SlideShare a Scribd company logo
1 of 6
SPPG /IPIK-UNP/2012/PB761
Metakognisi Dan Penyelesaian Masalah Dalam Persoalan Subjek Ekonomi Pelajar
Sarjana Muda Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia
Mashithah Kahlid,Muhammad Hussin
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
mashithah87@gmail.combanting99@hotmail.com
Abstrak: Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang bertujuan mengenal pasti ciri
metakognisi pelajar sarjana muda ekonomi di Universiti Kebangsaan Malaysia. Ia
merangkumi penyelesaian masalah dan mengetahui ciri metakognisi pelajar melalui kaedah
penyelesaian masalah matematik dalam subjek ekonomi. Kajian ini telah menggunakan
pendekatan kuantitatif untuk pengumpulan data dengan melibatkan 55 orang pelajar Fakulti
Ekonomi. Soalan kajian ini menggunakan dua alat iaitu ujian penyelesaian masalah
berdasarkan soalan ekonomi dan soal selidik berkaitan dengan metakognisi. Tiga kategori
yang dinilai dalam inventori metakognisi adalah (a) strategi kognitif, (b) perancangan dan (c)
pemantauan dan penilaian. Analisis min dan peratusan telah digunakan untuk menjawab
soalan yang telah ditetapkan. Ujian korelasi juga telah digunakan untuk melihat hubungan di
antara ciri metakognisi dengan konsep penyelesaian masalah. Hasil kajian mendapati tidak
terdapat hubungan yang signifikan di antara ciri metakognisi dengan konsep yang dinyatakan
pelajar melalui penyelesaian masalah ekonomi dalam subjek ekonomi.Hasil daripada kajian
ini adalah menunjukkan bahawa penggunaan metakognisi dalam kalangan pelajar khususnya
dalam penyelesaian masalah adalah penting.
Kata kunci: metakognisi, strategi kognitif, perancangan, penilaian, penyelesaian masalah
ekonomi.
Pengenalan
Subjek ekonomi bermatlamat untuk melahirkan pelajar yang mampu untuk menguasai teori
dan konsep yang mendasari ekonomi, mengaplikasikan pendekatan ekonomi dalam
menyelesaikan masalah masyarakat, menguasai kemahiran membuat keputusan secara
rasional dan berpandukan fakta, dan berupaya melihat dunia sejagat dalam konteks
pembangunan ekonomi dan kerjaya. Matlamat ini bukan sesuatu yang mudah untuk dicapai
kerana mata pelajar ekonomi itu sendiri sering dikaitkan dengan subjek yang sukar untuk
dikuasai. Ini disokong oleh Johnston, James, Lye, & McDonald (2000)yang menyatakan mata
pelajaran ekonomi ialah mata pelajaran yang sukar bagi pelajar Sekolah Menengah dan
Universiti di Melbourne, Australia.
Kecemerlangan dalam subjek ekonomi menurut Gallo dan Johnson (2008) adalah
melibatkan kemahiran asas matematik. Ini kerana subjek ekonomi mengandungi unsur
pengiraan, graf, analisis, dan hafalan oleh itu seorang pelajar yang mengambil kos ini
memerlukan kemahiran membaca, menulis dan mengira dengan baik bagi mendapat
pencapaian yang cemerlang. Kajian Epon, Yusuf dan Dindin (2006) melihat metakognisi
dalam aspek kesukaran seseorang dalam menyelesaikan permasalahan atau menggunakan
kemahiran yang mereka ketahui, dan bagaimana pelajar itu melakukannya.Kaedah
metakognisi dapat membantu pelajar berjaga-jaga berkaitan apa yang mereka tahu dan
SPPG /IPIK-UNP/2012/PB762
bagaimana mereka belajar, tindakan ini adalah mengelakkan pelajar melakukan
kesalahandalam menyelesaikan persoalan ekonomi. Penggunaan pendekatan metakognisi
menurut Najmi Hayati (2009) ia dapat membantu pelajar meningkatkan kemahiran belajar
dan berfikir dan sekali gus meningkatkan kualiti proses pembelajaran. Tambahnya lagi
metakognisi merujuk kepada sejauh mana strategi yang perlu digunakan supaya ia dapat
mengawal proses pembelajaran.
Objektif Kajian
1. Mengenal pasti ciri-ciri metakognisi yang digunakan pelajar apabila menyelesaikan
masalah matematik dalam subjek ekonomi.
2. Mengenal pasti hubungan yang signifikan antara ciri metakognisi dengan konsep
yang dinyatakan pelajar melalui penyelesaian masalah ekonomi dalam subjek
ekonomi.
Metodologi
Kajian ini di jalankan dalam kalangan pelajar ekonomi fakulti ekonomi di Universiti
Kebangsaan Malaysia pengumpulan data menggunakan borang soal selidik dan ujian bagi
subjek ekonomi bagi mengukur ciri metakognisi dan pemboleh ubah keupayaan matematik
dalam menyelesaikan persoalan bagi subjek ekonomi dalam kalangan 100 orang pelajar.
Sampel dipilih secara rawak mengikut jantina dan bidang pengajian Fakulti Perniagaan dan
ekonomi sebanyak 55 borang (55%) berjaya dikutip kembali daripada responden.Secara
umumnya, item dalam soal selidik ini mengandungi tiga bahagian. Soal selidik ini
menggunakanskala likertyang telah diubahsuai daripada kajian Roslina Radzali (2007).
Instrumen ini mengandungi 22 item yang telah dibina untuk mengukur sejauh mana pelajar
ekonomi menggunakan ciri metakognisi mereka.Dapatan kajian ini dianalisis berdasarkan
IBM SPSS STATISTIC 19 dan analisis dokumen.
Dapatan Kajian
Jadual 1 menunjukkan min keseluruhan ciri metakognisi strategi kognitif (m= 3.58, SP= .51),
perancangan (m= 4.27, SP = .49) dan pemantauan (m= 3.86, SP= .44) berada pada tahap
penguasaan matematik yang tinggi.
Jadual 1 : Min dan sisihan piawai ciri metakognisi secara keseluruhan dan mengikut tahap
matematik pelajar [ Cemerlang (C), Sederhana (S), Sangat Lemah (SL), Lemah (L)].
Ciri Metakognisi Tahap Min Interpretasi Sisihan Piawai
a) Strategi kognitif Keseluruhan 3.58 Tinggi .51
C 3.61 Tinggi .33
S 3.48 Sederhana .75
SL 3.91 Tinggi .34
L 3.45 Sederhana .38
b) Perancangan Keseluruhan 4.27 Tinggi .49
C 4.36 Sangat Tinggi .36
S 4.22 Tinggi .66
SPPG /IPIK-UNP/2012/PB763
Jadual 2 menunjukkan Analisis berdasarkan interpretasi ke atas nilai min mendapati
terdapat trend yang agak ketara di antara lelaki dan perempuan dalam cirimetakognisistrategi
kognitif dan perancangan. Min strategi kognitifmendapati min perempuan adalah (P, m=
3.60, SP= .43 dan min pelajar lelaki adalah sederhana (L, m= 3.48, SP= .82), manakala
perancangan menunjukkan pelajar perempuan mempunyai min sangat tinggi (P, m= 4.32, SP=
.46) dan pelajar lelaki min adalah tinggi (L, m= 4.04, SP= .59). Min pemantauan dan
penilaian antara lelaki dan perempuan adalah tinggi (L, m= 3.84, SP = .43) (P, m= 3.86, SP=
.45).
Jadual 2 : Min dan Sisihan Piawai Ciri Metakognisi Mengikut Jantina
Metakognisi Jantina Min Interpretasi Sisihan Piawai
Strategi kognitif Lelaki 3.48 Sederhana .82
Perempuan 3.60 Tinggi .43
Perancangan Lelaki 4.04 Tinggi .59
perempuan 4.32 Sangat Tinggi .46
Pemantauan dan
penilaian
Lelaki 3.84 Tinggi .43
Perempuan 3.86 Tinggi .45
Jadual 3 Analisis kajian menunjukkan hubungan antara penggunaan strategi dalam
menyelesaikan soalan ekonomi melalui pengetahuan konsep, soalan 1, 2 mempunyai
hubungan lemah (r=.222, p> 0.05), manakala soalan 3 dan 5 menunjukkan hubungan yang
sangat lemah ( r= .331, p>0.05) dan soalan 5 (r= .106, p> 0.05). Bagi soalan 4 hubungan
adalah sederhana (r= .427, p> 0.05). Hubungan yang dapat dilihat seterusnya ialah hubungan
perancangan dalam penyelesaian soalan ekonomi dengan penggunaan konsep, soalan 1 (r=
.142, p> 0.05), soalan 3 (r= 0, p< 0.05) dan soalan 5 (r=.081, p>0.05) mempunyai hubungan
sangat lemah. Manakala soalan 2 dan 4 menunjukkan hubungan yang lemah, soalan 2(r= -.17,
p> 0.05) dan soalan 4(r= -.085, p> 0.05). Hipotesis nal yang menyatakan tidak terdapat
hubungan yang signifikan di antara ciri metakognsi dengan konsep yang digunakan oleh
pelajar dalam penyelesaian soalan ekonomi adalah gagal ditolak. Ini menunjukkan tidak
terdapat hubungan yang signifikan antara ciri metakognisi dengan konsep yang digunakan
untuk penyelesaian masalah ekonomi bagi setiap soalan.
SL 4.37 Sangat Tinggi .24
L 4.13 Tinggi .52
C) Pemantauan dan
penilaian
Keseluruhan 3.86 Tinggi .44
C 3.78 Tinggi .44
S 3.91 Tinggi .47
SL 3.91 Tinggi .44
L 3.89 tinggi .37
SPPG /IPIK-UNP/2012/PB764
Jadual3: Korelasi Di Antara Ciri Metakognisi dengan Konsep Penyelesaian Masalah Soalan
Ekonomi
Strategi Hubungan Perancangan Hubungan Pemantauan
Dan Penilaian
Hubungan
Pengetahuan
Konsep S1
.222 Lemah .142 Sangat Lemah .048 Sangat Lemah
Pengetahuan
Konsep S2
.387** Lemah .331* Lemah -0.17 Sangat Lemah
Pengetahuan
Konsep S3
0 Sangat Lemah 0 Sangat Lemah 0 Sangat Lemah
Pengetahuan
Konsep S4
.427** Sederhana .304* Lemah -.085 Sangat Lemah
Pengetahuan
Konsep S5
.106 Sangat Lemah .081 Sangat Lemah -.068 Sangat Lemah
** signifikan pada aras 0.01
*Signifikan pada aras 0.5
Perbincangan dan Rumusan
Perbincangan dalam bahagian ini menumpukan ciri metakognisi dan penyelesaian masalah
dalam subjek ekonomi, perbincangan tentang saling hubungan antara ciri metakognisi dan
penyelesaian masalah dalam subjek ekonomi. Seperti dijangkakan, dapatan kajian
menunjukkan bahawa ciri metakognisi dan tahap keupayaan matematik pelajar dalam
menyelesaikan persoalan ekonomi ke atas min keseluruhan menunjukkan ciri perancangan
dan ciri pemantauan dan penilaian berada pada tahap yang tinggi, manakala bagi ciri strategi
kognitif memperoleh min keseluruhan yang sederhana. Ini telah dirumuskan oleh Flavell
(1979) bahawa metakognisi memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran.
Seperti yang dijangkakan juga, keputusan mengesahkan bahawa tidak terdapat trend yang
ketara dalam ciri metakognisi di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Pelajar
perempuan dan pelajar lelaki memperoleh min dalam ciri perancangan dan penelitian pada
tahap tinggi dan kedua-dua mereka juga mendapat tahap min yang sederhana dalam strategi
kognitif, walau bagaimanapun ia agak bertentang dengan pandangan yang dikemukakan oleh
Flavell (1979) yang menyatakan agak sukar untuk mempercayai bahawa pelajar yang
membuat lebih strategik kognitif tidak mendapat keputusan yang lebih baik berbanding
pelajar yang tidak menggunakan kaedah strategik kognitif.
Andaian kajian ini mengenai hubungan antara pemboleh ubah ciri metakognisi iaitu
strategi kognitif, perancangan dan pemantauan dan penilaian dengan penyelesaian masalah
subjek ekonomi. Seperti yang dijangkakan, keputusan kajian ini mengesahkan bahawa tidak
terdapat hubungan yang signifikan di antara ciri metakognisi dengan konsep yang digunakan
oleh pelajar dalam penyelesaian soalan ekonomi. Hal ini telah bertentangan dengan apa yang
dikatakan oleh Akturk dan Sahim (2011) iaitu pelajar yang mempunyai kemahiran
metakognisi boleh mengawal pembelajarannya di samping dapat mengeluarkan idea melalui
maklumat yang diperoleh, dapat meningkatkan pengetahuan dan dapat membangunkan dan
menggunakan strategi pembelajaran baru bagi mendapatkan ilmu pengetahuan yang lebih,
SPPG /IPIK-UNP/2012/PB765
maka hal ini adalah bertentang dan bagi meningkatkan lagi prestasi seseorang pelajar perlulah
digalakkan penggunaan metakognisi ini agar pelajar boleh berpengetahuan.
Kesimpulan
Dapatan kajian ini secara keseluruhannya menunjukkan pelajarboleh menjawab soalan yang
diberi tanpa menggunakan ciri-ciri metakognisi dan tahap keupayaan matematikselain itu
kejayaan pelajar menjawab soalan bergantung kepada kemahiran kuantitatif termasuk ada
sedikit kemahiran asas menjawab soalan (Ballard & Johnson 2004). Walau bagaimanapun
pelajar perlu juga diterapkan ciri metakognisi bagi memudahkan pelajar untuk menyelesaikan
setiap persoalan dengan mudah dan sistematik seperti mana yang dicadangkan oleh Najmi
Hayati (2009), iaitu bagi meningkatkan kemahiran para pelajar guru perlu menggunakan
kaedah refleksi metakognisi yang merujuk kepada aktiviti memikirkan semula proses atau
langkah-langkah yang telah dijalankan selepas melaksanakan sesuatu aktiviti pembelajaran
dan metakognisi ini perlu kerana ia adalah perlakuan yang mendorong kepada membentuk
kemahiran sebelum memulakan sesuatu dan langkah awal dalam menyelesaikan sesuatu
(Soliman &Mathna 2009).
Rujukan
Arias J.J, & Walker, D.M. 2004. Additional Evidence on the Relationship Between Class Size
And Student Performance. Journal Of Economic Education.
Akturk. A. O & Sahin. I. 2011. Literature Review on Metacognition and its Measurement.
Procedia Social and Behavioral Sciences, 15: 3731-3736.
Ballard C.L & Johnson M.F. 2004.Basic Math Skill and Performance in an Introductory
Economics Class.Journal of Economic Education. 35(1): 3.
Epon Nur’aeni L, Yusuf Suryana & Dindin. 2006. Penggunaan Instrumen Monitoring dari
Metakognisi untuk Meningkatkan Kemampuan Mahasiswa Menerapkan Strategi
Pemecahan Masalah Matematik. Artikel Hasil Penilaian Hibah Pembinaan UPI
2006.
Elizabeth J. Jensen and Ann L. Owen. 2001. ‘Pedagogy, Gender, and Intersest In Education’.
Journal Of Economic Education 32:323-343.
Farhad Kazemi, Mohammad Reza Fadaee & Sahar Bayat 2010. A Subtle View to
Metacognitive Aspect of Mathematical Problems Solving. Proceeding Social and
Behavional Sciences 8(2010). International Conference on Mathematics Education
Research 2010 (ICMER 2010), hlm 420-426
Flavell J. H. 1979. Metacognition and Cognitive Monitoring: A New Area of Cognitive
Development Inquiry. Amarican Psychologist, 34: 906-911.
Gallo A.A & Johnson C.K (2008). Math Skills and Everyday Problem Solving. Journal of
Economic and Finance Education. 1(7).
Johnston, C.G., James, R. H., Lye, J. N. & McDonald, I. M. 2000. An Evaluation of
Collaborative Problem Solving for Learning Economics.Journal of Economic
Education, 31(1): 13-29.
McCarty, Padgham & Bennett. 2006. Determinants of Student Achiement in Principles of
Economics. Journal for Economics Education. 6(2): 1-9.
Mandel P. & Sussmuth B .2011. Size Matters. The Relevent and Hicksian Surplues of
Freferred College Class size. Economics of Education Review. ECOEDU-1212. 1-12.
Najmi Hayati .2009. Kemahiran Metakognitif dan Pemupukan Perkembangan Metakognitif
dalam Bilik Darjah. Tesis tidak Diterbitkan Universiti Kebangsaan Malaysia.
SPPG /IPIK-UNP/2012/PB766
Roslina Radzali 2007. Kepercayaan Matematik, Metakognisi, Perwakilan Masalah dan
Penyelesaian Masalah Matematik dalam Kalangan Pelajar. Tesis yang tidak
diterbitkan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Soliman. A.M & Mathna. E. K. 2009. Metacognitive Strategy Training Improves Driving
Stuation Awareness. Social Behavior and Personality, 37(9): 1161-1170.

More Related Content

Featured

Everything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPTEverything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPTExpeed Software
 
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage EngineeringsProduct Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage EngineeringsPixeldarts
 
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthHow Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthThinkNow
 
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfAI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfmarketingartwork
 
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024Neil Kimberley
 
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)contently
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024Albert Qian
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsKurio // The Social Media Age(ncy)
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Search Engine Journal
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summarySpeakerHub
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Tessa Mero
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentLily Ray
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best PracticesVit Horky
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementMindGenius
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...RachelPearson36
 
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...Applitools
 

Featured (20)

Everything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPTEverything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPT
 
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage EngineeringsProduct Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
 
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthHow Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
 
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfAI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
 
Skeleton Culture Code
Skeleton Culture CodeSkeleton Culture Code
Skeleton Culture Code
 
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
 
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
 
How to have difficult conversations
How to have difficult conversations How to have difficult conversations
How to have difficult conversations
 
Introduction to Data Science
Introduction to Data ScienceIntroduction to Data Science
Introduction to Data Science
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best Practices
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project management
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
 
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
 

Metakognisi dan penyelesaianan masala dalam persoalan subjek ekonomi pelajar sarjana muda ekonomi ukm

  • 1. SPPG /IPIK-UNP/2012/PB761 Metakognisi Dan Penyelesaian Masalah Dalam Persoalan Subjek Ekonomi Pelajar Sarjana Muda Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia Mashithah Kahlid,Muhammad Hussin Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia mashithah87@gmail.combanting99@hotmail.com Abstrak: Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang bertujuan mengenal pasti ciri metakognisi pelajar sarjana muda ekonomi di Universiti Kebangsaan Malaysia. Ia merangkumi penyelesaian masalah dan mengetahui ciri metakognisi pelajar melalui kaedah penyelesaian masalah matematik dalam subjek ekonomi. Kajian ini telah menggunakan pendekatan kuantitatif untuk pengumpulan data dengan melibatkan 55 orang pelajar Fakulti Ekonomi. Soalan kajian ini menggunakan dua alat iaitu ujian penyelesaian masalah berdasarkan soalan ekonomi dan soal selidik berkaitan dengan metakognisi. Tiga kategori yang dinilai dalam inventori metakognisi adalah (a) strategi kognitif, (b) perancangan dan (c) pemantauan dan penilaian. Analisis min dan peratusan telah digunakan untuk menjawab soalan yang telah ditetapkan. Ujian korelasi juga telah digunakan untuk melihat hubungan di antara ciri metakognisi dengan konsep penyelesaian masalah. Hasil kajian mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara ciri metakognisi dengan konsep yang dinyatakan pelajar melalui penyelesaian masalah ekonomi dalam subjek ekonomi.Hasil daripada kajian ini adalah menunjukkan bahawa penggunaan metakognisi dalam kalangan pelajar khususnya dalam penyelesaian masalah adalah penting. Kata kunci: metakognisi, strategi kognitif, perancangan, penilaian, penyelesaian masalah ekonomi. Pengenalan Subjek ekonomi bermatlamat untuk melahirkan pelajar yang mampu untuk menguasai teori dan konsep yang mendasari ekonomi, mengaplikasikan pendekatan ekonomi dalam menyelesaikan masalah masyarakat, menguasai kemahiran membuat keputusan secara rasional dan berpandukan fakta, dan berupaya melihat dunia sejagat dalam konteks pembangunan ekonomi dan kerjaya. Matlamat ini bukan sesuatu yang mudah untuk dicapai kerana mata pelajar ekonomi itu sendiri sering dikaitkan dengan subjek yang sukar untuk dikuasai. Ini disokong oleh Johnston, James, Lye, & McDonald (2000)yang menyatakan mata pelajaran ekonomi ialah mata pelajaran yang sukar bagi pelajar Sekolah Menengah dan Universiti di Melbourne, Australia. Kecemerlangan dalam subjek ekonomi menurut Gallo dan Johnson (2008) adalah melibatkan kemahiran asas matematik. Ini kerana subjek ekonomi mengandungi unsur pengiraan, graf, analisis, dan hafalan oleh itu seorang pelajar yang mengambil kos ini memerlukan kemahiran membaca, menulis dan mengira dengan baik bagi mendapat pencapaian yang cemerlang. Kajian Epon, Yusuf dan Dindin (2006) melihat metakognisi dalam aspek kesukaran seseorang dalam menyelesaikan permasalahan atau menggunakan kemahiran yang mereka ketahui, dan bagaimana pelajar itu melakukannya.Kaedah metakognisi dapat membantu pelajar berjaga-jaga berkaitan apa yang mereka tahu dan
  • 2. SPPG /IPIK-UNP/2012/PB762 bagaimana mereka belajar, tindakan ini adalah mengelakkan pelajar melakukan kesalahandalam menyelesaikan persoalan ekonomi. Penggunaan pendekatan metakognisi menurut Najmi Hayati (2009) ia dapat membantu pelajar meningkatkan kemahiran belajar dan berfikir dan sekali gus meningkatkan kualiti proses pembelajaran. Tambahnya lagi metakognisi merujuk kepada sejauh mana strategi yang perlu digunakan supaya ia dapat mengawal proses pembelajaran. Objektif Kajian 1. Mengenal pasti ciri-ciri metakognisi yang digunakan pelajar apabila menyelesaikan masalah matematik dalam subjek ekonomi. 2. Mengenal pasti hubungan yang signifikan antara ciri metakognisi dengan konsep yang dinyatakan pelajar melalui penyelesaian masalah ekonomi dalam subjek ekonomi. Metodologi Kajian ini di jalankan dalam kalangan pelajar ekonomi fakulti ekonomi di Universiti Kebangsaan Malaysia pengumpulan data menggunakan borang soal selidik dan ujian bagi subjek ekonomi bagi mengukur ciri metakognisi dan pemboleh ubah keupayaan matematik dalam menyelesaikan persoalan bagi subjek ekonomi dalam kalangan 100 orang pelajar. Sampel dipilih secara rawak mengikut jantina dan bidang pengajian Fakulti Perniagaan dan ekonomi sebanyak 55 borang (55%) berjaya dikutip kembali daripada responden.Secara umumnya, item dalam soal selidik ini mengandungi tiga bahagian. Soal selidik ini menggunakanskala likertyang telah diubahsuai daripada kajian Roslina Radzali (2007). Instrumen ini mengandungi 22 item yang telah dibina untuk mengukur sejauh mana pelajar ekonomi menggunakan ciri metakognisi mereka.Dapatan kajian ini dianalisis berdasarkan IBM SPSS STATISTIC 19 dan analisis dokumen. Dapatan Kajian Jadual 1 menunjukkan min keseluruhan ciri metakognisi strategi kognitif (m= 3.58, SP= .51), perancangan (m= 4.27, SP = .49) dan pemantauan (m= 3.86, SP= .44) berada pada tahap penguasaan matematik yang tinggi. Jadual 1 : Min dan sisihan piawai ciri metakognisi secara keseluruhan dan mengikut tahap matematik pelajar [ Cemerlang (C), Sederhana (S), Sangat Lemah (SL), Lemah (L)]. Ciri Metakognisi Tahap Min Interpretasi Sisihan Piawai a) Strategi kognitif Keseluruhan 3.58 Tinggi .51 C 3.61 Tinggi .33 S 3.48 Sederhana .75 SL 3.91 Tinggi .34 L 3.45 Sederhana .38 b) Perancangan Keseluruhan 4.27 Tinggi .49 C 4.36 Sangat Tinggi .36 S 4.22 Tinggi .66
  • 3. SPPG /IPIK-UNP/2012/PB763 Jadual 2 menunjukkan Analisis berdasarkan interpretasi ke atas nilai min mendapati terdapat trend yang agak ketara di antara lelaki dan perempuan dalam cirimetakognisistrategi kognitif dan perancangan. Min strategi kognitifmendapati min perempuan adalah (P, m= 3.60, SP= .43 dan min pelajar lelaki adalah sederhana (L, m= 3.48, SP= .82), manakala perancangan menunjukkan pelajar perempuan mempunyai min sangat tinggi (P, m= 4.32, SP= .46) dan pelajar lelaki min adalah tinggi (L, m= 4.04, SP= .59). Min pemantauan dan penilaian antara lelaki dan perempuan adalah tinggi (L, m= 3.84, SP = .43) (P, m= 3.86, SP= .45). Jadual 2 : Min dan Sisihan Piawai Ciri Metakognisi Mengikut Jantina Metakognisi Jantina Min Interpretasi Sisihan Piawai Strategi kognitif Lelaki 3.48 Sederhana .82 Perempuan 3.60 Tinggi .43 Perancangan Lelaki 4.04 Tinggi .59 perempuan 4.32 Sangat Tinggi .46 Pemantauan dan penilaian Lelaki 3.84 Tinggi .43 Perempuan 3.86 Tinggi .45 Jadual 3 Analisis kajian menunjukkan hubungan antara penggunaan strategi dalam menyelesaikan soalan ekonomi melalui pengetahuan konsep, soalan 1, 2 mempunyai hubungan lemah (r=.222, p> 0.05), manakala soalan 3 dan 5 menunjukkan hubungan yang sangat lemah ( r= .331, p>0.05) dan soalan 5 (r= .106, p> 0.05). Bagi soalan 4 hubungan adalah sederhana (r= .427, p> 0.05). Hubungan yang dapat dilihat seterusnya ialah hubungan perancangan dalam penyelesaian soalan ekonomi dengan penggunaan konsep, soalan 1 (r= .142, p> 0.05), soalan 3 (r= 0, p< 0.05) dan soalan 5 (r=.081, p>0.05) mempunyai hubungan sangat lemah. Manakala soalan 2 dan 4 menunjukkan hubungan yang lemah, soalan 2(r= -.17, p> 0.05) dan soalan 4(r= -.085, p> 0.05). Hipotesis nal yang menyatakan tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara ciri metakognsi dengan konsep yang digunakan oleh pelajar dalam penyelesaian soalan ekonomi adalah gagal ditolak. Ini menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara ciri metakognisi dengan konsep yang digunakan untuk penyelesaian masalah ekonomi bagi setiap soalan. SL 4.37 Sangat Tinggi .24 L 4.13 Tinggi .52 C) Pemantauan dan penilaian Keseluruhan 3.86 Tinggi .44 C 3.78 Tinggi .44 S 3.91 Tinggi .47 SL 3.91 Tinggi .44 L 3.89 tinggi .37
  • 4. SPPG /IPIK-UNP/2012/PB764 Jadual3: Korelasi Di Antara Ciri Metakognisi dengan Konsep Penyelesaian Masalah Soalan Ekonomi Strategi Hubungan Perancangan Hubungan Pemantauan Dan Penilaian Hubungan Pengetahuan Konsep S1 .222 Lemah .142 Sangat Lemah .048 Sangat Lemah Pengetahuan Konsep S2 .387** Lemah .331* Lemah -0.17 Sangat Lemah Pengetahuan Konsep S3 0 Sangat Lemah 0 Sangat Lemah 0 Sangat Lemah Pengetahuan Konsep S4 .427** Sederhana .304* Lemah -.085 Sangat Lemah Pengetahuan Konsep S5 .106 Sangat Lemah .081 Sangat Lemah -.068 Sangat Lemah ** signifikan pada aras 0.01 *Signifikan pada aras 0.5 Perbincangan dan Rumusan Perbincangan dalam bahagian ini menumpukan ciri metakognisi dan penyelesaian masalah dalam subjek ekonomi, perbincangan tentang saling hubungan antara ciri metakognisi dan penyelesaian masalah dalam subjek ekonomi. Seperti dijangkakan, dapatan kajian menunjukkan bahawa ciri metakognisi dan tahap keupayaan matematik pelajar dalam menyelesaikan persoalan ekonomi ke atas min keseluruhan menunjukkan ciri perancangan dan ciri pemantauan dan penilaian berada pada tahap yang tinggi, manakala bagi ciri strategi kognitif memperoleh min keseluruhan yang sederhana. Ini telah dirumuskan oleh Flavell (1979) bahawa metakognisi memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran. Seperti yang dijangkakan juga, keputusan mengesahkan bahawa tidak terdapat trend yang ketara dalam ciri metakognisi di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Pelajar perempuan dan pelajar lelaki memperoleh min dalam ciri perancangan dan penelitian pada tahap tinggi dan kedua-dua mereka juga mendapat tahap min yang sederhana dalam strategi kognitif, walau bagaimanapun ia agak bertentang dengan pandangan yang dikemukakan oleh Flavell (1979) yang menyatakan agak sukar untuk mempercayai bahawa pelajar yang membuat lebih strategik kognitif tidak mendapat keputusan yang lebih baik berbanding pelajar yang tidak menggunakan kaedah strategik kognitif. Andaian kajian ini mengenai hubungan antara pemboleh ubah ciri metakognisi iaitu strategi kognitif, perancangan dan pemantauan dan penilaian dengan penyelesaian masalah subjek ekonomi. Seperti yang dijangkakan, keputusan kajian ini mengesahkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara ciri metakognisi dengan konsep yang digunakan oleh pelajar dalam penyelesaian soalan ekonomi. Hal ini telah bertentangan dengan apa yang dikatakan oleh Akturk dan Sahim (2011) iaitu pelajar yang mempunyai kemahiran metakognisi boleh mengawal pembelajarannya di samping dapat mengeluarkan idea melalui maklumat yang diperoleh, dapat meningkatkan pengetahuan dan dapat membangunkan dan menggunakan strategi pembelajaran baru bagi mendapatkan ilmu pengetahuan yang lebih,
  • 5. SPPG /IPIK-UNP/2012/PB765 maka hal ini adalah bertentang dan bagi meningkatkan lagi prestasi seseorang pelajar perlulah digalakkan penggunaan metakognisi ini agar pelajar boleh berpengetahuan. Kesimpulan Dapatan kajian ini secara keseluruhannya menunjukkan pelajarboleh menjawab soalan yang diberi tanpa menggunakan ciri-ciri metakognisi dan tahap keupayaan matematikselain itu kejayaan pelajar menjawab soalan bergantung kepada kemahiran kuantitatif termasuk ada sedikit kemahiran asas menjawab soalan (Ballard & Johnson 2004). Walau bagaimanapun pelajar perlu juga diterapkan ciri metakognisi bagi memudahkan pelajar untuk menyelesaikan setiap persoalan dengan mudah dan sistematik seperti mana yang dicadangkan oleh Najmi Hayati (2009), iaitu bagi meningkatkan kemahiran para pelajar guru perlu menggunakan kaedah refleksi metakognisi yang merujuk kepada aktiviti memikirkan semula proses atau langkah-langkah yang telah dijalankan selepas melaksanakan sesuatu aktiviti pembelajaran dan metakognisi ini perlu kerana ia adalah perlakuan yang mendorong kepada membentuk kemahiran sebelum memulakan sesuatu dan langkah awal dalam menyelesaikan sesuatu (Soliman &Mathna 2009). Rujukan Arias J.J, & Walker, D.M. 2004. Additional Evidence on the Relationship Between Class Size And Student Performance. Journal Of Economic Education. Akturk. A. O & Sahin. I. 2011. Literature Review on Metacognition and its Measurement. Procedia Social and Behavioral Sciences, 15: 3731-3736. Ballard C.L & Johnson M.F. 2004.Basic Math Skill and Performance in an Introductory Economics Class.Journal of Economic Education. 35(1): 3. Epon Nur’aeni L, Yusuf Suryana & Dindin. 2006. Penggunaan Instrumen Monitoring dari Metakognisi untuk Meningkatkan Kemampuan Mahasiswa Menerapkan Strategi Pemecahan Masalah Matematik. Artikel Hasil Penilaian Hibah Pembinaan UPI 2006. Elizabeth J. Jensen and Ann L. Owen. 2001. ‘Pedagogy, Gender, and Intersest In Education’. Journal Of Economic Education 32:323-343. Farhad Kazemi, Mohammad Reza Fadaee & Sahar Bayat 2010. A Subtle View to Metacognitive Aspect of Mathematical Problems Solving. Proceeding Social and Behavional Sciences 8(2010). International Conference on Mathematics Education Research 2010 (ICMER 2010), hlm 420-426 Flavell J. H. 1979. Metacognition and Cognitive Monitoring: A New Area of Cognitive Development Inquiry. Amarican Psychologist, 34: 906-911. Gallo A.A & Johnson C.K (2008). Math Skills and Everyday Problem Solving. Journal of Economic and Finance Education. 1(7). Johnston, C.G., James, R. H., Lye, J. N. & McDonald, I. M. 2000. An Evaluation of Collaborative Problem Solving for Learning Economics.Journal of Economic Education, 31(1): 13-29. McCarty, Padgham & Bennett. 2006. Determinants of Student Achiement in Principles of Economics. Journal for Economics Education. 6(2): 1-9. Mandel P. & Sussmuth B .2011. Size Matters. The Relevent and Hicksian Surplues of Freferred College Class size. Economics of Education Review. ECOEDU-1212. 1-12. Najmi Hayati .2009. Kemahiran Metakognitif dan Pemupukan Perkembangan Metakognitif dalam Bilik Darjah. Tesis tidak Diterbitkan Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • 6. SPPG /IPIK-UNP/2012/PB766 Roslina Radzali 2007. Kepercayaan Matematik, Metakognisi, Perwakilan Masalah dan Penyelesaian Masalah Matematik dalam Kalangan Pelajar. Tesis yang tidak diterbitkan Universiti Kebangsaan Malaysia. Soliman. A.M & Mathna. E. K. 2009. Metacognitive Strategy Training Improves Driving Stuation Awareness. Social Behavior and Personality, 37(9): 1161-1170.