http://notappismpsejarah.blogspot.com/

Soalan : Jelaskan perkembangan sekolah vernakular dalam sistem pendidikan
semasa p...
http://notappismpsejarah.blogspot.com/



Justeru itu, A.M Skinner Pemangku Majistret di Seberang Prai cuba
mendirikan se...
http://notappismpsejarah.blogspot.com/



Kedua mereka menggalakan orang cina supaya mendirikan sekolah
berdasarkan prins...
http://notappismpsejarah.blogspot.com/

1. Pengarah Pelajaran mempunyai kuasa menutup sebarang sekolah yang tidak
mengikut...
http://notappismpsejarah.blogspot.com/

di bandar untuk kanak – kanak India di mana bapa mereka bekerja di Jabatan
Kerja R...
http://notappismpsejarah.blogspot.com/



Tujuan penubuhan adalah untuk menyediakan pegawai kerajaan bagi
bahagian terten...
http://notappismpsejarah.blogspot.com/



Di Tanah Melayu, Kelantan dipercayai di antara negeri yang mula-mula
mewujudkan...
http://notappismpsejarah.blogspot.com/



Masyarakat Islam ketika itu lebih berminat kepada pengajian agama yang
berbentu...
http://notappismpsejarah.blogspot.com/



Namun begitu, kemunculan sistem pendidikan moden pada hari ini, bukanlah
berert...
http://notappismpsejarah.blogspot.com/

Sistem Special Malay Class


Penghujung tahun 1930-an, sekolah inggeris dibuka ke...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Tutorial 1

1,099 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
1,099
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
460
Actions
Shares
0
Downloads
23
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Tutorial 1

  1. 1. http://notappismpsejarah.blogspot.com/ Soalan : Jelaskan perkembangan sekolah vernakular dalam sistem pendidikan semasa penjajahan British SISTEM PENDIDIKAN SEMASA PENJAJAHAN BRITISH Perkembangan Sekolah Vernakular Melayu ( 1786 – 1941 )  Merupakan persekolahan untuk menampung persekolahan anak-anak Melayu.  Dikendalikan secara tidak formal dan kurikulumnya menekankan pengajaran Quran serta pendidikan moral dan kerohanian.  Selepas Perang Dunia Pertama, sekolah-sekolah Agama muncul di meratarata tempat di Semenanjung Tanah Melayu terutama di negeri Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang.  Sistem sekolah vernakular hanya diperkenalkan mulai dari pertengahan kurun ke – 19 apabila kerajaan British mula mengambil perhatian terhadap pendidikan di Negeri – negeri selat.  Pada tahun 1854 Gabenor Jeneral dari India telah mengarahkan Blundell, Gabenor Negeri – negeri Selat, menyediakan satu laporan mengenai sistem pendidikan di Negeri – negeri Selat serta cadangan – cadangan yang boleh memberi pendidikan kepada rakyat di bawah pemerintahan British.  Blundell, tidak puasa hati dengan sistem pendidikan di Negeri – negeri Selat, terutamanya pendidikan vernakular Melayu.  Beliau mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah – sekolah vernakular Melayu di Negeri – negeri Selat dengan bantuan kerajaan British.  Pada tahun 1856, dengan bantuan kewangan daripada DYMM Temenggung Johor dan Gabenor Blundell, dua buah sekolah vernakular telah ditubuhkan di Singapura, sebuah di Teluk Belanga dan sebuah lagi di Kampung Gelam.  Selepas itu kerajaan British telah mendirikan sekolah vernakular Melayu di Pulau Pinang dan Melaka.  Penubuhan sekolah vernakular ini tidak mendapat sambutan yang menggalakkan.  Ibubapa menaruh sangsi terhadap faedah menghantar anak – anak mereka ke sekolah yang tidak mengajar agama Islam. 1 1
  2. 2. http://notappismpsejarah.blogspot.com/  Justeru itu, A.M Skinner Pemangku Majistret di Seberang Prai cuba mendirikan sekolah – sekolah vernakular Melayu dengan pengubahsuaian daripada dasar kelas Quran.  Mengikut cadangan Skinner, di sekolah percubaan itu, pelajaran pada waktu pagi ditumpukankan pelajaran Bahasa Melayu, manakala pelajaran Al-Quran akan diajar pada waktu petang.  Sistem yang diperkenalkan oleh Skinner disambut baik dikalangan ibu bapa. Oleh itu sistem pendidikan ini bukan sahaja mendapat kejayaan di Seberang Prai, tetapi juga di negeri – negeri lain, terutamanya selepas Skinner dilantik menjadi nazir sekolah pada tahun 1872.  Antara mata – mata pelajaran yang diajar di sekolah vernakular Melayu ialah Bacaan, Mengarang, Ejaan, Menulis Ilmu Hisab, Latihan Jasmani dan Ilmu Alam.  Lampiran 1 menunjukkan jadual waktu di sebuah sekolah Melayu dalam tahun 1880. Mulai dari awal kurun ke-20, mata – mata pelajaran seperti Perkebunan dan Anyaman ditambah dalam kurikulumnya, ini berdasarkan cadangan Winstedt dalam laporannya pada tahun 1917.  Sekolah Vernakular Melayu hanya terbatas pada darjah empat sahaja. Murid – murid di sekolah Melayu hanya belajar menulis, membaca, mengira, kegiatan perkebunan dan cara menganyam.  Kurikulum sekolah Melayu tidak berkembang lebih daripada darjah empat. Hanya segolongan kecil dapat memasuki Maktab Perguruan atau Malay Special Class, di mana mereka boleh meneruskan pelajaran mereka di sekolah Inggeris nanti. Perkembangan Sekolah Vernakular Cina  Sekolah Vernakular Cina pertama yang terdapat di Tanah Melayu, adalah di dirikan oleh Persatuan Mubaligh London di negeri Melaka pada tahun 1815.  Perkembangan pendidikan Cina di Tanah Melayu bermula dari tahu 1900 apabila Kang You Wei dan Liang Qi Chau, menteri dan pendidik yang terkenal di Negeri China, terpaksa melarikan diri ke Tanah Melayu selepas reformasi mereka di Negeri China gagal. 2 2
  3. 3. http://notappismpsejarah.blogspot.com/  Kedua mereka menggalakan orang cina supaya mendirikan sekolah berdasarkan prinsip pendidikan baru yang menggabungkan pengajaran Confucius dengan sains Barat. Ramai pemimpin tempatan menyambut baik sistem pendidikan cina yang diperkenalkan oleh mereka.  Sebelum ini, kurikulum sekolah vernakular Cina adalah berdasarkan pelajaran klasik lama. Selain daripada menghafaz klasik lama, murid – murid juga belajar kaligrafi dan ilmu kira – kira dengan menggunakan abakus.  Rumah orang atau kuil sembahyang digunakan sebagai tempat menuntut ilmu. Bahasa pengantar yang digunakan untuk mengajar ialah dielak tempatan.  Kerajaan British pada masa itu mengamalkan polisi yang liberal terhadap penubuhan sekolah Cina di Tanah Melayu.  Apabila Republik China ditubuhkan pada 1911, kerajaan China terus menyalurkan bantuan kewangan serta memberi nasihat mengenai pentadbiran sekolah Cina di Tanah Melayu.  Tujuannya adalah untuk memperkenalkan ideologi Republik Rakyat China kepada orang Cina di Tanah Melayu.  Menjelang Tahun 1920, terdapat 313 buah sekolah Cina telah dibina di Negeri – negeri Selat dan 181 buah sekolah Cina di Negeri – negeri Bersekutu.²  Satu reformasi kebudayaan telah berlaku di China ianya membawa kesan yang besar atas sisitem pendidikan Cina di Tanah Melayu.  Salah satu perubahan baru ialah sekolah – sekolah vernakular Cina mula menggunakan bahasa Mandarin, yang telah menjadi menjadi bahasa pengantar yang rasmi di Negeri China. Semua buku teks datangnya dari Tanah Besar China.  Penjajah British mula sedar bahawa sekolah – sekolah Cina di Tanah Melayu telah menjadi tempat – tempat untuk menyebarkan ideologi kerajaan Cina.  Pihak British telah pun menukar polisi liberal yang diamalkan dulu dengan meluluskan Enakmen Pendaftaran Sekolah di Tanah Melayu pada tahun 1920, tujuannya untuk mengawal aktiviti – aktiviti subversif di sekolah Cina.  Antara perkara yang terkandung dalam Enakmen pendaftaran sekolah ialah : 3 3
  4. 4. http://notappismpsejarah.blogspot.com/ 1. Pengarah Pelajaran mempunyai kuasa menutup sebarang sekolah yang tidak mengikut peraturan mengenai kurikulum, pentadbiran dan keadaan kesihatan sekolah itu yang ditetapkan oleh pentadbiran British. 2. Semua guru dan pentadbirnya dikehendaki berdaftar dan diseliakan oleh Pengarah Pelajaran. 3. Sekolah – sekolah Cina yang didaftar di bawah Enakmen itu akan diberi bantuan kewangan oleh kerajaan British. 4. Sekolah yang hanya menggunakan dialek tempatan sebagai bahasa pengantar sahaja yang layak menerima bantuan kewangan kerajaan.  Masyarakat Cina, pada keseluruhannya telah mencabuli hak asasi orang Cina dalam pengurusan sekolah sendiri. Mereka membantah enakmen tersebut, namun demikian pihak British tetap dengan pendirian mereka.  Enakmen Pendaftaran sekolah yang dikuatkuasa pada 1922 tidak dapat menyekat perkembangan sekolah Cina. Justeru itu bahasa Mandarin juga telah diiktiraf oleh kerajaan British sebagai bahasa rasmi di di sekolah Cina. Perkembangan Sekolah Vernakular Tamil  Perkembangan sekolah Vernakular Tamil sebenarnya bermula semasa perkembangan ladang getah, kelapa, kopi dan gula di mana ramai buruh dari India diambil untuk bekerja di ladang – ladang tersebut.  Penubuhan Sekolah Vernakular Tamil ini bergantung kepada majikan mereka atau usaha dari Persatuan Mubaligh, kebetulan pada masa itu British masih lagi mengamal dasar membantu sekolah vernakular Melayu.  Perkembangan ekonomi di Tanah Melayu pada awal kurun ke-20 memerlukan lebih banyak buruh India bekerja di ladang getah. Untuk mendorong buruh – buruh ini datang bekerja di ladang – ladang di Tanah Melayu, kerajaan British mula menukar polisi pendidikannya mulai tahun 1902.  Mereka mula memberi kemudahan untuk menubuh sekolah vernakular Tamil di mana – mana tempat yang difikirkan perlu. Selain membantu sekolah vernakular Tamil di ladang British juga menubuhkan beberapa buah sekolah 4 4
  5. 5. http://notappismpsejarah.blogspot.com/ di bandar untuk kanak – kanak India di mana bapa mereka bekerja di Jabatan Kerja Raya atau di keretapi.  Pada tahun 1920 , satu kod Buruh dikuatkuasakan. Kod Buruh itu mewajibkan setiap ladang yang terdapat sepuluh orang kanak – kanak di dalam umur persekolahan ( 7 – 14 tahun ) dikehendaki menyediakan sekolah dan guru untuk kanak – kanak itu.  Menjelang tahun 1920 jumlah murid yang belajar di sekolah Tamil di Negeri – negeri Bersekutu telah meningkat lebih kurang 4000 orang.  Dalam Tahun 1930 pula terdapat 4 jenis sekolah vernikular Tamil di tubuhkan di Tanah Melayu , anatarnya ialah : i. Sekolah yang dibiayai dan diuruskan oleh kerajaan. ii. Sekolah yang dibiayai dan diuruskan oleh majikan. iii. Sekolah yang dibiayai dan diuruskan oleh komuniti India tempatan. iv. Sekolah yang didirikan oleh Persatuan Mubaligh.  Untuk memperbaiki sistem sekolah vernakular Tamil, kerajaan British telah melantik seorang nazir sekolah Tamil berbangsa Eropah dalam tahun 1930. Perkembangan Sekolah Inggeris  Penang Free School merupakan sekolah Inggeris yang pertama ditubuhkan di bawah rancangan serta bantuan kewangan kerajaan British.  Penubuhan Penang Free School di bawah rancangan Hutchings telah mendorong negeri – negeri yang lain menubuhkan Sekolah Inggeris yang serupa, misalnya di negeri Melaka, sebuah sekolah Inggeris bernama Melaka Free School telah ditubuhkan pada tahun 1826.  Pada tahun 1905, kerajaan British telah menubuhkan Malay College di Kuala Kangsar, sebuah sekolah berasrama penuh, khususnya bagi anak – anak Melayu peringkat atasan.Penubuhan Malay College adalah dari inisiatif R.J Wilkinson dengan sokongan kuat dari DYMM Sultan Idris. 5 5
  6. 6. http://notappismpsejarah.blogspot.com/  Tujuan penubuhan adalah untuk menyediakan pegawai kerajaan bagi bahagian tertentu. Penghujung tahun 1930 barulah peluang untuk belajar di sekolah Inggeris dibuka kepada anak Melayu ( lelaki )melalui sistem Special Malay Class.  Mengikut sistem ini, murid anak Melayu dari darjah 4 dipilih masuk Special Malay Class melalui suatu pepriksaan. Mereka dipilih dikehendaki belajar di Special Malay Class.  Selain daripada sekolah jenis free dan Malay College, kebanyakan sekolah Inggeris telah ditubuhkan atas usaha mubaligh Kristian. Sekolah ini juga dikenali sebagai sekolah separa bantuan dari kerajaan British.  Sekolah – sekolah mubaligh ini dibuka kepada kanak – kanak berbilang kaum dan tujuan menubuhkan sekolah ini ialah menyediakan pendidikan umum serta memperbaiki akhlak kanak – kanak berdasarkan ajaran Kristian.  Sungguhpun kerajaan British menyediakan pendidikan Inggeris di Tanah Melayu dengan mengambilalih sekolah jenis free dan menjadikan mereka sekolah kerajaan, namum bilangan murid yang belajar di sekolah Inggeris amat tidak menggalakan berbanding dengan murid yang belajar di sekolah – sekolah vernakular yang lain.  Mengikut polisi pendidikan kerajaan British , mereka tidak setuju bahawa pendidikan Inggeris dibuka secara bebas kepada orang ramai.  Kerajaan British berpendapat memberi pendidikan Inggeris kepada kanak – kanak tempatanakan menimbulkan masalah pengangguran serta perasaan kurang memberi galakan untuk memperkembangkan pendidikan Inggeris di tanah jajahan mereka. Kemunculan Sistem Sekolah Agama/Pondok dan perkembangannya  Sistem pengajian pondok di Tanah Melayu pula mulai muncul pada pada permulaan abad ke 20, ada yang berpendapat bahawa ia wujud sejak abad ke 19 lagi.  Sistem ini dipercayai berasal dari Pattani, Selatan Thailand. Ada juga pendapat mengatakan ia berasal dari Acheh Indonesia. 6 6
  7. 7. http://notappismpsejarah.blogspot.com/  Di Tanah Melayu, Kelantan dipercayai di antara negeri yang mula-mula mewujudkan sistem pondok.  Pondok pertama yang didirikan di Kelantan ialah pada tahun 1820 M oleh Tuan Guru Haji Abdul Samad bin Abdullah (Tok Pulai Chondong)  Selain dari pondok Pulai Chondong yang didirikan di Kelantan sebelum 1910 ialah Pondok Tok Bachok pada tahun 1900, Pondok Haji Abdul Malik Tumpat pada tahun 1907, Pondok Haji Yusuf Pulau Ubi, Geting Tumpat tahun 1908, Pondok Kubang Pasu Kota Bharu pada 1900, Pondok Sungai Budor, Pondok Kampung Banggol, Pondok Tuan Padang dan Pondok Tok Semian yang diasaskan oleh Haji Wan Abdul Samad bin Mohd Salleh atau lebih dikenali dengan gelaran Tuan Tabal.  Sistem ini mula berkembang pesat pada tahun 1909 sehingga Perang Dunia Kedua.  Antara tahun 1910 hingga 1045 M boleh dikatakan zaman keemasan dalam perkembangan pengajian pondok di Kelantan.  Pondok pada masa itu telah mencapai kemajuan yang gemilang dengan lahirnya ulama’-ulama’ terkenal yang mengharumkan nama negari kelantan.  Ada sesetengah pondok pada masa itu mempunyai penuntut lebih dari seribu orang.  Hal ini tidak dapat disangkal, dalam konteks masyarakat Melayu tradisi, pengajian pondok merupakan institusi pengajian agama yang amat disanjung tinggi.  Ibu bapa menaruh kepercayaan penuh kepada sistem ini kerana pelajar lepasan pondok amat dihormati dan mereka adalah alim ulama’ yang akan membimbing masyarakat.  Pada sekitar tahun 1900, Pendidikan pondok telah mendapat persaingan dari sekolah berbentuk sekular yang ditaja oleh British.  Sekolah sekular ini telah dibing di Kota Bharu pada tahun 1904. British telah menggunakan berbagai cara untuk menarik minat rakyat ketika itu kepada sekolah sekular.  Antaranya dengan mengatakan sekolah berbentuk pondok itu adalah primitif kerana mata pelajarannya tidak sama dengan sekolah Inggeris.  Walau bagaimanapun, usaha-usaha British tidak begitu berjaya. 7 7
  8. 8. http://notappismpsejarah.blogspot.com/  Masyarakat Islam ketika itu lebih berminat kepada pengajian agama yang berbentuk pondok.  Antara pondok yang mendapat sambutan `dan mempunyai murid yang ramai selepas tahun 1930 ialah Pondok Terusan Pasir Tumbuh yang ditubuhkan pada tahun 1954, Pondok Bunut Payung, Pondok Lubuk Tapah, Pondok Sungai Durian dan Pondok Kubang Bemban.  Walaupun pada tahun 1950 – 1970 an, sistem pondok masih mendapat sambutan dari orang ramai, akan tetapi pada hakikatnya selepas tahun 1945, ia merupakan zaman kemalapan dalam sistem pengajian pondok.  Dengan ini dapatlah dirumuskan bahawa selepas kedatangan Jepun, pengaruh pondok telah mengalami kemerosotan sedikit demi sedikit.  Keadaan ini semakin berterusan hingga setelah negara mencapai kemerdekaan.  Terdapat juga pondok-pondok yang telah ditutup dan ada juga yang telah menukar sistem pengajiannya kepada sistem sekolah.  Contohnya pada tahun 1958, Pondok Bunut Payung, Kota Bharu telah diubahsuai menjadi Madrasah Islamiah dan Pondok Haji Mohd Noor Kampung But menjadi Madrasah Saadah al-Qura pada tahun 1970.  Antara sebab utama yang membawa kemunduran institusi pondok ialah telah timbul perubahan-perubahan di dalam perkembangan pendidikan Islam di Kelantan.  Ini kerana pada masa itu telah muncul sekolah-sekolah Agama (Arab) Majlis Agama Islam (MAIK), sekarang telah diambil alih oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar di bawah Kerajaan Negeri yang lebih teratur dan selesa daripada pondok.  Penubuhan sekolah-sekolah Agama ini telah mendapat sokongan yang baik dari masyarakat.  Ekoran daripada itu, pihak MAIK sentiasa mempertingkatkan usaha dalam bidamg pendidikan dan kemuncaknya telah tertubuhnya Yayasan Pngajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK) pada 1 oktober 1965 M.  Institusi ini telah melahirkan ramai cerdik pandai yang terkenal di rantau ini. Pada tahun 1981, Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan telah diserapkan ke dalam Universiti Malaya dan dikenali dengan Akademi Pengajian Islam. 8 8
  9. 9. http://notappismpsejarah.blogspot.com/  Namun begitu, kemunculan sistem pendidikan moden pada hari ini, bukanlah bererti ia akan menggugat sistem pengajian pondok secara keseluruhannya.  Apa yang jelas sistem pondok ini masih mendapat tempat dalam masyarakat. Terdapat segelintir pendokongnya tetap mempertahankan sistem ini sama ada dengan mengekalkan pondok-pondok yang masih ada ataupun menubuhkan sistem pengajian ala pondok dengan menggabungkan dua sistem pendidikan, iaitu sistem persekolahan dan sistem pengajian pondok.  Di antara faktor kemerosotan sistem pengajian pondok ialah kerana perubahan politik negara ini, persaingan dengan sistem pendidikan moden, perubahan sosio-budaya masyarakat dan faktor dari dalam pondok itu sendiri, seperti tiada pengganti yang berwibawa selepas ketiadaan pengasasnya.  Walau bagaimanapun pusat pengajian pondok tetap utuh sebagai sebuah institusi pendidikan Islam sehingga sekarang.  Kini terdapat beberapa buah pondok yang masih mampu mempertahankan identiti pengajian secara tradisional sehingga sekarang, antaranya seperti Pondok Pasir Tumbuh Kota Bharu, Pondok Sungai Durian Kuala Krai dan Pondok Lubuk Tapah Pasir Mas.  Perkembangan terakhir menunjukkan bahawa pusat pengajian pondok telah memasuki satu era ke arah kebangkitan semula untuk mengembalikan fungsinya sebagai sebauah institusi pendidikan yang berkesan.  Atas inisiatif Tuan-Tuan Guru dan pofesional, pada tahun 1995 satu badan khas, iaitu Pusat Pembangunan Pondok Berhad (PPPB) telah ditubuhkan di kelantan dengan tujuan untuk membantu membangunkan pondok-pondok yang bernaung dibawahnya dari sudut pentadbiran pondok, infrastruktur dan guru-guru. 9 9
  10. 10. http://notappismpsejarah.blogspot.com/ Sistem Special Malay Class  Penghujung tahun 1930-an, sekolah inggeris dibuka kepada anak Melayu lelaki melalui Sistem Special Malay Class.  Dahulunya dikenali sebagai maktab perguruan.  Bilangan murid belajar di sekolah Inggeris masih jauh kurang berbanding sekolah vernakular  Bukan ibu bapa tak berminat tetapi permintaan mereka ditolak atas sbb kekurangan tempat di sekolah Inggeris.  Kelainan sekolah Inggeris berbanding sekolah lain: 1. Murid-murid tdiri drp pelbagai kaum 2. Bahasa pengantar adalah bahasa inggeris 3. Hanya didirikan di bandar Sekolah Missionary 10 10

×