Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Pengenalan globalisasi pendidikan

8,117 views

Published on

  • Be the first to comment

Pengenalan globalisasi pendidikan

  1. 1. PENGENALAN Globalisasi merujuk kepada satu cara hidup dunia tanpa sempadan dan salingberkaitan antara satu sama lain. Walaupun secara umumnya globalisasi itu lebihmemberi kesan kepada ekonomi dunia, namun bidang lain seperti pendidikan tidakterkecuali. Globalisasi merupakan suatu proses menyingkirkan batasan atau sekatankerajaan mengenai pergerakan antara negara supaya mewujudkan satu ekonomi duniayang terbuka dan tanpa sempadan, Scholte (2000). Dalam konteks ini, globalisasi menuntut semua negara dan penduduk beradapada landasan yang sama tanpa mengira bangsa, warna kulit, agama, status dan latarbelakang dan sebagainya untuk bersaing secara adil dalam apa jua bidang. Walaupunglobalisasi membawa faedah kepada setiap negara, kesan globalisasi amat dirasai olehnegara-negara sedang membangun dan yang mundur kerana negara yang maju akanberkembang lebih pesat lagi manakala negara lain masih belum bersedia untukbersaing secara adil dengan mereka. Lantaran itu, pendidikan merupakan bidang yangakan menerima kesa atau impak yang terus dari era globalisasi kerana pendidikanberkaitan dengan pembangunan sumber manusia yang amat dipengaruhi olehpersekitarannya, Rancangan Malaysia Kesembilan (2006). Menurut Kamus Dewan globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yangmenjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasanperkembangan teknologi maklumat. Manakala falsafah barat mentakrifkan globalisasisebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspekkehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umatmanusia di dunia ini. Ini bermakna segala galanya menjadi milik bersama dalam konsepdunia tanpa sempadan. Dalam era globalisasi ini, dunia semakin dikecilkan ruangnya daripada yang asal.Jika dulu dunia ini seluas saujana mata memandang dan dipagari dengansempadan -sempadan namun kini ia tidak berlaku lagi. Malah pada hari ini kita telahdapat merasakan apakah dia itu globalisasi.
  2. 2. Globalisasi juga bermaksud suatu proses yang membolehkan sesuatu aktivitidisebar atau diperluaskan ke peringkat antarabangsa atau ke seluruh dunia melaluikemudahan sistem komunikasi. Globalisasi boleh definisikan sebagai suatu usahamensosialisasikan pola atau sistem tertentu yang dimiliki oleh sesuatu negara ataukelompok sehingga menembusi seluruh dunia. Cendekiawan barat pula mentakrifkanglobalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumisegala aspek kehidupan yang juga dikenali sebagai „dunia tanpa sempadan‟(borderless world), suatu fenomena tatacara baru dalam mewujudkan ciri-ciripenyejagatan . Dunia mahu dijadikan suatu pentas kecil supaya mudah terjangkaudalam waktu yang singkat hasil perkembangan mendadak teknologi maklumat yangmenggunakan media komunikasi seperti Internet, media elektronik, dan teknologi siber.Penyebaran ini banyak meliputi aspek ekonomi, kebudayaan, teknologi, politik, dansosial. P. Kotter (1995) mendeskripsikan globalisasi sebagai, "...the product of manyforces, some of which are political (no major was since 1945), some of which aretechnological (faster and cheaper transportation and communication), and some ofwhich are economic (mature firms seeking growth outside their national boundaries).Manakala, R. Robertson (1992), merumuskan globalisasi sebagai:"... the compressionof the world and the intensification of consciousness of the world as a whole." Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu unityang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara.Globalisasi juga dilihat sebagai suatu himpunan proses pengaliran global berbagai-bagai jenis objek yang melibatkan pelbagai bidang aktiviti manusia. Objek yang diglobalisasi boleh jadi fizikal atau bukan fizikal. Pendidikan, mengikut pandangan umum,ialah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan ilmu,kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Globalisasi membawa bersamanyapelbagai implikasi kepada pendidikan negara. Antaranya ialah kesan-kesan positif danjuga kesan negatif globalisasi terhadap pendidikan negara. Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu unityang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara.
  3. 3. Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udaradan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumatyang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet,media elektronik dan teknologi siber. Perkembangan ini memungkinkan perhubungan diantara sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusiadapat dilakukan dalam tempoh yang singkat. Takrifan pendidikan juga amat penting supaya kita dapat memahami denganlebih lanjut serta mendalam dengan tajuk yang ingin diselami. Pendidikan, mengikutpandangan umum, ialah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan danperkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Pengertian bagipendidikan pula mempunyai perbezaan bagi setiap individu. Dapat diberikan contohpengertian daripada tokoh-tokoh falsafah iaitu Plato yang telah memberikan takrifanpendidikan sebagai suatu proses untuk membentuk individu yang berakhlak mulia.Beliau telah menyokong pendapat Socrates bahawa tujuan pendidikan ialahmemberikan latihan moral kewarganegaraan yang baik. Pendidikan di Malaysia pula merupakan suatu usaha berterusan ke arahmemperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untukmewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani,intelek, dan sosial berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagimelahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlakmulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri sertamemberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.Oleh yang demikian, globalisasi turut memainkan peranan dalam dunia pendidikansecara langsung melalui perpindahan nilai pengetahuan hasil ledakan teknologimaklumat yang pesat. Hal ini adalah menjadikan Malaysia sebagai pusatkecemerlangan pendidikan seiring dengan negara maju seperti Amerika Syarikat,United Kingdom dan Australia yang amat menitikberatkan pembangunan danperkembangan bidang pendidikan. Ilmu pengetahuan memainkan peranan utamasebagai jentera pembangunan negara. Justeru, globalisasi meninggalkan kesan ke ataspendidikan negara dan mempunyai cabaran dalam merealisasikannya.
  4. 4. Globalisasi merubah struktur pendidikan. Sistem pendidikan yang bercorak rigidatau berpusat yang menggunakan bahan konkrit semata-mata tidak lagi digunakan.Bahan-bahan seperti ini tidak dapat merangsang minda pelajar untuk terus mendalamiilmu. Pembelajaran kini menggunakan pendekatan teknologi siber melalui ProgramPembestarian ICT Sekolah. Penggunaan perisian multimedia, Internet, dan e-melsecara inkuiri penemuan lebih memberangsangkan para pelajar. Perisian multimediamenggabungkan penggunaan visual, audio, dan effect mampu memberikan gambaranpelajaran yang jelas walaupun dengan hanya menggunakan teori. Penggunaan Internetpula menyaksikan lambakan maklumat yang boleh diperoleh pelajar daripada jurnal,laman forum, ensiklopedia, dokumen, dan persembahan elektronik dengan hanyamenekan kata kunci untuk mencarinya. Semua maklumat berada di hujung jari.Maklumat juga boleh dikongsi dengan menggunakan e-mel dengan kos yang rendah.Oleh yang demikian, pelajar dapat menerokai sesuatu ilmu dengan lebih mendalam danberkesan dengan perubahan struktur pendidikan ini. Bekas Perdana Menteri kita, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah berkataketika membentang Rancangan Malaysia Kesembilan, “ Dalam konteks dunia global,modal insan bermutu tinggi satu keperluan, bukan lagi kemewahan. Pembangunanmodal insan dalam RMK-9 dirangka supaya bersifat holistik, menyeluruh danbersepadu”. Melalui ungkapan beliau itu, beliau amat berharap agar negara kita akanmencapai hasrat dan aspirasi dan seterusnya menyertai barisan negara majumenjelang 2020.

×