AA211 hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

3,223 views

Published on

membincangkan mengenai konsep hospitaliti dan pelancongan dalam Islam dari aspek etika dan lain-lain

Published in: Education
0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
3,223
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
12
Actions
Shares
0
Downloads
85
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

AA211 hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

  1. 1. HOSPITALITI DAN PELANCONGAN DALAM ISLAM Nor Azmin Mohamed Salleh Wan Mohd Zul Wan Yusuf Mohd Toha Rulam Ahmad Seksyen Pembangunan dan Penilaian Kurikulum Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi
  2. 2. © Seksyen Pembangunan dan Penilaian Kurikulum Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi All right reserved. No part of this publication may be reproduced, copied, stored in any retrieval system or transmitted in any form or by any mean – electronics, mechanical, photocopying, recording or otherwise; without prior permission in writing from the : Curriculum Development and Assessment Section, Curriculum Development and Career Training Division Department of Polytechnic Education, MOHE Galeria PjH, Aras 4, Jalan P4W, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya. Perpustakaan Negara Cataloguing –in-Publication Data Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam – Nor Azmin Mohamed Salleh, Wan Mohd Zul Wan Yusuf, Mohd Taha Rulam Ahmad ISBN 1. Islam 2. Hospitaliti Islam 3. Pelancongan Islam
  3. 3. Editorial Editor Pn. Yusma bt. Yusof Ketua Penolong Pengarah Seksyen Pembangunan dan Penilaian Kurikulum Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya Jabatan Pengajian Politeknik, KPT En. Yusni b. Mohamad Yusak Penolong Pengarah Kanan Seksyen Pembangunan dan Penilaian Kurikulum Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya Jabatan Pengajian Politeknik, KPT Pn. Suzianah bt. Sahar Penolong Pengarah Seksyen Pembangunan dan Penilaian Kurikulum Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya Jabatan Pengajian Politeknik, KPT Penulis Pn. Nor Azmin bt. Mohamed Salleh Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) En. Wan Mohd Zul b. Wan Yusuf Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS) En.Mohd Taha b. Rulam ahmad Politeknik Muadzam Shah (PMS)
  4. 4. Bab - 1 Konsep Hospitaliti Dalam Islam Nor Azmin bt. Mohamed Salleh (PSA)
  5. 5. Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam 1.1 AA205 KONSEP HOSPITALITI DALAM ISLAM Apa yang perlu anda kuasai di akhir topik ini? 1.1.1 Menerangkan konsep rumah pengurusan rumah penginapan 1.1.2 Menerangkan konsep halalan toyyiban (halal dan berkualiti) dalam pemakanan 1.1.3 Menjelaskan cara sembelihan mengikut hokum syarak 1.1.4 Membincangkan adab dalam perkhidmatan pelanggan KONSEP PENGURUSAN RUMAH PENGINAPAN 1.1.1.1. Definisi Konsep PENGURUSAN Saidina Umar bin al-Khattab r.a : Melayani kehendak awam atau rakyat. Wan Azmi : Satu aktiviti perancangan dan pergerakan atau panduan oleh sesuatu perusahaan atau organisasi berhubung dengan segala kaedah, peraturan, juga tanggungjawab dan tugastugas kakitangannya itu. Harold Koontz & Heinz Wiehrich Proses merancang dan memelihara persekitaran apabila individu bekerja bersamasama dalam kumpulan, mencapai matlamat terpilih dengan berkesan. Sebagai pengurus, manusia menjalankan fungsi pengurusan dalam perancangan, mengorganisasi, pengstafan, pemimpinan dan pengawalan Jadual: Definisi Konsep RUMAH PENGINAPAN Satu bentuk pengurusan kemudahan tempat tinggal yang mana pelancong tinggal bersama keluarga 5
  6. 6. Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam AA205 1.1.1.2. Prinsip Rumah Penginapan Menurut Perspektif Islam 1) REKA BENTUK DAN RUANG a) Bilik Air/ Tandas Kedudukan tandas tidak mengadap kiblat Rasulullah SAW meriwayatkan yang diceritakan oleh Salman RA : “Rasullulah SAW sesungguhnya telah melarang kami mengadap kiblat ketika membuang air besar atau kecil atau beristinjak dengan tangan kanan, atau beristinjak dengan batu kurang daripada tiga biji atau beristinjak dengan kotoran haiwan atau dengan tulang (Hadith Riwayat Muslim) Baginda bersabda lagi: “ Janganlah menghadap kiblat atau membelakanginya akan tetapi menghadaplah ke arah timur atau barat” (Riwayat Bukhari, an-Nasai, Malik) Kelengkapan mandian  Contoh menyediakan kain basahan dan kelengkapan seperti ubat dan berus gigi yang halal.  Rasullulah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah adalah pemalu dan suka menutupi. Dia menyukai seseorang yang tahu malu dan menutupi dirinya. Oleh itu, apabila seseorang daripada kamu mandi, bertutuplah (berlindung).(Riwayat Abu Daud, al-Nasai, al-Hakim) Kemudahan beristinjak  Menyediakan kemudahan saluran paip untuk mencuci najis ketika qada’ hajat.  Tidak hanya menyediakan tisu semata-mata. 6
  7. 7. Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam AA205 b) Ruang Bilik Hiasan Bilik  Bebas dari gambar haiwan, patung atau lukisan menjolok mata Rasulullah SAW bersabda: “Malaikat tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya terdapat anjing dan gambar (patung)” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, alTirmidzi, al-Nasai, Ibn. Majah)  Meletakkan arah kiblat c) Ruang Ibadat/ Solat Surau atau Musolla  Menyediakan surau atau bilik khas untuk dijadikan musolla yang lengkap dengan tempat berwuduk.  Kedudukan surau strategik dan mudah dituju.  Menyediakan imam, bilal dan siak yang bertugas secara tetap.  Laungan azan dikumandangkan setiap kali masuk waktu solat d) Ruang Dapur, Makanan Dan Restoran Ruang Dapur  Ruang dapur mestilah bersih, makanannya berkualiti, material dan sumbernya halal. Bentuk Makanan  Menyediakan minuman dan pencucui mulut yang disebut dalam Quran dan Hadith seperti madu, zaitun, delima, tin, kuma, kismis dan habbatul sauda’.  Galakan ini ditegaskan dalam hadith baginda yang diriwayatkan oleh Aisyah RA: “Wahai Aisyah, rumah yang tiada padanya kurma seperti rumah yang tiada makanan”  Makanan yang haram juga tidak disajikan kepada pelanggan tanpa mengira muslim atau sebaliknya. Restoran atau ruang makanan  Restoran atau ruang makanan seperti di koridor bilik seminar atau dewan disyor mempunyai kerusi yang memadai untuk pelanggan. Ini untuk menggalakkan pelanggan daripada makan atau minum secara berdiri. Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah salah seorang daripada kami minum berdiri’.(Riwayat Muslim) 7
  8. 8. Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam AA205 2. ORGANISASI & PEKERJA RUMAH PENGINAPAN Para pekerja hotel dan rumah penginapan perlu:  menjaga etika ketika bertugas  Mengawal pergaulan  Menjaga personaliti  Prihatin dan jujur terhadap pelanggan. 3. PELANGGAN  Memastikan pasangan lelaki dan perempuan yang menginap merupakan pelanggan yang sah dari segi syarak. Rasullullah SAW bersabda:“ Janganlah seorang wanita bermusafir kecuali bersama mahram” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Baginda bersabda lagi: “ Janganlah seseorang kamu bersunyi-sunyian dengan seorang wanita melainkan bersama-sama mahram ”.  Kawasan premis hotel jauh daripada lokasi yang memungkinkan berlakunya pergaulan bebas dan berdua-duaan. Rasullullah SAW berpesan dalam hadisnya : “ Tidak boleh bersunyian seorang lelaki dengan seorang perempuan yang tidak halal baginya, sesungguhnya yang ketiga adalah syaitan”. (Riwayat Tirmidzi dan Ahmad)  Menyekat aktiviti terlarang di kalangan pelanggan dengan menyediakan pamplet, risalah, papan tanda, mengharamkan kemasukkan arak dan sebagainya. 4. KEMUDAHAN UMUM   Kemudahan-kemudahan sampingan perlu diberi pertimbangan mengikut hukum syarak. Contohnya, televisyen sewajarnya mempunyai saluran informasi Islam dan bermanfaat. Kelab, pusat hiburan, pusat urut, kolam renang dan sebagainya dipisahkan antara lelaki dan perempuan. Pengguna kolam renang diingatkan agar memakai pakaian yang sesuai dengan syarak. Risalah, pelekat atau papan tanda sama ada peringatan dan nasihat diperbanyakkan dan diberi perhatian. Ini bersesuaian dengan pesanan Rasulullah SAW: “Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat ”. (Riwayat Bukhari) “ Siapa yang menunjukkan (menggalakkan) ke arah kebaikan, maka baginya pahala seperti pahala orang yang melakukannya”. (Riwayat Muslim) 8
  9. 9. Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam AA205 1.1.1 MENERANGKAN KONSEP HALALAN TOYYIBA [HALAL DAN BERKUALITI] DALAM PEMAKANAN 1.1.1.1 Pendahuluan Penentuan halal dan haram dalam Islam bukanlah suatu yang direka oleh akal manusia atau daripada Rasulullah SAW, malah ia merupakan ketetapan mutlak daripada Allah SWT yang tidak boleh dipinda. Rasulullah SAW bersabda yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan Ibn Majah bermaksud: “ Daripada Salman al-Farisi semasa Rasulullah SAW ditanya tentang hukum lemak, keju dan keldai hutan, Nabi Muhammad SAW menjelaskan bahawa apa yang dihalalkan di dalam kitab Allah adalah halal dan apa yang diharamkanNya adalah haram, manakala apa yang didiamkan adalah kemaafan bagi kamu”. 1.1.1.2 Definisi Halalan Toyyiban Perkataan halal berasal daripada bahasa Arab halla, yahillu, hillan yang membawa erti membebaskan, melepaskan, memecahkan, membubarkan dan membolehkan. Apabila ia digunakan di dalam bidang perundangan Islami ia membawa maksud: 1) Segala sesuatu yang menyebabkan seseorang itu tidak dihukum jika menggunakannya. 2) Sesuatu yang boleh dikerjakan menurut syarak. Al-Jurjani dalam Kitab al-Ta’rifat menjelaskan bahawa pengertian halal dengan maksud: 1) Merujuk kepada keharusan menggunakan benda-benda atau apa-apa yang diperlukan untuk memenuhi keperluan jasmani seperti makanan, minuman dan ubat-ubatan. 2) Bersangkut paut dengan keharusan memanfaatkan, memakan, meminum dan mengerjakan sesuatu yang kesemuanya ditentukan berdasarkan nas. 9
  10. 10. Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam AA205 Manakala Toyyib (atau toyyibah; toyyibat atau tuba sebagai jamak) dari segi makna ialah sesuatu yang baik atau elok atau yang berlawanan dengan yang buruk. Justeru itu, apabila disebut halalan toyyiban” ia memberi maksud sesuatu yang halal yang bersifat baik atau elok. 1.1.1.3 Konsep Halal dalam Pemakanan Rasulullah SAW mengingatkan umat Islam agar sentiasa berwaspada terhadap hasutan syaitan dalam apa jua ibadah yang dilakukan termasuklah dalam bab pemakanan. Lantaran itu, umat Islam perlu mengikut garis panduan syariat dalam menentukan halal dan haramnya sesuatu makanan bukannya mengikut hawa nafsu. Allah SWT berfirman yang mafhumnya: “ Wahai manusia, makanlah daripada apa yang kami berikan di muka bumi ini yang halal lagi bermutu dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana kerana syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu” (Surah alBaqarah: 168) Allah berfirman lagi: ََ ِ ‫أ أ‬ ُ ُ ‫أَيُّها النَّاس كلُوا مما فِي اْلَرض حَل اًل طَيِّباا و ًَل تَتَّبِعُوا خطُوات الشيطان إِنَّهُ لَكم‬ َ َ ‫ُأ‬ ِ َ ‫ُ َ ِ َّ أ‬ َّ ِ ‫عدو مبِين‬ ُ ٌّ ُ َ Maksudnya: “Wahai orang yang beriman, makanlah daripada benda yang baik (halal) yang telah kami kurniakan kepada kamu dan bersyukurlah kamu kepada Allah jika kamu benar-benar menyembah Allah ” (Surah al-Baqarah: 168) Menurut JAKIM perkataan ‘halalan’ adalah merujuk ‘makanan orang Islam’ atau ‘makanan yang ditanggung halal’ yang merangkumi aspek (Zainal Abidin: 1993): a) Kandungan: Kandungan makanan hendaklah terdiri daripada bahan-bahan yang halal dimakan atau digunakan oleh orang Islam dan tidak bercampur dengan bahan-bahan yang tidak halal atau najis. 10
  11. 11. Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam b) AA205 Peralatan: Peralatan yang digunakan untuk menyedia, memproses, mengilang dan sebagainya perlulah bebas daripada benda-benda yang bernajis. c) Pengendalian: Pengendalian menghidang makanan dan sama selainnya ada pengangkutan, hendaklah tidak penyimpanan, berhampiran atau bersentuhan dengan benda-benda yang diharamkan. Persatuan pengguna Pulau Pinang (2006) pula menyatakan bahawa sesuatu makanan itu dikatakan halal jika memenuhi syarat berikut: 1. Tidak memudaratkan atau mengganggu fungsi normal tubuh dan fikiran. 2. Bebas daripada najis dan bukan produk yang diperolehi daripada sumber babi atau binatang yang tidak disembelih atau diburu mengikut hukum syarak. 3. Bebas daripada produk yang diambil daripada babi, anjing atau lain lain binatang yang haram. 4. Sumber dan cara perolehan yang halal, berpunca daripada sumber rezeki halal yang dibenarkan syarak. 5. Peralatan bersih dan suci daripada najis sama ada semasa penyediaan, pemprosesan, pengilangan, pembungkusan atau pemasaran. Manakala Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasan Halal) 1975, menjelaskan perkataan halal adalah ‘makanan orang Islam’ atau ‘makanan ditanggung halal’ atau ‘halal’ dengan definisi seperti berikut: 1- Bukan terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda daripada binatang yang dilarang oleh hukum syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut hukum syarak. 2- Tidak mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut syarak. 11
  12. 12. Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam 3- AA205 Tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas daripada najis mengikut syarak. 4- Tidak dalam masa menyedia, memproses atau meyimpannya tidak berdekatan atau bersentuhan dengan makanan yang tidak memenuhi kehendak perenggan (1), (2) dan (3) atau apa -apa yang dihukumkan sebagai najis mengikut syarak. 1.1.1.4 Konsep Toyyiban Dalam Pemakanan. Perkataan Toyyib telah disebut sebanyak 13 kali di dalam al -Quran iaitu (Zulkifli et al:2009): SURAH AYAT SURAH AYAT 1 al-Baqarah 168 6 al-Anfal 37 dan 69 2 ali- Imram 179 7 al-Nahl 114 3 al-Nisa’ 2 dan 43 8 al-Hajj 24 4 al-Maidah 6, 88 dan 100 9 al-Fathir 10 5 al-A’raf 58 Perkataan toyyiban bermakna baik iaitu makanan itu mestilah baik untuk dimakan dan diperolehi daripada sumber yang asli. Makanan tersebut juga mestilah suci, bersih dan menyihatkan badan serta membolehkan seseorang muslim itu melaksanakan ibadah kepada Allah. Muhammad Quraish Shihab menyatakan bahawa pakar-pakar tafsir ketika menjelaskan lafaz toyyib dalam konteks perintah makan ia bererti makanan yang tidak kotor dari segi zatnya atau rosak atau dicampuri najis (Zulkifli et.al:2009). Zulkifli et.al(2009) menjelaskan bahawa perkataan toyyib memberi makna: 1) Sihat Makanan yang memiliki zat yang cukup dan seimbang baik untuk kesihatan jasmani dan rohani seperti madu, kurma, susu dan sebagainya. 12
  13. 13. Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam 2) AA205 Professional Iaitu sesuai dengan keperluan pemakanan, tidak lebih dan tidak kurang. Berdisiplin ketika makan dan minum serta bersikap sederhana dalam pemakanan. Hadis Riwayat Ahmad bermaksud: “ Tidak ada bekas yang diisikan oleh anak Adam yang lebih keji daripada perut. Cukuplah bagi anak Adam dengan beberapa suapan yang membetulkan tulang belakangnya. Sekiranya ia terpaksa melakukannya juga maka satu pertiga untuk makanannya, satu pertiga untuk minumannya dan satu pertiga untuk nafasnya”. 3) Selamat Bererti mengambil kira konsep takwa dengan menghindari segala yang mengakibatkan seksa dan terganggunya rasa aman. Ia juga mengambil kira kualiti makanan yang baik dan halal serta tidak memudaratkan kesihatan dan membawa seseorang kepada dosa dan maksiat. Firman Allah SWT: َّ ِ ُ ُ ‫َ ِ َ َ َ أ ُ أ َ أ‬ ُ ُ‫يَا أَيها الَّذينَ آمنُوا كلُوا منأ طَيِّبات ما رزقنَاكم واشكروا ّلِلِ إِنأ كنتُم إِيَّاه‬ ِ ِ َ ُّ ‫ُأ أ‬ َ َ‫تَعبُدُون‬ ‫أ‬ Maksudnya: “Wahai orang-orng yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya”. (Surah al-Baqarah: 172) Ibn. Kathir berkata, ayat ini merupakan perintah bagi orang mukmin supaya makan daripada makanan yang halal dan baik dari pada rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT. Beliau juga menyatakan bahawa makanan yang baik adalah makanan yang sesuai dengan selera di samping tidak mendatangkan kemudaratan kepada badan dan akal. 1.1.1.5 Makanan Dan Minuman Berkhasiat Menurut Al-Qur’an & AsSunnah Pembahagian makanan berkhasiat atau berkualiti menurut al-Quran dan as-Sunnah terdiri daripada: 13
  14. 14. Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam 1) AA205 Buah-buahan. Al-Quran menyebutkan sejumlah buah-buahan yang diakui ilmu pengetahuan moden memiliki khasiat untuk mencegah beberapa jenis penyakit dan member manfaat kepada tubuh manusia dengan pelbagai cara. Contohnya pisang, mentimun, zaitun, labu, anggur, delima, kurma, lim au tembikai dan buah tin. Al-Quran juga telah menyebut salah satu buah di syurga adalah pisang. Allah berfirman dalam surah al-Waaqi’ah: 28-33 ‫فِي سدر مخضود * وطَلح منضود * وظل ممدُود * وماء مسكوب * وفَاكهة‬ ٍ َ ِ َ ٍ ُ ‫ِ أ ٍ َ أ ُ ٍ َ أ ٍ َ أ ُ ٍ َ ِ ٍّ َ أ ٍ َ َ ٍ َ أ‬ ‫كثِيرة * ًَل مقطُوعة و ًَل ممنُوعة‬ ٍ َ ‫َأ َ ٍ َ َأ‬ ٍ َ َ Maksudnya: “Berada di antara pohon bidadara yang tidak berduri, dan pohon-pohon pisang yang bersusun(buahnya), dan naungan yang terbentang luas, air yang tercurah, dan buah-buahan yang banyak, yang tidak berhenti (buahnya) dan tidak terlarang mengambilnya”. 2) Gizi daripada Haiwan. Manusia mendapat makanan dalam jumlah besar dari sumber haiwan. Gizi haiwan yang disebut di dalam al-Quran adalah susu, madu, daging, ikan dan unggas. Al-Quran menyebut tentang susu di beberapa tempat. Antaranya dalam surah al-Nahl Allah SWT berfirman: ‫وإِنَّ لَكم فِي اْلَنعام لَعبرةا نُسقِيكم مما فِي بُطُونِه منأ بَين فَرث ودَم لَبَناا خالِصا‬ ‫َ ا‬ َ‫أ أَ ِ ِأ‬ َ ٍ َ ٍ ‫ِ ِ أ ِ أ‬ ‫ُأ‬ َّ ِ ‫أ ُ أ‬ ‫َ ا‬ َ‫سائِغا لِلشَّاربِين‬ ِ Maksudnya: “Dan sesungguhnya pada binatang ternakan itu benarbenar terdapat pelajaran bagi kamu. Kami memberimu minum daripada apa yang berada dalam perutnya (berupa) susu yang bersih antara tahi dan darah, yang mudah ditelan bagi orang-orang yang meminumnya”. (Surah al-Nahl; 66) Hadis riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud: “ Bahawasanya Nabi SAW minum susu, kemudian ia meminta air, lalu ia berkumur-kumur dan bersabda: Sesungguhnya susu itu mengandungi lemak ”. 14
  15. 15. Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam AA205 Ibn Qayyim al Jauziyyah dalam Kitab Tib al-Nabawi ada menjelaskan bahawa susu dapat menghilangkan perasaan was-was dan penyakit hati dan amat baik bagi orang yang kurus. Jika susu diminum dengan madu dapat menyejukkan badan yang panas (Ibn. Qayyim:1999). 1.1.1.6 Kriteria Makanan Dan Minuman Halal Menurut Syarak Kaedah syarak dalam menentukan makanan dan minuman yang diharamkan dan dihalalkan adalah bertitik tolak daripada firman Allah SWT antaranya : 1) Surah al-An’am: 145 ُ ‫قُل ًَل أَجد فِي ما أُوحي إِلي محرما علَى طَاعم يَطعمهُ إِ ًَّل أَنأ يَكونَ ميتَةا أَو دما‬ ُ ِ َ ‫ِ َ َ َّ ُ َ َّ ا‬ ‫َأ‬ ‫أ‬ َُ‫ٍِ أ‬ ‫أ َ ا‬ َ ُ ‫مسفُوحا أَو لَحم خنزير فَإِنَّهُ رجس أَو فِسقاا أ‬ ‫أ أ هل لِغير َّللاِ بِه فَمن اضطُر غير‬ ‫ِ أ‬ َ ‫ِ َّ َ أ ِ َّ ِ َ ِ أ َّ َ أ‬ ٍ ِ ‫َ أ ا أ أ َ ِأ‬ َ َ َ ‫بَاغ و ًَل عَاد فَإِنَّ ربَّك غفُور رحيم‬ ٍ ِ َ َ ٍ Maksudnya: Katakan (wahai Muhammad): “Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau ianya bangkai atau darah yang mengalir atau babi, kerana sesungguhnya ia adalah kotor, atau sesuatu yang dilakukan secara fasik iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah ”. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 2) Surah al-A’raf: 157 َ َ ‫ِ َ َ ِّ ُ َ أ ِ ُ أ‬ ‫ويُحل لَهُم الطَّيِّبَات ويُحرم علَيهم الخبَائِث‬ ُ ُّ ِ َ Maksudnya: “Dan menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”. 3) Surah al-Maidah : 4 ُ‫يَسأَلُونَكَ ماذا أُحل لَهم قُل أُحل لَكم الطَّيِّبَات‬ ‫أ‬ ُ ُ َّ ِ ‫َ َ ِ َّ ُ أ أ‬ 15
  16. 16. Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam AA205 Maksudnya: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): “Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?” Katakanlah : “Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang baik-baik…” Berdasarkan firman –firman Allah SWT di atas, hukum berkenaan makanan adalah seperti berikut (Dr. Mustofa al-Khin et. al,2005): KATEGORI CONTOH 1)HAIWAN DARAT (Semua haiwan darat halal dimakan kecuali: Haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak Babi dan keturunannya Anjing dan keturunannya Haiwan bertaring yang digunakan untuk membunuh Burung yang mempunyai kuku pencakar atau menyambar Haiwan yang dibenarkan oleh syarak untuk dibunuh Haiwan yang dilarang dibunuh oleh syarak Haiwan yang dipandang jijik dan keji Haiwan yang hidup di darat dan air Harimau, beruang, kucing, kera dan sebagainya. Helang, Tikus, kala, ular, gagak, lipan Semut, lebah, burung belatuk Kutu, lalat, ulat (kecuali ulat buah yang termakan dengan buahnya serentak) Katak, buaya, penyu 2)HAIWAN AIR Haiwan yang boleh hidup secara hakikinya di air sahaja. Tidak beracun, memabukkan dan memudaratkan. Ikan, sotong, udang, ketam, cengkerang, siput sedut dan seumpamanya. Ikan buntal. 3)TUMBUHAN (Semua jenis tumbuhan halal kecuali: Memabukkan Beracun Memudaratkan Ganja, buah hutan dan lain-lain. 4)MINUMAN (Semua jenis air adalah halal kecuali: Beracun Memabukkan Memudaratkan tubuh Bercampur dengan najis Peluntur, racun dan sebagainya. Arak, air daun ketum dan tuak. Cuka yang termasuk bangkai di dalamnya dan seumpamanya. 16
  17. 17. Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam Yang pada pandangannya menjijikkan Najis AA205 Hingus, air mani, kahak dan seumpamnya. Air kencing, darah kecuali hati, muntah dan lain-lain. Susu haiwan yang haram dimakan dagingnya Jadual: Jenis Makanan Halal Dan Haram Menurut Islam 1.1.1.7 Penyediaan Makanan Berkualiti Menurut Syarak Penyediaan makanan berkualiti adalah merangkumi: 1) Cara pemprosesan makanan dan masakan. Semua makanan yang diproses adalah halal sekiranya bahan yang digunakan halal dan suci daripada najis seperti: a) Bebas daripada bahagian-bahagian haiwan yang dilarang oleh syarak dari memakannya. b) Tidak disembelih mengikut hukum syarak c) Tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas daripada najis seperti alat dan tempat pemotong, kualiti, sudu, periut dan lain-lain. d) Hendaklah dalam masa menyedia dan memproses diawasi oleh orang Islam. e) Makanan dan masakan yang disediakan dari bahan-bahan berkualiti dan kekal dalam keadaan baik. 2) Kebersihan makanan Kebersihan boleh diertikan sebagai bebas dari najis, kotoran, kuman, benda yang haram. Kebersihan dalam menyediakan makanan merangkumi aspek: a) Premis pembuatan, penyediaan dan penjualan makanan bersih daripada gejala yang boleh membawa kemudaratan seperti habuk, tikus, cicak, kutu dan binatang yang membawa penyakit. b) Pekerja di premis makanan dilarang: i) Merokok semasa menyediakan makanan ii) Bersin dan batuk berdekatan makanan. 17
  18. 18. Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam iii) AA205 Menyediakan makanan jika mempunyai luka yang tidak berbalut. iv) Membawa makan yang haram ke premis. c) Tandas dan bilik air sentiasa dibersihkan d) Peralatan kerap dicuci menggunakan air bersih. 3) Penyimpanan dan penghidangan. Semua makanan yang disimpan, dipamer dan dihidangkan hendaklah dipisahkan dan diberi tanda dalam setiap keadaan antara halal dan tidak halal untuk menghindarkan percampuran dan terkena najis antara bahan halal dan tidak halal 1.1.1.8 Kesan Makanan Halal Terhadap Pembentukan Jiwa Dan Akhlak Menjana hati dan perbuatan manusia ke arah kebaikan. Bukti bahawa agama Islam, agama yang bersesuaian dengan tabiat manusia yang sukakan kesucian dan kebersihan •Rasulullah SAW bersabda: “ Sesungguhnya di dalam badan anak Adam terdapat seketul daging. Jika ia baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Jikalau ia rosak, maka rosaklah seluruh anggota badannya. Ketahuilah bahawa ia adalah hati” (Riwayat Bukhari dan Muslim) •Daripada Abi Malik al-Asy'ari r.a. Rasulullah SAW bersabda: "Bersuci (membersihkan diri itu setengah daripada iman..)" •Daripada Ibn Mas'ud r.a Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah itu indah dan suka keindahan'. 18
  19. 19. Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam AA205 1.1.2 MENJELASKAN CARA SEMBELIHAN MENGIKUT SYARAK 1.1.2.1 Definisi & Hukum Sembelihan Definisi: Sembelihan dalam bahasa arab disebut sebagai zabihah iaitu sembelihan terhadap binatang yang halal dimakan mengikut hukum syarak dan syarat-syarat tertentu. Hukum : Wajib dengan tujuan untuk dimakan dagingnya. Binatang yang mati tanpa sembelihan atau sembelihan yang tidak mengikut syarak adalah haram dimakan dan ia dikira sebagai bangkai dan najis. 1.1.2.2 Hikmah Disyariatkan Sembelihan. Sembelihan dan bangkai merupakan dua perkara berbeza dari sudut hukum memakannya. Justeru sembelihan pembeza mutlak antara keduanya. Menyucikan binatang sembelihan daripada najis darah bagi menjamin kesihatan orang yang memakannya. Binatang yang mati kerana tercekik atau dilanggar akan mengakibatkan berlakunya pembekuan darah dalam tubuh haiwan tersebut yang boleh menyebabkan orang yang memakan bangkai tersebut mendapat penyakit. 19
  20. 20. Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam 1.1.2.3 AA205 Kaedah Sembelihan al- Zabhu • Memotong al-halqu (leher sebelah atas) haiwan yang boleh ditangkap oleh manusia untuk disembelih dengan syarat-syarat tertentu. Al-Nahru: • Memotong labbah (leher sebelah bawah) haiwan. Cara ini disunatkan untuk menyembelih unta. Al-‘Aqru: • Sembelihan yang dilakukan kerana darurat. •Caranya ialah dengan mencederakan manamana bahagian tubuh haiwan yang boleh membawa kepada kematian. • Kaedah ini sesuai bagi haiwan yang tidak boleh ditangkap atau dikuasai oleh manusia seperti binatang liar. Contohnya rusa, pelanduk, arnab dan lain-lain. Jadual: Kaedah Sembelihan Dalam Islam Berhubung sembelihan kaedah al-‘Aqru, baginda menjelaskan dalam satu peristiwa ketika seorang lelaki memanah binatang liar lalu mati. Lalu baginda bersabda: “ Sesungguhnya binatang-binatang ini memiliki sifat binatang liar, apabila ia mengatasi kamu maka lakukanlah terhadapnya seperti ini”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 1.1.2.4 Syarat Sah Sembelihan. SYARAT SAH SEMBELIHAN SYARAT PENYEMBELIH  Islam @ ahli kitab.  Niat kerana Allah @ dengan nama Allah BINATANG SEMBELIHAN ALAT SEMBELIHAN  Haiwan dapat dikuasai @ ditangkap dan masih mempunyai hayat mustaqirrah.  Putus halkum dan urat merih.  Memotong dengan cepat dan sekali gus.  Tajam dan diperbuat daripada besi, tembaga, timah, kaca, batu dan seumpamanya.  Tidak menggunakan gigi @ kuku. 20
  21. 21. Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam AA205 PERHATIAN: Gambar: Urat Sembelihan 1.1.2.5 Bukti haiwan itu mempunyai hayat mustaqirrah ialah ia meronta dengan kuat dan darahnya menyembur ketikadipotong urat halkum dan marihnya. Sekiranya haiwan tersebut tidak meronta selepas sembelihan kerana dilakukan sembelihan dengan perlahan di tambah pula pemotongan halkum dan urat merih dilambatkan, ia menunjukkan haiwan tersebut tidak mempunyai hayat mustaqirrah. Dengan ini, ia tidak halal dimakan kerana ia bukan mati kerana sembelihan. Sembelihan dianggap tidak sempurna apabila haiwan tersebut mati disebabkan hentakan benda berat seperti batu tidak tajam. Sunat Sembelihan. Memotong urat alWajdaini iaitu urat yang mengelilingi halkum. Menajamkan alat sembelihan Mengadap kiblat Haiwan sembelihan dibaringkan sebelah rusuk kiri, dan dibebaskan kakinya kanannya selepas sembelihan kecuali unta 21
  22. 22. Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam 1.1.2.6 AA205 Anak Dalam Kandungan Sekiranya haiwan yang disembelih itu mempunyai anak dalam kandungan, halal dimakan daging anak tersebut dengan syarat anak itu mati disebabkan oleh ibunya. Keadaan ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan oloeh Abu Daud daripada Abu Said al-Khudri R.A katanya: “ Kami bertanyakan Rasullulah SAW tentang janin, jawab Baginda SAW : Makanlah ia jika kamu, sesungguhnya sembelihannya cukup dengan sembelihan ibunya”. 1.1.2.7 Anggota Haiwan Terpotong Hukum anggota haiwan yang terpotong daripada haiwan hidup adalah najis kerana ia dianggap bangkai. Hukum memakannya adalah haram kecuali ikan. Rasulullah SAW ditanya tentang potongan lemak bonggol unta dan potongan lemak kambing, jawab Baginda: “ Bahagian yang dipotong daripada binatang hidup adalah sama seperti bangkai.” (Riwayat al-Mustadrak) Aktiviti kendiri: Bincangkan keunggulan cara sembelihan sembelihan bukan Islam atau barat. 1.1.3 1.1.4.1 Islam berbanding ADAB DALAM PERKHIDMATAN PELANGGAN Definisi Adab Ia berasal daripada istilah bahasa Arab yang bererti adat kebiasaan. Kata ini menunjukkan kepada suatu kebiasaan, etiket atau pola tingkah laku yang dianggap sebagai model atau ikutan. Selama dua abad pertama setelah kemunculan Islam, istilah adab membawa implikasi makna etika dan sosial. Adab dalam pengertian ini sama dengan kata 22
  23. 23. Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam AA205 Latin urbanitas, kesopanan, keramahan, kehalusan budi pekerti masyarakat kota. Dengan demikian perkataan adab dapat diertikan sebagai sikap dan perilaku baik yang ditetapkan oleh Islam berdasarkan pada ajaran-ajarannya. 1.1.4.2 Adab Sebagai Tuan Rumah Dan Tetamu Seorang muslim yang beriman kepada Allah SWT dan Hari Kiamat akan memuliakan tetamunya sebagaimana yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya yang bermaksud: "Baragsiapa beriman dengan Allah dan akhirat maka hendaklah berkata-kata dengan kebaikan atau jika tidak hendaklah berdiam sahaja. Dan barangsiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan jirannya. Dan barangsiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan tetamu". (Riwayat Bukhari & Muslim) Hadis di atas menjelaskan bahawa memuliakan tetamu adalah perkara yang terakhir dihuraikan selepas dua perkara pertama iaitu berkata yang baik atau diam dan memuliakan jiran. Ketiga-tiga perkara tersebut saling berkait dalam membentuk kesempurnaan Islam sebagai cara hidup. i) Adab Meraikan Tetamu Definisi tetamu: Tetamu ialah sesiapa saja yang datang dan menempati rumah saudaranya (yang didatangi), sama ada mereka itu terdiri dari keluarga atau orang asing, mereka datang dari luar atau berada di dalam satu kampung (balad). Mereka yang mendapat layanan itu disebut juga sebagai pengunjung, pelancong, pelawat, penziarah, pelanggan atau dif.(Abd Aziz Harjin:2012) Berikut adalah antara adab meraikan tetamu yang diajar oleh Islam: Jadual: Adab Meraikan tetamu Memberi salam kepada tetamu Rasulullah SAW bersabda: Dari Abu Umamah berkata, Rasulullah SAW ditanya, Wahai Rasulullah; apabila dua orang bertemu siapakah di 23
  24. 24. Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam AA205 antara mereka yang mendahului salam?. Baginda bersabda: Orang yang lebih dekat terhadap (rahmat) Allah itulah orang memulai salam. (Hadith Riwayatkan al-Tirmidzi & Ista’dhan) Berjabat tangan. Rasulullah SAW bersabda: Dua orang Muslim yang bertemu lalu mereka berjabat tangan, maka Allah mengampuni keduanya sebelum mereka berpisah) (Hadis Riwayat Ahmad Ibn Hambal Anjuran berjabat tangan dalam hadis di atas adalah merujuk kepada kaum sejenis sahaja. Perkara ini telah ditegaskan oleh Rasulluh SAW dalam hadisnya yang bermaksud : Sesungguhnya aku tidak menjabat tangan orang-orang perempuan.(Hadith Riwayat al-Tirmidzi, al-Nasa’i & Ibn Majah) Bangun untuk mendapat tetamu. Maksud bangun ialah pergi ke arah tetamu untuk menjemput kehadiran mereka. Jika seseorang itu berdiri sebagai menghormati kedatangan tetamu seperti meraikan orang kenamaan, maka hal ini adalah dilarang oleh Rasulullah SAW. Rasulullah SAW pernah menegah para sahabat bangun bagi menghormati kedatangannya. Ini kerana tindakan tersebut adalah budaya orang ‘ajam (bukan arab) yang bangun untuk menghormati antara satu sama lain sedangkan Islam tidak mengajar penganutnya supaya membesar-besarkan antara satu sama lain. Sabda baginda SAW dari Abu Umamah (RA) katanya: "Rasulullah SAW telah keluar untuk menemui kami dengan bertongkat, lalu kami bangun untuk menyambutnya. Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah kamu bangun sebagaimana orang-orang ‘ajam membesar-besarkan antara satu sama lain".(Hadith Riwayat Ibn Jarir). Terdapat dalam masyarakat kini yang masih menghormati tetamunya dengan membongkokkan badan mereka. Keadaan ini juga ditegah dalam Islam. Rasulullah SAW bersabda: Dari Anas (RA) katanya: "Ada seorang lelaki berkata: "Ya Rasulullah, ada seseorang di antara kita bertemu dengan saudaranya atau sahabatnya, apakah ia boleh membongkokkan badan untuk menghormatinya itu". Rasulullah SAW menjawab: "Tidak boleh…” (Hadith Riwayat al-Tirmidzi) 24
  25. 25. Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam AA205 Larangan Mencium atau Memeluk. Rasulullah SAW bersabda: Dari Anas (RA) katanya: "Ada seorang lelaki bertanya: "Ya Rasulullah, ada seseorang di antara kita bertemu dengan saudaranya atau sahabatnya, apakah ia boleh membongkokkan badan untuk menghormatinya itu". Rasulullah SAW menjawab: "Tidak boleh." Orang itu bertanya lagi: "Apakah boleh ia merangkulnya dan mencium tubuhnya?" Beliau SAW menjawab: "Tidak boleh." Orang itu berkata lagi: "Apakah boleh ia mengambil tangan saudara atau sahabatnya itu lalu berjabat tangan dengannya?" Beliau SAW menjawab: "Ya, boleh." (Hadith Riwayat al-Tirmidzi) Namun begitu, adalah diharuskan memeluk tetamu sekiranya tetamu yang datang itu adalah saudara terdekat, sudah lama tidak bertemu atau baru pulang dari musafir. Perkara ini diceritakan oleh Saidatina Aisyah RA katanya: “Zaid bin Harithah datang di Madinah dan beliau SAW sedang ada dalam rumahku. Zaid mendatanginya lalu mengetuk pintu, kemudian Nabi SAW berdiri untuk menyambutnya (kerana Zaid baru datang dari berpergian) lalu beliau SAW menarik bajunya terus merangkul serta menciumnya.” (Hadith Riwayat al-Tirmidzi). Melayan tetamu dengan wajah yang ceria , mengucapkan kata-kata yang baik serta mempersilakan tempat duduk. Menyampaikan maklumat yang benar Segala jawapan yang diberikan oleh tuan rumah hendaklah sentiasa menepati keadaan yang sebenarnya. Islam melarang menyatakan sesuatu itu secara rambang, sebaliknya hendaklah memberi maklumat itu berdasarkan jawapan betul dan tepat. Firman Allah SWT: ‫َ أ َ أ َ َ ِ ِأ‬ ‫َأ‬ َ َ ُ‫و ًَل تَقفُ ما لَيس لَك بِه علم إِنَّ السمع والبَصر والفُؤَاد كل أُولَئِك كانَ عنه‬ ُّ ُ َ ‫َّ أ َ َ أ َ َ َ أ‬ ‫َ أ ا‬ ‫مسئُوًل‬ Maksudnya: Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. (Surah al-Isra’ : 36). Sentiasa memelihara aurat dan menjaga kebersihan diri. Tuan rumah sewajarnya memakai pakaian yang tidak mendedahkan aurat mereka menurut syarak. Selain itu, memakai pakaian yang bersih dan sederhana yang tidak melambangkan ciri-ciri kesombongan atau riya’ seperti memakai hiasan yang berlebihan. Menuturkan kata-kata dan menunjukkan tingkahlaku sopan. Menjadi tanggungjawab tuan rumah memahami keadaan tetamu seperti menguasai bahasa tetamu, menuturkan kata-kata dengan jelas, tidak berbisik-bisik, bercakap sesuatu yang baik, tidak meninggi diri, 25
  26. 26. Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam AA205 bersabar menghadapi kerenah tetamu, tidak ketawa berlebihan dan sebagainya. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya ramah-tamah (lemahlembut) di dalam segala urusan akan menjadikan urusan itu indah. Tanpa sikap lemah lembut pastilah semua urusan akan menjadi buruk.” (Hadis Riwayat Muslim) Sabda baginda lagi yang maksudnya: “Janganlah kamu meremehkan perbuatan makruf sedikit pun, walau pun sekadar menunjukkan wajah yang berseri ketika bertemu dengan saudaramu”. (Hadis Riwayat Muslim) Tidak memaksa tetamu menghabiskan makanan Rasulullah SAW tidak pernah mendesak tetamunya menghabiskan makanan, sebaliknya baginda menyediakan makan yang sederhana untuk tetamunya. Sekiranya tetamu masih memerlukan makanan tambahan, baginda akan melayan dengan sopan. Hal ini disebut dalam hadis baginda yang bermaksud: Diriwayatkan daripada Aisyah (RA) isteri Nabi SAW katanya: Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Wahai Aisyah! Sesungguhnya Allah itu Maha Lembut, Dia suka akan kelembutan. Allah akan memberikan balasan dari kelembutan yang tidak diberikan ke atas sikap keras dan kasar serta selainnya. (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim). Menyediakan makanan berkualiti kepada tetamu Makanan yang dihidangkan biarlah berkualiti dan menyenangkan semua pihak untuk menjamahnya, dengan ini terlaksanalah hospitaliti Islam dalam Islam Mengiringi ketika pulang Adalah menjadi budaya bagi Rasulullah SAW dengan mengiringi tetamu dan membuka pintu untuk tetamu ketika mereka hendak pulang. Pertemuan diakhiri dengan berjabat tangan dan mengucapkan salam. Jika tetamu itu ingin berjalan jauh, tuan rumah dibenarkan memeluknya dan mengucup pada dahinya sebagai hadiah yang terakhir untuk mereka berjalan pulang. Begitulah jika tetamu itu terdiri daripada ibu bapa atau anak sendiri, sebagai tanda kasih sayang terhadap mereka digalakkan memeluk. 26
  27. 27. Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam ii) AA205 Adab Sebagai Tetamu Memberi salam terlebih dahulu sebelum masuk rumah penginapan Tidak melakukan perkara yang menyinggung perasan tuan rumah Berkunjung pada waktu yang sesuai Bersalaman dan berjabat tangan dengan tuan rumah Adab sebagai tetamu Mengunjungi rumh kawan dengan niat yang baik dan ikhlas Menghormati tuan rumah dalam semua perkara 27
  28. 28. Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam 1.2 AA205 MEMBINCANGKAN PELANCONGAN ISLAM Apa yang perlu anda kuasai di akhir topik ini? 1.2.1 menghuraikan pelancongan sebagai ibadah 1.2.2 menghuraikan etika pelancong Islam 1.2.3 menghuraikan gambaran alam sekitar di dalam al-Quran & al-Sunnah 1.2.4 Membincangkan tanggungjawab pelancong terhadap alam sekitar. 1.2.1 Pelancongan Sebagai Ibadah 1.2.1.1 Definisi Pelancongan Islam mengungkapkan pengertian melancong dengan pelbagai istilah. Antaranya (Dr. Hasan Bahrom et. al: 2010): 1) Musafir  Berasal daripada perkataan Arab ‘safara’ yang bermaksud pergi, berjalan dan mengembara.  Kamus Dewan: Orang yang masih dalam perjalanan, orang yang berpergian dan mengembara.  Firman Allah SWT Maksudnya: “ Dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau sedang bermusafir, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayammum dengan tanah debu yang bersih ” (Surah al-Maidah: 6) 2) Ziarah  Berasal dari kata Arab ‘Zara” yang bermaksud menziarahi, melawat dan bertandang.  Ia juga bermaksud lawatan, kunjungan sama ada ke rumah kawan atau ke sesuatu tempat. 28
  29. 29. Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam 3) Rehlah  AA205 Berasal dari kata arab ‘rahala’ yang bermaksud berjalan daripada tempat. Rehlah pula adalah berjalan dan berlalu (walk and go) (Mu’jam al-Wasit, 1972).  Iaitu manusia keluar dari tempat tinggal atau kampung halaman menuju ke tempat lain dengan tujuan tertentu.  Firman Allah SWT: ‫إِيَلفِهم رحلَةَ الشتَاء والصيف‬ ‫َ ِأ ِ أ‬ ِ ‫ِّ ِ َ َّ أ‬ Maksudnya: “(iaitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (kenegeri Yaman), dan pada masa musim pansa (ke negeri Sham)”. (Surah al Quraish: 2) 4) Siyahah  Berasal dari kata Arab ‘saha’ iaitu mengembara di bumi.  Siyahah pula diertikan sebagai pengembaraan dan pelancongan.  Firman Allah SWT dalam Surah al-Taubah: 112 َ‫التَّائِبُونَ العابِدُونَ الحامدُونَ السائِحون‬ ُ َّ َ‫أ‬ ِ َ ‫أ‬ Maksudnya: “ (Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, beribadat, memuji Allah, mengembara (untuk menuntut ilmu dab mengembangkan Islam)....” 5) Umrah dan Haji  Umrah berasal dari kata Arab yang bermaksud Ibadat yang mengandungi beberapa perbuatan (ihram, tawaf, said an tahalul) tanpa wukuf dan wajib haji.  Haji pula adalah pergi ke Mekah untuk menunaikan beberapa ibadah dengan syarat-syarat tertentu. 1.2.1.2 Tujuan Pelancongan Dalam Islam. Islam mengharuskan penganutnya melancong bukanlah hanya untuk berhibur semata-mata. Sebaliknya mengembara dalam Islam ianya 29
  30. 30. Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam AA205 mempunyai matlamat yang tersendiri sebagaimana yang telah dinyatakan oleh al-Quran dan al-Sunnah. Di antaranya ialah: 1) Menambah iman dan beribadah kepada Allah SWT.  Keimanan dalam aspek pelancongan dapat ditingkatkan melalui pemerhatian alam serta keajaiban penciptaanya. Contohnya firman Allah dalam surah al-A’raaf ayat : 57: ‫ا‬ ‫سحاباا ثِقَاًل‬ َ َ ‫كذلِك نُخرج‬ ُ ِ ‫ََ َ أ‬  َ ‫وهُو الَّذي يُرسل الريَاح بُشرا بَيأنَ يَدَي رحمتِه حتَّى إِذا أَقَلَّتأ‬ َ ِ َ ‫أ َ أ‬ ‫أ ِ ُ ِّ َ أ ا‬ ِ َ َ ‫ٍ َ ٍ أَأ‬ ‫ُأ‬ ‫سقنَاهُ لِبَلَد ميِّت فَأَنزلنَا بِه الماء فَأَخرجنَا بِه منأ كل الثَّمرات‬ ‫ِ أَ َ أ َ أ‬ ِ َ َ ِّ ُ ِ ِ َ‫الموتَى لَعلَّكم تَذكرون‬ ُ َّ َ ‫َ ُ أ‬ ‫أَأ‬ Maksudnya: Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya).  Mengabdikan diri kepada Allah SWT seperti menunaikan haji, ziarah, berjihad, berdakwah, menziarahi makam para nabi dan rasul dan sebagainya adalah di antara dorongan umat Islam melancong. Firman Allah SWT dalam Surah al-Hajj: 27: ِّ َ ‫وأَذنأ فِي النَّاس بالحج يَأأتُوك رجاًل وعلَى كل ضامر يَأأتِينَ منأ كل فَج عميق‬ ِّ َ ‫ِ ِ أ‬ ٍ ِ َ ِّ ُ َ َ ‫َ ِ َ ا‬ ٍ ِ َ ٍّ ِّ ُ ِ Maksudnya: "Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh. 2) Mengambil pengajaran daripada kesan bencana umat terdahulu.  Allah SWT mendorong manusia melakukan pengembaraan di muka bumi adalah untuk mengambil iktibar daripada kesan-kesan peninggalan umat terdahulu yang ingkar. 30
  31. 31. Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam  AA205 Firman Allah SWT : َ ‫َ أ‬ ُ ِ ‫أ أ‬ ‫أَفَلَم يَسيروا فِي اْلَرض فَتَكونَ لَهُم قُلُوب يَعقِلُونَ بِها أَو آذان يَسمعُونَ بِها‬ ‫أ‬ ُ ِ ‫أ‬ َ ‫أ‬ َ ‫أ‬ ‫أَ أ أ َ ُ َ ِ أَ أ‬ ‫فَإِنَّها ًَل تَعمى اْلَبصار ولَكنأ تَعمى القُلُوب الَّتِي فِي الصدُور‬ ُ َ ِ ُّ Maksudnya: “ Bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada. (Surah al-Hajj: 46)  Firman Allah lagi dalam surah al-An’am: 1 َ‫الحمد ّلِلِ الَّذي خلَق السماوات واْلَرض وجعل الظلُمات والنُّور ثُم الَّذين‬ َ َ ِ َّ َ ِ َّ ِ ُ ‫أ َ أ‬ َ ِ َ ُّ َ َ َ َ َ ‫َّ َ َ ِ َ أ أ‬ َ‫كفَروا بِربِّهم يَعدلُون‬ ُ َ ِ‫َ ِأ أ‬ Maksudnya: “Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, dan menjadikan gelap dan terang; dalam pada itu, orang-orang kafir menyamakan (sesuatu yang lain) dengan tuhan mereka”. 3) Mengingati perjuangan para nabi dan pengikutnya  Dengan menziarahi kota-kota yang pernah didiami oleh para nabi dan pengikutnya akan mengingatkan umat Islam tentang perjuang an dan pengorbanan mereka dalam menegakkan syiar Allah SWT.  Contohnya Kota Mekah dan Madinah akan mengingatkan kita tentang perjuangan Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya, Semenanjung Sinai tentang perjuangan Nabi Musa dan Harun berhadapan dengan kaum yang ingkar manakal Mesir tentang perjuangan nabi Isa menghadapi Firaun. 31
  32. 32. Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam 4) Mencari ilmu atau pendidikan.  AA205 Al-Quran menggesa umat manusia agar mengembara untuk mencari ilmu samada ilmu Fardu Ain ataupun ilmu Fardu Kifayah. Allah berfirman َ ُ ‫أ أ ِ أ‬ َّ‫قُل سيروا فِي اْلَرض فَانظُروا كيأفَ بَدَأَ الخلق ثُم َّللاُ يُنشئ النَّشأأَةَ اْلخرةَ إِن‬ ُ ِ ‫أ َ أ َ َّ َّ أ‬ ُ ِ ‫أ‬ َ ِ ‫أ‬ ‫َّللاَ علَى كل شَيء قَدير‬ ِ ٍ ‫َّ َ ُ ِّ أ‬ Maksudnya: Katakanlah: "Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Surah al-Ankabut: 20)  Dalil ini di atas menggalakkan agar manusia mengembara bagi meluaskan pengetahuan dan meningkatkan keimanan. Ia dikukuhkan lagi dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang mengikuti satu perjalanan dengan tujuan mendapatkan ilmu pengetahuan, Allah akan permudahkan baginya jalan ke Syurg a” (Riwayat Muslim) 5) Mengeratkan silatiurrahim.  Islam amat menggalakkan umatnya saling kunjung-mengunjungi untuk mengeratkan silaturrahim.  Firman Allah dalam Surah al-Hujurat: 13: َّ‫يَا أَيُّها النَّاس إِنَّا خلَقنَاكم منأ ذكر وأُنثَى وجعلنَاكم شعُوباا وقَبَائِل لِتَعارفُوا إِن‬ ُ ‫َ أ ُ أ ِ َ َ ٍ َ أ َ َ َأ ُ أ‬ ُ َ َ َ َ َ ‫أَكرمكم عند َّللاِ أَتقَاكم إِنَّ َّللاَ علِيم خبير‬ َ َّ ‫أ َ َ ُ أ ِ أ َ َّ أ ُ أ‬ َِ Maksudnya: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semuliamulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha 32
  33. 33. Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam AA205 Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).  Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang mahukan rezekinya bertambah, umurnya dipanjangkan, hendaklah ia menghubungi rahimnya (menziarahi saudara maranya)” (Riwayat Bukhari) 1.2.1.3 Kategori Pelancongan Menurut Islam Menurut Dr. Hasan Bahrom et. al: (2010) di dalam kajiannya yang bertajuk Pelancongan Dari Perspektif Islam: Analisi Pendekatan Fiqh mengkategorikan pelancongan seperti jadual berikut: PELANCONGAN WAJIB SUNAT HARUS MAKRUH HARAM 1) Wajib  Ialah pelancongan yang bertujuan memenuhi tuntutan agama dan ibadah.  Contohnya menunaikan Haji dan Umrah pertama serta berjihad. 2) Sunat  Iaitu yang melibatkan aktiviti yang amat digalakkan menurut syarak atau ke tempat yang sunat dilawati.  Contohnya melancong kerana menziarahi saudara, berdakwah, menuntut ilmu, muhasabah diri untuk mendekatkan diri kepada Allah, menzirahi masjid atau tempat bersejarah dan sebgainya. 3) Harus  Iaitu aktiviti yang berkaitan dengan melancong dan berdagang.  Contohnya melancong kerana urusan perniagaan, urusan kerajaan, bersukan dan rekreasi secara individu atau mewakili negara, percutian 33
  34. 34. Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam bersama keluarga, melihat keindahan alam semulajadi, AA205 mencari ketenangan dan sebagainya. 4) Makruh  Iaitu aktiviti pelancongan yang dilakukan tanpa tujuan, melancong secara bersendirian, melancong ketika tidak berkemampuan sama ada dari sudut fizikal atau kewangan, tidak menunaikan tanggungjawab kepada yang berhak, mengabaikan tugasan yang diamanahkan atau pelancongan yang mengakibatkan beban kepada diri atau pihak lain. 5) Haram  Iaitu melancong atas tujuan untuk melakukan maksiat dan kemungkaran seperti mengunjungi pusat pelacuran, kelab, berjudi dan sebagainya.  Ia juga melibatkan pelancongan yang menggunakan sumber yang haram seperti hasil judi, rasuah, curi dan lain-lain. 1.2.1.4 Rukhsah Seorang Musafir. Sesuai dengan galakan melancong, Islam telah menganugerahkan beberapa rukhsah kepada para musafir agar mereka tidak lalai terhadap tanggungjawab sebagai hamba. Rukhsah dari sudut bahasa bermaksud kemudahan dan keringanan. Menurut istilah, rukhsah ialah hukum yang berlawanan dengan hukum asal yang disebabkan oleh keuzuran tertentu. Contoh rukhsah bagi golongan musafir ialah menunaikan solat qasar dan jamak serta keharusan berbuka puasa pada bulan Ramadhan. Allah SWT berfirman : ‫وما جعل علَيكم فِي الدِّين منأ حرج‬ ‫َ َ َ َ َ َ أُأ‬ ٍ َ َ ِ ِ Maksudnya : Dan Allah tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu kepayahan dalam urusan agama. (Surah al-Hajj: 78) Perkara ini turut dijelaskan dalam sebuah hadith yang diriwatkan oleh Imam Muslim: 34
  35. 35. Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam AA205 Daripada Ya’ala bin Umaiyah dan berkata : “ Aku berkata kepada Umar alKhatab r.a. : Allah berfirman: Maka tidaklah mengapa kamu mengqasarkan dari sembahyang kamu jika kamu takut berlaku fitnah (diserang) oleh orang kafir (al-Nisa’:101), sedang manusia telah berada dalam aman? Jawab Saidina Umar:aku juga merasa hairan sebagaimana yang telah engkau rasai, lalu aku bertanya kepada Rasulullah SAW berkenaan dengannya. Rasulullah SAW menjawab: Ia merupakan satu sedekah yang dikurniakan oleh Allah kepada kamu, maka terimalah sedekah itu” Sehubungan itu, hukum melaksanakan rukhsah adalah harus manakala hukum menolaknya adalah berdosa. Hal ini telah diperingatkan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya yang bermaksud: “Sesiapa yang tidak menerima rukhsah Allah, maka ditimpakan ke atasnya dosa sebesar Bukit Arafah” (Riwayat Ahmad) i) Solat Qasar Solat Qasar ialah memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat. Solat yang boleh dipendekkan ialah solat Zohor, Asar dan Isyak sahaja. SYARAT-SYARAT SAH SOLAT QASAR Musafirnya tidak bertujuan maksiat. Perjalanan melebihi 2 marhalah. Diniatkan qasar solat ketika takbiratul ihram. Tidak boleh mengikut imam yang sedang solat sempurna (Tamam). Mengetahui solat qasar itu menjadi harus baginya. Mengetahui tempat yang hendak dituju, jika tiada tujuan atau matlamat tidak sah qasarnya Tidak boleh qada qasar solat yang ditinggalkan semasa di tempat kediamannya tetapi solat. yang ditinggalkan semasa dalam musafir boleh di qada'. Masih berada dalam musafir hingga selesai solatnya. LAFAZ NIAT SOLAT QASAR Contoh niat bagi solat qasar adalah seperti berikut (Solat Zohor) : Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar kerana Allah taala. Gambar: Solat wajib dilakukan walau dalam musafir. ii) Solat Jamak 35
  36. 36. Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam AA205 PENGERTIAN SOLAT JAMAK ************** Mengumpulkan dua solat dalam satu waktu; contohnya mengumpulkan solat Zuhur kepada Asar atau Maghrib kepada Isyak dengan syarat tertentu. PEMBAHAGIAN SOLAT JAMAK SOLAT JAMAK TAKDIM SOLAT JAMAK TAKHIR PENGERTIAN: Iaitu menghimpun dua solat fardu dan menunaikannya dalam waktu solat yang pertama. PENGERTIAN: Iaitu menghimpun dua solat fardu dan menunaikannya dalam waktu solat yang kedua. SYARAT: SYARAT: 1) Dimulai solat pada waktunya yang terdahulu.  Asar dilaksanakan pada waktu Zuhur atau Isyak dilakukan pada waktu Maghrib. 2) Niat Jamak pada solat yang pertama pada permulaan takbiratulihram atau di tengah selagi mana ia belum memberi salam. 3) Berturut-turut antara solat pertama dan kedua.  Tidak diselangi antara keduanya oleh sesuatu perbuatan lain.  Sekiranya ia diselangi dengan perbuatan lain yang jaraknya selama dua rakaat, maka solat kedua hendaklah dilakukan pada waktunya nanti.  Tidak batal solat jika diselangi dengan iqamah atau berwuduk. 4) Berkekalan musafirnya hingga takbir solat kedua. LAFAZ NIAT SOLAT: i. Solat Zohor dan Asar. 1) Berniat untuk mentakhirkan solat pertama pada waktu solat kedua ketika masuk waktu solat pertama. 2) Berkekalan musafirnya sehingga selesai kedua-dua solat. Tidak disyaratkan tertib. (Iaitu antara solat yang perlu didahulukan dan solat yang dikemudiankan). Namun mendahulukan solat Asar atau Isyak lebih digalakkan. LAFAZ NIAT SOLAT: i. Solat Zohor dan Asar Sengaja aku solat fardhu Zohor dua Sengaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala Asar kerana Allah Taala. Setelah memberi salam kemudian 36
  37. 37. Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam AA205 bangun dan iqamat dan berniat seperti Selepas memberi salam, maka iqamat berikut : sekali lagi dan berniat semula seperti berikut : Sengaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala Sengaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala ii.Solat Maghrib dan Isya' ii. Solat Maghrib dan Isya' Sengaja aku solat fardhu Magrib tiga rakaat serta di jama'kan ke dalamnya Sahaja aku solat fardhu maghrib tiga Isya' kerana Allah Taala rakaat dijama'kan dengan isya' tunai Setelah memberi salam kemudian kerana Allah Taala. bangun dan iqamat dan berniat seperti Selepas memberi salam, maka iqamat berikut : sekali lagi dan berniat semula seperti berikut : Sengaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala Sengaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala ANGGARAN DUA MARHALAH 1) 2) 81 km(1) / 89 km(2) Mustafa al-khin, Mustafa al-Bugha, Ali aSyarbanji, al-Fiqh al Manhaj Wahbah al-Zuhaili, al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu PERKIRAAN SEBAGAI MUSAFIR Apabila melepasi sempadan kawasan bermukim orang yang bermusafir. HAD MAKSIMUM DIHARUSKAN JAMAK & QASAR  3 hari = jika pasti tempoh menetap adalah 3 hari (tidak termasuk perjalanan pergi & balik)  18 hari – jika tidak pasti tempoh menetap kerana urusan yang tidak pasti selesainya. Rajah: Persoalan Aplikasi Solat Jamak & Qasar 37
  38. 38. Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam AA205 3) Keharusan Berbuka Puasa Pada Bulan Ramadan Orang yang bermusafir dibolehkan berbuka puasa sesuai dengan keringanan yang diperuntukkan oleh syarak dalam surah al-Baqarah ayat 185. Maksudnya: maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain. Berdasarkan ayat di atas,orang yang bermusafir lebih dari 2 marhalah atau bersamaan 81km/89km adalah dibenarkan untuk berbuka puasa dan seterusnya menggantikan puasa yang ditinggalkan di luar bulan Ramadan. 1.2.2 ETIKA PELANCONGAN Sebagaimana yang kita ketahui, Islam menggalakkan penganutnya bebas mengembara atau melancong demi mencari ilmu, pengalaman, berjihad atau menghayati keagungan Allah. Namun adakah pelancongan atau pengembaraan tersebut menepati dengan apa yang dianjurkan oleh Islam atau ia sekadar menjadi suatu aktiviti bersantai tanpa mendapat keredhaan Allah SWT? Ini selaras dengan firman Allah SWT: ‫وما خلَقتُ الجنَّ واْلنس إِ ًَّل لِيَعبُدُون‬ ‫أ‬ َ ‫َ َ َ أ أ ِ َ أِ أ‬ ِ Maksudnya: Dan (ingatlah) Aku tidak menjadikan jin dan manusia melainkan untuk mereka beribadah kepadaKu. (Surah al-Dzaariyat: 56) dan firman Allah SWT lagi: َّ ‫الَّذينَ يَذكرونَ َّللاَ قِيَاما وقُعُوداا وعلَى جنُوبِهم ويَتَفَكرونَ فِي خلق السماوات‬ َ َ ُ َّ َ ‫ِ أ‬ ُ ُُ‫أ‬ ِ َ َ َّ ِ ‫َ أ‬ ِ َ ‫ا‬ ‫واْلَرض ربَّنَا ما خلَقتَ هذا بَاطَل سبحانَك فَقِنَا عذاب النَّار‬ َ َ ‫َ أ أ ِ َ َ َ أ ََ ِا ُأ‬ َ ََ ِ Maksudnya: “ (iaitu) orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan masa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumu (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda -benda ini dengan sia-sia, maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka” (Surah Ali- Imran: 191) 38
  39. 39. Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam AA205 Sehubungan itu, etika pelancongan yang diatur oleh Islam wajar dipatuhi bagi memastikan aktiviti pelancongan tersebut mendapat kerahmatan Allah SWT. ETIKA DENGAN ALLAH SWT ETIKA DENGAN MANUSIA ETIKA DENGAN ALAM Rajah: Etika Seorang Pelancong Islam 1) i) Etika Dengan Allah Tujuan yang baik. Segala amalan yang dilakukan oleh manusia dinilai berdasarkan niatnya. Rasullullah SAW bersabdaa yang bermaksud: “ Sesungguhnya setiap amalan itu berdasarkan niat ” Justeru, setiap aktiviti pelancongan yang dilakukan mestilah berpaksikan kepada Allah SWT dan tujuan pelncongan pula bukanlah sesuatu yang bertentangan dengan hukum syarak. Contohnya melancong kerana untuk mencuri, sekadar bersuka -suka, membazir wang dan sebagainya. ii) Bersyukur atas nikmatNya. Kewujudan alam membolehkan manusia menggunakannya untuk tujuan ibadah, beristirehat, belajar, melancong dan sebagainya. Akal kurniaan Allah SWT sewajarnya digunakan untuk mentafsir kejadian alam dan menginsafi diri manakala nikmat anggota badan pula untuk memanfaatkan sumber yang ada dengan cara yang terbaik sebagai tanda syukur keatas segala nikmat yang diberikan oleh pencipta kepada hambanya. iii) Menjaga Ibadah 39
  40. 40. Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam AA205 Hubungan dengan Allah wajib dipelihara khususnya yang berkaitan dengan ibadah khusus. Selain itu juga ibadah-ibadah sunat dan umum juga sebaiknya ditunaikan agar aktiviti bermusafir tidaklah sia-sia. 2) Etika Dengan Manusia i) Penampilan. Rasulullah SAW sewajarnya menjadi contoh dan ikutan dalam membentuk akhlak dan keterampilan apabila bergaul sesama manusia. Hukum dan peraturan berhubung aurat dan batasan pergaulan sewajarnya menjadi pertimbangan utama dalam berhubungan sesama manusia. ii) Etika sebagai pelancong. Pakaian bersesuaian dengan aktiviti yang dijalankan dan menutup aurat. Menjaga dan menggunakan bahasa pertuturan yang baik bersesuaian dengan masyarakat tempat yang dilawati. Mendapatkan tempat tinggal yang selamat dan melakukan aktiviti yang berfaedah menurut Islam. Menepati masa setiap aktiviti yang disusun oleh pihak hotel atau penganjur atau rakan. iii) Masyarakat Menghormati budaya, adat resam dan kepercayaan masyarakat setempat yang dilawati. Memelihara dan menunaikan hak untuk diri dan orang lain. iv) Etika Dengan Alam Mematuhi garis panduan yang telah al-Quran tetapkan berkenaan alam sekitar: a. Tegahan daripada berlaku zalim kepada makhluk ciptaan Allah SWT seperti membunuh haiwan dan menebang pokok tanpa alasan. 40
  41. 41. Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam b. Menjaga kebersihan dan keindahan alam. c. AA205 Menjaga adab muslim dengan alam sekitar yang telah dianjurkan oleh Islam seperti tidak qada’ hajat di tempat air bertakung, di atas batu atau di lubang-lubang yang tersembunyi. 1.2.3 Gambaran Alam Sekitar Berdasarkan Al-Qur’an Dan Sunah Penciptaan alam merupakan nikmat Allah SWT yang tidak ternilai kepada makhluk khususnya manusia . al-Quran dan hadis rasulullah SAW banyak menceritakan tentang manfaat, keistimewaan dan rahsia alam samada yang tersurat atau tersirat di antaranya: i) Alam sebagai tanda kewujudan dan kebesaran Allah mentadbir alam. Firman Allah SWT dalam surah al- Baqarah : 164 ‫إِنَّ فِي خلق السماوات واْلَرض واختَِلف اللَّيل والنَّهار والف أُلك الَّتِي تَجري‬ ِ ‫َ أ ِ َّ َ َ ِ َ أ أ ِ َ أ َ ِ أ ِ َ َ ِ َ أ‬ ِ ‫أ‬ ‫فِي البَحر بِما يَنفَع النَّاس وما أَنزل َّللاُ منَ السماء منأ ماء فَأَحيَا بِه اْلَرض‬ ‫َّ َ ِ ِ َ ٍ أ‬ ُ ‫أ أ ِ َ أ‬ َ ‫ِ أ أ‬ ِ َّ َ َ ‫َ َ َ أ‬ َّ َ َ ‫أ َ َ أ‬ َ‫بَعد موتِها وبَث فِيها منأ كل دَابَّة وتَصريف الريَاح والسحاب المسخر بَيأن‬ ِ َّ َ ُ ‫ٍ َ أ ِ ِ ِّ ِ َ َّ َ ِ أ‬ ِّ ُ ِ َ َ‫السماء واْلَرض ْليَات لقَوم يَعقلُون‬ ِ ‫َّ َ ِ َ أ أ ِ َ ٍ ِ أ ٍ أ‬ Maksudnya: Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapungapung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran. Ayat di atas menjelaskan bahawa kejadian alam sebagai lambang kebesaran dan keagungan Allah. Segala yang ada di langit dan di bumi adalah bukti kewujudan dan kekuasaanya yang tiada tandingan. 41
  42. 42. Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam ii) AA205 Sebagai amanah kepada manusia supaya memelihara dan mengurus alam mengikut syariat Allah. Allah SWT menjadikan manusia sebaik-baik kejadian berbanding makhluk lain. Kesempurnaan fizikal dan spiritual termasuklah akal membolehkan manusia dilantik sebagai khalifah yang dipertanggungjawabkan untuk memakmurkan alam dengan bijaksana dan makruf. Rasulullah SAW bersabda: “ Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhanmu telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan” . (Riwayat Muslim) Justeru, dalam menguruskan alam manusia dilarang daripada melakukan sesuatu tindakan yang boleh merosakkan alam seterusnya mewujudkan suasana yang tidak harmoni, damai dan tenteram di kalangan manusia lain. Larangan ini telah dijelaskan oleh Allah SWT dalam firmannya yang bermaksud: ‫و ًَل تُفسدُوا فِي اْلَرض بَعد إِصَلحها وادعُوهُ خوفاا وطَمعا إِنَّ رحمتَ َّللا‬ ‫أ أ ِ أَ أَ ِ َ َ أ‬ ‫َ أ َ َ ا‬ ِ َّ ِ ‫أ‬ َ َ ‫َ أ‬ َ‫قَريب منَ المحسنِين‬ ِ ‫ِ أُ أ‬ ِ Maksudnya: Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya. (Surah al-A’raaf: 56) iii) Sebagai sumber makanan dan minuman makhluk Allah Adalah fitrah manusia memerlukan makanan dan minuman untuk hidup. Kedua-dua keperluan ini hanya boleh diperolehi daripada bumi yang sumbernya daripada haiwan, tumbuhan, dan air. Oleh itu, manusia perlulah prihatin dan bertanggungjawab memelihara habitat dan populasi tumbuhan dan haiwan ini daripada pupus supaya tidak mengalami kemudaratan hidup. Firman Allah yang bermaksud: 42
  43. 43. Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam AA205 ‫وَّللاُ أَنزل منَ السماء ماء فَأَحيَا بِه اْلَرض بَعد موتِها‬ ‫َّ َ ِ َ ا أ‬ َ ‫ِ أ أ َ أَ َ أ‬ ِ َ َ ‫َ َّ أ‬ Maksudnya: dan Allah menurunkan air hujan dari langit dan dihidupkannya dengan air itu bumi yang sudah mati…” (Surah al- Nahl: 65) FirmanNya lagi dalam surah al-An’am ayat 141: ‫ٍ َ أ َ َ َّ أ َ ُ أ‬ ‫أ‬ ‫وهُو الَّذي أَنشَأ َ جنَّات معروشَات وغير معروشَات والنَّخل والزرع مختَلِفاا‬ ُ‫ٍ َ َأَ َأ‬ ُ‫َ ٍ َأ‬ ِ َ َ ُ ٍ ‫أُكلُهُ والزيتُونَ والرمانَ متَشَابِها وغير متَشَابِه كلُوا منأ ثَمره إِذا أَثمر وآتُوا‬ ‫ُ َ َّ أ‬ ِ َ َ َ‫َ ِِ َ أ‬ َّ ُّ َ ُ َ‫ا َ َأ‬ ُ َ‫حقَّهُ يَوم حصاده و ًَل تُسرفُوا إِنَّهُ ًَل يُحب المسرفِين‬ َ َ ِِ َ َ َ ‫أ‬ ِ ‫ِ ُّ أ ُ أ‬ ِ ‫أ‬ Maksudnya: Dan Dia lah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebunkebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar; dan pohonpohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya; dan buah zaiton dan delima, yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya). Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah, dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya; dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan); sesungguhnya Allah tidak suka kepada orangorang yang melampau. iv) Tempat perlindungan Allah menjadikan gunung – ganang sebagai tempat berlindung. Ia telah dijelaskan oleh Allah dalam firmanNya dalam surah al-Nahl ayat 15: ‫َ أ‬ َ‫وأَلقَى فِي اْلَرض رواسي أَنأ تَميد بِكم وأَنهارا وسبَُل لَعلَّكم تَهتَدُون‬ ‫ِ َ ُأ َ أ َ ا َ ُ ا َ ُأ أ‬ َ ِ َ َ ِ ‫أ أ‬ Maksudnya: Dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Ia mengadakan sungaisungai serta jalan-jalan lalu lalang, supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tujuan. Aktiviti kendiri: Kedudukan alam sekitar di dalam al-Quran telah pun anda ketahui. Bagaimana pula dengan al-Sunnah? Bincangkan. 43
  44. 44. Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam AA205 1.2.4 Tanggungjawab Pebaglancong Terhadap Alam Menjaga kebersihan alam Memakmurkan sumber alam dengan berhemah & beretika Meneroka alam secara berakhlak Membaikpulih alam Minimakan kesan sampingan Aktiviti kendiri: Berdasarkan rajah di atas, huraikan fakta tersebut di dalam kumpulan anda berdasarkan persepktif Islam. Lakarkan idea anda dalam bentuk carta minda. Cadangan aktiviti: Gallery Walk. 44
  45. 45. Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam AA205 AKTIVITI PENGUKUHAN 1- Sebuah rumah penginapan yang berkonsep Islam hendaklah memastikan: I- Kedudukan tandas : ______________________________ II- Hiasan bilik : ______________________________ III- Bentuk makanan : ______________________________ IV- Pelanggan : ______________________________ 2- Pengertian perkataan ‘toyyib’ menurut Zulkifli adalah : i- _____________ ii- ________________ iii- ______________ 3- Berikan contoh bagi setiap kategori pelancongan berikut: i- Wajib : __________________________________________________ ii- Sunat : __________________________________________________ iii- Makruh: __________________________________________________ iv- Haram : __________________________________________________ 4- Lengkapkan rajah berikut: RUKHSAH MUSAFIR X Y Z 45
  46. 46. Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam AA205 RUJUKAN Asmak Ali & Fatimah Salleh (2010). Prosiding Hospitaliti & Pelancongan Dalam Islam; Pelancongan Dari Perspektif Islam. Shah Alam: UITM Asmak Ali, Zulekha Yusoff & Che Hashim mat Said (2010). Prosiding Hospitaliti & Pelancongan Dalam Islam; Alam Sekitar Aset Industri Pelancongan. Shah Alam: UITM Hassan Bahrom, Mohammad Mahyuddin Khalid, Mohd Ashrof Zaki Yaakob (2010). Prosiding Hospitaliti & Pelancongan Dalam Islam; Pelancongan Dari Perspektif Islam,Analisis Pendekatan Fiqh. Shah Alam: UITM Ismail Kamus dan Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid (2009). Indahnya Hidup bersyariat.. Telaga Biru SDN. BHD. Minah Dibok, Noraini Ismail. 2010. Prosiding Hospitaliti & Pelancongan Dalam Islam; Konsep Nor Azlina Wahab, Husnul Rita Aris (2010). Prosiding Hospitaliti & Pelancongan Dalam Islam; Makanan Berkualiti Menurut al-Quran dan as-Sunnah. Shah Alam: UITM http://hospitaliti.blogspot.com/2012/05/konsep-hospitaliti-islam.html Abd Aziz bin Harjin (2005). Konsep Hospitaliti Islam. http://www.ikim.gov.my, Tuntutan halalan Toyyiban dalam memperkasakan ekonomi ummah. 2009 http://agussyafii.blogspot.com/2009/02/pengertian-adab.html#ixzz20NMfeCGA 46
  47. 47. Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam AA205 Bab - 2 Konsep Hospitaliti Dalam Islam Wan Mohad Zul b. Wan Yusuf (POLIMAS) 47
  48. 48. Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam AA205 Pengenalan Syariat Islam ialah penutup segala syariat yang diturunkan oleh Allah SWT bersifat syumul, mudah serta sesuai diamalkan sepanjang masa dan tempat. Antara ciri kesyumulan ajaran ini ialah ia mampu menyelesaikan pelbagai persoalan yang timbul dan dihadapi oleh manusia berdasarkan pelbagai pendekatan dan kaedah yang ditetapkan oleh syarak. Salah satu pendekatan yang digunakan oleh ulama silam dalam menyelesaikan persoalan yang berlaku ialah dengan menggunakan pendekatan kaedah fiqh. Apa yang perlu anda kuasai di akhir topik ini? 2.1 2.2 2.3 3.1 BIL 1 Menerangkan pengertian kaedah fiqh Membincangkan peranan kaedah fiqh dalam bidang hospitaliti & pelancongan Membincangkan konsep asas kaedah fiqh yang bertepatan dengan bidang hospitaliti & pelancongan. PENGERTIAN KAEDAH FIQH PERKARA Fiqh HURAIAN Bahasa: Ensiklopedia Fiqh: Mengetahui sesuatu dan memahaminya dan pintar tentangnya. Kebiasaannya perkataan fiqh digunakan untuk ilmu-ilmu keagamaan kerana kemuliaan ilmu ini. Muhammad Mustafa Shalabi: al-Quran menggunakan perkataan fiqh untuk memahami sesuatu perkara dengan mendalam. Istilah: al-Zarkhasi: Mengetahui hukum-hukum syarak yang berbentuk praktikal yang diambil daripada dalil-dalil yang terperinci.() al-Amidi: Ialah ilmu yang terhasil secara jumlahnya daripada hukum-hukum syarak yang far‘i dengan cara memerhati dan menggunakan dalil. Kesimpulannya yang dimaksudkan dengan fiqh ialah mengetahui hukum-hukum Syarak yang berbentuk amalan seperti ibadat, perkahwinan, perceraian dan lain-lain berdasarkan dalil-dalil yang terperinci sama 48
  49. 49. Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam AA205 ada dari al-Quran atau al-Sunnah 2 Kaedah Fiqh Bahasa: Perkataan ‘kaedah’ merupakan jamak bagi perkataan qawaid. Ia membawa beberapa maksud seperti asas, dasar atau pun asal . Perkataan qawaid dari sudut bahasa mempunyai beberapa sandaran daripada al-Quran antaranya: Firman Allah Taala: ‫وإِذ يَرفَع إِبراهيم القَواعد منَ البَيت وإِسماعيل ربَّنَا تَقَبَّل منَّا‬ َ ُ ِ َ ‫َ أ أ ُ أَ ِ ُ أ َ َِ ِ أ أ ِ َ أ‬ ِ ‫أ‬ ‫َ أ‬ ‫إِنَّك أَنتَ السميع العلِيم‬ ُ َ ‫َّ ِ ُ أ‬ Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami). (Surah alBaqarah: 127) FirmanNya lagi : ‫قَد مكر الَّذينَ منأ قَبلِهم فَأَتَى َّللاُ بُنيَانَهم منَ القَواعد‬ ِ ِ َ ‫َّ أ ُ أ ِ أ‬ ‫أ ََ َ ِ ِ أ ِأ‬ Maksudnya: Sebenarnya orang-orang yang terdahulu dari mereka telah menjalankan rancangan jahat (terhadap ugama Allah dan Rasul-rasulNya); maka Allah binasakan bangunan (rancangan jahat) mereka dari asas-asasnya. (Surah al-Nahl: 26) Istilah: Pelbagai pengertian kaedah fiqh yang diberikan oleh ulama antaranya ; i) Al-Jurjani: Persoalan umum yang boleh diaplikasikan ke atas kesemua cabang. ii) Dr Mahmud Ismail: Hukum Fiqh yang berbentuk umum yang dapat diketahui hukum darinya bagi persoalan-persoalan cabang dari pelbagai bab. iii) Ibn al-Subki: Iaitu sesuatu yang kulli (keseluruhan) yang boleh diaplikasikan kepada juzuk-juzuk yang banyak, serta dapat difahami hukum darinya. iv) Al-Hamawi: Iaitu hukum akthari dan bukan kulli (keseluruhan) yang boleh diaplikasikan kepada kebanyakan juzuk-juzuk, untuk mengetahui hukum daripadanya. Jadual: Definisi Fiqh Dan Kaedah Fiqh 49
  50. 50. Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam 3.2 PERANAN KAEDAH FIQH DALAM BIDANG HOSPITALITI AA205 DAN PELANCONGAN 2.2.1 Membentuk Gambaran Umum Tentang Fiqh Pengajian kitab fiqh di Malaysia untuk masyarakat awam kebanyakannya tidak sempat untuk diselesaikan. Dengan adanya pengajian kaedah fiqh ini, akan membuka peluang kepada masyarakat awam untuk mendapat gambaran umum tentang topik yang terkandung dalam ilmu fiqh. 2.2.2 Memudahkan Individu Memahami Hukum. Ilmu kaedah fiqh merupakan salah satu pendekatan dalam memahami hukum syarak dalam pelbagai bidang sama ada ibadat, muamalat , jenayah pentadbiran dan lain persoalan termasuklah hospitaliti dan juga pelancongan. 2.2.3 Memandu Setiap Urusan Supaya Mencapai Maqasid Syariah Undang –undang yang yang digubal oleh pemerintah dalam apa jua bidang hendaklah tidak bertentangan dengan hukum syarak. Justeru dalam mengubal undang-undang tersebut al-quran dan al-Sunnah dan juga kaedah–kaedah yang berdasarkan kepada sumber tersebut tidak diabaikan agar ianya tidak bertentangan dengan maqasid (tujuan) syarak. 2.2.4 Mengekalkan Fokus Industri Kepada Kejayaan Dunia dan Akhirat. Islam adalah agama yang menitikberatkan keperluan untuk kehidupan dunia dan juga akhirat. Oleh itu segala gerak kerja yang dilakukan mesti mengambil kira untuk kemaslahatan kedua-dua kehidupan tersebut. 2.2.5 Menjadi Sumber Hujah Dalam Menangani Isu-Isu Yang Terbaru Banyak persoalan yang timbul di kalangan masyarakat memerlukan jawapan dan penyelesaian daripada cendikiwan Islam. Dengan mengusai ilmu ini ianya mampu untuk menyelesaikan persoalan tersebut. 50
  51. 51. Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam AA205 2.2.6 Syariat Islam Sesuai Diamalkan Sesuai dengan kedudukannya sebagai penutup segala syariat maka ianya sesuai diamalkan sepanjang zaman dan masa. 2.2.7 Cara Mudah Dalam Mempelajari Fiqh Topik yang banyak dan pelbagai persoalan yang dibincangkan menyebabkan tempoh mempelajari ilmu fiqh memakan masa yang cukup panjang untuk diselesaikan. Dengan mempelajari kaedah fiqh sekurangkurangnya seseorang dapat memahami sebahagian kecil daripada kesemua bab fiqh. 3.3 SUMBER KAEDAH FIQH 3.3.1 Al-Quran Al-quran merupakan sumber hukum utama dalam Islam yang sesuai dipraktikkan untuk semua zaman dan masa. Ia menjadi panduan kepada para ulama dalam melakukan ijtihad untuk mengeluarkan kaedah-kaedah fiqh daripada isi kandungan. 3.3.2 Al-Hadis Rasulullah dianugerahkan oleh Allah dengan keistimewaan “jawami al Kalim” yang bermaksud ucapan yang ringkas tetapi mempunyai makna yang mendalam. Melalui penelitian mendalam yang dibuat oleh para ulama, banyak hadis baginda yang mengandungi lafaz-lafaz yang boleh dijadikan sebagai lafaz kepada kaedah-kaedah fiqh. Antara lafaz hadis yang dijadikan sebagai lafaz kaedah antaranya al-din al-nasihah, al Muslimun a’la syurutihim dan lain-lain lagi. 3.3.3 Athsar Sahabat (Pendapat Sahabat) Para Sahabat merupakan insan yang bertuah kerana dapat hidup dan menimba ilmu secara langsung daripada Rasulullah SAW. 51
  52. 52. Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam AA205 Begitu juga dengan para tabieen yang dapat menimba ilmu daripada para sahabat banyak terkesan dengan cara Rasulullah SAW dalam memahami nas-nas syarak semasa menerangkan falsafah syariah Islamiah. Lantaran itu banyak ucapan dan kata-kata sahabat dan para tabieen yang mengandungi kaedah-kaedah fiqh yang boleh dijadikan panduan dalam mengeluarkan hukum. IJTIHAD FUQAHA Ditakrifkan sebagai usaha sepenuh daya dalam memahami hukum syarak. Amalan ijtihad telah diamalkan oleh Rasulullah sendiri serta para Sahabat ketika berjauhan dengan baginda s.a.w. Dalam konteks ijtihad sebagai sumber kaedah, para fuqaha berusaha dengan mengerah segala kemampuan yang ada untuk mengeluarkan kaedah-kaedah fiqh dari sumber-sumber syarak sama ada berdasarkan lafaz syarak atau lafaz yang dibentuk oleh mereka sendiri. 3.4 PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH Secara umumnya ulama telah membahagikan kaedah fiqh kepada dua bahagian utama iaitu: KAEDAH FIQH AL-KULIYYAH AL-KUBRA Iaitu kaedah yang disepakati oleh kebanyakan ulama yang merangkumi 5 kaedah. Keistimewaanya boleh diaplikasi: i- dalam semua bab fiqh bermula dari bab taharah sehingga bab jihad. ii- dalam pelbagai bidang dalam kehidupan manusia seperti sains, pelancongan, hospitaliti dan sebagainya. kaedah. KAEDAH FIQH AL-SUGHRA Iaitu himpunan sejumlah besar kaedah-kaedah fiqh yang skop aplikasinya lebih kecil berbanding dengan kaedah fiqh al-kuliyyah alkubra. Jadual: Pembahagian Kaedah Fiqh 52
  53. 53. Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam 3.5 AA205 MEMBINCANGKAN KONSEP ASAS KAEDAH FIQH YANG BERTEPATAN DENGAN BIDANG HOSPITALITI DAN PELANCONGAN Pendahuluan Unit ini akan membincangkan secara ringkas 5 kaedah kuliyyah al-kubra yang merupakan kaedah asas dalam ilmu kaedah fiqh. Perbahasan ini akan merangkumi lafaz kaedah, makna kaedah, dalil-dalilnya serta beberapa contoh bagi setiap kaedah yang boleh diaplikasikan dalam bidang hospitaliti dan pelancongan. Segala Urusan Berdasarkan Niat (‫)االمور بمقاصده‬ Keyakinan Tidak Hilang Dengan Keraguan (‫)اليقين ال يزال بالشك‬ Kesukaran Menjadi Sebab Kepada Kemudahan Dan Keringanan (‫)المشقة تجلب التيسير‬ Kemudaratan Hendaklah Dihilangkan (‫)الضرر يزال‬ Adat Sebagai Sumber Hukum (‫)العادة محكمة‬ Jadual: Asas Fiqh Dalam Kaedah Kuliyyah Al-Kubra KAEDAH PERTAMA: Segala Urusan Berdasarkan Niat (‫)االمور بمقاصده‬ Maksud Kaedah Penilaian terhadap perbuatan manusia sama ada baik atau buruk berbentuk perkataan atau perbuatan penentuan dosa atau pahala berdasarkan niat orang yang melakukannya. Seseorang yang berniat melakukan sesuatu amalan baik seperti menziarahi orang sakit tetapi tidak dapat ditunaikan kerana suatu halangan ianya tetap diberikan ganjaran oleh Allah SWT. Ganjaran juga akan diberikan kepada orang yang meninggalkan perbuatan yang dilarang seperti berzina, minum arak kerana takutkan Allah SWT. Sebaliknya seseorang yang meninggalkan sesutu larangan seperti yang disebutkan di atas kerana tiada bekalan atau kerana tiada kesempatan 53
  54. 54. Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam AA205 melakukan perbuatan tersebut dia tidak akan diberikan ganjaran pahala oleh Allah. Dalil dan Sandaran Kaedah Sandaran daripada al-Quran. Allah SWT berfirman: َ َ َ ِ ‫َ أ‬ َ َ ‫منأ كانَ يُريد حرث اْلخرة نَزد لَههُ فِهي حرثِهه ومهنأ كهانَ يُريهد حهرث الهدنيَا نُؤتِهه منهها‬ ‫ِ ُ َ أ َ أ ِ َ ِ ِأ‬ َ ‫ِ ُ َ أ َ ُّ أ أ ِ ِ أ‬ ‫وما لَهُ فِي اْلخرة منأ نَصيب‬ ٍ ِ ِ ِ َ ِ ‫أ‬ َ َ Maksudnya: Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya; dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak. (Surah al-Syuura :20). FirmanNya lagi: ‫وما أُمروا إِ ًَّل لِيَعبُدُوا َّللاَ مخلِصينَ لَهُ الدينَ حنَفَاء‬ ِّ ‫أ‬ ُ ِ َ َ َ ُ ِ ‫َّ ُ أ‬ Maksudnya: Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid (Surah al-Bayyinah :5) Sandaran daripada al-Sunnah Daripada cUmar ibn al-Khattab: Rasulullah telah bersabda: Sesungguhnya setiap amalan berdasarkan niat, dan hanyasanya setiap individu itu berdasarkan kepada niat, sesiapa yang berhijrah kerana dunia, maka dia akan menperolehinya atau kerana perempuan maka perempuan itu akan dinikahinya, maka hijrah seseorang itu berdasar niat tersebut.. Dalam hadis lain pula diceritakan; Daripada Aisyah Rasulullah SAW telah bersabda: Mereka dibangkitkan berdasarkan niatnya. 54
  55. 55. Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam AA205 Kesimpulan Ayat al-quran dan hadis di atas menjelaskan tentang kepentingan niat dalam melakukan sesuatu amalan dikalangan manusia. Oleh itu setiap perbuatan baik dan terpuji yang ingin dilakukan oleh seseorang hendaklah disertai dengan niat ikhlas kerana Allah SWT agar ianya diberikan ganjaran yang setimpal oleh Allah SWT Antara tujuan disyariatkan niat ialah: i. membezakan ibadat yang dilakukan seseorang sama ada kerana Allah atau kerana adat kebiasaan, melakukan pekerjaan sama ada untuk mendapat rezeki yang halal atau kerana memenuhi masa terluang dan lain-lain. ii. membezakan taraf sesuatu ibadat sama ada wajib, sunat atau nazar seperti memberikan sesuatu kepada seseorang sama ada dengan tujuan sedekah atau hibah. Syarat Sah Niat: i. Beragama Islam. ii. Mumayyiz. iii. Mengetahui bentuk perbuatan dan niat yang dilakukan. iv. Ikhlas kerana Allah SWT bukan kerana seseorang. v. Tidak bertentangan dengan maqasid syarak. Jika sekiranya niat seseorang bertentangan dengan maqasid syarak maka perbuatan yang dilakukan terbatal. vi. Niat dan perbuatan hendaklah dilakukan secara beriringan dari awal sampai akhir. vii. Tidak melakukan perbuatan yang boleh membatalkan atau menafikan niat seperti murtad. Aplikasi Kaedah Fiqh Seseorang yang melancong atau melawat ke sesuatu tempat sekiranya bertujuan untuk melihat ciptaan dan memikirkan keagungaan Allah SWT dibolehkan untuk 55
  56. 56. Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam AA205 jamak dan qasar. Sebaliknya seseorang yang melancong untuk melakukan maksiat tidak diberikan kelonggaran untuknya qasar dan jamak. Menunaikan ibadah haji atau umrah semata-mata bertujuan untuk melancong bukan kerana ibadah tidak akan diberikan ganjaran oleh Allah SWT. Pembinaan hotel atau tempat penginapan sama ada untuk kemudahan pelanggan akan diberikan ganjaran. Sebaliknya pembinaan untuk memberi peluang seseorang melakukan maksiat akan diberikan dosa oleh Allah. Harus membawa pelancong yang bergama Islam melawat rumah ibadah agama lain bukan untuk membesarkan rumah badat tersebut. Menyembelih binatang sekiranya kerana Allah halal dimakan, atau untuk melepaskan sesuatu hajat haram untuk dimakan. KAEDAH KEDUA Keyakinan Tidak Hilang Dengan Keraguan (‫)اليقين ًل يزال بالشك‬ Maksud Kaedah Maksud Yakin: Sesuatu yang pasti dengan berdasarkan kajian dan bukti. Maksud Syak: Keraguan yang setaraf terhadap sesuatu perkara. Maksud Kaedah: Suatu perkara yang telah diyakini ketetapan atau hukumnya. Justeru, sebarang keraguan yang timbul untuk mengubah ketetapan tersebut tidak boleh diambil kira. Dengan perkataan lain hukum yang telah tetap tidak akan berubah semata-mata dengan adanya keraguan tersebut. Contoh seseorang yang syak tentang pakaian yang dipakainya sama ada bersih atau sebaliknya. Syak tersebut tidak mengubah status pakaian tersebut yang dalam keadaan bersih. 56
  57. 57. Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam AA205 Dalil dan Sandaran Sandaran daripada al-Quran Firman Allah SWT dalam surah al-Hujuraat: 12: ‫أ‬ ‫يَا أَيُّها الَّذينَ آمنُوا اجتَنِبُوا كثِيرا منَ الظَّنِّ إِنَّ بَعض الظَّنِّ إِثم‬ ‫أ‬ َ ‫أ‬ ِ ‫َ ا‬ ِ َ َ Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. FirmanNya lagi: ‫وما يَتَّبِع أَكثَرهُم إِ ًَّل ظَناا إِنَّ الظَّنَّ ًَل يُغنِي منَ الحق شيئاا‬ ‫أ ِ أ َ ِّ َ أ‬ ‫ُ أ ُ أ‬ َ َ Maksudnya : Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). (Surah Yunus: 36) Berdasarkan ayat di atas, Allah SWT memberi panduan kepada manusia mereka tidak melakukan sesuatu perkara berdasarkan sangkaan atau syak semata-mata. Sesuatu yang dibuat berdasarkan sangkaan atau syak adalah lemah dan tidak boleh diterima pakai dalam apa jua bidang . Sandaran daripada al- Sunnah Daripada Ubbad Ibn Tamim dari bapa saudaranya bahawa beliau telah mengadu kepada Rasulullah SAW; seorang laki-laki yang syak bahawa ada sesuatu ketika sembahyang. Maka jawab Rasulullah: Jangan beredar sehinggalah ia mendengar bunyi atau tercium bau. Aplikasi Kaedah Fiqh Dalam menyediakan makanan kepada tetamu, pengusaha hendaklah memastikan ianya halal. Oleh itu tanda halal yang dikeluarkan oleh pihak berwajib telah cukup untuk diyakini akan status halalnya. Sebarang andaian atau syak yang datang tidak dapat mengubah hukum. 57
  58. 58. Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam AA205 Penentuan arah kiblah yang dilekatkan di bilik hotel atau rumah tumpangan adalah memadai dijadikan sebagai panduan arah kiblat kepada tetamu yang menginap. Seseorang yang melancong ke negara bukan Islam, di bolehkan makan dan minum di restoran yang dimiliki oleh orang Islam walaupun premis tersebut tidak memaparkan tanda halal. Pinggan atau bekas yang digunakan di hotel atau seumpamanya harus digunakan oleh orang Islam walaupun ianya pernah digunakan oleh orang bukan Islam. KAEDAH KETIGA Kesukaran Menjadi Sebab Kepada Kemudahan Dan Keringanan (‫)المشقة تجلب التيسير‬ Maksud Kaedah Apabila berlaku sesuatu kesulitan dan kesukaran dalam melaksanakan kewajipan yang diperintahkan oleh Allah SWT, maka Islam memberi jalan keluar untuk mengatasi kesulitan yang dihadapi. Jalan keluar tersebut adalah dengan memberikan beberapa kelonggaran dalam melaksanakan kewajipan tertentu. Contohnya orang yang sakit dibenarkan untuk solat dalam keadaan duduk sekiranya tidak mampu dia boleh berbaring. Dalil dan Sandaran Sandaran daripada al-Quran Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah: 185 ‫يُريد َّللاُ بِكم اليُسر و ًَل يُريد بِكم العُسر‬ َ ‫ِ ُ ُُ أ أ‬ َ َ ‫ِ ُ َّ ُ ُ أ أ‬ Maksudnya: (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. FirmanNya lagi dalam surah yang sama ayat 286: َ ‫ًَل يُكلِّفُ َّللاُ نَفسا إِ ًَّل وسعها‬ َ َ ‫ُ أ‬ ‫َّ أ ا‬ Maksudnya: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya 58
  59. 59. Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam AA205 Ayat-ayat di atas menjadi bukti bahawa Allah SWT sama sekali tidak akan mewajibkan sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan oleh setiap hambaNya. Oleh itu jika berlaku kesukaran, Islam akan memberi jalan keluar bagi mengelakkan kesukaran tersebut. Sandaran daripada al- Sunnah Daripada cAisyah katanya: Sesuatu yang diberi kepada Rasulullah antara dua perkara kecuali ia memilihnya yang paling ringan selagi tidak mendatangkan dosa. Dalam satu riwayat lain baginda bersabda yang bermaksud: “ Sekiranya tidak mendatangkan kesukaran kepada umatku nescaya aku akan perintahkan mereka supaya bersiwak setiap kali ingin mendirikan sembahyang”. Perbincangan Kaedah Sebab Diberikan Keringanan i) Orang melakukan perjalanan melebihi dua marhalah walaupun dengan kaedah yang paling cangggih diberikan beberapa keringanan seperti solat jamak dan qasar. ii) Orang yang diuji dengan sakit dibenarkan untuk bertayammum, dibenarkan solat dalam keadaan duduk, dibolehkan berubat dengan najis pada pandangan sebahagian ulama mazhab Hanafi. iii) Orang yang dipaksa melakukan sesuatu perbuatan tanpa kerelaannya tidak dianggap berdosa apabila dia melakukan perbuatan yang dipaksa tersebut seperti minum arak, melafazkan kalimah kufur (dengan syarat di hati beriman), membunuh dan lain-lain. iv) Orang yang terlupa melakukan sesuatu larangan dianggap tidak berdosa seperti makan, minum, melakukan hubungan suami isteri dalam keadaan terlupa disiang hari bulan ramadhan. v) Jahil atau tidak mengetahui sesuatu hukum juga diberikan kemaafan seperti baru memeluk Islam. vi) Kesukaran yang terjadi secara menyeluruh seperti mengkebumikan jenazah yang ramai dalam sebuah kubur apabila ditimpa musibah tsunami dan gempa. 59
  60. 60. Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam AA205 vii) Akal yang tidak sempurna kerana gila, kanak-kanak dan hamba. Bentuk Keringanan Syarak Ulama telah membahagikan bentuk keringanan kepada beberapa bahagian ; i) Keringanan dengan menggugurkan kewajipan seperti tidak wajib menunaikan solat Jumaat kerana sakit dan tidak perlu qada’ solat bagi perempuan yang didatangi haid dan nifas. ii) Keringanan dengan meringkaskan ibadah seperti mengurangkan bilangan rakaat solat fardu daripada empat kepada dua ketika bermusafir. iii) Keringanan dengan menggantikan cara bersuci seperti menggantikan wuduk dan mandi dengan tayyamum. iv) Keringanan dengan mendahulukan solat fardu sebelum waktunya seperti pensyariatan solat jamak taqdim. v) Keringanan dengan melewatkan solat fardu seperti pensyariatan solat jamak ta’khir. vi) Kelonggaran dalam perkara-perkara tertentu seperti diberi maaf najis yang tidak dapat dilihat. Aplikasi Kaedah Seseorang yang melancong ke sesuatu tempat dengan niat yang baik dibenarkan untuk melaksanakan solat qasar dan jamak kerana bersama musafir tersebut adanya kesukaran. Musafir juga dibenarkan untuk berbuka puasa dan menggantikannya pada hari yang lain. Keharusan meninggalkan solat Jumaat bagi orang yang bermusafir dengan syarat yang tertentu. 60
  61. 61. Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam AA205 KAEDAH KEEMPAT Mudarat Mesti Dihilangkan (‫)الضرر يزال‬ Maksud Kaedah Suatu perbuatan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada mana-mana pihak hendaklah dielakkan. Begitu juga apabila berlaku mudarat ke atas seseorang, maka Islam memberi jalan keluar dan keizinan kepadanya untuk menghilangkan mudarat yang menimpanya tersebut dengan syarat ianya tidak memudaratkan pihak lain. Dalil dan Sandaran Sandaran daripada al-Quran َ َ ُ ِ ‫أ‬ ‫وإِذا طَلَّقتُم النِّساء فَبَلَغنَ أَجلَهُنَّ فَأَمسكوهُنَّ بِمعروف أَو سرحوهُنَّ بِمعروف و ًَل‬ ُ ِّ َ ‫َ أ ُ ٍ أ‬ َ ‫َ َ أ‬ َ ٍ ُ‫َأ‬ ُ ‫أ‬ ُ ِ ‫أ‬ ‫تُمسكوهُنَّ ضرارا لِتَعتَدُوا‬ ‫ِ َ ا أ‬ Maksudnya: Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh idahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. Dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula dengan maksud memberi mudarat (Surah al-Baqarah :231) Ayat di atas menjelaskan bahawa Islam membenarkan seseorang suami yang telah menceraikan isterinya untuk merujuk kembali isteri yang diceraikan bukan bertujuan untuk menyakiti atau sengaja mendera isterinya. FirmanNya lagi: ‫أ أ ِ أَ أَ ِ َ َ أ‬ َ‫و ًَل تُفسدُوا فِي اْلَرض بَعد إِصَلحها وادعُوهُ خوفاا وطَمعا إِنَّ رحمتَ َّللاِ قَريب من‬ ‫َ أ َ َ ا‬ ِ ِ ‫َ أ‬ ِ َّ َ ‫َ أ‬ َ‫المحسنِين‬ ِ ‫أُ أ‬ Maksudnya: Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan 61
  62. 62. Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam AA205 terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya. (Surah al-A’raaf: 56) Ayat di atas merupakan petunjuk daripada Allah SWT kepada umat manusia keseluruhannya agar mengelakkan dari melakukan kerosakan di atas muka bumi kerana ia boleh memudaratkan pihak lain. Sandaran daripada al- Sunnah Hadis baginda yang diriwayatkan daripada Abi Said al-Khudri bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Janganlah melakukan mudarat ke atas seseorang dan janganlah memudaratkan. Aplikasi Kaedah Pemandu pelancong atau agensi yang terlibat dalam bidang pelancongan tidak dibenarkan membawa pelancong ke tempat yang boleh membahayakan pelancong. Begitu juga dengan pelancong tidak boleh meminta pemandu pelancong untuk membawa mereka ketempat yang membahayakan nyawa pemandu pelancong. Tidak boleh menyediakan makanan yang memudaratkan. Tidak boleh mengarahkan pekerja melakukan perbuatan yang berisiko. Kawasan yang menjadi tumpuan ramai seperti tempat perkelahan hendaklah disediakan kemudahan –kemudahan seperti tong sampah dan tandas supaya kawasan tersebut terpelihara kebersihannya dan tidak mencemari alam sekitar yang boleh memudaratkan manusia. Pembinaan hotel atau rumah tumpangan di kawasan tanah tinggi atau lereng bukit hendaklah dielakkan supaya ia tidak mendatangkan kerosakan kepada alam sekitar dan juga penghuninya. 62
  63. 63. Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam AA205 KAEDAH KELIMA Adat Sebagai Sumber Hukum (‫)العادة محكمة‬ Maksud Kaedah Adat dapat diertikan sebagaimana berikut: 1. Sesuatu yang menjadi amalan kebiasaan orang ramai atau sebahagian daripada mereka. 2. Perkara yang diulang-ulang menurut kebiasaan sesuatu golongan serta mengikut cara tertentu dan ianya diterima secara logik Adat yang diamalkan dalam sesebuah masyarakat, sama ada ianya berbentuk umum atau khusus boleh menjadi sumber rujukan hukum apabila tidak ada penjelasan yang berkaitan daripada syarak. Contohnya darah yang sedikit terkena pada pakaian dibolehkan untuk bersolat, penentuan sedikit atau banyak darah tersebut ditentukan oleh orang ramai. Sandaran daripada al-Quran Firman Allah SWT dalam surah al-A’raaf : 199 َ‫خذ العفو وأمر بالعُرف وأَعرض عَن الجاهلِين‬ ِ َ ‫ُِ أَأَ َأُأ ِ أ أ ِ َ أ ِ أ ِ أ‬ Maksudnya: Terimalah apa yang mudah engkau lakukan, dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya). FirmanNya lagi: ‫والوالِدَاتُ يُرضعأنَ أَو ًَلدهُنَّ حولَين كاملَين لِمنأ أَراد أَنأ يُتِم الرضاعةَ وعلَى المولُود‬ َ َ َ َ َّ َّ َ َ َ ِ ‫َ أ أ ِ َ ِ أ‬ َ ‫أ‬ ِ ‫أَ أ‬ ِ ‫أ‬ َ‫َ أ‬ ‫أ‬ ‫ِأ‬ َ ‫لَهُ رزقُهُنَّ وكسوتُهنَّ بِالمعروف ًَل تُكلَّفُ نَفس إِ ًَّل وسعها‬ ُ َ ‫َ ِ أ‬ َ َ ‫ُ أ‬ ِ ُ‫أَأ‬ Maksudnya: Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. (Surah al-Baqarah: 233) 63
  64. 64. Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam AA205 Sandaran daripada al- Sunnah Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya : Daripada cAisyah katanya: Hindun binti Atabah isteri kepada Abu Sufian telah datang menemui Rasulullah dan berkata: Wahai Rasulullah.. Sesungguhnya Abu Sufian seorang yang kedekut, beliau tidak memberikan nafkah yang cukup untukku dan anakku, oleh itu aku mengambil hartanya tanpa pengetahuannya. Adakah itu merupakan suatu dosa? Maka Rasulullah SAW bersabda : Ambillah harta suamimu sekadar cukup untuk kamu dan anak kamu. Hadis di atas menjelaskan bahawa sesuatu perkara yang tidak dijelaskan hukumnya oleh syarak hendaklah dirujuk kepada uruf dan adat. Kesimpulan Syarat pengamalan adat sebagai sumber hukum 1. Adat tersebut merupakan suatu kebiasaan bagi penduduk sesebuah tempat atau kawasan. 2. Tidak ada golongan yang menentang adat yang diamalkan tersebut. 3. Adat masih ada atau masih diamalkan sehingga sekarang. 4. Adat yang diamalkan tidak bertentangan dengan hukum syarak seperti menerangi rumah kediaman ketika mengadakan majlis perkahwinan dengan tujuan untuk menunjukkan kegembiraan atau mengiklankan dengan perkahwinan tersebut jika bukan bertujuan untuk membazir. Aplikasi Kaedah Para pelancong mesti meraikan dan menghormati kebiasaan dan adat yang diamalkan oleh masyarakat setempat sama ada dari sudut cara berpakaian, perbuatan atau makanan. Dalam menentukan perkataaan yang baik dan buruk hendaklah dirujuk kepada adat kebiasaaan masyarakat setempat. 64
  65. 65. Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam AA205 Sebahagian perkataan yang digunakan dalam percakapan harian mempunyai maksud yang berbeza dari satu tempat ke satu tempat yang lain. oleh itu penggunaanya hendaklah disesuaikan dengan tempat tersebut. Kos upah dalam sesuatu tugasan hendaklah diambil kira mengikut tempat dan kawasan. 65
  66. 66. Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam AA205 AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Berikan pengertian KaedaH Fiqh menurut bahasa dan Istilah. Bahasa: _________________________________________________________ Istilah : _________________________________________________________ 2. Huraikan peranan kaedah fiqh berikut: iiiii- Mamandu setiap urusan agar mencapai Maqasid Syariah iv1. Memudahkan individu memahami hukum Menjadi sumber hujah dalam menangani isu semasa. Lengkapkan jadual Kaedah Fiqh al- Kuliyyah al-Kubra berikut dan contohnya dalam bidang hospitaliti dan pelancongan KAEDAH FIQH A A B Kaedah Fiqh alKuliyyah al-Kubra CONTOH B Kesukaran Menjadi Sebab Kepada Kemudahan Dan Keringanan keharusan melaksanakan solat qasar D C E D 66
  67. 67. Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam AA205 Rujukan Al- Suyuti. Jalal al-Din Abdul Rahman.(1983). Al-Asbah Wa al-Nazair Fi Qawaid Wa Furuk Fiqh al-Shafie. Beirut. Dar al-Kutub al-Ilmiyyah Ali Ahmad al-Nadwi (1994) al-Qawaid AlFiqhiyyah .Damsyik . Dar al-Qalam . Mahmud Ismail Muhammad Misy’al(2009). Asar al Khilaf al-Fiqhi Fi alQawaid alFiqhiyyah. Kaherah Mesir.Dar al-Sallam Muhammad Usman Syubair(2006). Al-Qawaid Al Kuliyyah Wa al-Dawabit al-Fiqhiyyah Fi al Syariah al-Islamiah. Jordan. Dar al-Nafais. Mahmood Zuhdi Abdul Majid(2004). Sejarah pembinaan hukum Islam Jabatan Penerbitan USM.Cetakan 67
  68. 68. Bab - 3 Konsep Hospitaliti Dalam Islam Wan Mohd Zul b. Wan Yusuf (POLIMAS)

×