Ctu 281 kuliah 5 islam dan kreativiti

3,393 views

Published on

Published in: Education
  • Be the first to comment

Ctu 281 kuliah 5 islam dan kreativiti

  1. 1. Islam dan Kreativiti 2.1 Definisi kreativiti 2.2 Dalil al-Quran 2.3 Dalil al-Sunnah 2.4 Etika kreativiti Islam 2.5 Bukti/sumbangan generasi awal Islam
  2. 2. Pendahuluan • Membincangkan persoalan kreativiti, sesungguhnya Allah adalah Pencipta yang Maha Kreatif” dalam menciptakan segala-galanya. • Manusia juga kreatif menghasilkan sesuatu karya, ia hanyalah penciptaan terhadap unsur-unsur yang telah sedia ada dari penciptaan Al-lah s.w.t. • Inilah realiti makhluk dan alam semesta yang bersifat baru dan sementara. • Bermula sejak manusia pertama diciptakan iaitu Nabi Adam a.s. • Kisah Adam dan Hawa mengambil daun-daun di syurga untuk menutup aurat mereka yang ditelanjangkan kerana memakan buah larangan dan bagaimana mereka berjuang untuk meneruskan hidup di muka bumi dengan menggunakan akal (idea-idea) adalah bukti bahawa kreativiti itu wujud sejak wujudnya manusia. • Selanjutnya kreativiti terus bergerak dan menjana pemikiran manusia dalam membentuk rentetan sejarah dan tamadun dalam pelbagai bidang kehidupan.
  3. 3. Definisi kreativiti • Kebolehan mencipta, menghasilkan serta mengembangkan sesuatu idea baru dan asli (Kamus Dewan, 1997: 711). • Kreativiti adalah kemampuan mencipta yang berkaitan dengan mencuba dan didorong oleh motivasi, idea alternatif, kesungguhan serta latihan berterusan melalui latihan minda dan pengasahan bakat. • Pemikiran kreatif lebih merupakan suatu kaedah untuk berurusan dengan teliti, atau mengubah realiti yang ada menjadi realiti baru (Ainon dan Abdullah, 1996)
  4. 4. • Aktiviti seni tidak dapat berkembang dengan baik jika ia tidak diikuti dengan daya kreativiti yang tinggi. • Seni berkait rapat dengan ciptaan yang tercetus hasil daripada kreativiti. • Sesetengah pendapat menyatakan bahawa lahirnya seni itu sendiri bermula dari kreativiti sebagai titik permulaannya.
  5. 5. • Firman Allah swt :  Yang demikian (sifat-sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan kamu, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, maka beribadatlah kamu kepadaNya. dan (ingatlah) Dia lah Yang mentadbirkan segala-galanya.(aI-An 'am: 102). • Dalam perspektif Islam kreativiti mempunyai kedudukan yang tinggi sehingga ia dianugerahkan kepada manusia sebagai suatu potensi bagi melayakkan manusia menjalankan tugas sebagai khalifah di atas muka bumi.
  6. 6. AYAT-AYAT AL QURAN TENTANG KREATIVITI • Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal, Surah Ali Imran : 190). • Dan lagi Kami telah berikan mereka keterangan- keterangan Yang jelas nyata mengenai perkara ugama; maka mereka tidak berselisihan (dalam perkara ugama itu) melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran- ajaran Yang memberi mereka mengetahui (Apa Yang baik dan Yang sebaliknya; berlakunya Yang demikian) kerana hasad dengki Yang ada Dalam kalangan mereka. Sesungguhnya Tuhanmu akan menghukum di antara mereka pada hari kiamat tentang apa Yang mereka perselisihkan itu.(Surah Al Jathiyah, 45:17)
  7. 7. • Dan ia memudahkan bagi kamu malam dan siang, dan matahari serta bulan; dan bintang-bintang dimudahkan Dengan perintahNya untuk keperluan-keperluan kamu. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi tanda- tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum Yang mahu memahaminya.(Surah Al nahl, 16:12) • Di dalam al-Quran berkali-kali Allah menyebut Perkataan: • • Tidakkah kamu berakal? • • Tidakkah kamu berfikir? • • Tidakkah kamu melihat? • • Tidakkah kamu mengetahui?
  8. 8. Kenapa ? • Perkataan-perkataan ini merujuk kepada gesaan agar manusia menggunakan kekuatan akal serta kreativiti mereka, meneroka rahsia-rahsia alam baik di langit mahupun di bumi, rahsia di sebalik kejadian malam dan siang untuk membuktikan kebesaranAllah SWT serta menjadi masyarakat yang unggul. • Islam juga menggalakkan umatnya menerokai bidang ijtihad dalam menyelesaikan masalah- masalah kehidupan dengan menggunakan kekuatan kreativiti secara terpimpin.
  9. 9. KEPENTINGAN KREATIVITI • Mampu bersaing dengan dunia luar • Menaikkan taraf ekonomi negara • Memperkasakan imej umat Islam • Menjadikan umat Islam berdikari • Memudahkan kehidupan sehari-hari dengan teknologi sendiri • Mercu tanda pencapaian tamadun sesuatu bangsa
  10. 10. ETIKA KREATIVITI ISLAM • Mengagungkan Allah SWT • Ikhlas • Mementingkan Pengetahuan dan Pengalaman • Sentiasa berusaha memperbaiki karyanya • Mematuhi syariat • Selaras dengan akhlak
  11. 11. PENCAPAIAN KREATIVITI ISLAM ZAMAN KEGEMILANGAN • MATHEMATIK • KIMIA • PERUBATAN • SENI BINA • KEJURUTERAAN • GEOGRAFI • FARMASI
  12. 12. AKIBAT PENGABAIAN UMAT ISLAM TERHADAP KREATIVITI • Agama • Diri/individu • Masyarakat / Bangsa • Negara
  13. 13. PUNCA KELEMAHAN KREATIVITI DAN INOVASI DUNIA ISLAM KINI • Kurang aktif menjalankan penyelidikan • Kurang mementingkan pendidikan. • Masalah Dalaman • Mempunyai sifat bergantung dengan syarikat asing/ idea-idea asing

×