Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
Disediakan oleh:
NAMA AHLI KUMPULAN NO MATRIK
NORHIDAYAHWATI BINTI SALIM D 20111047653
FATIMAH HIKMAH BINTI SAIPUL ANUAR D...
 Novel di pada 1989 oleh Sasterawan Negara
iaitu A.Samad Said
 Jalan cerita berkisar mengenai hidup
masyarakat yang terk...
Hilmy dan ibunya berpindah
ke Kampung Kambing,
Singapura.
Salina adalah seorang
pelacur yang menyara Abdul
Fakar.
Hilmy ma...
“ Sebanyak lima puluh ringgit telah didahulukan sebagai
wang kopi masuk ke rumah itu dan setelah berjanji
bersedia membaya...
Mereka sanggup tinggal di
rumah yang asalnya hanyalah
kandang kambing yang telah
dibesarkan oleh tuannya
menjadi sebuah bi...
“Ohooo,” kata Benggali jaga itu:suaranya besar dan penuh kahak
ditekaknya. “Berapa itu bilik punya sewa sekarang? Apa suda...
Eksploitasi
golongan kaya
terhadap
golongan
miskin.
Penindasan ini berlaku
hanyalah disebabkan oleh
kepentingan harta dan
...
“Bergaduh dengan siapa?”
“Gaduh dengan Narto. Narto bawa wang sikit
dah dua tiga hari ni. Emak marah. Dia
mahukan duit leb...
Kepincangan
keluarga akibat
daripada sikap
rakus manusia
terhadap
kebahagiaan
duniawi.
Zarina iaitu ibu angkat
kepada Nart...
“ Hilmy jangan susah,” kata Siti Salina menyambung terus,
“kakak akan tolong Hilmy. Kalau ada apa-apa kesusahan
tentang du...
Kehidupan
bersama dan
sikap bantu-
membantu bagi
golongan yang
memerlukan
Siti Salina
seorang pelacur.
Pengarang
menggunak...
taksiran
harga
sifat
ketinggian
dan
darjat,
mutu,
serta
taraf
Nilai adalah
ukuran kepada
sesuatu
seperti sifat
keperibadia...
Bertanggungjawab
Baik hati
Nasihat-
menasihati
Rajin
Kasih
sayang
Belas
kasihan
Kemesraan
Tolong-
menolong
• Pada waktu berjual-jualan di
Sungai Road itulah ayahnya
menemui Sunarto yang sedang
menanti-nanti makanan hanyut
di Sung...
• “Panjang benarlah.”
“Lama dah, kak: dari
pagi lagi.” “Wah!
Macam orang dah
kenal biasa saja,
ya?” Siti Salina
ketawa dan...
•…Tetapi sesudah
mengetahui
kedudukan hal
yang sebenarnya
maka mulalah dia
merasa belas
kasihan kepada Siti
Salina-Siti Sa...
•“…Khadijah enggan
menerima wang yang
sebanyak itu, kerana selama
ini pun Siti Salina banyak
menolong bukan sahaja
dengan ...
Bahasa Inggeris
(culture), berasal
daripada Latin iaitu
colore (menanam atau
mengerjakan).
Secara umumnya,
budaya bermaksu...
Budaya Islam
• “Masjid di Jalan Sultan itu ialah masjid yang didirikan dan dijagai oleh
orang-orang Malbari. Masjidnya kec...
Dilihat melalui satu sudut
pandangan yang dipengaruhi
oleh satu sistem nilai
tertentu.
Daripada perspektif Islam,
pandanga...
Pandangan Terhadap
Alam Rumahtangga
• Dia menerangkan selanjutnya tentang
pandangannya mengenai rumahtangga.
…Perasaan sah...
Yayasan Karyawan (2000) terdapat beberapa
gambaran secara menyeluruh tentang budaya
ilmu orang Melayu. Gambaran ini dipero...
Nilai
Ilmu
Ilmu Etika
(Ilmu
tingkah laku
baik atau
buruk)
Ilmu Estetika
(Ilmu
keindahan
dan
kesenian)
Ilmu
Kosmologi
(Ilmu...
 “ Betul, Pak Haji takkanlah boleh menolong. Kalau hendak
menolongnya mesti selalu dengan hadis sahaja. Mesti ada
usahany...
 “ Heh, Haji Karman ni. Semua hendak diperiksanya. Macam dia
mata-mata gelap,” sampuk seorang perempuan muda kurus tinggi...
 …“ Sini air banyak susah.dulu tak da macam ni.
Sekarang saja ini macam. Siang-siang angkau tak
boleh ambil air. Benggali...
 “… Dan sewaktu dia hendak melalui jalan kecil untuk menuju
ke jalan yang besar, sedikit kedengaran suara orang
menjerit-...
Berhubung kait dengan persoalan keindahan
yang menjadi dasar karya sastera; ia
membicarakan unsur keindahan pembinaannya,
...
Keindahan ini dapat ditemui dalam Salina memaparkan
keindahan kepada alam dan kehidupan manusia dengan
nilai kehidupan mas...
Teknik imbas kembali
Eksposisi atau pendedahan watak pada
permulaan plot cerita atau Bab 1 yang mula
menonjolkan Hilmy, Ka...
Teknik Dialog
Dialog diadakan untuk berfungsi dalam pelbagai hal,
iaitu untuk membina plot, membentuk fikiran dan
sikap wa...
Emotif
 Menimbulkan kesan perasaan yang pelbagai antaranya sayang,
suka. duka, dan benci.
“kalaulah saya kak Inah, heh, s...
Simbolik
 Simbol bersifat individu, konvensional dan ada juga
yang berunsur sejagat.
“Dia tahu apa yang dikatakan oleh Ka...
 Seorang pengarang perlu mempunyai
pengalaman artistik dan berharga kerana ia
akan mempengaruhi daya kreativitinya.
Keing...
Kehadiran peperangan
Kehadiran perang mengumpulkan
pengalaman yang banyak pada diri
A.Samad Said, dan pengalaman itu
kemud...
 Sebuah karya moden yang telah mengangkat
nama sasterawan negara iaitu A. Samad Said
 Penulisan novel ini menarik perhat...
Pembentangan salina 1
Pembentangan salina 1
Pembentangan salina 1
Pembentangan salina 1
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×
Upcoming SlideShare
NOVEL SALINA
Next
Download to read offline and view in fullscreen.

0

Share

Download to read offline

Pembentangan salina 1

Download to read offline

salina

Related Books

Free with a 30 day trial from Scribd

See all
  • Be the first to like this

Pembentangan salina 1

  1. 1. Disediakan oleh: NAMA AHLI KUMPULAN NO MATRIK NORHIDAYAHWATI BINTI SALIM D 20111047653 FATIMAH HIKMAH BINTI SAIPUL ANUAR D 20111047661 NOOR HAZIMAH BINTI ZAINUDDIN D 20111047593 SITI FAIRUS BINTI AHMAD D 20111047645 MOHAMAD RUSDI BIN SAMSUDDIN D 20111047646
  2. 2.  Novel di pada 1989 oleh Sasterawan Negara iaitu A.Samad Said  Jalan cerita berkisar mengenai hidup masyarakat yang terkesan akibat perang dunia kedua di Singapura.  Peranan watak utama dalam novel iaitu Salina  Kekuatan novel Salina adalah dari segi:  Susunan penceritaan yang berkesan.  Penggunaan teknik penulisan yang menarik.  Penulisan bersifat realiti.
  3. 3. Hilmy dan ibunya berpindah ke Kampung Kambing, Singapura. Salina adalah seorang pelacur yang menyara Abdul Fakar. Hilmy masih bersekolah mendapat bantuan kewangan daripada Salina untuk membeli buku dan ubat untuk ibunya yang sering sakit. Nadihah yang dipaksa oleh ibu tirinya untuk menjadi pelayan tanpa kemahuannya. Hilmy kemudiannya jatuh cinta terhadap Nadihah semasa dia mengikuti kursus latihan tentera. Mereka jatuh cinta apabila sering berbalas surat. Zarina menghalau Mansor dan Sunarto kerana termakan fitnah Abdul Fakar. Nadihah telah diculik oleh Abdul Fakar atas arahan Cik Salim, seorang lelaki yang gilakan Nadihah. Dia dinodai dan melarikan diri. Salina pula melarikan diri ke Kelantan untuk melupakan Abdul Fakar Hilmy cuba menjejaki Salina di Kuala Lumpur tapi Salina sudah pulang ke Singapura. Abdul Fakar belayar kembali kerana dia gagal mencari Salina.
  4. 4. “ Sebanyak lima puluh ringgit telah didahulukan sebagai wang kopi masuk ke rumah itu dan setelah berjanji bersedia membayar dua puluh ringgit setiap bulan dengan waktu pembayarannya ditetapkan, maka baharullah bilik yang beratapkan zing-zing tong minyak, daun rumbia dan kulit-kulit kayu balak dengan berlapiskan tikar-tikar getah yang buruk dan di atasnya pula merayap-rayap liar daun- daun labu yang segar, berdindingkan kayu-kayu, peti susu, zing-zing tong minyak, kulit-kulit balak, kadbod-kadbod serta berlantaikan tanah itu menjadi hak milik sewaannya, tempat mereka berlindung daripada panas dan hujan.” (Salina, 1980: halaman 2 dan 3)
  5. 5. Mereka sanggup tinggal di rumah yang asalnya hanyalah kandang kambing yang telah dibesarkan oleh tuannya menjadi sebuah bilik untuk disewa. Kekurangan bilik atau tempat tinggal pada masa itu menyebabkan mereka tiada pilihan dan terus menyewa di rumah yang serba serbi tidak lengkap itu. Mereka juga mempunyai masalah dalam memperoleh keperluan asas iaitu keperluan air. Disebabkan keperluan air yang dicatu menyebabkan mereka perlu mengambil air dalam keadaan yang berjaga-jaga. Mereka juga terpaksa menyelinap pada malam hari untuk mendapatkan keperluan air memandangkan pada malam hari Benggali tidak menjaga air.
  6. 6. “Ohooo,” kata Benggali jaga itu:suaranya besar dan penuh kahak ditekaknya. “Berapa itu bilik punya sewa sekarang? Apa sudah naik lagikah?” “Ya. Sekarang lagi sikit naik. Dulu Paliamah lima orang tinggal, dia punya sewa lapan belas ringgit. Tapi sekarang saya dengan Kurupaya Samy kasi naik lagi. Sekarang dua puluh ringgit satu bulan,” kata pekedai India itu sambil menggeleng-gelengkan kepala dan menggosok-gosokkan tapak tangan seperti selalu dibuatnya bila bercakap. “ Alamak, ini Kurupaya banyak cilaka. Sudah banyak wang, sekarang mahu banyak wang lagi,” kata Benggali jaga itu meludah-ludah sambil pergi duduk pula dijurinya. “Berapa itu orang tua kasi wang kopi?” “Lima Puluh ringgit,” kata pekedai India kurus panjang itu sambil masuk semula ke dalam kedainya untuk melayan pembeli lain. Selepas itu dia keluar semula lalu berkata: “Sekarang lima puluh ringgit orang tak ada kira; orang bayar. Rumah banyak susah mahu dapat. Seratus ringgit pun orang bayar.” “Ya, ya itu betul. Tapi gasak orang miskin punya wang banyak-banyak tak ada baiklah!” kata Benggali jaga itu.” (Salina, 1980: halaman 3 dan 4)
  7. 7. Eksploitasi golongan kaya terhadap golongan miskin. Penindasan ini berlaku hanyalah disebabkan oleh kepentingan harta dan kesenangan yang ingin dikecapi oleh individu- individu yang tidak bertanggungjawab. Pemilik meletakkan harga yang mahal hanya untuk kandang kambing yang dijadikan bilik untuk disewa. Walaupun tiada pembaikan rumah namun pemilik rumah tetap menaikkan kadar sewa. Disebabkan oleh rumah yang menjadi keperluan yang penting untuk masyarakat berteduh.
  8. 8. “Bergaduh dengan siapa?” “Gaduh dengan Narto. Narto bawa wang sikit dah dua tiga hari ni. Emak marah. Dia mahukan duit lebih banyak lagi. Kata narto beca dah susah nak dapat sewa sekarang ni. Tak macam dulu, beca sikit. Katanya sekarang teksi dah mula banyak. Orang lebih suka naik teksi. Sebab itulah susah nak dapat sewa banyak,” Nadihah menerangkan.” (Salina, 1980: halaman 18)
  9. 9. Kepincangan keluarga akibat daripada sikap rakus manusia terhadap kebahagiaan duniawi. Zarina iaitu ibu angkat kepada Narto sanggup memarahi dan bergaduh dengan Narto hanya kerana Narto tidak memberikan wang yang banyak kepadanya Zarina juga sanggup memaki hamun dan menghalau Narto yang merupakan anak yang telah lama dijaganya hanya disebabkan oleh harta duniawi. Zarina juga telah dihasut oleh Fakar, lelaki yang meminati anak perempuannya iaitu Nahidah dan merasakan bahawa Narto merupakan batu penghalang kepadanya untuk mendapatkan Nahidah.
  10. 10. “ Hilmy jangan susah,” kata Siti Salina menyambung terus, “kakak akan tolong Hilmy. Kalau ada apa-apa kesusahan tentang duit buku seumpamanya, cakaplah kepada kakak. Kakak tahu sekolah orang putih banyak pakai buku dan banyak pakai duit. Cakaplah pada kakak bila sahaja Hilmy perlukan wang sekolah. Kalau kakak ada duit, kakak beri, kalau kakak tak ada kakak tolong carikan,” suara Siti Salina begitu bersungguh-sungguh. Dan Siti Salina juga merasakan bahawa dia tidak berkata-kata kepada orang lain, tetapi kepada adiknya sendiri, adik yang ingin diberinya sebanyak-banyak pelajaran, satu keinginan yang selalu dirasakannya akhir-akhir ini. (Salina,1980: halaman 83)
  11. 11. Kehidupan bersama dan sikap bantu- membantu bagi golongan yang memerlukan Siti Salina seorang pelacur. Pengarang menggunakan kebijaksanaan dalam mengadun perwatakan Siti Salina. Siti Salina sanggup untuk membiayai pelajaran dan buku Hilmy hanya kerana merasakan bahawa pelajaran itu sangat penting buat Hilmy. Walaupun pada hakikatnya Siti Salina tidak mempunyai pertalian darah dengan Hilmy dan Kadijah, namun dia tetap membantu masyarakatnya yang memerlukan bantuannya.
  12. 12. taksiran harga sifat ketinggian dan darjat, mutu, serta taraf Nilai adalah ukuran kepada sesuatu seperti sifat keperibadian yang ada pada individu
  13. 13. Bertanggungjawab Baik hati Nasihat- menasihati Rajin Kasih sayang Belas kasihan Kemesraan Tolong- menolong
  14. 14. • Pada waktu berjual-jualan di Sungai Road itulah ayahnya menemui Sunarto yang sedang menanti-nanti makanan hanyut di Sungai Rochor, di hadapan Sungai Road. Sebelum itu memang sudah selalu didapatinya Sunarto menantikan makanan hanyut di sungai itu, dan dia yang sememangnya baik hati itu, tidak sampai hati melihat Sunarto begitu lalu mengajaknya pulang tinggal bersamanya. Sunarto mengikutnya dan tinggallah dia bersama-sama dengan Nahidah dan Mansur. • (Salina, 1980: 144) Baik Hati Suka menolong, mudah simpati dan pengasih.
  15. 15. • “Panjang benarlah.” “Lama dah, kak: dari pagi lagi.” “Wah! Macam orang dah kenal biasa saja, ya?” Siti Salina ketawa dan berkata: “Ya.” • (Salina, 1980: 38) Kemesraan Berasal daripada kata mesra yang bererti erat atau karib sehingga kemesraan bererti hal yang menggambarkan keadaan sangat erat atau karib.
  16. 16. •…Tetapi sesudah mengetahui kedudukan hal yang sebenarnya maka mulalah dia merasa belas kasihan kepada Siti Salina-Siti Salina sahaja! •(Salina, 1980:103) Belas Kasihan Kebajikan yang dilakukan akibat perasaan simpati dan empati seseorang terhadap seseorang atau sesuatu yang lemah.
  17. 17. •“…Khadijah enggan menerima wang yang sebanyak itu, kerana selama ini pun Siti Salina banyak menolong bukan sahaja dengan wang keperluan sehari-hari, wang pembelian ubat, tetapi juga wang persekolahan dan buku-buku Hilmy. Pengorbanan yang sebanyak itu dirasakannya sudah dari cukup.” •(Salina, 1980: 365) Tolong- menolong Dapat meringankan beban, penderitaan, dapat menyembuhkan daripada penyakit, dapat menyelamatkan daripada bahaya dan banyak lagi.
  18. 18. Bahasa Inggeris (culture), berasal daripada Latin iaitu colore (menanam atau mengerjakan). Secara umumnya, budaya bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia. Sanskrit iaitu duddayah perkataan jamak bagi buddhi yang bermaksud budi pekerti atau akal.
  19. 19. Budaya Islam • “Masjid di Jalan Sultan itu ialah masjid yang didirikan dan dijagai oleh orang-orang Malbari. Masjidnya kecil sahaja dan di belakangnya ialah kubur. Tiap-tiap tahun bila tiba masa Maulud Nabi, di masjid itu diadakan jamuan besar nasi beriani untuk orang ramai. Pada bulan puasa pula di masjid ini dibahagi bubur kepada orang ramai- kebanyakannya kanak-kanak. Pada waktu siang, terutama di waktu bulan puasa, ia menjadi tempat orang sembahyang dan tempat tidur! .” • (Salina, 1980: 213) Budaya membaca • “Kak Inahkan banyak buku? Buku saya semuanya dan buruk-buruk. Banyak yang sudah koyak-koyak. Kalau bawak baik dengan Cik Razman dia lagi banyak buku,” kata Nahidah menerangkan. “O, saya tak tau orang-orang Kampung Kambing ni suka baca buku. Saya fikir orang-orang Kampung Kambing ni tak gemarkan buku,” kata Hilmy. “Ha, itulah. Jangan kata sebelum lihat. Jangan fikir orang-orang Kampung Kambing ni semuanya bodoh,” kata Nahidah ketawa.” • (Salina, 1980: 262)
  20. 20. Dilihat melalui satu sudut pandangan yang dipengaruhi oleh satu sistem nilai tertentu. Daripada perspektif Islam, pandangan tentang realiti atau hakikat yang terjelma dari mata hati manusia mengenai kewujudan seluruh alam.
  21. 21. Pandangan Terhadap Alam Rumahtangga • Dia menerangkan selanjutnya tentang pandangannya mengenai rumahtangga. …Perasaan sahaja belumlah mencukupi. Anak-anak mentah juga mempunyai perasaan itu waktu masih kanak-kanak mereka bermain “kahwin- kahwin” Rumahtangga meminta lebih dari itu. Rumahtangga meminta pengorbanan dari kedua-dua pihak yang mendirikannya. Kesedaran ini harus ada dulu. Dan orang yang mendirikannya harus juga ada cita-cita yang sihat menuju hidup dan melanjutkan kehidupannya. Pengertian tidak harus terbatas kepada “sayang- menyayang” melulu. Rumah tangga, perjuangan. Perjuangan menandakan hidup. • (Salina, 1980: 282) Pandangan Serong Terhadap Pekerjaan Pelayan • “ Kau tau, “ kata Cik Salim bila dia fikir sendiri sudah mula merasa puas, “Jangan kau fikir jadi pelayan kau endah melayan dari jauh saja hah, hah? Pelayan bukan gitu, tau? Pelayan datang melayan dekat- dekat. Pelayan duduk dekat orang yang dilayannya. Pelayan duduk di atas pangkuan orang. Pelayan ikut saja cakap orang yang dilayannya, tau? • (Salina, 1980: 203)
  22. 22. Yayasan Karyawan (2000) terdapat beberapa gambaran secara menyeluruh tentang budaya ilmu orang Melayu. Gambaran ini diperoleh daripada tradisi Melayu sumber ilmu yang penting berkaiatan dengan pengalaman (praktik), abad dan budi. Ilmu berdasarkan pengalaman dan pemerhatian lebih penting daripada ilmu abstrak.
  23. 23. Nilai Ilmu Ilmu Etika (Ilmu tingkah laku baik atau buruk) Ilmu Estetika (Ilmu keindahan dan kesenian) Ilmu Kosmologi (Ilmu berkaitan dengan alam) Ilmu Teologi (Ilmu Ketuhanan- dalam sudut Islam)
  24. 24.  “ Betul, Pak Haji takkanlah boleh menolong. Kalau hendak menolongnya mesti selalu dengan hadis sahaja. Mesti ada usahanya. Pak haji tak pernah berusaha; asyik hadis sahaja…” (Salina, 1980: 7)  “Pak Haji tu memang begitu kak,” kata perempuan baju kebaya berkain batik itu kepada Katijah yang sedang melihat-lihat barang apa pula yang hendak dibawanya masuk ke dalam. “Dia memang selalu suka cakap pasal dunia akhirat ni. Tapi sayang benar; dia sendiri tak mahu beri contoh yang baik. (Salina, 1980: 8)  Dan di dalam perbualannya, Haji Karman berkali-kali menegaskan bahawa Kampung Kambing sebenarnya kampung noda, kampung dosa dan kampung neraka! (Salina, 1980: 308)
  25. 25.  “ Heh, Haji Karman ni. Semua hendak diperiksanya. Macam dia mata-mata gelap,” sampuk seorang perempuan muda kurus tinggi yang cantik paras mukanya, berbaju kebaya hijau berbunga merah…” (Salina, 1980: 7)  “Dan sepanjang perbualan itu, soal Abdul Fakar tidak tersentuh- sentuh, setakut menyentuh bom tertanam yang dapat meledak pada bila-bila waktu sahaja.” (Salina, 1980: 35)  “Abdul Fakar memandang budak-budak muda yang di bangku- bangku pendek Bai sarbat, kanak-kanak kecil yang riuh bermain di tepi longkang , orang-orang India yang bermain terup dan bernyanyi…” (Salina, 1980: 50)
  26. 26.  …“ Sini air banyak susah.dulu tak da macam ni. Sekarang saja ini macam. Siang-siang angkau tak boleh ambil air. Benggali ada jaga. Dulu, sini orang- orang ambil air siang malam. Tapi ada orang sakit hati…” (Salina, 1980: 10)  “Asap sabut mengelabuni Kampung Kambing itu. Memang demikian selalunya di Kampung Kambing; setiap petang, kecuali hujan benar, orang-orang di Kampung Kambing membakar sabut yang sudah dikumpul-kumpul; sabut ini berasap sampai ke malam.” (Salina, 1980: 40)
  27. 27.  “… Dan sewaktu dia hendak melalui jalan kecil untuk menuju ke jalan yang besar, sedikit kedengaran suara orang menjerit- suara seseorang memarahi seseorang lain dengan tingkatan nada yang tinggi. Segera dikenalnya suara siapa. Serentak dengan bebekan kambingnya, dia berkata… “ (Salina, 1980: 12-13)  “Ah, cakap! Kau tak ingat orang pungut dan beri kau makan dulu? Kalau tak; kau dah mampus!” suara Zarina begitu menyakitkan hati; terasa memang tikaman kata-kata itu.” (Salina, 1980: 44)  “Beberapa kali, sewaktu suaminya tidak pulang berbulan- bulan, dia menghilangkan diri dari rumah. Bila hilang-hilang begitu, dia sering pergi ke rumah seorang kawannya yang terkenal dengan kepintarannya memikat lelaki…” (Salina, 1980: 226)
  28. 28. Berhubung kait dengan persoalan keindahan yang menjadi dasar karya sastera; ia membicarakan unsur keindahan pembinaannya, bahasanya dan keseronokan membacanya. Merujuk kepada keterampilan, kecerdikan dan kearifan seseorang pengarang itu dalam berkarya. Estetik Kepengarangan
  29. 29. Keindahan ini dapat ditemui dalam Salina memaparkan keindahan kepada alam dan kehidupan manusia dengan nilai kehidupan masyarakat, sarat dengan metafora dan gaya bahasa yang menarik serta indah. Watak dalam realiti hidup pengarang  Watak dalam novel ini lebih 20 orang dan ianya sukar ditandingi oleh novel lain pada ketika itu.  Katijah berusia 40-an, ibu tunggal selepas suaminya mati dalam perang itu. Dia hidup bersama-sama anaknya, Hilmy berusia 18 tahun yang masih bersekolah Inggeris di Victoria School.  Latar persekolahan Hilmy ini sangat mirip dengan persekolahan pengarang sendiri. Malah, watak Katijah itu merupakan model yang banyak persamaan sifat ibunya sendiri.
  30. 30. Teknik imbas kembali Eksposisi atau pendedahan watak pada permulaan plot cerita atau Bab 1 yang mula menonjolkan Hilmy, Katijah, Siti Saleha dan Haji Karman. Dalam beberapa bab seterusnya sorotan latar belakang watak itu dengan watak- watak lain, seperti Siti Salina digambarkan melalui teknik imbas kembali (Bab 10) iaitu; “Di antara adik beradiknya itu Siti Salinalah yang tertua. Adiknya, tiga orang, masing-masing termuda setahun- setahun sahaja di antara satu dengan yang lain. Walaupun Siti Salina lebih rapat kepada ibunya daripada ayahnya, tapi dia lebih menyayangi ayahnya, kerana ibunya bukan ibunya yang sebenar…” (Salina, 1980: 116)
  31. 31. Teknik Dialog Dialog diadakan untuk berfungsi dalam pelbagai hal, iaitu untuk membina plot, membentuk fikiran dan sikap watak serta menonjolkan tema. Dialog antara Zurina dan Nahidah menjelaskan sikap materialistik Zarina yang sanggup menggadaikan maruah Nahidah yang mempunyai modal kecantikan untuk mendapatkan kesenangan. “idah tak suka, idah tak suka” “idah tau emak bergantung pada Idah, kan? Idah mesti kasihankan emak… dulu emak pernah jadi pelayan. Betapa senang emak. Makan senang, duit senang, kain baju senang… (Salina, 1980: 251)
  32. 32. Emotif  Menimbulkan kesan perasaan yang pelbagai antaranya sayang, suka. duka, dan benci. “kalaulah saya kak Inah, heh, saya buang saja orang yang semacam itu. Tak mahu saya menjaganya begitu; buat apa dilemak-lemakkan orang yang malas kerja? Kita bodoh sendiri!” Kata Nahidah, menampakkan geramnya. (Salina, 1980: 23) Perlukisan Gambaran yang Jelas  Perlukisan adalah gambaran pengarang tentang sesuatu peristiwa, aksi dan emosi dalam wacana secara jelas. “betullah. Ha, itu pun dia pokok cempedaknya. Di belakang tulah biliknya,” jawab orang tua itu terbatuk-batuk sambil menunjukkan ke pokok cempedak yang beberapa biji buahnya bersalut dengan kertas kuning kotor-kotor; buahnya yang bersalut, yang jelas kelihatan, empat biji kesemuanya. (Salina, 1980: 1)
  33. 33. Simbolik  Simbol bersifat individu, konvensional dan ada juga yang berunsur sejagat. “Dia tahu apa yang dikatakan oleh Katijah itu semata- mata, hendak menyelamatkan dirinya dari ’parasit manusia’ itu. Dia diam sahaja mendengarkan:…” (Salina, 1980: 122)
  34. 34.  Seorang pengarang perlu mempunyai pengalaman artistik dan berharga kerana ia akan mempengaruhi daya kreativitinya. Keinginan mendengar cerita  Menurut A.Samad Said, cara ibunya bercerita, niatnya bercerita dan isi cerita itu sendiri telah mendekatkan dirinya kepada satu kecenderungan atau habit yang rupa-rupanya secara diam-diam meresap dan menumbuhkan bakat penulis
  35. 35. Kehadiran peperangan Kehadiran perang mengumpulkan pengalaman yang banyak pada diri A.Samad Said, dan pengalaman itu kemudiannya diolah semula dengan diberi gambaran realistik dalam novel Salina. Watak-watak ciptaanya pula terdiri daripada mangsa-mangsa perang yang hidup penuh kecewa dan derita dalam arus kehidupan yang daif.
  36. 36.  Sebuah karya moden yang telah mengangkat nama sasterawan negara iaitu A. Samad Said  Penulisan novel ini menarik perhatian pembaca melalui teknik penceritaan yang tersusun.  Kepelbagaian penggunaan teknik cerita mewujudkan situasi sebenar.  Banyak teladan dan maklumat dapat diketahui mengenai masyarakat yang mengalami kesusahan selepas berlakunya perang dunia kedua.

salina

Views

Total views

1,309

On Slideshare

0

From embeds

0

Number of embeds

164

Actions

Downloads

5

Shares

0

Comments

0

Likes

0

×