Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Solat Jamak

28,614 views

Published on

Solat Jamak

Published in: Education, Spiritual, Sports
  • ada yg salah faham tentang solat jamak.mcm2 cara kefahaman yg dia org katakan.skrg print utk tatapan utk bijak pandai.
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • samada solat jamak takhir atau jamak taqdim, kedua-duanya tetap solat yg berasingan. solat pertama diikuti dgn solat kedua, maksudnya berturutan, bukannya gabungan dua solat menjadi satu solat.
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • nk tanya ni, adakah samada solat jamak taq'dim atau solat jamak taq'khir menggabungkan kedua-dua solat dan hanya sembahyang satu (2=1) contoh solat jamak takhir, hanya solat (asar/isyak)sahaja berserta dengan niat sahaja aku sembahyang asar 4rakaat serta dijamakkan dengan solat zohor qasar kerana allah taala,
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • Ada gak yang Jamak doang gak pake Qasar?
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here

Solat Jamak

  1. 1. SOLAT JAMAK Jamak ertinya menghimpun dua solat ke dalam satu solat. Solat yang boleh di jamakkan ialah solat Zohor dengan Asar dan Maghrib dan Isyak. Jamak terbahagi kepada 2 bahagian iaitu : Jamak Takdim Soalt Zohor dijamakkan dengna Asar dalam waktu Zohor dan Solat Magrib dengan Isyak dalam waktu Magrib. Syarat Jamak Takdim : Hendaklah dimulakan solat pada waktu yang pertama seperti Zohor kemudiannya i. diikuti dengan Asar dan Maghrib kemudiannya Isyak ii. Niat Jamak dalam solat yang pertama pada permulaan takbiratul ihram iii. Berturut-turut (Muawwalat) antara solat yang pertama dengan solat yang kedua. Jamak Takhir Zolat Zohor dijamakkan dengan Asar dan dilakukan dalam Waktu Asar. Manakala solat Magrib dilakukan pada Waktu Isyak. Syarat Jamak Takhir : Hendaklah diniatkan di dalam hati pada waktu yang pertama yang ia akan i. menangguhkan solatnya hingga ke waktu yang kedua. ii. Masih berada dalam musafir hingga selesai kedua-dua solat. SOLAT QASAR Qasar ertinya memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat sahaja. Solat yang boleh dipendekkan ialah solat Zohor, Asar dan Isyak sahaja. Syarat-syarat sah Solat Qasar ialah : Musafirnya tidak bertujuan maksiat. Perjalanannya melebihi 2 marhalah iaitu 60 batu / 96.6 km Diniatkan qasar solat ketika takbiratul ihram Tidak boleh mengikut imam yang sedang solat sempurna (Tamam) MEngetahui solat qasar itu menjadi harus baginya Mengetahui tempat yang hendak dituj, jika tiada tujuan atau matlamat tidak sah qasarnya Tidak boleh qada qasar soalt yang ditinggalkan semasa di tempat kediamannya tetapi solat yang ditinggalkan semasa dalam musafir boleh di qada' Masih berada dalam musafir hingga selesai solatnya Contoh niat bagi solat qasar adalah seperti berikut (Solat Zohor) :
  2. 2. Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar kerana Allah taala. HAL-HAL YANG BERKENAAN DENGAN JAMA' DAN QASAR Apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah maka ia harus melakukan solat qasar dan jama' sekali. Ertinya ia boleh menjama'kan di antara dua solat dan mengqasarkan sekali. Walau bagaimanapun, ia boleh melakukan di antara satu yang berikut : Menjama'kan dua solat fardhu tanpa qasar Menjama'kan dua solat fardhu dan qasar Terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan melalui cara ini : Niat Jama' Taqdim dan Qasar : i. Solat Zohor dan Asar. Sengaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala Mengerjakannya dengan azan dan diiringi iqamat. Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi tanpa menangguhkan (kecuali mengambil wuduk) dan berniat pula seperti berikut : Sengaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala ii. Solat Maghrib dan Isya' Sengaja aku solat fardhu Magrib dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Isya' kerana Allah Taala Solat maghrib tidak boleh diqasarkan. Cara melaksanakan jamak taqdim maghrib - isya'
  3. 3. sama dengna niat jama' taqdim zuhur-asar. setelah memberi salam kemudian bangun dan iqamat dan berniat seperti berikut : Sengaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala Niat Jama' Takhir dan Qasar: i. Solat Zohor dan Asar Sengaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut : Sengaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala ii. Solat Maghrib dan Isya' Sahaja aku solat fardhu maghrib tiga rakaat dijama'kan dengan isya' tunai kerana Allah Taala. Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut : Sengaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala

×