Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Tiba waktunya

923 views

Published on

Published in: Education
  • Be the first to comment

Tiba waktunya

  1. 1. Maksud sajakRANGKAP 1Arus globalisasi telah berlaku dengan pantas meliputi pelbagai bidang.Oleh itu, manusia perlu merebut peluang yang ada selari dengan perubahan zaman.RANGKAP 2Wanita tidak perlu memikirkan perkara-perkara yang bakal menimbulkan kekeliruan untuk membuat pilihan kerana akan merugikan masa. Perkara yang lebih penting ialah wanita perlu merebut peluang yang ada dalam usaha memajukan diri dan keluarga.
  2. 2. RANGKAP 3Penyajak menyarankan agar wanita zaman siber berani meluahkan idea ke tengah arena negara. Penglibatan wanita dalam pelbagai bidang mampu memacu negara mencapai wawasan.RANGKAP 4Mereka perlu keluar daripada kongkongan kedaifan dan meleraikan semua yang mengelirukan. Mereka juga perlu berani, berkeyakinan tinggi, tabah di samping menjaga budi pekerti serta hebat semua bidang.
  3. 3. RANGKAP 5Penyajak mengajak wanita supaya mengangkat martabat mereka dengan kekuatan akal dan tenaga fizikal. Dengan berbekalkan keimanan dan kecekalan, penyajak menyarankan wanita menggerakkan keupayaan maksimum.RANGKAP 6Sekaranglah masanya untuk wanita berada di puncak pentas dunia.
  4. 4. TEMAUsaha mengangkat martabat wanita
  5. 5. PERSOALANPeranan wanita dalam masyarakatKepentingan wanita menjadi seorang yang beraniPersaingan manusia dalam mengejar kemajuan dalam zaman moden
  6. 6. GAYA BAHASAALITERASIMerebut tunas-tunas harapan yang hijauASONANSIDari putik dan pucuk berembun kemilauMETAFORATunas-tunas harapanHIPERBOLAAngin musim semakin deras dan ganas
  7. 7. BENTUKTerdiri daripada enam rangkapRima akhirnya bebas:aabcc, aaaaabb, abcc, aabbbb, a abbb dan aaSajak ini berbentuk bebas
  8. 8. NILAIKEBERANIANWanita kini perlu berani mengemukakan idea dan melibatkan diri dalam pelbagai bidang untuk pembangunan negara.KEYAKINAN DIRIWanita kini perlu memiliki keyakinan diri dalam menempuh arus perdana dalam hidupKECEKALANKecekalan penting untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu bidang
  9. 9. PENGAJARANWanita hendaklah berani menghadapi cabaran dalam zaman moden ini demi kejayaan diri sendiriKita mestilah cekal dalam meniti kehidupan demi kesejahteraan hidupWanita mestilah menjaga iman dan adab sopan agar terpelihara daripada godaan dunia
  10. 10. SOALAN1.Nyatakan dua gaya bahasa yang terdapat dalam sajak Tiba Waktunya.2.Nyatakan dua nilai yang dapat dipetik dalam sajak ini.3.Apakah tema bagi sajak Tiba Waktunya?
  11. 11. JAWAPAN1. Dua gaya bahasa yang terdapat dalam sajak ini ialah gaya bahasa metafora contohnya tunas-tunas harapan dan gaya bahasa hiperbola iaitu angin musim semakin deras dan ganas2. Antara nilai yang dapat dipetikdalam sajak ini ialah nilai keberanian iaitu wanita perlu berani melibatkan diri dalam pembangunan negara. Selain itu nilai kecekalan juga harus ada dalam diri wanita kerana ia penting untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu bidang.3. Tema bagi sajak ini ialah usaha mengangkat martabat wanita.

×