11. safety handling procedurs

1,453 views

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
1,453
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
209
Actions
Shares
0
Downloads
33
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

11. safety handling procedurs

  1. 1. Institut Kemahiran MARA Jasin, Melaka INFORMATION SHEETPROGRAMME : A14 - SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAANSESSION : SEMESTER : 2 TAB 2042 / BASIC AUTOMOTIVECODE/COURSE : SHEET NO : A14/M04/IS01 ELECTRICAL & ELECTRONICLECTURER : MD HAFIZI BIN MOHAMAD WEEK : 12TOPIC : M04 BATTERIES 04.01 SAFETY HANDLING PROCEDURES 04.02 TYPE OF BATTERIESSUB-TOPIC : 04.03 BATTERIES CARE & MAINTENANCE 04.04 BATTERIES CHARGING 04.05 BATTERIES TESTING Pelajar mesti boleh : 1. Nyatakan langkah-langkah keselamatan diri. 2. Nyatakan langkah-langkah keselamatan bateriLEARNINGOUTCOME : 3. Nyatakan langkah-langkah keselamatan semasa mengecas bateri. 4. Nyatakan langkah-langkah keselamatan ketika mengeluarkan dan memasang bateri pada kenderaan.TAJUK : KESELAMATAN DALAM PENGURUSAN BATERITUJUAN :Bateri merupakan satu komponen yang mengandungi asid yang boleh membahayakan kita. Asidini diperlukan untuk melakukan tindakbalas kimia bagi menghasilkan tenaga elektrik. Beberapalangkah keselamatan perlu diambil dan dititkberatkan dalam mengendalikan bateri kenderaan.Kertas penerangan ini akan menerangkan maksud tersebut. 1
  2. 2. PENERANGAN :Bateri adalah komponen yang berat dan mudah pecah serta mengandungi asid yang bolehmenghakis. Bateri selalunya terletak dikawasan yang sukar untuk dicapai, tersembunyi di bawahadang atau dikelilingi oleh bekas air pencuci cermin dan di bawah ruang bonet. Penanggalan baterimemerlukan terminal-terminalnya ditanggalkan dari tiang bateri.LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DIRI 1. Gunakan jaket keselamatan atau baju overall untuk melindungi badan, lengan dan kaki dari terkena elektrolit dari bateri yang bersifat menghakis iaitu asid sulfurik. 2. Pakai cermin mata keselamatan seperti goggle untuk melindungi mata dari terkena percikan elektrolit bateri. 3. Pakai sarung tangan keselamatan ketika memegang atau mengendalikan bateri untuk mengelakkan elektrolit bateri terkena tangan. 4. Sentiasa memakai kasut keselamatan semasa mengendalikan bateri. 5. Berhati-hati ketika mengangkat bateri untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini.LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN BATERI 1. Jangan meletakkan bateri di atas lantai tanpa alas. Ini boleh menyebabkan bateri luput cas dan memendekkan hayat sesebuah bateri. 2. Gunakan air suling sahaja untuk menambah kandungan elektrolit di dalam bateri. 3. Pastikan elektrolit bateri pada paras yang ditetapkan. 4. Jangan mengetuk terminal bateri ketika memasang kabel bateri di dalam kereta. 5. Jangan menghempas atau membaling ketika hendak meletakkan bateri . 2
  3. 3. LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN BATERI SEMASA MENGECAS 1. Pastikan terminal bateri dipasang dengan betul dengan terminal pengecas bateri. 2. Pastikan penutup liang bateri dibuka ketika mengecas untuk mengeluarkan gas hidrogen. 3. Jauhkan sebarang alat yang boleh mengeluarkan bunga api yang mana boleh menyebabkan kebakaran apabila berdekatan kerana semsa bateri dicas ia akan mengeluarkan gas hidrogen. 4. Pastikan paras elektrolit mencukupi dan berada pada paras yang ditetapkan. 5. Pastikan bilik atau kawasan mengecas bateri mempunyai pengaliran udara yang baik. 6. Pastikan kaedah yang betul dan berseuaian untuk mengecas bateri. 7. Jangan letak di atas lantai simen tanpa alas ketika mengecas.LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN BATERI MENGELUAR DAN MEMASANG BATERIPADA KENDERAAN 1. Pastikan semua sistem elektrik kenderaan telah dimatikan. 2. Buka terminal negatif dahulu diikuti dengan terminal positif. 3. Angkat bateri dengan cara dan kaedah yang betul. 4. Pasangkan semula bateri ke kenderaan. Pastikan kedudukan dan terminal bateri tidak menyongsang dengan terminal pada kenderaan. 5. Pasang terminal positif dahulu kemudian diikuti dengan terminal negatif. 3
  4. 4. KESIMPULAN Langkah-langkah keselamatan perlu dititkberatkan tidak kira dalam apa jua keadaan. Ini perlu dilaksanakan kerana setiak aktiviti yang dijalankan akan mengundang bahaya yang tidak diketahui. Oleh itu setiap aspek langkah keselamatan perlulah diikuti agar tidak berlaku kemalangan yang tidak diingini. Cegah sebelum parah. EXERCISE1. Nyatakan langlah-langkah keselamatan yang perlu diambil sebelum menyelenggarakan sesebuah bateri. 2. Nyatakan langkah-langkah keselamatan yang perlu dititikberatkan ketika mengecas bateri.3. Nyatakan langkah-langkah keselamatan yang perlu diikuti semasa mengeluarkan dan memasang bateri pada kenderaan. REFERENCE1. Akademi Saga, Basic Electrical & Electronic System Information Sheet, Shah Alam, Selangor: Edaran Otomobil Nasional Berhad.2. Akademi Saga, Basic Electrical & Electronic System Work Sheet, Shah Alam, Selangor: Edaran Otomobil Nasional Berhad.3. Tom Denton, Automobile Electrical & Electronic Systems4. Toyota Service Training 1989, Fundamentals of Electricity, Vol 14(Step 2), Toyota Motor Corporation.5. V.A.W. Hillier1986, Fundamentals of Automotive Electronics, Croydon College: Stanley Thornes Ltd. System6. James E.Duffy 1998, Auto Electricity and Electronics Technology : The Goodheart-Willcox Company, Inc 4

×