Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

4E LISAN

303 views

Published on

Mardiana Azman 4E1

Published in: Education
  • Be the first to comment

4E LISAN

  1. 1. KUNCI KEJAYAAN MARDIANA AZMAN 4E1
  2. 2. Matlamat Berusaha Fokus Persediaan Perancangan Bersabar Tekun Konsisten Keyakinan Minda positif Kegigihan Sedar Kepercayaan Sokongan Keluarga
  3. 3. Soalan 1 Apakah maksud kejayaan bagi kamu? Berikan contoh.
  4. 4. JAWAPAN 1 Bagi saya, maksud kejayaan adalah apabila kita berjaya mencapai sesuatu matlamat yang memberi manfaat kepada diri kita serta kemenangan yang kita perolehi. Apabila melakukan sesuatu kerja yang sukar hendaklah diteruskan sehingga berjaya atau mencapai matlamatnya bak kata pepatah genggam bara api biar sampai jadi arang. Misalnya, apabila saya mencapai sasaran yang saya telah tetapkan dalam pelajaran, saya berasa bangga kerana saya dapat menyelesaikan suatu pencapaian. Pendek kata, kejayaan adalah kebahagiaan kerana ia adalah sesuatu yang tidak ternilai.
  5. 5. Soalan 2 Bagaimanakah sekolah kamu memastikan pelajar-pelajarnya mencapai kejayaan tertentu?
  6. 6. JAWAPAN 2 Pertama, pihak sekolah saya telah mengadakan persidangan tentang kerjaya yang kita ingin mencapai. Ia dapat memberikan kami idea yang ringkas tentang kerjaya yang boleh kami memilih dengan keputusan yang tahap sederhana. Kedua, mereka menjemput seorang yang dapat menyampaikan kata-kata motivasi iaitu David King Raj. Dia telah memberikan inspirasi bagi mereka yang berfikiran negatif bahawa masih ada harapan dalam kehidupan itu. Oleh itu, pihak sekolah amat prihatin akan kejayaan kami.
  7. 7. Soalan 3 Apakah peranan pemerintah untuk memastikan rakyatnya sentiasa berjaya? Mengapa?
  8. 8. JAWAPAN 3 Pertama, peranan pemerintah adalah untuk memastikan tahap kecemerlangan dalam diri rakyatnya semakin meningkat. Ini kerana dunia ini mempunyai teknologi canggih. Lantas, pemerintah mengadakan pertandingan- pertandingan yang menguji pengetahuan mereka dalam subjek tertentu. Di samping itu, mereka dapat menonjolkan bakat-bakat mereka. Kedua, peranan pemerintah adalah untuk membentukkan ciri-ciri kesukanan dalam diri rakyat yang aktif dalam sukan. Ini kerana mereka dapat meneruskan minat mereka supaya tercapai kejayaan mereka. Khususnya, mereka berusaha dengan gigih setiap hari agar mereka dapat menjadi orang terkenal di dunia ini. Tegasnya, kejayaan itu perlu usaha dan ketekunan kita.
  9. 9. Kunci Kejayaan Individ u Pemerintah • Fokus • Tekun dalam menghadapi cabaran • Berusaha secara konsisten • Mempunyai sasaran yang boleh dicapai • Memberi pengiktirafan • Memberi bantuan kewangan • Biasiswa / "scholarship" • Piala atau pingat Sekolah • Ceramah motivasi • Persekitaran yang kondusif • Kerja sekolah • Kaunseling Ibu Bapa • Bantuan dan sokongan mental • Doa • Mengawasi perkembangan dan pergaulan anaknya • Contoh teladan

×