Pada abad ke 21, perkembangan mendadak teknologi maklumat telah menjadipemangkin utama proses mengglobalisasikan dunia. Gl...
Fenomena ini berlaku mencetuskan perasaan kebimbangan terhadap generasi pelajaryang baru mengenali dunia. Perkembangan ini...
Latar belakang globalisasi pendidikan
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Latar belakang globalisasi pendidikan

3,981 views

Published on

1 Comment
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
3,981
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
68
Comments
1
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Latar belakang globalisasi pendidikan

  1. 1. Pada abad ke 21, perkembangan mendadak teknologi maklumat telah menjadipemangkin utama proses mengglobalisasikan dunia. Globalisasi merujuk kepada satucara hidup dunia tanpa sempadan dan saling berkaitan antara satu sama lain.Walaupun secara umumnya globalisasi itu lebih memberi kesan kepada ekonomi dunia,namun bidang lain seperti pendidikan tidak terkecuali. Globalisasi merupakan satu proses yang membolehkan sesuatu aktiviti sepertiekonomi dan kebudayaan dan lain- lain disebarkan ke peringkat antarabangsaterutamanya melalui kemudahan sistem komunikasi, dasar terbuka dan sebagainya(Kamus Dewan). Ia terjadi apabila berlakunya perpindahan manusia, barang fizikalatauidea-idea antara negara (Orozco & Hilliard 2004). Maka, globalisasi boleh ditakrifkansebagai satu transisi untuk meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpadibatasi oleh sempadan atau kedudukan geografi sesebuah negara. Menurut O’Rourke dan Williamson (2000), kehadiran globalisasi kepada duniamemberi impak yang positif dalam bidang pendidikan. Hal ini dapat dilihat ketika itumasyarakat Scadinavian yang kurang berpengetahuan pada sekitar tahun 1870 hingga1913 terpaksa menerima perkembangan pendidikan yang dibawa oleh Amerika danBritain. Kedua-dua negara ini adalah negara yang terkehadapan dalam bidangpendidikan di mana mempunyai kepakaran, pengalaman dan kemahiran yang tinggi.Melalui peralihan pendidikan secara global ini, masyarakat Scadinavian terpaksahadapan. Akhirnya, masyarakat Scadanivian maju melalui kesan dari globalisasitersebut. Negara Malaysia merupakan sebahagian daripada komuniti kehidupan global.Realitinya, Malaysia juga menerima tempias hasil dari ledakan globalisasi. Selain darikesan yang positif seperti kebanjiran maklumat dan dunia tanpa sempadan, kesan yangburuk juga menimpa masyarakat di Malaysia seperti akses yang mudah kepada duniahiburan dan bahan porno menjadikan gejala negatif yang dominan di luar batasan moralmasyarakat setempat sukar dipintas dan ditapis (Habib & Megat 2001). Hal ini membericabaran yang besar kepada dunia Pendidikan Islam dalam mendidik masyarakatterutama para remaja yang mudah terpengaruh dengan budaya kuning.
  2. 2. Fenomena ini berlaku mencetuskan perasaan kebimbangan terhadap generasi pelajaryang baru mengenali dunia. Perkembangan ini telah mendorong para perancangkurikulum di kebanyakan negara terpaksa menyemak semula keberkesanan kurikulumsekolah untuk menghadapi pelbagai perubahan akibat pengaruh globalisasi tersebut(Habib & Megat 2001). Cabaran untuk membangunkan keseluruhan aspekkemanusiaan yang merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual sepertiyang terkandung di dalam FPK akan lebih mencabar di era globalisasi berbanding erasebelumnya.Orozco, M. S & Hilliard, D. B. 2004. Globalization: Culture and education in the new millenium.Berkeley: University of California Press.Mohd Aliff Mohd Nawi et.al 2011. Impak Globalisasi terhadap Pendidikan Islam Masa Kini. Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (Nun) Iv, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, SelangorHabib, M. S. & Megat, A. K. 2001. Globalisasi dan cabaran pendidikan di Malaysia.Masalah Pendidikan, 31(1): 91-101.

×