Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Eff312 fonetik dan fonologi norainie binti ekan e30209130531

1,255 views

Published on

  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Eff312 fonetik dan fonologi norainie binti ekan e30209130531

  1. 1. TUGASAN SEMESTERJANUARI 2015 KOD KURSUS EFF312 NAMA KURSUS FONETIK DAN FONOLOGI PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN NAMA PELAJAR NORAINIE BINTI EKAN NO. MATRIK E30209130531 NAMA FASILITATOR AKADEMIK ENCIK AFFENDI BIN BOLL PUSAT PEMBELAJARAN ICATS WEST CAMPUS, JALAN STAMPIN TIMUR, 93350 KUCHING. 1
  2. 2. ISI KANDUNGAN PERKARA____________________________________________ MUKA SURAT Penghargaan 3 BAHAGIAN A 1.0 Objektif Kajian 4 2.0 Kaedah Pengumpulan Data 4 3.0 Dapatan Kajian 5 - 9 4.0 Kesimpulan 9 - 10 5.0 Rumusan 10 BAHAGIAN B 1.0 Pengenalan 11 2.0 Lirik Lagu ‘Warisan’ 12 3.0 Transkripsi Lagu Warisan 13 4.0 Kepentingan Transkripsi Fonetik Kepada Masyarakat 14 - 15 5.0 Kesimpulan 16 - 17 BAHAGIAN C 1.0 Latarbelakang Sekolah Saya 18 2.0 Kaedah Pengajaran Yang Digunakan Oleh Guru Untuk Mengajar Kemahiran Lisan di Sekolah. 18 - 19 3.0 Kesimpulan 20 -21 RUJUKAN 2
  3. 3. PENGHARGAAN Saya memanjatkan setingg-tinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T di atas hidayah dan izin-Nya, tugasan bagi kursus Fonetik Dan Fonologi (EFF 312) ini dapat disiapkan dengan jayanya. Tugasan ini mengandungi tiga bahagian jawapan kepada setiap soalan tugasan . Pertama : Ringkasan artikel bertajuk “Inventori Vokal Dialek Melayu Kelantan: Satu Penilaian Semula” oleh Adi Yusran Abdul Aziz, Kedua adalah : Penulisan lagu Warisan (oleh Sudirman) dalam bentuk Transkripsi Fonetik; dan yang ketiga : Laporan tentang Pengajaran Kemahiran Lisan Bahasa Melayu Di Sekolah Saya : Satu Tinjauan. Dalam kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada kepada pensyarah kami iaitu Encik Affendi Bin Boll yang telah menenerangkan secara terperinci tentang penyediaan tugasan ini. Ucapan setinggi- tinggi terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah menjalankan sesi kolaborasi bersama saya untuk berkongsi idea atau sebarang pendapat. Kerjasama dan keperihatinan pihak pensyarah dan rakan-rakan seperjuangan amat saya hargai. Saya yakin bahawa tugasan ini mampu menjelaskan kepada kita berkaitan cabang-cabang fonetik, sifat-sifat bunyi bahasa Melayu, ciri-ciri fonem vokal, ciri- cirifonem konsonan seterusnya kaitan fonetik dan fonologi dengan sebutan baku dan serta sitem ejaan dalam bahasa Melayu. Semoga Allah S.W.T. memberkati usaha murni ini dalam meneruskan penghayatan ilmu sepanjang masa. Disediakan oleh : NORAINIE BINTI EKAN 31 Mac 2015 AEU Kuching 3
  4. 4. BAHAGIAN A Ringkasan artikel : “InventoriVokal Dialek Melayu Kelantan : Satu Penilaian Semula” oleh Adi Yasran Abdul Aziz. 1.0 Objektif Kajian Objektif kajian ini ialah menilai semula dan memberikan penjelasan terhadap inventori vokal dalam dialek Kelantan yang menimbulkan banyak persilisihan pendapat dalam kalangan pengkaji.Penulis artikel mengkaji beberapa aspek utama terdiri daripada aspek segmen vokal dialek Kelantan yang terdiri daripada fonem dan bukan fonem,vokal oral sengau,serta penggunaan simbol vokal InternationalPhonetic Alphabet (IPA). 2.0 Kaedah Pengumpulan Data Kaedah pengumpulan data yang digunakan oleh penyelidik ialah dengan menggunakan data berbentuk dokumen. Menurut Noeng (2000), dokumen bermaksud segala bahan tertulis mahupun filem yang sudah tersedia pada tempat tertentu. Penulis artikel menggunakan analisis dokumen bagi mendapatkan data secara objektif melalui dokumen. Penulis artikel ini juga yang bertanggungjawab ke atas penyelidikan ini telah menngunakan pendekatan fonologi generatif untuk menjalankan analisis ke atas aspek segmen vokal dialek Kelantan yang terdiri daripada fonem dan bukan fonem,vokal oral sengau,serta penggunaan simbol vokal InternationalPhonetic Alphabet (IPA). Seterusnya data kajian pula terdiri daripada sumber sekunder yang diperoleh daripada kajian perpustakaan sebelum ini seperti kajian yang dilakukan oleh Nik Safiah (1965, 1966), Hashim (1971, 1974), Abdul 4
  5. 5. Hamid (1982, 1994), Ajid (1985) Ahmad Ramizu (2009), analisis oleh Farid (1980) dan analisis semula oleh Teoh (1994). 3.0 Dapatan Kajian Penyelidik telah menemui beberapa dapatan kajian dalam analisisnya ke atas inventori vokal dalam Dialek Kelantan menggunakan pendekatan fonologi generatif. i.Inventori Vokal Dalam Dialek Kelantan Menggunakan Pendekatan Fonologi Generatif Vokal terbitandalam Dialek Kelantan, iaitu vokal . Segmen vokal [Ɛ] dan [ ] kedua-duanya mempunyai banyak persamaan dari segi fitur, iaitu [-tinggi],ↄ [-rendah], [-ATR], dan [kendur], manakala segmen vokal [ɑ] pula berfitur [+rendah], [+belakang], dan [tegang].Kedua-dua vokal [ , ] adalah vokal terbitan dan bukanɐ ↄ berstatus fonem dalam Dialek Kelantan. Pendapat ini adalah berdasarkan beberapa generalisasi fonologi. Pertama, fonem vokal dialek-dialek Melayu biasanya sama dengan fonem vokal bahasa induknya, iaitu bahasa Melayu (BM) kerana wujudnya saling memahami antara penutur dialek-dialek tersebut dan bentuk fonetik yang dihasilkan itu adalah direalisasikan daripada bentuk fonemik yang sama. Ahli bahasa Melayu telah sepakat mengatakan bahawa fonem bahasa Melayu hanya ada enam sahaja, iaitu /i, e, , a, o, u/.ǝ Kedua, kehadiran segmen vokal [ , ] dalam kata adalahɐ ↄ mudah diramal. Mengikut data yang terdapat dalam Dialek Kelantan tiga kemungkinan kehadiran [ ] dan [ ], iaitu [ ] yang direalisasikanɐ ɐↄ da /e/ (misalnya : /gelek/ [ge.le ]), /ai/ dan /ia/ di tengah kata (missalnya :ʔ͢ /haiyan/ /biasa / [ ]. Manakala͢ ͢ segmen vokal [ ]ↄ pula direalisasikan daripada /o/ (misalnya : /botol/ [b .t :]) atau /au/ dan /ua/ di tengah kata (misalnya͢ ↄ ↄ : /taubat/ [t .ba ], ± /buaia/ [b .jʔ͢ ↄ ͢ ↄ ɑ).Bagaimanapun Teoh (1994) mengemukakan pandangan yang berbeza daripada pengkaji-pengkaji sebelumnya dengan mengatakan bahawa vokal /i, u/ pada suku kata akhir tertutup direalisasikan sebagai vokal kendur (laxing vowel) [I, U] bukannya vokal tegang [e, o]. Beliau beranggapan bahawa perealisasian /i, u/ kepada [e, o] pada suku kata akhir tertutup, jarang berlaku dan boleh dianggap sebagai kekecualian. Contoh yang diberikan oleh beliau adalah seperti di bawah : 5
  6. 6. Penulis artikelberpendapat bahawa transkripsi fonetik yang betul bagi data di atas ialah [bi.si ], [lu.kih], [hi.do ], dan [tu.to ].ʔ ʔ ʔ HanyaTeoh (1994) pengkaji yang menggunakan kedua-dua segmen vokal ini dalam data mereka. Penulis artikel sebaliknya berpendapat bahawa kedua-dua bunyi vokal ini tidak dituturkan oleh penutur asli Dialek Kelantan. Data yang digunakan oleh Teoh (1994) di atas agak meragukan dan mungkin bersifat ideolek. Teoh juga menamakan bahasa Okpe, salah satu bahasa Benue-Congo yang dituturkan di Nigeria, contohnya berlaku pengenduran vokal seperti ini. Hoffman 1973 (dlm. Casali 1996) beranggapan bahawa dalam bahasa Okpe, segmen vokal [I, U] hanya wujud dari segi fonologinya, tetapi masih [e, o] dari segi fonetiknya. Ini disebabkan kehadiran vokal tersebut ditentukan oleh harmoni vokal.Harmoni vokal ialah satu perlakuan fonologi yang menunjukkan vokal-vokal berdekatan dalam satu medan (biasanya perkataan) berkongsi satu nilai yang sama bagi fitur atau fitur-fitur distingtif tertentu (Bakovic, 2003). Hasil daripada analisis kesemua data Dialek Kelantan, didapati fitur yang boleh dikongsi bersama seperti dalam definisi harmoni vokal di atas ialah [±ATR].Dengan itu, harmoni vokal Dialek Kelantan merupakan satu perlakuan fonologi yang menunjukkan segmen- segmen vokal berdekatan dalam satu perkataan berkongsi satu nilai yang sama bagi fitur [±ATR].Bagaimanapun Teoh (1994) mendakwa bahawa terdapat rumus fonologi dalam Dialek Kelantan yang menyatakan bahawa vokal akan menjadi [-ATR] dalam suku kata akhir tertutup kata dasar. Berdasarkan data DK yang diberikan Teoh, vokal suku kata akhir tertutup Dialek Kelantan boleh terdiri daripada [I, U, Ɛ, , a, ] yangɐↄ bersamaan dengan semua vokal terbitan kecuali [a]. Ini bermakna beliau melihat fenomena yang berlaku dalam skop yang lebih sempit daripada harmoni vokal yang melampaui batas suku kata. Ini menunjukkan bahawapenjelasan berdasarkan harmoni vokal adalah lebih berpada. 6
  7. 7. Berdasarkan prinsip harmoni vokal ini, data yang diberikan oleh Teoh di atas menunjukkan bahawa segmen vokal dalam kedua-dua suku kata adalah tidak harmoni. Dalam suku kata pertama [i, u] adalah berfitur [+ATR], sedangkan vokal dalam suku kata kedua [I, U] berfitur [-ATR]. Kaedah analisis berdasarkan harmoni vokal telah terbukti berkesan. Bagi tujuan tersebut, kaedah ini juga digunakan ke atas Dialek Kelantan, terutamanya bagi menentukan fitur dalaman bagi vokal /i, e, o, u/ yang berfitur [+ATR] pada suku kata akhir tertutup. Sebagai contoh : Berdasarkan keteranganb, terdapat /e/ dalam suku kata akhir tertutup itu yangdianggap fonemik. Persoalannya mengapa /bilek/ tidak direalisasikan sebagai [bi.lƐ ], sebagaimana /golek/ direalisasikan sebagai [g .lʔ ↄ Ɛ ]. Harmoni vokal sekaliʔ lagi memainkan peranan penting kerana pasangan vokal [i+Ɛ] adalah tidak harmoni, iaitu tidak berasimilasi pada fitur [ATR]. Segmen vokal [i] berfitur [+ATR] sedangkan [Ɛ] berfitur [-ATR]. Fenomena ini tidak akan berlaku dalam Dialek Kelantan. Bagi mematuhi syarat harmoni vokal ini, pilihan terbaik ialah mengekalkan bentuk harmoni yang ada dalam input, iaitu /i, e/ yang berasimilasi pada fitur [+ATR]. Dengan menggunakankaedah harmoni vokal di atas, satu tanggapan boleh dibuat untuk membezakan segmen vokal [i] dan [e] dalam suku kata akhir tertutup Dialek Kelantan, iaitu kedua-duanya masing-masing direalisasikan daripada vokal /i/ dan /e/ di peringkat dalaman. Hal yang sama juga berlaku pada segmen vokal [u] dan [o] dalam suku kata akhir tertutup Dialek Kelantan yang juga direalisasikan daripada dua 7
  8. 8. vokal yang berbeza /u/ dan /o/. Pasangan harmoni vokal Dialek Kelantan bagi /u/ dalam suku kata akhir tertutup ialah /i+u/, /u+u/, /ə+u/, dan /a+u/ seperti berikut : /tikus/ [ti.kuh] /lutut/ [lu.tu ]ʔ /letup/ [le.tu ]ʔ /patuk/ [pa.tu ]ʔ Manakala kombinasi harmoni vokal bagi /o/ pada posisi yang sama, iaitu /i+o/, /u+o/, / +o/, dan /a+o/ yang dikekalkan dalam outputnya, sebagai contoh:ǝ /sibok/ [si.bo ]ʔ /kutok/ [ku.to ]ʔ /p lok/ [p .lo ]ǝ ǝ ʔ Kesemua harmoni vokal tersebut berkongsi fitur [-ATR].Dengan itu penulis artikel ini mencadangkan bahawa bentuk dalaman dalam harmoni vokal [+ATR] bagi /e/ dalam suku kata akhir tertutup Dialek Kelantan dalam harmoni vokal [+ATR] bagi /o/ dalam suku kata akhir tertutup dianggap sebagai bentuk dalaman bahasa Melayu, sebagaimana Zaharani (1999, 2005) dan sistem ejaan Za’ba (1965). ii. Vokal terbitan [ ]ɑ Teoh (1994) menggunakan simbol [ ] bagi merujuk kepada segmen vokal [ɐ ɑ]. Istilah IPA bagi simbol [ ] ialah vokal tengah hampir luas (ɐ near-open central vowel). Dalam kajian fonologi ia masih boleh dianggap sebagai vokal rendah dan mempunyai fitur [+belakang]. Secara fonetik pula, ia masih dianggap sebagai vokal tengah. Oleh itu, penggunaan simbol ini masih mengundang kekeliruan terutama dari segi fonetiknya. Contoh bunyi [ ] yang ditemui dalam laman web Wikipedia danɐ Summer Institute of Linguistics (SIL) International didapati agak berbeza dengan bunyi /a/ di akhir kata dialek Kelantan berbanding dengan bunyi [ɑ] dalam laman web yang sama. Perbandingan bunyi [ɑ] juga dibuat dengan beberapa perkataan bahasa Inggeris Amerika yang terdapat dalam Compass CD-ROM Oxford Advanced Learners Dictionary (Edisi Ketujuh), iaitu pod [p :d],ɑ pot [p :t], danɑ rock[r :ɑ k] yang didapati 8
  9. 9. hampir sama dengan bunyi [ɑ] dalam perkataan kata [ka.t ],ɑ kapak [ka.p ] danɑʔ marah [ma.yɑh] dalam dialek Kelantan. Trigo (1991, dlm. Howe, 2003) pula menggunakan simbol [ ] bagiɒ melambangkan segmen [ɑ] dalam Dialek Kelantan. Trigo beranggapan bahawa segmen tersebut mempunyai fitur [+bundar]. Demikian juga pendapat kebanyakan ahli tatabahasa struktural Dialek Kelantan yang beranggapan segmen tersebut adalah [ ] yang juga mempunyai fitur [+bundar]. Generalisasi fonologi menjelaskan bahawaↄ kehadiran fitur [+bundar] ini boleh diuji dengan menambahkan imbuhan akhiran /-an/. Sekiranya fitur tersebut bundar, contohnya : nya /u/, maka ia akan menyisipkan segmen [w] pada posisi onset imbuhan akhiran /-an/, contohnya : /adu+an/ ͢ [a.du.wƐ:]. Apabila perkara yang sama dilakukan ke atas [ɑ] dan [ ] pada posisi akhirↄ kata, sama ada dalam Dialek Kelantan mahupun BM, penyisipan segmen [w] tidak berlaku, contohnyanya : /duga+an/ [du.g .ɑ ʔ͢ :Ɛ ], bukannya *[du.g .wɒ :Ɛ ] atau *[du.g .wↄ :Ɛ ]. Kehadiran fitur [+bundar] daripada fonem vokal /a/ yang mempunyai fitur [-bundar] sukar dijelaskan secara fonologi terutamanya persoalan dari mana datangnya fitur tersebut. jika kedua-dua /a/ dan /o/ boleh direalisasikan sebagai [ ],ↄ contohnya : /tolak/ dan /tolok/ direalisasikan sebagai [t .l ] dalam Dialek Kelantan,ʔↄ ↄ ia akan menyebabkan kehadiran [ ] dalam kata sukar diramal dan menjadikannyaↄ berstatus fonemik. Fenomena ini bertentangan dengan perilaku fonologi Dialek Kelantan dan Bahasa Melayuyang menunjukkan segmen vokal [ ] tidak fonemik.ↄ 4.0 Kesimpulan Kajian Kesimpulannya, terdapat sembilan segmen vokal dalam Dialek Kelantan iaitu enam fonem dan tiga vokal terbitan. Manakala fonemnya terdiri dari/i, e, Ə, a, o u/dan vocal terbitan ialah [ , , ]. Fonem dialek Kelantan adalah sama dengan fonemƐ ɑↄ bahasa Melayu dan daripada pernyataan tersebut dapat disimpulkan juga bahawa dialek-dialek lain pun mempunyai inventori fonem yang sama. Kajian ini juga telah mengenal pasti bahawa simbol sebenar bagi fonem vokal rendah /a/ di akhir kata seperti dalam perkataan /duga/ialah [ ] bukannya [ ], [ɑ ↄ ]. atau [ ] seperti yangɒ dianggap oleh pengkaji sebelum ini. Artikel ini juga menunjukkan bahawa inventori fonem sesuatu bahasa atau dialek hendaklah dinilai dengan menggunakan pendekatan fonologi dan juga pendekatan fonetik bagi menghasilkan inventori segmen bunyi yang lebih berpada. Sesungguhnya, artikel ini berjaya menyelesaikan persoalan dan 9
  10. 10. keraguan yang timbul daripada hasil kajian lepas yang banyak menggunakan kesilapan transkripsi fonetik. Artikel ini sangat membantu para pengkaji Dialek Kelantan yang akan datang. 5.0 RUMUSAN Setelah tugasan Fonetik Dan Fonologi (EFF 312) ini berakhir, dapatlah disimpulkan bahawa fonetik merupakan ilmu bahasa yang berkaitan penyebutan dan lambing yang menunjukkan sebutannya. Transkripsi fonetik pula berupaya membantu pelajar membebaskan diri daripada ikatan ejaan dan dapat menumpukan perhatian pada keaslian bunyi fonetik. serta membentuk atau mencipta harmoni yang setepat mungkin antara teks dengan bunyi. Seterusnya, untuk menguasaai bahasa Melayu baku dan mengelakkan daripada penggunaannya kurang diberi perhatian di peringkat sekolah rendah, usaha memartabatkan bahasa Melayu baku perlu digalas dan disedari oleh semua pihak bermula daripada pihak berwajib, diikuti dengan pihak sekolah, barisan guru, ibu bapa seterusnya individu pelajar. Pembakuan bahasa di sekolah rendah perlu dipelihara daripada masalah kerancuan bahasa, kerancuan tatabahasa dan juga pencemaran bahasa. Akhir sekali,Dialek Kelantan mengandungi sembilan segmen vokal iaitu enam fonem dan tiga vocal terbitan. Fonem tersebut ialah /i, e, Ə, a, o u/dan vocal terbitan ialah [ , , ]. ArtikelƐ ɑↄ “InventoriVokal Dialek Melayu Kelantan : Satu Penilaian Semula” (Oleh Adi Yusran Abdul Aziz) ini juga telah berjaya menjawab persoalan yang timbul daripada hasil kajian lepas yang banyak menggunakan kesilapan transkripsi fonetik. BAHAGIAN B 10
  11. 11. 1.0 PENGENALAN Transkripsi adalah penurunan perkataan kepada bentuk tulisan yang bersistematik dan konsisten. Transkripsi juga dikenali sebagai satu sistem simbol/ lambing atau khat (script). Menurut Daniel Jones 1992), transkrip fonetik didefinisikan sebagai penulisan mengikut abjad iaitu setiap huruf mewakili satu bunyi (satu bunyi satu simbol). Sebagai ccontoh, apabila kita mendengar seorang penutur dialek Kelantan menyebut perkataan (makE) iaitu /makan/, maka sebagai seorang yang tahu tentang fonetik maka ia akan menulis bunyi-bunyi dalam perkataan yang disebut oleh penutur itu dengan menggunakan abjad gonetik. Dengan adanya transkripsi fonetik, kita dapat membantu orang luar atau orang asing menyebut sesuatu perkataan dengan betul. Transkripsi fonetik boleh dilakukan dengan dua keadaan yang berbeza iaitu transkripsi yang berdasarkan tanggapan/ impressionetic dan transkripsi yang berasaskan sistematik. 2.0 Lirik Lagu : Warisan oleh Sudirman Hj. Arshad 11
  12. 12. 3.0 TRANSKRIPSI LAGU 12 Di sini lahirnya sebuah cinta Yang murni abadi sejati Di sini tersemai cita-cita Bercambah menjadi warisan (korus) Andai ku terbuang tak diterima Andai aku disingirkan Ke mana harusku bawakan Ke mana harusku semaikan cinta ini Betapa Di bumi ini ku melangkah Ke utara selatan timur dan barat Ku jejaki Aku Bukanlah seorang perwira Gagah menghunus senjata Namun hati rela berjuang Walau dengan cara sendiri Demi cinta ini Ku ingin kotakan seribu janji Sepanjang kedewasaan ini Ku ingin sampaikan pesanan Akulah penyambung warisan
  13. 13. ‘Warisan’ oleh Sudirman Hj. Arshad Lirik Lagu Transkripsi Di sinilahirnya sebuah cinta [#di sini lahir a səbuah cinta]ɲ ̆ Yang murni abadi sejati [#yaŋ murni abadi səjati]̆ Disini tersemai cita-cita [#di sini tərsəmai citacita]̆ ̆ Bercambah menjadi warisan [#bərcambah mənjadi warisan]̆ ̆ Andaiku terbuang tak diterima [#andai kutərbuaŋ ta ditərima]Ɂ Andai aku disingkirkan [#andai aku disiŋkirkan] Ke mana harusku bawakan [#kə mana harus ku bawakan] Ke mana harusku semaikan cintaini [#kə mana harus ku səmaikan cintaini]̆ Betapa [#bətapa] Di bumi ini kumelangkah [#dibumi ini ku məlaŋkah] Ke utara selatan timur dan barat [#kə utara səlatan timur dan barat] Ku jejaki [#kujəjaki]̆ ̆ Aku [#aku] Bukanlah seorang perwira [#bukanlah səoraŋ pərwira] Gagah menghunus senjata [#gagah meŋhunus sənjata]̆ Namun hati rela berjuang [#namun hati rĕla bərjuaŋ]̆ Walau dengan cara sendiri [#walau dəŋan cara səndiri]̆ Demi cintaini [#dəmi cinta ini]̆ Ku ingin kotakan seribu janji [#ku iŋin kotakan səribu janji]̆ ̆ Sepanjang kedewasaan ini [#səpanjaŋ kədĕwasaan ini]̆ Ku ingin sampaikan pesanan [#ku iŋin sampaikan pəsanan] Akulah penyambung warisan [#akulah pə ambung warisan]ɲ 4.0 KEPENTINGAN TRANSKRIPSI FONETIK KEPADA MASYARAKAT BERDASARKAN TRANSKRIPSI FONETIK Dengan adanya transkripsi fonetik, kita dapat membantu orang luar atau orang asing menyebut sesuatu perkataan dengan betul. Transkripsi fonetik boleh dilakukan dengan dua keadaan yang berbeza aitu transkripsi yang berdasarkan tanggapan / impressionistic dan transkripsi yang berasaskan sistematik. Transkripsi fonetik ini juga adalah satu cara merakamkan bunyi-bunyi bahasa dengan menggunakan lambing-lambang fonetik yang diiktiraf di peringkat 13
  14. 14. antarabangsa. Transkripsi fonetik juga digunakan oleg pengkaji dialek . Lambang fonetik ditulis dalam kurungan [ ]. Transkripsi fonetik adalah penurunan perkataan kepada bentuk tulisan yang bersistematik dan konsisten. Transkrip juga dikenali sebagai satu sistem simbol/lambing atau khat (script). Menurut Daniel Jones (1992), transkrip fonetik didefinisikan sebagai penulisan mengikut abjad iaitu setiap huruf mewakili satu bunyi (satu bunyi satu simbol). Sebagai contoh, apabila kita mendengar seorang penutur dialek Kelantan menyebut perkataan [make] iaitu /makan/, maka sebagai seorang yang tahu tentang fonetik maka dia akan menulis bunyi-bunyi dalam perkataan yang disebut oleh penutur itu dengan menggunakan abjad fonetik. Begitulah pentingnya transkripsi fonetik dalam masyarakat kita. Kemahiran menulis perkataan dalam bentuk transkripsi fonetik merupakan kemahiran yang penting dalam membuat analisi fonetik (Abdullah Hassan, 2006). Dalam pada itu terdapat beberapa kegunaan transkripsi fonetik dalam bahasa, khusunya dalam bidang fonetik dan fonologi. Transkripsi fonetik digunakan untuk merakamkan bunyi setepat mungkin dalam bahasa. Dengan demikian, sebutan perkataan atau ayat dapat dilakukan tanpa ketaksaan. Perkataan yang ditulis dalam transkripsi fonetik ialah sebutan yang sebenar, bukannnya seperti ditunjukkan dalam bentuk otografi. Kamus membekalkan sebutan perkataan yang betul dan juga memberikan panduan kepada guru untuk mengajarkan sebutannya dengan betul (Sethi dan Dhamija, 2007). Misalnya, perkataan semak dalam bahasa Melayu dapat ditunjukkan perbezaan bunyi dan makna dengan menggunakan lambing fonetik seperti [səma ]ʔ dan [sema ]. Yang pertama ialah perkataan semak yang membawa maksudʔ ‘tumbuhan’ dan yang kedua pula bermaksud ‘periksa’. Dengan adanya transkripsi fonetik ini, perbezaan sebutan dan makna perkataan dapat ditentukan dan dijelaskan kepada pelajar atau pengguna bahasa melayu. Transkripsi fonetik juga berguna kepada pelajar bahasa yang ingin menguasai kemahiran lisan. Dengan mengetahui lambing-lambang fonetik, pelajar mudah dapat menyebut sesuatu perkataan dengan tepat walaupun belum pernah menemui atau 14
  15. 15. mendengar perkataan tersebut. Selain itu, transkripsi fonetik juga sering digunakan untuk membandingkan sistem bunyi yang terdapat dalam dua bahasa yang berbeza. Pengkaji bahasa semasa meneliti perkembangan, perubahan dan perbezaan antara bunyi-bunyi dalam satu-satu bahasa sering memanfaatkan transkripsi fonetik dalam kajian mereka. Penggunaan transkripsi fonetik dalam kamus dan buku-buku bahasa untuk mewakili bunyi perkataan amat membantu pengguna bahasa termasuk pelajar. Ada kalanya otografi dalam bahasa seperti bahasa Inggeris amat mengelirukan. Misalnya perkataan bus dalam bahasa Inggeris dilambangkan oleh huruf yang berbeza dengan fonem yang dibunyikan. Kata bus dibunyikan sebagai [bas] dan bukannya [bus]. Huruf u dibunyikan sebagai a dalam bahasa Inggeris. Jadi dengan menggunakan transkripsi fonetik ini, kekeliruan untuk membunyikan huruf dalam perkataan seperti yang dihuraikan dapat diatasi. Dengan demikian, sebutan yang betul dapat dikenal pasti dan dipelajari dengan baik. Dengan adanya transkripsi fonetik, pengguna bahasa dapat melafazkan perkataan dengan betul. Demikianlah pentingnya transkripsi fonetik dalam ilmu linguistik, khususnya dalam bidang fonetik. 5.0 KESIMPULAN Dalam sebarang transkripsi, setiap bunyi yang berbeza dinyatakan dengan penggunaan simbolnya yang tersendiri. Keseluruhan symbol fonetik dikenali sebagai ‘abjad fonetik’. Penggunaan abjad yang paling luas adalah IPA. Akronim IPA ada kalanya merujuk kepada International Phonetic Alphabet atau International Phonetic Association atau dalam bahasa Melayunya dikenali sebagai abjad Fonetik Antarabangsa. Simbol-simbol fonetik selalunya sama sebagaimana huruf dalam sistem ejaan, contohnya [b] dalam kata selalunya sama sebagaimana huruf dalam sistem ejaan, contohnya [b] dalam kata [baru], [k] dalam kata [kira] tetapi banyak 15
  16. 16. simbol-simbol baru telah dicipta untuk menampung sejumlah bunyi-bunyi yang didengar dalam pertuturan yang tidak menunjukkan kesamaan bentuk sebagaimana sistem ejaan rumi. Misalnya [∑] mewakili ejaan sh atau sy seperti dalam kata bahasa Inggeris “ship” [∑ip] atau kata dalam bahasa Melayu “syarat” [∑arat], [ ] pula untukɸ bunyi [gh] seperti dalam kata “ghaib” [ aeb].ɸ Dengan menggunakan lambing-lambang fonetik, seseorang itu boleh merakamkan lambing-lambang fonetik, seseorang itu boleh merakamkan apa sahaja bunyi bahasa yang terdapat di dalam apa jua bahasa. Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) merupakan nama bagi satu set symbol-simbol yang bersifat arbitrary atau wewenang. Simbol-simbol ini dibentuk bagi menggambarkan bunyi-bunyi yang digunakan dalam semua bahasa dunia yang berasaskan kepada titik dan cara artikulasi. Ahli fonetik mula merasakan perlu adanya suatu sistem transkripsi fonetik yang standard dan dapat diterima pada peringkat antarabangsa semenjak berkembangan kajian fonetik artikulasi pada akhir abad ke-19 pada tahun 1988. Abjad Fonetik Antarabangsa dibentuk dan disebarkan oleh Pertubuhan Fonetik antarabangsa. Tujuan pembentukan IPA ini adalah untuk memudahkan ahli-ahli fonetik membuat kajian ke atas bunyi- bunyi yang tidak biasa bagi mereka dengan penggunaan sistem yang seragam bagi seluruh bunyi-bunyi pertuturan. Dengan kata lain, akibat daripada perbezaan antara bentuk sistem tulisan (ortografi) dan bentuk pertuturan maka tidaklah perlu lagi kita mencipta atau membentuk IPA. Mengikut prinsip asas yang membentuk IPA adalah untuk memiliki sesuatu huruf yang berbeza untuk setiap bunyi bahasa yang dapat dibezakan. Oleh kerana jumlah bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia tidak terbatas jumlahnya, maka IPA turut mencadangkan penggunaan satu set tanda tambahan atau disebut sebagai penanda diakritik yang pelbagai jenis yang dapat ditambah kepada symbol huruf. Tujuan penggunaan symbol tambahan ini adalah untuk membolehkan perbezaan yang lebih halus daripada perbezaan yang berdasarkan huruf-huruf sahaja. 16
  17. 17. BAHAGIAN C 1.0 Latar belakang sekolah saya Sekolah tempat saya bertugas sekrang ini adalah Sekolah Kebangsaan Sri Aman, Sri Aman, Sarawak. Sekolah ini mula beroperasi sejak 2 Jun 2002. Pada mulanya sekolah ini hanya terdiri daripada 73 orang pelajar dan 9 orang guru sahaja. Murid-murid di sekolah ini pada mulanya hanya ada satu kelas bagi setiap tahun, iiatu bermula dari Tahun 3 dan Tahun 2. Ini dalah kerana pada masa itu, 17
  18. 18. murid-murid yang dihantar ke sekolah ini adalah daripada sekolah-sekolah yang berdekatan seperti SK Abang Aing, SK St. Luke’s dan SK St . Lawrence Sekolah ini adalah sekolah yang berada dalam perkampungan Melayu yang diberi nama Kampung Muhibbah. Majoriti daripada murid sekolah ini adalah beragama Islam. Namun begitu sekolah ini mengamalkan budaya saling hormat- menghormati antara satu sama lain. Sehingga hari ini, murid sekolah saya telah mencecah seramai 320 orang. Setiap satu tahun adalah terdiri daripada dua buah kelas perdana dan tiga buah kelas Prasekolah. Sehingga tahun ini, guru di sekolah saya telah mencecah seramai 38 orang. 2.0 Kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru untuk mengajar kemahiran lisan di sekolah. Bahasa ialah alat komunikasi dan perantara manusia. Hamad Kilani (2001) menyatakan bahasa adalah alat komunikasi antara manusia. Bahasa pertuturan seharian digunakan di sekolah sebagai alat-alat komunikasi. Justeru, proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah adalah interaksi sosial yang paling berpengaruh di sekolah. Hal ini kerana guru-guru berinteraksi dengan murid secara individu hampir setiap hari. Pada masa kini, iklim pengajaran dan pembelajaran lebih menumpukan untuk mencorakkan tingkah laku dan perbendaharaan kata murid- murid. Selain itu, bahasa juga adalah satu medium utama manusia bersosial. Apabila bahasa digunakan dalam konteks komunikasi, bahasa pasti terikat dengan budaya, dan ikatan ini wujud dalam pelbagai bentuk bersifat kompleks. Perkataan-perkataan yang dituturkan dalam Bahasa Melayu misalnya, merujuk kepada pengetahuan serta pengalaman yang dilalui dan dikongsi bersama oleh masyarakat Melayu lazimnya. Sesuatu bahasa yang digunakan melambangkan reality budaya. Kecekapan bahasa, terutamanya berkaitan lisan, menunjukkan sesuatu bangsa yang mengamalkan budaya tersebut. Laporan ini memberi gambaran yang lebih jelas tentang strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang menyentuh masalah perkaedahan bahasa dan kelemahan murid, khususnya dalam isu penggunaan dan penacapaian Bahasa Melayu dalam kelas. Selalunya, kelemahan murid dalam menguasai Bahasa Melayu dikaitkan 18
  19. 19. dengan kelemahan interaksi lisan di dalam bilik darjah. Dalam interkasi lisan, penggunaan soalan merupakan salah satu cara guru menyampaikan kandungan pelajaran kepada murid-muridnya (Zamri 2012). Soalan-soalan yang dikemukana berpotensi untuk membantu murid mencapai keupayaan kognitif optimum. Oleh yang demikian, melalui soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran itu dapat mendedahkan murid menggunakan pengetahuan sedia ada dan membandingkan maklumat yang diperoleh dan kemudian menggunakannya untuk menyelesaikan masalah. Murid-murid bertindak secara aktif dan bukannya bertinndak secara pasif dalam proses pembelajaran. Cara dan kaedah penyampaian pengajaran dan pembelajaran ini amat penting dalam membantu murid untuk lebih memahami setiap perkataan dan ayat yang disampaikan oleh guru. Para pendidik perlulah menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai dan mempelbagaikan kaedah, teknik, strategi dan pendekatan pengajaran yang tidak mendatangkan kebosanan sebelum memasuki bilik darjah. Dengan cara ini, ia dapat membantu murid meningkatkan minat dan tahap kefahaman dalam mempelajari ilmu. Oleh itu, amat penting bagi para pendidik untuk merancang sesi pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. KESIMPULAN Pendekatan pengajaran pula merupakan aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, adakalanya pendekatan menyerupai klasifikasi pengajaran iaitu jenis-jenis pendekatan yang digunakan berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan pengajaran juga boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara fakta disampaikan, keatifan murid, pengajaran bahasa dan pengajaran pelajaran lain. Elemen pengajaran dan 19
  20. 20. pembelajaran teknik pula, kemahiran atau perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Sekiranya seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik yang ada pada suatu kaedah, maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu tidak akan berhasil. Tujuan sesuatu teknik yang guru aplikasikan di dalam bilik darjah adalah menarik minat murid, mengekalkan focus serta menimbulkan rasa ingin tahu murida dan sesuatu isi pelajaran yang akan dan sedang dilaksanakan. Strategi pula diibaratkan sebagai perancangan guru untuk mengajar sesuatu tajuk pelajaran dengan menggunakan pendekatan, kaedah, serta teknik pengajaran dan pembelajaran. Strategi yang baik akan menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran menarik serta menimbulkan suasana pembelajaran yang kondusif kea rah mencapai objektif yang hendak dicapai. Salah satu criteria guru yang berkesan adalah mengetahui dan berkemahiran mempelbagaikan kaedah mengajar untuk disesuaikan dengan isi pelajaran yang diajar. Hal ini jelas menunjukkan setelah melakukan persediaan untuk mengajar, biasanya guru memulakan pengajaran dengan melakukan permulaan sesi pengajaran dalam bentuk bertnyakan soala, iaitu mengemukakan pernyataan yang merangsangkan dan menerangkan kandungan pelajaran secara langsung. Tahap tertingi penggunaan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran semasa permulaan yang telah dipilih oleh guru-guru ialah teknik soal jawab. Hal ini kerana, penggunaan soalan sebagai pengenalan untuk memulakan pengajaran begitu ketara. Soalan yang ditanyakan biasanya berkaitan dengan kandungan pelajaran yang telah diterangkan atau dipelajari sebelumnya. Daripada soalan berkenaan, murid memberikan penilaian terhadap reaksi lisan yang diberikan. sekiranya reaksi lisan bertepatan, guru melakukan pengulangan untuk tujuan peneguhan atau mereka melakukan penerangan semula untuk menjelaskan perkara yang masih belum jelas kepada murid (Roselan 2003). Hal ini selari dengan kajian Zamri (2012), melalui kaedah ini, pengajaran boleh terdiri daripada satu fokus utama dan beberapa fokus sampingan. Fokus pengajaran berdasarkan isi utama, manakala isi sampingan menjadi perkara kedua penting. Bertepatan dengan hal tersebut, guru perlulah memfokuskan tentang isi pelajaran yang hendak diajar pada sesi seterusnya. Hal ini kerana, pada peringkat permulaan ini, guru hanyalah perlu menarik minat murid supaya memberikan tumpuan terhadap terhadap aktiviti pembelajaran pada peringkat kandungan. 20
  21. 21. RUJUKAN Collins, Beverley dan Mees, Inger. M. 2009. Practical Phonetics and Phonology: A resource book for students. New York: Routedge Indrawati Zahid dan Mardian. 2006. Fonetik dan Fonologi. Kuala Lumpur: PTS Publishers Ladefoged, Peter. 2006. A Course in Phonetics.Thomson Boston: Wadsworth Kamus Linguistik. 1997. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 21
  22. 22. Nor Hashimah Jalaluddin. Asas Fonetik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Roach, Peter. 1995. English Phonetics and Phonology. Cambridge University Press. Small, Larry H. 1999. Phonetics : A Practical Guide for Students Boston: Allyn &Bacon 22

×