Struktur jantung dan peredaran darah dalam

4,740 views

Published on

  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Struktur jantung dan peredaran darah dalam

  1. 1. Anatomi telinga dibahagi kepada 3 bahagian, iaitu telinga luar, tengah dan dalam. Telinga mempunyaidwi fungsi iaitu sebagai indera pendengaran dan sebagai alat bantu keseimbangan tubuh badan. Sebagaiindera pendengaran, telinga sangat penting dalam proses pembelajaran pertuturan/bahasa. Seoranganak bahkan sejak dari dalam kandungan menggunakan indera pendengaran untuk belajar hal-hal barudari dunia luar. Gangguan pada pendengaran jika terjadi sejak lahir akan mempengaruhi padakemampuan berbahasa seseorang, sehingga seorang yang tuli dari lahir biasanya juga menderita tidakdapat bertutur ; kerana dia memang belum pernah mendengarkan bagaimana sebenarnya sebuah katadiucapkan.Anatomi telinga manusiaSetiap vertebrata (mahluk hidup bertulang belakang) memiliki sepasang telinga yang letaknyaberlawanan yang berfungsi untuk menangkap gelombang suara untuk selanjutnya diteruskan ke otakmelalui susunan saraf yang menghubungkan telinga ke otak iaitu nervus vestibulokoklearis. Dan sebagaialat keseimbangan dan untuk mengetahui posisi tubuh. Secara anatomi, telinga manusia dibezakanmenjadi tiga bahagian sebagai berikut :1. Anatomi telinga luar manusiaTelinga luar manusia terdiri dari daun telinga, lubang telinga luar dan saluran telinga luar (liang telinga).Bentuk dan susunan daun telinga yang komplek berfungsi untuk menangkap dan mengarahkangelombang suara menuju liang telinga yang akan ditangkap oleh gendang telinga (membran timpani).2. Anatomi telinga tengah manusiaTelinga tengah terdiri dari gegendang telinga (membran timpani), tulang pendengaran (tulang martil,tulang landasan dan tulang sanggurdi). Getaran suara yang diterima gendang telinga akan diteruskanoleh tulang pendengaran, iaitu dari tulang martil ke tulang landasan dan terakhir ke tulang sanggurdiyang merupakan tulang pendengaran terkecil. Dari tulang sanggurdi, getaran akan diteruskan ke kokleaatau rumah siput. Dalam keadaan normal, ruang pada telinga tengah berisi udara yang tidakberhubungan langsung dengan udara luar. Saluran yang menghubungkan udara di telinga tengah adalahsaluran eustasia yang menghubungkan telinga tengah ke faring. Saluran eustsia akan tertutup danterbuka pada saat manusia mengunyah dan menguap. Ini adalah mekanisme untuk menyamakantekanan udara di luar dan di dalam telinga tengah.3. Anatomi telinga dalam manusiaA. Organ PendengaranTelinga dalam terdiri atas labirin osea atau labirin tulang iaitu sebuah rangkaian rongga pada tulangpelipis yang dilapisi periosteum yang berisi cairan perilimfe dan labirin membranasea, yang terletak lebihdalam dan memiliki cairan endolimfe.Di depan labirin terdapat koklea (rumah siput) . Penampang melintang koklea terdiri daripada tigabahagian iaitu skala vestibuli, skala media dan skala timpani. Bahagian dasar dari skala vestibuli
  2. 2. berhubungan dengan tulang sanggurdi melalui tingkap berselaput yang disebut tingkap oval, sedangkanskala timpani berhubungan dengan telinga tengah melalui tingkap bulat.Bahagian atas skala media dibatasi oleh membran vestibularis atau membran Reissner dan sebelahbawah dibatasi oleh membran basilaris. Di atas membran basilaris terdapat organo corti yang berfungsimengubah getaran suara menjadi impuls. Organo corti terdiri dari sel rambut dan sel penyokong. Di atassel rambut terdapat membran tektorial yang terdiri dari gelatin yang lentur, sedangkan sel rambut akandihubungkan dengan bahagian otak dengan saraf vestibulokoklearis.B. Organ KeseimbanganSelain bahagian pendengaran, bahagian telinga dalam terdapat Indra Pengatur Keseimbangan atauorgan Vestibular. Bahagian ini secara strukturnya terletak di belakang labirin yang membentuk strukturutrikulus dan sakulus serta tiga saluran setengah lingkaran atau Saluran Gelung atau semisirkular.Kelima bahagian ini berfungsi mengatur keseimbangan tubuh dan memiliki sel rambut yang akandihubungkan dengan bahagian keseimbangan dari saraf pendengaran.Setelah mengetahui begitu rumit dan luar biasanya ciptaan dan rekabentuk anatomi telinga, sudahsemestinya kita sebagai manusia selalu bersyukur akan nikmat Allah SWT yang di anugerahkan padasetiap manusia seperti salah satunya adalah nikmat pendengaran
  3. 3. Alat pancaindera penglihatan pada manusia adalah mata. Indera penglihat (mata) disebut jugafotoreseptor kerana mata sangat peka terhadap rangsangan cahaya. Mata memiliki sejumlah reseptorkhusus untuk mengenali perubahan sinar dan warna. Selain itu terdapat alat tambahan yang terdiri dari:Alis mataBulu mataOtot penggerak bola mataKelopak mataKelenjar air mataAlis mataTerdiri dari rambut kasar melintang di atas mata, berfungsi untuk mempercantik wajah dan melindungimata dari peluh yang mengalir dari dahi.Bulu mataMerupakan barisan rambut yang terdapat pada hujung kelopak mata, berfungsi melindungi bola matadari masuknya debu dan partikel. Pada bulu mata terdapat kelenjar sebasea(kelenjar minyak) yangdisebut kelenjar zeis, terletak pada akar bulu mata. Infeksi pada kelenjar sebasea disebut bintik(hordeolum).Otot penggerak bola mata pada setiap mata terdapat enam otot lurik yang menghubungkan bola matadengan tulang di sekitarnya. Otot ini berfungsi untuk menggerakkan bola mata, sehingga mata dapatmengerling ke kanan, kiri, atas, dan bawah. Gerakan bola mata berada di bawah kesedaran.Kelopak mataKelopak mata terdiri dari dua bahagian iaitu pada kelopak mata atas dan kelopak mata bawah yangberfungsi melindungi bola mata dari kerosakan. Mulai dari dalam menuju ke arah luar, kelopak mataterdiri atas lima lapis, iaitu:1. konjungtiva, adalah selaput lendir yang melapisi bahagian dalam kelopak mata dan melapisi jugapermukaan bola mata.2. Kelenjar meibomian yang dapat menghasilkan lemak untuk mencegah pelekatan kedua kelopak mata.3. Lapisan tarsal, iaitu lapisan jaringan ikat yang kuat untuk menunjang kelopak mata.4. Otot orbikularis okuli, iaitu otot yang berfungsi menutup bola mata.5. Jaringan ikat.Kelenjar Air MataPada indera penglihatan kita di dalamnya terdapat Kelenjar air mata (Aparatus lakrimalis).Kelenjar air mata letaknya di sudut lateral atas pada rongga mata, dan berfungsi untuk menghasilkan air
  4. 4. mata. Dari kelenjar ini keluar kurang lebih dua belas duktus lakrimalis, yaitu saluran-saluran yangmengalirkan air mata menuju ke konjungtiva kelopak mata atas.Bola MataBola mata manusia berdiameter kira-kira 2,5 cm dengan 5/6 bagian nya terbenam dalam rongga matadan hanya 1/6 bagiannya saja yang tampak dari luar dengan bagian depan yang bening. Bola matabagian luar tersusun atas lapisan jaringan ikat yang berwarna putih dan kuat yang disebut sklera danlapisan dalam mempunyai pigmen tipis dan banyak pembuluh darah yang disebut koroid.SkleraDipermukaan sklera terdapat sel-sel epitel yang membentuk membran mukosa dan berfungsi untukmempertahankan mata agar tetap lembab. Pada bagian depan sklera terdapat selaput yang transparan(tembus cahaya) yang disebut kornea, dan berfungsi untuk memfokuskan cahaya yang masuk kedalammata. Kornea dilindungi oleh selaput yang disebut konjungtiva, kornea tidak mengandung pembuluhdarah tetapi banyak mengandung serabut saraf.KoroidKoroid yaitu lapisan tipis yang dibentuk oleh jaringan ikat yang mengandung banyak pembuluh darahdan sejumlah sel pigmen. Dengan adanya pembuluh darah koroid ini berperan sebagai penyuplaimakanan kelapisan retina mata. Koroid terletak sebelah dalam sklera, bagian belakang lapiasan mata iniditembus oleh saraf optik (saraf otak II).IrisIris merupakan selaput yang menggantung diantara lensa dan kornea.Iris dikenal sebagai selaputpelangi dan berperan mengatur banyak sedikitnya cahaya yang masuk ke dalam bola mata. Pengaturanini berlangsung diluar kesedaran kita (otonom). Lubang bulat ditengah iris di sebut pupil. Didalamnyaterdapat otot dilator pupil yang berfungsi untuk memperkecil diameter pupil. Iris banyak mengandungpembuluh darah dan pigmen, jumlah pigmen akan menentukan warna mata. Bila tidak ada pigmen makamata kita akan berwarna merah. Jika ada sedikit pigmen maka mata kita akan berwarna biru. Jikajumlah pigmennya bertambah maka mata kita akan berwarna abu-abu, coklat, atau hitam.RetinaRetina merupakan lapisan terdalam dari bola mata. Retina terdiri dari tiga lapisan neuron yaitu:Lapisan sel batang dan sel kerucut.Lapisan neuron bipolar.Lapisan neuron ganglion.
  5. 5. Sel batang dan sel kerucut merupakan reseptor yang sensitif terhadap cahaya. Sel batang digunakanuntuk melihat pada cahaya remang-remang (cahaya redup) atau melihat bayangan. Sedangkan selkerucut digunakan untuk melihat pada cahaya terang atau warna. Sel kerucut banyak terdapat padafovea centralis yaitu suatu lekukan pada bintik kuning (macula lutea) yang terletak tepat pada sumbupenglihatan mata. Impuls sel batang dan sel kerucut akan menjalar melalui sinaps ke neuron bipolar,kemudian ke neuron ganglion. Akson dari neuron ganglion akan membentuk seberkas saraf, yaitu sarafotak II yang akan menembus koroid dan sklera optikus. Sklera optikus tidak mengandung sel batangmaupun sel kerucut, sehingga apabila tidak ada cahaya yang jatuh pada sklera optikus maka mata kitatidak dapat melihat apa-apa, bagian ini disebut bintik buta. Sedangkan bayangan benda terbentuk padabintik kuning dari retina.LensaMataLensa mata terletak dibelakang pupil dan iris, berbentuk cembung, bersifat transparan, serta dikelilingioleh jaringan yang mengikatnya ( ligamentum suspensorium). Lensa mata terdiri atas lapisan seratprotein. Apabila lensa mata menjadi keruh maka akan mengganggu penglihatan, ini disebut katarak.Lensa mata membagi mata menjadi dua ruangan yaitu ruang antara kornea dengan lensa (ruang muka),dan ruang belakang lensa (ruang belakang). Kedua ruang tersebut berisi cairan kental dan transparanseperti jeli. Ruang muka berisi aqueous humor, yang berfungsi menjaga bola mata serta memberi nutrisiuntuk kornea dan lensa. Sedang ruang belakang berisi vitreus humor, yang berfungsi untuk menyokongstruktur lensa dan bola mata.Tahap-tahap terbentuknya bayangan pada mataMata kita dapat melihat suatu benda bila menerima cahaya. Adapun tahap-tahap terbentuknya bayanganpada mata adalah : cahaya masuk ke dalam mata melalui lubang pupil, pertama cahaya menembuskornea, aqueous humor, lensa, dan viterus humor sehingga bayangan jatuh tepat pada retina. Kemudianretina membentuk impuls yang dijalarkan ke saraf otak II , lalu ke otak untuk di interpretasikan sebagaipenglihatan
  6. 6. HidungHidung terdiri daripada bahagian luaran (eksternal) dan dalaman (internal). Bahagian eksternal terdapatdipermukaan muka dan terdiri daripada rangka penyokong yang dibentuk oleh tulang dan rawan. Rangkahidung diliputi oleh kulit dan permukaan dalamnya dilapisi oleh membran mukus. Di bawah hidungterdapat dua pembukaan yang disebut lubang hidung atau nares eksternal. Bahagian internal hidungterdiri daripada kaviti yang besar di tengkorak terletak atas dari mulut dan di antara dua kaviti orbit.Bahagian dalam hidung eksternal dan internal dibahagikan kepada bahagian kanan dan kiri olehpembahagi vertikal yang dikenali sebagai septum hidung. Setiap kaviti hidung mempunyai atap, lantai,dinding lateral dan dinding medial (septum hidung). Kaviti hidung membuka di anterior melalui lubanghidung. Posterior, kaviti ini berhubung dengan farinks melalui pembukaan hidung internal.Fungsi HidungBulu hidung di dalam kaviti hidung menapis debu dan mikroorganisma dari udara yang masuk danlapisan mukus yang memerangkapnya. Bekalan darah yang banyak ke membran mukus membantumengawal udara yang masuk menjadi hampir sama dengan suhu badan di samping melembabkannya.Selain itu hidung juga berfungsi sebagai organ untuk membau kerana reseptor bau terletak di mukosabahagian atas hidung. Hidung juga membantu menghasilkan dengungan (fonasi)
  7. 7. Peredaran darah dalam jantung 1. Darah terdeoksigen dari semua bahagian badan mengalir balik ke atrium kanan jantung melalui vena kava.
  8. 8. 2. Apabila atrium kanan mengecut, darah dipamkan ke dalam ventrikel kanan. Injap trikuspid tertutup untuk menghalang darah daripada mengalir balik ke atrium kanan.3. Ventrikel kanan kemudiannya mengecut dan darah terdeoksigen didesak keluar melalui arteri pulmonari ke paru paru. Injap sabit di pangkal arteri pulmonari tertutup untuk menghalang pengaliran balik darah ke dalam ventrikal kanan.4. Darah beroksigen dari peparu dibawa balik ke atrium kiri melalui vena pulmonari.5. Apabila atrium kiri mengecut, darah mengalir masuk ke ventrikel kiri. Injap bikuspid tertutup menghalang pengaliran balik darah ke atrium kiri.6. Darah beroksigen didesak keluar melalui aorta ke semua bahagian badan kecuali peparu apabila ventrikel kiri mengecut.7. Injap sabit di pangkal aorta akan tertutup untuk menghalang pengaliran balik darah dalam aorta ke dalam ventrikel kiri. Perentak ialah sekumpulan gentian kardium halus di dalam dinding atrium kanan yang menjanakan impuls untuk memulakan pengecutan jantung. Perentak menerima dua saraf dari otak, iaitu saraf simpatetik yang meningkatkan kadar denyutan jantung dan saraf parasimpatetik yang menurunkan kadar denyutan jantung. Denyutan jantung terdiri daripada fasa sistol dan fasa diastol. Sistol merujuk kepada pengecutan otot jantung manakala diastol merujuk kepada pengenduran otot jantung. Setiap denyutan jantung diiringi oleh bunyi “lub-dup”. Bunyi “lub” disebabkan oleh penutupan injap bikuspid dan trikuspid, manakala bunyi “dup” disebabkan oleh penutupan injap-injap sabit

×