Advertisement
Advertisement

More Related Content

Advertisement
Advertisement

Peranan aswaja dalam menangani globalisasi ekonomi

  1. Disediakan oleh PROF. MADYA DR. PATMAWATI IBRAHIM PROF. MADYA SR. DR WAN ZAHARI WAN YUSOF DR. MAIMUNAH ALI DR. ABD RAHMAN AHMAD FAKULTI PENGURUSAN TEKNOLOGI DAN PERNIAGAAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) patmawati@uthm.edu.my PERANAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DALAM MENANGANI CABARAN GLOBALISASI EKONOMI Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  2. KANDUNGAN 1. KONSEP GLOBALISASI 2. MATLAMAT GLOBALISASI 3. KONSEP DAN CIRI-CIRI GLOBALISASI EKONOMI 4. KEPENTINGAN GLOBALISASI EKONOMI 5. KESAN GLOBALISASI EKONOMI 6. BAGAIMANA ASWJ MENANGANI KESAN GLOBALISASI EKONOMI- 7. KESIMPULAN
  3. KONSEP GLOBALISASI  Takrif Menurut Kamus Dewan, globalisasi membawa maksud "fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat.”  Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik, dan teknologi siber. Perkembangan ini memungkinkan perhubungan di antara sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat." [2]
  4. KONSEP GLOBALISASI  globalisasi merupakan satu proses yang berlaku secara semula jadi kesan daripada perubahan global. Cth:apabila komputer dan rangkaian Internet diperkenalkan sesebuah negara dihubungkan tanpa batas sempadan geografi lagi.  hubungan sosial, ekonomi dan politik di seluruh dunia yang menghubungkan kawasan yang jauh dalam apa cara keadaan dan peristiwa.
  5. MATLAMAT GLOBALISASI 1. menggalakkan kesaksamaan ekonomi dan pembangunan sesebuah negara. 2. menggalakkan pengeluaran produk dan perkhidmatan hasil daripada kerjasama di peringkat global. 3. kerjasama dalam bidang pendidikan.
  6. KONSEP DAN CIRI-CIRI GLOBALISASI EKONOMI  Globalisasi ekonomi merujuk kepada sempadan ekonomi antara Negara di dunia yang semakin runtuh dan seluruh dunia menjadi satu unit yang boleh dihubungkan dengan cepat mudah pantas dan rapat. -  Dikenali sebagai dunia tanpa sempadan - pertukaran maklumat dan komunikasi berlaku dengan mudah dan berkesan.  Melibatkan 2 perkara : i) Liberalisasi ekonomi – dasar pasaran bebas ii) Deregulasi ekonomi - Menghapuskan dasar perlindungan yang diamalkan oleh sebuah negara
  7. KONSEP DAN CIRI-CIRI GLOBALISASI EKONOMI (samb.)  ciri dan sifat utama globalisasi ekonomi ialah persaingan.  Bagi negara yang mahu terus maju maka ia harus bergiat aktif dengan melibatkan diri dalam keseluruhan ekonmi antarabangsa.  Globalisasi ekonomi menjadikan persaingan, pengeluaran, kawalan pasaran, pengurusan, teknologi dan modal insan turut menjadi global.  faktor-faktor pengeluaran bergerak mudah merentasi sempadan geo-politik negara lantas sempadan pasaran dan ekonomi dunia menjadi semakin mengecil
  8. KEPENTINGAN GLOBALISASI EKONOMI  meningkatnya perdagangan bebas dan meningkatnya hubungan antara pelaku ekonomi di pelbagai negara. - didorong oleh dasar domestik dan antarabangsa sesebuah negara yang membuka pintu perdagangan kepada negara luar.  meningkatkan jaringan hubungan perdagangan dan pelaburan kewangan antarabangsa - perkembangan teknologi dan peluang ekonomi yang wujud dalam sesebuah negara.  Meningkatkan elemen-elemen kreativiti dan inovasi yang tinggi - globalisasi ekonomi menuntut kita melakukan perubahan berubah dari masa ke semasa. Negara perlu memiliki kelebihan bersaing (competitive edge) dalam pasaran antarabangsa bagi memastikan negara mampu berhadapan dengan cabaran persaingan ekonomi sejagat yang semakin meningkat.  Meningkatkan pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara.
  9. Hakikatnya..  Tiada mana-mana negara pun yang mampu mengasingkan diri daripada globalisasi ekonomi. Justeru, rangka pembangunan ekonomi nasional mestilah terus bersifat dinamik, kreatif dan inovatif bagi memastikan ekonomi negara dapat bertindak balas terhadap perubahan dan cabaran ekonomi global yang semakin kompetitif sifatnya.
  10. KESAN GLOBALISASI EKONOMI (1) Kesan positif : i. Perdagangan bebas ii. Perluasan pasaran iii. Pemindahan teknologi iv. Aliran buruh v. Menggalakkan persaingan vi. Peningkatan kualiti produk vii. Menambah Keupayaan Modal Dalam Negara
  11. KESAN GLOBALISASI EKONOMI (2) Kesan negatif i. Penjajahan Baru Ekonomi ii. Penguasaan ekonomi Negara oleh syarikat- syarikat MNC. iii. Terdedah kepada masalah kegawatan ekonomi. iv. Kesukaran mengawal aliran modal asing v. Tekanan Ekonomi dan Bebanan Kepada Golongan / negara2 Miskin vi. Ancaman kepada barangan, perkhidmatan dan budaya tempatan. vii. Ancaman kepada pengusaha2 tempatan, khususnya SME viii. Sistem kewangan dan perbankan berasaskan
  12. ISU YANG TIMBUL DARI KESAN GLOBALISASI EKONOMI 1) Dunia bukan Islam menguasai sistem kewangan dan perdagangan dunia – berleluasanya sistem riba. - kemampuan teknologi. - pengurusan maklumat sistem - kekuatan ketenteraan - sistem telekomunikasi dan media massa 2) Keraguan dalam melaksanakan sistem ekonomi Islam dalam kalangan umat Islam sendiri. 3) Perpecahan dalam kalangan umat Islam sendiri.
  13.  BAGAIMANA ASWJ MENANGANI KESAN GLOBALISASI EKONOMI
  14. Definisi Manhaj Menurut Istilah : • Kaedah-kaedah dan ketentuan-ketentuan yang digunakan bagi setiap pembelajaran ilmiyyah. Definisi Manhaj Menurut Bahasa: • Jalan yang jelas dan terang. Allah Ta’ala berfirman : ً‫اج‬َ‫ه‬ْ‫ن‬ِ‫م‬َ‫و‬ ً‫ة‬َ‫ع‬ْ‫ر‬ِ‫ش‬ ْ‫م‬ُ‫ك‬‫ن‬ِ‫م‬ ‫ا‬َ‫ن‬ْ‫ل‬َ‫ع‬َ‫ج‬ ٍّ‫ل‬ُ‫ك‬ِ‫ل‬‫ا‬ Maksudnya : Untuk tiap-tiap umat di antara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang.
  15. PANDANGAN ISLAM TERHADAP GLOBALISASI  Pertama: Globalisasi hanya baru dari sudut istilah, tidak dari sudut maksudnya. Ini kerana pertukaran, pemindahan dan perkongsian dalam pelbagai medium sudah berlaku di antara manusia sejak sejarah mula dicatit. Bahkan antara tujuan Allah Subhanahu wa Ta‘ala mencipta manusia adalah untuk mereka saling “berglobalisasi” sepertimana firman-Nya:  َ‫ع‬َ‫ج‬ َ‫و‬ ‫ى‬َ‫ث‬‫ن‬ُ‫أ‬ َ‫و‬ ٍ‫ر‬َ‫ك‬َ‫ذ‬ ْ‫ن‬ِ‫م‬ ْ‫م‬ُ‫ك‬‫َا‬‫ن‬ْ‫ق‬َ‫ل‬َ‫خ‬ ‫ا‬َّ‫ن‬ِ‫إ‬ ُ‫اس‬َّ‫ن‬‫ال‬ ‫ا‬َ‫ه‬ُّ‫ي‬َ‫اأ‬َ‫ي‬َّ‫ن‬ِ‫إ‬ ‫وا‬ُ‫ف‬ َ‫ار‬َ‫ع‬َ‫ت‬ِ‫ل‬ َ‫ل‬ِ‫ئ‬‫ا‬َ‫ب‬َ‫ق‬ َ‫و‬ ‫ا‬ً‫ب‬‫و‬ُ‫ع‬ُ‫ش‬ ْ‫م‬ُ‫ك‬‫َا‬‫ن‬ْ‫ل‬َ‫م‬ َ‫ر‬ْ‫ك‬َ‫أ‬ْ‫م‬ُ‫ك‬ ٌ‫ير‬ِ‫ب‬َ‫خ‬ ٌ‫م‬‫ي‬ِ‫ل‬َ‫ع‬ َ َّ‫اَّلل‬ َّ‫ن‬ِ‫إ‬ ْ‫م‬ُ‫ك‬‫ا‬َ‫ق‬ْ‫ت‬َ‫أ‬ ِ َّ‫اَّلل‬ َ‫د‬ْ‫ن‬ِ‫ع‬.  Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
  16. PANDANGAN TERHADAP GLOBALISASI  Kedua: Globalisasi tidak seluruhnya membawa manfaat dan tidak seluruhnya membawa mudarat. Ia bercampur aduk antara manfaat dan mudarat, antara positif dan negatif.  Ketiga: Walaupun globalisasi pada asalnya bermaksud pertukaran, pemindahan dan perkongsian antara negara, realiti menunjukkan bahawa ia tidak wujud dalam bentuk dua hala yang adil. Sebaliknya, ada negara yang bersifat “mengglobalisasi” dan ada negara yang bersifat “diglobalisasi”. --------------------------------- *mengglobalisasi: negara yang menyebarkan ilmu, pemikiran, ekonomi, kebudayaan dan agama mereka kepada negara lain. Ada pun “ diglobalisasi : negara yang bersifat hanya menerima ilmu, pemikiran, ekonomi, kebudayaan dan agama dari negara yang “mengglobalisasi” tanpa menilai sama ada ia membawa manfaat atau mudarat.
  17. PANDANGAN TERHADAP GLOBALISASI  Seorang tokoh Islam, Dr. Yusufal-Qaradawi berpendapat: "Adapun globalisasi, kami melihat - berdasarkan seruannya sehingga ke hari ini - ia adalah pemaksaan penguasaan politik, ekonomi, budaya dan sosial daripada Amerika Syarikat terhadap dunia, khususnya dunia timur dan dunia ketiga, bahkan secara lebih khusus, dunia Islam."
  18. MENANGANI KESAN GLOBALISASI EKONOMI Penyelesaian melalui pelaksanaan sistem ekonomi Islam yang berasaskan kesaksamaan (equity) dan keadilan (justice) untuk semua berteraskan al-Quran dan as-sunnah. 1) Penegasan konsep Islamic rationality (akal + garis panduan shariah) 2) Pengamalan sistem ekonomi Islam berkaitan suruhan / galakan dan larangan dalam bermuamalat Suruhan – wajib, sunat, harus larangan – haram, makruh 3) 3 Prinsip keadilan dalam sistem ekonomi Islam : i. Keadilan dalam pengeluaran ii. Keadilan dalam penggunaan, iii. Keadilan dan kebajikan dalam agihan – functional dan transfer payment
  19. 3) Pelaksanaan 3 prinsip dalam makroekonomi Islam i) Prinsip 1 : Takaful atau ta'awun: saling bantu membantu. Ii) Prinsip 2 : Keseimbangan fundamental atau asas ekonomi. iii) Prinsip 3 : Hisbah – timbang tara yg boleh mengawal ekploitasi pembekal ke atas pasaran. MENANGANI KESAN GLOBALISASI EKONOMI
  20. KESIMPULAN SISTEM EKONOMI ISLAM PERLU DILAKSANAKAN UNTUK MENGATASI CABARAN GLOBALISASI. Apa yang perlu dilakukan: 1. Mempromosi dan mengetengahkan sistem ekonomi Islam, 2. Mendidik masyarakat tentang sistem ekonomi Islam, dan, 3. Melaksanakan sistem ekonomi Islam dalam masyarakat.
  21. TERIMA KASIH
Advertisement