Pmr Bm Kertas 1 Set 1

27,863 views

Published on

SKOR A PERAK 2005

Published in: Spiritual, Business
5 Comments
16 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
27,863
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
12
Actions
Shares
0
Downloads
919
Comments
5
Likes
16
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Pmr Bm Kertas 1 Set 1

  1. 1. 02/1 Bahasa Melayu Kertas 1 LTS 2005 Set 1 1 jam UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK --------------------------------------------------------- ‘LEARNING TO SCORE 2005’ PENILAIAN MENENGAH RENDAH BAHASA MELAYU Kertas 1 Satu jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan aneka pilihan. 2. Jawab semua soalan. 3. Semua jawapan anda hendaklah dihitamkan pada kertas jawapan yang disediakan.
  2. 2. Set 1 Bahasa Melayu PMR Soalan 1 hingga Soalan 7 Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1 Seseorang teman yang baik tidak akan membiarkan sahabatnya ___________ ke kancah maksiat. A terjerumus B terperosok C termusnah D terikut 2 Kawasan pedalaman di Sabah hanya boleh ___________ melalui jalan sungai sahaja. A dilalui B dihubungi C disusun D direntas 3 ___________ Ustaz Wan Sulaiman dalam bidang agama memang diakui dan disegani oleh masyarakat tempatan. A Kebolehan B Kecekapan C Kegigihan D Kearifan 4 Golongan remaja semakin lupa akan budaya ketimuran yang selama ini menjadi ___________ generasi terdahulu. A kehebatan B kesukaran C kebanggaan D kesenangan 5 Pelbagai usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan rakyat masih belum mencapai ___________ yang membanggakan. A tahap B aras C paras D tingkat 6 Saban petang Mak Limah ………………… bakul yang berisi sayuran untuk dijual pada keesokan harinya. A. mengangkat B. menjunjung C. menjinjing D. memikul LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN PERAK Halaman 2
  3. 3. Set 1 Bahasa Melayu PMR 7 Sampah sarap ___________ di Stadium Bukit Jalil setelah sambutan malam tahun baru berlangsung malam tadi. A berterbangan B bergelimpangan C berhamburan D bertaburan Soalan 8 hingga Soalan 14 Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditanda dengan A, B dan C. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan. 8 Berdasarkan laporan, kebanyakan kes-kes penderaan kanak-kanak dilakukan oleh A B C Ibu bapa yang menghadapi masalah rumah tangga. Tiada kesalahan D 9 Para peniaga diminta menyimpan barang secukupnya untuk memenuhi keperluan A B orang ramai bila menjelang musim perayaan. Tiada kesalahan C D 10 Rakyat jelata dari seluruh pelusuk negeri itu berkumpul di hadapan istana untuk A B C menyambut Hari Kemerdekaan. Tiada kesalahan D 11 Para peserta yang menyertai kem asuhan dikehendaki berada di pekarangan A B C sekolah sebelum pukul lapan pagi. Tiada kesalahan D 12 Pasukan Dayana bertepuk tangan sambil melompat keriangan sebaik saja mereka A B diumumkan sebagai johan pertandingan drama. Tiada kesalahan C D 13 Kerajaan merancang hendak membina klinik di seluruh kawasan pendalaman A B C negeri Sabah. Tiada kesalahan D 14 Masyarakat di zaman ini perlu mengubah sikap agar lebih maju dalam semua A B C bidang. Tiada kesalahan D LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN PERAK Halaman 3
  4. 4. Set 1 Bahasa Melayu PMR Soalan 15 hingga Soalan 17 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai. 15 I Semasa saya dirawat di hospital, jururawat selalu datang untuk mengambil suhu badan saya II Keletah budak kecil itu telah berjaya mengambil hati tetamu yang datang itu. III Saya akan mengambil bahagian dalam kejohanan olahraga MSSM. IV Shirley telah mengambil kawannya yang baru pulang dari India di lapangan terbang. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja 16 I Lembaga hitam itu telah meresap di dalam kegelapan malam. II Pandangannya meresap ke dalam pemikirannya kerana dia pantas berfikir. III Dakwat pen yang tumpah itu telah meresap ke permaidani biru IV Budaya kuning mudah meresap ke dalam fikiran remaja yang tiada panduan hidup. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja 17 I Ribut yang melanda kawasan itu mulai tenang. II Sikap Murshed yang sentiasa tenang menyebabkan dia sangat disegani oleh kawan-kawannya. III Air di kolam itu kelihatan tenang kerana tidak dicemari. IV Lariannya yang tenang itu membolehkannya memenangi pertandingan jogathon itu. A I dan II sahaja B II dan III sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja Soalan 18 hingga Soalan 21 Sebahagian daripada ayat yang berikut telah digariskan. Bahagian yang bergaris itu mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Jika anda menganggap bahawa bahasa bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B atau C sebagai pilihan jawapan anda. Jika tiada kesalahan tandakan D. 18 Ikan goreng kembung amat enak dinikmati ketika masih panas. A Ikan goreng amat enak B Ikan kembung goreng amat enak C Ikan kembung dan digoreng amat enak D Ikan goreng kembung amat enak LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN PERAK Halaman 4
  5. 5. Set 1 Bahasa Melayu PMR 19 Pak Abu sering mengundang anak perempuannya dari pejabat dengan Perodua Kembara. A menjemput anak perempuannya dari B mengundang anak perempuannya daripada C mengendong anak perempuannya daripada D mengundang anak perempuannya dari 20 Anak-anak yatim itu mendapat bantuan alat tulis-alat tulis daripada dermawan yang mulia itu. A bantuan alat-alatulis dari B bantuan alat-alat tulis daripada C bantuan alat tulis-alat tulis dari D bantuan alat tulis-alat tulis daripada 21 Ketibaan kapal mewah bertaraf dunia yang pertama di Asia itu telah mendapat sambutan meriah rakyat Malaysia. A kapal mewah bertaraf dunia kali pertama B kapal mewah dunia bertaraf yang pertama C kapal pertama kelas mewah bertaraf dunia D kapal mewah bertaraf dunia yang pertama Soalan 22 hingga Soalan 24 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 22 Matlamat utama mengadakan Hari Kantin adalah untuk memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan hubungan dalam kalangan pelajar. A Semangat kerjasama dan perpaduan harus dipupuk melalui Hari Kantin. B Hari Kantin berjaya memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan hubungan dalam kalangan pelajar. C Hari kantin itu penting untuk menyemaikan sikap tolong-menolong dan merapatkan hubungan antara pelajar. D Menyuburkan semangat kerjasama dan mengeratkan hubungan dalam kalangan para pelajar ialah objektif penting Hari Kantin. 23 Lembaga Disiplin akan mengambil tindakan terhadap pelajar yang melanggar peraturan sekolah. A Tindakan akan diambil oleh Lembaga Disiplin terhadap pelajar yang tidak mematuhi undang-undang sekolah. B Tindakan kemungkinan akan diambil oleh Lembaga Disiplin kepada pelajar yang enggan mematuhi peraturan sekolah. C Lembaga Disiplin hanya bertindak terhadap pelajar yang enggan mematuhi peraturan sekolah. D Pelajar yang mungkin melanggar peraturan sekolah akan diambil tindakan. LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN PERAK Halaman 5
  6. 6. Set 1 Bahasa Melayu PMR 24 Tanaman pisang boleh diusahakan oleh petani sementara menunggu tanaman kelapa sawit mengeluarkan hasil. A Tanaman pisang dan kelapa sawit merupakan usaha petani untuk mendapatkan hasil keluaran. B Petani boleh mengusahakan tanaman pisang sebelum tanaman kelapa sawit mengeluarkan hasil. C Usaha petani menanam pisang dapat menambah pendapatan. D Tanaman kelapa sawit menghasilkan pendapatan lumayan berbanding dengan pisang. Soalan 25 hingga Soalan 27 Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai. 25 I Cikgu Murni telah mengajar di kawasan pendalaman itu selama lima tahun. II Cikgu Rahim begitu menarik hati keayuan dan kelincahan gadis desa itu. III Cikgu Masiha telah memperkenalkan pelbagai kaedah pengajaran kepada pelajarnya. IV Cikgu Rafeah sedang mengajarkan karangan tentang masalah sosial masa kini. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja 26 I Haji Buang sedang memperbesar perniagaannya di bandar raya itu. II Pemandangan di Pantai Teluk Nipah itu begitu cantik nian. III Cikgu Ali merasa kecewa dengan sikap pelajarnya yang kurang sopan itu. IV Pak Mahmood ialah bapa kepada Cikgu Hayati dan Cikgu Rohaya. A I dan IV sahaja B II dan III sahaja C I, II dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja 27 I Setengah penduduk kampung itu menerima suntikan vaksin dengan percuma. II Majlis persaraan pengetua itu dibuat secara besar dan paling bermakna sekali. III Seorang nelayan ditemui mati dipercayai ditusuk ikan todak di Tumpat baru-baru ini. IV Pelancaran Perodua Kembara telah disempurnakan dengan penuh warna-warni. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN PERAK Halaman 6
  7. 7. Set 1 Bahasa Melayu PMR Soalan 28 hingga Soalan 30 Pilih jawapan yang paling sesuai bagi pernyataan-pernyataan yang berkaitan dengan peribahasa di bawah ini. 28 Peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan peristiwa yang terdapat dalam gambar ialah A. Ikan di laut asam di darat B. Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga C. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. D. Asal sabut terapung, asal batu tenggelam 29 Guru mestilah menunjukkan perilaku yang baik kepada anak murid kerana kesannya boleh mempengaruhi mereka. Keadaan ini dikatakan A seperti batu jatuh ke lubuk. B bagai ayam mengeram telur. C bagaimana acuan begitulah kuihnya. D seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul. 30 Maksud yang paling sesuai dengan peribahasa biduk lalu kiambang bertaut ialah A perselisihan faham antara adik-beradik tidak berkekalan. B orang yang mementingkan diri sendiri. C persahabatan yang sangat intim. D walau ke mana-mana kita pergi akhirnya akan kembali ke tempat asal. LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN PERAK Halaman 7
  8. 8. Set 1 Bahasa Melayu PMR Soalan 31 hingga Soalan 35 Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Maka titah raja, “Semalam beta bermimpi, berpandangan dengan keelokan hadiat Nabi sallallahu alaihi wassallam.” Maka segala mimpi baginda itu semuanya dikatakannya pada Bendahara. Maka sembah Bendahara, “Jikalau benar mimpi raja, apa alamatnya?” Maka kata raja, ”Alamatnya kalam beta seperti dikathankan orang, itulah tanda sah beta bermimpi akan Rasulullah sallallaahu alahi wassalam. Lagi sabda junjungan kepada hamba: “Asar sekarang datang sebuah kapal dari Judah, turun orangnya lalu sembahyang di pantai Melaka ini,” katanya, “turut olehmu barang katanya”. Maka Bendahara pun hairanlah melihat kalam raja seperti dikhatankan orang rupanya. Maka kata Bendahara, “Jikalau sungguh datang sebuah kapal asar ini benarlah mimpi raja itu; jikalau tiada, bahawa setanlah mengharu raja.” Maka titah baginda, “Benarlah kata bapa hamba itu.” Maka Bendahara pun kembalilah ke rumahnya. Hatta, hari pun asarlah; maka datanglah sebuah kapal dari Judah. Serta ia berlabuh, maka turunlah makhdum dari kapal itu. Saiyid Abdul Aziz namanya, lalu ia sembahyang di pantai Melaka itu. Maka hairanlah segala orang Melaka melihat dia. Maka kata segala orang Melaka, “Mengapa ia ini tunggang-tonggek?” Maka berebutlah orang melihat dia penuh sesak, tiada bersela lagi, dan haru birulah bunyinya sampai ke dalam. Maka raja pun segera naik gajah lalu berangkat keluar, diiringi oleh segala orang besar-besar, Maka dilihat rajalah kelakuan makhdum sembahyang itu nyatalah seperti yang di dalam mimpinya itu. Maka titah raja kepada Bendahara dan kepada segala orang besar-besar, ”Nyatalah demikian seperti di dalam mimpiku itu.” (Dipetik daripada Susur Galur Asal Usul Negeri Melaka, Antologi Sehijau Warna Daun, Tingkatan 1, DBP) 31 Mimpi apakah yang dialami oleh raja? A Bertemu dengan baginda Rasulullah s.a.w. B Bersembahyang bersama rakyat jelata. C Berkhatan bersama-sama Bendahara. D Bersembahyang sendirian. 32 Mengapakah penduduk negeri Melaka datang ke tepi pantai negeri itu? A Mematuhi arahan Bendahara. B Menyaksikan sesuatu yang ajaib. C Melihat Saiyid Abdul Aziz bersembahyang. D Menyambut kedatangan kapal dari Judah. 33 Persoalan utama yang ingin disampaikan melalui petikan di atas ialah A kedatangan islam ke negeri Melaka. B kebenaran kata Bendahara. C kebenaran mimpi raja. D kemasyhuran raja Melaka. LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN PERAK Halaman 8
  9. 9. Set 1 Bahasa Melayu PMR 34 Apakah yang dimaksudkan dengan “Mengapa ia ini tunggang-tonggek? A Sedang bersemayam. B Menunaikan suruhan. C Sedang bersembahyang. D Sedang bermain jongkang-jongkit. 35 Berikut ialah pernyataan tentang Sultan Muhammad Syah kecuali A raja Melaka yang kedua selepas Raja Iskandar Dzulkarnain. B isteri baginda ialah anak Tun Perpatih Permuka Berjajar. C berjaya memakmurkan Melaka. D adil dalam pemerintahan. Soalan 36 hingga Soalan 40 Baca puisi di bawah ini dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. PESAN TANGAN KEPADA JARI i ii Pilihlah ketuamu Perkukuhkanlah letakmu untuk bersatu untuk menentu mencipta sejarah barisan diri kemanusiaan. kesuburan budi. Kira kau memegang Sekali kau bergerak peganglah kebaikan seluruh jasad yang berkembang ikut bertindak di dusun hati. melentur mimpi kehidupan. Nescaya tak akan terlepas pancuran mesra yang menetas di persada iman. (Dipetik daripada Antologi Seuntai Kata untuk Dirasa, Tingkatan 2, DBP) 36 Apakah pesan penyajak kepada pembaca dalam rangkap kedua sajak di atas? A Gunakan kuasa apabila menjadi ketua. B Gunakan pendapat orang lain tanpa usul periksa. C Jika terpilih menjadi ketua, jalankan tugas dengan penuh ikhlas. D Jika terpilih menjadi ketua, jalankan tugas seadanya. LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN PERAK Halaman 9
  10. 10. Set 1 Bahasa Melayu PMR 37 Yang berikut merupakan ciri-ciri pemimpin yang baik kecuali … A memahami masalah. B toleransi. C bertindak melulu. D bertindak sebelum mengarah. 38 Mengapakah seseorang pemimpin itu perlu menunjukkan tauladan yang baik? A Setiap tindakan pemimpin akan dicemburui. B Segala perlakuan dan kepimpinan akan dijadikan ikutan. C Semua pemimpin akan menunjukkan kepetahannya. D Seseorang pemimpin perlu menunjukkan kehebatannya. 39 Di persada iman Maksud baris di atas ialah A Kekuatan akal B Ketabahan hati C Keluhuran budi D Ketinggian akhlak 40 Pada pendapat anda, apakah kaitan antara keimanan dengan keperibadian? A Orang yang beriman sentiasa menjaga tingkah laku. B Orang yang beriman sangat pendiam. C Keimanan tidak berkaitan dengan keperibadian. D Keimanan dengan keperibadaian adalah sesuatu yang tidak bermakna. KERTAS SOALAN TAMAT LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN PERAK Halaman 10

×