E4141

PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN

E4141 / UNIT 1 / 1

_____________________________________________________________...
E4141

PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN

E4141 / UNIT 1 / 2

_____________________________________________________________...
E4141

PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN

E4141 / UNIT 1 / 3

_____________________________________________________________...
E4141

PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN

E4141 / UNIT 1 / 4

_____________________________________________________________...
E4141

PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN

E4141 / UNIT 1 / 5

_____________________________________________________________...
E4141

PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN

E4141 / UNIT 1 / 6

_____________________________________________________________...
E4141

PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN

E4141 / UNIT 1 / 7

_____________________________________________________________...
E4141

PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN

E4141 / UNIT 1 / 8

_____________________________________________________________...
E4141

PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN

E4141 / UNIT 1 / 9

_____________________________________________________________...
E4141

PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN

E4141 / UNIT 1 / 10

____________________________________________________________...
E4141

PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN

E4141 / UNIT 1 / 11

____________________________________________________________...
E4141

PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN

E4141 / UNIT 1 / 12

____________________________________________________________...
E4141

PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN

E4141 / UNIT 1 / 13

____________________________________________________________...
E4141

PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN

E4141 / UNIT 1 / 14

____________________________________________________________...
E4141

PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN

E4141 / UNIT 1 / 15

____________________________________________________________...
E4141

PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN

E4141 / UNIT 1 / 16

____________________________________________________________...
E4141

PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN

E4141 / UNIT 1 / 17

____________________________________________________________...
E4141

PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN

E4141 / UNIT 1 / 18

____________________________________________________________...
E4141

PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN

E4141 / UNIT 1 / 19

____________________________________________________________...
E4141

PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN

E4141 / UNIT 1 / 20

____________________________________________________________...
E4141

PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN

E4141 / UNIT 1 / 21

____________________________________________________________...
E4141

PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN

E4141 / UNIT 1 / 22

____________________________________________________________...
E4141

PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN

E4141 / UNIT 1 / 23

____________________________________________________________...
E4141

PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN

E4141 / UNIT 1 / 24

____________________________________________________________...
E4141

PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN

E4141 / UNIT 1 / 25

____________________________________________________________...
E4141

PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN

E4141 / UNIT 1 / 26

____________________________________________________________...
E4141

PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN

E4141 / UNIT 1 / 27

____________________________________________________________...
E4141

PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN

E4141 / UNIT 1 / 28

____________________________________________________________...
E4141

PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN

E4141 / UNIT 1 / 29

____________________________________________________________...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

E4141 sistem kawalan 1 unit1

2,329 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
2,329
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
58
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

E4141 sistem kawalan 1 unit1

  1. 1. E4141 PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN E4141 / UNIT 1 / 1 _______________________________________________________________________________ OBJEKTI Objektif Am : Mengenali istilah-istilah umum yang digunakan di dalam kawalan proses Objektif Khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:  Menakrifkan pemboleh ubah yang digunakan dalam kawalan proses  Menyatakan tujuan suatu sistem diwakili dengan gambarajah blok  Melukis gambarajah blok elemen-elemen asas kawalan proses  Membezakan sistem kawalan gelung tertutup dan terbuka  Mengenalpasti gelung suapbalik positif dan negatif  Menyenaraikan kebaikan dan keburukan di antara sistem kawalan gelung terbuka dan sistem kawalan gelung tertutup  Memberi takrifan sistem kawalan automatik  Menyenaraikan kebaikan dan keburukan sistem kawalan automatik _______________________________________________________________________________________________
  2. 2. E4141 PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN E4141 / UNIT 1 / 2 _______________________________________________________________________________ INPUT 1.0 PENGENALAN Dalam kehidupan seharian, kita sering berhadapan dengan berbagai proses semulajadi alam seperti hujan, angin, suhu, tekanan dan lain-lain lagi. Kejadian seperti ini terjadi dengan sendiri dan prosesnya dikatakan proses lazim. Daripada kejadian seperti ini manusia mula berfikir serta berminat untuk mengawal dan menyuai tepat parameter-parameter ini untuk kebaikan mereka. Hasilnya beberapa proses yang berguna seperti yang terdapat sehingga ke hari ini. Proses kawalan moden telah menjadi satu bidang teknologi yang berasingan apabila diketahui bahawa prinsip-prinsip dan teknik-teknik kawalan boleh digunakan di dalam proses-proses pengilangan. Seperti bidang kejuruteraan yang lain, banyak kejayaan baru dari segi teknikal telah dicapai. Teori-teori baru telah dicipta dan pengetahuan ini sangat berguna supaya lebih ramai pakar dalam bidang ini dapat dilahirkan. Jurutera kawalan proses bertugas untuk merekabentuk keseluruhan sistem kawalan proses. Pengetahuan yang mendalam mengenai ciri-ciri pengawal, ciri-ciri gelung kawalan dan kestabilan proses diperlukan. Ahli teknologi kawalan pula bertugas merekabentuk elemen-elemen tertentu dalam gelung kawalan supaya keluaran proses yang dikehendaki tercapai. Pengetahuan yang mendalam tentang pengukuran, sistem pneumatik, elektrik, elektronik dan rekabentuk adalah diperlukan. Manakala seorang juruteknik kawalan proses pula bertanggungjawab untuk memasang dan menguji elemen-elemen gelung kawalan proses. Dengan itu pengetahuan tentang cara kerja proses secara keseluruhan, pendawaian, elektronik, pneumatik dan alat bengkel adalah perlu. Kegunaan sistem kawalan automatik di dalam industri memerlukan ramai orang yang mahir di dalam bidang-bidang yang disebutkan seperti jurutera kawalan, ahli teknologi dan juga juruteknik. _______________________________________________________________________________________________
  3. 3. E4141 PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN E4141 / UNIT 1 / 3 _______________________________________________________________________________ SISTEM KAWALAN ELEKTRIK,PNEUMATIK DAN HIDRAULIK 1.1KAWALAN ELEKTRIK Hukum asas yang menguasai litar elektrik ialah hukum arus dan hukum voltan Kirchoff. Hukum arus Kirchoff, (hukum nod) menyatakan bahawa jumlah aljabar semua arus yang memasuki dan meninggalkan nod adalah sifar. Hukum voltan Kirchoff, (hukum gelung) menyatakan pada mana-mana ketika jumlah aljabar voltan di keliling sebarang gelung dalam litar elektrik adalah sifar. Model matematik litar elektrik boleh diperolehi dengan mengenakan satu atau kedua-dua hukum Kirchoff terhadapnya. Pengkajian terhadap sistem kawalan elektrik melibatkan perintang, pemuat, pearuh dan penguat kendalian. Contoh 1.1 (a) Litar L-R-C (b) Galangan kompleks L R C ei eo (a) Litar L-R-C Z1 Z2 Z1 ei e1 Z2 eo e2 e (b) i. Galangan kompleks (b) ii. Galangan kompleks _______________________________________________________________________________________________
  4. 4. E4141 PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN E4141 / UNIT 1 / 4 _______________________________________________________________________________ 1.2KAWALAN PNEUMATIK Sebagai bahantara paling cekap untuk menghantar isyarat dan kuasa, bendalir sama ada cecair atau gas, mempunyai penggunaan yang meluas dalam perusahaan. Dalam bidang kejuruteraan, istilah pneumatik memerihal sistem bendalir yang yang menggunakan udara atau gas manakala hidraulik merujuk kepada yang menggunakan minyak. SISTEM KAWALAN PNEUMATIK Pneumatik adalah sistem yang digerakkan dengan menggunakan media udara bertekanan. Perkembangan teknologi yang berterusan telah menyaksikan pembangunan yang drastik dalam sistem kawalan pneumatik tekanan rendah bagi sistem kawalan perusahaan. Di antara sebabnya termasuklah ciri tahan letupan, kepermudahan dan mudah senggaraan. Hari ini, perancangan dan pembangunannya dalam bidang automasi membolehkan sistem ini beroperasi untuk menggantikan kerja manusia. PENGGUNAAN SISTEM PNEUMATIK i. Proses perindustrian ii. Sistem kawalan kedudukan dan kelajuan iii. Sistem brek kenderaan, hon dan hentakan iv. Sistem penyemburan air, lift dan pintu automatik. KEBAIKAN DAN KEKURANGAN SISTEM PNEUMATIK 1 Kebaikan Bekalan udara yang tidak terputus-putus 2 3 Pengaruh suhu ke atas kelikatan udara amat kecil Tidak memerlukan saluran balik seperti hidraulik. 4 Keburukan Tidak dapat berperanan sebagai pelincir Udara dibebaskan ke atmosfera selepas digunakan Sistem ini bersih terhadap bahagian-bahagian yang bergerak. Mempunyai ciri masa lengah yang panjang. 1.3KAWALAN HIDRAULIK Udara termampat jarang digunakan bagi kawalan berterusan pergerakan peranti yang mempunyai jisim yang berkasar disebabkan oleh daya beban dari luar, kecuali untuk pengawal pneumatik bertekanan rendah. Bagi kes sebegini sistem pengawal hidraulik biasanya lebih disukai. Dalam bidang kejuruteraan, istilah hidraulik memerihal sistem bendalir yang menggunakan minyak. _______________________________________________________________________________________________
  5. 5. E4141 PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN E4141 / UNIT 1 / 5 _______________________________________________________________________________ SISTEM KAWALAN HIDRAULIK Penggunaan meluas litar hidraulik dalam perkakas mesin, sistem kawalan pesawat udara dan pengendalian yang serupa berlaku kerana faktor seperti kepositifan, kejituan, kebolehlenturan, nisbah kuasa kuda berat yang tinggi permulaan cepat, menghenti dan balikan yang lancar dan tepat dan kepermudahkendalian. Gabungan sistem elektronik dan hidraulik digunakan dengan meluas kerana ia menggabungkan kebaikan kedua-dua kawalan elektronik dan kuasa hidraulik. PENGGUNAAN SISTEM HIDRAULIK i. Stering kuasa dan sistem brek pada kenderaan ii. Mekanisma pemanduan kapal-kapal besar iii. Sistem kawalan mesin KEBAIKAN DAN KEKURANGAN SISTEM HIDRAULIK 1 Kebaikan Bendalir hidraulik bertindak sebagai pelicin, Keburukan Kuasa hidraulik tidak mudah terdapat 2 sebagai tambahan pembawa haba yang sesuai Penggerak hidraulik bersaiz kecil tetapi boleh berbanding dengan kuasa elektrik Kos sistem hidraulik lebih tinggi berbanding 3 membina daya atau kilas yang besar Pengerak hidraulik mempunyai laju tindak sistem elektrik untuk fungsi yang serupa Kebakaran dan bahaya letupan melainkan balas yang lebih tinggi dengan mula, henti dan penggunaan bendalir api digunakan balikan laju yang pantas Penggerak hidraulik boleh dikendalikan dalam Minyak tercemar boleh menyebabkan sistem keadaan berterusan, terputus-putus, membalik hidraulik tidak boleh berfungsi dengan baik dan bertegun tanpa rosak Laju jatuh apabila beban dikenakan adalah Sistem ini mudah menjadi serabut kerana kecil memandangkan bocoran yang rendah kesukaran dalam menyenggara sistem dalam penggerak hidraulik yang bebas dari kebocoran 4 5 AKTIVITI _______________________________________________________________________________________________
  6. 6. E4141 PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN E4141 / UNIT 1 / 6 _______________________________________________________________________________ Uji kefahaman anda sebelum meneruskan ke input selanjutnya. Sila semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan. 1.1 Nyatakan hukum-hukum asas yang terdapat dalam sistem elektrik? 1.2 Apakah tiga komponen utama dalam sistem elektrik dan lukiskan simbol-simbol yang 1.3 Penggunaan meluas dalam perkakasan mesin dan sistem kawalan pesawat udara disebabkan oleh faktor kejituan, kebolehlenturan, dan nisbah kuasa kuda berat yang tinggi. Nyatakan sistem kawalan yang dijelaskan oleh penyataan tersebut. 1.4 Senaraikan penggunaan sistem kawalan pneumatik dan sistem kawalan hidraulik secara praktik. 1.5 Nyatakan satu (1) perbezaan utama di antara sistem kawalan pneumatik dan sistem kawalan hidraulik. MAKLUM BALAS _______________________________________________________________________________________________
  7. 7. E4141 PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN E4141 / UNIT 1 / 7 _______________________________________________________________________________ 1. 1 Hukum Kirchoff arus dan hukum Kirchoff voltan 1.2 i. ii. iii. Perintang Pemuat Pearuh 1.3 Sistem kawalan hidraulik. 1.4 Penggunaan sistem pneumatik i. Proses perindustrian ii. Sistem kawalan kedudukan dan kelajuan iii. Sistem brek kenderaan, hon dan hentakan iv. Sistem penyemburan air, lift dan pintu automatik. Penggunaan Sistem Hidraulik i. ii. Mekanisma pemanduan kapal-kapal besar iii. 1.5 Stering kuasa dan sistem brek pada kenderaan Sistem kawalan mesin Sistem pneumatik menggunakan medium udara bertekanan dan sistem hidraulik menggunakan minyak. INPUT _______________________________________________________________________________________________
  8. 8. E4141 PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN E4141 / UNIT 1 / 8 _______________________________________________________________________________ 1.4 ISTILAH-ISTILAH UMUM KAWALAN PROSES Di dalam bahagian ini kita akan memberi tumpuan terhadap istilah-istilah yang biasa digunakan dalam kawalan proses. Sistem kawalan suapbalik. Sistem kawalan suapbalik merupakan sebuah sistem di mana keluaran sentiasa dibandingkan dengan titik set masukan dan perbezaan di antara nilai tersebut dijadikan asas untuk kawalan. Sistem kawalan servo. Sistem kawalan servo merupakan sebuah sistem kawalan suapbalik di mana keluarannya adalah kedudukan, halaju atau pecutan. Sistem kawalan proses. Sistem kawalan proses merupakan sebuah sistem penyuaitepatan (kawalan automatik) di mana pembolehubah keluarannya berupa suhu, tekanan, aliran, paras, nilai pH atau sebagainya. Proses. Proses adalah suatu saling tindak yang komplek yang mengandungi aksi dan reaksi mengikut aturcara yang tertentu. Pembolehubah. Pembolehubah ialah sebarang parameter fisikal seperrti suhu, tekanan, paras, kadar aliran dan sebagainya. Pemboleubah dinamik. Pembolehubah dinamik ialah sebarang parameter fisikal yang boleh berubah nilainya secara spontan atau melalui pengaruh luar. Penyuaitepatan. Penyuaitepatan adalah suatu operasi untuk menetapkan berbagai nilai pembolehubah dinamik kepada nilai yang dikehendaki atau berhampirannay. Proses pembolehubah tunggal. Proses pembolehubah tunggal proses yang mempunyai satu pembolehubah sahaja. Proses pembolehubah majmuk. Proses pembolehubah majmuk adalah proses yang mengandungi lebih dari satu pembolehubah. _______________________________________________________________________________________________
  9. 9. E4141 PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN E4141 / UNIT 1 / 9 _______________________________________________________________________________ Kawalan proses. Kawalan proses merupakan suatu tindakbalas fisikal di dalam satu proses di mana satu masukan (bahan mentah) boleh menghasilkan beberapa keluaran yang ditetapkan. Kawalan proses lazim. Kawalan proses lazim adalah suatu operasi yang menyuaitepat berbagai ciri fisikal yang berlaku dengan sendiri. Contohnya ialah penyuaitepatan suhu dalam badan, perjalanan darah dalam badan, sistem perpeluhan dan sebagainya. AKTIVITI _______________________________________________________________________________________________
  10. 10. E4141 PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN E4141 / UNIT 1 / 10 _______________________________________________________________________________ Uji kefahaman anda sebelum meneruskan ke input selanjutnya. Sila semak jawapan anda pada maklumbalas di halaman berikutnya. 1. 6 Dalam lajur 1 terdapat takrifan-takrifan yang terdapat dalam kawalan proses. Lajur 2 ialah pembolehubah-pembolehubah yang berkaitan dengan takrifan tersebut. Padankan butiran dalam lajur 2 ke dalam ruang-ruang kosong dalam lajur 1. Setiap istilah boleh digunakan sekali atau tidak digunakan langsung. Lajur 1 Lajur 2 Parameter fisikal yang boleh A Kawalan suapbalik berubah secara spotan. B Proses Nilai pembolehubah yang dikehendaki dalam suatu proses. C Pembolehubah dinamik Perbezaan antara nilai diukur dengan D Sistem servo nilai titik set. E Ralat Sistem kawalan suapbalik di mana keluarannnya adalah halaju sdan pecutan. F Gangguan Keluarannya dibandingkan dengan titik set H Titik set dan dijadikan asas kawalan. MAKLUM BALAS _______________________________________________________________________________________________
  11. 11. E4141 PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN E4141 / UNIT 1 / 11 _______________________________________________________________________________ 1.6 C H E D A INPUT _______________________________________________________________________________________________
  12. 12. E4141 PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN E4141 / UNIT 1 / 12 _______________________________________________________________________________ 1.5 ELEMEN-ELEMEN ASAS DALAM KAWALAN PROSES Di dalam bahagian ini anda akan di dedahkan kepada contoh-contoh yang berkaitan dengan sistem kawalan proses. masukan Kaca penglihatan keluaran Tinggi paras cecair, T injap keluaran Gambarajah di atas menunjukkan seorang operator mengawal kadar aliran cecair keluaran dengan membuka atau menutup injap dan pada ketika yang sama memerhatikan paras cecair di dalam tangki melalui kaca penglihatan. Cecair di dalam tangki tersebut masuk melalui paip masuk. Dalam kawalan sistem ini: I. Proses ialah kombinasi cecair, tangki, cecair masukan dan cecair keluaran. II. Pembolehubah dinamik ialah paras di dalam tangki. III. Penyuaitepatan ialah penentuan paras cecair pada satu nilai yang dikehendaki. Jika pada satu ketinggian, T, injap keluaran dilaraskan supaya kadar aliran keluaran sama dengan kadar aliran masukan dan keadaan ini berterusan, ketinggian paras, T tidak berubah. Apabila gangguan berlaku kepada aliran masukan di mana aliran masukan melebihi aliran keluaran, paras cecair akan meningkat. Sekiranya tidak ada operator untuk mengawal injap supaya paras dikembalikan ke nilai T, air akan terus melimpah keluar. Sistem ini dinamakan Sistem Gelung Terbuka. Jika ada operator untuk mengawal injap keluaran supaya ketinggian paras dikembalikan pada nilai T, maka keadaan adalah terkawal. Ini kerana operator menyuapbalik maklumat paras melalui pemerhatian dan _______________________________________________________________________________________________
  13. 13. E4141 PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN E4141 / UNIT 1 / 13 _______________________________________________________________________________ kemudian mengambil kira perbezaan paras untuk bertindak (mengawal). Sistem ini dipanggil Sistem Gelung Tertutup. Semua sistem gelung tertutup mempunyai suapbalik. Dalam hal ini terdapat tiga istilah penting yang digunakan untuk pengawalan : a. Sukatan b. Penilaian c. Elemen Kawalan Gambarajah berikut menjelaskan susunatur untuk ketiga-tiga istilah dalam suatu proses. a. SUKATAN Pembolehubah dinamik disukat supaya nilainya dapat dibandingkan dengan nilai titik set. Nilai sukatan adalah dalam voltan, arus, tekanan dan sebagainya. Selalunya suatu tranducer digunakan untuk sukatan awal dan sukatan ini ditukarkan kepada isyarat-isyarat tentuan (signal conditioning) b. PENILAIAN Sukatan diteliti untuk menentukan tindakan jika perlu. Penelitian ini dilakukan oleh pengawal yang memproses isyarat pneumatik, elektronik atau menggunakan komputer. Penilaian mengandungi satu perbandingan antara nilai titik set dengan nilai yang disukat dan kemudiannya mengeluarkan tindakan supaya nilai pembolehubah dapat dikembalikan ke titik set. c. ELEMEN KAWALAN Elemen yang terakhir dalam gelung kawalan ialah elemen kawalan terakhir (final control element) yang bertujuan untuk menetapkan perubahan yang dikehendaki supaya nilai pembolehubah dikembalikan ke _______________________________________________________________________________________________
  14. 14. E4141 PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN E4141 / UNIT 1 / 14 _______________________________________________________________________________ titik set. Elemen ini menerima isyarat masukan dari pengawal dan isyarat ini diubahsuai kepada gerakan yang dikehendaki dalam proses. Contoh ialah alat pemanas, injap, alat pembesar, motor dan lain-lain lagi. 1.6GAMBARAJAH BLOK ELEMEN-ELEMEN ASAS KAWALAN PROSES Untuk memudahkan analisa kawalan proses selalunya elemen-elemen di dalam gelung kawalan digambarkan sebagai satu blok. Gambarajah blok ialah perwakilan bergambar fungsi yang dilakukan oleh setiap komponen dan aliran isyarat. Ianya bertujuan untuk memudahkan sistem dianalisa sebagai suatu interaksi di antara system-sistem yang lebih kecil dan memudahkan rekaan sistem-sistem kecil apabila ciri keseluruhan sistem diketahui. Gambarajah blok di bawah menerangkan gelung kawalan proses yang mengandungi elemen asas seperti pengawal elemen kawalan terakhir, proses dan sukatan. masukan Isyarat ralat (e) keluaran Pengawal Proses Sukatan Gambarajah blok sebuah gelung kawalan proses Masukan / Rujukan: Isyarat yang disuap kepada sistem dan dikenali juga sebagai rujukan atau titik set. Isyarat Ralat: Perbezaaan di antara isyarat masukan dan isyarat suapbalik / keluaran. Pengawal: Peranti yang mengawal proses sesuatu sistem dan bertindak terhadap isyarat ralat untuk mengurangkan ralat bagi mengeluarkan keluaran seperti yang dikehendaki. Proses: Satu proses yang berterusan yang terdiri daripada pergerakan-pergerakan yang dikawal secara sistematik untuk menghasilkan keputusan yang tertentu. Keluaran: Biasanya terdiri daripada pembolehubah seperti suhu, tekanan, halaju dan lain-lain. Elemen Pengukuran / Sukatan: Peranti yang digunakan untuk mengukur isyarat keluaran. _______________________________________________________________________________________________
  15. 15. E4141 PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN E4141 / UNIT 1 / 15 _______________________________________________________________________________ PERBEZAAN ANTARA SISTEM KAWALAN GELUNG TERBUKA DAN GELUNG TERTUTUP Sistem Kawalan Gelung Buka 1 2 3 Sistemnya mudah Ketepatannya ditentukan dengan penentukuran (calibration) elemennya Sistem tidak mempunyai masalah dengan ketidakseimbangan Sistem Kawalan Gelung Tertutup Pembinannya lebih komnplek Ketepatannya lebih tinggi Ketidak linearan dapat dikurangkan PENGGUNAAN SISTEM a) Gelung terbuka I. Mesin basuh II. pemanas III. Lampu dll b) Gelung tertutup i. lampu trafik ii. Pendingin udara iii. saterika _______________________________________________________________________________________________
  16. 16. E4141 PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN E4141 / UNIT 1 / 16 _______________________________________________________________________________ AKTIVITI Uji kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya. Sila semak jawapan anda pada yang disediakan. 1.7 Berdasarkan rajah di bawah, tentukan parameter yang mewakili proses, pembolehubah dinamik dan penyuaitepat. masukan Kaca penglihatan keluaran Tinggi paras cecair, T injap keluaran 1.8 Nyatakan dan terangkan dengan ringkas tiga istilah penting yang digunakan dalam pengawalan. 1.9 Nyatakan tujuan gambarajah blok. 1.10 Lukiskan gambarajah blok kawalan proses yang mengandungi pengawal, proses, sukatan, masukan, keluaran dan ralat. 1.11 Berdasarkan gambarajah dibawah huraikan proses kawalan yang berlaku serta lukiskan gambarajah blok bagi sistem tersebut _______________________________________________________________________________________________
  17. 17. E4141 PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN E4141 / UNIT 1 / 17 _______________________________________________________________________________ MAKLUM BALAS Injap pneumatik pengawal masukan pelampong keluaran 1.7 i. Proses - cecair, tangki, cecair masukan dan cecair keluaran. ii. Pembolehubah dinamik – tinggi paras cecair, T iii. Penyuaitepatan – kotak kaca penglihatan 1.8 a. Sukatan – merupakan pembolehubah dinamik yang diukur dan dibandingkan dengan titik set. b. Penilaian – mengandungi satu perbandingan di antara titik set dengan nilai yang diukur. c. Elemen kawalan – mempunyai tujuan untuk menetapkan perubahan yang berlaku dan mengembalikan nilai pembolehubah ke titik set. AKTIVITI 1e 1.9 i. Untuk membolehkan sistem kawalan proses boleh dianalisa sebagai suatu interaksi di antara sistem-sistem yang lebih kecil dan mudah. ii. Untuk memudahkan rekaan sistem-sistem kecil (subsistem) bila ciri keseluruhan sistem diketahui. 1.10 _______________________________________________________________________________________________
  18. 18. E4141 PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN E4141 / UNIT 1 / 18 _______________________________________________________________________________ masukan Isyarat ralat (e) Keluaran Pengawal Proses Sukatan 1.11 Dalam sistem di atas pengawal akan mengimbangkan paras cecair dalam tangki dengan membandingkan paras cecair tersebut dengan masukan dan membetulkan sebarang ralat dengan mengawal bukaan injap pneumatik. Berikut adalah gambarajah blok bagi pengawal tersebut: Nilai seben ar Nilai dikehendaki Pengawal Injap pneumatik Injap pneumatik Air tangki Pelampung _______________________________________________________________________________________________
  19. 19. E4141 PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN E4141 / UNIT 1 / 19 _______________________________________________________________________________ INPUT 1.7 KAWALAN PROSES GELUNG TERBUKA DAN GELUNG TERTUTUP Pengkajian yang dilakukan di dalam bidang kejuruteraan kawalan membolehkan sistem kawalan diklasifikasikan kepada dua. a. Sistem kawalan gelung terbuka b. Sistem Kawalan gelung tertutup Sistem Kawalan Gelung Buka. Sistem di mana keluarannya tidak memberikan kesan ke atas tindakan kawalan di namakan sistem kawalan gelung buka. Dengan lain perkataan, tindakan kawalan bagi sesuatu sistem tidak bergantung kepada keluarannya. masukan SISTEM keluaran Sistem Kawalan Gelung Tertutup. Sistem kawalan suapbalik seringkali dirujuk sebagai sistem kawalan gelung tertutup. Dalam keadaan praktik, istilah kawalan suapbalik dan kawalan gelung tertutup sering digunakan bertukar ganti. pembanding masukan i. keluaran E(s) + SISTEM - Gelung suapbalik _______________________________________________________________________________________________
  20. 20. E4141 PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN E4141 / UNIT 1 / 20 _______________________________________________________________________________ Terdapat DUA (2) jenis gelung suapbalik iaitu: i. Suapbalik positif ii. Suapbalik negatif Contoh : Gambarajah blok sebuah sistem gelung tertutup suapbalik negatif. pembanding masukan keluaran E(s) + R(s) G(s) C(s) H(s) Gambarajah blok sebuah gelung kawalan proses Keluaran C(s) didapati dengan mendarab masukan ,E(s) dengan G(s). Manakala E(s) didapati dengan mendapatkan perbezaan di antara masukan, R(s) dengan hasil darab keluaran dan gandaan tetap, H(s). C(s) = E(s) G(s) …………………… (i) E(s) = R(s) – C(s)H(s)………………. (ii) Masukan (ii) ke dalam (i) C(s) = [R(s) – C(s) H(s) ]G(s) C(s) = R(s)G(s) – C(s) H(s) G(s) C(s)[ 1 + H(s) G(s)] = R(s) G(s) C(s) R(s) = G(s) 1 + H(s) G(s) C(s)/R(s) adalah fungsi pemindahan sistem gelung tertutup dengan suapbalik negatif. _______________________________________________________________________________________________
  21. 21. E4141 PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN E4141 / UNIT 1 / 21 _______________________________________________________________________________ Contoh: Gambarajah 1.4.1 menunjukkan gambarajah skematik sebuah sistem kawalan suhu automatik. Lukiskan gambarajah bloknya. Titik set Pengawal masukan keluaran jangkasuhu pemanas GAMBARAJAH 1.4.1 Untuk mendapatkan gambarajah blok; Pertama kita mesti mengetahui pembolehubah dinamik sistem misalnya, bagi proses di atas ialah suhu. Suhu disukat oleh jangkasuhu rintangan dan nilainya diubahsuai oleh tranducer kepada nilai rintangan. Nilai rintangan ini dimasukkan ke titik perbandingan. Kemudian nilai rintangan titik set dan nilai yang disukat dibandingkan. Perbezaan yang didapati dari bandingan ini dinamakan isyarat ralat. Isyarat ralat disampaikan ke pengawal yang menentukan tindakan elemen kawalan terakhir iaitu pemanas. Pemanas akan mengawal suhu cecair mengikut isyarat yang diterima dari pengawal suhu. Keluaran Tranducer STS Pengawal Proses Sukatan Gambarajah blok bagi sistem kawalan automatik Nota: Mulai sekarang apabila istilah pembolehubah digunakan, ia akan membawa erti pembolehubah dinamik dan istilah ralat akan membawa erti isyarat ralat. _______________________________________________________________________________________________
  22. 22. E4141 PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN E4141 / UNIT 1 / 22 _______________________________________________________________________________ AKTIVITI Uji kefahaman anda sebelum meneruskan ke INPUT selanjutnya. Sila semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan. 1.12 Item ini terdiri daripada peralatan yang digunakan seharian. Sila nyatakan samada peralatan tersebut menggunakan sistem kawalan gelung terbuka atau gelung tertutup. 1. 2. Mesin basuh 3. Pembakar roti 4. Seterika elektrik 5. Pendingan udara 6. Pam tandas 7. Sistem kawalan kapalterbang 8. Pendarat kapalterbang secara automatik 9. 1.13 Cerek elektrik kawalan radar dan meriam Buktikan nisbah keluaran terhadap masukan bagi gambarajah blok di bawah adalah J(s) T(s) = G(s) 1 – G(s)H(s) pembanding masukan T(s) keluaran E(s) + G(s) J(s) H(s) _______________________________________________________________________________________________
  23. 23. E4141 PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN E4141 / UNIT 1 / 23 _______________________________________________________________________________ 1.14 Gambarajah dibawah menunjukkan gambarajah blok bagi sistem bersuapbalik negatif. Labelkan isyarat masukan (r), isyarat ralat (e), isyarat keluaran (c) , isyarat suapbalik (b) dan G dan H adalah gandaan tetap. _______________________________________________________________________________________________
  24. 24. E4141 PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN E4141 / UNIT 1 / 24 _______________________________________________________________________________ MAKLUM BALAS 1.12 1. Gelung terbuka 2. Gelung terbuka 3. Gelung terbuka 4. Gelung terbuka 5. Gelung tertutup 6. Gelung tertutup 7. Gelung tertutup 8. Gelung tertutup 9. Gelung tertutup 1.13 J(s) = E(s) G(s) …………………… (i) E(s) = R(s) – J(s)H(s)………………. (ii) Masukan (ii) ke dalam (i) J(s) = [T(s) – J(s) H(s) ]G(s) J(s) = T(s)G(s) – J(s) H(s) G(s) J(s)[ 1 + H(s) G(s)] = T(s) G(s) J(s) T(s) = G(s) 1 + H(s) G(s) _______________________________________________________________________________________________
  25. 25. E4141 PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN E4141 / UNIT 1 / 25 _______________________________________________________________________________ INPUT 1.8 SISTEM KAWALAN AUTOMATIK Sistem kawalan automatik ialah satu sistem kawalan di mana nilai pembolehubah yang dikawal seperti suhu, tekanan, kadar aliran, paras dan lain-lain dibandingkan dengan nilai titik set pembolehubah. Kemudian gerakan pembetulan diambil supaya ralat dikecilkan. Dalam keseluruhan sistem ini manusia tidak campur tangan. Semua sistem kawalan automatik adalah sistem gelung tertutup yang mempunyai suapbalik (feedback). Kegunaan sistem kawalan automatik semakin meluas di dalam industri dan mempunyai banyak kebaikan. Di antaranya ialah: I. Mengurangkan kos pengeluaran dengan mengurangkan bilangan pekerja. II. Menghasilkan keluaran yang bermutu tetap. III. Meninggikan kadar pengeluaran dan kecekapan. IV. Boleh digunakan di tempat yang merbahaya dan yang tidak boleh dicapai oleh manusia seperti di dasar laut, planet dan sebagainya. V. Komputermikro yang murah boleh digunakan dalam pross kawalan automatik. VI. Memberikan kesenangan serta kemudahan kepada manusia seperti mesin basuh automatik, penghawa dingin dan lain-lain. _______________________________________________________________________________________________
  26. 26. E4141 PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN E4141 / UNIT 1 / 26 _______________________________________________________________________________ AKTIVITI Uji kefahaman anda sebelum meneruskan ke INPUT selanjutnya. Sila semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan. 1.15 Berikan difinisi sistem kawalan automatik. 1.16 Nyatakan kebaikan dan keburukan sistem kawalan automatik. 1.17 Senaraikan EMPAT (4) sistem kawalan automatik yang digunakan didalam sektor perindustrian. _______________________________________________________________________________________________
  27. 27. E4141 PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN E4141 / UNIT 1 / 27 _______________________________________________________________________________ MAKLUM BALAS 1.15 Sistem kawalan automatik ialah satu sistem kawalan di mana nilai pembolehubah yang dikawal seperti suhu, tekanan, kadar aliran, paras dan lain-lain dibandingkan dengan nilai titik set pembolehubah. 1.16 Kebaikan dan keburukan sistem kawalan automatik 1 2 3 KEBAIKAN Mengurangkan kos pengeluaran dengan KEBURUKAN Mengurangkan peluang pekerjaan kepada mengurangkan bilangan pekerja. Menghasilkan keluaran yang bermutu manusia. tetap. Meninggikan kadar pengeluaraan dan Kos penyelenggaraan yang tinggi. kecekapan. 1.17 1. pengawalan mutu barang-barang buatan kilang 2. pengautomatan 3. pengawalan sistem memesin 4. sistem berkomputer 5. sistem pengangkutan 6. teknologi moden bagi angkasa 7. sistem senjata moden 8. robotik 9. sistem pembuatan PENILAIAN KENDIRI _______________________________________________________________________________________________
  28. 28. E4141 PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN E4141 / UNIT 1 / 28 _______________________________________________________________________________ ANDA telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan. Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat mencuba semoga BERJAYA!!!. Arahan : Jawab semua soalan 1. Apakah yang dimaksudkan dengan Sistem Kawalan Suapbalik? 2. Nyatakan 2 (DUA) jenis Sistem Kawalan Suapbalik. 3. Dengan bantuan gambarajah, lukis dan labelkan gambarajah blok sistem kawalan suapbalik positif dan sistem kawalan suapbalik negatif R(s) + _ _ G1(s) C(s) H1(s) H2(s) 4 Dapatkan rangkap pindah keseluruhan bagi gambarajah blok di atas dengan menggunakan teknik pengurangan rajah blok. _______________________________________________________________________________________________
  29. 29. E4141 PENGENALAN KEPADA SISTEM KAWALAN E4141 / UNIT 1 / 29 _______________________________________________________________________________ MAKLUM BALAS KENDIRI 1. Sistem kawalan suapbalik ialah suatu sistem di mana keluarannya akan disuapbalik bagi tujuan perbandingan jika terdapat sebarang perubahan pada prosesnya. 2. i. Gelung tertutup ii. Gelung terbuka. 3 pembanding masukan keluaran E(s) + R(s) C(s) PROSES + SUAPBALIK Gambarajah blok suapbalik positif pembanding masukan keluaran E(s) + R(s) C(s) PROSES SUAPBALIK Gambarajah blok suapbalik positif 4. R(s) G1H1 C(s) 1 + G H1 H2 C(s) / R(s) = G1H1 / (1 + G H1 H2) _______________________________________________________________________________________________

×