Perkembangan emosi kanak kanak

3,930 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
3,930
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
102
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Perkembangan emosi kanak kanak

  1. 1. NAMA : FARAH NAJWA BINTI ASRI MATRIK : A1002143 KOHORT : 9A (G3) Perkembangan Emosi Kanak-Kanak Peringkat Bayi (0-2 tahun). Sewaktu dilahirkan, emosi seseorangbayi merupakan kebangkitan perasaan yang dapat digambarkan melalui tindakan seperti ketawa atau menangis.Selepas itu, emosi bayi dapat dilahirkan melalui gerak badan, iaitu sebagai suatu reaksi kepada rangsangan.Ketika berumur tiga bulan emosi suka dan duka lebih jelas kelihatan. Apabila mencapai umur enam bulanperasaan duka bayi mengambil bentuk perasaan takut, jijik dan marah. Perasaan takut lebih merupakan perasaanyang dipelajarinya, terutamanya daripada ibu bapa, abang dan kakaknya. Bayi bergantung sepenuhnya kepadaorang lain untuk hidup. Bayi bukan sahaja bergantung kepada orang yang menjaganya untuk keperluan fisiologiseperti makan, rehat, keselesaan dan kemesraan, tetapi ia juga bergantung kepadanya sentuhan-sentuhan,pujukan dan interaksi manusia Peringkat Awal Kanak-Kanak (2-6 tahun) Tempoh masa awal kanak-kanak merupakan masamemperluaskan pandangan sosial. Kanak-kanak pada masa ini masih bergantung rapat kepada ibu, tetapi ayahjuga sudah mulai penting. Perhubungan kanak-kanak dengan keluarganya di peringkat ini sangat mempengaruhikebolehannya berhubung dengan individu dan kumpulan lain. Jika kanak-kanak itu merasai kasih sayang dansentiasa akan dikasihi maka ia lebih mudah dan lebih cepat berhubung dan berinteraksi dengan orang dewasalain dan kawan sebayanya. Jika kanak-kanak itu terlalu bergantung kepada orang lain atau merasa tidak selamatdan tenteram maka biasanya ia kan lebih sukar untuk bersosialisasi dengan orang lain. Seterusnya ialah di dalamperkembangan kanak-kanak pada masa ini ialah pembelajaran berhubung emosi dengan orang lain, selainkeluarganya. Kanak-kanak juga sudah mengetahui erti malu dan bersifat mengikut arah jantina mereka. Apabilamenjelang akhir tempoh masa awal kanak-kanak, kanak-kanak tersebut telah memperolehi beberapa kebebasanyang tertentu. Ia sudah mula menerima tanggungjawab untuk tingkah lakunya sendiri dan telah menjelaskankonsep betul dan salah bagi dirinya sendiri serta membentuk kata hati. Pada peringkat ini emosi kanak-kanak dinyatakan dengan kuat dan keras. Ini jelas dilihat apabilamereka tidak dapat sesuatu yang dikehendaki.Begitu juga apabila mereka letih atau lapar, emosi marah akanjelas kelihatan. Kanak-kanak pada peringkat ini juga agak imaginatif. Misalnya, mereka menggambarkanadanya hantu di tempat yang gelap.Ini menyebabkan mereka berasa takut yang kadangkala disebabkan olehpemikiran yang tidak rasional. Peringkat Akhir Kanak-Kanak (7-12 tahun) Pada peringkat ini kanak-kanak mempunyai ciri emosi berikut: i. Kanak-kanak mula sedar akan perasaan orang lain. Malangnya ada di antara mereka yang gemar menyinggung perasaan orang lain seperti mengejek atau menyindir. ii. Kanak-kanak peka pada kritikan dan juga sukar menerima kegagalan. iii. Kanak-kanak juga juga gemar menolong guru menjalankan pelbagai tugasan seperti menghantar buku latihan ke bilik guru, menyapu lantai dan sebagainya. Dengan kata lain mereka suka menerima tanggungjawab. iv. Ketika berumur 9-12 tahun, kanak-kanak menghadapi dilema kerana nilai norma ibu bapa atau orang dewasa. Mereka ingin akan penerimaan oleh rakan sebaya tetapi pada masa sama yang sama mereka masih bergantung kepada ibu bapa untuk sokongan kewangan dan moral. Walau bagaimanapun, mereka sedia menerima kebebasan yang terhad serta peraturan yang dikenakan ibu bapa.

×