Cuti cuti Malaysia(Malacca)

360 views

Published on

Power point Tempat-ii menarik di Melaka Negeri Bersejarah

Published in: Education
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
360
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
6
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Cuti cuti Malaysia(Malacca)

  1. 1. MELAKA
  2. 2.  Kota A Famosa  Stadhuys (Bangunan Merah)  Dataran Pahlawan  Menara Taming Sari  Water World A Famosa Resort  Jonker Walk  Pantai Tg. Bidara  Dataran 1 Malaysia, Klebang  River Cruise  Melaka Premium Outlet
  3. 3. K O TA A F AMO SA Kota A Famosa (bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa Portugis) telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia. Nama A Famosa seringkali disalah sebut sebagai /ei/ Famosa, termasuklah oleh orang Malaysia, seolah-olah kata penentu "a" dalam bahasa Portugis dianggap sebagai huruf "A" dalam abjad Inggeris. Sebutan yang lebih tepat ialah /ɑ/ Famosa (bunyinya lebih kurang "ah").
  4. 4. Bangunan Stadthuys (ejaan lama Belanda, Dewan Bandaraya makna) merupakan struktur sejarah terletak di tengah-tengah bandaraya Melaka, merupakan ibu negeri Melaka, Malaysia di tempat yang dikenali sebagai Dataran merah. The Stadhuys dikenali untuk bahagian luar yang merah dan berdekatan terletaknya menara jam merah. Ia dibina oleh Belanda pada 1650 sebagai pejabat Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor. Stasdhuys apabila Melaka telah diserahkan kepada British pada abad ke-19, Malacca Free School dibuka berhampiran Bangunan Stadthuys pada 7 Disember 1826, oleh pendakwah yang menetap di negeri ini, sebagai tindak balas kepada surat bertarikh 19 April 1825, ditandatangani oleh J. Humprey, J. W. Overee dan A. W. Baumgarten, yang dipanggil untuk institusi pendidikan Bahasa Inggeris yang akan dibina di Melaka. Sekolah yang British menyediakan pendidikan percuma kepada penduduk adalah akhirnya dinamakan sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan tinggi Melaka pada tahun 1871 atas kesan pengambilalihan oleh Kerajaan British, dan berpindah ke tapak kininya di Jalan Chan Koon Cheng pada tahun 1931. ...
  5. 5. Dataran Pahlawan di Bandar Hilir merupakan tempat berlangsungnya suatu perhimpunan raksasa pada 20 Februari 1956. Di hadapan dataran ini terdapat Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan. Perhimpunan ini merupakan suatu perhimpunan yang paling bersejarah bagi negara kita. Peristiwa ini adalah untuk menyambut kepulangan Rombongan Merdeka dari London yang diketuai oleh Tuanku Abdul Rahman. Dalam perhimpunan itu, beliau mengumumkan tarikh kemerdekaan negara kita yang bakal diisytiharkan pada 31 Ogos 1957. Di bawah dataran terdapat sebuah pusat membeli belah iaitu Dataran Pahlawan Megamall selain terdapat Pasaraya Carrefour dan sebuah panggung wayang, Golden Screen Cinemas. Bertentangan dengan Dataran Pahlawan terdapat sebuah lagi pasaraya iaitu Mahkota Parade dan sebuah hotel di sebelah dataran iaitu Hotel Equatorial Melaka, Kota A Famosa dan Menara Taming Sari
  6. 6. Taming Sari adalah nama seorang pendekar Jawa dalam kerajaan Majapahit seperti yang tersebut di dalam Hikayat Hang Tuah. Menurut hikayat ini, Taming Sari adalah seorang panglima yang paling handal di Majapahit ketika itu, dan beliau telah ditugaskan olehBendahara Majapahit, Patih Gajah Mada untuk membunuh Hang Tuah. Taming Sari dikatakan seorang yang kebal tidak dapat dicederakan oleh senjata. Bagaimanapun, kekebalannya adalah terletak pada keris yang digunakannya. Hang Tuah pula pada masa itu telah berguru kepada seorang ahli pertapaan Jawa bernama Sang Adi Putera. Gurunya itu telah memberitahu akan kelemahan Taming Sari. Oleh itu, pada hari pertarungan antara kedua pendekar ini di hadapan Sultan Melaka dan Betara Majapahit, Hang Tuah telah berjaya merampas keris Taming Sari dan menggunakan keris itu untuk menikamnya hingga mati. Sebagai menghargai kejayaan Hang Tuah itu, Betara Majapahit telah menganugerahkan keris itu kepada Hang Tuah. Keris ini dikenali sebagai "Keris Taming Sari" dan telah dibawa pulang ke Melaka. Keris yang sama juga telah digunakan oleh Hang Jebat untuk menderhaka Sultan Melaka. Hang Jebat juga dikatakan kebal kerana memiliki keris Taming Sari. Dalam pertarungannya yang terakhir dengan Hang Tuah, keris Taming Sari telah berjaya dirampas semula oleh Hang Tuah yang kemudiannya menikam mati Hang Jebat. Selepas kejatuhan empayar Melayu Melaka, tidak lagi diketahui ke mana perginya keris Taming Sari ini. Pelbagai kisah dan mitos tersebar mengenai keris ini. Ada yang mengatakan bahawa keris ini telah hilang bersama-sama Hang Tuah di Hulu Muar selepas Hang Tuah gagal membawa pulang Puteri Gunung Ledang untuk Sultan Melaka. Ada pula yang percaya bahawa keris Taming Sari telah dibawa ke Perak dan disimpan oleh keturunan Raja-raja Pera
  7. 7. A' Famosa Resort atau A'Famosa Golf Resort terletak tidak jauh dari salah satu pintu masuk ke daerah Alor Gajah, Melaka iaitu melalui Persimpangan Plaza Tol Simpang Ampat, Lebuhraya Utara Selatan. Namanya diambil sempena kota bersejarah A Famosa, peningggalan Portugis. A Famosa Resort ini merupakan salah satu rangkaian hotel yang terdapat di Daerah Alor Gajah dan turut menawarkan pelabagai kemudahan rekreasi, hiburan, sukan kepada pengunjungnya. Direka oleh pereka terkemuka Ross C.Watson. Ia dilakar dengan mengambil kelebihan pada mukabentuk semulajadi yang ada membuatkannya sangat unik- dengan pembuatan tasik, tumbuhan tropika dan landskap yang sangat cantik. A Famosa Resort menawarkan rangakaian kemudahan penginapan seperti hotel, kondotel dan banglo. Resort yang dilengkapi dengan padang golf 27 lubang ini turut menyedikan pelbagai kemudahan lain seperti kolam memancing, restoran, dewan banquet, bilik seminar, karaoke, kedai-kedai cenderhati, kereta kuda, keretapi, basikal dan sebagainya untuk keselesaan para pengunjung. Lokasi yang menjadi tarikan pengunjung ialah Water World, Animal Safari, Cowboy Town, Golf dan Kelab Micro Light.
  8. 8. Persiaran Jonker (Bahasa Inggeris: Jonker Walk) yang terletak di Jalan Hang Jebat merupakan syurga bagi pengumpul barang-barang antik dan murah di Bandar Melaka, Melaka. Di sini terletak Pekan Cina yang memaparkan seni bina Baba dan Nyonya. Artifak asli yang berumur sehingga 300 tahun yang lalu boleh dijumpai disamping barang-barang antik yang lain, setiap satu mempunyai sejarah dan misterinya yang tersendiri. Jalan ini yang dahulunya dikenali sebagai Jalan Jonker telah dikenali di seluruh dunia sebagai salah satu tempat yang terbaik untuk mencari dan membeli barang-barang antik.[1] Pasar malamnya setiap Jumaat hingga Ahad, dengan sekitar 300 peniaga, menjadi tarikan pelancongan antarabangsa sejak dibuka pada 1990-an.[2] Pada Jun 2013, Ketua Menteri Melaka Idris Haron menutup pasar malam di sini selama sebulan atas alasan kesesakan lalulintas di kawasan ini. Selain peniaga terbabit, keputusan ini turut tidak dipersetujui oleh Menteri Pelancongan Malaysia Mohamed Nazri bin Abdul Aziz memandangkan kepentingannya terhadap pelancongan di Melaka.[2]
  9. 9. Tanjung Bidara merupakan sebuah pantai yang terkenal di negeri Melaka, Malaysia dalam daerah Alor Gajah. Pantai Tanjung Bidara terletak bersebelahan dengan Kem Terendak, sebuah kem tentera. Pantai yang terletak 10 km dari bandar Masjid Tanah ini merupakan pantai perkelahan yang terkenal di negeri Melaka. Selain itu terdapat juga Pantai Padang Kemunting dan Pantai Pengkalan Balak yang berdekatan dengan Pantai Tanjung Bidara. DUN Tanjung Bidara yang terletak dalam Parlimen Masjid Tanah, mempunyai penduduk seramai 13,002 orang dengan 94.4 peratus Melayu, Cina 4.5 peratus, India 1.3 peratus dan lain-lain 0.2 peratus pada 2008. DUN ini terdiri daripada 11 buah kampung tradisional dengan kebanyakan penduduk bekerja sebagai petani dan nelayan. Pengunjung ke Pantai Padang Kemunting akan berpeluang melihat penyu karah, spesies yang hampir pupus. Pusat Penetasan Penyu Jabatan Perikanan di Padang Kemunting berperanan dalam menyelamat dan melindungi penyu karah ini. Pantai Pengkalan Balak pula merupakan kesinambungan dari Pantai Tanjung Bidara Berdekatan pantai terdapat Kompleks Falak Al-Khawarizmi yang menempatkan Balai Cerap, Planetarium, Pusat Latihan Falak dan Balai Cerap Robotik.
  10. 10. DAHULU, pantai Klebang, Melaka sunyi sepi daripada sebarang aktiviti riadah berikutan kawasan persisiran pantainya ditambak hingga menyebabkan ia tidak lagi menjadi tumpuan. Sebelum ditambak, kawasan itu menjadi tumpuan orang ramai untuk bersantai. Namun apabila kerja-kerja penambakan bermula dari Limbungan hingga Klebang, kawasan itu bertukar sepi menerima kunjungan. Dahulu juga, banyak gerai-gerai makan di sepanjang pantai Klebang, namun terpaksa ditutup ekoran ketiadaan orang ramai berkunjung ke situ apabila projek penambakan bermula. Kini segalanya sudah berubah. Daripada sebuah kawasan yang sepi, kini pantai Klebang mempunyai pelbagai tarikan. Sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Dataran 1Malaysia Klebang pada Februari 2012, pantai itu kini semakin dikunjungi ramai terutama pada hujung minggu dan cuti umum. Pada sebelah petang tidak kurang menariknya apabila masyarakat setempat menjalankan aktiviti riadah. Tidak hairanlah kesesakan lalu lintas teruk berlaku di laluan dari bandar raya Melaka ke Klebang dengan pelbagai kenderaan khususnya dari luar berpusu-pusu menuju ke situ. Dataran 1Malaysia Klebang yang berwajah baharu itu diwujudkan di kawasan pantai berbentuk lagun yang kini dalam pembinaan. Orang ramai pasti teruja melihat deretan restoran bas yang disusun oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di sepanjang laluan memasuki Dataran 1Malaysia Klebang.
  11. 11. Sungai Melaka merupakan sungai yang terpenting semasa kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dari tahun 1402-1511 dan selepas itu. Sungai ini mempunyai nilai sejarah yang tersendiri kerana di kiri kanan sungai ini merupakan kawasan perbandaran, penempatan, perkuburan, perniagaan, perkapalan, pelabuhan dan lain-lain sejak ratusan tahun yang lalu. Lantaran itu keputusan kerajaan negeri Melaka pimpinan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam untuk mengindahkan Sungai Melaka sebagai destinasi pelancongan adalah wajar sekali. Antara keistimewaan terbaru yang disediakan di sekitar Sungai Melaka, Bandar Hilir, Melaka, termasuklah: Perkhidmatan 'river cruise' sepanjang Sungai Melaka. "Malacca Duck Tours", bot amfibia yang membawa pengunjung merentasi laluan di sekitar Jalan Taman Melaka Raya dan terus ke Pulau Melaka sebelum turun ke laut. Ia kemudian melalui sepanjang pesisiran Selat Melaka sehingga naik semula ke darat berhampiran muara Sungai Melaka.[1] Perkhidmatan Monorel Melaka menyelusuri Sungai Melaka. Program tebatan banjir sebanyak RM90 juta serta RM120 juta untuk projek banjir kilat. Hotel "Casa del Rio" di Jalan Kota Laksamana. Menara Taming Sari yang berputar setinggi 110 meter di Bandar Hilir. Menara ini boleh berputar 360 darjah meniru konsep menara di Pulau Sentosa, Singapura. Kerja-kerja pendawaian profesional dilakukan oleh juruterasyarikat pembekal projek dari Switzerland. Namun menara berputar ini telah dipindahkan ke kawasan baru kerana di tepi sungai itu terjumpa runtuhan tembok bersejarah. Marina Melaka di muara Sungai Melaka - untuk sukan rekreasi laut. Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) berharga RM35 juta. 6.8 juta pelancong melawat pelbagai destinasi di Melaka dan antara destinasi terbaru ialah menjejak sejarah Sungai Melaka.[2]
  12. 12. ALOR GAJAH: Satu lagi pusat factory outlet dibuka di negara ini selepas Johor Premium Outlet (JPO) di Johor dan Mitsui Outlet Park di KLIA. Terbaharu di negeri ini beroperasi di kawasan peranginan di A'Famosa Resort disini yang memulakan perniagaan hari ini. Ia dikenali sebagai Freeport A'Famosa Outlet, menawarkan pelbagai jenama terkenal antarabangsa dan tempatan seperti Zang Toi dan Puma. Tinjauan mendapati ribuan pengunjung menyerbu outlet ini sejak jam 10 pagi tadi. Bagaimanapun hanya sebahagian kedai dibuka berikutan proses pembinaan masih dilakukan ke atas sebahagian lagi. Pembukaan outlet ini adalah antara usaha kerajaan Melaka dibawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron bagi menarik kemasukan lebih ramai pelancong.

×