Huraian fn dan fk

508 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
508
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
4
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Huraian fn dan fk

  1. 1. 1.Binaan Frasa Nama: Pembentukan binaan frasa nama biasanya terbentuk daripada satu perkataan sahaja dan sederetan perkataan. Jika binaan frasa nama itu terbentuk oleh sederetan perkataan maka wujud dua jenis hubungan antara perkataan itu. Jenis pertama ialah jenis yang terdiri daripada satu perkataan yang merupakan inti bagi seluruh frasa nama itu, Sementara perkataan atau perkataan yang lain merupakan penerang-penerangnya. Manakala jenis yang kedua ialah jenis yang terdiri daripada dua unsur inti di dalamnya. Inti ialah unsur yang diberi penumpuan makna dan mewakili seluruh frasa itu dari segi makna, sementara penerang merupakan unsur yang menerangkan makna dalam inti itu. Misalnya, dalam frasa nama kereta proton itu intinya ialah kereta, sementara proton dan itu ialah penerang-penerang yang menerangkan kereta. (Nik safiah karim dan rakan-rakan) Frasa Nama subjek Predikat Kereta Proton Malaysia Akan dilancarkan bulan depan. Ketua Masyarakat itu Ayah saya Askar Melayu Diraja berbaris di padang Berlagak Ke sana ke mari menjadi tabiatnya Perbuatan Makan suap akan menjejaskan ekonomi negara Kelakuan baik Selalu mendapat pujian Contoh-contoh frasa nama yang mengandungi binaan inti +inti adalah seperti yang berikut: Frasa Nama subjek Predikat Inti Inti Pinggang mangkuk tersusun dengan rapi di atas para ibu bapa harus memberikan perhatian kepada anak-anak. Kerusi meja Itu dikhaskan untuk pelajar-pelajar sekolah.
  2. 2. Pemuda pemudi digalakkan mengikuti program itu. Suami isteri Perlulah mengasihi anak-anak. 1.1 Binaan Frasa Nama: Inti + Penerang Frasa nama yang mengandungi unsur-unsur yang mempunyai hubungan inti + Penerang terdiri daripada dua jenis yang berbeza iaitu: a. Inti + penerang nama b. Inti + penerang bukan nama A. Inti + penerang nama: Dalam binaan frasa nama jenis ini semua konstituen terdiri daripada kata nama; iaitu intinya terdiri daripada kata nama dan penerang juga adalah kata nama. Kata nama yang mengisi unsur penerang boleh merupakan: Jenis unsur penerang Penerang nama keturunan Penerang nama jenis Penerang nama penyambut Penerang nama kegunaan Penerang nama kelamin Penerang nama tempat Penerang nama arah Penerang nama anggota badan Penerang nama tenaga penggerak Penerang nama hal atau perkara Penerang nama milik Penerang nama khas Penerang nama panggilan atau gelaran Penerang-penerang nama ini sebenarnya memberikan keterangan lanjut tentang aspek- aspek tertentu pada inti kata nama
  3. 3. Inti + penerang nama keturunan: Penerang nama keturunan menerangkan aspek salasilah pada inti kata nama Contohnya: Frasa Nama Inti Penerang Nama Keturunan Kaum Iban Keturunan Bugis Pelajar Amerika Bahasa Tamil Orang Cina Suku bangsa Kadazan Inti + Penerang nama jenis: Penerang nama jenis ini menerangkan jenis-jenis tertentu bagi nama-nama itu. Contohnya: Frasa Nama Inti Penerang Nama jenis Beg Kulit Kuda Belang Kerusi Plastik pokok Getah kelapa Sawit Gelang Emas Pingat Perak Meja Rotan Buah Durian Air Limau Almari Kayu Buku Matematik
  4. 4. Inti + penerang nama penyambut: Penerang nama penyambut menerangkan perkara atau benda yang menjadi objek atau penyambut kepada alat atau perlaku yang ada pada inti, misalnya pemotong kayu; kayu ialah penyambut kerja dengan alat pemotong. Frasa Nama Inti Penerang Nama Penyambut Pisau Sayur Pembaca Berita pengurus Syarikat Pemandu Lori Pemotong Kayu Penyambut Tetamu Pengurus Pasukan Inti + penerang nama kegunaan: Penerang nama kegunaan ialah unsur yang menerangkan makna fungsi atau peranan kepada inti, misalnya pisau penyukur.Penyukur ialah kegunaan yang ditimbulkan oleh alat. Contohnya: Frasa Nama Inti Penerang Nama kegunaan Kayu Pengukur sabun Pencuci Tali Pengukur getah Pemadam jamu Pengawet minyak Pelincir Batu Pangasah Racun Perosak Kayu Pemukul
  5. 5. Inti + penerang nama kelamin: Penerang nama kelamin ialah nama yang menerangkan jenis jantina bagi inti Contohnya: Frasa Nama Inti Penerang Nama Kelamin Ayam Betina lembu Jantan kaum Perempuan orang Lelaki budak Lelaki anak Perempuan Inti + penerang nama tempat : Penerang tempat ialah unsur yang menerangkan lokasi inti, misalnya masyarakat barat. Barat ialah tempat masyarakat golongan yang tinggal di kawasan tersebut. Contohnya: Frasa Nama Inti Penerang Nama Tempat Penduduk Pedalaman Anak Desa orang Asing Melayu Sarawak Masyarakat Kota Wagra Malaysia Golongan Elite Cina Melaka Pinggir Kota Tepi Hutan
  6. 6. Inti + penerang nama arah: Penerang nama arah ialah unsur yang menerangkan hala bagi inti Contohnya: Frasa Nama Inti Penerang Nama arah Monsun Barat daya Wilayah Timur Koridor Selatan Ruang Tengah simpang Kanan Inti+ penerang nama anggota badan: Penerang nama anggota badan menerangkan bahagian tubuh badan yang berkaitan dengan inti itu. Contohnya: Frasa Nama Inti Penerang Nama Anggota Badan Telunjuk Kaki sarung Tangan penyakit Kulit batang Hidung penyejuk Muka Tudung Kepala Anting Telinga Barah Usus Jam Tangan Pengikat Rambut Bedak Badan Pengutip Kuku Gelang Kaki
  7. 7. Inti + penerang nama tenaga penggerak: Penerang nama tenaga penggerak ialah unsur yang menyatakan daya yang menggerakkan benda dalam inti. Misalnya jam bateri; bateri ialah tenaga yang menggerakkan jam contohnya: Frasa Nama Inti Penerang Nama Tenaga Penggerak kereta Kuda kapal Layar Seterika Arang Lampu Minyak mesin Tangan Kipas Elektrik perahu Galah Dapur Gas Inti + penerang nama perihal atau perkara: Penerang nama perihal ialah unsur yang menerangkan hal atau perkara tentang inti, misalnya slip peperiksaan. Peperiksaan ialah perkara tentang slip itu.contohnya Frasa Nama Inti Penerang Nama Perihal atau perkara sijil Kelahiran borang Penyertaan slip Peperiksaan lesen Pembalakan majlis Penutupan bilik Persidangan garis Permulaan Tarikh Perasmian
  8. 8. Inti + penerang nama milik: Penerang nama milik menerangkan makna kepunyaaan bagi benda dalam inti. Contohnya: Frasa Nama Inti Penerang Nama Milik Kasut Raju Kereta Nasional Kemajuan Malaysia Kulit Buaya Pakaian Calvin Produk Amerika kawasan Jepun keluarga -ku Inti + Penerang nama khas: Penerang nama khas ialah jenis perkataan yang merujuk kata nama khas bagi menerangkan inti. Contohnya: Frasa Nama Inti Penerang Nama khas Bahagian Betong Bandaraya Kuching Sungai Sarawak Gunung Santubong Lautan Hindi selat Melaka Banjaran Titiwangsa Terusan Suez Negeri Sembilan Pulau Pangkor Taman Negara
  9. 9. Inti + penerang nama panggilan atau gelaran: Penerang nama panggilan atau gelaran ialah unsur yang merujuk nama julukan atau penghormatan kepada makhluk atau benda, misalnya Si Tompok, Tan Sri, dan sebagainya. Bentuk ini merupakan kecualian kepada bentuk susunan inti+ penerang nama, iaitu penerang ini terletak di hadapan inti. Frasa Nama Penerang Nama Panggilan Gelalaran Inti Hajah Aminah Si Tompok Nik Kamal Syed Mokhtar Tan Sri Goh YBhg. Datuk Nazir Sang Seladang ustaz Kamarulzaman Haji Khalid YB senator Fatimah Profesor Munir wan Azli Doktor Fazilah Sarjan Hassan Koperal Mathew Laftenan Calvin
  10. 10. 2. Inti + penerang bukan nama : Frasa nama juga boleh terbentuk daripada inti yang menerima penerang bukan daripada jenis kata nama. Penerang bukan nama terdiri daripada penerang- penerang yang dibentuk oleh perkataan yang bukan daripada kelas kata nama, iaitu: A. Inti + penerang penentu: Penerang penentu ialah unsur yang memberikan sifat ketentuan kepada kata nama dan kedudukannya boleh di hadapan atau di belakang inti. Terdiri daripada dua jenis golongan penerang penentu kata nama, iaitu: I. Penentu hadapan II. Penentu belakang Penentu hadapan: Penentu hadapan ialah unsur-unsur yang hadir di hadapan kata nama, dan unsur- unsur itu terdiri daripada kata bilangan yang boleh diikuti oleh penjodoh bilangan, seperti yang terdapat dalam contoh di bawah ini: Frasa Nama Penentu Hadapan Inti Bilangan Penjodoh bilangan Lima jambak Bunga Ros
  11. 11. Sepuluh Ekor Ayam Beribu-ribu Orang Penonton Lapan Utas Tali Beberapa Pucuk Senapang Segala - Kelengkapan Kesemua - Pekerja Keempat-empat Ekor Unta Penentu belakang: Penentu belakang ialah unsur-unsur yang hadir sesudah kata nama, dan unsur- unsur itu terdiri daripada kata penentu itu dan ini, seperti yang terdapat dalam contoh berikut: Frasa Nama Inti Penentu Belakang Kereta Itu Orang Ini Bangunan Itu Peserta Ini Pemenang Itu Inti + Penerang kata kerja: Penerang kata kerja atau akar kerja umumnya menerangkan perlakuan kepada inti. Misalnya kolam renang; renang ialah perlakuan yang berkaitan dengan tempat itu.contohnya: Frasa Nama Inti Penerang kata kerja Kerusi Urut Ruang Rehat Kedai Gunting Tuala Mandi
  12. 12. Inti + penerang kata adjektif: Penerang kata adjektif ialah unsur yang menerangkan makna sifat bagi inti. contohnya: Frasa Nama Inti Penerang kata Adjektif Anak Muda Warna Merah tua Minyak Wangi Bulan Terang Tahun Baharu Kulit Putih Rumah Haram Penutur Asli Emas Tulen Sekolah Rendah Inti + penerang kata adverb: Penerang kata adverb ialah unsur yang menerangkan cara atau masa bagi kata nama inti. Contohnya: Frasa Nama Inti Penerang kata Adverba Masa Serentak Cara Demikian Hari Lusa Ketibaan Nanti Hujan Begitu Lawatan Julung kali Kedatangan Sering kali Jawapan Sekali gus Kemasukan Kemudian
  13. 13. Inti + penerang frasa sendi nama Penerang frasa sendi nama ialah unsur-unsur yang mengadnungi kata sendi nama diikuti kata nama atau frasa nama, dan mendukung antaranya makna tempat, waktu, bahan asal dan matlamat. Contohnya: Frasa Nama Inti Penerang Frasa sendi Nama Sendi Nama Nama rumah Di Bandar wang Pada Saya kehidupan Pada Masa kini sumbangan kepada Negara hadiah Untuk Adik Penghargaan kepada Abang suasana Di Pasar Tamu Inti + penerang bilangan ordinal: Penerang bilangan ordinal ialah kata bilangan yang menunjukkan kedudukan dari segi urutan bilangan, misalnya pertama, kedua, kesepuluh, keseratus, dan sebagainya. Unsur-unsur demikian hadir sesudah inti. Contohnya: Frasa Nama Inti Penerang ordinal Tajuk Pertama Peserta Kesepuluh Rukun Kelima Kateogari Ketiga Pelakon Keseratus Bab Ketiga Aras Satu Tingkat Kesembilan
  14. 14. Binaan Frasa Nama: Inti + Inti: Binaan Frasa nama Inti + inti tidak mempunyai unsur penerang makna keseluruhan frasa nama itu didukung oleh kedua-dua kata nama inti. Oleh itu, binaan jenis ini tidak mempunyai makna penerang. Ada dua golongan frasa nama dari jenis inti + inti, iaitu berdasarkan makna yang didukung oleh perkataan-perkataan: I. Inti + inti dengan maksud sama erti II. Inti + inti dengan maksud lawan erti I. Inti + Inti dengan maksud sama erti: Perkataan-perkataan yang mengisi kedua-dua inti dalam binaan frasa nama demikian membawa makna sam erti, iaitu merupakan semacam ulangan. Contohnya: Frasa Nama Inti Inti Tubuh Badan Rakan Taulan Wang Ringgit Rebut Taufan Hutan Rimba Pinggang Mangkuk Sawah Lading Hamba Abdi Kampung Halaman Jiran Tetangga Suku Sakat ii. Inti + Inti dengan maksud lawan erti Perkataan-perkataan yang mengisi kedua-dua inti dalam binaan frasa nama jenis ini membawa makna yang berlawanan. Contohnya:
  15. 15. Frasa Nama Inti Inti Tua Muda Kerusi Meja Jantan Betina Lelaki Perempuan Ibu Bapa Saudara Saudari Tuan Puan Datuk Nenek Abang Adik Teruna Dara Rakan Teman Kecualian Hukum D-M Kecualian peraturan D-M, iaitu penerang mendahului unsur yang diterangkan, boleh berlaku akibat kebiasaan dalam penggunaan terutama pada nama-nama jawatan. Contohnya: Frasa Nama Penerang (M) Yang Diterangkan (D) Perdana Menteri Timbalan Menteri Naib Presiden Naib Yang dipertua Naib Canselor Timbalan Pengerusi Pembantu Penyelidik Ibu Pejabat Naib Setiausaha
  16. 16. 2.Binaan Frasa kerja: Frasa kerja ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya kata kerja. Kata kerja boleh merupakan kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif boleh hadir bersendirian atau diikuti oleh satu atau sederetan perkataan, manakala kata kerja transitif mesti diikuti oleh objek serta unsur-unsur lain. Contoh frasa kerja adalah seperti ayat-ayat yang berikut: (Nik Safiah Karim dan rakan-rakan) Definisi frasa kerja: • Tatabahasa Tradisional: Sekumpulan kata yang mempunyai fungsi sintaksis yang sama dengan kata kerja tunggal. Contoh: Orang itu sedang melukis. • Tatabahasa Transformasi Generatif: Konstituen ayat yang mengandung predikat atau pelengkap atau adjung berbanding dengan frasa nama subjek. Contoh: Mahasiswa mengelilingi Kuala Lumpur kelmarin (Universiti Putera Malaysia Net) Binaan Frasa Kerja Tanpa Objek @ kata kerja tak transitif: Frasa kerja yang tidak mengandungi frasa nama sebagai objek terdiri daripada satu jenis kata kerja sebagai intinya, yang disebut kata kerja tak transitif. Kata kerja tak transitif ialah sejenis kata kerja yang tidak perlu disambut oleh sebarang frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannya. Frasa nama sebagai objek boleh ditakrifkan sebagai unsur yang mengikuti kata kerja transitif dalam ayat aktif, dan ayat demikian boleh mengalami proses pasif. Jika sesuatu ayat aktif tidak dapat dipasifkan, maka itu bererti kata kerja dalam ayat tersebut bukan kata kerja transitif dan oleh itu tidak berobjek. Ada tiga jenis kata kerja tak transitif, seperti yang berikut:
  17. 17. Kata kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap: Kata kerja yang mempunyai makna lengkap. Oleh itu, kata kerja ini tidak memerlukan pelengkap untuk berfungsi dalam ayat. Contohnya: Kata kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap Semua mahasiswa duduk Mereka akan pulang Buah hatinya menangis Permata idamannya hilang Bunga berguguran Monyet bergayutan Beliau berkorban (demi cinta sucinya) Mahasiswa ini menjeling (dengan jelingan membunuh) Kainnya terlucut Buah yang tergantung itu telah gugur Rambutnya memutih
  18. 18. Kata Kerja Tak Transitif dengan Pelengkap: Kata kerja tak transitif yang dapat menerima pelengkap ialah kata kerja yang tidak mempunyai makna yang lengkap sekiranya tidak diikuti oleh unsur pelengkap. Namun, Unsur –unsur itu bukanlah objek kerana ayatnya tidak boleh dipasifkan. Antara contoh kata kerja tak transitif demikian termasuklah beransur, tinggal,menjadi,berbuat, ada, berbantalkan, bertilamkan dan sebagainya. Unsur- unsur yang menjadi pelengkap kepada kata kerja tak transitif demikian boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu: Kata adjektif sebagai pelengkap: Pelengkap kata adjektif seperti genting, kukuh, jahat, baik, lemah, miskin, adil dan selainnya hadir sesudah kata kerja tak transitif untuk melengkapkannya. Contohnya: Kata adjektif sebagai pelengkap Keadaan orang itu beransur sihat tenaganya menjadi lemah seniman itu berbuat baik. Orang kampung itu masih tinggal miskin Ekonomi negara kita bertambah kukuh Mereka tidak berbuat jahat Semua pemimpin hendaklah berlaku adil
  19. 19. Frasa sendi nama sebagai pelengkap: Frasa sendi nama sebagai pelengkap yang hadir selepas kata kerja tak transitif mendukung makna ‘tempat’ sebagai unsur-unsur yang melengkapkan kata kerja tak transitif. Contoh kata kerja demikian ialah berada, tinggal, menetap, bermastautin, membelok dan singgah. Frasa sendi nama sebagai pelengkap pemuda itu tinggal di atas pokok isterinya berada di kampung bapanya berumah di tepi pantai pelancong itu singgah di Bukit Berapit perahunya membelok ke kiri Kata nama sebagai pelengkap: Ada kata kerja tak transitif tertentu yang mesti diikuti oleh pelengkap kata nama. Pelengkap yang demikian boleh dibezakan daripada kata nama sebagai objek atas dasar pelengkap tidak boleh dijadikan subjek dalam ayat pasif. Ada dua kumpulan kata kerja tak transitif yang memerlukan pelengkap demikian. Pertama, kata kerja yang berimbuhan ber-….-kan. Contohnya: Kata nama sebagai pelengkap rumah Dara beratapkan genting rumah Uda beratapkan nipah keluarganya ada kebun durian padi Wan Empok dan Wan Malini berdaunkan perak anaknya menjadi pramugari Pak Kaduk berbajukan kertas Dia berbantalkan lengan Pengemis itu bertilamkan rumput Pak kaduk berbajukan kertas Pengembara itu berselimutkan embun Pokok padi wan Empuk berbatangkan tembaga
  20. 20. Kata Kerja Tak Transitif dengan kata Nama sebagai Penerang: Kata nama sebagai penerang yang mengikuti kata kerja tak transitif bukanlah objek kerana ayat yang mengandunginya tidak boleh dipasifkan. Kata nama tersebut hanya menjadi penerang bagi kata kerja tak transitif dan bukan pelengkap kerana kata nama penerang boleh ditiadakan tanpa merosakkan kesempurnaan makna kata kerja demikian. subjek Frasa kerja Kata kerja Penerang suaminya berkain batik Kegemaran isterinya berniaga rempah Ketiga-tiga isterinnya berbaju Kebaya Mahasiswa itu belajar bahasa Hindi Perahu kecil belayar malam Kegemarannya mengendap Orang Kesukaannya berkebun Ubi Keluarganya berkedai Nasi kandar Binaan Frasa Kerja dengan Objek: Frasa kerja yang mengadungi frasa nama sebagai objek ialah yang dibentuk oleh kata kerja transitif sebagai intinya dan frasa nama yang mengikuti kata kerja itu sebagai objek atau penyambutnya.
  21. 21. (a). Izati makan nasi mentah ( aktif) (b). Nasi mentah izzati makan ( aktif songsang) (c). Nasi mentah dimakan (oleh) izati (pasif) (d) Dimakan (oleh) izati nasi mentah ( pasif songsang) (a) Pemburu menikam harimau dengan lembing (aktif) (b) Dengan lembing pemburu menikam harimau ( aktif songsang) (c) Harimau ditikam (oleh) pemburu dengan lembing (pasif) (d) Dengan lembing harimau ditikam oleh pemburu ( Pasif songsang) Frasa kerja dengan satu objek: Frasa kerja dengan satu objek adalah seperti yang terdapat dalam ayat-ayat berikut: a) Jamu itu dapat menguatkan tenaga (aktif), tenaga dapat dikuatkan (oleh) jamu itu (pasif). b) Zainuddin meminjamkan payung kepada Hayati (aktif), payung dipinjamkan oleh Zainuddin kepada Hayati (pasif). c) Pemuda itu menyewa kereta (aktif), kereta disewa (oleh) pemuda itu (pasif). d) Isterinya mengambil semangkuk bubur (aktif), semangkok bubur diambil (oleh) isterinya (pasif). e) Mastura memetik bunga tanjung (aktif), bunga tanjung dipetik (oleh) Mastura (pasif). Frasa kerja Dengan Dua Objek: Frasa kerja yang mengandung objek tepat dan objek sipi. Objek tepat ialah penyambut secara langsung, dan objek sipi ialah penyambut secara tidak langsung. Contoh:
  22. 22. *Contoh di atas menunjukkan bahawa objek tepat sahaja yang dijadikan subjek dalam ayat pasif, iaitu menjadi unsur yang diterangkan, sedangkan objek sipi tidak boleh diberikan fungsi itu.* Frasa Kerja dengan Kata Bantu: Dalam ayat unsur kata bantu boleh disertai oleh kata penguat. Kata bantu menerangkan kata kerja dari dua sudut makna mengikut makna yang didukung oleh kedua-dua jenis kata bantu, iaitu: Frasa kerja dengan dua objek Canselor menganugerahi graduan ijazah (aktif), graduan dianugerahi canselor ijazah (pasif), canselor menganugerahkan ijazah kepada graduan (aktif), ijazah dianugerahkan canselor kepada graduan (pasif). Ibu membeli anaknya pakaian (aktif), anaknya dibeli ibu pakaian (pasif), ibu membelikan pakaian untuk anaknya (aktif), pakaian dibelikan ibu untuk anaknya (pasif).
  23. 23. Kata Bantu Aspek: Kata bantu aspek menerangkan waktu pada kerja yang dilakukan, iaitu sama ada kerja itu akan, sedang, masih, baru, mula atau belum dilakukan. Kata bantu aspek tergolong kepada tiga jenis aspek masa berdasarkan sama ada perbuatan itu sudah, sedang, atau belum dilakukan. Contohnya: Kata Bantu Aspek Sudah dilakukan Sedang dilakukan Belum dilakukan Sudah Telah Pernah baru Sedang Masih mula Belum akan Kehadiran kata bantu aspek dalam ayat Rosini sudah berkahwin pada malam kelmarin. Majapahit telah menyerang Melaka Iraq pernah menawan Kuwait mahasiswa itu sedang berangan-angan pemuda itu masih bersembunyi bulan belum mengambang orang tua itu akan berhijrah ke Ipoh… Kata Bantu Ragam: Kata bantu ragam yang hadir sebelum kata kerja dalam frasa kerja ialah perkataan yang menerangkan ragam atau suasana perasaan sesuatu perbuatan itu dilakukan, misalnya sama ada seseorang itu mesti melakukan, hendak melakukan atau berkeupayaan melakukan sesuatu perbuatan itu. Antara kata bantu jenis ini termasuklah:
  24. 24. Contoh Kata Bantu Ragam Mungkin Hendak Mahu Harus Enggan Boleh Dapat Mesti patut Kehadiran kata bantu ragam dalam ayat Kedua-dua remaja itu hendak bergusti. dia mahu meningkatkan prestasi kerja kami harus bergegas ke sana kamu boleh balik pada petang nanti kita mesti berkorban untuk negara Kata bantu ragam juga boleh berpasangan sesama sendiri untuk mengungkapkan ragam atau suasana perasaan mengikut konteksnya. Contohnya: *Mahasiswa itu harus mahu mengambil peperiksaan, kedua-dua ibu bapanya harus dapat ke Mekah tahun ini, suaminya mesti mahu berkahwin lagi, kita mesti dapat mengambil buah yang tergantung itu…
  25. 25. Kehadiran kata bantu dalam ayat: Kata Bantu Aspek + Kata Bantu Ragam: Kata Bantu Aspek + Kata Bantu Ragam kedua-duanya sedang hendak terjun ke jurang. suaminya belum hendak mandi lagi Ahmad akan dapat mengambil hadiahnya pagi esok yang biru itu masih belum berumah tangga saudara belum boleh beristeri dua… Kata Bantu Ragam + kata Bantu Aspek: Kata Bantu Ragam + kata Bantu Aspek buah hatinya mesti akan merinduinya siang dan malam. yang tersenyum itu harus sudah berpunya. mahasiswa itu mesti sudah berkhatan pemuda itu harus telah pergi ke sempadan Thailand mahligai itu mesti telah roboh. Frasa kerja dengan Ayat Komplemen: Frasa kerja sama ada mengandungi kata kerja transitif atau tak transitif boleh menerima ayat komplemen. Apabila ini berlaku ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk. Contohnya:
  26. 26. Frasa Kerja Transitif + Ayat Komplemen Halim menafikan bahawa dia akan berkahwin lagi. Mahasiswa itu mengakui bahawa dialah yang bersalah. Pegawai itu mengumumkan bahawa perdana menteri akan melawat IPG minggu depan. Naib censelor mengatakan bahawa mahasiswa yang merusuh akan dikenakan tindakan tegas Frasa Kerja Tak Transitif + Ayat Komplemen Orang itu gagal untuk menjawab akuan nikah. Beliau telah bersedia untuk menerima hukuman. Pekebun itu tahu bahawa banjir akan melanda bila-bila masa. Penuntut IPG berpendapat bahawa cuti hujung tahun haruslah dipanjangkan. Amir tahu bahawa Majnum masih cinta padanya Pemuda itu tahu bahawa cintanya ada di mana-mana. Unsur Keterangan dalam Frasa kerja: Unsur keterangan dalam frasa kerja terdiri daripada unsur yang menerangkan kata kerja itu dengan lebih lanjut lagi. Unsur keterangan ini juga berfungsi sebagai frasa adverb. Dalam ayat susunan biasa, unsur keterangan hadir sesudah kata kerja. Bagi kata kerja transitif, unsur keterangan hadir selepas objek. Dari segi struktur binaannya, unsur keterangan terdiri daripada frasa sendi nama, frasa adjektif, frasa nama. Contohnya:
  27. 27. Frasa sendi nama angin bertiup dengan sepoi-sepoi bahasa. mesyuarat akan berbincang tentang perkara itu banjir melanda dengan tiba-tiba. Frasa ajektif pakaiannya berbau amat busuk burung tempua terbang tinggi makanannya berbau tengik Frasa Nama rombongan pengantin telah tiba kelmarin dia akan bertolak pagi ini kapal terbang akan berlepas esok Kehadiran keterangan dalam Frasa Kerja: Kehadiran Keterangan dalam Frasa Kerja kb + KKT + Obj + Ket: akan membina rumah di pinggir bandar, akan memburu rusa di gunung Kinabalu kb + KKT + AKomp + Ket: hendak memperincikan laporan seminar yang telah diadakan pada bulan Januari 2004, telah menafikan bahawa perkara itu adalah benar pada masa itu.
  28. 28. kb + KKTT + Pelengkap + Ket: masih tinggal di Terengganu dengan keluarganya, akan pergi ke Kelantan pada minggu hadapan kb + KKTT + AKomp + Ket: telah berjaya untuk mendapat anugerah dalam pertandingan itu, belum berusaha untuk mendapat restu daripada ibu bapanya. Unsur keterangan Frasa kerja dari sudut Makna. Keterangan tempat dan arah banyak orang bekerja di sawah, orang itu berasal dari Turki, pandangan matanya kena pada jantung, dia menerima berita daripada saudaranya, bungkusan itu diberikan kepada adiknya. Keterangan waktu pementasan itu tamat pada pukul 11.00 malam, dia pergi sejak 10 tahun dahulu, orang itu menunggu anaknya hingga waktu senja, mahasiswa itu menyelesaikan tugasnya dalam masa setengah jam, mesyuarat MIC berakhir jam 3.00 pagi.
  29. 29. Keterangan cara Ditandai oleh kehadiran kata adjektif yang menjadi frasa nama dengan penambahan nya yang didahului oleh kata sendi dengan. Dalam konteks ini, dengan dan nya boleh digugurkan. Contoh: * Bas persiaran itu bergerak (dengan) laju(nya), bas persiaran itu bergerak laju. * Pelajar itu berpidato (dengan) lantang(nya), pelajar itu berpidato lantang * Sungai Pahang mengalir (dengan) tenang(nya), sungai Pahang mengalir tenang. Keterangan tujuan atau harapan pahlawan itu berjuang demi maruahnya, kebanyakan mahasiswa bertindak untuk kepentingan diri, rakyat harus berusaha untuk kemajuan negara, kerajaan membina jambatan untuk kemudahan rakyatnya, orang itu terkorban demi kemerdekaan negara. Keterangan alat pekerja itu datang dengan keretanya, dia memukul ular itu dengan tongkatnya, Panglima Awang telah mengembara ke seluruh dunia dengan perahu layar, orang itu mencucuk lidahnya dengan jarum, petani itu membelah kayu dengan kapak. Keterangan penyertaan presiden itu datang dengan rombongannya, dia selalu pergi dengan setiausahanya, murid-murid melawat zoo dengan gurunya. Keterangan hal/perkara kedua-dua orang itu sedang berbincang tentang masa hadapan, menteri membuat pengumuman tentang perkara itu, Ketua Polis Negara membuat kenyataan tentang laporan itu
  30. 30. Keterangan bagai/seperti/umpama wajahnya berkedut umpama bulan kesiangan, wajahnya berseri-seri bagai bulan purnama, pasangan itu sedang merindu seperti pungguk rindu akan bulan.
  31. 31. Perbezaan antara frasa nama dan frasa kerja:

×