SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU

27,741 views

Published on

Published in: Education
9 Comments
12 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
27,741
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
150
Actions
Shares
0
Downloads
832
Comments
9
Likes
12
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU

  1. 1. PENGENALAN SEMANTIK
  2. 2. Bidang makna atau semantik, sebenarnya menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik kerana bahasa tidak akan sempurna jika tidak ada unsur makna. Bidang yang mengkaji makna dalam sesuatu bahasa. Bahagian yang menyelidiki panduan tanda-tanda atau lambang-lambang yang menghasilkan sesuatu bahasa serta isinya. DEFINISI SEMANTIK
  3. 3. R. H. Robbins (1952) menegaskan bahawa kajian makna merupakan salah satu bahagian yang penting dalam linguistik am. Firth (1944) pula menegaskan bahawa makna menjadi inti dalam kajian bahasa. Lazimnya, kata makna memberi erti maksud atau erti.
  4. 4. Hashim Musa, Ong Chin Guan (1998). Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantickos yang membawa makna significant iaitu penting atau bererti; sema juga beerti tanda atau lambang Nik Safiah Karim (2001) Semantik ialah bidang yang mengkaji makna atau erti dalam bahasa.  J.W.M Verhaar (1996:13) ~ semantik adalah cabang linguistik yang akan membahas erti atau makna
  5. 5. HAKIKAT BERMAKNA Abu Bakar Hamid (1967:160-165) dlm. Abdullah Yusof (2009:14) makna memainkan peranan yang penting dalam pemakaian bahasa. Tanpa makna, sesuatu tutur itu tidak akan dapat difahami dan tidak berguna. Awang Had Salleh (1959:633-640) dlm. Abdullah Yusof (2009: 15) ~ makna ialah suatu hal yang luas. Makna mempunyai hubungan langsung dengan otak si penutur.
  6. 6. Bidang kajian makna dalam linguistik mengikut Schaff (1962:8) dlm. Hashim Bin Musa (1998:3) tertumpu kepada dua perkara utama. kaitan antara pernyataan bahasa dengan maknanya. perubahan makna, sebab-sebab perubahan makna, dan sejarah makna itu sendiri. • De Saussure pula mengatakan bahawa konsep makna dalam bahasa tidak dapat dipisahkan daripada konsep lambang dan bahasa itu sendiri.
  7. 7. Makna & Simbol Eugene A. Nida (1996:8) dlm. Abdullah Yusof (2009:15) ~ makna simbol-simbol lisan dianggap sebagai suatu atribut atau ciri hakiki yang dimiliki oleh kata. Hashim Bin Musa ~ lambang bahasa adalah satu keseluruhan ciri akliah atau psikik yang mempunyai dua aspek, iaitu lambang bunyi dan makna.
  8. 8. Ainon Ahmad (1994:48) dlm. Abdullah Yusof (2009:16), perkataan-perkataan yang terdapat dalam sesuatu bahasa itu dinamakan sebagai lambang. lambang ~ satu jenis kod pada kumpulan objek yang dinamakan pula sebagai isyarat tiga jenis lambang ~iaitu indeks, ikon, dan konvensi.
  9. 9. ABSTRAK & KONKRIT Perkataan yang jelas maknanya itu disebut sebagai makna denotatif ataupun konkrit. Perkataan yang memerlukan yang mendalam pula disebut sebagai membawa makna kabur (taksa) ataupun abstrak. Empat jenis makna abstrak ~ kekaburan rujukan, ketidakpastian makna, kurang ketentuan makna, dan pertentangan makna.
  10. 10. KETAKSAAN MAKNA Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra’in Shaari (2009), ketaksaan bermaksud kata, frasa atau ayat yang tidak pasti maknanya. Darwis Harahap (1994) pula, taksa ialah ayat yang tidak pasti maknanya. Burung hinggap di ranting pokok. Burung itu hinggap di atas pokok. Burung itu terbang di atas pokok.
  11. 11. kekaburan rujukan - contoh hutan dan belukar. maknanya hampir sama tapi fungsinya dalam ayat berbeza. hutan lebih besar dari belukar. ketidakpastian makna - makna item jelas kabur dan tidak jelas seperti dalam binaan ayat bahasa inggeris. kurang ketentuan makna - pengertian makna tidak jelas. secara umum sahaja. contoh: dia pergi ke taman. Pertentangan makna - makna yang diberi terlibat dengan pernyataan atau yang mempunyai tafsiran yang berlainan.
  12. 12. faktor berlakunya ketaksaan makna berlaku akibat hubungan makna dengan alam. ketaksaan leksikel (homonim, polisemi) contoh :  di rumah Pak Zulnizam ada jambangan-jambangan bunga yang sedang mekar.  kekaburan mengenai bunga (sama ada bunga betul atau anak gadis) cara mengatasi ketaksaan makna konteks - penggunaan ayat dan konteks penggunaannya.
  13. 13. JENIS-JENIS MAKNA Makna Denotatif makna sebenar, makna asal, makna mutlak, makna dasar Makna Konotatif makna yang ada kaitan dengan nilai rasa, sama ada positif atau negatif. contoh perkataan: wanita dan perempuan. babi dan khinzir Makna Konseptual konsep makna - menghubungkan kata dan benda melalui perantaraan konsep pemikiran
  14. 14. Makna Leksikal melibatkan leksikal, leksikofrafi, leksikologi dan leksikon leksikal - bukan perkataan sesuatu bahasa. makna sesuatu perkataan itu sendiri tanpa melihat penggunaannya dalam ayat leksikograf - penyusun kamus leksikologi - kajian tentang makna dan penggunaan perkataan leksikon - kamus  semantik leksikal - dilihat sebagai sifat kata  fonologi leksikal - corak nada atau intonasi sesuatu kata itu dilafazkan  kata kerja leksikal - perbuatan atau bukan perbuatan
  15. 15. Makna Etimologis bidang yang mencari maklumat mengenai bahasa- bahasa yang sudah lama bagi mendapatkan maklumat secara langsung mengenai bahasa tersebut seperti tulisan untuk diketahui. prinsip etimologis - masalah bentuk dan makna menjelaskan perkembangan kata merangkumi asal usul semua kata dalam sesuatu bahasa pasangan kata dalam satu bahasa yang berasal dari sumber yang sama memberi pengertian baru pada sesuatu kata dengan merujuk kepada kata
  16. 16. Makna afektif berkait dengan perasaan dan emosi, bukannya fikiran atau daya fikir muncul sebagai akibat reaksi pendengar atau pembaca terhadap penggunaan bahasa Makna Gramatikal struktur melalui proses pengimbuhan, pengulangan dan pemajmukan untuk melahirkan makna gramatis jenis imbuhan  awalan  akhiran  apitan  sisipan - seperti gentar - gementar
  17. 17. Makna Tematik apa yang dikomunikasikan / apa yang dicakap dan isi yang hendak disampaikan dalam mesej. makna tematik tidak akan terhasil melalui penulisan kerana penekanan dan fokus dalam ayat tersebut tidak jelas seperti yang dicakap  Makna Gaya gaya penulisan atau perkataan yang digunakan oleh penulis dalam karya seperti novel, sajak, cerpen. gaya bahasa figuratif  peluasan makna bagi sesuatu perkataan sehingga menimbulkan kepelbagaian makna bagi perkataan tersebut. dialek  variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh kumpulan penutus dalam sesebuah masyarakat gaya bahasa berirama  gaya bahasa puisi ekspresi pengarang - gaya yang tersendiri
  18. 18. Makna Asosiatif makna yang dimiliki sebuah leksem / kata berkenaan dengan adanya hubungan kata itu dengan sesuatu yang berada di luar bahasa. Makna Stilistik perbezaan kata sehubungan dengan perbezaan sosial atau bidang tertentu. Makna Kolokatif ciri makna tertentu yang dimiliki sesuatu kata dari jumlah kata yang bersinonim, sebilangan kata tersebut hanya sesuai digunakan untuk berpadanan dengan kata tertentu. kata-kata tertentu dan hanya merangkumi kata yang bersesuaian dengannya
  19. 19. Makna Idiom  satuan bahasa (kata, frasa, kalimat) maknanya tidak dapat diramalkan dari makna leksikal unsurnya mahupun makna gramatikal Makna Peribahasa pelbagai takrifan bentuk bahasa yang menggunakan kalimat atau kelompok kata yang memiliki makna kias yang digunakan secara turun-temurun dalam bentuk baku. Makna Kontekstual menurut konteks melihat konteks penggunaanya Makna Referensial perkataan yang mempunyai referensi
  20. 20. Peribahasa dan Simpulan Bahasa Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu. mempunyai kata-kata yang bertujuan menyampaikan sesuatu perkara secara halus untuk pedoman hidup sebagai kiasan, teladan dan pengajaran cabang peribahasa : simpulan bahasa kiasan ibarat pepatah perbilangan bidalan tamsil perumpamaan lidah pendeta / kata hikmatat
  21. 21. PERUMPAMAAN perumpamaan - susunan kata dalam sesuatu ayat yang memberi makna khas berlainan dari apa yang diucapkan atau ditulis / membandingkan sesuatu dengan benda lain laksana golok kayu, ditetak tak makan dijual tak laku bak, bagai, umpama, laksana, seperti, ibarat dll ada juga perumpamaan yang tidak menggunakan kata petunjuk bersaksi ke lutut potong hidung rosak muka
  22. 22. PEPATAH pepatah - ringkas, berkerat-kerat / berpatah-patah, mementingkan ketepatan perkataan yang mengandungi unsur pengajaran. ada sampan, hendak berenang ada air adalah ikan
  23. 23. BIDALAN bidalan - mengandungi nasihat, peringatan, bimbingan, teladan dll jika pandai mengunting, hendaklah pandai menjahit alah bisa tegal biasa
  24. 24. SIMPULAN BAHASA simpulan bahasa - dua / tiga perkataan, mempunyai makna yang berlainan sama sekali dari makna asal perkataan tersebut. anak buah lipas kudung ada angin
  25. 25. KAEDAH MEMBERI MAKNA (TRADISIONAL) SINONIM~ seerti / hampir sama maksud ayat sama / tidak berubah sama sekali ANTONIM ~ maksud berlawan antonim berpasangan - tanya lwn jawab, lelaki lwn perempuan antonim berperingkat - putih lwn hitam, muda lwn tua, kecil lwn besar antonim berhubungan - jatuh lwn bangun, pensyarah lwn pelajar, beli lwn jual
  26. 26. HIPONIM mencakupi makna beberapa perkataan lain dalam satu tata tingkat / hierarki HIPERNIM - makna yang am. contoh : ikan HIPONIM - makna yang khas contoh : ikan tenggiri hiponim tulen - contoh : padi - beras - nasi hiponim umum - nama umum. contoh : bunga (umum) - mawar
  27. 27. TEORI SEMANTIK Segitiga Makna Odgen dan Richard 3 bahagian - lambang, fikiran, benda. Saling berhubung secara langsung atau tidak langsung lambang / simbol - benda, manusia, peristiwa yang melalui fikiran. Yang melibatkan perasaan, sikap, harapan, impian tidak termasuk simbol. reference - referent - memenuhi satu keperluan
  28. 28. Segitiga Semiotik Ullman 3 cabang - pragmatik, semantik, sintak 6 sebab berlakunya perubahan makna - linguistik, sejarah, sosial, psikologi, menerima pengaruh luar, keperluan kata baharu. Pemeringkatan Makna Osgood ada 7 skala - mengukur makna kata dari segi ruang semantik dan ruang yang ditakrif melalui soalan kuiz
  29. 29. Analisis Komponen Katz dan Fodor dikenali sebagai teori analisis komponen mengkaji kata-kata yang mempunyai hubungan makna antara satu dengan lain - struktur leksikal menganalisis makna sesuatu perkataan secara terperinci Imej bunyi / signifier~ de saussure melalui ikatan assiotif psikologis - bunyi yang dihasilkan oleh seseorang dan benda-benda yang diperkatakan sebenarnya digambarkan sebagai satu entiti konsepsual melalui beberapa cara
  30. 30. ANALISIS KOMPONEN MAKNA Setiap kata mempunyai satu set komponen makna. - tepat dan jelas. terdiri dari leksem sendiri contoh : perkaitan hospital boleh dihuraikan sebgai mempunyai komponen berikut hospital - doktor, pesakit, jururawat, bangunan, ubat- ubatan
  31. 31. LEKSIKOGRAFI DLM PENGAJARAN Leksikografi ialah buku yang mengandungi kata-kata dan lain-lain yang disusun menurut abjad dengan keterangan mengenai makna perkataan dan lain-lain maklumat dalam kamus - entri, bentuk kata, ejaan dan ucapan, pembentukan kata
  32. 32. PRAGMATIK pragmatik - menghuraikan makna berdasarkan konteks bagi pengintepretasian makna yang berbentuk abstrak yang memerlukan huraian yang lebih terperinci mesti ada gabungan semantik dan pragmatik - menjelaskan makna yang memerlukan tafsiran yang mendalam. dalam teori relevan - ada andaian asas
  33. 33. PRINSIP RETORIK TEKSTUAL retorik - keupayaan menggunakan bahasa secara berkesan. ada kekemasan dan susunan wacana menggunapakai 4 corak wacana - pemerian, pendedahan, penghujahan, penceritaan lakuan lisan - laras bahasa yang mengkaji bentuk bahasa yang diwujudkan dalam pelbagai lakuan
  34. 34. LAKUAN BAHASA  ungkapan linguistik  wujud dalam perbualan atau wacana  tindakan yang wujud secara langsung ketika seseorang berkomunikasi  LOKUSI - lakuan pengucapan. bentuk nyata yang dituturkan  ILOKUSI - lakuan niat pengucapan. apa yang dilakukan oleh penutur dengan melafazkannya  PERLOKUSI - lakuan tindakbalas pengucapan. reaksi pendengar apabila telah mendengar sesuatu ujaran.  jenis  lakuan bahasa tidak langsung - mempunyai kesantunan. menggambarkan perbuatan yang dilakukan oleh seseorang penutur.  implikatur - makna tersembunyi dalam ujaran  implikatur konvensional  implikatur konversasional  bahasa sindiran - perkataan yang ditujukan untuk menyatakan sesuatu maksud kepada seseorang tetapi tidak disebutkan secara tepat. Menyindir  bahasa tersirat - bahasa yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu maksud tetapi tidak disampaikan secara terus.

×