Ucapan Kppm 2009 Majalah

4,314 views

Published on

Published in: Sports, Technology
0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
4,314
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
79
Actions
Shares
0
Downloads
72
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Ucapan Kppm 2009 Majalah

  1. 1. KATA ALU-ALUAN Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak sekolah atas penerbitan Majalah Sekolah tahun 2009 ini. Saya percaya penerbitan majalah ini adalah hasil kerjasama dan komitmen yang tinggi semua warga sekolah terhadap kejayaan sekolah. Pendidikan yang berkualiti menjamin masa depan yang lebih cerah. Dalam mengharungi cabaran abad ke-21 yang semakin hari semakin kompleks dan mencabar para pelajar perlu melengkapkan diri dengan kemahiran yang relevan dengan tuntutan semasa dan masa akan datang. Antara kemahiran tersebut ialah penguasaan bahasa kedua, kemahiran ICT, kemahiran berfikir, dan kemahiran-kemahiran sosial seperti kemahiran berkomunikasi dan kemahiran bekerja dalam pasukan. Kementerian Pelajaran mengambil pendekatan menyeluruh dan bersepadu terhadap pendidikan. Keseimbangan ini dijuruskan kepada pembangunan modal insan yang bersepadu dari segi pembangunan jasmani, emosi, rohani dan inteleknya. Ini adalah bertujuan untuk melahirkan pelajar yang tinggi akhlaknya, menguasai ilmu dan kemahiran, memiliki keterampilan, dan mampu menyumbang kepada kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Selain itu, pemupukan semangat patriotik dan jati diri adalah faktor gandingan yang penting. Perkara ini hendaklah diterjemahkan dalam bentuk amalan perpaduan dan integrasi nasional yang baik. Pelajar hendaklah berasa bangga dengan pencapaian-pencapaian negara dan mereka hendaklah meyakini bahawa mereka turut berupaya untuk menyumbang kepada kemajuan negara pada suatu hari nanti. Sehubungan itu, saya menyeru agar pihak sekolah akan terus mengambil langkah aktif dan proaktif untuk mendedahkan pelajar kepada pengalaman- pengalaman pembelajaran yang berkesan dan dapat memupuk mereka menjadi warganegara yang patriotik, berfikiran progresif, maju dan prihatin. SELAMAT MAJU JAYA DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD. DOM Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

×