Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

pembangunan insan

15,482 views

Published on

  • Be the first to comment

pembangunan insan

  1. 1. MOTIVASI DALAMAN INDIVIDU DAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN Oleh: Azura binti Awang PENDAHULUAN Pembangunan modal insan adalah nadi dan jantung utama dalam kerangka membangunkan sesebuah masyarakat yang maju dan proaktif yang diredai Allah SWT. Membina dan membina dan membangunkan masyarakat sejahtera adalah merupakan persoalan yang amat penting dan relevan untuk dibincangkan secara serius dalam arus perdana masa kini. Kesejahteraan yang diidamkan perlu dibangunkan secara kolektif berasaskan kepada teras penting dalam sistem pembangunan iaitu melalui amalan pembangunan insan.1 Insan adalah modal utama kepada sesebuah masyarakat yang mesti dicanang dan dibentuk berteraskan nilai-nilai mulia dalam agama Islam.2 Insan yang terbangun dengan jiwa dan mindanya mampu membangunkan seluruh peradaban dan kehidupan umat Islam keseluruhannya.3 Justeru, pembangunan insan adalah tunggak terpenting dalam membina masyarakat Islam yang rabbani. Membangunkan masyarakat dengan berpaksikan elemen pembangunan insan adalah jalan yang mesti dilalui dan perlu diaplikasikan ke dalam seluruh ahli masyarakat. Pembangunan insan yang dimaksudkan adalah pengamalan akhlak dan menyeluruh secara 1 Roslan Muhammad dan Siti Aishah Abu Bakar, (2010), Pembangunan Masyarakat Ke Arah Kesejahteraan Berteraskan Pembangunan Insan. Kertas kerja Seminar Serantau Islam dan Kesejahteraan Sejagat 24-25 Feb 2010, Brunei Darussalam : Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Dimuat Turun pada Oktober 29, 2013 Daripada http://eprints.um.edu.my/3123/1/S4_RoslanMohamad.pdf. 2 Ibid, hal.2 3 Op.cit hal.3 1
  2. 2. konsisten berasaskan ajaran agama Islam seperti jujur, amanah dalam tanggungjawab, mengambil berat, tolong-menolong dan sebagainya. MOTIVASI DALAMAN INDIVIDU Manusia mempunyai dua unsur dalaman iaitu naluri dan akhlak.4 Ahli psikologi mengaitkan naluri dengan motif biologi iaitu lapar, haus dan seks.5 Unsur dalaman ini akan membentuk peribadi seseorang dalam melahirkan tindakan luaran. Menurut perspektif Islam, sesuatu yang mendatangkan kerosakan kepada diri seseorang dan masyarakat perlu dikawal supaya tidak mendatangkan mudarat. Tindakan dan cara hidup yang tidak dikawal oleh nilai akhlak yang murni akan mendedahkan seseorang kepada tindakan dan budaya negatif seperti penyalahgunaan kuasa, pecah amanah, rasuah, curang dan sebagainya.6 Nilai-nilai murni seperti rasa tanggungjawab, tidak menghina, berkasih sayang bersifat amanah dan sebagainya hendaklah disemai bagi menyalurkan naluri manusia yang suka kepada wanita, anak-anak dan kekayaan. Pengabaian terhadap tanggungjawab ini boleh merosakkan struktur organisasi kekeluargaan dan masyarakat.7 Seseorang yang berpegang teguh kepada norma-norma agama akan sentiasa berfikir bahawa segala tindakan yang dilakukan akan mendapat balasan yang setimpal sama ada di dunia mahupun di akhirat. Balasan yang dijanjikanNya ini boleh menjadi motivasi dalam 4 Abdul Monir Yaacob, (1996), Kontemporari Islam, Kuala Lumpur : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), h.21. 5 Abdul Aziz Mohd Zin, (2002), Psikologi Dakwah, Kuala Lumpur : Universiti Malaya, h.91-106. 6 Abdul Monir Yaacob, (1996), Kontemporari Islam, Kuala Lumpur : Institut Kefahaman Islam Malaysia IKIM, h.22. 7 Ibid, h.22. 2
  3. 3. mencapai kehidupan yang cemerlang di dunia dan di akhirat 8 seperti firman Allah SWT yang berbunyi:                                                 Sifat syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan mereka. (adakah orang-orang yang tinggal kekal di dalam syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dari air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (sudah tentu tidak sama)! (Surah Muhammad : Ayat 15) Firman Allah S.W.T lagi yang berbunyi:                8  Op.cit, h.22 3 
  4. 4.                KepadaNyalah kembalinya kamu semua, sebagai janji Allah Yang benar. Sesungguhnya Dia lah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian ia mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya), untuk membalas orang-orang yang beriman dan beramal soleh dengan adil; dan orang-orang yang kafir pula, disediakan bagi mereka minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka ingkar (Surah Yunus : Ayat : 4) PENGERTIAN MODAL INSAN Modal menurut Kamus Dewan ialah wang atau harta benda yang dipergunakan sebagai pangkal atau pokok untuk berniaga atau sesuatu yang digunakan untuk mendapatkan atau mencapai sesuatu yang lain. Manakala manusia pula ditakrifkan sebagai makhluk yang mempunyai akal budinya dan dengannya manusia dapat mencapai sesuatu yang lain. 9 Menurut perspektif Islam, modal insan ialah bagaimana seseorang insan itu berpotensi melalui akal, hati dan jasmani yang menjadi sumber kekuatan mengurus diri dan mengurus sistem. Allah SWT memberi petunjuk kepada makhluknya menerusi al-Quran dan Rasulullah SAW memimpin umatnya melalui peribadinya sebagai modal insan yang terbaik dan menjadi contoh teladan dalam menguruskan kekayaan sumber-sumber ciptaan Allah tersebut 10 menerusi nilai-nilai akhlak. 11 9 Dr. Teuku Iskandar, (2002), Kamus Dewan, Cetakan Keempat, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, h.832 10 Roslan Muhammad dan Siti Aishah Abu Bakar, (2010), Pembangunan masyarakat ke arah kesejahteraan berteraskan pembangunan insan. Kertas kerja Seminar Serantau Islam dan Kesejahteraan Sejagat 24-25 Febuari 2010, Brunei Darussalam: Universiti Islam Sultan Sharif Ali, h.3 , Dimuat Turun pada Oktober 29, 2013 Daripada http://eprints.um.edu.my/3123/1/S4_RoslanMohamad.pdf. 4
  5. 5. Firman Allah SWT yang berbunyi:                     Dan negeri yang baik (tanahnya), tanaman-tanamannya tumbuh (subur) dengan izin Allah; dan negeri yang tidak baik (tanahnya) tidak tumbuh tanamannya melainkan dengan keadaan bantut. Demikianlah Kami menerangkan tanda-tanda (kemurahan dan kekuasaan) Kami dengan berbagai cara bagi orang-orang yang (mahu) bersyukur. ( Surah al-‘Araf : 58 ) Seseorang yang mempunyai modal insan bererti memiliki sakhsiah yang terpuji , menghayati sistem kepercayaan berfalsafah dan berprinsip, berintergriti, berwawasan, berperancangan rapi, berketerampilan diri dan berakhlak terpuji.12 Pembangunan dalam Islam adalah satu proses dinamik dan harmonis dalam meningkatkan kesejahteraan masyarakat keseluruhan di dunia dan di akhirat. Fokus utama pembangunan dalam Islam adalah pembangunan insaniah manusia itu sendiri.13 11 Abdul Aziz Mohd Zin, Psikologi Dakwah, Kuala Lumpur : Universiti Malaya, 2002, h.235 Fathiyah Mohd Fakhruddin, Norhayati Alwi, Azimi Hamzah, Lukman Abd Mutalib, (2011), Profesionalisme guru-guru Pendidikan Islam dalam melahirkan modal insan berkualiti dan seimbang, Prosiding Seminar Majlis Dekan-dekan Pendidikan IPTA 2011, Serdang : Universiti Putera Malaysia, h.1. Dimuat turun pada Oktober 29, 2013 , Daripada www.scribd.com/doc/174140705/160-317-1-SM 12 5
  6. 6. Pembangunan modal insan ini pula dilihat dari seluruh aspek manusia meliputi jasmani dan rohani. 14 Malah, konsep pembangunan modal insan yang diutarakan oleh YAB Perdana Menteri memperlihatkan satu agenda kerajaan dalam usaha meningkat dan memperkukuhkan jati diri rakyat dalam segenap lapangan hidup. Kesedaran masyarakat tentang peri pentingnya pembangunan modal insan memberi implikasi kepada usaha mempertingkatkan lagi sistem pendidikan. Falsafah dan prinsip Islam yang berjaya membina tamadun manusia umumnya dan tamadun Islam khususnya tidak boleh disangkal. Kemunculan zaman kecemerlangan ilmu dan pendidikan semasa pemerintahan Islam telah memperlihatkan betapa relevannya pendidikan Islam berteraskan ilmu wahyu dan disokong oleh ilmu aqal. Kecemerlangan peradaban dan pembangunan insan yang dinamik dari segi ilmu, iman, akhlak dan amal melahirkan ramai intelek Islam yang melahirkan pelbagai kepakaran.15 Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menerusi perutusannya di Hari Kemerdekaan pada 30 Ogos 2005 menekankan pembangunan modal insan yang perlu dimantapkan oleh setiap rakyatnya Malaysia : 13 Roslan Muhammad dan Siti Aishah Abu Bakar, (2010), Pembangunan masyarakat ke arah kesejahteraan berteraskan pembangunan insan. Kertas kerja Seminar Serantau Islam dan Kesejahteraan Sejagat 24-25 Februari 2010, Brunei Darussalam: Universiti Islam Sultan Sharif Ali, h.4 , Dimuat Turun pada September 29, 2013, Daripada http://eprints.um.edu.my/3123/1/S4_RoslanMohamad 14 Asmawati Suhid, (2007), Pengajaran adab dan akhlak Islam dalam membangunkan modal insan, Jurnal Pengajian Umum, bil.8, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, h.168, Dimuat Turun pada Oktober 25, 2013, Daripada www.ukm.my/jmalim/images/vol_08_2007/artikel%209%20asmawati%20_%20167?78.pdf. 15 Ibid, h.168-169. 6
  7. 7. “…Untuk membangunkan modal insan, kita mahu memberi ilmu pengetahuan yang secukupnya, kita mahu mendidik mereka menjadi bangsa yang berpekerti mulia, yang mempunyai hemah yang tinggi, yang berjiwa besar, cintakan negara dan mereka mempunyai kekuatan jasmani dan kekuatan rohani. Kita mestilah menjadi rakyat yang cintakan negara ini, rakyat yang bersemangat, bersedia bekerja dengan kuat, bekerja dengan rajinserta menjadi rakyat yang mengamalkan budi bahasa yang bermutu tinggi”. Pendidikan akhlak yang sempurna dapat melahirkan insan yang berkualiti sesuai dengan penciptaan manusia sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi ini. Sebagaimana firman Allah SWT yang berbunyi:        Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. ( Al-Quran, surah az-Zaariat (51) : 56) Modal insan negara yang berkualiti merupakan elemen yang paling kritikal dalam mencapai misi nasional. Oleh itu, pembangunan modal insan akan menjadi pembangunan utama dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-9. Pembangunan modal insan akan dilaksanakan secara holistik merangkumi pemerolehan pengetahuan dan kemahiran atau dinamakan modal intelek. Modal intelek ini termasuk keupayaan keusahawanan dan 7
  8. 8. pengetahuan sains dan teknologi serta memiliki sikap, nilai dan etika positif dan progresif melalui pendidikan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat.16 Kesimpulannya, kejayaan pembangunan modal insan dapat direalisasikan dalam mempertingkatkan peradaban ummah kelas pertama sebagaimana janji Allah SWT yang berbunyi :                    Dan (Tuhan berfirman lagi): sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. (Al-Quran, surah al-‘Araf (7) : 96) KONSEP PEMBANGUNAN MODAL INSAN 16 Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) merupakan rancangan pembangunan Malaysia bagi tempoh 2006-2010. RMK9 dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia kelima, Datuk SeriAbdullah Ahmad Badawi, di Parlimen pada 31 Mac 2006. , Dimuat turun pada Oktober 29, 2013, Daripada: http://ms.wikipedia.org/wiki/Rancangan_Malaysia_Kesembilan 8
  9. 9. Pembangunan modal insan adalah keupayaan untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan sama ada di dunia mahupun di akhirat dalam proses yang harmonis dan dinamik. Menurut Shohana, terdapat 6 konsep pembangunan insan berteraskan Islam iaitu pembangunan ilmu, akidah, ibadah, anggota tujuh, rohani dan akhlak serta pembangunan adab sosial.17 1. Pembangunan Ilmu Pembangunan ilmu menjadi asas utama yang membawa ketakwaan kepada Allah SWT Penguasaan ilmu meliputi ilmu fardu ain yang dikategorikan kepada ilmu Usuluddin, ilmu Fiqah dan ilmu Tasawuf, menerangkan cara manusia mengurus sistem kehidupan di dunia sebagai individu dan masyarakat. Mengutamakan ilmu fardu ain merupakan prinsip tarbiah yang tepat kerana ilmu fardu ain yang juga dikenali dengan ilmu akhirat 18 mengandungi prinsip keimanan, petunjuk serta peraturan iaitu syariat, ibadat dan akhlak yang bertindak sebagai penyuluh kepada perkembangan ilmu fardu kifayah yang lain.19 Begitu juga dengan ilmu dunia. Manusia merupakan haiwan sosial yang perlu menjalani kehidupan sosial bagi meneruskan kehidupan yang penuh cabaran. Pemahaman 17 Shohana Hussin, (2010), Pembangunan masyarakat ke arah kesejahteraan berteraskan pembangunan insan. Kertas kerja Seminar Serantau Islam dan Kesejahteraan Sejagat 24-25 Februari 2010, Brunei Darussalam: Universiti Islam Sultan Sharif Ali, h.3-14 Dimuat turun pada Oktober 1, 2013, daripada http://eprints.um.edu.my/3122/1/s2_shohana.pdf 18 Ab Aziz Mohd Zin et. al, (2006) , Dakwah Islam di Malaysia, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, h.244 19 Shohana Hussin, ibid, h.3 9
  10. 10. ilmu yang boleh mendatangkan manfaat untuk diri, masyarakat agama dan negara seperti ilmu saintifik, psikologi, pendidikan dan sebagainya juga penting untuk dipelajari.20 Kesepaduan kedua-dua ilmu ini menghasilkan insan yang tahu menjaga kepentingan kesejahteraan hubungan dengan Allah SWT tanpa melupakan memelihara hubungan dan tanggungjawab dengan manusia dan alam.21 2. Pembangunan Akidah Memahami dasar Rukun Iman seperti sifat-sifat ketuhanan, kenabian dan hakikat-hakikat ghaib merupakan peringkat pertama ke arah pembangunan keimanan insan. Kewajipan beriman kepada Allah SWT diterangkan melalui kewajipan mendalami sifat ketuhanan yang merupakan asas keimanan yang sentiasa dijadikan pegangan dalam seluruh aspek kehidupan manusia.22 Pembangunan akidah ini menekankan aspek pembentukan akidah Islam yang menjadi asas yang kukuh dalam membina sesebuah masyarakat untuk membanteras kezaliman, penindasan dan pencabulan kepada kemuliaan seseorang insan. Asas akidah ini telah membawa perubahan yang besar dalam masyarakat pada zaman Arab Jahilliyyah.23 20 21 22 Ab Aziz Mohd Zin, ibid , h.244-245 Shohana Hussin, ibid, h.4 Op.cit, h.6 23 Dr. Abdul Karim Zaidan, (2011), Usul Dakwah : Sistem-sistem Islam, Kuala Lumpur : Pustaka Salam, h.167168. 10
  11. 11. Menurut Abdul Karim Zaidan,24 terdapat tiga ciri dalam sistem sosial Islam iaitu mengutamakan akhlak, berpegang kepada konsep keadilan dan melindungi institusi keluarga. 3. Pembangunan Ibadah Pembangunan ibadah merupakan satu bentuk pengabdian diri dam merupakan manifestasi kekuatan iman dan taqwa kepada Allah SWT Amal ibadah yang dirangkumkan dalam taklif Rukun Islam merupakan pendekatan yang disarankan oleh Syeikh Abdul Samad al-Falimbani dalam kitabnya Hidayatus-salikin fi suluki maslakil-muttaqin untuk membangunkan nilai spiritual dan meningkatkan kesejahteraan dan kedamaian. Aspek pembangunan ibadah yang disentuh di dalam kitab ini meliputi 13 perkara ibadah. Senarai ibadah tersebut termasuklah adab qada hajat, wuduk, adab mandi, tayamum, adab keluar masjid, adab masuk masjid hingga ke terbit matahari, adab bersedia untuk mengerjakan solat, solat, adab imam dan makmum, adab hari Jumaat, puasa dan zikir. 25 4. Pembangunan Anggota Tujuh Menurut pandangan Islam, taklif Ilahi ke atas setiap insan terbahagi kepada dua dimensi iaitu taklif berbentuk suruhan dan taklif berbentuk larangan. Taklif berbentuk suruhan dinyatakan melalui tuntutan kefardhuan ibadah khusus berupa amalan fardu dan amal soleh. Sementara taklif kedua dihubungkan dengan tegahan yang bersangkutan dengan penggunaan anggota 24 Ibid, h. 173-226 Shohana Hussin, (2010), Pembangunan masyarakat ke arah kesejahteraan berteraskan pembangunan insan. Kertas kerja Seminar Serantau Islam dan Kesejahteraan Sejagat 24-25 Febuari 2010, Brunei Darussalam: Universiti Islam Sultan Sharif Ali, h.8, Dimuat turun pada Oktober 1, 2013, daripada http://eprints.um.edu.my/3122/1/s2_shohana.pdf 25 11
  12. 12. lahir manusia yang tujuh. Pembangunan ibadah menurut pandangan pengarang kitab ini menekankan tumpuan ketaatan yang dituntut secara zahir terhadap anggota tujuh yang terdapat pada jasad manusia yang ingin dibangunkan iaitu mata, telinga, lidah, perut, kemaluan, tangan dan kaki. 26 5. Pembangunan Rohani dan Akhlak Pembangunan akhlak sesama insan dan pembangunan akhlak dangan Allah SWT merupakan dua bentuk pembangunan yang diklasifikasikan dalam kitab Hidayatus-salikin fi suluki maslakil-muttaqin ini. Sifat-sifat kesejahteraan hati insan yang dizahirkan oleh akhlak luaran adalah satu bentuk pembangunan akhlak semasa manusia. Manakala pembinaan sifat-sifat mulia yang tertanam di dalam hati adalah bentuk pembangunan akhlak dengan Allah SWT. Pembangunan rohani dan akhlak modal insan dibincangkan dalam konteks maksiat batin diklasifikasikan kepada sepuluh sifat kekejian yang menjadi halangan kepada pencapaian kesejahteraan. Perkara yang boleh membangun kerohanian umat Islam termasuklah amalan ibadat, zikir, munajat, doa, tawakal, Qiamullail, mujahadah, membaca al-Quran dan sebagainya mampu meningkatkan pembangunan kejiwaan umat Islam. 27 26 Shohana Hussin, (2010), Pembangunan masyarakat ke arah kesejahteraan berteraskan pembangunan insan. Kertas kerja Seminar Serantau Islam dan Kesejahteraan Sejagat 24-25 Febuari 2010, Brunei Darussalam: Universiti Islam Sultan Sharif Ali, h.10, Dimuat turun pada Oktober 1, 2013, daripada http://eprints.um.edu.my/3122/1/s2_shohana.pdf 27 Ab Aziz Mohd Zin et al,(2006) , Dakwah Islam di Malaysia, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, h.246 12
  13. 13. Syeikh Abdul Samad al-Falimbani membentangkan secara teoritikal bahawa seseorang insan boleh dibangunkan bagi mencapai kesejahteraan dan kedamaian hidup yang hakiki dalam kitabnya Hidayah al-Salikin 28. Sepuluh sifat ini dibincangkan secara terperinci di bawah sepuluh bab yang meliputi sifat gemar kepada makan, gemar kepada bercakap, marah, hasad dengki, bakhil dan kasihkan harta, kasihkan kemegahan, kasihkan dunia, takabbur dan membesar diri, ujub dan riya’. Sementara sifat kepujian yang membantu melonjakkan kesejahteraan ialah taubat, khauf (takut), zuhud, sabar, syukur, ikhlas dan benar, tawakal, mahabbah (kasihkan Allah), redha dan mengingati mati.29 6. Pembangunan Adab Sosial Adab adalah natijah isi kerohanian seseorang insan. Hasil daripada ketulusan dan kejernihan hati budi seseorang akan dimanifestasikan melalui adab sopan dan tingkah laku yang telus ikhlas. Perbincangan prinsip kesejahteraan dalam aspek pembangunan sosial yang dibincangkan dalam kitab Hidayatus-salikin fi suluki maslakil-muttaqin ini dibahaskan melalui lima tahap aturan adab iaitu: 30 i. Adab berhubungan dengan Allah SWT. 28 Syeikh Abdul Samad al-Falimbani, (2010), Hidayatus-salikin fi suluki maslakil-muttaqin, Ahmad Fahmi Zamzam, (Terj), Kedah : Khazanah Banjariah & Pustaka Suhbah. 29 Syeikh Abdul Samad al-Falimbani, (2010), Hidayatus-salikin fi suluki maslakil-muttaqin, Ahmad Fahmi Zamzam, (Terj), Kedah : Khazanah Banjariah & Pustaka Suhbah, hal. 175-251 Rujuk juga Al-Sheikh Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi Ad-Dimasqi, (2006), Mau’izhoh al-Mukminin min Ihya’ Ulumuddin, Dato’ Abu Hasan Din al-Hafiz, (Terj), Kuala Lumpur: Pustaka Fajr, h.677-1488. 30 Shohana Hussin, (2010), Pembangunan masyarakat ke arah kesejahteraan berteraskan pembangunan insan. Kertas kerja Seminar Serantau Islam dan Kesejahteraan Sejagat 24-25 Febuari 2010, Brunei Darussalam: Universiti Islam Sultan Sharif Ali, h.14, Dimuat turun pada Oktober 1, 2013, daripada http://eprints.um.edu.my/3122/1/s2_shohana.pdf 13
  14. 14. ii. Adab berinteraksi dalam keluarga iii. Adab dalam lingkungan pendidikan iv. Adab bersama sahabat v. Adab terhadap masyarakat Islam MATLAMAT PEMBANGUNAN MODAL INSAN Terdapat dua matlamat Pembangunan Modal Insan : 31 1. Mencapai mardhatillah. 2. Mencapai kesejahteraan dan kedamaian hidup. Kesejahteraan menjadi satu prinsip asas yang mendasari konsep pembangunan modal insan berteraskan Islam. Kesejahteraan dan kedamaian dalam maksud al-falah merupakan matlamat kedua selepas mencapai mardhatillah. Seseorang individu yang tidak berpegang kepada prinsip kesejahteraan dan kedamaian bukan sahaja gagal membangunkan akal, jiwa dan dirinya di dunia tetapi turut gagal menempatkan dirinya dalam golongan orang yang mendapat hasanah di alam akhirat. 31 Shohana h.1-3 14
  15. 15. Allah SWT mengurniakan alam ini dengan pelbagai kenikmatan bagi memenuhi keperluan insan. Oleh itu, pembangunan fizikal dengan pelbagai ilmu keduniaan dan kemahiran penting dalam memakmurkan dunia.32 Perancangan fizikal juga boleh menyumbang ke arah pendidikan insan dari aspek fizikal dan juga rohani. Antara tindakan fizikal yang boleh membantu ke arah pembinaan insan adalah seperti berikut:33 1. Pembinaan kemudahan tempat ibadat, masjid, pusat pendidikan, perpustakaan, tamantaman riadah, tanah perkuburan, kawasan perniagaan, kawasan perumahan dan kemudahan-kemudahan lain yang sesuai dengan sifat manusia yang memerlukan pegangan agama, ilmu pengetahuan, pembangunan minda dan pengisian dari segi rohani. 2. Memelihara alam sekitar daripada kemusnahan sebagai usaha menjaga dan menghargai anugerah Pencipta yang mempunyai hikmah dalam segala ciptaannya. 3. Bentuk perancangan yang meletakkan elemen-elemen utama seperti masjid dan institusi pendidikan di tempat yang menjadi tumpuan dan menghadap ke arah kiblat sebagai elemen yang mengingatkan manusia kepada Pencipta. 4. Menyediakan elemen dan kemudahan-kemudahan yang dapat menjalin hubungan yang dapat menjalin hubungan yang rapat sesama manusia dalam persekitaran kejiranan yang bersesuaian serta mewujudkan peraturan bagi memastikan hak-hak orang lain dihormati seperti dewan komuniti. 32 Ab Aziz Mohd Zin et al, (2006) , Dakwah Islam di Malaysia, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, h.245 33 Laman web rasmi Majlis Perbandaran Seberang Perai, Pulau Pinang, Dimuat Turun pada, Oktober 29, 2013, Daripada : www.mpsp.gov.my/dasarmpsp/Garispanduan/12PembangunanSejagat/GP12_05PembangunanInsan.htm 15
  16. 16. 5. Penerapan nilai-nilai kerohanian dalam pembinaan bangunan-bangunan dengan menyediakan ruang-ruang ibadat yang khusus di bangunan-bangunan pejabat, kompleks membeli-belah dan tempat tumpuan rekreasi. KEPENTINGAN DAN CIRI-CIRI DALAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN 34 Modal insan tidak saja harus dibangunkan dengan prinsip-prinsip nilai yang berasaskan agama semata-mata tetapi memerlukan olahan bijaksana bagaimana cabaran perubahan hari ini dapat dibentuk sesuai dengan acuan kita sendiri. Faktor nilai adalah faktor yang amat penting dalam proses membangunkan modal insan. Oleh itu, nilai moral, etika dan akhlak iaitu standard atau prinsip untuk mengukur dan menghukum sama ada sesuatu perlakuan dan tujuan itu wajar atau tidak dinamakan sebagai keputusan etika. Nilai yang baik perlu wujud pada pemimpin sudah pasti menggalakkan kepimpinan yang berhemah, bertanggungjawab, amanah dan jujur yang mendorong rakyatnya berganding bahu membangun negara atau tamadun. Akhlak mencakupi makna moral dan etika iaitu sifat dan perlakuan yang baik, halus, benar dan patut yang dipunyai oleh seseorang yang memberi kebaikan kepada dirinya dan juga kepada orang lain. Tetapi konsep akhlak melebihi makna moral dan etika, dalam erti kata bahawa segala sifat dan perbuatan yang baik yang memanfaatkan itu, harus dengan tujuan untuk mendapatkan keredaan Tuhan semata-mata, bukan untuk mendapat balasan, pujian dan pengiktirafan daripada manusia. Selain itu, akhlak yang mencakupi segala perbuatan dan tingkah laku yang baik adalah untuk memanfaatkan makhluk tetapi bertujuan semata-mata untuk mendapatkan 34 Roslan Muhammad dan Siti Aishah Abu Bakar, (2010), Pembangunan masyarakat ke arah kesejahteraan berteraskan pembangunan insan. Kertas kerja Seminar Serantau Islam dan Kesejahteraan Sejagat 24-25 Febuari 2010, Brunei Darussalam: Universiti Islam Sultan Sharif Ali, h.7-8 , Dimuat Turun pada Oktober 29, 2013 Daripada http://eprints.um.edu.my/3123/1/S4_RoslanMohamad 16
  17. 17. keredaan Khalik iaitu Tuhan Pencipta bagi semua makhluk. Oleh itu konsep akhlak mengimplikasikan kepercayaan dan keyakinan kepada Tuhan sebagai Khalik Pencipta segala makhluk. Tempat bagi terbentuk dan tersemainya etika ialah dalam unsur rohani yang membuahkan dalam perlakuan dan perbuatan oleh anggota jasmani. Akhlak sangat penting untuk dibangunkan kerana ia menjadi fokus kepada pembangunan insan. Kejayaan pembangunan akhlak menjadi kejayaan terbesar kepada pembangunan insan. Akhlak mercu kepada kelahiran manusia untuk menjadi khalifah di bumi ini dan seterusnya memacu dan membina tamadun manusia. MODAL INSAN : CABARAN DAN PENYELESAIAN 35 Dalam membangun modal insan terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh masyarakat masa kini. Antara cabaran-cabarannya ialah: a) Amalan rasuah yang masih menjadi amalan dalam sesetengah organisasi yang akan melemahkan sistem pengurusan. b) Jenayah berat yang kian meningkat seperti membunuh, merompak, merogol sering menjadi bahan berita utama di media massa sama ada cetak atau elektronik. Ini menunjukkan bahawa manusia sudah tidak mempunyai moral atau muflisnya nilai harmoni dalam diri masyarakat itu sendiri. c) Hubungan kekeluargaan yang kian renggang. Manusia kini kurang mementingkan hubungan kekeluargaan. Kejadian penderaan anak-anak kecil, dicabul dan dirogol kini menjadi semakin serius. Hal ini terjadi kerana nilai dan perasaan kasih sayang sudah pudar dan terhakis dalam konteks hubungan kekeluargaan. 35 Roslan Muhammad dan Siti Aishah Abu Bakar,ibid , h.8-12 17
  18. 18. d) Terdapat segolongan manusia yang begitu rakus menebus tanah untuk pembangunan. Ini kerana manusia sangat mementingkan pembangunan fizikal tanpa mengambil kira kepentingan pembangunan mapan. Kegiatan pembalakan dan pembersihan hutan untuk menjalankan projek pembangunan tidak memberi pertimbangan kepada keceriaan dan keseimbangan alam sekitar. Dalam erti kata lain, konsep pembangunan mapan tidak dilaksanakan dengan sewajarnya. e) Kadar pengangguran di kalangan siswazah menjadi isu negara. Pengangguran siswazah menjadi salah satu isu penting negara. Kegagalan siswazah mendapatkan pekerjaan adalah kerana kekurangan pelbagai kemahiran generik yang dikehendaki oleh pihak industri atau organisasi. Di samping itu, siswazah kurang berkemahiran dari aspek komunikasi, kerja berpasukan, kemahiran berbahasa Inggeris, kemahiran teknologi maklumat dan sebagainya. PENYELESAIAN KEPADA CABARAN Setiap cabaran atau masalah yang dihadapi pasti ada jalan penyelesaiannya. Penyelesaian kepada cabaran-cabaran yang dihadapi dalam pembangunan insan semestinya memerlukan kepada sifat-sifat mahmudah seperti sikap amanah, tanggungjawab, toleransi, ilmu pengetahuan agama yang mantap serta hubungan kasih sayang antara manusia dengan Pencipta dan hubungan yang baik antara manusia sesama manusia. Sebagai contoh, dalam pembangunan masyarakat kini nilai-nilai dan sikap amanah perlulah diterapkan dalam diri masing-masing. Ini kerana selagi umat Islam memelihara amanah Allah S.W.T maka akan lurus segala amalan dan tanggungjawab yang dilaksanakan. Pekerja adalah pemegang amanah kepada kerja yang diserahkan kepadanya. Antara tonggak penting bagi seorang pekerja yang baik ialah: a) Kemampuan melaksanakan kerjanya. b) Amanah dalam melaksanakan kerjanya. 18
  19. 19. Amanah adalah sifat terpuji dan terangkum dalam lingkungan personaliti yang baik yang mesti dimiliki oleh setiap individu, apalagi bagi mereka yang diamanahkan dengan sesuatu tanggungjawab dan sering berurusan dengan orang lain. Dengan adanya sifat amanah dan tanggungjawab serta ikhlasnya seseorang itu bekerja kerana Allah, dengan pastinya masalah rasuah, curi tulang, penipuan, pecah amanah dan sebagainya tidak akan berlaku pada masyarakat kini. Selain itu, antara penyelesaian kepada kebahagiaan rumah tangga yang harmoni adalah melalui penekanan dari aspek agama, kerohanian, jasmani yang menjadi landasan utama. Segala aktiviti hidup dan aspek kehidupan manusia mestilah didasarkan kepada sifat takwa, kerana ia merupakan tujuan akhir dan punca segala bentuk aktiviti dan tingkah laku. Sifat ini juga merupakan kunci keberkatan rezeki, keamanan, kemakmuran, ketenteraman dan kesejahteraan. Takwa mengatur kebudayaan iaitu perhubungan manusia dengan tuhan, hubungan manusia dengan dirinya sendiri dan hubungannya dengan alam sekeliling. Selain itu, penyelesaian kepada masalah pengangguran di kalangan siswazah pada hari ini adalah berdasarkan kepada kualiti modal insan yang bergantung pada kekuatan ilmu dan kecanggihan keterampilan yang dimiliki oleh seseorang. Ilmu merangkumi bidang yang luas dan pelbagai. Orang yang berilmu akan cenderung untuk melaksanakan apa yang dimilikinya. Berilmu dengan ilmu dengan erti kata bekerja, berakhlak dengan akhlak yang baik, melaksanakan ajaran Islam mengikut apa yang diajar oleh Islam. Menyedari kehidupan yang sementara ini, manusia hendaklah menggunakan masa yang ada untuk seluruh kehidupan mereka. Modal insan dalam perspektif Islam ialah bagaimana potensi insan seperti akal, hati, jasmani dijadikan kekuatan mengurus diri dengan masa yang ada. Masa yang ada digunakan untuk belajar, bekerja, berkeluarga, bermasyarakat hingga tercapai matlamat kehidupan yang sebenar. Elemen lain ialah menggunakan akal fikiran dengan sebaik mungkin. Akal yang sempurna berpandukan kepada al-Quran dan al-Sunnah mampu meletakkan manusia menjadi khalifah (pentadbir) alam dengan sebaik mungkin. Penggunaan akal yang maksimum mampu 19
  20. 20. untuk menjadikan manusia berjaya di dalam perkara yang dilakukannya. Firman Allah SWT yang berbunyi:             Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Al-Quran, surah Ali Imran (3) : 190) PENUTUP Kesimpulannya, elemen pembangunan Insan adalah merupakan nadi utama dalam kerangka menjana kesejahteraan masyarakat. Pembangunan insan melalui dimensnya yang tersendiri adalah satu kekuatan yang mampu merubah seluruh kehidupan ke arah kebaikan dan kebahagiaan yang sebenarnya. Dalam konteks ajaran Islam, insan adalah modal terpenting yang perlu dibangunkan segala kapasitinya demi untuk menjana dan membangunkan peradaban umat secara total. Walaupun terdapat pelbagai cabaran dalam konteks membangunkan modal insan hakikatnya potensi insan tetap mampu dibangunkan melalui proses pendidikan dan pembangunan yang bersifat menyeluruh. Kejayaan dan kesejahteraan masyarakat dan umat mesti dicipta dan dijana berasaskan kepada keutuhan dan kekuatan ajaran Islam itu sendiri. Justeru, pembangunan modal insan perlu dipastikan terus menjadi teras dalam mengupayakan masyarakat ke arah nilai kesejahteraan yang sebenarnya. 20
  21. 21. BIBLIOGRAFI Abdul Aziz Mohd Zin, (2002), Psikologi Dakwah, Kuala Lumpur : Universiti Malaya Ab Aziz Mohd Zin et. al, (2006) , Dakwah Islam di Malaysia, Kuala Lumpur: Universiti Malaya Asmawati Suhid, (2007), Pengajaran adab dan akhlak Islam dalam membangunkan modal insan, Jurnal Pengajian Umum, bil.8, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, Dimuat Turun pada Oktober 25, 2013, Daripada www.ukm.my/jmalim/images/vol_08_2007/artikel%209%20asmawati%20_%20167?78.pdf. Abdul Monir Yaacob, (1996), Kontemporari Islam, Kuala Lumpur : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Abdul Aziz Mohd Zin,(2002), Psikologi Dakwah, Kuala Lumpur : Universiti Malaya. Abdul Karim Zaidan Dr, (2011), Usul Dakwah : Sistem-sistem Islam, Kuala Lumpur : Pustaka Salam. Al-Sheikh Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi Ad-Dimasqi, (2006), Mau’izhoh al-Mukminin min Ihya’ Ulumuddin, Dato’ Abu Hasan Din al-Hafiz, (Terj), Kuala Lumpur: Pustaka Fajr, 21
  22. 22. Dr. Teuku Iskandar, (2002), Kamus Dewan, Cetakan Keempat, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Fathiyah Mohd Fakhruddin, Norhayati Alwi, Azimi Hamzah, Lukman Abd Mutalib, (2011), Profesionalisme guru-guru Pendidikan Islam dalam melahirkan modal insan berkualiti dan seimbang, Prosiding Seminar Majlis Dekan-dekan Pendidikan IPTA 2011, Serdang : Universiti Putera Malaysia, Dimuat turun pada Oktober 29, 2013 , Daripada www.scribd.com/doc/174140705/160-317-1-SM Roslan Muhammad dan Siti Aishah Abu Bakar, (2010), Pembangunan masyarakat ke arah kesejahteraan berteraskan pembangunan insan. Kertas kerja Seminar Serantau Islam dan Kesejahteraan Sejagat 24-25 Februari 2010, Brunei Darussalam: Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Dimuat Turun pada Oktober 29, 2013 Daripada http://eprints.um.edu.my/3123/1/S4_RoslanMohamad Shohana Hussin, (2010), Pembangunan masyarakat ke arah kesejahteraan berteraskan pembangunan insan. Kertas kerja Seminar Serantau Islam dan Kesejahteraan Sejagat 24-25 Febuari 2010, Brunei Darussalam: Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Dimuat turun pada Oktober 1, 2013, daripada http://eprints.um.edu.my/3122/1/s2_shohana.pdf Syeikh Abdul Samad al-Falimbani, (2010), Hidayatus-salikin fi suluki maslakil-muttaqin, Ahmad Fahmi Zamzam, (Terj), Kedah : Khazanah Banjariah & Pustaka Suhbah. Rujukan laman web : Portal Rasmi Majlis Perbandaran Seberang Jaya, Pulau Pinang, Dimuat Turun pada, Oktober 29, 2013, Daripada www.mpsp.gov.my/dasarmpsp/Garispanduan/12PembangunanSejagat/GP12_05Pembanguna nInsan.htm 22
  23. 23. Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9), Dimuat turun pada Oktober 29, 2013, Daripada: http://ms.wikipedia.org/wiki/Rancangan_Malaysia_Kesembilan 23

×