Tokoh Islam Astronomi

12,241 views

Published on

Published in: Education, Spiritual, Technology
0 Comments
3 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
12,241
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
290
Comments
0
Likes
3
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Tokoh Islam Astronomi

  1. 1.   <br />LoginTop of FormUsername: Password: Bottom of FormLost Password? Register now!MenuHome Forum Galeri Artikel Submit Blocks Archive List Tag list Search Link Sedutan Berita Survey Artikel :: Tokoh Islam Nasir al-Din al-TusiSubmitter: ibnubaytar Date: 2008/7/30 17:37 Views: 103 Summary:Nasir al-Din al-Tusi adalah seorang polymath dan salah seorang pakar astronomi Islam yang berketurunan Parsi dan berfahaman Shiah Imam Dua Belas. Kajiannya mempengaruhi ahli-ahli astronomi Eropah, antaranya Nicolaus Copernicus.Al-Tusi merupakan salah seorang saintis, ahli matematik, ahli astronomi, ahli falsafah, ahli teologi dan ahli perubatan teragung pada zaman beliau. Beliau adalah penulis yang prolifik. Beliau telah menulis banyak buku mengenai pelbagai subjek seperti algebra, arimetik, trigonometri, geometri, logik, metafizik, perubatan, etika dan teologi.Abu Ja’far Muhammad ibn Muhammad ibn al-Hasan Nasir al-Din al-Tusi dilahirkan di Tus, Khurasan (Iran sekarang) pada tahun 1201M. Beliau mempelajari sains dan falsafah di bawah seliaan Kamal al-Din ibn Yunus. Al-Tusi telah diculik oleh agen Hasan ibn Sabah al-Isma’ili (ahli kelompok Shiah Isma’iliah) dan dihantar ke Kubu Alamut yang beliau tinggal di situ sehingga ia ditawan oleh panglima Mongol Hulagu Khan pada tahun 1256M.Tertarik dengan kebolehan luar biasa dan kemahiran astrologi al-Tusi, Ilkhan (gelaran pemerintah Mongol di Timur Tengah) Hulagu Khan melantik beliau sebagai salah seorang menteri baginda. Kemudiannya, beliau berkhidmat sebagai pentadbir Awqaf. Pada tahun 1262, beliau membina sebuah balai cerap di Maragheh dan mengarah aktivitinya. Ia dilengkapi dengan peralatan-peralatan terbaik dari Baghdad dan pusat-pusat pengajian Islam yang lain. Ia mengandungi sukuan dinding 12 kaki yang dibuat daripada tembaga dan sebuah sukuan azimuth serta ‘turquet’ yang direka oleh al-Tusi sendiri. Peralatan-peralatan lain termasuklah astrolab, perlambangan buruj, epicycle, dan bentuk-bentuk sfera. Al-Tusi mereka bentuk beberapa peralatan lain untuk balai cerap tersebut.Al-Tusi menghasilkan satu jadual pergerakan planet yang sangat tepat dan satu katalog bintang, dan beliau menerbitkannya di bawah tajuk al-Zij al-Ilkhani¬¬ (Jadual Ilkhan) yang didedikasikan kepada Ilkhan Hulagu Khan. Jadual tersebut dibangunkan berdasarkan pencerapan selama 12 tahun dan yang pertama berdasarkan pencerapan tulen. Al-Tusi mengira nilai 51’ untuk liukan ekuinoks. Al-Tusi adalah antara orang pertama di kalangan ahli astronomi Muslim yang mengetengahkan beberapa kesilapan serius dalam model-model Ptolemy berdasarkan prinsip-prinsip mekanik dan mengubahsuainya. Kritikan beliau terhadap teori-teori Ptolemy berjaya menyakinkan ahli-ahli astronomi terkemudian mengenai keperluan untuk membangunkan model alternatif yang berakhir dalam hasil kerja Copernicus yang terkenal itu. Al-Zij al-Ilkhani adalah buku yang paling terkenal di kalangan ahli astronomi sehingga kurun ke-15. Memoir beliau mengenai astronomi yang berjudul Tazkirah fi ‘Ilm al-Hay’ah (Memoir Mengenai Ilmu Bintang) mengandungi peralatan pintar beliau untuk menjana pergerakan rectilinear sepanjang diameter bulatan luar dari dua pergerakan bulatan. Pada penghujung karier beliau, beliau berhijrah ke Baghdad dan meninggal dunia dalam setahun pada tahun 1274 di Kazimayn (berhampiran Baghdad).Al-Tusi meneroka trigonometri sfera yang membabitkan enam rumus asas bagi penyelesaian segitiga-segitiga sfera bersudut tepat. Salah satu sumbangan matematik beliau yang utama adalah pandangan terhadap trigonometri sebagai satu disiplin matematik baru. Beliau menulis mengenai pekali binomial yang diperkenalkan oleh Pascal kemudiannya.Al-Tusi menghidupkan falsafah Ibn Sina. Buku beliau Akhlaq-i-Nasiri (Etika Nasiri) dianggap sebagai buku paling utama mengenai etika dan popular untuk beberapa kurun. Tajrid al-‘Aqaid (buku tentang ilmu kalam) adalah karya cemerlang mengenai falsafah kesarjanaan Islam. Beliau juga menggubah beberapa rangkap puisi.Al-Tusi merupakan penulis yang prolifik. Beliau menulis karya-karya beliau dalam bahasa Arab dan Parsi. Menurut George Sarton, sebanyak 64 buah karya diketahui masih wujud. Kesemua ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan bahasa-bahasa Eropah lain pada Zaman Pertengahan. Buku al-Tusi Shaq al-Qatta telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dengan judul ‘Figura Cata.’ Antara pelajar-pelajar al-Tusi yang terkenal ialah Nizam al-Araj yang menulis satu ulasan terhadap Almagest hasil tulisan Ptolemy, dan Qutb al-Din al-Shirazi yang merupakan orang pertama yang memberi penjelasan matematik yang memuaskan mengenai pelangi.Sumbangan al-Tusi dinilai tinggi untuk beberapa abad lamanya.<< Post-GWG 2008 untuk download Info Halal: Glico >> Trackback URL: http://www.ipij.info/modules/article/view.article.php?c6/42 Trackback: http://www.ipij.info/modules/article/trackback.php?42 API: Toolkit PM Email PDF Bookmark Print | RSS | RDF | ATOM Copyright© ibnubaytar & IPIJ.info Top of FormBottom of FormThe comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content. <br />  CASA | Club Astronomi Santri AssalaamJuly 11, 2007Sejarah Ilmu Falak Filed under: ArtikelIlmu falak dikenal juga sebagai Ilmu Bintang atau Ilmu Astronomi, kata Falak bererti jalan/lintasan/peredaran yakni peredaran bintang-bintang. Dalam surah Yaasin ayat 40 disebut bahawa: “(Dengan ketentuan yang diberikan oleh Allah) Matahari tidak mudah baginya mengejar bulan dan malam pula tidak dapat mendahului siang kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing”. Pada zaman dahulu ilmu falak dikenal juga dengan Ilmu Nujum yang digunakan untuk meramal berlakunya peristiwa atau nasib. Di kalangan Sarjana Islam, Ilmu Bintang dibagi dua bagian yaitu :1) Ilmu Tabi’ie (sains) yang membahas kedudukan bintang-bintang, pergerakannya dan ketentuan-ketentuan gerhana matahari dan bulan.2) Ilmu yang membahas perhubungan pergerakan bintang-bintang dengan kelahiran, kematian, kebahagiaan dan kecelakaan, hujan, kesehatan dan lain-lain.Ilmu yang pertama tadi dinamakan ilmu falak (Astronomi) dan ilmu yang kedua dinamakan Ilmu Astrologi (tanjim/nujum). Secara umum ilmu falak boleh diartikan sebagai ilmu yang membicarakan tentang matahari dan bintang-bintang yang beredar, besar kecilnya, jauh dekatnya dari matahari atau juga tentang cakrawala langit, gaya yg bekerja padanya, kedudukan pergerakannya dan lain-lain fenomena yang berkaitan. Orang-orang Arab pada zaman dahulu pun mengetahui kedua bidang ilmu ini bahkan sejak zaman Jahiliah. Mereka memperolehi ilmu ini dari Yunani/Greek, Parsi, India dan Kaldan. Kemudian ilmu ini diwariskan kepada orang-orang Islam setelahnya. Umat Islam pertama kali terlibat secara aktif dibidang Ilmu Sains termasuk ilmu falak pada zaman Kerajaan Umaiyah dan Abbasiah. Di zaman Umaiyah tokoh ilmu falak yang terkenal ialah Khalid bin Yazid Al-Amawi (meninggal 85H). Beliau dikenal dengan nama Hakim Ali Marwan. Beliau dianggap orang pertama yang menterjemahkan buku-buku termasuk buku-buku mengenai ilmu Bintang pada pertengahan kurun ke-4 Hijrah didapati dalam Perpustakaan Kaherah sebuah globe dari tembaga karya Batlamus yang ditulis kata-kata bahwa globe itu disediakan untuk Khalid bin Yazid. Menurut pakar sejarah Al-Mas’udi bahwa Khalifah al-Malik bin Marwan sangat gemar kepada ilmu bintang sehingga ketika berperang belian membawa ahli ilmu bintang. Di zaman Abbasiah, Khalifah Abu Jaffar Al-Mansor adalah khalifah yang pertama memberi perhatian kepada kajian Ilmu Falak. Baginda mengeluarkan banyak belanja untuk memulai penyelidikan dalam bidang ilmu falak. Baginda mengumpulkan nama sarjana falak yang terkenal di istana Baginda. Dalam pembinaan Kota Baghdad baginda melantik seorang ahli falak bernama Naubakh sebagai Ketua Perancang Proyek itu. Seterusnya perkembangan kajian ilmu falak berkembang pada zaman khalifah Al-Mansor. Usaha menterjemahkan buku Sdihanta dari bahasa Sanskrit ke Bahasa Arab dilakukan oleh Mohammad Al-Fazari yang kemudian ia diberi judul “Al-Sindhindin Al-Kabir”. Buku ini menjadi panduan utama kepada orang-orang arab dalam mengkaji ilmu falak hingga ke zaman Al-Makmun. Mohammad Al-Fazari merupakan orang Islam yang pertama mencipta astrolabe (jam matahari untuk mengukur tinggi dan jarak bintang). Buku ini telah disalin ke bahasa Latin pada abad pertengahan oleh Johannes de Luna Hispakusis. Buku terjemahan ini telah digunakan oleh universitas-universitas Eropa untuk mengejar Ilmu Bintang.Dari sinilah orang-orang Barat pertama kali mengetahui benda-benda di cakerawala. Tokoh-tokoh Ilmu Falak Islam di zaman Abbasiah ialah Abu Sahl bin Naubakh, Ali bin Isa dan Masyaallah yang dikenal sebagai Phoenix pada zamannya. Dalam proyek pembinaan Kota Baghdad telah didirikan sebuah ‘observatorium’ (balai ilmu). Di zaman Al-Makmun telah muncul ramai sarjana-sarjana Falak antaranya Thabit bin Qurrah, Al-Battani dan Muhammad bin Musa al-Khawarizmi. Di zaman Al-Makmun juga telah didirikan sebuah ‘observatorium’ yang digunakan untuk mengukur daya cahaya matahari. Di zamannya juga Ahli Falak berjaya mengukur longkaran bumi sebuah ‘observatorium’ yang didirikan di Bukit Gaisun di Damsyek. Di zamannya juga observatorium juga didirikan di Bukit Qaisun. Di Damsyik. Di zamannya juga telah diterjemahkan Alomagest karangan mengenai Ptolemeus ke bahasa Arab. Ahli Falak Islam juga telah mengamati equinox, gerhana bintang berekor (comet) dan lain-lain gejala di langit. Di samping itu Al-Battani (wafat kira-kira 930M/317H) telah melakukan penyelidikan tentang perbintangan sejak tahun 877 hingga 918M dan bukunya yang telah disalin ke bahasa Latin disusun semula dalam bahasa Arab oleh Nallino (tahun 1903M). Al-Battani telah membagi sehari kepada 12 jam yang digunakan sekarang oleh tukang-tukang jam di Eropah. Beliau juga telah berjaya mengira setahun bersamaan dengan 356 hari, 5 jam 46 saat dan 24 secant yaitu kurang dalam pengiraan sekarang sebanyak 2 saat 23 secant. Al-Battani menduduki tempat tertinggi di kalangan Ahli Bintang dan dikatakan peranannya di kalangan umat Islam sama dengan peranan Ptolemeus di kalangan orang-orang Yahudi. Di zaman-zaman seterusnya lahir tokoh-tokoh Islam yang meneruskan kajian-kajian yang dilakukan oleh al-Battani dan tokoh-tokoh lain dan telah menghasilkan berbagai-bagai kejayaan kepada Ilmu Falak. Tokoh-tokoh Ilmu Falak yang terkenal pada kurun ke-7 Hijrah ialah Nasiruddin al-Tusi yang hidup di zaman Hulagu Khan seorang Raja Monggol. Al-Biruni (362H-442H) pula merupakan seorang ahli Falak yang terkenal di zaman Sultan Mahmud al-Ghaznawi. Beliau telah meninggalkan berbagai-bagai hasil karya yang antara al-Athar al-Baqiah yang diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh Dr. Sachan. Di zaman Kerajaan Turki Saljuk telah muncul seorang sarjana Falak terkenal iaitu Umar al-Khayyam. Kawannya ialah Abdul Rahman al-Hazimi. Sebenarnya kemasyhuran sarjana-sarjana Falak Islam merebak setiap sudut alam. Mereka menjadi tempat rujuk ilmu Falak. Wilayah Islam yang menjadi tumpuan rujukan Eropa ialah wilayah Andalus (Sepanyol) kerana berdekatan dengan mereka. Fakta di atas adalah semata-mata untuk menunjukkan betapa umat Islam di zaman kegemilangan, telah menumpukan tenaga yang banyak untuk menguasai ilmu-ilmu sains yang hasilnya telah dirasakan oleh seluruh umat manusia. Kejayaan mereka itu adalah menunjukkan betapa Islam telah menjadi suatu sumber utama bukan saja dari segi panduan hidup tetapi juga dari segi Ilmu Pengetahuan. Inilah semangat yang hendak dibangkitkan di kalangan kita umat Islam. Sumber TulisanThe URI to TrackBack thisis:http://falak.blogsome.com/2007/07/11/sejarah-ilmu-falak/trackback/KEDUDUKAN ILMU FALAK DALAM ISLAM3.Ilmu Falak dan Sejarahnya:    3.1Ilmu falak dikenali umum sebagai Ilmu Kaji Bintang atau Ilmu Astronomi, perkataan Falak bererti jalan peredaran yakni peredaran bintang-bintang. Dalam surah Yaasin ayat 40 disebut bahawa: " (Dengan ketentuan yang diberikan oleh Allah) Matahari tidak mudah baginya mengejar bulan dan malam pula tidak dapat mendahului siang kerana tiap-tiap satunya beredar terapong-apong di tempat edarannya masing-masing" .     3.2Pada zaman dahulu ilmu falak dikenali juga dengan Ilmu Nujum yang digunakan bagi maksud meneka berlakunya satu-satu peristiwa atau nasib. Di kalangan Sarjana Islam, Ilmu Bintang dibahagi kepada dua bahagian iaitu :1) Ilmu Tabie (sains) yang membincangkan kedudukan bintang-bintang, pergerakannya dan ketentuan-ketentuan gerhana matahari dan bulan.2) Ilmu yang membincangkan perhubungan pergerakan bintang-bintang dengan kelahiran, kematian, kebahagiaan dan kecelakaan , hujan, kesihatan dan lain-lain.Ilmu yang pertama tadi dinamakan ilmu falak (Astronomi) dan ilmu yang kedua dinamakan Ilmu Astrologi (tanjim). Secara umum ilmu falak boleh diertikan sebagai ilmu yang membicarakan tentang matahari dan bintang-bintang yang beredar tentang besar kecilnya, tentang jauh dekatnya daripada matahari atau juga tentang cakerawala-cakerawala langit, tarikan-tarikannya, kedudukan pergerakannya dan lain-lain fenomena yang berkaitan.     3.3Orang-orang Arab pada zaman dahulu telahpun mengetahui kedua-dua bidang ilmu ini sejak zaman Jahiliah lagi. Mereka memperolehi ilmu ini dari Greek, Parsi, India dan Kaldan. Kemudian ilmu ini diwariskan kepada orang-orang Islam kemudiannya.     3.4Umat Islam mula terlibat secara aktif dibidang Ilmu Sains termasuk ilmu falak pada zaman Kerajaan Umaiyah dan Abbasiah. Di zaman Umaiyah tokoh ilmu falak yang terkenal ialah Khalid bin Yazid Al-Amawi (meninggal 85H). Beliau adalah dikenali dengan nama Hakim Ali Marwan. Beliau dianggap orang pertama yang menterjemahkan buku-buku termasuk buku-buku mengenai ilmu Bintang pada pertengahan kurun ke-4 Hijrah didapati dalam Perpustakaan Kaherah sebuah globe dari tembaga karya Batlamus yang ditulis kata-kata bahawa globe itu disediakan untuk Khalid bin Yazid. Menurut sarjana sejarah iaitu Al-Mas'udi bahawa Khalifah al-Malik bin Marwan sangat gemar kepada ilmu bintang sehingga semasa berperang dibawa bersamanya ahli ilmu bintang. Di zaman Abbasiah, Khalifah Abu Jaffar Al-Mansor adalah khalifah yang pertama memberi perhatian kepada kajian Ilmu Falak. Baginda mengeluarkan banyak belanja untuk memulakan penyelidikan dalam bidang ilmu falak. Baginda mengumpulkan nama sarjana falak yang terkenal di istana Baginda. Dalam pembinaan Kota Baghdad baginda melantik seorang ahli falak bernama Naubakh sebagai Ketua Perancang Projek itu.     3.5Seterusnya perkembangan kajian ilmu falak berkembang pada zaman khalifah Al-Mansor. Usaha menterjemahkan buku Sdihanta dari bahasa Sanskrit ke Bahasa Arab dilakukan oleh Mohammad Al-Fazari yang kemudian ia diberi jodol " Al-Sindhindin Al-Kabir" . Buku ini menjadi panduan utama kepada orang-orang arab dalam mengkaji ilmu falak hingga ke zaman Al-Makmun. Mohammad Al-Fazari merupakan orang Islam yang pertama mencipta astrolabe (jam matahari untuk mengukur tinggi dan jarak bintang). Buku ini telah disalin ke bahasa Latin pada abad pertengahan oleh Johannes de Luna Hispakusis. Buku terjemahan ini telah digunakan oleh universiti-universiti Eropah untuk mengejar Ilmu Bintang. Dari sinilah orang-orang Barat mula mengetahui benda-benda di cakerawala.     3.6Antara tokoh-tokoh Ilmu Falak Islam di zaman Abbasiah ialah Abu Sahl bin Naubakh, Ali bin Isa dan Masyaallah yang dikenali sebagai Phoenix pada zamannya. Dalam projek pembinaan Kota Baghdad telah didirikan sebuah 'observatorium' (balai cerapan). Di zaman Al-Makmun telah muncul ramai sarjana-sarjana Falak antaranya Thabit bin Qurrah, Al-Battani dan Muhammad bin Musa al-Khawarizmi. Di zaman Al-Makmun juga telah didirikan sebuah 'observatorium' yang digunakan untuk mengukur daya cahaya rebang matahari. Di zamannya juga Ahli Falak berjaya mengukur longkaran bumi sebuah 'observatorium' yang didirikan di Bukit Gaisun di Damsyek. Di zamannya juga observatorium juga didirikan di Bukit Qaisun. Di Damsyik. Di zamannya juga telah diterjemahkan Alomagest karangan mengenai Ptolemeus ke bahasa Arab. Ahli Falak Islam juga telah mengamati equinox, gerhana bintang berekor (comet) dan lain-lain gejala di langit.     3.7Di samping itu Al-Battani (mati kira-kira 930M/317H) telah melakukan penyelidikan tentang perbintangan sejak tahun 877 hingga 918M dan bukunya yang telah disalin ke bahasa Latin disusun semula dalam bahasa Arab oleh Nallino (tahun 1903M). Al-Battani telah membahagikan sehari kepada 12 jam yang digunakan sekarang oleh tukang-tukang jam di Eropah. Beliau juga telah berjaya mengira setahun bersamaan dengan 356 hari, 5 jam 46 saat dan 24 secant iaitu kurang dalam pengiraan sekarang sebanyak 2 saat 23 secant. Al-Battani menduduki tempat tertinggi di kalangan Ahli Bintang dan dikatakan peranannya di kalangan umat Islam sama dengan peranan Ptolemeus di kalangan orang-orang Yahudi. Di zaman-zaman seterusnya lahir tokoh-tokoh Islam yang meneruskan kajian-kajian yang dilakukan oleh al-Battani dan tokoh-tokoh lain dan telah menghasilkan berbagai-bagai kejayaan kepada Ilmu Falak.     3.8Tokoh-tokoh Ilmu Falak yang terkenal pada kurun ke-7 Hijrah ialah Nasiruddin al-Tusi yang hidup di zaman Hulagu Khan seorang Raja Monggol. Al-Biruni (362H-442H) pula merupakan seorang ahli Falak yang terkenal di zaman Sultan Mahmud al-Ghaznawi. Beliau telah meninggalkan berbagai-bagai hasil karya yang antara al-Athar al-Baqiah (?????? ??????)   yang diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh Dr. Sachan. Di zaman Kerajaan Turki Saljuk telah muncul seorang sarjana Falak terkenal iaitu Umar al-Khayyam. Kawannya ialah Abdul Rahman al-Hazimi. Sebenarnya kemasyhuran sarjana-sarjana Falak Islam merebak setiap sudut alam. Mereka menjadi tempat rujuk ilmu Falak. Wilayah Islam yang menjadi tumpuan rujukan Eropah ialah wilayah Andalus (Sepanyol) kerana berdekatan dengan mereka.    3.9Fakta-fakta di atas dicatatkan di sini adalah semata-mata untuk menunjukkan betapa umat Islam di zaman kegemilangan, telah menumpukan tenaga yang banyak untuk menguasai ilmu-ilmu sains yang hasilnya telah dirasai oleh seluruh umat manusia. Kejayaan mereka itu adalah menunjukkan betapa Islam telah menjadi suatu sumber utama bukan sahaja dari segi panduan hidup tetapi juga dari segi penerokaan Ilmu Pengetahuan. Inilah semangat yang hendak dibangkitkan semula di kalangan kita umat Islam. Jabatan Pendidikan Jasmani Dan KesihatanInstitut Perguruan Kota Bharu, Pengkalan Chepa 16109 Kota Bharu Kelantan, MalaysiaSkip to contentAL-BIRUNIAbu Raihan al-Biruni dilahirkan di luar Birun. Kota Khwarazm Bandar Khiva di zaman ini dan pada zaman dahulu bernama Chorasmia iaitu di sebuah daerah yang melahirkan ramai hukama dan sarjana Islam yang terkemuka. Beliau juga dikatakan telah menuntut ilmu sains di bawah bimbingan Abu Nasr al-Mansur, seorang ahli astronomi dan matematik yang pernah menulis syarah ke atas buku Spherics karya Menelaus dan merupakan penuntut kepada Abu’l-Wafa’.Peringkat awal penghidupan al-Biruni ialah di bawah pemerintahan a’munid yang memerintah Khwarzm dan juga dikenali sebagai pemerintahan Khwarazmiyah. Pemerintahan ini asalnya adalah di bawah perlindungan kerajaan Samaniyah tetapi kemudian boleh dikatakan berkuasa sendiri. Al-Biruni mengembara ke tempat lain di Parsi dan pada tahun 388H/998M hingga403H/1012M beliau berada di Jurjan iaitu di Iistana Shams al-Ma’ali Qabus ibn Wushmgir. Pada masa inilah iaitu pada tahun 390H/1000M beliau menulis risalahnya yang sangat masyhur, bertajuk al-Athar al-Baqiyah. Nama penuhnya ialah Abu Rayhan Muhammad bin Ahmad al-Biruni. Beliau dilahirkan pada 3 Zulhijah 362 H (4 September 973 M di negeri Parsi. Beliau adalah orang asing dalam kalangan penduduk Khawarizm. Olen sebab itulah beliau digelar al-Biruni yang bermaksud orang asing dalam bahasa Parsi. Beliau sangat terkenal di kawasan Khawarizm sehingga diberi gelaran Khawarizmi bersempenadengan nama kawasan itu.Kuasa bangsa Turki di Asia Tengah yang kian memuncak, mencapai kekuatannya semasa pemerintahan mahmud dari Ghazna di mana kebanyakan pemerintahan Mahmud kecil kerajaan Parsi di daerah itu dimusnahkan. Dalam tahun 408H/107M. Mahmud berjaya mengusai Khwarazm, dan pada tahun berikutnya membawa Abu Raihan, yang menjadi musuh politiknya ke Ghazna. Sebagai ahli astrologi dan ahli matematik istana pula kemudiannya, al-Biruni kerap mengiringi Mahmud dalam pergerakan tentera raja itu dan turut serta dalam pergerakan tentera yang masyhur iaitu pergerakan menawan India yang juga memberi peluang yang seluas-luasnya kepada al-Biruni untuk mengkaji manifestasi yang pelbagai bagi agama Hindu. Pada tahun 422H/1031H, al-Biruni kembali ke Ghazna dan menulis kitab beliau yang paling terkemuka sehingga kini iaitu, India dan sebuah kitab lain yang bertajuk Kitab al-Tafhim.Mahmud meninggal dunia di Ghazna pada tahun 421H/1030M. Perebutan kuasa berlaku di antara putera-puteranya dan berkesudahan dengan kemenangan Mas’ud, yang kemudiannya menjadi penaung al-biruni dan kepadanya, iaitu pada tahun ia memenangi kuasa pemerintahan, sebuah kitab yang bertajuk al-Qanun al-Mas’udi dipersembahkan sebagai dedikasi al-Biruni kepada penaungnya itu. Kitab ini merupakan sebuah adikarya bidang astronomi. Al-Biruni terus tinggal di Ghazna, hidup dengan memperhambakan diri kepada pengkajian dan penulisan sehingga akhir hayatnya iaitu pada kira-kira tahun 442H/1051M.Penghidupan al-Biruni bukan sahaja dipenuhi dengan pergolakan politik dan perubahan hidup di Asia Tengah dan Parsi tetapi juga penuh dengan perubahan minatnya sendiri daripada satu bidang ilmu kepada bidang ilmu yang lain. Pada peringkat awal beliau sangat tertarik hati kepada lapangan ilmu matematik dan astronomi sehingga ia menjadi tokoh yang paling berwibawa di dalam sejarah sains islam. Kemudian minatnya tertumpu pula kepada sejarah dan kronologi dan akhirnya iaitu pada penghujung hayatnya ia memberi tumpuan pula kepada optika, perubatan, mineralogy dan farmakologi iaitu seperti yang ditunjukkan dalam Kitab al-saidanah (atau saidalah). Di sepanjang perubahan minatnya dalam bidang ilmu itu, minatnya terhadap agama dan kultus tetap kuat; petikannya akan Bhagavad-Gita dan gambaran yang diberikannya tentang hari kebebasan agama bagi agama-agama di Asia Barat memberi petanda kepada minatnya yang mendalam dan kefahamannya akan agama. Karya beliau tentang perbandingan agama tetap menjadi sumbangan beliau yang paling penting.Walaupun tidak ada hasil penulisan falsafah al-Biruni yang terdapat di dalam simpanan khazanah atau diketahui selamat tersimpan kini namun adalah diketahui bahawa al-Biruni telah mempelajari falsafah dengan mendalam dan sangat mahir dalam bidang ini. Beliau sangat berminat dalam falsafah anti Aristotle yang dibawa oleh tokoh falsafah seperti Muhammad ibn Zakariyya’ al-Razi. Al-Biruni berusaha bertahun-tahun mencari kitab Sirr al-Asrar karya al-Razi dan juga lain-lain karya falsafah. Namun beliau menulis sebuah risalah membahas tentang kesalahan-kesalahan al-Razi. Beliau juga mempelajari, sekadar yang termampu pada zaman itu, tentang Vendanta dan teks lain mengenai agama Hindu yang kalaupun tidak berciri falsafah dalam pengertian moden atau pengertian aliran Aristotle namun tetap merupakan pengajaran himah yang sangat halus. Sikap dan pandangan Abu Raihan terhadap falsafah Yunani aliran Aristotle tidak langsung menunjukkan sebarang simpati atau sokongan.Selain karya utama beliau yang masih terdapat hingga kini seperti al-Athar al-Baqiyah, India, Kitab al-Tafhim, Kitab al-Jamahir fi Ma’rifat al-Jawahir, al-Qanun al-Mas’udi, dan yang belum diterbitkan seperti Kitab al-Saidanah serta Kitab Tahdid Nihayat al-Amakin, al-Biruni menulis banyak risalah kecil tentang astronomi dan geografi. Beliau juga banyak menulis risalah mengenai bidang-bidang ilmu lain termasuklah falsafah. Karya beliau tentang falsafah seperti Kitab al-Sha-mil fi’-l-mawjudat al-mahsusah wa’l ma’qulah, Kitab fi’l-tawassut bain Aristutalis wa Jalinus fi’l-muharrik al-awwal, Riyadat al-fikr wa’l-‘aql, Maqalah fi’l-bahth’an al-athar al-‘ulwiyah dan Maqallah fi sifat asbab al-sukhunat al-mawjudah fi’l-;alam wa ikhtilaf usul al-sanah, nampaknya sudah tidak terdapat lagi dan turut juga ‘hilang’ ialah banyak karya terjemahan beliau ke atas Elements karya Euchids dan Almagest karya Ptolemy. Beliau menterjemahkan karya-karya besar ini ke dalam bahsa Sanskrit. Terjemahan beliau dari karya Sanskrit iaitu Yoga sutras of Patanjali yang dianggap ‘hilang’ telah dijumpai tidak lama dahulu di Istanbul. Beliau juga menulis beberapa buah karya sastera seperti cerita Qasim al-surur wa ‘ayn al-hayat, dan Urmuzdyar wa mihryar. Al-Biruni, dalam penulisannya, Fi fihrist kutub Muhammad ibn Zakariyya’ al-Razi telah menyenaraikan 113 tajuk kitab dan karyanya sendiri dan 25 buah lagi yang ditulus oleh Abu Nasr al-Mansur ibn ‘Ali ibn al-‘Iraq, Abu Sahl ‘Isa Ibn Yahya al-Masihi dan Abu ‘Ali al Hasan ‘ibn ‘Ali al-jili, kesemunya di bawah arahan beliau. Hajji Khalifa, dalam kitabnya, Kashf al-zunun menyebut kira-kira lima belas buah karya tidak termasuk Fihrist tetapi yang sah ditulisnya empat belas tahun sebelum ia meninggal dunia. Tambahan kepada semua ini ialah tujuh lagi manuskrip telah dijumpai yang tidak langsung disebutkan dalam senarai-senarai tadi. Jika seseorang pengkaji memasukkan senarai Yaqut yang menyebutkan terjemahan daripada bahasa Sanskrit dan karya yang ditulis oleh orang lain tetapi dipadankan kepada nama al-Biruni, maka jumlah kesemuanya akan menjadi 180.Di samping bersemuka dengan sebilangan sarjana dan hukama Muslim, Kristian dan Hindu di zamannya, al-Biruni juga mengkaji dan mendalami teks sains Greek, Babylonian, Manichean dan Zoroaster. Malah harus diingati bahawa karya agung seperti al-Qanun al-Mas’udi bukan sahaja merupakan kitab besar astronomi Muslim, tetapi juga adalah sumber bagi kebanyakan sains zaman dahulu, sama ada sains Chaldean ataupun Greek yang teks asal mereka sudah tidak terdapat lagi.Selain mempunyai pengetahuan yang asasi tentang teks astronomi-matematik seperti Almagest, Elements, pelbagai buku Sinddhanta dan lain-lain penulisan Hindu, Al-Biruni juga sangat fasih mendalami banyak penulisan yang berkaitan dengan “falsafah tabii” dan sejarah. Sumber-sumber yang dirujuk dalam Kitab al-jamahir fi ma’rifat al-jawahir, teks ilmu Islam yang paling lengkap tentang mineralogy, termasuklah para ahli sains Muslim seperti al-Kindi, al-Jahiz, Muhammad ibn Zakariyya’ al-Razi, Jabir ibn Hayyan, tokoh-tokoh sastera, sejarah dan geografi seperti Nasr ibn Ya’qub al-Dinawari, Ahmad ibn ‘Ali, Abu’l- ‘Abbas al- ‘Ummani dan penulis Greek seperti Aristotle, Archimedes, Apollonius dari Tyana, Dioscorides, Plutarch, Ptolemy, Galen, Bolos Democritus, Plato, Heraclides, dan Diogenes. Beliau juga banyak memetik puisi Arab - sama ada zaman Islam atau praIslam – dan juga puisi Parsi, India, Suryani dan karya-karya Alexandria di dalam bidang ini. Tambahan Kitab al-jamahir, dan dalam kitab-kitabnya yang lain juga akan bahagian-bahagian daripada kitab-kitab suci bagi banyak agama termasuklah Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru, Avesta dan tentu juga al-Qur’an sendiri yang mana al-Biruni sangat mahir tentangnya. Dalam risalahnya Ifrad al-maqal fi amr al-dalal, semasa membicarakan waktu sembahyang beliau telah memetik hadith nabi, kata-kata ‘Umar ibn al-Khattab, al-Ash’hari, al-Shafi’I, dan ramai lagi tokoh agama yang berpengaruh yang kesemuanya ini menunjukkan kebolehan beliau yang sangat mendalam tentang sumber hukum serta teologi Islam. Bagaimanapun, memang terdapat bebaerapa bidang sains di zamannya yang tidak disentuh.Disebabkan terdapat aral terjemahan maka al-Biruni tidak begitu dikenali dan tidak berpengaruh di Barat Latin berbanding dengan tokoh besar di zamannya, Ibn Sina. Jika sekiranya kitab beliau al-Qanun al-Mas’udi diterjemahkan ke bahasa Latin, maka kitab ini tentu akan menjadi semasyhur Qanun Ibn Sina. Di dunia Islam, al-Biruni tetap menjadi sarjana besar yang tiada tandingannya di dalam bidang-bidang astronomi, astrologi, geografi dan matematik. Karya beliau India, adalah karya yang unik di dalam sejarah kaum Muslimin dan karya beliau, al-Athar al-baqiyah adalah sumber terbaik tentang kronologi peristiwa-peristiwa keagamaan di Asia Barat pada zaman silam. Kitabnya yang bertajuk Kitab al-tafhim menjadi inspirasi kepada beberapa buah risalah saintifik zaman selepas beliau termasuklah Kitab rawdat al-Munajjimin oleh Shahrdan ibn Abi’l-Khair al-Razi dan Kaihan shinakht oleh Hassan Kattan al-Marwazi, yang kedua-duanya ditulis pada abad yang kelima, Jahan-I Danish oleh Sharaf al-Din Muhammad ibn Mas’ud ibn Muhammad al-Mas’udi dan Kifayat al-ta’limi sina’at al-tanjim oleh Sayyid al-‘Ulama’ abu’l-Mahamid ibn Mas’ud ibn al-Zaki al-Ghaznawi, yang ditulis pada bad ketujuh dan juga Kitab al-tafhim fi ma’rifat istikhraj al-taqwim oleh Mazhar al-Din Muhammad al-Lari, iaitu karya abad kesepuluh adalah kedua-duanya berdasarkan kepada hasil penulisan al-Biruni.Karya-karya al-Biruni bersemarak di arena aktiviti intelektual yang berkemuncak pada abad keempat. Karya-karya beliau juga merupakan satu usaha yang paling rapi serta teliti dalam menyatukan cabangan-cabangan ilmu kaum Muslimin dan juga ilmu-ilmu yang diwarisi daripada tamadun zaman dahulu. Dengan sifatnya yang demikian, karya-karya al-Biruni memberi khidmat kepada zaman selepas beliau sebagai sumber sains tabii dan sains peradaban dan mendapat sanjungan dan berpengaruh sebagai bahan penulisan seorang sarjana yang tidak dipertikaikan. Sebagai ahli astronomi dan juga terutamanya ahli astrologi keidealan beliau sentiasa diikuti.Pengkajian terhadap geografi, astronomi, dan lain-lain adalah sesuai kerana ia sangat mustahak kepada penghidupan beragama masyarakat Islam dan perlu dikaji dengan matlamat atau tujuan ini. Tidak timbul persoalan ‘sains untuk sains’ dalam pemikiran al-Biruni sama juga halnya dengan tidak wujudnya gagasan ‘seni untuk seni’ dalam pemikiran Islam. Seni dan sains perlu memberi khidmat kepada keidealan penghidupan Islam yang merupakan ‘penghidupan sejahtera’ dan matlamat terakhir yang perlu dicita-citakan. Kewajaran serta kesahihan bagi pengkajian sains tidak seharusnya ditentukan oleh kegunaan praktikal, kerana kegunaan tidak menentukan nilai dalaman bagi sesuatu. Sebaliknya, kesahihan pengkajian sains bersama dan tujuan dan matlamatnya adalah bersandarkan kepada suruhan al-Qur’an yang mempertanggungjawabkan manusia merenung kejadian langit dan bumi yang telah dijadikan Tuhan dengan Haqq (bi’l-haqq).Walaupun ketaatan dan usaha ikhlas al-Biruni sebagai seorang Muslim adalah jelas, namun kemiripan beliau terhadap aliran tertentu di dalam Islam susah dipastikan. Sebagaimana juga karya para penulis abad ke-4 umumnya, penulisan Abu Raihan tidak menunjukkan dengan jelas sama ada ia dipengaruhi oleh mazhab Syiah atau Sunni. Beliau menulis tentang kedua-dua mazhab dengan pengetahuan dan kebijaksanaan tetapi tidak membayangkan pilihan beliau atau kemiripan beliau. Seseorang dapat meilihat pengaruh Syiah yang lebih kuat ke atas diri beliau semasa ia muda dan tarikan yang lebih kuat kepada mazhab Sunni pula apabila umurnya sudah lanjut, namun pilihan beliau sendiri tidak dinyatakan dengan tegas. Malah Abu Raihan pernah menyatakan bahawa ia memakai sebentuk cincin dengan dua jenis batu, yang satu dimuliakan oleh Sunni dan satu lagi oleh Syiah. Dengan begitu ia cuba menyatakan bahawa ia menerima kedua-duanya.Al-Biruni juga memperlihatkan kebolehan yang tinggi tentang ilmu tasawwuf walaupun beliau membuat kesalahan dengan mengatakan bahawa Sufi berasal dari Sophos, dan dalam bukunya, India, ia selalu membanding-bandingkan antara doktrin Hindu dengan doktrin Sufi. Namun begitu tidak ada sedikit keraguan bahawa ia bukanlah seorang ahli Sufi. Al-Biruni merupakan seorang sarjana yang ulung dan ahli sains yang terbilang dan juga seorang Muslim yang amat taat, yang telah mempelajari banyak perkara melalui pembacaan, penilitian dan berfikir dan telah berjaya menguasai banyak cabangan ilmu pengetahuan, namun ia tidak mengikuti jalan penyucian jiwa dan intuisi Qalbu yang bersifat terus yang di dalam Islam adalah berkaitan dengan ilmu tasawwuf. Beliau memuliakan kerohanian Sufisme seperti kaum Muslimin lainnya tanpa mempunyai pengalaman rohani sendiri.Penguasaannya terhadap pelbagai ilmu pengetahuan dan bidang tersebut menjadikan al-Biruni dijuluki sebagai " ustaz fil ulum" atau guru segala ilmu. Meski sebahagian besar ilmuwan Muslim masa lalu memang memiliki kemampuan multidimensi, namun al-Biruni tampaknya lebih menonjol. Ia tak hanya menguasai bahasa Arab, tapi juga Sanskrit dan Ibrani. Ia memiliki ilmu pengetahuan yang luas tentang filsafat Yunani, menjadikannya seorang sarjana agung yang pernah dilahirkan oleh dunia Islam. Al-Biruni berhasil membuktikan, menyandingkan ilmu dan filsafat telah memungkinkan agama bisa terus hidup subur dan berkembang serta membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh umat.Al-Biruni telah menghasilkan lebih dari 150 buah buku. Di antara buku-buku itu adalah " Al-Jamahir fi al-Jawahir" yang berbicara mengenai batu-batu permata; " Al-Athar al-Baqiah" berkaitan kesan-kesan lama peninggalan sejarah, dan " Al-Saidalah fi al-Tibb" , tentang obat-obatan. Penulisannya tentang sejarah Islam telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggris dengan judul " Chronology of Ancient Nation" . Banyak lagi buku tulisan Al-Biruni diterbitkan di Eropah dan tersimpan dengan baiknya di Museum Escorial, Sepanyol.Sejak usia muda, Al-Biruni sudah tertarik pada astronomi dan matematik. Ia banyak belajar kepada astronom dan ahli matematika terkemuka kala itu, Abu Nasr Mansur. Pada tahun 990 atau saat usianya baru menginjak 17 tahun, Al-Biruni sudah melakukan pengamatan serius di bidang astronomi, yakni dengan menghitung garis lintang Kath melalui pengamatan ketinggian maksimum Matahari.Al-Biruni amat berminat dalam melakukan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan teori-teori abstrak, falsafah, sains praktis matematik, geografi, fizik, dan astronomi. Dalam semua bidang itu, beliau lebih memberi penumpuan terhadap bidang astronomi. Ini dibuktikan melalui pengakuannnya sendiri, “Oleh kerana saya berminat dalam bidang astronomi, malah saya dikenali dalam bidang ini, maka saya tidak berniat untuk keluar dari bidang ini dan mahu berkhidmat kepada perbendaharaan baginda (Mas’ud) yang dikenali sebagai nikmat, dengan menulis undang-undang astronomi”.Bagi menunjukkan kepentingan ilmu astronomi dan matematik dalarn kehidupan harian, beliau telah memberi contoh dengan mengemukakan pengaruh matahari dan bulan ketika menentukan musim dan air pasang surut. Ilmu kaji bintang juga penting dalam menentukan arah pengembaraan dan perjalanan, kiblat, waktu solat, dan kedudukan garis lintang dan garis bujur sesuatu tempat.Beliau telah mengemukakan beberapa teori astronomi yang penting. Pertamanya teori alam semesta yang mana beliau menganggap alam ini terletak di luar permukaan sfera yang terhad. Beliau tidak bersetuju dengan konsep graviti alam semester sebagai kuasa sebenar. Teori yang kedua ialah kosmogoni. Beliau membincangkan asal-usul alam semesta secara terperinci dalam bukunya al-Tahdid. Beliau tidak bersetuju dengan pandangan yang mengatakan bumi ini kekal. Beliau telah melengkapkan karya Abdul al-Malik al-Tayyib al-Busi dengan mengumpulkan pelbagai arus pertukaran bumi pada zamannya.Ketika usianya belum genap 22 tahun, Al-Biruni telah menulis sejumlah kertaskerja, meski dalam bentuk pendek. Sayangnya, semua kertas kerja Al-Biruni hilang ditelan sejarah. Salah satu karyanya yang bisa selamat adalah kartografi yang berguna dalam proyeksi pembuatan peta. Seperti halnya mendeskripsikan proyeksinya mengenai belahan Bumi melalui suatu pesawat, Al-Biruni pada usia 22 tahun dengan fasih membaca proyeksi peta yang ditemukan orang lain dan mendiskusikannya dalam risalah.Tapi sayang, masa-masa ketika Al-Biruni hidup, adalah masa-masa genting Dunia Islam. Situasi politik yang berkembang saat itu juga turut memengaruhi dan menentukan arah kehidupan Al-Biruni. Penguasa Khwarazm adalah Banu Iraq dan secara kebetulan guru Al-Biruni, Abu Nasr Mansur adalah seorang pangeran dari keluarga tersebut. Pada tahun 995 terjadi kudeta politik. Perang saudara pun berkecamuk. Sebagai murid, Al-Biruni tentu saja terkena imbas persoalan politik tersebut. Ia kemudian melarikan diri dari Khwarazm sehingga ia kemudian tidak mengetahui bagaimana nasib sang guru. Minat dan kecenderungannya untuk mempelajari serta meluaskan dimensi ilmu pengetahuannya telah mendorong Al-Biruni merantau sehingga ke negara India. Tetapi semasa berada di India, Al-Biruni telah ditawan oleh Sultan Mahmood al-Ghaznawi. Setelah mengetahui keilmuwan Al-Biruni, sang sultan pun menugaskan Al-Biruni sebagai ulama istana. Kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh Al-Biruni untuk mempelajari bahasa Sanskrit dan bahasa lain di India. Di sana Al-Biruni mendapat kesempatan untuk mengenali agama Hindu dan filsafat India. Hasilnya, ia menulis beberapa buku yang mempunyai hubungan dengan masyarakat India dan kebudayaan Hindu. Dalam satu tulisannya, Al-Biruni menyatakan, ajaran Hindu berasaskan konsep penjelmaan yang mempunyai persamaan dengan ajaran tauhid dalam Islam dan triniti dalam agama Kristen.Tembok penjara tidak menjadi penghalang kepada Al-Biruni untuk terus menuntut dan menghasilkan karya-karya yang besar dalam pelbagai bidang. Sumbangannya kepada ilmu dan peradaban India amat besar. Sumbangannya yang paling penting ialah dalam penciptaan kaidah penggunaan angka-angka India dan kajiannya mencari ukuran bumi menggunakan perhitungan matematika. Al-Biruni berhasil menyusun satu daftar peta yang berisi kedudukan ibu kota negara di dunia. Semasa berada dalam tawanan itu, Al-Biruni juga menggunakan seluruh ruang dan peluang yang ada untuk menjalin hubungan antara para ilmuwan sekolah tinggi Baghdad dan para sarjana Islam India yang tinggal dalam istana Mahmud al Ghaznawi.Sebelum ke India, Al-Biruni sering menjalin hubungan dengan Ibnu Sina. Padawaktu yang bersamaan, Al-Biruni juga membuktikan bahwa golongan ahli filsafat bukan merupakan golongan yang sesat dan hidup di awang-awangan. Peranan dan kedudukan mereka amat besar dalam perkembangan dan kemajuan Islam serta peradaban manusia. Pencapaian besar al-Biruni termasuklah penciptaan kaedah penggunaan angka-angka India dengan menggunakan angka sifar, penentuan garis bujur serta garis lintang bumi dan penjelasan tentang hakikat kelajuan perjalanan cahaya mengatasi perjalanan bumi. Malah al-Biruni juga mewariskan banyak hasil penulisan yang sangat berharga termasuklah " Al-Saidalah fi al-Tibb" (ubat-ubatan) dan " Al-Qanun" (falak). Selain membuktikan kecintaan yang mendalam terhadap ilmu, al-Biruni dan juga sarjana-sarjana agung Islam zaman silam ternyata menunjukkan banyak teladan yang selayaknya dicontohi oleh umat Islam kini. Antaranya termasuklah usaha yang dilakukan dengan membuka pintu pengajian di seluruh dunia; timur serta barat dan bagi kemasukan segala bentuk warisan tamadun manusia sejagat. Proses penerimaan, penyerapan, penterjemahan, pengembangan semula dan pengubahsuaian ilmu asing menurut asas yang ditentukan Islam demi kepentingan masyarakat Islam, tidak terhenti di situ sahaja, malah ditingkatkan sehingga mereka berjaya mencapai tahap kreativiti dan inovasi yang sebenar, iaitu pada kurun ke-3H./9M.Di samping itu, hubungan yang dijalin dengan bangsa-bangsa maju di dunia ketika itu dijadikan penggerak usaha untuk memanfaatkan kemajuan dan pengetahuan yang dimiliki oleh bangsa-bangsa tersebut. Lebih utama daripada itu, tokoh-tokoh agung kebanggaan Islam ini membuktikan bahawa pencapaian hebat dan sumbangan besar lagi terbilang mereka itu hanyalah dengan satu tujuan yang suci, iaitu demi membawa kesejahteraan dan kemakmuran kepada kehidupan manusia sejagat, bukan sahaja yang sezaman dengan mereka tetapi juga selepas mereka. Ini terbukti dengan penghasilan karya-karya agung yang dapat dimanfaatkan hingga pada zaman kini. Amat menarik juga jika diteliti bahawa kegigihan tokoh-tokoh agung Islam dalam pelbagai bidang itu sebenarnya turut didorong oleh pemerintah yang berilmu dan juga memiliki kecintaan yang mendalam terhadap ilmu seperti Khalifah al-Ma'mun (yang memerintah dari tahun 198-218H./813-833M.). Antara usaha penting khalifah `Abbasiyyah ini termasuklah titah baginda kepada sekumpulan besar ahli geografi dan ahli astronomi untuk menghasilkan sebuah buku geografi yang lengkap dan peta dunia yang baharu. Demikianlah pula dengan usaha untuk menentukan ukur lilit bumi di khatulistiwa. Pada awal kurun ke-3H./9M., Khalifah al-Ma'mun menitahkan supaya sekumpulan besar ahli astronomi menajdikan ukuran darjah longitud sebagai asas bagi penghasilan peta dunia. Kumpulan ahli astronomi ini melaksanakan titah baginda di Padang Pasir Sinjar, di utara Iraq dan juga di Tadmur dengan menggunakan pelbagai alat pengukuran, iaitu astrolab, rod serta tali pintal untuk menentukan permulaan dan penghujung darjah latitud serta jarak di antara kedua-duanya. Kesimpulan yang dicapai oleh mereka ialah darjah longitud mencapai 56 2/3 batu Arab dan dengan demikian, longitud khatulistiwa adalah hampir 40,000 km. Pada hakikatnya, longitud khatulistiwa yang diiktiraf oleh ahli geografi moden berpandukan hasil ilmiah yang cemerlang dan terperinci ini.Sesungguhnya kemunculan Al-Biruni sebagai tokoh ilmuwan tersohor telah mengangkat martabat ahli filsafat dari pelbagai stigma dan label negatif, serta mengubah peranan yang sepatutnya dimainkan oleh ahli filsafat itu sendiri. Al-Biruni meninggal dunia pada tanggal 13 Desember 1048 di Ghazna (kini Ghazni, Afganistan). Meski sudah lama meninggal, nama Al-Biruni tetap harum dikenang zaman.Rumusan dan CadanganSesungguhnya usaha menghayati serta menyuburkan semula ingatan terhadap sumbangan besar cendekiawan Islam yang terbilang itu di samping menjadikannya sebagai pencetus semangat dan inspirasi merupakan sesuatu yang harus dipuji. Ia diharapkan dapat menimbulkan kesedaran yang tinggi tentang kepentingan penguasaan ilmu sains dan teknologi yang dapat membantu usaha membentuk sejumlah besar cendekiawan dan pakar bagi memacu kecemerlangan negara. Sehubungan itu juga, penglibatan aktif cendekiawan serta pakar ini dalam kegiatan penyelidikan dan pembangunan, membolehkan negara mencipta teknologi sendiri yang bukan sahaja dapat mengelakkan pergantungan pada teknologi asing. Bahkan sebaliknya dapat merancakkan perkembangan iktisad ummah seluruhnya. Namun demikian, seharusnya pula kesedaran, minat, semangat serta inspirasi yang berhasil dipupuk sepanjang pameran yang dijadualkan berlangsung lebih dua bulan ini tidak terhenti di situ sahaja.Lebih banyak langkah susulan yang perlu dirancang dan dilaksanakan dengan penuh kesungguhan. Ini misalnya dengan memperkenalkan tokoh ilmuwan Islam silam ini secara berterusan dan melalui pendekatan yang berkesan. Salah satunya ialah melalui kurikulum atau sukatan pelajaran dan pengajaran di sekolah, khususnya di peringkat rendah. Misalnya melalui mata pelajaran matematik, pelajar-pelajar diberikan maklumat tentang peribadi dan sumbangan al-Khawarizmi, antaranya bagaimana beliau menggunakan angka sifar sebagai gandaan puluh, ratus dan juta selain mengasaskan algebra (al-jabr) dan menjadikannya sebagai cabang ilmu yang terpisah daripada ilmu hisab dan geometri. Demikian juga melalui mata pelajaran sains, kegigihan dan sumbangan Ibn al-Haitham dalam bidang ini wajar didedahkan kepada pelajar-pelajar, apatah lagi kejayaan beliau untuk menguasai bidang sains, falsafah dan geometri bermula sejak usia remaja lagi.Bagi penuntut-penuntut di institusi pengajian tinggi pula, keagungan tamadun Islam dan sumbangan ilmuwannya seharusnya tidak dibataskan hanya melalui pembelajaran subjek tamadun Islam semata-mata. Sebagai contoh, pensyarah boleh memainkan peranan dalam memberikan pendedahan dan pengetahuan yang mendalam tentang sumbangan tidak terhingga nilainya oleh ilmuwan agung Islam terhadap bidang atau kursus yang diikuti oleh pelajar-pelajar. Kehebatan dan pencapaian mengagumkan ilmuwan Islam dalam seni bina (seperti Istana al-Hamra'/al-Hambra serta Taj Mahal), astronomi, geografi, pengembaraan dan pelayaran (misalnya jam matahari, astrolab dan kompas), teknologi dan penciptaan dalam bidang pertanian, pembinaan serta kejuruteraan (sebagai contoh, pam air automatik), penciptaan dan penemuan dalam bidang perubatan (misalnya kelalang tanah liat yang digunakan untuk menghasilkan ubat-ubatan), pasti dapat menyuntik semangat yang luar biasa sifatnya di kalangan penuntut, sekurang-kurangnya untuk mencipta kejayaan tersendiri.Selain kurikulum dan kegiatan pembelajaran, peranan media elektronik juga dilihat sangat berkesan dalam menjayakan hasrat besar ini. Usaha yang dirintis oleh TV3 dalam menerbitkan rancangan berkualiti seperti " Ilmuwan Islam" seharusnya diteladani dan diberikan sokongan yang tiada taranya. Ternyata melalui rancangan tersebut, masyarakat negara ini memperoleh maklumat sebenar tentang sumbangan dan usaha yang dirintis oleh ilmuwan atau sarjana agung Islam. Sekadar menyebut contoh, pendedahan " Ilmuwan Islam" tentang sumbangan Ibn Firnas dalam kejuruteraan penerbangan dan merupakan orang pertama yang membuat percubaan untuk terbang pada tahun 875 (sebagaimana yang juga disebut oleh Philip Hitti, History of Arabs) membetulkan tanggapan orang ramai yang sebelumnya hanya mengetahui pencapaian Wilbur dan Orville Wright dalam bidang yang sama sekitar tahun 1900. Rancangan bermutu seumpama ini seharusnya mendapat sokongan dalam pelbagai bentuk, khususnya tajaan dan pengiklanan yang memungkinkan ia terus berperanan memberikan manfaat yang tidak terbanding nilainya kepada segenap lapisan masyarakat negara ini. Dalam hubungan ini, pihak pengiklan seharusnya menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap usaha kerajaan menyemarakkan budaya keilmuan dan tradisi menyelidik serta menghasilkan teknologi di kalangan rakyat. Bahkan inilah juga sebahagian daripada tanggungjawab kemasyarakatan yang perlu dilaksanakan oleh mereka. Telah tiba masanya juga untuk pengiklan-pengiklan mengutamakan rancangan keilmuan berbanding dengan minat, tumpuan serta sasaran mendapatkan keuntungan melalui rancangan berbentuk hiburan semata-mata.Secara peribadi, setiap kita perlu memainkan peranan masing-masing bagi menjayakan usaha menimbulkan minat mengikuti jejak dan pencapaian ilmuwan Islam silam. Sekurang-kurangnya inilah tandanya kita menyokong penuh dan menghargai kegigihan Prof Dr Fuat Sezgin, pemilik 148 replika pameran anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama Institute for the History of Arabic-Islamic Science, Johanne Wolfgang Goethe University, Frankfurt, Germany yang bertemakan " Sains Islam Mendahului Zaman" itu. Memetik inti pati ucapan beliau pada hari pelancaran pameran, " Sains moden yang bermula di Eropah beberapa kurun silam sebenarnya begitu biasa dan dekat dengan kita. Justeru itu, umat Islam tidak harus sama sekali berasa terasing daripadanya kerana sebahagian besarnya merupakan cabang bagi tahap awal perkembangan dalam dunia Islam. Sebaliknya kini telah tiba masanya bagi kita mempelajari dan menyerap pencapaian dalam tamadun barat sehingga kita berkeupayaan menyumbang pencapaian kita sendiri." AL-BIRUNIAbu Raihan al-Biruni dilahirkan di luar Birun. Kota Khwarazm Bandar Khiva di zaman ini dan pada zaman dahulu bernama Chorasmia iaitu di sebuah daerah yang melahirkan ramai hukama dan sarjana Islam yang terkemuka. Beliau juga dikatakan telah menuntut ilmu sains di bawah bimbingan Abu Nasr al-Mansur, seorang ahli astronomi dan matematik yang pernah menulis syarah ke atas buku Spherics karya Menelaus dan merupakan penuntut kepada Abu’l-Wafa’.Peringkat awal penghidupan al-Biruni ialah di bawah pemerintahan a’munid yang memerintah Khwarzm dan juga dikenali sebagai pemerintahan Khwarazmiyah. Pemerintahan ini asalnya adalah di bawah perlindungan kerajaan Samaniyah tetapi kemudian boleh dikatakan berkuasa sendiri. Al-Biruni mengembara ke tempat lain di Parsi dan pada tahun 388H/998M hingga403H/1012M beliau berada di Jurjan iaitu di Iistana Shams al-Ma’ali Qabus ibn Wushmgir. Pada masa inilah iaitu pada tahun 390H/1000M beliau menulis risalahnya yang sangat masyhur, bertajuk al-Athar al-Baqiyah. Nama penuhnya ialah Abu Rayhan Muhammad bin Ahmad al-Biruni. Beliau dilahirkan pada 3 Zulhijah 362 H (4 September 973 M di negeri Parsi. Beliau adalah orang asing dalam kalangan penduduk Khawarizm. Olen sebab itulah beliau digelar al-Biruni yang bermaksud orang asing dalam bahasa Parsi. Beliau sangat terkenal di kawasan Khawarizm sehingga diberi gelaran Khawarizmi bersempenadengan nama kawasan itu.Kuasa bangsa Turki di Asia Tengah yang kian memuncak, mencapai kekuatannya semasa pemerintahan mahmud dari Ghazna di mana kebanyakan pemerintahan Mahmud kecil kerajaan Parsi di daerah itu dimusnahkan. Dalam tahun 408H/107M. Mahmud berjaya mengusai Khwarazm, dan pada tahun berikutnya membawa Abu Raihan, yang menjadi musuh politiknya ke Ghazna. Sebagai ahli astrologi dan ahli matematik istana pula kemudiannya, al-Biruni kerap mengiringi Mahmud dalam pergerakan tentera raja itu dan turut serta dalam pergerakan tentera yang masyhur iaitu pergerakan menawan India yang juga memberi peluang yang seluas-luasnya kepada al-Biruni untuk mengkaji manifestasi yang pelbagai bagi agama Hindu. Pada tahun 422H/1031H, al-Biruni kembali ke Ghazna dan menulis kitab beliau yang paling terkemuka sehingga kini iaitu, India dan sebuah kitab lain yang bertajuk Kitab al-Tafhim.Mahmud meninggal dunia di Ghazna pada tahun 421H/1030M. Perebutan kuasa berlaku di antara putera-puteranya dan berkesudahan dengan kemenangan Mas’ud, yang kemudiannya menjadi penaung al-biruni dan kepadanya, iaitu pada tahun ia memenangi kuasa pemerintahan, sebuah kitab yang bertajuk al-Qanun al-Mas’udi dipersembahkan sebagai dedikasi al-Biruni kepada penaungnya itu. Kitab ini merupakan sebuah adikarya bidang astronomi. Al-Biruni terus tinggal di Ghazna, hidup dengan memperhambakan diri kepada pengkajian dan penulisan sehingga akhir hayatnya iaitu pada kira-kira tahun 442H/1051M.Penghidupan al-Biruni bukan sahaja dipenuhi dengan pergolakan politik dan perubahan hidup di Asia Tengah dan Parsi tetapi juga penuh dengan perubahan minatnya sendiri daripada satu bidang ilmu kepada bidang ilmu yang lain. Pada peringkat awal beliau sangat tertarik hati kepada lapangan ilmu matematik dan astronomi sehingga ia menjadi tokoh yang paling berwibawa di dalam sejarah sains islam. Kemudian minatnya tertumpu pula kepada sejarah dan kronologi dan akhirnya iaitu pada penghujung hayatnya ia memberi tumpuan pula kepada optika, perubatan, mineralogy dan farmakologi iaitu seperti yang ditunjukkan dalam Kitab al-saidanah (atau saidalah). Di sepanjang perubahan minatnya dalam bidang ilmu itu, minatnya terhadap agama dan kultus tetap kuat; petikannya akan Bhagavad-Gita dan gambaran yang diberikannya tentang hari kebebasan agama bagi agama-agama di Asia Barat memberi petanda kepada minatnya yang mendalam dan kefahamannya akan agama. Karya beliau tentang perbandingan agama tetap menjadi sumbangan beliau yang paling penting.Walaupun tidak ada hasil penulisan falsafah al-Biruni yang terdapat di dalam simpanan khazanah atau diketahui selamat tersimpan kini namun adalah diketahui bahawa al-Biruni telah mempelajari falsafah dengan mendalam dan sangat mahir dalam bidang ini. Beliau sangat berminat dalam falsafah anti Aristotle yang dibawa oleh tokoh falsafah seperti Muhammad ibn Zakariyya’ al-Razi. Al-Biruni berusaha bertahun-tahun mencari kitab Sirr al-Asrar karya al-Razi dan juga lain-lain karya falsafah. Namun beliau menulis sebuah risalah membahas tentang kesalahan-kesalahan al-Razi. Beliau juga mempelajari, sekadar yang termampu pada zaman itu, tentang Vendanta dan teks lain mengenai agama Hindu yang kalaupun tidak berciri falsafah dalam pengertian moden atau pengertian aliran Aristotle namun tetap merupakan pengajaran himah yang sangat halus. Sikap dan pandangan Abu Raihan terhadap falsafah Yunani aliran Aristotle tidak langsung menunjukkan sebarang simpati atau sokongan.Selain karya utama beliau yang masih terdapat hingga kini seperti al-Athar al-Baqiyah, India, Kitab al-Tafhim, Kitab al-Jamahir fi Ma’rifat al-Jawahir, al-Qanun al-Mas’udi, dan yang belum diterbitkan seperti Kitab al-Saidanah serta Kitab Tahdid Nihayat al-Amakin, al-Biruni menulis banyak risalah kecil tentang astronomi dan geografi. Beliau juga banyak menulis risalah mengenai bidang-bidang ilmu lain termasuklah falsafah. Karya beliau tentang falsafah seperti Kitab al-Sha-mil fi’-l-mawjudat al-mahsusah wa’l ma’qulah, Kitab fi’l-tawassut bain Aristutalis wa Jalinus fi’l-muharrik al-awwal, Riyadat al-fikr wa’l-‘aql, Maqalah fi’l-bahth’an al-athar al-‘ulwiyah dan Maqallah fi sifat asbab al-sukhunat al-mawjudah fi’l-;alam wa ikhtilaf usul al-sanah, nampaknya sudah tidak terdapat lagi dan turut juga ‘hilang’ ialah banyak karya terjemahan beliau ke atas Elements karya Euchids dan Almagest karya Ptolemy. Beliau menterjemahkan karya-karya besar ini ke dalam bahsa Sanskrit. Terjemahan beliau dari karya Sanskrit iaitu Yoga sutras of Patanjali yang dianggap ‘hilang’ telah dijumpai tidak lama dahulu di Istanbul. Beliau juga menulis beberapa buah karya sastera seperti cerita Qasim al-surur wa ‘ayn al-hayat, dan Urmuzdyar wa mihryar. Al-Biruni, dalam penulisannya, Fi fihrist kutub Muhammad ibn Zakariyya’ al-Razi telah menyenaraikan 113 tajuk kitab dan karyanya sendiri dan 25 buah lagi yang ditulus oleh Abu Nasr al-Mansur ibn ‘Ali ibn al-‘Iraq, Abu Sahl ‘Isa Ibn Yahya al-Masihi dan Abu ‘Ali al Hasan ‘ibn ‘Ali al-jili, kesemunya di bawah arahan beliau. Hajji Khalifa, dalam kitabnya, Kashf al-zunun menyebut kira-kira lima belas buah karya tidak termasuk Fihrist tetapi yang sah ditulisnya empat belas tahun sebelum ia meninggal dunia. Tambahan kepada semua ini ialah tujuh lagi manuskrip telah dijumpai yang tidak langsung disebutkan dalam senarai-senarai tadi. Jika seseorang pengkaji memasukkan senarai Yaqut yang menyebutkan terjemahan daripada bahasa Sanskrit dan karya yang ditulis oleh orang lain tetapi dipadankan kepada nama al-Biruni, maka jumlah kesemuanya akan menjadi 180.Di samping bersemuka dengan sebilangan sarjana dan hukama Muslim, Kristian dan Hindu di zamannya, al-Biruni juga mengkaji dan mendalami teks sains Greek, Babylonian, Manichean dan Zoroaster. Malah harus diingati bahawa karya agung seperti al-Qanun al-Mas’udi bukan sahaja merupakan kitab besar astronomi Muslim, tetapi juga adalah sumber bagi kebanyakan sains zaman dahulu, sama ada sains Chaldean ataupun Greek yang teks asal mereka sudah tidak terdapat lagi.Selain mempunyai pengetahuan yang asasi tentang teks astronomi-matematik seperti Almagest, Elements, pelbagai buku Sinddhanta dan lain-lain penulisan Hindu, Al-Biruni juga sangat fasih mendalami banyak penulisan yang berkaitan dengan “falsafah tabii” dan sejarah. Sumber-sumber yang dirujuk dalam Kitab al-jamahir fi ma’rifat al-jawahir, teks ilmu Islam yang paling lengkap tentang mineralogy, termasuklah para ahli sains Muslim seperti al-Kindi, al-Jahiz, Muhammad ibn Zakariyya’ al-Razi, Jabir ibn Hayyan, tokoh-tokoh sastera, sejarah dan geografi seperti Nasr ibn Ya’qub al-Dinawari, Ahmad ibn ‘Ali, Abu’l- ‘Abbas al- ‘Ummani dan penulis Greek seperti Aristotle, Archimedes, Apollonius dari Tyana, Dioscorides, Plutarch, Ptolemy, Galen, Bolos Democritus, Plato, Heraclides, dan Diogenes. Beliau juga banyak memetik puisi Arab - sama ada zaman Islam atau praIslam – dan juga puisi Parsi, India, Suryani dan karya-karya Alexandria di dalam bidang ini. Tambahan Kitab al-jamahir, dan dalam kitab-kitabnya yang lain juga akan bahagian-bahagian daripada kitab-kitab suci bagi banyak agama termasuklah Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru, Avesta dan tentu juga al-Qur’an sendiri yang mana al-Biruni sangat mahir tentangnya. Dalam risalahnya Ifrad al-maqal fi amr al-dalal, semasa membicarakan waktu sembahyang beliau telah memetik hadith nabi, kata-kata ‘Umar ibn al-Khattab, al-Ash’hari, al-Shafi’I, dan ramai lagi tokoh agama yang berpengaruh yang kesemuanya ini menunjukkan kebolehan beliau yang sangat mendalam tentang sumber hukum serta teologi Islam. Bagaimanapun, memang terdapat bebaerapa bidang sains di zamannya yang tidak disentuh.Disebabkan terdapat aral terjemahan maka al-Biruni tidak begitu dikenali dan tidak berpengaruh di Barat Latin berbanding dengan tokoh besar di zamannya, Ibn Sina. Jika sekiranya kitab beliau al-Qanun al-Mas’udi diterjemahkan ke bahasa Latin, maka kitab ini tentu akan menjadi semasyhur Qanun Ibn Sina. Di dunia Islam, al-Biruni tetap menjadi sarjana besar yang tiada tandingannya di dalam bidang-bidang astronomi, astrologi, geografi dan matematik. Karya beliau India, adalah karya yang unik di dalam sejarah kaum Muslimin dan karya beliau, al-Athar al-baqiyah adalah sumber terbaik tentang kronologi peristiwa-peristiwa keagamaan di Asia Barat pada zaman silam. Kitabnya yang bertajuk Kitab al-tafhim menjadi inspirasi kepada beberapa buah risalah saintifik zaman selepas beliau termasuklah Kitab rawdat al-Munajjimin oleh Shahrdan ibn Abi’l-Khair al-Razi dan Kaihan shinakht oleh Hassan Kattan al-Marwazi, yang kedua-duanya ditulis pada abad yang kelima, Jahan-I Danish oleh Sharaf al-Din Muhammad ibn Mas’ud ibn Muhammad al-Mas’udi dan Kifayat al-ta’limi sina’at al-tanjim oleh Sayyid al-‘Ulama’ abu’l-Mahamid ibn Mas’ud ibn al-Zaki al-Ghaznawi, yang ditulis pada bad ketujuh dan juga Kitab al-tafhim fi ma’rifat istikhraj al-taqwim oleh Mazhar al-Din Muhammad al-Lari, iaitu karya abad kesepuluh adalah kedua-duanya berdasarkan kepada hasil penulisan al-Biruni.Karya-karya al-Biruni bersemarak di arena aktiviti intelektual yang berkemuncak pada abad keempat. Karya-karya beliau juga merupakan satu usaha yang paling rapi serta teliti dalam menyatukan cabangan-cabangan ilmu kaum Muslimin dan juga ilmu-ilmu yang diwarisi daripada tamadun zaman dahulu. Dengan sifatnya yang demikian, karya-karya al-Biruni memberi khidmat kepada zaman selepas beliau sebagai sumber sains tabii dan sains peradaban dan mendapat sanjungan dan berpengaruh sebagai bahan penulisan seorang sarjana yang tidak dipertikaikan. Sebagai ahli astronomi dan juga terutamanya ahli astrologi keidealan beliau sentiasa diikuti.Pengkajian terhadap geografi, astronomi, dan lain-lain adalah sesuai kerana ia sangat mustahak kepada penghidupan beragama masyarakat Islam dan perlu dikaji dengan matlamat atau tujuan ini. Tidak timbul persoalan ‘sains untuk sains’ dalam pemikiran al-Biruni sama juga halnya dengan tidak wujudnya gagasan ‘seni untuk seni’ dalam pemikiran Islam. Seni dan sains perlu memberi khidmat kepada keidealan penghidupan Islam yang merupakan ‘penghidupan sejahtera’ dan matlamat terakhir yang perlu dicita-citakan. Kewajaran serta kesahihan bagi pengkajian sains tidak seharusnya ditentukan oleh kegunaan praktikal, kerana kegunaan tidak menentukan nilai dalaman bagi sesuatu. Sebaliknya, kesahihan pengkajian sains bersama dan tujuan dan matlamatnya adalah bersandarkan kepada suruhan al-Qur’an yang mempertanggungjawabkan manusia merenung kejadian langit dan bumi yang telah dijadikan Tuhan dengan Haqq (bi’l-haqq).Walaupun ketaatan dan usaha ikhlas al-Biruni sebagai seorang Muslim adalah jelas, namun kemiripan beliau terhadap aliran tertentu di dalam Islam susah dipastikan. Sebagaimana juga karya para penulis abad ke-4 umumnya, penulisan Abu Raihan tidak menunjukkan dengan jelas sama ada ia dipengaruhi oleh mazhab Syiah atau Sunni. Beliau menulis tentang kedua-dua mazhab dengan pengetahuan dan kebijaksanaan tetapi tidak membayangkan pilihan beliau atau kemiripan beliau. Seseorang dapat meilihat pengaruh Syiah yang lebih kuat ke atas diri beliau semasa ia muda dan tarikan yang lebih kuat kepada mazhab Sunni pula apabila umurnya sudah lanjut, namun pilihan beliau sendiri tidak dinyatakan dengan tegas. Malah Abu Raihan pernah menyatakan bahawa ia memakai sebentuk cincin dengan dua jenis batu, yang satu dimuliakan oleh Sunni dan satu lagi oleh Syiah. Dengan begitu ia cuba menyatakan bahawa ia menerima kedua-duanya.Al-Biruni juga memperlihatkan kebolehan yang tinggi tentang ilmu tasawwuf walaupun beliau membuat kesalahan dengan mengatakan bahawa Sufi berasal dari Sophos, dan dalam bukunya, India, ia selalu membanding-bandingkan antara doktrin Hindu dengan doktrin Sufi. Namun begitu tidak ada sedikit keraguan bahawa ia bukanlah seorang ahli Sufi. Al-Biruni merupakan seorang sarjana yang ulung dan ahli sains yang terbilang dan juga seorang Muslim yang amat taat, yang telah mempelajari banyak perkara melalui pembacaan, penilitian dan berfikir dan telah berjaya menguasai banyak cabangan ilmu pengetahuan, namun ia tidak mengikuti jalan penyucian jiwa dan intuisi Qalbu yang bersifat terus yang di dalam Islam adalah berkaitan dengan ilmu tasawwuf. Beliau memuliakan kerohanian Sufisme seperti kaum Muslimin lainnya tanpa mempunyai pengalaman rohani sendiri.Penguasaannya terhadap pelbagai ilmu pengetahuan dan bidang tersebut menjadikan al-Biruni dijuluki sebagai " ustaz fil ulum" atau guru segala ilmu. Meski sebahagian besar ilmuwan Muslim masa lalu memang memiliki kemampuan multidimensi, namun al-Biruni tampaknya lebih menonjol. Ia tak hanya menguasai bahasa Arab, tapi juga Sanskrit dan Ibrani. Ia memiliki ilmu pengetahuan yang luas tentang filsafat Yunani, menjadikannya seorang sarjana agung yang pernah dilahirkan oleh dunia Islam. Al-Biruni berhasil membuktikan, menyandingkan ilmu dan filsafat telah memungkinkan agama bisa terus hidup subur dan berkembang serta membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh umat.Al-Biruni telah menghasilkan lebih dari 150 buah buku. Di antara buku-buku itu adalah " Al-Jamahir fi al-Jawahir" yang berbicara mengenai batu-batu permata; " Al-Athar al-Baqiah" berkaitan kesan-kesan lama peninggalan sejarah, dan " Al-Saidalah fi al-Tibb" , tentang obat-obatan. Penulisannya tentang sejarah Islam telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggris dengan judul " Chronology of Ancient Nation" . Banyak lagi buku tulisan Al-Biruni diterbitkan di Eropah dan tersimpan dengan baiknya di Museum Escorial, Sepanyol.Sejak usia muda, Al-Biruni sudah tertarik pada astronomi dan matematik. Ia banyak belajar kepada astronom dan ahli matematika terkemuka kala itu, Abu Nasr Mansur. Pada tahun 990 atau saat usianya baru menginjak 17 tahun, Al-Biruni sudah melakukan pengamatan serius di bidang astronomi, yakni dengan menghitung garis lintang Kath melalui pengamatan ketinggian maksimum Matahari.Al-Biruni amat berminat dalam melakukan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan teori-teori abstrak, falsafah, sains praktis matematik, geografi, fizik, dan astronomi. Dalam semua bidang itu, beliau lebih memberi penumpuan terhadap bidang astronomi. Ini dibuktikan melalui pengakuannnya sendiri, “Oleh kerana saya berminat dalam bidang astronomi, malah saya dikenali dalam bidang ini, maka saya tidak berniat untuk keluar dari bidang ini dan mahu berkhidmat kepada perbendaharaan baginda (Mas’ud) yang dikenali sebagai nikmat, dengan menulis undang-undang astronomi”.Bagi menunjukkan kepentingan ilmu astronomi dan matematik dalarn kehidupan harian, beliau telah memberi contoh dengan mengemukakan pengaruh matahari dan bulan ketika menentukan musim dan air pasang surut. Ilmu kaji bintang juga penting dalam menentukan arah pengembaraan dan perjalanan, kiblat, waktu solat, dan kedudukan garis lintang dan garis bujur sesuatu tempat.Beliau telah mengemukakan beberapa teori astronomi yang penting. Pertamanya teori alam semesta yang mana beliau menganggap alam ini terletak di luar permukaan sfera yang terhad. Beliau tidak bersetuju dengan konsep graviti alam semester sebagai kuasa sebenar. Teori yang kedua ialah kosmogoni. Beliau membincangkan asal-usul alam semesta secara terperinci dalam bukunya al-Tahdid. Beliau tidak bersetuju dengan pandangan yang mengatakan bumi ini kekal. Beliau telah melengkapkan karya Abdul al-Malik al-Tayyib al-Busi dengan mengumpulkan pelbagai arus pertukaran bumi pada zamannya.Ketika usianya belum genap 22 tahun, Al-Biruni telah menulis sejumlah kertaskerja, meski dalam bentuk pendek. Sayangnya, semua kertas kerja Al-Biruni hilang ditelan sejarah. Salah satu karyanya yang bisa selamat adalah kartografi yang berguna dalam proyeksi pembuatan peta. Seperti halnya mendeskripsikan proyeksinya mengenai belahan Bumi melalui suatu pesawat, Al-Biruni pada usia 22 tahun dengan fasih membaca proyeksi peta yang ditemukan orang lain dan mendiskusikannya dalam risalah.Tapi sayang, masa-masa ketika Al-Biruni hidup, adalah masa-masa genting Dunia Islam. Situasi politik yang berkembang saat itu juga turut memengaruhi dan menentukan arah kehidupan Al-Biruni. Penguasa Khwarazm adalah Banu Iraq dan secara kebetulan guru Al-Biruni, Abu Nasr Mansur adalah seorang pangeran dari keluarga tersebut. Pada tahun 995 terjadi kudeta politik. Perang saudara pun berkecamuk. Sebagai murid, Al-Biruni tentu saja terkena imbas persoalan politik tersebut. Ia kemudian melarikan diri dari Khwarazm sehingga ia kemudian tidak mengetahui bagaimana nasib sang guru. Minat dan kecenderungannya untuk mempelajari serta meluaskan dimensi ilmu pengetahuannya telah mendorong Al-Biruni merantau sehingga ke negara India. Tetapi semasa berada di India, Al-Biruni telah ditawan oleh Sultan Mahmood al-Ghaznawi. Setelah mengetahui keilmuwan Al-Biruni, sang sultan pun menugaskan Al-Biruni sebagai ulama istana. Kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh Al-Biruni untuk mempelajari bahasa Sanskrit dan bahasa lain di India. Di sana Al-Biruni mendapat kesempatan untuk mengenali agama Hindu dan filsafat India. Hasilnya, ia menulis beberapa buku yang mempunyai hubungan dengan masyarakat India dan kebudayaan Hindu. Dalam satu tulisannya, Al-Biruni menyatakan, ajaran Hindu berasaskan konsep penjelmaan yang mempunyai persamaan dengan ajaran tauhid dalam Islam dan triniti dalam agama Kristen.Tembok penjara tidak menjadi penghalang kepada Al-Biruni untuk terus menuntut dan menghasilkan karya-karya yang besar dalam pelbagai bidang. Sumbangannya kepada ilmu dan peradaban India amat besar. Sumbangannya yang paling penting ialah dalam penciptaan kaidah penggunaan angka-angka India dan kajiannya mencari ukuran bumi menggunakan perhitungan matematika. Al-Biruni berhasil menyusun satu daftar peta yang berisi kedudukan ibu kota negara di dunia. Semasa berada dalam tawanan itu, Al-Biruni juga menggunakan seluruh ruang dan peluang yang ada untuk menjalin hubungan antara para ilmuwan sekolah tinggi Baghdad dan para sarjana Islam India yang tinggal dalam istana Mahmud al Ghaznawi.Sebelum ke India, Al-Biruni sering menjalin hubungan dengan Ibnu Sina. Padawaktu yang bersamaan, Al-Biruni juga membuktikan bahwa golongan ahli filsafat bukan merupakan golongan yang sesat dan hidup di awang-awangan. Peranan dan kedudukan mereka amat besar dalam perkembangan dan kemajuan Islam serta peradaban manusia. Pencapaian besar al-Biruni termasuklah penciptaan kaedah penggunaan angka-angka India dengan menggunakan angka sifar, penentuan garis bujur serta garis lintang bumi dan penjelasan tentang hakikat kelajuan perjalanan cahaya mengatasi perjalanan bumi. Malah al-Biruni juga mewariskan banyak hasil penulisan yang sangat berharga termasuklah " Al-Saidalah fi al-Tibb" (ubat-ubatan) dan " Al-Qanun" (falak). Selain membuktikan kecintaan yang mendalam terhadap ilmu, al-Biruni dan juga sarjana-sarjana agung Islam zaman silam ternyata menunjukkan banyak teladan yang selayaknya dicontohi oleh umat Islam kini. Antaranya termasuklah usaha yang dilakukan dengan membuka pintu pengajian di seluruh dunia; timur serta barat dan bagi kemasukan segala bentuk warisan tamadun manusia sejagat. Proses penerimaan, penyerapan, penterjemahan, pengembangan semula dan pengubahsuaian ilmu asing menurut asas yang ditentukan Islam demi kepentingan masyarakat Islam, tidak terhenti di situ sahaja, malah ditingkatkan sehingga mereka berjaya mencapai tahap kreativiti dan inovasi yang sebenar, iaitu pada kurun ke-3H./9M.Di samping itu, hubungan yang dijalin dengan bangsa-bangsa maju di dunia ketika itu dijadikan penggerak usaha untuk memanfaatkan kemajuan dan pengetahuan yang dimiliki oleh bangsa-bangsa tersebut. Lebih utama daripada itu, tokoh-tokoh agung kebanggaan Islam ini membuktikan bahawa pencapaian hebat dan sumbangan besar lagi terbilang mereka itu hanyalah dengan satu tujuan yang suci, iaitu demi membawa kesejahteraan dan kemakmuran kepada kehidupan manusia sejagat, bukan sahaja yang sezaman dengan mereka tetapi juga selepas mereka. Ini terbukti dengan penghasilan karya-karya agung yang dapat dimanfaatkan hingga pada zaman kini. Amat menarik juga jika diteliti bahawa kegigihan tokoh-tokoh agung Islam dalam pelbagai bidang itu sebenarnya turut didorong oleh pemerintah yang berilmu dan juga memiliki kecintaan yang mendalam terhadap ilmu seperti Khalifah al-Ma'mun (yang memerintah dari tahun 198-218H./813-833M.). Antara usaha penting khalifah `Abbasiyyah ini termasuklah titah baginda kepada sekumpulan besar ahli geografi dan ahli astronomi untuk menghasilkan sebuah buku geografi yang lengkap dan peta dunia yang baharu. Demikianlah pula dengan usaha untuk menentukan ukur lilit bumi di khatulistiwa. Pada awal kurun ke-3H./9M., Khalifah al-Ma'mun menitahkan supaya sekumpulan besar ahli astronomi menajdikan ukuran darjah longitud sebagai asas bagi penghasilan peta dunia. Kumpulan ahli astronomi ini melaksanakan titah baginda di Padang Pasir Sinjar, di utara Iraq dan juga di Tadmur dengan menggunakan pelbagai alat pengukuran, iaitu astrolab, rod serta tali pintal untuk menentukan permulaan dan penghujung darjah latitud serta jarak di antara kedua-duanya. Kesimpulan yang dicapai oleh mereka ialah darjah longitud mencapai 56 2/3 batu Arab dan dengan demikian, longitud khatulistiwa adalah hampir 40,000 km. Pada hakikatnya, longitud khatulistiwa yang diiktiraf oleh ahli geografi moden berpandukan hasil ilmiah yang cemerlang dan terperinci ini.Sesungguhnya kemunculan Al-Biruni sebagai tokoh ilmuwan tersohor telah mengangkat martabat ahli filsafat dari pelbagai stigma dan label negatif, serta mengubah peranan yang sepatutnya dimainkan oleh ahli filsafat itu sendiri. Al-Biruni meninggal dunia pada tanggal 13 Desember 1048 di Ghazna (kini Ghazni, Afganistan). Meski sudah lama meninggal, nama Al-Biruni tetap harum dikenang zaman.Rumusan dan CadanganSesungguhnya usaha menghayati serta menyuburkan semula ingatan terhadap sumbangan besar cendekiawan Islam yang terbilang itu di samping menjadikannya sebagai pencetus semangat dan inspirasi merupakan sesuatu yang harus dipuji. Ia diharapkan dapat menimbulkan kesedaran yang tinggi tentang kepentingan penguasaan ilmu sains dan teknologi yang dapat membantu usaha membentuk sejumlah besar cendekiawan dan pakar bagi memacu kecemerlangan negara. Sehubungan itu juga, penglibatan aktif cendekiawan serta pakar ini dalam kegiatan penyelidikan dan pembangunan, membolehkan negara mencipta teknologi sendiri yang bukan sahaja dapat mengelakkan pergantungan pada teknologi asing. Bahkan sebaliknya dapat merancakkan perkembangan iktisad ummah seluruhnya. Namun demikian, seharusnya pula kesedaran, minat, semangat serta inspirasi yang berhasil dipupuk sepanjang pameran yang dijadualkan berlangsung lebih dua bulan ini tidak terhenti di situ sahaja.Lebih banyak langkah susulan yang perlu dirancang dan dilaksanakan dengan penuh kesungguhan. Ini misalnya dengan memperkenalkan tokoh ilmuwan Islam silam ini secara berterusan dan melalui pendekatan yang berkesan. Salah satunya ialah melalui kurikulum atau sukatan pelajaran dan pengajaran di sekolah, khususnya di peringkat rendah. Misalnya melalui mata pelajaran matematik, pelajar-pelajar diberikan maklumat tentang peribadi dan sumbangan al-Khawarizmi, antaranya bagaimana beliau menggunakan angka sifar sebagai gandaan puluh, ratus dan juta selain mengasaskan algebra (al-jabr) dan menjadikannya sebagai cabang ilmu yang terpisah daripada ilmu hisab dan geometri. Demikian juga melalui mata pelajaran sains, kegigihan dan sumbangan Ibn al-Haitham dalam bidang ini wajar didedahkan kepada pelajar-pelajar, apatah lagi kejayaan beliau untuk menguasai bidang sains, falsafah dan geometri bermula sejak usia remaja lagi.Bagi penuntut-penuntut di institusi pengajian tinggi pula, keagungan tamadun Islam dan sumbangan ilmuwannya seharusnya tidak dibataskan hanya melalui pembelajaran subjek tamadun Islam semata-mata. Sebagai contoh, pensyarah boleh memainkan peranan dalam memberikan pendedahan dan pengetahuan yang mendalam tentang sumbangan tidak terhingga nilainya oleh ilmuwan agung Islam terhadap bidang atau kursus yang diikuti oleh pelajar-pelajar. Kehebatan dan pencapaian mengagumkan ilmuwan Islam dalam seni bina (seperti Istana al-Hamra'/al-Hambra serta Taj Mahal), astronomi, geografi, pengembaraan dan pelayaran (misalnya jam matahari, astrolab dan kompas), teknologi dan penciptaan dalam bidang pertanian, pembinaan serta kejuruteraan (sebagai contoh, pam air automatik), penciptaan dan penemuan dalam bidang perubatan (misalnya kelalang tanah liat yang digunakan untuk menghasilkan ubat-ubatan), pasti dapat menyuntik semangat yang luar biasa sifatnya di kalangan penuntut, sekurang-kurangnya untuk mencipta kejayaan tersendiri.Selain kurikulum dan kegiatan pembelajaran, peranan media elektronik juga dilihat sangat berkesan dalam menjayakan hasrat besar ini. Usaha yang dirintis oleh TV3 dalam menerbitkan rancangan berkualiti seperti " Ilmuwan Islam" seharusnya diteladani dan diberikan sokongan yang tiada taranya. Ternyata melalui rancangan tersebut, masyarakat negara ini memperoleh maklumat sebenar tentang sumbangan dan usaha yang dirintis oleh ilmuwan atau sarjana agung Islam. Sekadar menyebut contoh, pendedahan " Ilmuwan Islam" tentang sumbangan Ibn Firnas dalam kejuruteraan penerbangan dan merupakan orang pertama yang membuat percubaan untuk terbang pada tahun 875 (sebagaimana yang juga disebut oleh Philip Hitti, History of Arabs) membetulkan tanggapan orang ramai yang sebelumnya hanya mengetahui pencapaian Wilbur dan Orville Wright dalam bidang yang sama sekitar tahun 1900. Rancangan bermutu seumpama ini seharusnya mendapat sokongan dalam pelbagai bentuk, khususnya tajaan dan pengiklanan yang memungkinkan ia terus berperanan memberikan manfaat yang tidak terbanding nilainya kepada segenap lapisan masyarakat negara ini. Dalam hubungan ini, pihak pengiklan seharusnya menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap usaha kerajaan menyemarakkan budaya keilmuan dan tradisi menyelidik serta menghasilkan teknologi di kalangan rakyat. Bahkan inilah juga sebahagian daripada tanggungjawab kemasyarakatan yang perlu dilaksanakan oleh mereka. Telah tiba masanya juga untuk pengiklan-pengiklan mengutamakan rancangan keilmuan berbanding dengan minat, tumpuan serta sasaran mendapatkan keuntungan melalui rancangan berbentuk hiburan semata-mata.Secara peribadi, setiap kita perlu memainkan peranan masing-masing bagi menjayakan usaha menimbulkan minat mengikuti jejak dan pencapaian ilmuwan Islam silam. Sekurang-kurangnya inilah tandanya kita menyokong penuh dan menghargai kegigihan Prof Dr Fuat Sezgin, pemilik 148 replika pameran anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama Institute for the History of Arabic-Islamic Science, Johanne Wolfgang Goethe University, Frankfurt, Germany yang bertemakan " Sains Islam Mendahului Zaman" itu. Memetik inti pati ucapan beliau pada hari pelancaran pameran, " Sains moden yang bermula di Eropah beberapa kurun silam sebenarnya begitu biasa dan dekat dengan kita. Justeru itu, umat Islam tidak harus sama sekali berasa terasing daripadanya kerana sebahagian besarnya merupakan cabang bagi tahap awal perkembangan dalam dunia Islam. Sebaliknya kini telah tiba masanya bagi kita mempelajari dan menyerap pencapaian dalam tamadun barat sehingga kita berkeupayaan menyumbang pencapaian kita sendiri."    Top of Form<br />IBNU MUSLIM <br />Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.<br />PENGENALANIslam amat menitikberatkan mengenai ilmu atau pengetahuan. Segala ilmu yang terdapat di muka bumi ini semuanya datang dari Allah s.w.t. Manusia boleh berusaha untuk mendapatkan segala jenis ilmu melalui penyelidikan, pemikiran, pembelajaran, kajian, pemerhatian dan sebagainya. Perbincangan di sini akan memperkatakan mengenai ilmu-ilmu yang telah di perkenalkan oleh tokoh-tokoh Islam yang hebat bermula dari zaman Yunani dan Romawi lagi yang menjadi nadi serta kebanggaan kepada umat Islam dan tamadun Islam dalam memperkenalkan tamadun Islam kepada dunia Barat. Di antara ilmu-ilmu tersebut ialah ilmu Sains dan falsafah yang merangkumi ilmu Astronomi, Matematik, Fizik, Mekanikal, Perubatan, Botani, Kimia dan sebagainya. Hal ini kerana terdapat peranan tamadun Islam dalam membangkitkan Eropah daripada zaman kegelapannya. Sarjana Barat mengatakan bahawa:1. Tamadun Islam hanya berperanan untuk menyimpan ilmu dan tradisi purba tamadun Yunani dan Romawi dan memindahkannya kepada Eropah.2. Tamadun Islam tidak memainkan peranan yang penting untuk menambah ilmu pengetahuan yang bermanfaat dalam semua bidang pelajaran daripada bidang sains tabii hingga ke dalam bidang kemasyarakatan.(Sulaiman Noordin.2001:17).<br />Bidang Astronomi.Aktiviti pertama yang dilakukan dalam bidang ini adalah berkaitan dengan perletakan arah qiblat dan pengiraan waktu untuk mengerjakan solat. Almagest merupakan ahli astronomi yang merupakan pembawa pengaruh kuat astronomi Islam di Barat. Manakala al-Biruni menulis mengenai ‘Mas’udic Canon’ yang merupakan seorang yang mempunyai pengetahuan lengkap mengenai astronomi di seluruh dunia ketika itu. Beliau juga berminat dengan matematik astronomi dengan menghimpun jadual bernombor dan jiz. Di samping itu beliau mencipta ‘astrolabe’ iaitu alat untuk menyukat ketinggian bintang.<br />

×