modul-pjm3106

2,952 views

Published on

0 Comments
3 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
2,952
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
174
Comments
0
Likes
3
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

modul-pjm3106

  1. 1. PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTIIJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPG MODUL PENDIDIKAN JASMANI PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU SEKTOR PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Berkuat kuasa pada Nov 2009 1
  2. 2. MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.Cetakan Nov 2009Bahagian Pendidikan GuruSektor Pembangunan Profesionalisme KeguruanKementerian Pelajaran Malaysia 2
  3. 3. Falsafah Pendidikan KebangsaanPendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arahmemperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepaduuntuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepadaTuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmupengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, danberkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbanganterhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara. FalFalsafah Pendidikan GuruGuru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersediamenjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara,menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yangbersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin. Cetakan Nov 2009 Kementerian Pelajaran Malaysia Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa- apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia. 3
  4. 4. KANDUNGANMUKA Falsafah Pendidikan Kebangsaan i Falsafah Pendidikan Guru i Notis Hak Kerajaan ii Kata Alu-aluan v Panduan Pelajar vi - vii Pengenalan viii Agihan Tajuk ix - x 1- 12 Tajuk 1 : PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI 1.1 Konsep asas anatomi dan fisiologi 1.2 Organisasi Struktur Tubuh 1.3 Regulasi homeostasis oleh sistem organ 43 – 72 Tajuk 2 : PERINGKAT KIMIA, SELULAR DAN TISU ORGANISMA 2.1 Bahan Atom dan Molekul 73 – 79 2.2 Tisu-tisu Badan Tajuk 3: SISTEM SARAF 3.1 Pengenalan 80 – 89 3.2 Struktur dan Fungsi 3.3 Perjalanan Impuls Tajuk 4: SISTEM ENDOKRIN 90 – 96 4.1 Pengenalan 4.2 Fungsi dan Ciri-ciri Hormon 4.3 Kalenjar Endokrin Utama Tajuk 5 : SISTEM INTEGUMENTARI 5.1 Pengenalan 97 - 107 5.2 5.3 Tajuk 6 : SISTEM RESPIRASI 6.1 Pengenalan 6.2 Jenis-jenis Respirasi Tajuk 7 : SISTEM URINARI 7.1 Pengenalan 7.2 Struktur dan Fungsi Tajuk 8 : SISTEM PENGHADAMAN 8.1 Pengenalan 8.2 Struktur dan Fungsi Tajuk 9 : PEMAKANAN DAN METABOLISMA 4
  5. 5. 9.1 Pengenalan 9.2 Konsep dan Definasi 9.3 Mekanisma Kabohidrat, Lipid dan ProteinRujukan 108Panel Penulis Modul 109Panel Pemurni Modul 110 5
  6. 6. 6
  7. 7. PANDUAN PELAJARModul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar andaboleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secaraformal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa denganmod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untukmenguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda.Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajarananda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesanjika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengancara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabiladiperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan iabukannya tanda kelemahan diri.Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantungkepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihandisediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang andatelah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada diantara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyaicadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain sepertirakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial.Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksibersemuka dalam bilik kuliah. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalammodul ini. Walau bagaimanapun, anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor ataurakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar padasekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada andamakna-makna ikon tersebut.Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh danmasa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akandilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.TIP UNTUK MEMBANTU ANDA MELALUI KURSUS INI 1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan. 2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan. 3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda. 4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda. 5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima. 7
  8. 8. 6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-bahan yang bermakna.7. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda. 8
  9. 9. PENGENALANKursus PJM3106 Anatomi dan Fisiologi merupakan kursus wajib bagi Program IjazahSarjana Muda Pendidikan major PJ. Kursus tiga kredit ini 3(2+1) meliputi 30 jam teori dan 30jam amali. Terdapat lima belas tajuk kesemuanya seperti yang digariskan dalam pro formakursus. Tajuk-tajuk yang dimaksudkan ialah pengenalan kepada anatomi dan fisiologi,Peringkat kimia, selular dan tisu organisma, Sistem integumentari, Sistem rangka, Sistemotot, Sistem saraf, Sistem endokrina, Darah, Jantung, Saluran dan Peredaran darah, Sistemlimfatik dan imuniti, Sistem respirasi, Sistem penghadaman, Pemakanan dan metabolismaserta Sistem urinari. Kursus ini akan dijalankan dalam dua fasa iaitu , komponen teoriakan menggunakan modul sepenuhnya manakala komponen amali akan dikendalikansecara kuliah bersemuka. 9
  10. 10. AGIHAN TAJUK Panduan Kepada PenggunaKandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jaminteraksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksibersemuka atau pembelajaran melalui modul.(Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Kursus Proforma) Interaksi Bil Tajuk/Topik Modul Jum Bersemuka (jam) Jam (jam)  Pengenalan kepada Anatomi dan 1 - 1 1 Fisiologi  Peringkat kimia, selular dan tisu 2 2 1 3 organisma 3  Sistem Rangka 8 - 8 4  Sistem Otot 8 - 8 5  Sistem Saraf 4 4 8 6  Sistem Endokrina 1 1 2 7  Jantung 6 - 6 8  Darah 2 - 2 9  Saluran Peredaran Darah 4 - 4 10  Sistem Integumentari 1 1 2 11  Sistem Respirasi 4 4 8 12  Sistem Limfatik dan Imuniti 2 - 2 13  Sistem Urinari 1 1 2 14  Sistem Penghadaman 1 1 2 15  Pemakanan dan metabolisme 1 1 2 Jumlah 45 15 60 10
  11. 11. TAJUK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi konsep asas, struktur dan fungsi serta regulasi homeostasis oleh sistem organ. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan. Hasil Pembelajaran1. Mengenal pasti konsep asas sains anatomi dan fisiologi2. Membincangkan struktur dan fungsi anatomi dan fisiologi3. Membincangkan regulasi homeostasis oleh sistem organ Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini Pengenalan Kepada Anatomi dan Fisiologi Regulasi homeostasis oleh Konsep Asas Struktur dan Fungsi sistem organ 1.0 Konsep asas anatomi dan fisiologi 1.1 Pengenalan Anatomi ialah kajian tentang struktur tubuh dan hubungan di antara bahagian- bahagiannya. Perkataan ‘anatomi’ berasal daripada perkataan Greek ‘anatom’ yang bermakna “memotong”, maka anatomi boleh dianggap sebagai kajian dengan memotong (diseksi). Sementara itu, fisiologi pula boleh didefinisikan sebagai kajian tubuh manusia dalam keadaan normal. Kajian ini berkait rapat dengan pengetahuan tentang semua makhluk hidup yang terangkum dalam kajian biologi. Bidang ini juga berkait rapat dengan kajian tindakan fizikal dan pergerakan yang berlaku dalam badan. 11
  12. 12. Anatomi dan Fisiologi Manusia Sains Anatomi dan Sistem Rangka Sendi Sistem Otot Fisiologi Rajah 1.1 : Pengenalan kepada Anatomi dan Fisiologi Terdapat beberapa jenis anatomi iaitu anatomi regional, anatomi fungsi dan anatomi makroskopik. Anatomi regional ialah kedudukan geografi bahagian tubuh dan setiap region atau daerah. Contohnya kaki, dada, kepala dan lain-lain anggota yang terdiri daripada struktur atau susunan umum yang terdapat pada semua bahagian tubuh badan. Anatomi fungsi pula adalah kajian tentang kedudukan dan hubungan antara satu bahagian tubuh dengan yang lain. Ia juga menerangkan tentang kegunaan setiap struktur dan sistem tisunya. Anatomi makroskopik adalah penglihatan struktur- struktur tertentu dengan hanya menggunakan mata kasar. Manakala, fisiologi pula adalah kajian yang berkaitan dengan fungsi pada keseluruhannya serta struktur dan organ-organ yang terdapat dalam tubuh badan. Oleh itu, mari kita lihat apa yang dikatakan sebagai anatomi dan fisiologi. 1.1 Organisasi Struktur Tubuh(a) Kepala dan leher Seperti yang kita ketahui, kepala adalah bahagian yang paling utama pada tubuh badan. Permukaan bahagian hadapan kepala dikenali sebagai muka. Manakala bahagian dalam kepala pula terdapat kaviti mulut, kaviti nasal, kaviti orbital, kaviti telinga dan kaviti kranium. Leher pula terletak di antara kepala dan toraks. Leher terdiri daripada bahagian atas esofagus, larinks, saraf-saraf kranial dan pembuluh darah. Selain daripada itu, kelenjar tiroid, paratiroid dan nodus-nodus limfa.(b) Badan Badan terbahagi kepada bahagian toraks, bahagian abdomen dan pelvis. Toraks terletak di antara leher dan abdomen. Toraks ialah bahagian atas trunkus. Terdapat beberapa bahagian utama di dalam toraks seperti jantung, paru-paru, pembuluh darah, trakea dan esofagus. Rangka dinding toraks terbentuk oleh 12
  13. 13. kolum vertebra di belakang, tulang-tulang rusuk di lateral dan tulang sternum di hadapan. Abdomen merupakan bahagian inferior trunkus badan. Ia dipisahkan daripada toraks oleh otot diafragma. Organ yang terletak di dalam abdomen terdiri daripada trek gastrousus, hepar, pankreas, pundi hempedu, limpa dan ginjal. Jika kita lihat, pelvis adalah bahagian paling bawah trunkus badan. Pelvis terletak di antara dua tulang pinggul. Organ yang terletak di dalam kaviti pelvis terdiri daripada pundi kencing, organ pembiakan internal dan juga bahagian bawah trek gastrousus.(c) Anggota Anggota tubuh badan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu anggota bahagian atas dan anggota bahagian bawah. Rajah 1.2: Pandangan hadapan tubuh manusia menunjukkan bahagian dan kawasannya. 13
  14. 14. Untuk memahami badan manusia, kita mesti mengkaji organisasinya padapelbagai tahap yang berbeza dari submikroskopik hingga makroskopik. Pertalian di antarapelbagai tahap organisasi ialah seperti di bawah. Levels Rajah 1.3 : Struktur organisasi tubuh badanTahap Kimia. • Unit bahan terkecil yang stabil ialah atom. • Gabungan atom menjadi molekul dengan bentuk yang kompleks. • Setiap bentuk khusus molekul menentukan fungsinya.Tahap Selular • Pelbagai molekul berinteraksi menjadi struktur yang lebih besar dan mempunyai • fungsi khusus di dalam sel. Sel merupakan unit hidup terkecil di badan 2 Ce Ce • Sel-sel ini menjadi organisasi tahap selular.Tahap Tisu • Tisu terdiri daripada sel- sel yang serupa. • Sel-sel ini bekerja bersama-sama melakukan fungsi tertentu. • Sebagai contoh, sel-sel otot jantung membentuk tisu otot kardiak merupakan organisasi tahap tisu. 14
  15. 15. Tahap Organ • Organ terdiri daripada dua atau lebih tisu yang sama-sama bekerja melakukan fungsi tertentu. • Sebagai contoh, jantung adalah organ dengan dindingnya terdiri daripada lapisan otot kardiak dan lain-lain tisu.Tahap Sistem Organ • Organ-organ berinteraksi di sistem organ. • Setiap kali menguncup, jantung mengepam darah ke talian saluran darah. Secara bersama, jantung, darah dan saluran darah membentuk sistem kardiovaskular iaitu organisasi tahap sistem organ.Tahap organisasi • Semua sistem organ badan bekerja sama mengekalkan kehidupan dan kesihatan. • Ini merupakan organisasi tahap tertinggi manusia. Organisasi pada setiap tahap menentukan cirri-ciri struktur dan fungsi pada tahapyang lebih tinggi. Susunan atom dan molekul pada tahap kimia menghasilkan filamenprotein. Sebagai contoh, filamen protein pada tahap selular menjadi sel-sel otot kardiak.Pada tahap tisu pula, sel-sel ini berkait menjadi tisu otot kardiak. Struktur tisu memastikanpenguncupan yang selaras dan menghasilkan denyutan. Anatomi dalaman organ jantungmembolehkan ia bertindak seperti pam. Jantung yang menakung darah bersambungdengan salur darah mengepam darah melalui atrium dan ventrikel dalam sistemkardiovaskular. Sesuatu yang menjejaskan sistem akan memberi kesan kepada komponen-komponensistem tersebut. Sebagai contoh, jika berlaku kemalangan dan kehilangan darah yangbanyak maka jantung tidak dapat berfungsi dengan berkesan. Akibatnya bukan sahajasistem kardiovaskular terganggu malah sel-sel, tisu-tisu dan organ-organ lain di seluruhakan badan turut terganggu kerana mengalami kekurangan oksigen yang dibekalkan olehdarah. 15
  16. 16. 1.1.2 Homeostasis H mo ta o es 3 In t: pu Rajah 1.4 : Mekanisma Kawalan Homeostasis Informa sen alo tHomeostasis adalah satu tindakan yang dilakukan oleh organisma untuk mengekalkankestabilan persekitaran dalaman melalui pengawalan suhu badan, peredaran oksigen dan afferenkandungan mineral (potasium, sodium dan klorida) di dalam sel badan. Homeostasis tdicapai melalui satu mekanisme yang dikenali sebagai pengawalan tindak balas negatif. path ay wApabila keadaan tidak stabil dalam badan dikesan, maklumat ini akan dihantar kepadaregulator fisiologikal. Seterusnya, regulator fisiologikal akan menyebabkan perubahankepada fungsi badan bagi menentang atau mengatasi keadaan tidak stabil tersebut.Misalnya, apabila kita bersenam, otot akan bekerja keras dan menyebabkan bahagianotot tertentu mengalami kekurangan oksigen. Kesannya, ketegangan akan wujud danmengakibatkan tindak balas negatif berlaku, misalnya kadar denyutan nadi dan kadarpernafasan akan meningkat. Perubahan ini akan menyebabkan oksigen dihantar kebahagian otot yang memerlukan oksigen dan seterusnya menghapuskan ketegangan R pt eceyang wujud. Gangguan homeostasis Gangguan homeostasis berlaku apabila permintaan terhadap sistem tubuh badan melebihi keupayaan sel tubuh badan untuk bertindak balas bagi mengekalkan 2 C an h ge keadaan asal. Namun, sistem tubuh badan akan bertindak untuk mewujudkan keadaan yang stabil (homeostasis). Contohnya, suhu badan meningkat semasa detected seseorang bersenam selama 60 minit, tetapi gangguan (peningkatan suhu badan) tersebut dapat diatasi selepas 40 minit, iaitu suhu badan dikekalkan tanpa by receptor peningkatan (Power & Howley, 2001). Rajah 1.11 menunjukkan proses gangguan homeostasis. 16
  17. 17. OTAK Perubahan persekitaran PENGESAN fizikal dan kimia Dikesan oleh sel-sel Kekurangan oksigen Peningkatan kandungan asid dalam darah PENYATU Membuat keputusan PENGAWAL ATUR/ REGULATOR Memberi maklum balas kepada sel-sel untuk mengawal pernafasan. Gangguan homeostasis Mula bersenam HOMEOSTASIS TINDAK BALAS Kadar pernafasan laju untuk menentang gangguan. Mengurangkan kecepatan membebaskan karbon dioksida dan meningkatkan penyerapan oksigen. Mengurangkan kandungan asid dalam darah. Rajah 1.5 : Proses gangguan homeostasis SEMAK KENDIRI 1.1 1. Apakah kepentingan anatomi dan fisiologi kepada kehidupan kita? 2. Bagaimana sistem-sistem organ yang lain berhubung kait dengan sistem rangka dari segi fisiologi? TUGASAN TERARAHBagi meningkatkan pengetahuan, anda disaran agar mendapatkan dan mengumpulkanmaklumat tambahan dari bahan bacaan dan bahan multimedia yang berkaitan komponenkecergasan keseluruhan seperti kecergasan fizikal, mental, sosial dan emosi. 17
  18. 18. LAMAN WEBhttp://en.wikipedia.org/wiki/Physical_fitnesshttp://www.cyberparent.com/fitness/five.htmhttp://www.cdc.gov/nccdphp/dnpa/physical/everyone/glossary/index.htmhttp://www.brianmac.co.uk/conditon.htm PORTFOLIODokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepadapensyarah dalam bentuk ‘soft’ dan ‘hard’ copy. RUJUKANTeng Boon Tong. (1984). Pendidikan jasmani dan kesihatan. Kuala Lumpur: Longman Malaysia.Wee Eng Hoe. (1998). Pengajaran pendidikan jasmani dan kesihatan(pengkhususan). Shah Alam: Fajar Bakti.Mosston, M. & Ashworth, S. (2002). Teaching physical education (5th edition). San Francisco, CA: Benjamin Cummings. 18
  19. 19. Tajuk 2 PERINGKAT KIMIA, SELULAR DAN TISU ORGANISMASinopsisTajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi konsep asas, struktur dan fungsi serta regulasihomeostasis dalam sistem organ. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dansenarai bahan rujukan. Hasil PembelajaranSetelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. Mengenalpasti bahan-bahan kimia utama 2. Menerangkan konsep keseimbangan 3. Struktur membran dan fungsi 4. Menjelaskan mekanisma pengeluaran penyimpanan dan penggunaan tenaga 5. Membincangkan jenis dan fungsi tisu utamaKerangka konsep tajuk-tajuk modul ini Peringkat kimia, selular dan tisu Konsep Struktur Jenis dan MekanismaPengenalan Keseimban Membran Fungsi Asas gan dan fungsi Tisu 19
  20. 20. 1.1 Bahan: Atom dan Molekul Rajah 1.1 : Atom dan Molekul 1.1.1 Struktur Atom• Atom merupakan unit bahan yang terkecil dan terdiri daripada proton, neutron dan elektron.• Unsur mengandungi atom-atom dengan jumlah proton yang sama banyak.• Di dalam atom terdapat awan elektron yang mengelilingi nukleus. 1.1.2 Ikatan dan Sebatian kimia• Ikatan ion terhasil daripada tarikan di antara ion iaitu atom yang mendapat atau kehilangan elektron.• Kation adalah bercaj positif.• Anion adalah bercaj negatif.• Atom boleh bergabung menjadi molekul.• Kombinasi atom daripada pelbagai unsur membentuk sebatian• Setengah atom berkongsi electron untuk membentuk molekul yang bercantum berdasarkan ikatan kovalen.• Ikatan hidrogen ialah daya tarikan di antara atom hidrogen yang bercaj positif dengan atom pada molekul lain yang bercaj negatif.• Ikatan hidrogen boleh memberi kesan kepada bentuk dan kandungan molekul. 20
  21. 21. 1.2 Notasi Kimia• Notasi kimia membolehkan kita menerangkan tindakbalas di antara bahan yang menjana satu atau lebih hasilan. 1.3 Reaksi Kimia• Metabolisma merujuk kepada semua tindakbalas kimia di dalam badan.• Sel-sel memerangkap, menyimpan dan mengguna tenaga untuk mengekalkan homeostasis dan menyokong fungsi yang diperlukan. 1.3.1 Konsep Asas Tenaga• Kerja melibatkan pergerakan objek atau perubahan struktur fizikal,• Tenaga ialah keupayaaan melakukan kerja.• Dua jenis tenaga utama ialah tenaga kinetik dan tenaga keupayaan.• Tenaga kinetik ialah tenaga pergerakan.• Tenaga keupayaan ialah tenaga yang disimpan hasil daripada kedudukan atau struktur objek.• Pertukaran dari tenaga keupayaan kepada tenaga kinetik tidak seratus peratus efisyen.• Setiap pertukaran tenaga akan menghasilkan haba. 1.3.2 Jenis tindakbalas• Tindakbalas kimia boleh dikelasifikasikan sebagai dekomposisi, sintesis atau pertukaran tindakbalas.• Sel mendapat tenaga untuk melakukan fungsi melalui katabolisma iaitu pemecahan molekul kompleks.• Anabolisma merupakan sintesis molekul organik baru. 1.3.3 Tindakbalas Kebalikan• Tindakbalas kebalikan terdiri daripada tindakbalas serentak sintesis dan dekomposisi.• Pada tahap equilibrium, kadar tindakbalas sintesis dan dekomposisi adalah seimbang. 21
  22. 22. 1.3.4 Enzim dan Tindakbalas Kimia• Tenaga aktivasi ialah jumlah tenaga yang diperlukan untuk memulakan satu tindakbalas.• Enzim mengawal kebanyakan tindakbalas kimia badan.• Enzim merupakan pemangkin yang terlibat di dalam tindakbalas tanpa mengalami perubahan kekal. 1.4 Sebatian Inorganik• Nutrient dan metabolik boleh dikelasifikasikan sebagai sebatian organik atau inorganik. 1.4.1 Karbon dioksida dan Oksigen• Sel badan yang hidup mengambil oksigen dan menghasilkan karbon dioksida. 1.4.2 Air dan kandungannya• Air merupakan komponen inorganik terpenting badan.• Air merupakan solvent yang amat baik, kapasiti haba yang tinggi dan terlibat di dalam tindakbalas metabolic badan.• Banyak sebatian inorganik mengalami ionisasi atau larut di dalam air untuk membentuk ion. 1.4.3 Asid dan Alkali Inorganik• Asid melepaskan ion hidrogen ke dalam cecair.• Alkali mengeluarkan ion hidrogen daripada cecair.• pH cecair menunjukkan konsentrasi ion hidrogen yang ia ada.• Cecair dikelasifikasikan sebagai neutral jika ph ialah 7.• Cecair dikelasifikasikan sebagai berasid jika ph kurang daripada 7.• Cecair dikelasifikasikan sebagai alkali jika ph lebih daripada 7.• Buffer mengekalkan pH pada had normal iaitu di antara 7.35 hingga 7.45 di dalam cecair. 22
  23. 23. 1.4.4 Garam• Garam adalah sebatian ionik di mana cationnya bukan H+ dan anion OH-.• Garam adalah elektrolit, sebatian yang larut di dalam air dan konduksi arus elektrik. 1.5 Sebatian Organik• Sebatian organik mengandungi karbon dan hydrogen juga selalunya oksigen.• Molekul organik yang besar dan kompleks termasuklah karbohidrat, lipid, protein dan asid nukleik. 1.5.1 Karbohidrat• Karbohidrat merupakan sumber tenaga yang paling penting di dalam proses metabolik.• Tiga jenis utama karbohidrat ialah monosakarida, disakarida dan polisakarida. 1.5.2 Lipids• Lipid merupakan molekul yang tidak larut air seperti lemak, minyak dan lilin.• Empat kelas utama lipid ialah asid lemak, lemak, steroid dan fosfolipid.• Trigliserid merupakan tiga molekul asid lemak bercantum dengan molekul gliserol.• Cholesterol adalah hormon steroid dan merupakan komponen membran sel.• Fosfolipid merupakan komponen membran sel yang paling banyak. 1.5.3 Protein• Protein melakukan pelbagai fungsi badan• Jenis protein yang penting ialah protein structural, protein penguncupan, protein pengangkutan, enzim, hormon dan antibody.• Protein adalah rantaian asid amino yang di ikat dengan ikatan peptide.• Bentuk protein menentukan fungsinya.• Setiap protein bekerja dengan baik pada kombinasi optimal suhu dan pH. 23
  24. 24. 1.5.4 Asid Nukleik• Asid nukleik menyimpan dan memproses maklumat pada tahap molecular.• Dua jenis asid nukleik iaitu asid deoksiribonukleik (DNA) dan asis ribonukleik (RNA)• Asis nukleik adalah rantaian nukleotida.• Setiap nukleotida mengandungi gula, kumpulan fosfat dan bes nitrogenous. 1.5.5 Sebatian Tenaga Tinggi• Sel menyimpan tenaga di dalam bentuk sebatian tenaga tinggi.• Sebatian tenaga tinggi yang paling penting ialah ATP (adenosine trifosfat).• Bila terdapat tenaga, sel membuat ATP dengan menambah fosfat kepada kumpulan ADP.• Bila tenaga diperlukan, ATP dipecahkan kepada ADP dan fosfat 1.1.2 Tisu-tisu Tubuh Apakah yang dimaksudkan dengan tisu tubuh? Pernahkah anda dengar mengenainya? Tisu adalah sekumpulan sel yang telah bersatu untuk menjalankan tugas-tugas yang tertentu. Terdapat empat jenis tisu utama tubuh manusia. Rujuk rajah 1.4 Tisu-tisu utama di dalam tubuh manusia Tisu E pitelium Tis u O tot Tisu S araf Tisu P engikat Rajah 1.2: Empat jenis tisu utama di dalam tubuh manusia (a) Tisu Epitelium Terdapat tiga jenis tisu epitelium: (i) Epitelium Turus 24
  25. 25. Epitelium turus terdiri daripada satu lapisan sel sahaja dan berbentuk bulat. Hasil daripada tisu ini adalah kilang-kilang bendalir seperti kilang tiroid, kilang air liur dan kilang mamari (susu). Ianya terdapat juga di bahagian lapisan dalam perut, usus dan setengah dari lapisan saluran pernafasan. Fungsi tisu ini ialah untuk menghasilkan bendalir seperti lendir, bendalir perut, bendalir usus dan lain-lain. Selain daripada itu, tisu ini juga berfungsi untuk menyerap zat-zat makanan di dalam saluran penghadaman.(ii) Epitelium Turus Bersilia Ianya menyerupai epitelium turus, hanya dibezakan dengan bulu-bulu halus di hujung permukaan sel-sel yang dikenali sebagai silia. Epitelium turus bersilia boleh didapati di bahagian-bahagian seperti saluran pernafasan (berfungsi sebagai lapisan) dan rongga hidung. Silia akan sentiasa bergerak seperti pokok lalang yang ditiup angin. Pergerakkan ini akan menahan debu, kuman dan sebarang bendasing dari memasuki salur darah. Selain dari itu silia juga akan menyapu debu yang telah masuk keluar ke arah farinks. Tisu ini juga boleh didapati di lapisan dalam saluran fallopian dan di salur lengkar sperma. Fungsi tisu ini di saluran fallopian adalah untuk membantu pergerakan ovum dari ovari ke rahim, manakala di salur lengkar sperma pula ia membantu pergerakan sperma dari tempat penghasilannya iaitu buah zakar ke arah zakar.(iii) Epitelium Leper Terdapat dua jenis epitelium leper: • Epitelium Leper Biasa Terdiri daripada satu lapisan sahaja dan dibentuk dari sel-sel leper dan nipis seperti sisik ikan. Tisu ini membentuk struktur lapisan salur darah, salur limfatika, selaput paru-paru, selaput selom dan selaput jantung. Selain daripada itu, gelembung tenggorok di dalam paru- paru juga dibentuk daripada tisu ini. • Epitelium Leper Berlapisan Tisu ini berlapisan di antara satu sama lain. Lapisan atasnya berbentuk leper manakala lapisan bawahnya pula berbentuk bulat. 25
  26. 26. Terdapat sebanyak 12 lapisan atau lebih. Fungsi tisu ini adalah sebagai perlindungan. Ianya boleh didapati pada lapisan kulit luar (epidermis), selaput lapisan di mulut, farinks, kerongkong, faraj dan sesetengah bahagian salur kencing. Fungsi utama tisu epitelium: • Perlindungan – membentuk kulit luar, lapisan dalam mulut, farinks, faraj, pundi kencing, selaput paru-paru dan selaput selom. • Penghasilan bendalir – lapisan dalam perut dan usus. • Penyerapan – lapisan dalam usus. • Pergerakan – lapisan salur udara.(b) Tisu Otot Rajah Rajah 1.3 : Jenis-jenis Tisu Terdapat tiga jenis tisu otot: (i) Tisu otot terkawal • Terlekat pada semua rangka tulang di mana pergerakannya boleh dikawal dengan kuasa otak (kemahuan). • Ia terbina daripada sel-sel otot (fiber otot) yang berbentuk silinder. • Terkawal melalui sistem saraf dan penguncupan berubah 26
  27. 27. Rajah 1.4 : Tisu otot terkawal(ii) Tisu otot luar kawal • Dikenali juga sebagai otot tanpa jalur atau otot licin. • Luar kawalan - sistem saraf, ada perentak dan penguncupan otot perlahan • Terdapat di dalam organ seperti perut, usus, salur darah, pundi kencing, rahim dan lain-lain. • Gerakannya tidak dapat dikawal oleh kemahuan (gerakan pantulan). • Berbentuk bujur telur dan tidak panjang seperti tisu otot terkawal. • Dalam setiap sel terdapat satu nukleus yang terletak di tengah-tengah sel. Rajah 1.5: Tisu otot luar kawal(iii) Tisu otot jantung • Terdiri daripada jenis otot luar kawal. • Terdapat hanya di jantung sahaja. • Mempunyai fiber yang bercabang dan sarkoplasmanya menunjukkan jalur-jalur yang tidak begitu nyata. • Mempunyai kuasa penguncupan berirama, berlaku secara automatik, tanpa pengaliran utusan sarafnya. Rajah 1.6: Tisu otot jantung 27
  28. 28. Ciri-ciri tisu otot; • Penguncupan – berlaku apabila tisu otot menjadi tebal dan pendek. • Berelastik – tisu otot berupaya diregangkan dan kembali ke saiz asalnya. • Lesu – tisu otot menjadi lesu setelah melakukan penguncupan beberapa kali, ia perlu berehat seketika sehingga bekalan oksigen dan glukos yang baru di bawa oleh aliran darah kepadanya. Kemudian tisu otot boleh menguncup semula. • Kesegaran otot – tisu otot akan sentiasa berada dalam keadaan separun kuncup dalam keadaan rehat. Ini membolehkannya menguncup dengan segera tanpa membuang masa.(c) Tisu Saraf Rajah 1.7 : Tisu saraf Tisu saraf terbentuk oleh neuron. Neuron terdiri daripada: (i) Badan sel; dan (ii) Fiber (gentian) terbahagi kepada dua iaitu dendrit dan akson. Sel saraf tidak boleh membiak seperti sel tubuh yang lain. Jika sel tersebut rosak atau musnah, ia tidak dapat diperbaiki. Walau bagaimanapun, jika ia rosak atau separuh musnah, sel tersebut masih boleh dipulihkan. Pada otak dan saraf tunjang, sel saraf berbentuk jirim kelabu, manakala fiber saraf pula berbentuk jirim putih. 28
  29. 29. Fungsi utama Neuron: • Gerak balas terhadap rangsangan (penggalak); dan • Pengaliran rangsang saraf melalui fiber-fiber neuron kepada struktur-struktur lain. Sel neuroglia juga adalah jenis tisu saraf. Berfungsi sebagai tisu pengikat kepada sistem saraf dan melindungi sel-sel neuron daripada serangan bakteria. Rajah 1.8: Tisu saraf(d) Tisu pengikat Tisu pengikat dikenali juga sebagai tisu pengantara. Tisu pengikat merupakan tisu yang paling banyak berbanding tisu-tisu lain pada badan. Tugas tisu ini adalah sebagai penyangga dan mengikat struktur-struktur dalam tubuh. Tisu perantara terdiri daripada: (i) Tisu berfiber Terdapat dua jenis fiber: • Fiber elastik – fiber ini boleh diregangkan. Fiber ini boleh didapati pada dinding salur darah terutamanya pada salur nadi, cabang tenggorok dan gelembung tenggorok. 29
  30. 30. • Fiber tak elastik – terdapat pada tendon, ligamen, dura mater yang melitupi otak, fascia otot dan penutup berfiber yang melitupi pelbagai organ. Rajah 1.9: Tisu berfiber(ii) Tisu areolar Terdiri daripada fiber elastik dan fiber tak elastik. Terdapat banyak ruang halus pada tisu ini. Tisu ini terdapat pada seluruh tubuh badan terutamanya di bawah kulit tubuh, di sekeliling salur darah dan urat saraf dan juga pada semua selaput lendir (mukosa).(iii) Tisu adipos Hampir serupa dengan tisu areolar cuma tisu ini dipenuhi oleh sel-sel lemak. Tisu adipos ini terletak di bawah kulit tubuh, mengelilingi jantung dan buah pinggang. Fungsi tisu ini adalah sebagai penyangga, perlindungan, penebatan dan juga sebagai stor penyimpanan bahan makanan kepada tubuh. Rajah 1.10: Tisu adipos 30
  31. 31. (iv) Tisu limfatik Terdiri daripada tisu fiber dan tisu areolar. Di dalam tisu ini terdapat berjuta- juta sel limfatik. Fungsi utamanya adalah untuk menghasilkan sel limfatik, sel plasma darah dan monosit (sejenis sel darah putih). Tisu ini juga memainkan peranan penting dalam serangan bakteria dalam tubuh. Organ tubuh seperti kura, tonsil, kilang limfatik dan tompok Peyer pada usus kecil dibentuk oleh tisu limfatik. (v) Tisu rawan Tisu ini sangat liat dan kuat. Hampir kesemua tulang berasal dari rawan dan kemudian diganti oleh tisu tulang. Terdapat tiga jenis tisu rawan iaitu: • Rawan-fiber Rawan ini membentuk piring rawan yang terletak di antara satu tulang ruas belakang dengan yang lain. Selain itu, ia juga membentuk rawan separuh bulat di sendi lutut dan sendi tulang simfisisis pubis. • Rawan elastik Fiber-fiber elastik yang terdapat pada rawan ini membentuk rawan pinna (cuping telinga) dan di tudung tenggorok. • Rawan hialin Rupa bentuk rawan ini licin dan berkilat seperti kaca. Ianya melitupi hujung tulang sendi. Selain itu, ia juga membentuk dinding rawan salur nafas dan rawan rusuk.(vi) Tisu tulang Merupakan tisu perantara yang paling kuat dalam tubuh manusia. Tisu tulang terbina daripada bahan organan dan bahan bukan organan.(vii) Tisu darah Terdiri daripada sel darah dan plasma yang mengandungi bahan terlarut. Sel darah menyumbang 45% daripada isi padu darah, manakala plasma pula menyumbangkan 55%. 31
  32. 32. Tajuk 3 SISTEM SARAFSinopsisTajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi tisu neural, sistem saraf pusat, sistem saraf pinggir,sensori dan laluan motor, sistem saraf autonomik dan fungsi sensori. Modul ini jugadibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan. Hasil PembelajaranSetelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. Membincangkan terminologi dalam sistem saraf 2. Membezakan antara sistem saraf simpatetik dan parasimpatetik 3. Menjelaskan fungsi sensori deria umum keseimbangan dan pendengaranKerangka konsep tajuk-tajuk modul ini Sistem Saraf Sistem Sistem Sensori Sistem Tisu Fungsi Saraf Saraf Laluan Saraf Neural Sensori Pusat Pinggir Motor Autonomik3.0 Sistem Saraf3.1 PengenalanKawalan tubuh dan jaringan komunikasi adalah berpusat di sistem saraf. Tiga fungsi utamasistem saraf adalah untuk deria (sensori), integrasi dan motor. Deria (sensori) bertugasuntuk mengesan perubahan di dalam tubuh dan persekitaran luar. Integrasi pula bertindakuntuk mentafsir perubahan dan motor memberi respon kepada tafsiran di dalam bentukkontraksi otot atau rembesan kelenjar. 32
  33. 33. Rajah 1.11 : Sistem Saraf Rajah 1.12 : Kawalan Sistem Saraf3.2 Struktur dan Fungsinya Menurut segi anatomi, sistem saraf dibahagi kepada dua bahagian utama. Bahagian pertama dikenali sebagai sistem saraf pusat dan kedua adalah sistem saraf periferi. Organisasi sistem saraf sangat kompleks. Namun begitu, organisasi sistem saraf yang 33
  34. 34. kompleks ini hanya mempunyai dua jenis sel iaitu neuron dan neuroglia. Neuron terbahagikepada tiga bahagian: badan sel, dendrit dan akson.Badan sel mengandungi nukleus dan neukloleus yang dikelilingi oleh sitoplasma. Badan selberfungsi melakukan proses sintesis bahan-bahan yang diperlukan oleh sel saraf. Dendritterbina daripada sitoplasma badan sel yang memanjang dan kelihatan bercabang-cabang.Dendrit bertugas untuk menghantar impuls ke badan sel. Akson adalah satu cuaran yangpanjang, nipis dan mengkhusus. Akson bertindak sebagai pembawa impuls dari badan selke neuron atau tisu lain. Akson mempunyai panjang yang berbeza mengikut tempat iaberada. Akson boleh sepanjang 1mm di otak hingga ke 1m atau lebih di antara korda spinake jari kaki. Terdapat akson yang diseliputi oleh mielin. Sarung mielin berfungsi adalah untukmeningkatkan kelajuan perjalanan impuls.Sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai neurotransmiter terhasil di hujung saraf apabilaneuron menerima rangsangan fizikal atau kimia. Reseptor akan menerima neurotransmiteryang menyebabkan berlaku perubahan elektrik dan mencetuskan potensial aksi. Rajah 1.13: Struktur satu neuron. Anak panah menunjukkan arah penjalaran impuls 34
  35. 35. 3.2.1 Sistem Saraf PusatMerupakan pusat kawalan seluruh sistem. Kawalan seluruh sistem ini terdiri daripadaotak dan korda spina. Sistem saraf pusat menerima semua kederiaan tubuh melaluireseptor. Apabila sistem saraf pusat menerima maklumat kederiaan, ia akan ditafsiruntuk menentukan tindakan yang perlu diambil. Rangsangan otot untuk berkontraksi danrangsangan kelenjar untuk merembes juga dilakukan oleh sistem saraf pusat.3.2.2 Sistem Saraf PeriferiMerupakan saraf yang berhubungan antara otak dan korda spina dengan reseptor, ototdan kelenjar. Boleh dibahagikan kepada dua iaitu sistem aferen dan sistem eferen. Didalam sistem aferen terdapat sel saraf yang berfungsi untuk membawa maklumat darireseptor di periferi tubuh ke sistem saraf pusat. Manakala sistem eferen pula mempunyaisel saraf yang membawa maklumat dari sistem saraf pusat ke otot dan kelenjar.Sistem eferen terbahagi lagi kepada dua bahagian iaitu sistem saraf somatik dan sistemsaraf autonomik. Sistem saraf somatik mempunyai neuron eferen yang bertugasmembawa maklumat dari sistem saraf pusat ke otot rangka. Sistem saraf somatikdianggap sebagai bersifat voluntari dan boleh dikawal.Sistem saraf autonomik pula mengandungi neuron eferen yang membawa maklumat darisistem saraf pusat ke otot licin, otot jantung dan kelenjar. Sistem saraf autonomikdianggap tidak voluntari dan di luar kawal. Kemudian, sistem saraf autonomik pulaterbahagi kepada dua iaitu sistem saraf simpatetik dan sistem saraf parasimpatetik. 35
  36. 36. Rajah 1.14 Sistem saraf Simpatetik dan Parasimpatetik 36
  37. 37. 3.3 Organisasi Sistem SarafOrganisasi sistem saraf terbahagi kepada tiga iaitu otak, korda spina dan saraf.3.3.1 OtakOtak merupakan satu organ yang paling penting di dalam tubuh manusia. Otakdianggarkan mempunyai berat kira-kira 1.5kg bagi orang dewasa. Otak terletak di dalamrongga kranium dan merupakan sebahagian sistem saraf pusat. Tisu saraf yang beradadi otak adalah lembut, berwarna kelabu dan putih dan berada di dalam tengkorak.Otak terbahagi kepada empat bahagian utama iaitu medula oblongata, pons dan otaktengah), diensefalon (talamus dan hipotalamus), serebrum dan serebelum. Medula oblongata - Berhubung dengan korda spina. - Mempunayi panjang kira-kira 3cm dan dipisahkan dari pons oleh alur horizontal. - Terbina dari jirim putih dan pembentukan jaringan jirim kelabu dan putih. - Pada bahagian posterior bawahnya terdapat dua nukleus di setiap sisi yang dikenali sebagai nukleus grasilis dan kuneatus. Pons - Terletak di atas medula. - Pons mengandungi jirim putih dan nukleus. - Nukleus saraf kranial ke 5 hingga ke 8 dan nukleus pernafasan berada di pons. Otak tengah - Terletak di atas pons dan di bawah diensefalon. - Dua unjuran iaitu pedunkel dan serebrum terdapat di permukaan ventralnya. - Unjuran ini berhubung dengan 37
  38. 38. serebrum selepas lencongan ke anterolateral. - Empat tuberkel bulat iaitu dua di atas dan dua di bawah terletak pada permukaan dorsalnya.• Diensefalon Terletak di antara otak tengah dan serebrum. Struktur utamanya adalah talamus dan hipotalamus. Fungsi talamus adalah sebagai stesen pemancar untuk impuls deria, semasa perjalanannya ke korteks serebrum. Talamus merupakan pusat untuk mentafsir impuls deria seperti sakit, suhu, sentuhan dan tekanan. Hipotalamus pula terdiri daripada banyak struktur. Kedudukan hipotalamus adalah di bawah talamus. Hipotalamus berfungsi mengawal suhu tubuh dan aktiviti autonomik organ-organ bahagian dalam. Selain itu, fungsi yang lain adalah mencetuskan reaksi emosi seperti ketakutan dan kemarahan. Di hipotalamus juga terdapat pusat makan, pusat kenyang dan pusat haus.• Serebrum Merupakan bahagian terbesar otak. Ia terbahagi kepada dua hemisfera yang berwarna kelabu. Kedua-dua hemisfera ini dipercayai mengawal aktiviti bagi sebelah tubuh sahaja. Contoh, deria tubuh sebelah kanan dikawal oleh hemisfera kiri dan begitulah sebaliknya. Fungsi serebrum adalah terlalu banyak dan kompleks. Namun secara umum, korteks serebrum terbahagi kepada tiga kawasan. Deria Berfungsi untuk menerima kederiaan dari kulit, otot dan bahagian dalam tubuh. Ia juga menerima impuls dari berbagai- bagai deria seperti deria rasa, lihat, hidu, dengar dan sentuh. Motor Berfungsi mengawal atur pergerakan otot, pertuturan dan sebagainya. 38
  39. 39. Asosiasi Menghubungkan kawasan motor dan deria melalui traktusnya. Memainkan peranan penting dalam ingatan, emosi, taakulan, personaliti dan kecerdikan.• Serebelum Merupakan bahagian kedua terbesar otak. Memainkan peranan dalam pergerakan separa sedar pada otot rangka. Pergerakan separa sedar penting untuk koordinasi, keseimbangan tubuh dan penetapan kedudukan tubuh. Rajah 1.15 : Bahagian-bahagian otak 39
  40. 40. 3.3.2 Korda spinaKorda spina mempunyai kepanjangan kira-kira 45cm bagi orang dewasa. Kedudukankorda spina adalah bermula dari dasar tengkorak turun ke bahagian servikal, torasik danseterusnya ke bahagian lumbar atas. Korda spina adalah terdiri daripada segmen-segmen dan pada setiap segmen terdapat sepasang ganglion. Pasangan gangliontersebut ialah ganglion akar dorsal dan ganglion akar ventral.Pada akar dorsal terdapat akson neuron deria yang bertugas untuk membawa maklumatdari periferi ke korda spina. Sementara akar ventral mengandungi akson neuron motorvisera dan somatik yang mengawal organ efektor.Saraf spina pula terbentuk daripada gabungan ganglion akar deria dan akar motor. Sarafini dikelaskan sebagai saraf campuran kerana mempunyai kedua-dua serat aferen daneferen. Rajah 1.16 : Korda spina 40
  41. 41. 3.4 Sistem Saraf Autonomik Merupakan sistem saraf di luar kawalan. Ia juga bertanggungjawab terhadap kawalan otot bebas dan kilang di dalam tubuh. Sistem ini terbahagi kepada dua iaitu: 3.4.1 Sistem saraf simpatetik Terbina daripada dua rantai ganglion saraf yang terletak di tiap-tiap sisi di hadapan vertebra. Semua komponen yang berada dalam sistem saraf simpatetik berhubung dengan saraf tunjang. Antara rangkaian-rangakaian penting yang terhasil daripada ganglion simpatetik adalah: • Rangkaian saraf jantung – membekalkan jantung dan paru-paru. • Rangkaian saraf siliaka – membekalkan perut usus, organ-organ di dalam abdomen serta kilang adrenal. • Rangkaian saraf hipogastrik – membekalkan organ-organ di dalam ruang pelvis. 3.4.2 Sistem saraf parasimpatetik Sistem ini terbina daripada dua bahagian seperti berikut: • Bahagian kranium Terdiri daripada ganglion yang didapati di beberapa bahagian otak serta gentian saraf yang terkandung di dalam urat saraf otak.• Bahagian sakrum Terdiri daripada ganglion yang didapati di beberapa bahagian korda spina. Sistem ini membekalkan sebahagian daripada usus besar serta organ di dalam pelvis iaitu usus hujung, pundi kencing dan organ pembiakan. 41
  42. 42. Rajah 1.17 : Skema tapak laluan impuls saraf Rajah 1.18 : Skema sistem saraf 42
  43. 43. Rajah 1.19 : Fungsi saraf pusat dan saraf periferi3.4 Perjalanan Impul Tindakan pantulan atau impuls adalah suatu tindak balas automatik yang berlaku dengan cepat tanpa difikirkan terlebih dahulu. Tindakan impuls adalah tindak balas motor terhadap rangsangan deria. Terdapat beberapa struktur yang membawa kepada tindakan impuls membentuk ‘lengkok impuls’ yang terbina daripada bahagian-bahagian berikut: (a) Organ deria, contohnya kulit tubuh ataupun hujung gentian saraf yang didapati di tendon, otot atau lain-lain binaan. (b) Saraf deria atau saraf penghantar yang membawa rangsang deria tersebut melalui bahagian saraf deria yang terkandung di dalam saraf pinggir kepada saraf tunjang. (c) Saraf tunjang dan neuron gegantinya. (d) Saraf motor atau saraf pengeluar yang membawa utusan motor melalui bahagian saraf motor di dalam saraf pinggir kepada organ motor seperti otot atau kilang. 43
  44. 44. (e) Organ motor seperti otot atau kilang, yang bertindak balas terhadap utusan motor tersebut.Boleh dikatakan di sini bahawa tindakan pantulan atau refleks (impuls) adalah gerakanperlindungan yang membenarkan tindak balas motor berlaku dengan sangat cepat. Dibawah adalah beberapa contoh impuls: Bahagian Sistem Saraf Pusat Bahagian Sistem Saraf Autonomi  Menarik tangan dengan segera  Air liur akan terhasil dengan lebih apabila terkena benda tajam atau banyak jika terhidu atau ternampak panas. makanan yang lazat.  Sentakan sendi lutut apabila dipukul  Impuls anak mata terhadap cahaya. dengan alat pemukul sendi di atas Anak mata mengecil apabila cahaya tendon tempurung lutut. terang dan membesar apabila cahaya  Tapak kaki yang digarit dengan gelap. benda yang tumpul seperti kayu akan menyebabkan ibu jari membengkok ke bawah.  Tersedak atau terbatuk terhasil apabila seseorang meminum dalam keadaan gopoh.Kadangkala ada juga impuls yang boleh dikawal. Bagi bayi dan kanak-kanak kecil, buang airbesar dan buang air kecil merupakan impuls yang tidak boleh dikawal. Namun, bagi orangdewasa, gerakan-gerakan tersebut boleh dikawal. Tetapi jika berlaku kecederaan pada otak,ia akan merosakkan kuasa pengawalan pusat tinggi dan menyebabkan seseorang individutidak dapat lagi mengawal gerakan buang air besar dan buang air kecil.Jalaran impuls atau jalaran saraf motor bermula di pusat motor di frontal serebrum. Aksonsel saraf di pusat motor menjalar di dalam jirim putih otak dan di pangkal otak. Pada medulaoblongata, jalaran ini melintas ke sebelah yang lain dan turun ke bawah jirim putih sisi luarsaraf tunjang sebagai jalaran piramid.Di laras tertentu, fiber saraf ini akan keluar dari jalaran piramid dan tamat di keliling saraf didepan jirim kelabu saraf tunjang. Kemudian sel depan saraf tunjang membawa utusantersebut melalui akar saraf depan iaitu saraf depan otot tertentu. 44
  45. 45. Bahagian neuron motor atas terbentuk daripada badan sel saraf di pusat motor serebrumserta aksonnya yang turun sehingga ke sel saraf di depan saraf tunjang. Bahagian neuronmotor bawah pula terbentuk daripada badan sel saraf di pusat motor serebrum tunjang sertaaksonnya yang membekalkan otot tubuh.Kedudukan fiber motor yang melintas di bahagian medula oblongata menyebabkan pusatmotor di sebelah bahagian otak mengawal otot tubuh di sebelah yang lain. Rajah 1.19 : Perjalanan saraf motor dan saraf deria dalam jirim putih saraf tunjang 45
  46. 46. Tajuk 4 SISTEM ENDOKRINSinopsisTajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi struktur dan fungsi hormon, kelenjar sistemendokrina dan cara interaksi hormon. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dansenarai bahan rujukan. Hasil PembelajaranSetelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. Menjelaskan struktur dan fungsi hormon dalam Sistem Endokrina 2. Menjelaskan cara interaksi hormonKerangka konsep tajuk-tajuk modul ini Sistem Endokrina Struktur Fungsi Cara Hormon interaksi 46
  47. 47. 4.0 Sistem Endokrina4.1 Pengenalan Sistem endokrin menghasilkan sejenis bahan kimia yang dinamakan sebagai hormon. Sistem pengaliran darah bertanggungjawab untuk membawa hormon ke seluruh tubuh.4.2 Fungsi dan Ciri-ciri Hormon Hormon yang dihasilkan oleh sistem endokrin mempunyai kesan yang banyak dan berbeza-beza. Walaupun begitu, terdapat empat fungsi utama yang dilakukan oleh hormon: (a) Fungsi pertama adalah menolong mengawal persekitaran dalaman dengan mengatur kandungan kimia dan isi padunya di dalam tubuh badan; (b) Kedua, membantu tubuh dalam keadaan tertekan seperti semasa keadaan jangkitan, trauma, stres, pendehidratan, kebuluran, pendarahan dan perubahan suhu yang melampau; (c) Ketiga, memainkan peranan dalam pertumbuhan dan perkembangan tubuh; dan (d) Keempat, memainkan peranan dalam pembentukan gamet, persenyawaan, pemakanan kepada embrio dan fetus, proses bersalin dan pemakanan kepada anak yang baru lahir. Hormon-hormon yang dirembeskan pada tisu perantara bertindak ke atas sel-sel sasaran di merata tubuh. Sistem endokrin mempunyai kesan yang perlahan tetapi berpanjangan dan lebih merata. Sel-sel sistem endokrin bertugas dengan mensintesis dan merembeskan hormon. Kelenjar endokrin terbina apabila sel-sel endokrin berkumpul. Hasil yang didapati dari kelenjar endokrin akan dirembeskan terus ke dalam tisu perantara. Kelenjar- kelenjar endokrin yang terdapat di dalam sistem tubuh terdiri daripada kelenjar pituitari, tiroid, paratiroid, adrenal, pineal dan timus. Terdapat juga sel endokrin yang berkumpul di dalam organ tubuh badan seperti pankreas, ovari, testis, ginjal, hepar, trek gastrousus, plasenta dan otot jantung. 47
  48. 48. Rajah 3.1: Sistem EndokrinKelenjar Endokrin Utama Kelenjar-kelenjar utama pada sistem endokrin adalah kelenjar pituitari, tiroid, paratiroid, adrenal, pineal dan timus. 4.3.1 Kelenjar pituitari • Digelar sebagai kelenjar induk kerana dapat menghasilkan banyak hormon dan mengawal aktiviti tubuh; • Bergaris pusat hanya 1.3cm sahaja dan berbentuk bulat; • Dibahagikan kepada dua lobus: lobus anterior dan lobus posterior; • Lobus anterior mewakili 75% daripada berat kelenjar pituitari; dan • Kedua-dua lobus ini mengeluarkan beberapa hormon di dalam tubuh. Lobus anterior Lobus posterior • Hormon pertumbuhan – mengawal • Hormon antidiuretik – mengatur tumbesaran tubuh. jumlah air yang dikumuhkan • Hormon tirotropik – mengawal melalui ginjal. aktiviti kelenjar tiroid dalam • Hormon oksitosik – meransang menghasilkan tiroksin. pengecutan uterus sewaktu • Hormon adrenokortikotropik – melahirkan bayi dan mengawal aktiviti suprarenal pengeluaran air susu sewaktu 48
  49. 49. dalam menghasilkan kortisol dari menyusukan bayi. korteks kelenjar suprarenal.• Hormon gonadotrofik: a) Hormon perangsang folikel – merangsang perkembangan folikel Graafian dalam ovari dan pembentukan spermatozoa dalam testis. b) Hormon luteinising – mengawal rembesan estrogen dan progesteron dalam ovari dan testosteron dalam testis. c) Hormon prolaktin – mengawal rembesan air susu dan mengekalkan bekalan korpus luteum semasa kehamilan. Rajah 3.2: Skema kelenjar pituitari dan lobus-lobusnya 49
  50. 50. 4.3.2 Kelenjar tiroid • Terletak di bahagian depan leher, anterior dan lateral terhadap larinks dan trakea; • Kelenjar tiroid kaya dengan bekalan darah; • Sel kelenjar tiroid merembeskan koloid tiroid yang mengandungi sebatian iodin; • Kelenjar tiroid berfungsi dalam mengatur susunan kimia tisu dan sebagai perangsang proses pengoksidaan; • Secara tidak langsung kelenjar tiroid mengatur pengeluaran karbon dioksida; dan • Terdapat dua keadaan dalam kelenjar tiroid iaitu hiperembesan dan hiporembesan. Hiporembesan Hiperembesan• Berlakunya kretinisme iaitu • Kadar metabolisme menjadi kekurangan rembesan pada waktu tinggi dan suhu badan lebih tinggi bayi mengakibatkan pertumbuhan daripada normal. mental dan fizikal terencat. • Pada keadaan ini, pesakit• Bagi golongan dewasa, keadaan kehilangan berat badan, gelisah ini menyebabkan miksedema di dan mudah marah, kadar mana proses metabolik sangat denyutan nadi naik, output perlahan dan cenderung untuk jantung bertambah dan menjadi gemuk, pergerakan mengalami simptom lembap, kulit menjadi tebal dan kardiovaskular seperti fibrilasi kering, rambut gugur dan menjadi atrium dan kegagalan jantung. jarang, suhu badan di bawah normal dan denyut nadi perlahan. 50
  51. 51. Rajah 3.3: Anterior kelenjar tiroid 51
  52. 52. 4.3.3 Kelenjar Paratiroid • Terbina daripada tisu yang kecil dan bulat dan dilapisi oleh fasia pratrakea berserta dengan kelenjar tiroid; • Hormon paratiroid yang dikeluarkan berfungsi untuk mengatur metabolisma kalsium dan mengawal jumlah kalsium di dalam darah dan tulang; • Dua keadaan pada kelenjar paratiroid adalah Hipoparatiroidisma Hiperparatiroidisma• Kekurangan kalsium dalam • Aktiviti kelenjar yang berlebihan kandungan darah. berkaitan dengan pembesaran• Keadaan ini menyebabkan (tumor) kelenjar. keadaan seperti tetanus iaitu • Pengagihan kalsium terganggu di gejala kekejangan otot dan mana kalsium dikeluarkan konvulsi terutamanya pada tangan semula dari tulang dan dan kaki yang dikenali sebagai dimasukkan kembali ke serum karpopedal spasma. darah.• Gejala di atas dapat diredakan • Ini akan menyebabkan penyakit dengan memberikan kalsium tulang di mana bahagian tulang dalam kadar segera. menjadi nipis. • Kegagalan ginjal juga boleh berlaku jika kalsium terbina di dalam ginjal. Rajah 3.4: Empat kelenjar paratiroid 52
  53. 53. 4.3.4 Kelenjar timus • Terletak dalam toraks; • Berwarna kemerah-merahan dan terdiri daripada dua lobus; • Saiznya sangat kecil dengan berat kira-kira 10 gram bagi bayi yang baru lahir; • Beratnya bertambah kepada 30 hingga 40 gram pada waktu remaja dan kemudian ia mengecut semula; dan • Kelenjar timus berkaitan dengan penghasilan antibodi.Kelenjar adrenal • Terletak di bahagian atas setiap ginjal. • Mengandungi darah yang banyak dan dilapisi dengan kapsul berserat.• Kelenjar adrenal bahagian korteks mengeluarkan kortisol dan bahagianmedula menghasilkan adrenalin dan noradrenalin.• Rembesan akan menjadi banyak apabila berada dalam keadaan marahatau takut, asfiksia dan kelaparan.• Keadaan ini menyebabkan tekanan darah naik dalam usaha melawan kejutanyang disebabkan oleh situasi ini. Rajah 3.5: Kedudukan kelenjar timus 53
  54. 54. Korteks adrenal Medula adrenal • Terbahagi kepada tiga zon. • Mempunyai sel-sel kromafin • Zon pertama adalah glomerulosa yang menghasilkan hormon. menghasilkan rembesan mineralo- • Rembesan hormon dikawal kortikoid. oleh sistem saraf autonomik. • Zon tengah pula dikenali sebagai zon • 80% daripada rembesan fasikulata dan merembeskan hormon medula adalah adrenalin dan glukokortikoid. ianya bersifat lebih poten • Zon dalam dipanggil zon retikularis daripada noradrenalin. dan merembeskan hormon androgen. Rajah 3.6: Kelenjar suprarenal kanan dan kiri4.3.5 Kelenjar pineal • Terletak pada korpus kalosum dan bersaiz kecil dan berwarna merah. • Dilapisi oleh kapsul yang bernama pia mater. • Menghasilkan hormon melatonin dan adrenoglomerulotropin. • Melatonin boleh merencatkan aktiviti pembiakan dengan cara merencatkan hormon gonadotropik. Sementara adrenoglomerulotropin pula merangsang korteks adrenal untuk merembeskan mineralokortikoid. 54
  55. 55. Rajah 3.7: Kedudukan kelenjar pineal pada otak4.4 Tindakan HormonTindakan hormon ada dua jenis iaitu tindakan positif dan tindakan negatif. Tindakan positif Tindakan negatif • Terdapat hormon yang terhasil dengan • Kekurang hormon akan menyebabkan mengaktifkan kelenjar yang kelenjar merembes dengan lebih banyak menghasilkan hormon tersebut. dan tekanan darah akan meningkat. • Hasilnya adalah berlawanan dengan • Tindakan negatif berlaku di mana tindakan negatif. pembuluh-pembuluh akan tertarik • Dalam tindakan positif, peningkatan sel semasa rembesan hormon yang banyak hormon akan menghasilkan lebih dikeluarkan. banyak hormon. • Boleh dikatakan seperti mengawal • Contoh peningkatan hormon boleh kelajuan pada kereta, apabila dilihat pada kontraksi semasa ingin speedometer menunjukkan kelajuan melahir bayi. melampau, kita akan megurangkan kelajuan. Apabila kita sedar kelajuan semakin berkurangan, kita akan menekan pedal minyak untuk menambah kelajuan. • Kebanyakan kelenjar mempunyai kepekaan sebegitu untuk memberitahu tentang ‘kelajuan’ endokrin. • Oleh itu, kelenjar-kelenjar ini akan mengeluarkan rembesan yang sesuai untuk menyeimbangkan kandungan hormon dalam darah. AKTIVITI 3.1 Dapatkan maklumat lanjut mengenai sistem endokrin dengan melayari laman web berikut: www.kumc.edu www.emc.maricopa.edu 55
  56. 56. Tajuk 5 SISTEM INTEGUMENTARISinopsisTajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi struktur dan fungsi sistem integumentari. Modul inijuga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan. Hasil PembelajaranSetelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: . 1. Memerihalkan struktur dan fungsi sistem integumentariKerangka konsep tajuk-tajuk modul ini Sistem Integumentari Struktur Fungsi 56
  57. 57. 5.0 Kulit Tubuh Juga dikenali sebagai kutis. Salah satu fungsi tubuh adalah sebagai pembuangan. Peluh adalah bahan kumuh yang dikeluarkan oleh kulit. Kulit mempunyai dua lapisan iaitu epidermis dan dermis. 5.1 Epidermis Epidermis adalah kulit luar. Ianya terdiri daripada tisu epitelium yang terbahagi kepada dua lapisan:1. Lapisan bersisik (lapisan Horny) Lapisan paling luar. Sel-sel di bahagian ini leper dan tertekan. Kebanyakan sel-sel ini telah mati dan digantikan oleh sel baru dari janasel.2. Lapisan janasel Sel di sini berbentuk bulat dan mempunyai nukleus. Sel di sini sentiasa membiak, membentuk sel baru untuk menggantikan sel yang terdapat pada lapisan bersisik. Ketebalan epidermis berbeza mengikut bahagian tubuh. Tapak kaki merupakan kulit yang paling tebal. Warna kulit manusia pula ditentukan oleh kandungan melanin dalam pigmen. 5.2 Dermis • Dermis adalah kulit dalam. Mempunyai ketebalan kira-kira 0.25 ke 2.5mm. • Ketebalan dermis juga berbeza mengikut kawasan tubuh, di mana ia sangat tebal di tapak tangan dan kaki, manakala sangat nipis di kelopak mata, penis dan skrotum. • Antara struktur yang terdapat pada dermis adalah kelenjar peluh. • Saiz kilang peluh adalah lebih besar di tapak tangan, tapak kaki, dahi dan ketiak berbanding di kawasan lain. • Salur kilang peluh naik ke atas dan menembusi kulit di mana ia disebut sebagai liang roma atau liang peluh. Peluh sentiasa terhasil, namun ia akan menyejat dengan cepat pada masa rehat dan peluh menjadi tidak begitu nyata. • Manakala, apabila peluh terhasil dengan banyak, seperti semasa melakukan aktiviti, penyejatan akan terganggu dan peluh menjadi nyata dan disebut sebagai perpeluhan nyata. • Terdapat dua kelenjar peluh iaitu: 57
  58. 58. (i) Kelenjar peluh ekrin (merokrin) Jumlah kelenjar peluh ekrin adalah banyak. Ia boleh didapati di seluruh kulit terutamanya di tapak tangan dan tapak kaki. Ia berfungsi sepanjang hidup dan menghasilkan rembesan yang lebih berair.(ii) Kelenjar peluh apokrin Kelenjar apokrin terletak di ketiak, bahagian pubik dan kawasan berpigmen buah dada (areola). Apabila manusia mencapai akil baligh, maka kelenjar ini akan berfungsi dengan mengeluarkan rembesan yang tidak berbau. Namun, rembesan akan terurai oleh mikrob permukaan kulit dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Rajah 3.18: Skema kulit dan struktur di dalamnya 58
  59. 59. Rajah : Folikel RambutRajah : Kuku 59
  60. 60. Rajah : Regulasi Suhu Badan 60
  61. 61. Tajuk 6 SISTEM RESPIRASISinopsisTajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi pengenalan dan fungsi sistemrespirasi,pengurusan sistem respirasi, fisiologi respirasi, kawalan respirasi dan sistemrespirasi dan umur. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahanrujukan. Hasil PembelajaranSetelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat:1. Menjelaskan sistem respirasi dan fungsinya2. Memerihalkan pengurusan sistem respirasi dan fisiologi respirasi3. Menjelaskan kawalan respirasi dan hubungan sistem respirasi dengan umurKerangka konsep tajuk-tajuk modul ini Sistem Respirasi Sistem Fungsi Fisiologi Kawalan Pengenalan Respirasi sistem respirasi respirasi dan umur 61
  62. 62. 6.0 Sistem respirasi Untuk menjalankan aktiviti, setiap sel memerlukan oksigen. Hasil akhir daripada aktiviti sel adalah karbon dioksida. Sebelum ini, kita telah belajar mengenai sistem kardiovaskular. Untuk pengetahuan anda, dua sistem yang terlibat dalam proses mengangkut oksigen dan proses mengeluarkan karbon dioksida adalah sistem kardiovaskular dan sistem pernafasan. Rajah 1.21 : Anatomi Sistemrespirasi 6.1 Jenis-jenis Respirasi Dalam fisiologi pernafasan, terdapat dua jenis pernafasan. Jenis pertama adalah pernafasan melalui paru-paru atau pernafasan eksternal. Jenis yang kedua pula adalah pernafasan tisu atau pernafasan internal.6.1.1 Pernafasan Eksternal Pertukaran oksigen dan karbon dioksida adalah berlaku di paru-paru. Semasa bernafas, oksigen akan disalurkan melalui hidung dan mulut. Oksigen ini akan melalui trakea dan tiub bronkial ke alveoli. Proses ini mempunyai kaitan rapat dengan darah dalam kapilari pulmonari. 62
  63. 63. Membran alveolar-kapilari merupakan satu-satunya lapisan yang memisahkanoksigen dari darah. Bagaimanakah membran ini memisahkan oksigen dari darah?Oksigen akan menembusi membran ini dan hemoglobin sel darah merah akanmembawa oksigen tersebut ke jantung. Kemudian, darah akan dipam ke seluruhtubuh melalui arteri. Pada keadaan ini, darah yang keluar dari paru-paru mempunyaitekanan oksigen 100mmHg. Pada ketika ini juga, bacaan hemoglobin adalah 95%tepu oksigen.Karbon dioksida yang terhasil akan menembusi aveolar-kapilari dari kapilari darah,kemudian melalui tiub bronkial dan trakea seterusnya dihembus keluar melaluihidung dan mulut. Pernafasan eksternal mempunyai empat proses. Proses-prosestersebut adalah: (i) Ventilasi pulmonari – menggantikan udara dalam alveoli dengan udara luar; (ii) Aliran darah melalui paru-paru; (iii) Pengagihan aliran udara dan aliran darah sedemikian sehingga jumlah tepat dari setiapnya dapat sampai ke semua bahagian tubuh; dan (iv) Penggabungan gas yang menembusi membran pemisah alveolar kapilari. Karbon dioksida lebih mudah bergabung dengan darah berbanding oksigen.Semasa melakukan aktiviti senaman, darah yang datang ke paru-paru mengandungilebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen. Justeru itu, karbon dioksida itutidak dapat dikumuhkan, maka pengecutan dalam arteri darah bertambah. Hal iniakan merangsang pusat pernafasan dalam otak untuk mempercepat danmemperdalamkan pernafasan. Dengan ini, karbon dioksida dapat dikumuh dan paru-paru dapat mengambil oksigen dengan lebih banyak. 63
  64. 64. 6.1.2 Pernafasan Internal Pernafasan internal berlaku pada semua tisu tubuh. Darah yang sampai di kapilari bergerak dengan lambat. Darah tersebut juga hemoglobinnya tepu dengan oksigen. Pengoksigenan akan berlaku apabila sel tisu mengambil oksigen dari hemoglobin dan hasilnya adalah karbon dioksida. Rajah 2.7: Pernafasan Eksternal dan Internal 6.2 Komponen dan Fungsi Sistem Respiratori Sistem pernafasan terjadi dengan adanya organ-organ tertentu. Organ-organ yang terlibat di dalam sistem pernafasan adalah hidung, farinks, larinks, trakea, bronkus dan paru-paru. 64
  65. 65. Rajah 2.8: Sistem PernafasanRajah 2.9: Larinks, Trakea dan Bronkus 65
  66. 66. Organ FungsiHidung • Bahagian hidung boleh • Bulu hidung menapis debu dan terbahagi kepada dua iaitu mikroorganisma dari udara bahagian internal dan bahagian yang masuk. eksternal. • Lapisan mukus pula • Bahagian eksternal terletak memerangkap debu dan pada permukaan muka. Ia mikroorganisma. terbentuk daripada tulang dan • Membran mukus menerima rawan yang berbentuk rangka bekalan darah yang banyak penyokong. dan berfungsi untuk mengawal • Rangka hidung ini dilitupi oleh udara yang masuk menjadi kulit di bahagian luar dan hampir sama dengan suhu membran mukus di lapisan badan dan melembapkannya. dalamnya. • Untuk membau kerana • Lubang hidung atau nares terdapat reseptor bau di eksternal adalah dua bukaan bahagian atas hidung. yang terdapat di bawah hidung • Membantu menghasilkan eksternal. bunyi dengungan (fonasi). • Bahagian internal pula terletak di atas mulut dan di antara dua kaviti orbit. • Septum hidung membahagi hidung kepada bahagian kanan dan kiri. • Membran mukus yang melapisi kaviti hidung dipenuhi dengan pembuluh darah.Farinks • Dikenali juga sebagai tekak. • Menyediakan laluan bagi • Mempunyai kira-kira 12 hingga keluar masuk udara dan juga 13 cm panjang tiub berotot. makanan dan minuman. • Merupakan satu salur yang • Menyediakan ruang bermula dari dasar tengkorak dengungan (resonasi) untuk dan tamat di belakang peti suara bunyi percakapan. di aras vertebra leher keenam. • Memberi perlindungan • Bahagian paling atas farinks daripada mikroorganisma yang dikenali sebagai nasofarinks. masuk bersama udara, • Bahagian tengah pula dikenali makanan dan minuman. sebagai orofarinks dan bahagian paling bawah dikenali sebagai laringofarinks.Larinks • Juga dikenali sebagai peti • Penghasilan suara. suara. • Laluan udara. • Merupakan laluan pendek yang • Menghalang kemasukan menghubungkan laringofarinks bahan asing ke trek dengan trakea. pernafasan bawah melalui • Terdapat beberapa tulang rawan lipatan-lipatan epiglotis dan di larinks. vokal. • Tiga daripada tulang rawan ini tidak berpasangan dan tiga lagi
  67. 67. berpasangan. • Rawan yang berpasangan adalah aritenoid, kornikulat dan kuneiform. • Manakala rawan yang tidak berpasangan adalah tiroid, epiglotis dan krikoid.Trakea • Merupakan satu salur berukuran • Menyediakan tempat laluan 12cm panjang. bagi udara yang masuk dan • Terbentuk daripada rawan- keluar. rawan yang berbentuk C. • Permukaan belakang salur dilapisi dengan selaput. • Otot bebas terdapat di ruang antara rawan-rawan.Bronkus • Trakea akan bercabang dan • Menyediakan tempat laluan membentuk bronkus kiri dan bagi pengagihan keluar dan kanan. masuk udara. • Dilapisi oleh tisu epitelium. • Bronkus kanan lebih pendek dan lebar daripada bronkus kiri. • Bronkus kiri lebih panjang dan nipis. • Terdapat banyak pencabangan pada bronkus dan membentuk seperti batang pokok dan sering dirujuk sebagai pepokok bronkus.Paru-paru • Berbentuk kon dan • Pertukaran gas oksigen dan berpasangan. karbon dioksida. • Jantung dan struktur lain memisahkan paru-paru dari pasangannya. • Paru-paru kiri mempunyai dua lobus, manakala paru-paru kanan tiga lobus. • Dikelilingi oleh dua membran serosa yang dipanggil sebagai pleura. SEMAK KENDIRI 2.1 (a) Nyatakan fungsi sistem pernafasan. (b) Namakan struktur yang membentuk sistem pernafasan dan huraikan struktur tersebut dengan ringkas. 67
  68. 68. 6.3 Mekanisme dan Kawalan Pernafasan6.3.1 Mekanisme pernafasan Mekanisme pernafasan melibatkan dua proses fizikal, iaitu tarikan nafas (inspirasi) dan hembusan nafas (ekspirasi). Mekanisme pernafasan melibatkan otot-otot interkosta (luar dan dalam) dan otot diafragma. Perubahan yang berlaku semasa mekanisme tarikan dan hembusan nafas ditunjukkan dalam jadual di bawah. Rajah 1. Mekanisma Respirasi Inspirasi Rajah 1. Mekanisma Respirasi 68 Ekspirasi
  69. 69. Perubahan yang berlaku semasa mekanisme tarikan dan hembusan Tarikan nafas (inspirasi) Hembusan nafas (ekspirasi) Otot interkosta luar mengecut Otot interkosta luar mengendur Otot interkosta dalam mengendur Otot interkosta dalam mengecut Sangkar rusuk tertarik ke atas dan ke Sangkar rusuk tertarik ke bawah dan ke luar dalam Otot diafragma mengecut Otot diafragma mengendur Diafragma menjadi kurang Diafragma melengkung ke atas seperti melengkung bentuk kubah Pergerakan otot-otot di atas Pergerakan otot-otot di atas menyebabkan isi padu rongga toraks menyebabkan isi padu rongga toraks bertambah dan tekanan udara di berkurang dan tekanan udara di dalamnya berkurang dalamnya bertambah Akibatnya udara dari luar masuk ke Akibatnya udara dari peparu ditolak ke dalam peparu luar Apabila kita menarik nafas, otot diafragma akan menguncup sekali gus menjadikan ruang toraks lebih luas. Pada masa ini, juga paru-paru akan mengembung dan menjadikan tekanan udara dalam paru-paru berkurangan. Akibat daripada tindakan itu, udara akan disedut masuk melalui salur udara ke dalam paru-paru. Semasa menghembus nafas, ruang dada menjadi lebih kecil. Ini berlaku kerana otot diafragma naik ke atas dan tulang rusuk ditarik ke bawah oleh otot interkosta dalam. Tekan udara menjadi lebih tinggi di dalam paru-paru dan ini menyebabkan udara berasak keluar dari paru-paru. Terdapat beberapa gerakan pernafasan yang dianggap istimewa kerana ia berbeza daripada gerakan pernafasan biasa. Ia berlaku pada keadaan; (i) Mengeluh dan menguap – gerakan menarik nafas yang panjang. (ii) Batuk dan bersin – gerakan menghembus nafas yang terpaksa. (iii) Tersedu – gerakan menarik nafas dengan mengejut kerana sentakan otot diafragma. Bunyi tersedu terjadi kerana udara dihirup dengan segera melalui pita suara.6.3.2 Kawalan Pernafasan 69
  70. 70. Dalam sehari kita menarik dan menghembus nafas tanpa henti. Pada setiap satuminit, orang dewasa melakukan gerakan pernafasan sebanyak 16 hingga 18 kali.Ada dua faktor yang mengawal pernafasan iaitu kawalan saraf dan kawalan kimia. (i) Kawalan saraf Sistem saraf mengawal gerakan pernafasan menjadikannya gerakan otomatik. Namun begitu manusia boleh mengawal gerakan pernafasan dengan kuasa kawalan pada jangka masa yang pendek sahaja. Pusat kawalan pernafasan yang terletak di medula oblongata bertanggungjawab menjadikan gerakan pernafasan menjadi gerakan otomatik. Di pusat inilah utusan saraf mengalir melalui gentian-gentian saraf khas dan sampai ke otot diafragma dan ke lain-lain otot pernafasan. (ii) Kawalan kimia Kepekaan pusat kawalan pernafasan terhadap kehadiran karbon dioksida dalam darah adalah sangat tinggi. Pusat kawalan pernafasan akan terangsang apabila penghasilan karbon dioksida bertambah. Ini akan menyebabkan pengaliran utusan pernafasan ke otot-otot pernafasan untuk mempercepatkan dan memanjangkan gerakan pernafasan untuk menyingkirkan karbon dioksida. Secara amnya boleh dikatakan bahawa pusat kawalan pernafasan mengawal atur jumlah karbon dioksida di dalam darah serta menentukan bilangan dan panjangnya sesuatu pernafasan. 70
  71. 71. Tajuk 7 SISTEM URINARISinopsisTajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi fungsi dan pengurusan sistem urinari, ginjal,penghantaran, penyimpanan dan pembuangan air kencing dan imbangan cecair, elektrolitdan asid alkalina. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahanrujukan. Hasil PembelajaranSetelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: .1. Memerihalkan struktur dan fungsi sistem urinariKerangka konsep tajuk-tajuk modul ini Sistem Urinari Struktur Fungsi 71
  72. 72. 7.0 PengenalanSeperti yang telah kita ketahui pada sistem pencernaan, makanan akan dicernakanoleh enzim di dalam trek gastrousus. Makan yang dicerna akan diserap dan sampaike sel-sel tertentu di dalam badan. Makanan yang tidak serap akan menjadi feses(najis) dan dikeluarkan melalui anus. Bahan buangan atau hasil akhir di bawa keluarbersama dengan air dan karbon dioksida.Karbon dioksida akan dibawa semula ke paru-paru oleh darah dan dikeluarkanmelalui proses ekspirasi oleh sistem pernafasan. Sebahagian hasil akhir akan larut didalam air; dari situlah terjadinya peluh yang kemudiannya dikeluarkan melalui kulitpada sistem integumentari.Sistem urinari adalah laluan bagi sebahagian besar bahan buangan yangmengandungi toksik dan bahan asas. Bahan-bahan buangan ini adalah bercampurdengan air dan dikeluarkan sebagai urin (air kencing).7.1 Struktur dan Fungsinya7.1.1 Sistem UrinariTugas terpenting sistem urinari adalah mengeluarkan bahan buangan danmembantu badan mengekalkan hemeostasis. Hemeostasis dapat dikekalkan denganmengawal kandungan dan isi padu darah. Sistem urinari mengekalkan homestasisdengan mengeluarkan atau menyimpan isi padu air dan bahan larutan terpilih. 72
  73. 73. Rajah 3.15: Ginjal dan sistem urinari yang berkaitanOrgan-organ di dalam sistem urinari adalah dua ginjal, dua ureter, satu pundikencing dan satu uretra.7.1.2 Ginjal • Terletak di setiap sisi kolum vertebra, berwarna kemerahan dan berbentuk seperti biji kacang hijau. • Berukuran 10-12cm panjang, 5-7cm lebar dan 2.5cm tebal dan seberat kira- kira 140gm bagi orang dewasa. • Sempadan luarnya berbentuk cembung dan mempunyai pembukaan di tengahnya yang disebut sebagai hilum. • Hilum merupakan pintu masuk dan keluar pembuluh-pembuluh ginjal. • Ginjal kanan adalah lebih pendek dan lebih tebal daripada ginjal kiri. • Ginjal diselaputi oleh tiga lapisan tisu: 1. Pertama, lapisan dalam adalah kapsul renal atau kapsul sebenar yang terdiri daripada membran berserat nipis; 2. Kedua, lapisan yang dikenali sebagai fasia renal atau kapsul palsu terdiri daripada tisu perantara padat; dan 3. Ketiga, lapisan berlemak yang terletak di antara lapisan dalam dan lapisan luar yang dikenali sebagai lemak perirenal. 73

×