. Gred ini juga menyebabkan mereka kurang bermotivasi dan seterusnya tidakmahu berusaha kerana mereka seolah-olah dapat menjangka keputusan yang mereka akandapat. Dan ini juga terjadi akibat apabila adanya peperiksaan besar seperti SPM atau PMRsubjek yang paling ramai pelajar gagal adalah gagal ialah matematik. Ini sedikit sebanyakmenyebabkan pelajar yang belum mengambil peperiksaan itu telah menjadi risau dan takutpada matematik dan menjadi tidak bermotivasi seterusnya mengelakkan untuk menjawabsoalan penyelesaian berkaitan matematik. Ia juga terjadi akibat tiada pendedahan awaltentang matematik daripada ibubapa dan pelajar terpaksa bergantung sepenuhnya kepadaguru. Dan apabila guru itu sendiri tidak mempunyai motivasi dan mempunyai penyakit yangsama, guru-guru ini juga tidak dapat menolong pelajarnya lalu menyebabkan para pelajarjuga tidak bermotivasi dan mengalami “mathematics anxiety”.5. Apa yang menciptakannya?Ia bermula apbila pelajar dan guru tidak mempunyai hubungan yang baik. Ini akanmenyebabkan guru selalu merendahkan pelajar, guru terlalu tegas terhadap pelajar, ini akanmenjurus kepada pelajar berasa takut untuk bertanya. Guru seperti ini akan seterusnya akanmenyalahkan pelajarnya kerana tidak memahami pembelajaran yang diajar sedangkan gurusendiri tidak pernah mengambil tahu kebajikan pelajarnya dan keperluan mereka. Guru yangtidak menunjukkan minat dengan kerjayanya juga menyebabkan hal ini terjadi. Hal inikerana apabila guru ini tidak berminat untuk mengajar dan tidak bermotivasi, mereka akanmenarik dan menunjukkan pengaruh ini kepada pelajar. Guru ini juga akan menunjukkangaya pengajaran yang kurang menarik dan juga tidak mampu untuk menarik perhatian danminat pelajar. Selain itu, hal ini juga terkesan oleh keputusan peperiksaan. Apabila pelajarsering mendapat atau mendengar keputusan yang paling sedikit adalah matematik, hal iniseterusnya menyebabkan pelajar ini mempunyai rasa takut dan risau dengan subjekmatematik ini. Hal ini sedikit sebanyak akan memberi suatu perasaan yang kurang enakapabila mereka akan menghadapi peperiksaan kertas matematik. Dengan kurangnyakeyakinan ini, mereka juga akan memburukkan keadaan dan seterusnya mendorong merekauntuk mendapat gred yang rendah. Selain itu, sikap ibubapa juga adalah penyebab terjadinyaperkara ini. Ibubapa yang kurang memberikan semangat akan menyebabkan anak-anak 3
  5. 5. mereka kurang mempunyai keyakinan. Ibubapa yang memberi tekanan juga akanmenyebabkan masalah ini menjadi lebih teruk. Ibubapa yang tidak mempunyai ilmupengetahuan, namun mengharapkan kejayaan anak-anak dan terus memberi tekanan kepadaanak-anak mereka menyebabkan masalah atau penyakit ini semakin berleluasa. Ibubapa yangtidak memberi sokongan ini juga hanya menambahkan tekanan pada anak-anak mereka.6. Bagaimana mengurangkannya?Ia dapat dikurangkan dengan mendedahkan kepada guru-guru matematik dengan satu kaedahpengajaran matematik yang menarik selain memberi motivasi kepada guru-guru matematiksupaya dapat mengurangkan “mathematics anxiety” dalam diri mereka. Selain itu, guru-guruini juga perlu membuat satu perbincangan tentang kaedah pengajaran yang paling memberikesan kepada pelajar mengikut aras pelajar itu sendiri.7. Bagaimana untuk menyingkirkannya?“Mathematics anxiety” ini dapat dibuang atau disingkirkan dengan mengubah persepsimasyarakat terhadap matematik. Paling penting ialah mengubah dahulu persepsi guru-gurumatematik itu sendiri terhadap matematik. Seterusnya, memberi pendedahan kepada ibubapatentang “kehebatan” matematik supaya dapat menarik minat mereka untuk mengajar anakmereka seterusnya mengubah tanggapan mereka terhadap subjek ini. Pelajar juga perlulahdidedahkan oleh ibubapa pada peringkat awal lagi tentang kegunaan matematik dalamkehidupan seharian supaya dapat menarik minat kanak-kanak ini untuk mendalami lagisubjek ini pada peringkat seterusnya. Kesimpulannya, masyarakat iaitu semua pihak harusdiberi pendedahan tentang menariknya matematik dan menyedarkan mereka tentangkegunaan matematik dalam kehidupan seharian supaya dapat mengubah persepsi merekaterhadap matematik seterusnya dapat membantu dan memupuk anak-anak mereka tentangkepentingan matematik di dalam kehidupan. 4
  6. 6. ATIQAH BT MOHD AZMI D200810322271.0 Maksud kebimbangan MatematikDalam era teknolgi yang serba canggih, Matematik boleh dianggap sebagai suatu alat yang amatdiperlukan. Bioteknologi, telekomunikasi reka bentuk pesawat, penyelidikan genetik dan banyaklagi aplikasi tekonologi yang menggunakan teori Matematik. Bukan itu sahaja Matematik jugabanyak digunakan di dalam kehidupan seharian kita tanpa kita sedari seperti membeli keperluanharian di supermarket, melihat masa, diskaun ketika membeli belah dan sebagainya. Kebimbangan ialah perasaan tertekan, ketakutan, gementar dan bimbang yang bolehmenbangkitkan atau menimbulkan perasaan gementar secara automatik. Apabila dilandakebimbangan seseorang itu boleh hilang kawalan emosi. Dengan kata lain kebimbanganMatematik adalah perasaan ketegangan yang menggangu manipulasi nombor dan menyelesaikanmasalah Matematik dalam pelbagai kehidupan biasa dan situasi akademik. Fenomena ini jugaadalah perasaan ketegangan emosi yang didapati oleh seseorang mengenai ketidakupayaan untukmemahami dan melakukan matematik. Seseorang yang mengalami kebimbangan matematikmerasakan bahawa mereka tidak mampu melakukan apa-apa kursus atau aktiviti yangmemerlukan Matematik. Selepas membaca buku Mathematics Anxiety (Marzita Puteh) ini, baru disedari bahawakebimbangan Matematik ini juga terdapat dalam diri sendiri iaitu ketika saya membayarmakanan menggunakan duit sendiri di salah sebuah restoran makanan segera dan kemudian inginmembahagikan kepada raka-rakan. Perasaan ketegangan berada dalam diri apabila inginmembahagikan jumlah tersebut iaitu Rm23.19 kepada tiga orang rakan. 5
  7. 7. 2.0 Mengapa kejadian ini berlakuPerasaan seseorang terhadap Matematik adalah kebanyakannya sama antara satu sama lain.Malah ahli Matematik terbaik juga termasuk dalam golongan kebimbangan matematik walaupunmereka membuat kerja seharian yang mereka suka. Faktor individu, guru, ibu bapa dan kerajaanmemainkan peranan yang penting terjadinya kebimbangan Matematik ini kepada seseorang. Tiga faktor utama yang mempengaruhi individu dalam proses pembelajaran Matematikialah faktor tidak berminat, anggapan bahawa Matematik itu susah dan pengetahuan asasMatematik yang lemah. Kaedah pengajaran dan minat guru untuk mengajar merupakan faktorseseorang itu menghidap kebimbangan Matematik. Seterusnya kita lihat dari aspek ibu bapapula. Semua ibu bapa mahukan yang terbaik daripada anaknya walaupun tidak mengetahukebolehan yang berada dalam diri anaknya. Begitu juga dalam kerajaan, subjek Matematik boleh dikatakan subjek yang pentingketika anda berada di sekolah dan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dimana andaperlu mendapat gred yang cemerlang untuk meneruskan pembelajaran atau hanya bekerja dengangaji yang tidak seberapa.3.0 Siapakah yang mengalami fenomena iniBoleh dikatakan hampir semua manusia pernah merasai kebimbangan Matematik tanpa disedariatau tidak. Kebimbangan Matematik boleh menjadi teruk sekiranya tidak dibendung. Sesetengahpelajar mendapati sukar untuk memberi tumpuan apabila dibentangkan dengan masalahMatematik. Keadaan yang lebih teruk apabila mereka melihat masalah Matematik fikiranseseorang akan kosong, tangan mereka berpeluh dan penafasan mereka laju.4.0 Bilakah fenomena ini berlakuProses pengajaran Matematik yang dilakukan oleh guru tidak dapat dipisahkan dengan prosespembelajaran. Kaedah pengajaran Matematik yang kaku dan tidak mempamerkan unsur kreatiftidak dapat menarik perhatian dan minat seseorang pelajar. Konsep yang terdapat dalam subjekMatematik kebanyakannya berbentuk abstrak dan guru perlu meningkatkan prestasi diri danmenggunakan kaedah yang bersesuaian dalam penerangan mengenai konsep Matematik. 6
  8. 8. Sesetengah guru kurang kreatif dan proaktif untuk mewujudkan suasana pengajaran danpembelajaran Matematik yang produktif sehinggakan pelajar kehilangan minat terhadapMatematik. Pelajar akan cuba mengelak daripada belajar subjek ini dan seterusnya membencisubjek Matematik ini. Pengalaman pertama ketika menduduki peperiksaan Matematik dan pengalaman yangnegatif seperti pencapaian rendah dan kegagalan dalam Matematik boleh mengakibatkanperasaan kecewa dalam kalangan pelajar dan seterusnya mewujudkan kebimbangan Matematik. Kebimbangan Matematik juga boleh dikenalpasti apabila seseorang pelajar mengalamiperasaan tidak terdaya dan merka tidak boleh melakukan lebih baik tidak kira melakukan lebihbaik tidak kira berapa banyak usaha yang mereka buat. Kebimbangan Matematik juga wujudapabila perasan yang semua orang tahu jawapan kecuali kecuali dirinya sendiri. Pelajar jugaberasa mereka telah berpura-pura melakukan matematik untuk jangka masa yang panjang.5.0 Apakah yang telah membentuk kebimbangan MatematikTidak ada sebab yang tunggal bagi kebimbangan Matematik. Pelajar adalah golongan yang besarmempunyai fenomena ini. Tidak ketinggalan juga adalah guru. Sering kali seseorang pelajarmempunyai pengalaman negatif dengan guru matematik pada tahun-tahun sebelumnya,pengalaman itu boleh meninggalkan pelajar bahawa mereka mempunyai keupayaan Matematikyang kurang. Kepercayaan ini biasanya hasil daripada prestasi pelajar yang lemah.6.0 Bagaimana mengurangkan kebimbangan MatematikBagi sesetengah pelajar, subjek Matematik mewujudkan kebimbangan dan ketakutan. Pelajar-pelajar ini bergelut dalam Matematik dan akibatnya telah membangunkan kebencian dalam dirimereka. Guru boleh membantu pelajar yang mengalami kebimbangan Matematik denganmempelbagaikan kaedah dan gaya pembelajaran dalam bilik darjah mereka dan mengubahamalan pengajaran guru untuk memastikan pelajar boleh mengalami kejayaan Matematik. Guru perlu menentukan gaya pembelajaran pelajar anda sebelum guru menggunakankaedah pengajaran mereka. Selain itu guru perlu mewujudkan pengalaman pembelajaran yangaktif, konsep Matematik yang baru dan memasukkan muzik dalam pengajaran Matematik. 7
  9. 9. Bagi pelajar amalan melakukan dan membuat Matematik adalah penting dalammengurangkannya. Pelajar tidak boleh menguasai Matematik dengan hanya melihat tanpamembuat latihan. Selain itu pelajar harus mengetahui perkara-perkara asas Matematik dansentiasa memastikan bahawa pelajar tidak tertinggal satu perkara asas dalam Matematik.Sesetengah pelajar merasakan apabila mereka bertanya soalan, itu akan menunjukkan kelemahanmereka. Sebenarnya soalan-soalan ini yang akam membantu pelajar dalam mengurangkankebimbangan Matematik yang mereka alami selama ini. Rakan-rakan juga penting dalam mengurangkan fenomena ini. Sekiranya pelajar terlalumalu untuk mengangkat tangan di dalam kelas dan bertanya soalan kepada guru, jalan yangkedua adalah belajar secara kumpulan. Buat latihan Matematik dengan cara semulajadi. Terdapatlebih daripada satu cara dalam Matematik. Mungkin cara guru anda tidak dapat membuatkananda faham tetapi buatlah cara anda sendiri sekiranya anda lebih faham.7.0 Bagaimana melumpuhkan kebimbangan MatematikBagi menghilangkan terus kebimbangan Matematik, pelajar mesti berhadapan dengan hakikatbahawa kebimbangan mereka adalah respons yang semata-mata hanya emosi. Mereka bolehbertindak balas dengan secara membina atau tidak membina. Pelajar akan menyembunyikanmasalah dan mengelakkan apa-apa yang berkaitan dengan Matematik. Tindak balas yangmembina akan melihat ke belakang dan mencari pengalaman yang mengelak kebimbanganMatematik. Motivasi diri pelajar amat penting dalam menghilangkan fenomena ini. Buangkanpemikiran negatif yang membelenggu fikiran anda tentang Matematik. Sering kali pelajar yangmempunyai kebimbangan Matematik ini mengatakan bahawa diri mereka tidak bagus dalamMatematik. Mulai hari ini gantikan pemikiran negatif anda dengan ikrar yang positif danbayangkan anda sekarang selesa dengan Matematik dan menggunakannya untuk menyelesaikansoalan-soalan Matematik yang selama ini anda hanya melihat tanpa mencubanya. Katakan padadiri sendiri bahawa “setiap hari saya akan mendapat yang lebih baik dan lebih baik denganmenggunakan Matematik!”. 8
  10. 10. SITI NOR AFAF BINTI MAHASAN D20081032219 1. Apakah Kebimbangan Matematik ?Kebimbangan Matematik adalah satu perasaan kurang yakin yang boleh menyebabkan timbulnyatekanan dalam diri seseorang terhadap Matematik sama ada melibatkan kehidupan seharianmahupun di dalam situasi akademik di sekolah atau institusi pengajian. Pengalaman yang negatifseperti pencapaian rendah dan kegagalan dalam Matematik boleh mengakibatkan perasaankecewa di kalangan pelajar dan seterusnya mendorong kewujudan kebimbangan Matematikmengakibatkan pelajar cuba mengelakkan diri daripada Matematik. Oleh itu, pengalaman sertasikap yang negatif terhadap Matematik boleh menjanakan kebimbangan Matematik di kalanganpelajar. Kebimbangan Matematik merupakan perasaan takut dan tidak suka pada, serta inginmengelakkan diri daripada situasi berkenaan dengan Matematik.Menurut Richardson & Suinn (1972), ia berkaitan dengan perasaan tekanan dan takut yangberkaitan dengan manipulasi nombor serta penyelesaian masalah Matematik dalam pelbagaisituasi akademik dan kehidupan seharian. 2. Kenapa fenomena ini berlaku?Perkara ini berlaku kerana sifat fobia terhadap Matematik telah ditanam dalam diri individu itudari awal mereka yang mengenali Matematik. kebimbangan Matematik juga wujud di kalangan 9
  11. 11. guru pelatih opsyen Matematik. Menurut Aiken (1970), kewujudan kebimbangan Matematikmengakibatkan pelajar cuba mengelakkan diri daripada Matematik. Oleh itu, pengalaman sertasikap yang negatif terhadap Matematik boleh menjanakan kebimbangan Matematik di kalanganpelajar. Kajian-kajian juga menunjukkan bahawa guru boleh memindahkan kebimbanganMatematik yang wujud di kalangan mereka kepada pelajar mereka (Lazarus, 1974; Bulmahn &Young, 1982; Kelly & Tomhave, 1985). Menurut Puteh (1998), satu kajian telah dibuat tentang kebimbangan Matematik yangberlaku kerana personaliti seseorang guru itu dan kaedah atau teknik pengajaran yang digunakandi dalam kelas. guru tersebut tidak mempunyai keyakinan yang tinggi ketika merekamenyampaikan ilmu di dalam kelas yang akhirnya boleh mendorong sifat kurang yakin dankurang berminat pelajar untuk mempelajari matapelajaran ini. Seterusnya perkara ini akanmenyebabkan pelajar menanamkan sifat takut dan kebimbangan ketika menjawab soalan yangberkaitan dengan Matematik. Persepsi pelajar terhadap Matematik juga menjadi negatif. Antarasebab lain ialah pengaruh rakan sebaya di mana rakan sebaya boleh mempengaruhi minat pelajarterhadap Matematik. 3. Siapakah yang mempunyai kebimbangan Matematik?Antara individu yang mempunyai sifat kebimbangan Matematik ialah guru Matematik itusendiri. Kajian Bulmahn & Young (1982) pula merumuskan bahawa kebimbangan Matematikjuga wujud di kalangan guru pelatih opsyen Matematik. Kajian-kajian juga menunjukkan bahawaguru boleh memindahkan kebimbangan Matematik yang wujud di kalangan mereka kepadapelajar mereka (Lazarus, 1974; Bulmahn & Young, 1982; Kelly & Tomhave, 1985). Oleh itu,seseorang guru tu boleh mempengaruhi persepsi pelajar terhadap matapelajaran ini. Pelajar yangmempunyai kebimbangan Matematik disebabkan tiada galak galakan daripada guru agar merekamempunyai minat dalam mendalami ilmu Matematik. 4. Bilakah ianya berlaku?Kebimbangan Matematik boleh terjadi apabila tahap keyakinan seseoran itu lemah. Dalamkalangan guru pelatih terutamanya, mereka bukan mempunyai kebimbangan terhadap mata 10
  12. 12. pelajaran ini tetapi mereka tidak dapat menerima kenyataan kemungkinan mereka tidak dapatmenyelesaikan masalah yang mempunyai kaitan dengan Matematik. Selain itu, guru pelatih yang mula tidak meminati apabila mereka berpindah darimenengah rendah ke menengah atas iaitu dari tingkatan tiga ke tingkatan empat atau selepasPeperiksaan Menengah Rendah (Puteh, 1998). Perkara ini berlaku kerana ketika pelajar berada diperingkat menengah rendah mereka belum lagi didedahkan dengan langkah logik Matematikyang sebenar. Ketika pelajar berada diperingkat akhir menengah rendah yakni ketika merekamenduduki PMR di tingkatan tiga, format peperiksaan hanya diberi penekanan kepada jawapansemata-mata dan bukan bagaimana jawapan itu diperoleh dan soalan yang dikemukan adalahberbentuk objektif. Kebimbangan Matematik ini juga sering berlaku apabila pelajar tersebut akan mendudukipeperiksaan atau ujian atau ketika mereka menunggu keputusan peperiksaan. 5. Apa dan siapa yang membentuknya?Kebimbangan Matematik ini boleh terbentuk apabila seseorang itu sering gagal dalampenyelesaian masalah Matematik. Tambahan pula, apabila pelajar itu tidak dapat memahamipelajaran atau sering membuat kesalahan dalam Matematik guru terus menyalahi pelajar tersebutdan tidak mengenalpasti apakah faktor yang menyebabkan pelajar tersebut lemah dalammatapelajaran ini. Perkara ini akan menyebabkan timbulnya perasaan takut dalam diri pelajartersebut untuk menyuarakan apa yang mereka tidak faham tentang matapelajaran ini lantasmenyebabkan pelajar itu mempunyai kebimbangan Matematik. Antara sebab lain yang boleh membentuk kebimbangan Matematik adalah pengaruh ibubapa. Menurut kajian, kebanyakan ibubapa tidak memberitahu pelajar untuk sentiasa membuatlatihan Matematik tetapi hanya memberi semangat untuk belajar atau membuat tugasa yangdiberikan oleh guru. 6. Bagaimanakah untuk mengurangkannya? 11
  13. 13. Guru Matematik adalah bertanggungjawab untuk menerapkan kemahiran dan minat dalamMatematik kepada pelajar mereka. Mereka seharusnya dapat mewujudkan suasana pembelajaranyang memberangsangkan agar minat terhadap Matematik dapat dipupuk di kalangan pelajarmereka. Bagi mencapai matlamat tersebut, guru Matematik perlulah membina konsep kendiriyang positif dalam diri mereka terhadap Matematik (Purkey, 1970). Pembinaan konsep kendiri yang positif dan realistik dapat mengurangkan tahap kebimbanganMatematik. Maka bolehlah diandaikan bahawa dengan membina konsep kendiri yang positifterhadap Matematik, tahap kebimbangan Matematik boleh dikurangkan. 7. Bagaimanakah untuk menghentikannya?Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab para pendidik guru Matematik untuk mengadakansuasana pembelajaran dan latihan yang memberangsangkan agar minat terhadap Matematik dikalangan para guru pelatih dapat dikekalkan dan seterusnya ditingkatkan. Apabila guru pelatihbermotivasi, persepsi mereka terhadap keupayaan dan potensi mereka dapat dipertingkatkan.Sekiranya guru pelatih itu mempunyai konsep kendiri yang positif terhadap keupayaan diridalam Matematik, tahap kebimbangan Matematik dapat dikurangkan dan seterusnya pencapaianMatematik dapat ditingkatkan. Guru perlu menitikberatkan pencapaian pelajar berbandingdengan memfokuskan kesilapan pelajar agar dapat mewujudkan suasana kejayaan dalam prosespembelajaran pelajar. Peneguhan positif juga dapat menyumbang kepada kemajuan pelajar.selain mempunyai konsep kendiri yang positif, guru juga perlu mengaplikasikan pelbagai kaedahpengajaran yang terbaik bagi mempengaruhi sifat minat dan kecintaan pelajar terhadapMatematik. 12
  14. 14. NUR AKMA BINTI MAKHTAR D200810322171) Maksud Mathematics anxiety:Mathematics anxiety atau fobia terhadap matematik ialah satu fenomena di mana seseorangitu mempunyai tekanan dan kebimbangan terhadap sesuatu yang berkaitan dengan nombordan penyelesaian untuk masalah matematik di dalam kehidupan seharian. Perasaan yang dialami adalah seperti takut, tertekan apabila masalah yang berkaitan dengan matematik.Fenomena ini terjadi apabila seseorang itu ditanya mengenai soalan berkaitan masalahmatematik secara spontan. Tanda-tanda apabila seseorang itu mengalami fenomena ini adalah seperti kesejukan,panik, sakit perut, berpeluh dan sebagainya. Fenomena ini boleh menyebabkan seseorang itulupa dan kehilangan keyakinan diri. Pelajar yang mengalami fenomena ini menjadikanmereka tidak boleh atau tidak yakin untuk melakukan aktiviti matematik di dalam kelas.Pemikiran mereka juga akan kosong untuk seketika walaupun hanya untuk menjawab soalanmatematik yang sangat mudah.2) Mengapa fenomena ini berlaku?Fenomena ini berlaku adalah disebabkan oleh pengajaran guru yang juga mempunyaimasalah ini. ini akan menjejaskan kemahiran guru dalam mengajar matematik dan seterusnyamembuatkan pelajar akan bosan dan tidak memahami isi pelajaran. Selain itu, keyakinandalam diri yang amat rendah juga boleh menyebabkan timbulnya fenomena ini dalam diri 13
  15. 15. seseorang. Bagi pelajar, mereka yang kurang mencapai pencapaian dalam matematik danmempunyai pengalaman yang kurang dalam kelas matematik terdahulu juga menyebabkanfenomena ini berlaku. Masalah ini berlaku juga apabila seseorang itu secara spontan untukmenjawab soalan penyelesaian matematik. Contohnya pelajar di dalam kelas, mereka yangkurang faham akan sesuatu topik tetapi malu untuk bertanya guru. Jika guru menyuruhmereka untuk menjawab soalan di hadapan, mereka gagal untuk menyelesaikannya.3) Siapa yang ada fenomena ini?Fenomena ini terjadi dalam kalangan orang lelaki dan perempuan. Fenomena ini terjadidalam kalangan pelajar kolej dan universiti termasuklah mereka yang berada di dalam kelasmatematik lanjutan di mana latar belakang mereka sangat berkait rapat dengan matematik.Selain itu, ada sebahagian pegawai yang berjaya dalam pekerjaannya juga mengalamifenomena ini. Di samping itu, guru dan ibu bapa juga mengalami masalah ini. Di samping itu, sudah tentulah perkara ini banyak terjadi dalam kalangan pelajar sekolah.Pelajar-pelajar ini kebanyakannya akan mengalami masalah apabila diarah untuk menjawabsoalan matematik secara spontan mengikut pengalaman latihan praktikum saya sebelum ini.Boleh dikatakan sebahagian besar pelajar saya mengalami fenomena ini. Mereka akanteragak-agak untuk menjawab soalan dan membentangkannya di hadapan. Perkara ini terjadimungkin disebabkan kurangnya keyakinan dalam diri untuk bercakap di hadapan rakansekelas yang lain. Pelajar yang mengalami masalah ini akan berkata kepada dirinya sendiriseperti “saya seorang yang bodoh”, “saya tahu saya tidak boleh memahami matematik” dansebagainya.4) Bila fenomena ini berlaku?Fenomena ini berlaku apabila seseorang itu mempunyai pengalaman lampau yang burukdengan matematik seperti mendapat gred yang lemah dalam matematik. Ini akan menjadikanpelajar akan kurang bermotivasi dan kurang untuk berusaha kerana persepsi merekamatematik adalah satu subjek yang sukar. 14
  16. 16. Fenomena ini biasanya berlaku apabila seseorang itu diberi soalan matematik. Jikaseseorang itu terlebih bimbang, jadi mereka akan gagal untuk menjawab soalan yangdiberikan. Begitu juga dalam kehidupan seharian yang melibatkan pengiraan matematik,mereka yang mengalami masalah ini akan gagal untuk menjawab atau lambat untukmendapatkan jawapan.5) Apa yang menciptanya?Bagi pelajar yang mengalami masalah ini, keadaan sekolah dan guru yang tidak menyolongkerana dalam keadaan sekarang pelajar tersebut biasanya dilayan tanpa mengambil kirakeperluan diri mereka. Mereka biasanya tidak dilayan dengan baik. Sekolah cenderung untukmeletakkan mereka di dalam kelas dan program yang kurang berkualiti serta tidak menaruhharapan yang tinggi terhadap pembelajaran pelajar ini. Akibatnya, pelajar ini terasadiasingkan dan berikutan dengan itu mereka menjadi kurang yakin kepada diri sendiri dantidak meletakkan harapan yang tinggi dalam menghadapi kehidupan pada masa depan lantastercipta satu fenomena ini. Guru merupakan faktor terpenting sebagai agen pelaksana pendidikan. Bagaimanapun,guru sama ada sedar mahupun tidak, sering memandang setiap pelajarnya dengan cara yangberbeza. Proses ini mempengaruhi jangkaan mereka terhadap seseorang pelajar hinggakanlayanan yang diberikan kepada pelajar itu yang kadangkala menjadi berat sebelah. Misalnya,guru akan lebih mesra dengan pelajar yang hanya pandai matematik manakala yang kurangatau lambat faham akan diketepikan. Kesemua ini akan mempengaruhi interaksi guruterhadap seseorang pelajar.6) Bagaimana untuk mengurangkan fenomena ini?Untuk mengurangkan masalah ini dalam kalangan pelajar, guru boleh membina strategipengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan merangkumi aspek-aspek pendekatan yangboleh menarik perhatian, tertumpu kepada pelajar dengan menggunakan bahan bantumengajar yang bersesuaian dengan tahap pelajar. 15
  17. 17. Guru boleh mempelbagaikan bahan bantu mengajar supaya pelbagai pendekatanpengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan secara berkesan dan boleh meningkatkankreativiti guru dalam penggunaan bahan-bahan pengajaran. Sebagai seorang guru yang akan sentiasa berhadapan dengan pelbagai karenah dan naikturun prestasi pelajar, maka sewajarnya guru tersebut harus mengambilkira beberapa faktorterutamanya latar belakang kemampuan dan kemahiran pelajar dalam menyesuaikan kaedahpengajaran mereka. Pelajar akan merasa dihargai dan ini boleh meningkatkan minatseterusnya pencapaian mereka di dalam pelajaran. Kenalpasti tahap pelajar sama ada merekatergolong dalam golongan sasaran cemerlang, sederhana ataupun sangat lemah. Untuk menjadi role model, guru Matematik perlu meningkatkan lagi kemahiran merekadalam penggunaan sumber pengajaran yang pelbagai dan strategi pengajaran yang terkini.Guru perlu menggunakan pelbagai strategi, memilih yang paling sesuai untuk digunakandalam konteks tertentu dan menyesuaikannya jika perlu untuk kumpulan pelajar tertentu.7) Bagaimana untuk menghilangkan masalah ini?Pada pendapat saya, masalah mathematics anxiety ini boleh dihilangkan sedikit demi sedikitdengan mengubah tanggapan atau persepsi terhadap matematik bahawa matematik adalahsubjek yang sukar. Dengan adanya persepsi ini, pelajar dan sesiapa sahaja tidak akan lagifobia terhadap nombor, rumus dan sebagainya. Kesimpulannya, semua pihak iaitu guru, ibubapa dan masyarakat perlu mengubah persepsi mereka supaya dapat mendidik pelajar dananak-anak mereka bahawa subjek matematik adalah satu subjek yang tidak perlu ditakuti. 16
  18. 18. NUR FARHANA BT DAGLON DOL HAMID D20081032214Apa itu „Mathematics Anxiety‟?Kebimbangan dalam matematik atau lebih dikenali sebagai „Mathematics Anxiety‟ adalah satufenomena yang berlaku apabila seseorang itu mempunyai perasaan tertekan dan takut sertabimbang dengan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan nombor mahupun menyelesaikanmasalah dalam matematik. Fenomena ini akan menyebabkan seseorang itu kurang berkeyakinandalam menyelesaikan permasalahan yang melibatkan sebarang nombor. Takut salah jawab, takutdigelakkan oleh rakan apabila menjawab soalan dengan salah adalah salah satu contohkebimbangan dalam matematik ini. Selalunya seseorang yang mengalami „Mathematics Anxiety‟ini akan mengalami panik, takut, rasa tidak berdaya, kecut perut dan lain-lain apabila merekaterlihat satu permasalahan yang melibatkan nombor. Fenomena seperti inilah yang akanmenyebabkan seseorang itu tidak minat untuk belajar matematik dengan lebih terperinci. Merekayang mengalami masalah ini akan mengatakan bahawa matematik ini tidak berkaitan dengankehidupan seharian walaupun hakikatnya amat berkait.Mengapa „Mathematics Anxiety‟ ini berlaku?Banyak faktor yang menyebabkan fenomena ini berlaku. Antaranya adalah personaliti guru danteknik pengajaran yang guru gunakan di sekolah, harapan yang tinggi diletakkan kepada merekaoleh ibu bapa dan sikap mereka sendiri yang mengalami „Mathematics Anxiety‟ ini. Kebanyakanguru mengajar dengan teknik yang hampir sama dan tidak diperbaharui dari semasa ke semasa.Ini akan menyebabkan pelajar mudah hilang minat untuk belajar. Apabila disebut sahaja gurumatematik, ramai pelajar yang akan kecut perut dan takut untuk belajar. Alasan mereka, gurutersebut garang dan tegas sehingga mereka takut untuk bertanya apa-apa. Setiap ibu bapa 17
  19. 19. mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak mereka sehinggakan ada di antara ibu bapa yangterlalu memaksa anak mereka untuk belajar matematik. Ada juga ibu bapa yang membanding-bandingkan anak mereka dengan orang lain yang lebih pandai. Ini akan menyebabkan anakmereka hilang keyakinan dan merasakan diri mereka teruk apabila dibandingkan dengan oranglain. Sikap mereka yang negative juga adalah salah satu faktor yang menyebabkan masalah iniberlaku. Takut digelakkan oleh rakan-rakan apabila menjawab soalan dengan salah dan „mindset‟yang sedia ada mengatakan bahawa matematik susah adalah sikap yang sentiasa ada dalam diriseseorang yang mengalami masalah ini.Siapa yang mengalami „Mathematics Anxiety‟?Siapa yang mengalami „Mathematics Anxiety‟? Bukan sahaja pelajar yang mengalami masalahini malah ibu bapa serta guru juga mengalami „Mathematics Anxiety‟ ini. Kebanyakan pelajaryang mengalami masalah ini disebabkan oleh ibu bapa mereka yang mengalami masalah yangsama. Mereka berharap agar anak mereka tidak mengikut jejak mereka yang kurang pandaidalam matematik. Mereka memberi dorongan kepada anak mereka supaya belajar tetapi kadang-kadang dorongan mereka membuatkan anak mereka merasa tertekan utuk belajar. Ada juga ibubapa yang memikirkan bahawa matematik tidak penting dan ini akan menyebabkan anak merekamemikirkan benda yang sama. Sikap ibu bapa terhadap matematik akan memberi kesan kepadasikap anak mereka terhadap matematik. Sikap guru juga akan mempengaruhi sikap pelajarnyadalam matematik. Guru yang mengalami masalah ini akan menurunkan masalah mereka kepadapelajarnya.Bila „Mathematics Anxiety‟ berlaku?Fenomena ini berlaku selalunya apabila seseorang pelajar bertukar sekolah, dari sekolah rendahke sekolah menengah dan dari sekolah menengah ke universiti. Selalunya semasa sekolahrendah, pelajar suka matematik. Mendapat keputusan yang cemerlang dan mendapat pujian dariguru adalah satu inisiatif yang menyebabkan pelajar menyukai subjek ini. Tetapi, apabila masukkea lam sekolah menengah, lain pula jadinya. Pelajar yang dahulunya suka matematik tidak lagimenyukai subjek tersebut. Faktornya adalah guru mereka sendiri. Guru mudah naik marahapabila pelajar bertanyakan soalan yang mereka tidak faham. Ini akan menyebabkan pelajar takutuntuk bertanya dengan lebih lanjut. Sama juga apabila pelajar tersebut masuk ke alam universiti. 18
  20. 20. Pensyarah hanya mengajar tanpa mempedulikan pelajarnya faham ataupun tidak. Ini secara tidaklangsung akan menyebabkan pelajar membenci matematik dan mengalami „MathematicsAnxiety‟.Apa yang menjadikan „Mathematics Anxiety‟?Terdapat banyak faktor yang menjadikan masalah ini. Salah satunya adalah peperiksaan awamseperti UPSR, PMR dan SPM. Sistem pendidikan di Malaysia adalah mengikut „exam-oriented‟.Maka pelajar dikehendaki mendapat keputusan yang bagus dalam matematik untuk melanjutkanpelajaran yang lebih tinggi. Subjek matematik boleh dianggap sebagai passport kepada pelajaruntuk melanjutkan pelajaran. Pelajar yang tidak mendapat keputusan yang bagus dalammatematik tidak akan berpeluang untuk menyambung pelajaran mereka. Ramai pelajar yangmenyalahkan ketakutan mereka terhadap peperiksaan awam apabila mendapat keputusan yangkurang memberangsangkan.Bagaimana hendak mengurangkan „Mathematics Anxiety‟?Terdapat pelbagai cara untuk mengurangkan masalah ini. Untuk pelajar, perlu mempunyai sikapyang positif terhadap subjek matematik. Sikap yang positif akan membuatkan pelajar lebihseronok untuk belajar matematik. Selain itu, pelajar juga perlu membuat banyak latihanmatematik untuk memahirkan mereka. Latihan yang banyak akan membuatkan mereka lebihyakin untuk menjawab setiap persoalan yang bakal diberikan oleh guru mereka serta soalanpeperiksaan. Gaya pembelajaran secara berkumpulan juga adalah salah satu cara untukmengurangkan masalah ini. Gaya pembelajaran ini akan membuatkan pelajar belajar apa yangmereka tidak tahu dengan rakan mereka. Bertukar-tukar maklumat sesama rakan akanmembuatkan mereka lebih banyak belajar dan mengetahui maklumat yang lebih penting. Gurujuga memainkan peranan penting dalam mengurangkan masalah ini. Pelajar pada zamansekarang lebih suka menggunakan ICT dan aktiviti-aktiviti yang menarik untuk belajar. Guruperlu mempelbagaikan teknik pengajaran supaya lebih menarik akan menarik minat pelajaruntuk belajar subjek matematik. Penggunaan ICT, bahan-bahan yang maujud akan menjadikanpelajar lebih mudah faham dan minat untuk belajar matematik. Pengajaran dengan cara lamaakan menyebabkan pelajar mudah bosan dan tidak minat untuk belajar. 19
  21. 21. Bagaimana hendak menghapuskan „Mathematics Anxiety‟?„Mathematics Anxiety‟ ini sukar untuk dihapuskan. Pada pendapat saya, sikap seseorang pelajarperlu diubah daripada sikap yang negatif kepada sikap yang lebih positif dan baik dalammempelajari subjek matematik. Sikap seseorang itu bermula dari pengalaman seseorang yanglepas. Ibu bapa dan guru juga memainkan peranan yang penting untuk menghapuskan„Mathematics Anxiety‟ ini. Ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang lebih baik dan sikap yangbaik terhadap matematik supaya anak mereka tidak terikut dengan sikap negatif mereka. Gurujuga perlu bersikap dengan lebih baik, tidak terlalu tegas supaya pelajar tidak takut untukbertanykan soalan. Terdapat kesan positif apabila seorang guru itu mudah untuk berkomunikasidengan pelajarnya. Pelajar tidak takut untuk bertanyakan soalan yang mereka tidak faham dan inisekaligus dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam subjek matematik seterusnya dapatmenghapuskan „Mathematics Anxiety‟ ini. 20

×