Objek Asing Dalam Organ Deria Bantu Mula

6,031 views

Published on

Bantu Mula-Objek asing dalam organ deria

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
6,031
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1,148
Actions
Shares
0
Downloads
105
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Objek Asing Dalam Organ Deria Bantu Mula

  1. 1. OBJEK ASING DALAM ORGAN DERIA DISEDIAKAN OLEH: AHMAD NOORNIZAM BIN SHAMSUDIN
  2. 2. ISI KANDUNGAN  DEFINISI OBJEK ASING DALAM ORGAN DERIA MATA Anatomi Mata Objek Asing Dalam Mata Simptom objek asing dalam mata Bagaimana objek asing masuk ke dalam mata? Bantu mula - Rawatan bagi objek asing yang tidak boleh dikeluarkan
  3. 3. TELINGA Anatomi Telinga Objek Asing Dalam Telinga Bantu mula Serangga Dalam Telinga Kaedah Menggunakan Minyak Zaitun Kaedah Menggunakan Air
  4. 4. HIDUNG Anatomi Hidung Objek Asing Dalam Hidung Simptom objek asing dalam hidung Bantu mula
  5. 5. KESIMPULAN
  6. 6. DEFINISI OBJEK ASING DALAM ORGAN DERIA  Objek asing ialah bahan atau benda yang tidak sepatutnya berada dalam organ deria seperti mata, hidung dan telinga.  Contoh: Debu, serpihan batu bata, serpihan kayu, serpihan kaca, serangga atau sebarang objek yang kecil.
  7. 7. Objek Asing Dalam Mata  Mata dilindungi oleh kelopak mata, bulu mata dan air mata.  Objek asing dalam mata bermaksud objek kecil berada di bawah kelopak mata yang tidak menembusi bola mata , cuma memasuki atau terlekat pada bola mata.
  8. 8. Simptom objek asing dalam mata i. Pendarahan dari salur darah pada permukaan mata ii. Pandangan menjadi kabur iii. Terasa seperti ada sesuatu dalam mata iv. Rasa sakit dan kadang kala keterlaluan v. Mata menjadi merah vi. Sensitif pada cahaya vii. Mata berair viii. Berdarah
  9. 9. Bagaimana objek asing masuk ke dalam mata?  Habuk atau debu yang diterbangkan angin terperangkap dalam mata  Bekerja di persekitaran yang berhabuk, (habuk kayu gergaji atau habuk daripada kerja mencanai besi)  Melakukan kerja- kerja membersihkan halaman rumah  Bekerja di bawah kenderaan Langkah pencegahan - pakai pelindung mata semasa melakukan kerja yang berisiko menyebabkan benda asing boleh terperangkap dalam mata.
  10. 10. Bantu mula 1. Nasihatkan mangsa supaya jangan menggosok mata. Dudukkan dia dengan menghadap ke arah cahaya. 3. Buka kelopak mata perlahan –lahan dengan menggunakan ibu jari dan jejari anda. Periksa setiap bahagian mata mangsa.
  11. 11. 1. Buka kelopak mata perlahan –lahan dengan menggunakan ibu jari dan jejari anda. Periksa setiap bahagian mata mangsa. 3. Jika objek asing itu boleh dilihat, cuci mata dengan air yang dituang dari dalam gelas atau air terus daripada paip yang dialirkan secara perlahan- lahan.
  12. 12. 5. Sekiranya tidak berjaya, cuba keluarkan dengan menggunakan kapas yang lembab, sudut tisu yang lembab atau tuala yang bersih, dengan syarat benda asing itu tidak melekat. 6. Sekiranya objek berada di bawah kelopak mata, tarik bulu mata dan kelopak mata ke atas kelopak mata bawah. Kerdipkan mata bawah air mungkin akan membuat objek yang berada di dalam mata terapung.
  13. 13. Rawatan bagi objek asing yang tidak boleh dikeluarkan 1. Tutup mata yang cedera dengan pad dan pembalut supaya terdapat tekanan lembut pada mata itu. 2. Balut kedua-dua belah mata untuk mengelakkan pergerakan pada mata yang baik yang boleh menyebabkan pergerakan pada mata yang cedera. 3. Tenangkan pesakit. 4. Bawa mangsa ke hospital.
  14. 14. Anatomi Telinga
  15. 15. Objek Asing Dalam Telinga  Objek atau serangga yang memasuki telinga boleh mengakibatkan hilang pendengaran seketika dan boleh merosakkan gegendang telinga.  Ia sering berlaku di kalangan kanak- kanak kerana mereka sering memasukkan objek- objek kecil atau menjolok telinga dengan objek tertentu.  Objek asing ini akan menutup salur telinga atau merosakkan gegendang telinga.
  16. 16. Bantu Mula I. Tenangkan mangsa. III. Sekiranya objek tersebut dapat dilihat dari luar dan boleh dikeluarkan dengan mudah, keluarkan objek tersebut dengan cermat menggunakan tangan atau pengepit. V. Dapatkan rawatan doktor bagi memastikan keseluruhan objek berkenaan telah dikeluarkan.
  17. 17. Sekiranya didapati objek yang agak kecil tersekat di dalam telinga, jangan cuba untuk mengeluarkannya menggunakan pengepit atau objek lain kerana ia menyebabkan kececederaan yang lebih serius
  18. 18. Mengeluarkan benda asing menggunakan penyepit
  19. 19. Gegendang telinga yang normal dan pecah
  20. 20.  Gunakan bantuan daya tarikan graviti bagi mengeluarkan objek tersebut.  Telengkan kepala agar telinga yang berkenaan menghadap ke bawah.  Jangan mengetuk kepala mangsa, gerakkan kepala mangsa secara perlahan- lahan dalam keadaan telinga menghadap ke bawah.  Jika objek tersebut gagal Telengkan kepala mangsa ke bawah dikeluarkan bawa mangsa ke hospital.
  21. 21. Serangga Dalam Telinga  Jangan biarkan mangsa mengorek telinga dengan jari kerana ini akan menyebabkan serangga menyengat.  Telengkan kepala agar telinga mangsa menghadap ke atas, perhatikan sekiranya serangga itu terbang atau merayap keluar Telengkan kepala mangsa ke atas
  22. 22. Kaedah Menggunakan Minyak Zaitun  Tuangkan minyak zaiton atau ‘baby oil’ ke dalam telinga.  Tarik cuping telinga dengan cermat ke belakang dan ke atas bagi orang dewasa dan tarik ke belakang dan ke bawah bagi kanak-kanak.  Serangga itu akan lemas dan terapung dalam minyak.  Jangan gunakan minyak bagi mengeluarkan objek lain selain daripada serangga kerana minyak boleh menyebabkan objek berkenaan mengembang.
  23. 23. Kaedah Menggunakan Air  Suruh mangsa duduk  Pegang kepalanya dengan telinga yang sakit menghala ke atas.  Tuangkan air suam-suam kuku secara perlahan- lahan ke dalam telinga supaya serangga terapung keluar.
  24. 24. Anatomi Hidung
  25. 25. Objek Asing Dalam Hidung  Kanak- kanak suka memasukkan manik atau objek kecil daripada bahan mainan ke dalam hidung.  Hidung boleh tersumbat atau tersekat secara tiba- tiba oleh objek atau benda asing.  Objek-objek yang tajam boleh mencederakan tisu-tisu hidung. Manakala objek-objek yang licin boleh menyebabkan hidung tersumbat dan infeksi.
  26. 26. Simptom objek asing dalam hidung  Kesukaran untuk bernafas melalui hidung  Mengalami kegagalan untuk menghidu (bau) sekiranya objek itu tertinggal atau tersekat di dalam hidung  Rasa hendak bersin  Hidung berair  Hidung berbau atau hingus yang berdarah jika objek asing tersebut sudah agak lama berada di dalam hidung
  27. 27. Bantu mula  Tenangkan mangsa dan nasihatkan agar bernafas secara perlahan-lahan melalui mulut.  Perlahan – lahan tutup lubang hidung yang sebelah lagi dan minta mangsa menghembus nafas atau objek yang terperangkap di dalam hidung itu keluar.  Elakkan menghembus melalui lubang hidung tersebut dengan kuat atau kerap.  Dapatkan rawatan di hospital sekiranya cara yang dilakukan di atas tidak berkesan.
  28. 28. Bernafas melalui mulut
  29. 29. Kesimpulan  Organ deria merupakan bahagian yang sangat lembut dan sensitif .  Kemasukan benda asing memberi kesan yang serius.  Langkah- langkah keselamatan perlu diambil bagi melindungi organ deria daripada dimasuki benda asing kerana ia mengakibatkan buta atau hilang pendengaran.  Sebarang masalah yang wujud akibat kemasukan benda asing ke dalam organ deria, perlu dirujuk kepada pakar perubatan dalam usaha untuk menyelamatkan mangsa.

×