SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
PUNCA-PUNCA PENCEMARAN SUNGAI
Alam yang terbentang luas ini merupakan anugerah tuhan yang paling bernilai dan kita
sebagai makhluk yang berakal diamanahkan untuk menjaganya dengan sebaik-baiknya. Alam
ini haruslah dijaga dengan teliti dan dilindungi daripada pencemaran. Namun, keadaan
sekarang memperlihatkan bahawa manusia alpa dengan tanggungjawab mereka untuk
menjaga alam sekitar kerana terlalu sibuk mengejar kemewahan dunia. Manusia lebih sibuk
mengeksploitasi alam sekitar untuk kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan kesannya
kepada alam sekitar. Antara yang teruk terjejas akibat perbuatan manusia ini ialah sungai.
Oleh Itu, punca-punca yang menyebabkan pencemaran perlukah dikenal pasti dengan segera
atau adakah kita mahu menunggu sehingga sungai di negara kita sudah teruk tercemar,
barulah kita hendak mengambil tindakan seperti kata pepatah, sudah terhantuk baru
tergadah?
Antara punca pencemaran sungai ialah pembuangan sampah sarap ke dalam
sungai. Sampah sarap dan sisa buangan domestik yang dibuang ke dalam sungai
memberikan kesan yang buruk kepada sungai. Hal ini kerana pembuangan sampah sarap ke
dalam sungai akan menyebabkan sungai dipenuhi plastik sampah dan bahan terbuang yang
terapung pada permukaan air. Selain itu, warna air sungai akan bertukar daripada jernih
kepada kehitam-hitaman atau kehijau-hijaun. Sebagai contoh, di negara kita sendiri, jika kita
lihat sungai-sungai di kawasan bandar mahupun di kawasan kampung, keadaan sungai adalah
keruh dan sisa-sisa sampah boleh dilihat terampai di permukaan sungai. Kesannya, hidupan
akuatik akan musnah dan sumber air manusia akan tercemar serta menyebabkan bau yang
kurang menenangkan. Oleh itu, pembuangan sampah ke dalam sungai boleh menyebabkan
pencemaran sungai.
Tambahan pula, pembuangan sisa-sisa daripada kilang-kilang juga menyebabkan
berlakunya pencemaran sungai. Lazimnya, aktiviti pembuangan sisa-sisa ke dalam sungai ini
adalah perbuatan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang mementingkan keuntungan
semata-mata. Kilang-kilang yang dibina di tepi sungai pada kebiasaanya akan mengalirkan
sisa-sisa daripada kilang ke dalam sungai sebagai cara mudah untuk melupuskan sisa –sisa
tersebut. Apabila sisa ini dialirkan ke sungai, pengusaha kilang dapat menjimatkan kos bagi
pelupusan sisa tersebut. Sikap pengusaha tersebut diibaratkan seperti enau dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing. Kesannya, sungai akan dicemari dengan sisa-sisa toksik
dan bahan-bahan kimia yang merendahkan kualiti air dan sungai menjadi tidak sesuai untuk
didiami hidupan-hidupan akuatik. Dengan ini, pengaliran sisa kilang sememangnya
memberikan impak buruk kepada sungai.
Di samping itu, pencemaran sungai juga berpunca daripada kegiatan pembalakan.
Kegiatan pembalakan merupakan kegiatan penebangan pokok-pokok untuk tujuan
pembangunan dan industri pembuatan. Pencemaran sungai ini terjadi apabila ikatan zarah
tanah menjadi longgar disebabkan akar pokok yang mengikat struktur tanah tersebut telah
mati akibat daripada aktiviti penebangan. Oleh itu, tanah akan terhakis dengan mudah dan
menyebabkan air sungai dicemari dengan tanah tersebut. Selain itu, ranting-ranting pokok dan
kayu-kayu yang dibuang ke dalam sungai juga akan menyebabkan sungai-sungai tersekat.
Kesannya, bencana alam seperti banjir kilat dan wabak penyakit akan berlaku dan kualiti air
untuk tujuan domestik akan menurun berikutan adanya mendapan tanah yang banyak di
dalam air sungai. Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa kegiatan pembalakan dapat
memberikan kesan buruk terhadap sungai.
Kesimpulannya, punca-punca yang menyebabkan pencemaran sungai ini perlulah
diteliti dengan lebih mendalam agar usaha-usaha menangani masalah pencemaran ini dapat
dijalankan dengan lebih berkesan. Pihak kerajaan seharusnya mengambil langkah yang
proaktif dengan mengadakan lebih banyak kempen kesedaran tentang kepentingan penjagaan
sungai. Malah pihak yang berwajib juga boleh mengenakan denda yang lebih tinggi kepada
pihak-pihak yang melakukan pencemaran sungai serta mengadakan pemantauan yang
lebih kerap terhadap kualiti air sungai di negara kita bak kata pepatah mencegah lebih baik
daripada mengubati. Diharapkan, pencemaran sungai dapat diatasi dengan segera agar
generasi akan dating dapat menikmati alam sekitar yang kita wariskan kepada mereka tanpa
sebarang masalah seperti kata bijak pandai, alam bukan diwarisi daripada nenek moyang
tetapi dipinjam daripada generasi akan datang.
Gambar dibawah ini menunjukkan sebahagian daripada ciri generasi yang berwawasan.
Huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri generasi yang berwawasan. Panjang huraian anda
hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan
 Bersemangat patriotik
 Berusaha membina ilmu
 Pantang berputus asa
 Inovatif
Remaja merupakan aset negara. Remaja juga pelapis pemimpin pada masa hadapan.
Kepentingan mereka kepada negara tidak dinafikan lagi, apatah lagi dalam usaha kita untuk
melangkah ke arah negara maju menjelang tahun 2020. Apakah ciri-ciri yang perlu ada dalam
diri remaja yang berwawasan untuk menyahut Wawasan 2020?
Ciri pertama dan paling penting adalah mempunyai semangat patriotik. Sebagai
warganegara Malaysia yang sejati, remaja harus menyayangi negara ini dengan sepenuh hati
tanpa sebarang prasangka. Cara yang boleh dilakukan untuk membuktikan kecintaan terhadap
negara dengan mematuhi undang-undang. Di samping itu, para remaja hendaklah sentiasa
mendahulukan kepentingan negara dalam apa-apa tindakan. Remaja perlu memahami
kandungan Rukun Negara sebagai teras. Penglibatan remaja dalam Program Latihan Khidmat
Negara misalnya, merupakan contoh terbaik untuk menanam perasaan cinta akan negara dalam
kalangan remaja Malaysia.
Remaja juga perlu berusaha untuk menuntut ilmu setiap masa. Pelbagai cara boleh
dilakukan untuk menuntut ilmu seperti membaca buku, akhbar, dan majalah, malayari Internet,
melalui pengalaman sendiri dan orang lain, dan sebagainya. Selain belajar untuk memperoleh
kecemerlangan akademik, remaja boleh meningkatkan kemahiran diri mereka dalam apa-apa
bidang yang diminati dengan ilmu yang ada. Yang penting, ilmu yang diterima itu akan
menjadikan remaja mampu memberikan sumbangan kepada negara sama ada kecil atau besar.
Ilmu dimiliki itu pula seharusnya dimanfaatkan bersama-sama orang lain. Sebagai contoh,
remaja yang mempunyai pengetahuan tentang masakan, seharusnya menyebarluaskan ilmunya
kepada orang lain.
Remaja yang berwawasan juga pantang berputus asa. Semasa melakukan aktiviti atau
ketika menuntut ilmu tidak dapat dinafikan akan wujud halangan tertentu seperti sukar
mempelajari sesuatu perkara, masalah kewangan, kurang dorongan, dan sebagainya. Walau
bagaimanapun, halangan demikian sepatutnya tidak akan melemahkan semangat remaja,
sebaliknya perlu diharungi dengan tabah supaya memperoleh kejayaan, bak peribahasa, berakit-
rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
Selain itu, remaja perlu inovatif. Remaja yang berwawasan seharusnya sanggup
mempelajari dan menguasai pelbagai cabang ilmu, terutamanya ilmu dari negara-negara maju
seperti Amerika, Jepun, dan Korea, khususnya penyelidikan dan pengembangan. Ilmu yang
dikuasai itu haruslah dapat dikembangkan dalam acuan Malaysia supaya dapat digunakan
dalam membangunkan model insan. Jepun dan Korea misalnya, mengambil teknologi dari
negara Barat tetapi mereka mengadaptasi teknologi tersebut mengikut acuan persekitaran
mereka sehingga produk yang dihasilkan beridentiti mereka dan lebih canggih. Jika remaja kita
boleh berbuat demikian, maka tidak hairanlah pemenang Hadiah Nobel akan menjadi milik
warga Malaysia suatu hari nanti.
Kesimpulannya, remaja yang berwawasan haruslah dibentuk oleh semua pihak mulai
sekarang agar mereka dapat menjadi warga Malaysia yang berkualiti dan unggul. Remaja sendiri
perlu mempunyai kekuatan diri untuk melakukan perubahan, bukannya menunggu orang lain
untuk mengubahnya.
Oleh : Nik Tik Hajar Aisyah bt Ismail
“Adalah menjadi harapan saya agar rakyat Malaysia akan sentiasa beringat dan berwaspada semasa
dalam perjalanan pulang ke kampung halaman. Bersama kita jadikan jalan raya kita jalan yang
selamat”.
Demikianlah sedutan ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri
Abdullah Ahmad Badawi ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama-sama anak yatim di
Putrajaya baru-baru ini. Peribahasa alah bisa tegal biasa kini telah menjadi sinonim dengan
masyarakat Malaysia memandangkan saban hari rakyat Malaysia disajikan dengan berita-berita
kemalangan jalan raya yang menyayatkan hati sama ada di dada akhbar mahupun di kaca televisyen.
Walaupun OPS Sikap XIII sempena Aidilfitri baru-baru ini berjaya mengurangkan kes kemalangan
maut daripada 213 kes kepada 203 kes, namun statistik masih menunjukkan bahawa kemalangan
keseluruhan pada tahun ini meningkat sebanyak lima peratus berbanding tahun lalu. Persoalannya,
apakah punca-punca yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya walaupun pelbagai pihak
telah memainkan peranan mereka dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya?
Mengikut kajian yang dijalankan oleh Universiti Teknologi Mara (UTM), sikap pemandu ketika
berada di jalan raya merupakan faktor dominan berlakunya kemalangan jalan raya. Memang tidak
dapat dinafikan, pemandu marcapada ini memandang enteng terhadap peraturan-peraturan jalan raya
yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.. Buktinya, ramai pemandu yang tidak mematuhi ‘speed
limit’ terutamanya ketika memandu di lebuh raya sehingga menyebabkan mereka gagal mengawal
kenderaan apabila cuba membelok ke kanan atau ke kiri di selekoh-selekoh jalan. Di sisi itu, risiko
untuk seseorang mengalami kecelakaan jalan raya adalah lebih tinggi bagi mereka yang memandu
dalam keadaan mengantuk atau pun mabuk. Hal ini demikian kerana pemandu yang memandu
kenderaan ketika mengantuk akan hilang konsentrasi semasa memandu dan secara tidak langsung
menyebabkan kenderaan dikawal secara ‘auto-pilot’ yang akhirnya membawa kepada kemalangan
jalan raya. Selain itu, sikap sesetengah pemandu yang leka berbual-bual dengan rakan sebelah serta
mengggunakan telefon bimbit ketika memandu turut menyebabkan kemalangan. Pernyataan ini
diperkuatkan lagi apabila statistik menunjukkan bahawa 94 peratus pengguna jalan raya terlibat dalam
kemalangan jalan raya berpunca daripada sikap acuh tak acuh mereka ketika berada di jalan raya.
Pendek kata, kecuaian pemandu ketika di jalan raya merupakan penyumbang utama kemalangan jalan
raya.
Bak kata pepatah Melayu, “kalau tidak ada angin, masakan pokok bergoyang” kerana setiap
perkara yang berlaku pasti ada sebabnya. Selain daripada faktor manusia, keadaan fizikal jalan raya
yang tidak memuaskan turut membawa kepada kemalangan jalan raya. Di samping struktur jalan yang
berlekak-lekuk serta mempunyai permukaan yang tidak rata, infrastruktur jalan yang turut gagal
berfungsi juga boleh membahayakan pengguna jalan raya khususnya bagi mereka yang memandu
pada waktu malam. Seperti yang kita ketahui, rakyat Malaysia gemar memulakan perjalanan mereka
pada waktu malam khususnya pada musim perayaan bagi mengelakkan masalah kesesakan lalu lintas.
Namun, ketiadaan lampu jalan di sepanjang jalan raya menyebabkan keadaan sekeliling menjadi gelap
dan seterusnya membataskan penglihatan para pemandu terhadap objek di hadapan mereka. Kondisi
sebegini bukan sahaja mengganggu tumpuan pemandu malah secara tidak langsung menyebabkan
pemandu tidak sedar akan posisi sebenar kenderaan mereka. Tambahan pula, ketiadaan penghadang
jalan raya terutamanya di kawasan-kawasan yang tinggi seperti Genting Highlands meningkatkan lagi
risiko untuk sesebuah kenderaan terbabas jatuh ke dalam lembah yang curam. Oleh itu, jelaslah
bahawa kemalangan jalan raya turut berlaku apabila prasarana jalan raya berada dalam keadaan yang
kurang memuaskan.
Melihat dari perspektif yang berbeza, aktiviti lumba haram yang semakin menjad-jadi juga sering
menyebabkan kemalangan maut terutamanya dalam kalangan katak-katak rempit. Tanpa mengira
keadaan trafik, para pelumba motosikal haram ini akan berkumpul dan berlumba di tengah-tengah
kota pada malam hujung minggu. Kodok-kodok rempit ini akan bermaharajalela di jalan-jalan raya
dan menjadi pemandu yang beraja di mata dan bersultan di hati dengan aksi-aksi yang
membanggakan diri masing-masing. Aksi-aksi lumba haram yang ganas seperti ‘drift and drag’, gaya
aerospace dan superman bukan sahaja salah di sisi undang-undang negara, malah membahayakan
nyawa penguna jalan raya yang lain serta nyawa pelumba haram itu sendiri. Cuba kita bayangkan
pelbagai kemungkinan yang akan menimpa pelumba haram yang memecut laju dengan kelajuan 200
kilometer sejam secara tiba-tiba gagal mengawal motosikalnya dan melanggar seorang kanak-kanak.
Adakah dia dan kanak-kanak itu masih terselamat? Dan adakah dia akan dibawa ke muka pengadilan
setelah menyebabkan kematian seorang kanak-kanak yang tidak berdosa? Maka, tidak hairanlah jika
aktiviti lumba haram menjadi salah satu punca utama peningkatan kadar kemalangan jalan raya yang
kini bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.
Dalam pada itu, kelemahan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan juga merupakan punca
kecelakaan di jalan raya. Walaupun Malaysia mempunyai undang-undang dan peraturan yang ketat
serta mampu memberi kesan terhadap psikologi masyarakat tempatan, namun ketidaktegasan dalam
pelaksanaan undang-undang sudah pasti membuka ruang kepada sesetengah pihak untuk terus
melakukan kesalahan di jalan raya. Sebagai contoh, akibat daripada ketidakjujuran segelintir pihak
berkuasa yang sanggup menerima rasuah, pemandu bas yang mempunyai 13 saman dan dua waran
tangkap masih terlepas daripada tindakan undang-undang. Hal ini diperkukuhkan lagi apabila sebuah
bas yang digunakan sejak tahun 1987 serta telah empat kali gagal dalam pemeriksaan Puspakom Sdn
Bhd kerana masalah brek, serta disaman 19 kali oleh pihak polis sejak tahun 1991 dan merekodkan 79
saman daripada pihak JPJ semenjak lima tahun lalu masih lagi dibenarkan beroperasi di jalan raya.
Adakah pihak berkuasa terlalu alpa akan tanggungjawab mereka dalam memakmurkan alam sehingga
memandang enteng terhadap perkara sebegini? Di manakah terletaknya keadilan dan keunggulan
undang-undang negara sehinggakan fenomena sebegini masih diberi muka? Tuntasnya, kelemahan
penguatkuasaan undang-undang turut menjadi dalang dalam masalah kemalangan jalan raya.
Secara intihanya, kemalangan maut di jalan raya berpunca daripada pelbagai faktor. Pada
hakikatnya, kecelakaan jalan raya bukan sahaja mengakibatkan kecederaan serta menyebabkan
banyak nyawa terkorban, malah telah memusnahkan alam sekitar dan kemudahan-kemudahan yang
terdapat di jalan raya. Hal ini secara tidak lansung telah menyumbang kepada kejatuhan ekonomi
negara memandangkan pihak kerajaan terpaksa menghabiskan berjuta-juta ringgit untuk membaik
pulih infrastruktur jalan. Oleh hal yang demikian, pelbagai pihak haruslah berganding bahu dalam
mencari ikhtiar supaya kadar kemalangan maut jalan raya di Malaysia dapat dikurangkan. Jika negara
Beijing berjaya melakukannya, mengapa tidak Malaysia? Malaysia boleh! Insya-Allah.
Ibu bapa memainkan peranan penting untuk mencorakkan masa depan seseorang. Pada
pendapat anda, apakah peranan ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai
kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.
Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam sesebuah keluarga. Sebagai anak, seseorang
itu memerlukan bantuan dan sokongan daripada ibu bapa untuk mencapai kejayaan yang
cemerlang dalam pelajaran. Dengan bantuan dan doa daripada ibu bapa, maka anak-anak mampu
mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik
anak-anak hingga mencapai kejayaan merupakan tugas yang amat berat dan tidak dapat
dinafikan oleh sesiapa pun. Oleh hal yang demikian, ibu bapa sentiasa memainkan pelbagai
peranan untuk memastikan anak-anak cemerlang dalam pelajaran.
Salah satu peranan yang dapat dimainkan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai
kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran ialah membesarkan anak-anak dalam suasana yang
harmoni dan ceria. Keharmonian dan keceriaan menjamin anak-anak membesar dengan selamat
dan sihat. Hal ini demikian kerana kehidupan yang bahagia akan membebaskan anak-anak
daripada masalah keluarga seperti pertelingkahan antara ibu bapa dan apa-apa jua masalah yang
dapat mengganggu keharmonian dan kesejahteraan keluarga. Melalui cara ini, anak-anak dapat
menumpukan perhatian yang sepenuhnya dalam pelajaran mereka kerana tidak dibebani tekanan
yang berat. Dalam hal ini, anak-anak akan dapat berusaha dengan bersungguh-sungguh tanpa
gangguan dalam pelajaran mereka kerana mereka hidup dalam keadaan gembira dan seronok
pada setiap hari. Tegasnya, ibu bapa bertanggungjawab memastikan anak-anak membesar dalam
suasana yang harmoni dan ceria sepanjang masa bagi mencapai kejayaan yang cemerlang dalam
pelajaran.
Selain itu, ibu bapa juga mestilah bertanggungjawab mengawasi perkembangan dan pergaulan
anak-anak mereka dengan rakan sebaya. Pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya memberikan
pengaruh yang besar dalam kehidupan harian dan masa depan anak-anak. Hal ini demikian kerana
anak-anak lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya dalam segala tindakan atau kelakuan.
Dalam kebanyakan keadaan, anak-anak lebih mempercayai dan meyakini kawan daripada ibu
bapa sehingga merreka sukar untuk membezakan perkara yang baik dengan perkara yang buruk.
Apabila anak-anak bergaul dengan rakan bermasalah, seperti ponteng sekolah, menghisap rokok,
dan sebagainya, mereka akan mengikut jejak rakan sebaya mereka itu dan lama-kelamaan
mereka tidak berminat untuk belajar. Untuk menangani hal ini, ibu bapa mestilah mengenali latar
belakang setiap rakan sebaya anak mereka dan mengenal pasti perubahan yang berlaku kepada
anak-anak mereka pada setiap masa. Melalui cara ini, ibu bapa akan dapat menangani sesuatu
perkara yang melanda anak mereka lebih awal, bak kata pepatah “ beringat sebelum kena,
berjimat sebelum habis.”
Seterusnya, ibu bapa haruslah memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan agama dan
moral yang cukup. Pendidikan agama dan moral ini perlu diberikan kepada anak-anak sejak kecil
lagi. Hal ini bertepatan dengan tuntutan pepatah yang menyatakan “melentur buluh biarlah
daripada rebungya.” Seruan ini memang betul kerana lazimnya anak-anak sukar dibentuk dan
diperbetul setelah mereka melewati usia kanak-kanak. Apatah lagi, seperti kata bijak pandai,
anak-anak itu diibaratkan kain putih, jadi ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk
mencorakkannya. Jika anak-anak tidak dibentengi dengan pendidikan agama dan moral sejak
kecil, mereka dengan mudah akan dibanjiri pelbagai bentuk kejahatan yang akan merosakkan diri
mereka. Pendidikan agama dan moral yang baik membolehkan anak-anak menapis dan menepis
segala bentuk kemungkaran dan hal ini membantu mereka memperoleh kejayaan dalam pelajaran
dengan cemerlang.
Di samping itu, ibu bapa juga hendaklah berbincang dan bertukar-tukar pendapat dengan anak-
anak tentang sesuatu perkara atau masalah yang timbul. Ibu bapa juga mestilah sentiasa
mengambil berat terhadap masalah yang dihadapi anak-anak dan tidak menjadikan kesibukan
bekerja sebagai alasan untuk menjauhi anak-anak. Yang lebih penting, ibu bapa mestilah bersedia
untuk menjadi pendengar yang baik kepada anak-anak. Kesedihan anak-anak mestilah dikongsi
bersama supaya segala masalah yang ditanggung mereka tidak terperap dan membengkak di
dalam hati mereka. Biasanya, ana-anak yang memendam perasaan tidak dapat menumpukan
perhatian mereka dalam pelajaran, dan dengan demikian menjadi salah seorang yang tercicir
dalam pelajaran. Natijahnya, komunikasi dua hala dan perbincangan antara ibu bapa dengan
anak-anak dapat melorongkan mereka ke gerbang kejayaan.
Sebagai kesimpulannya, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam membantu kejayaan
anak-anak. Ibu bapa hendaklah bertanggungjawab terhadap masa depan anak-anak sebelum nasi
menjadi bubur. Sekiranya anak-anak terjebak dalam masalah social, keadaan akan menjadi
semakin serius dan sukar untuk diselamatkan. Jika ibu bapa kurang memberikan perhatian
terhadap masa depan anak-anak, mereka sangat sukar untuk mencapai kejayaan. Oleh itu, ibu
bapa memainkan peranan yang besar dalam mencorakkan masa depan anak-anak, khususnya
untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.

More Related Content

Similar to Aqillassay

Contoh Karangan Pencemaran Sungai.docx
Contoh Karangan Pencemaran Sungai.docxContoh Karangan Pencemaran Sungai.docx
Contoh Karangan Pencemaran Sungai.docxNIZARHANIMBINTITODAK
 
Kesan jerebu
Kesan jerebuKesan jerebu
Kesan jerebuhjbhb
 
Yang Muda Berkarya
Yang Muda BerkaryaYang Muda Berkarya
Yang Muda BerkaryaViki Iswanto
 
Makalah
MakalahMakalah
Makalahcevo
 
Makalah limbah
Makalah limbahMakalah limbah
Makalah limbahembek19
 
Air merupakan sumber kehidupan
Air merupakan sumber kehidupanAir merupakan sumber kehidupan
Air merupakan sumber kehidupanmaee68
 
permasalhan sosial sosio.pptx
permasalhan sosial sosio.pptxpermasalhan sosial sosio.pptx
permasalhan sosial sosio.pptxSyifaNurainiXIPA1
 
Langkah langkah
Langkah langkahLangkah langkah
Langkah langkahjayadarshu
 
Tugas geografi
Tugas geografiTugas geografi
Tugas geografiRezha Ting
 
PERTEMUAN 1 (PPU) PARAGRAF DAN KESIMPULAN.pptx
PERTEMUAN 1 (PPU) PARAGRAF DAN KESIMPULAN.pptxPERTEMUAN 1 (PPU) PARAGRAF DAN KESIMPULAN.pptx
PERTEMUAN 1 (PPU) PARAGRAF DAN KESIMPULAN.pptxBacktobasicCourseSPN
 
PROJEK AKHIR PEMBANGUNAN MAPAN (A180315).pdf
PROJEK AKHIR PEMBANGUNAN MAPAN (A180315).pdfPROJEK AKHIR PEMBANGUNAN MAPAN (A180315).pdf
PROJEK AKHIR PEMBANGUNAN MAPAN (A180315).pdfa180315
 
E folio Pembangunan Alam Sekitar (kumpulan 7)
E folio Pembangunan Alam Sekitar (kumpulan 7)E folio Pembangunan Alam Sekitar (kumpulan 7)
E folio Pembangunan Alam Sekitar (kumpulan 7)kumpulan7
 
Kerusakan Alam yang Dilakukan Manusia
Kerusakan Alam yang Dilakukan ManusiaKerusakan Alam yang Dilakukan Manusia
Kerusakan Alam yang Dilakukan ManusiaAlveraadk
 
Dampak globalisasi bagi kesehatan dan lingkungan
Dampak globalisasi bagi kesehatan dan lingkunganDampak globalisasi bagi kesehatan dan lingkungan
Dampak globalisasi bagi kesehatan dan lingkunganRiana Sari
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangansairee
 

Similar to Aqillassay (20)

124286411 pidato-negara-bersih-rakyat-sihat
124286411 pidato-negara-bersih-rakyat-sihat124286411 pidato-negara-bersih-rakyat-sihat
124286411 pidato-negara-bersih-rakyat-sihat
 
Contoh Karangan Pencemaran Sungai.docx
Contoh Karangan Pencemaran Sungai.docxContoh Karangan Pencemaran Sungai.docx
Contoh Karangan Pencemaran Sungai.docx
 
Oumh1603
Oumh1603Oumh1603
Oumh1603
 
Kesan jerebu
Kesan jerebuKesan jerebu
Kesan jerebu
 
Yang Muda Berkarya
Yang Muda BerkaryaYang Muda Berkarya
Yang Muda Berkarya
 
Makalah
MakalahMakalah
Makalah
 
Sains B6D4E1
Sains B6D4E1Sains B6D4E1
Sains B6D4E1
 
Makalah limbah
Makalah limbahMakalah limbah
Makalah limbah
 
MASALAH SOSIAL
MASALAH SOSIALMASALAH SOSIAL
MASALAH SOSIAL
 
Air merupakan sumber kehidupan
Air merupakan sumber kehidupanAir merupakan sumber kehidupan
Air merupakan sumber kehidupan
 
permasalhan sosial sosio.pptx
permasalhan sosial sosio.pptxpermasalhan sosial sosio.pptx
permasalhan sosial sosio.pptx
 
Langkah langkah
Langkah langkahLangkah langkah
Langkah langkah
 
Tugas geografi
Tugas geografiTugas geografi
Tugas geografi
 
PERTEMUAN 1 (PPU) PARAGRAF DAN KESIMPULAN.pptx
PERTEMUAN 1 (PPU) PARAGRAF DAN KESIMPULAN.pptxPERTEMUAN 1 (PPU) PARAGRAF DAN KESIMPULAN.pptx
PERTEMUAN 1 (PPU) PARAGRAF DAN KESIMPULAN.pptx
 
PROJEK AKHIR PEMBANGUNAN MAPAN (A180315).pdf
PROJEK AKHIR PEMBANGUNAN MAPAN (A180315).pdfPROJEK AKHIR PEMBANGUNAN MAPAN (A180315).pdf
PROJEK AKHIR PEMBANGUNAN MAPAN (A180315).pdf
 
E folio Pembangunan Alam Sekitar (kumpulan 7)
E folio Pembangunan Alam Sekitar (kumpulan 7)E folio Pembangunan Alam Sekitar (kumpulan 7)
E folio Pembangunan Alam Sekitar (kumpulan 7)
 
Kerusakan Alam yang Dilakukan Manusia
Kerusakan Alam yang Dilakukan ManusiaKerusakan Alam yang Dilakukan Manusia
Kerusakan Alam yang Dilakukan Manusia
 
Dampak globalisasi bagi kesehatan dan lingkungan
Dampak globalisasi bagi kesehatan dan lingkunganDampak globalisasi bagi kesehatan dan lingkungan
Dampak globalisasi bagi kesehatan dan lingkungan
 
Alam sekitar pidato
Alam sekitar pidatoAlam sekitar pidato
Alam sekitar pidato
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangan
 

Aqillassay

  • 1. PUNCA-PUNCA PENCEMARAN SUNGAI Alam yang terbentang luas ini merupakan anugerah tuhan yang paling bernilai dan kita sebagai makhluk yang berakal diamanahkan untuk menjaganya dengan sebaik-baiknya. Alam ini haruslah dijaga dengan teliti dan dilindungi daripada pencemaran. Namun, keadaan sekarang memperlihatkan bahawa manusia alpa dengan tanggungjawab mereka untuk menjaga alam sekitar kerana terlalu sibuk mengejar kemewahan dunia. Manusia lebih sibuk mengeksploitasi alam sekitar untuk kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan kesannya kepada alam sekitar. Antara yang teruk terjejas akibat perbuatan manusia ini ialah sungai. Oleh Itu, punca-punca yang menyebabkan pencemaran perlukah dikenal pasti dengan segera atau adakah kita mahu menunggu sehingga sungai di negara kita sudah teruk tercemar, barulah kita hendak mengambil tindakan seperti kata pepatah, sudah terhantuk baru tergadah? Antara punca pencemaran sungai ialah pembuangan sampah sarap ke dalam sungai. Sampah sarap dan sisa buangan domestik yang dibuang ke dalam sungai memberikan kesan yang buruk kepada sungai. Hal ini kerana pembuangan sampah sarap ke dalam sungai akan menyebabkan sungai dipenuhi plastik sampah dan bahan terbuang yang terapung pada permukaan air. Selain itu, warna air sungai akan bertukar daripada jernih kepada kehitam-hitaman atau kehijau-hijaun. Sebagai contoh, di negara kita sendiri, jika kita lihat sungai-sungai di kawasan bandar mahupun di kawasan kampung, keadaan sungai adalah keruh dan sisa-sisa sampah boleh dilihat terampai di permukaan sungai. Kesannya, hidupan akuatik akan musnah dan sumber air manusia akan tercemar serta menyebabkan bau yang kurang menenangkan. Oleh itu, pembuangan sampah ke dalam sungai boleh menyebabkan pencemaran sungai. Tambahan pula, pembuangan sisa-sisa daripada kilang-kilang juga menyebabkan berlakunya pencemaran sungai. Lazimnya, aktiviti pembuangan sisa-sisa ke dalam sungai ini adalah perbuatan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang mementingkan keuntungan semata-mata. Kilang-kilang yang dibina di tepi sungai pada kebiasaanya akan mengalirkan sisa-sisa daripada kilang ke dalam sungai sebagai cara mudah untuk melupuskan sisa –sisa tersebut. Apabila sisa ini dialirkan ke sungai, pengusaha kilang dapat menjimatkan kos bagi pelupusan sisa tersebut. Sikap pengusaha tersebut diibaratkan seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Kesannya, sungai akan dicemari dengan sisa-sisa toksik dan bahan-bahan kimia yang merendahkan kualiti air dan sungai menjadi tidak sesuai untuk didiami hidupan-hidupan akuatik. Dengan ini, pengaliran sisa kilang sememangnya memberikan impak buruk kepada sungai. Di samping itu, pencemaran sungai juga berpunca daripada kegiatan pembalakan. Kegiatan pembalakan merupakan kegiatan penebangan pokok-pokok untuk tujuan pembangunan dan industri pembuatan. Pencemaran sungai ini terjadi apabila ikatan zarah tanah menjadi longgar disebabkan akar pokok yang mengikat struktur tanah tersebut telah mati akibat daripada aktiviti penebangan. Oleh itu, tanah akan terhakis dengan mudah dan menyebabkan air sungai dicemari dengan tanah tersebut. Selain itu, ranting-ranting pokok dan kayu-kayu yang dibuang ke dalam sungai juga akan menyebabkan sungai-sungai tersekat. Kesannya, bencana alam seperti banjir kilat dan wabak penyakit akan berlaku dan kualiti air untuk tujuan domestik akan menurun berikutan adanya mendapan tanah yang banyak di dalam air sungai. Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa kegiatan pembalakan dapat memberikan kesan buruk terhadap sungai. Kesimpulannya, punca-punca yang menyebabkan pencemaran sungai ini perlulah diteliti dengan lebih mendalam agar usaha-usaha menangani masalah pencemaran ini dapat
  • 2. dijalankan dengan lebih berkesan. Pihak kerajaan seharusnya mengambil langkah yang proaktif dengan mengadakan lebih banyak kempen kesedaran tentang kepentingan penjagaan sungai. Malah pihak yang berwajib juga boleh mengenakan denda yang lebih tinggi kepada pihak-pihak yang melakukan pencemaran sungai serta mengadakan pemantauan yang lebih kerap terhadap kualiti air sungai di negara kita bak kata pepatah mencegah lebih baik daripada mengubati. Diharapkan, pencemaran sungai dapat diatasi dengan segera agar generasi akan dating dapat menikmati alam sekitar yang kita wariskan kepada mereka tanpa sebarang masalah seperti kata bijak pandai, alam bukan diwarisi daripada nenek moyang tetapi dipinjam daripada generasi akan datang.
  • 3. Gambar dibawah ini menunjukkan sebahagian daripada ciri generasi yang berwawasan. Huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri generasi yang berwawasan. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan  Bersemangat patriotik  Berusaha membina ilmu  Pantang berputus asa  Inovatif Remaja merupakan aset negara. Remaja juga pelapis pemimpin pada masa hadapan. Kepentingan mereka kepada negara tidak dinafikan lagi, apatah lagi dalam usaha kita untuk melangkah ke arah negara maju menjelang tahun 2020. Apakah ciri-ciri yang perlu ada dalam diri remaja yang berwawasan untuk menyahut Wawasan 2020? Ciri pertama dan paling penting adalah mempunyai semangat patriotik. Sebagai warganegara Malaysia yang sejati, remaja harus menyayangi negara ini dengan sepenuh hati tanpa sebarang prasangka. Cara yang boleh dilakukan untuk membuktikan kecintaan terhadap negara dengan mematuhi undang-undang. Di samping itu, para remaja hendaklah sentiasa mendahulukan kepentingan negara dalam apa-apa tindakan. Remaja perlu memahami kandungan Rukun Negara sebagai teras. Penglibatan remaja dalam Program Latihan Khidmat Negara misalnya, merupakan contoh terbaik untuk menanam perasaan cinta akan negara dalam kalangan remaja Malaysia. Remaja juga perlu berusaha untuk menuntut ilmu setiap masa. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menuntut ilmu seperti membaca buku, akhbar, dan majalah, malayari Internet, melalui pengalaman sendiri dan orang lain, dan sebagainya. Selain belajar untuk memperoleh kecemerlangan akademik, remaja boleh meningkatkan kemahiran diri mereka dalam apa-apa bidang yang diminati dengan ilmu yang ada. Yang penting, ilmu yang diterima itu akan menjadikan remaja mampu memberikan sumbangan kepada negara sama ada kecil atau besar. Ilmu dimiliki itu pula seharusnya dimanfaatkan bersama-sama orang lain. Sebagai contoh, remaja yang mempunyai pengetahuan tentang masakan, seharusnya menyebarluaskan ilmunya kepada orang lain. Remaja yang berwawasan juga pantang berputus asa. Semasa melakukan aktiviti atau ketika menuntut ilmu tidak dapat dinafikan akan wujud halangan tertentu seperti sukar mempelajari sesuatu perkara, masalah kewangan, kurang dorongan, dan sebagainya. Walau bagaimanapun, halangan demikian sepatutnya tidak akan melemahkan semangat remaja, sebaliknya perlu diharungi dengan tabah supaya memperoleh kejayaan, bak peribahasa, berakit- rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Selain itu, remaja perlu inovatif. Remaja yang berwawasan seharusnya sanggup mempelajari dan menguasai pelbagai cabang ilmu, terutamanya ilmu dari negara-negara maju seperti Amerika, Jepun, dan Korea, khususnya penyelidikan dan pengembangan. Ilmu yang dikuasai itu haruslah dapat dikembangkan dalam acuan Malaysia supaya dapat digunakan dalam membangunkan model insan. Jepun dan Korea misalnya, mengambil teknologi dari negara Barat tetapi mereka mengadaptasi teknologi tersebut mengikut acuan persekitaran mereka sehingga produk yang dihasilkan beridentiti mereka dan lebih canggih. Jika remaja kita boleh berbuat demikian, maka tidak hairanlah pemenang Hadiah Nobel akan menjadi milik warga Malaysia suatu hari nanti. Kesimpulannya, remaja yang berwawasan haruslah dibentuk oleh semua pihak mulai sekarang agar mereka dapat menjadi warga Malaysia yang berkualiti dan unggul. Remaja sendiri
  • 4. perlu mempunyai kekuatan diri untuk melakukan perubahan, bukannya menunggu orang lain untuk mengubahnya.
  • 5. Oleh : Nik Tik Hajar Aisyah bt Ismail “Adalah menjadi harapan saya agar rakyat Malaysia akan sentiasa beringat dan berwaspada semasa dalam perjalanan pulang ke kampung halaman. Bersama kita jadikan jalan raya kita jalan yang selamat”. Demikianlah sedutan ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama-sama anak yatim di Putrajaya baru-baru ini. Peribahasa alah bisa tegal biasa kini telah menjadi sinonim dengan masyarakat Malaysia memandangkan saban hari rakyat Malaysia disajikan dengan berita-berita kemalangan jalan raya yang menyayatkan hati sama ada di dada akhbar mahupun di kaca televisyen. Walaupun OPS Sikap XIII sempena Aidilfitri baru-baru ini berjaya mengurangkan kes kemalangan maut daripada 213 kes kepada 203 kes, namun statistik masih menunjukkan bahawa kemalangan keseluruhan pada tahun ini meningkat sebanyak lima peratus berbanding tahun lalu. Persoalannya, apakah punca-punca yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya walaupun pelbagai pihak telah memainkan peranan mereka dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya? Mengikut kajian yang dijalankan oleh Universiti Teknologi Mara (UTM), sikap pemandu ketika berada di jalan raya merupakan faktor dominan berlakunya kemalangan jalan raya. Memang tidak dapat dinafikan, pemandu marcapada ini memandang enteng terhadap peraturan-peraturan jalan raya yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.. Buktinya, ramai pemandu yang tidak mematuhi ‘speed limit’ terutamanya ketika memandu di lebuh raya sehingga menyebabkan mereka gagal mengawal kenderaan apabila cuba membelok ke kanan atau ke kiri di selekoh-selekoh jalan. Di sisi itu, risiko untuk seseorang mengalami kecelakaan jalan raya adalah lebih tinggi bagi mereka yang memandu dalam keadaan mengantuk atau pun mabuk. Hal ini demikian kerana pemandu yang memandu kenderaan ketika mengantuk akan hilang konsentrasi semasa memandu dan secara tidak langsung menyebabkan kenderaan dikawal secara ‘auto-pilot’ yang akhirnya membawa kepada kemalangan jalan raya. Selain itu, sikap sesetengah pemandu yang leka berbual-bual dengan rakan sebelah serta mengggunakan telefon bimbit ketika memandu turut menyebabkan kemalangan. Pernyataan ini diperkuatkan lagi apabila statistik menunjukkan bahawa 94 peratus pengguna jalan raya terlibat dalam kemalangan jalan raya berpunca daripada sikap acuh tak acuh mereka ketika berada di jalan raya. Pendek kata, kecuaian pemandu ketika di jalan raya merupakan penyumbang utama kemalangan jalan raya. Bak kata pepatah Melayu, “kalau tidak ada angin, masakan pokok bergoyang” kerana setiap perkara yang berlaku pasti ada sebabnya. Selain daripada faktor manusia, keadaan fizikal jalan raya yang tidak memuaskan turut membawa kepada kemalangan jalan raya. Di samping struktur jalan yang berlekak-lekuk serta mempunyai permukaan yang tidak rata, infrastruktur jalan yang turut gagal berfungsi juga boleh membahayakan pengguna jalan raya khususnya bagi mereka yang memandu pada waktu malam. Seperti yang kita ketahui, rakyat Malaysia gemar memulakan perjalanan mereka pada waktu malam khususnya pada musim perayaan bagi mengelakkan masalah kesesakan lalu lintas. Namun, ketiadaan lampu jalan di sepanjang jalan raya menyebabkan keadaan sekeliling menjadi gelap dan seterusnya membataskan penglihatan para pemandu terhadap objek di hadapan mereka. Kondisi sebegini bukan sahaja mengganggu tumpuan pemandu malah secara tidak langsung menyebabkan pemandu tidak sedar akan posisi sebenar kenderaan mereka. Tambahan pula, ketiadaan penghadang jalan raya terutamanya di kawasan-kawasan yang tinggi seperti Genting Highlands meningkatkan lagi risiko untuk sesebuah kenderaan terbabas jatuh ke dalam lembah yang curam. Oleh itu, jelaslah bahawa kemalangan jalan raya turut berlaku apabila prasarana jalan raya berada dalam keadaan yang kurang memuaskan.
  • 6. Melihat dari perspektif yang berbeza, aktiviti lumba haram yang semakin menjad-jadi juga sering menyebabkan kemalangan maut terutamanya dalam kalangan katak-katak rempit. Tanpa mengira keadaan trafik, para pelumba motosikal haram ini akan berkumpul dan berlumba di tengah-tengah kota pada malam hujung minggu. Kodok-kodok rempit ini akan bermaharajalela di jalan-jalan raya dan menjadi pemandu yang beraja di mata dan bersultan di hati dengan aksi-aksi yang membanggakan diri masing-masing. Aksi-aksi lumba haram yang ganas seperti ‘drift and drag’, gaya aerospace dan superman bukan sahaja salah di sisi undang-undang negara, malah membahayakan nyawa penguna jalan raya yang lain serta nyawa pelumba haram itu sendiri. Cuba kita bayangkan pelbagai kemungkinan yang akan menimpa pelumba haram yang memecut laju dengan kelajuan 200 kilometer sejam secara tiba-tiba gagal mengawal motosikalnya dan melanggar seorang kanak-kanak. Adakah dia dan kanak-kanak itu masih terselamat? Dan adakah dia akan dibawa ke muka pengadilan setelah menyebabkan kematian seorang kanak-kanak yang tidak berdosa? Maka, tidak hairanlah jika aktiviti lumba haram menjadi salah satu punca utama peningkatan kadar kemalangan jalan raya yang kini bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Dalam pada itu, kelemahan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan juga merupakan punca kecelakaan di jalan raya. Walaupun Malaysia mempunyai undang-undang dan peraturan yang ketat serta mampu memberi kesan terhadap psikologi masyarakat tempatan, namun ketidaktegasan dalam pelaksanaan undang-undang sudah pasti membuka ruang kepada sesetengah pihak untuk terus melakukan kesalahan di jalan raya. Sebagai contoh, akibat daripada ketidakjujuran segelintir pihak berkuasa yang sanggup menerima rasuah, pemandu bas yang mempunyai 13 saman dan dua waran tangkap masih terlepas daripada tindakan undang-undang. Hal ini diperkukuhkan lagi apabila sebuah bas yang digunakan sejak tahun 1987 serta telah empat kali gagal dalam pemeriksaan Puspakom Sdn Bhd kerana masalah brek, serta disaman 19 kali oleh pihak polis sejak tahun 1991 dan merekodkan 79 saman daripada pihak JPJ semenjak lima tahun lalu masih lagi dibenarkan beroperasi di jalan raya. Adakah pihak berkuasa terlalu alpa akan tanggungjawab mereka dalam memakmurkan alam sehingga memandang enteng terhadap perkara sebegini? Di manakah terletaknya keadilan dan keunggulan undang-undang negara sehinggakan fenomena sebegini masih diberi muka? Tuntasnya, kelemahan penguatkuasaan undang-undang turut menjadi dalang dalam masalah kemalangan jalan raya. Secara intihanya, kemalangan maut di jalan raya berpunca daripada pelbagai faktor. Pada hakikatnya, kecelakaan jalan raya bukan sahaja mengakibatkan kecederaan serta menyebabkan banyak nyawa terkorban, malah telah memusnahkan alam sekitar dan kemudahan-kemudahan yang terdapat di jalan raya. Hal ini secara tidak lansung telah menyumbang kepada kejatuhan ekonomi negara memandangkan pihak kerajaan terpaksa menghabiskan berjuta-juta ringgit untuk membaik pulih infrastruktur jalan. Oleh hal yang demikian, pelbagai pihak haruslah berganding bahu dalam mencari ikhtiar supaya kadar kemalangan maut jalan raya di Malaysia dapat dikurangkan. Jika negara Beijing berjaya melakukannya, mengapa tidak Malaysia? Malaysia boleh! Insya-Allah.
  • 7. Ibu bapa memainkan peranan penting untuk mencorakkan masa depan seseorang. Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam sesebuah keluarga. Sebagai anak, seseorang itu memerlukan bantuan dan sokongan daripada ibu bapa untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Dengan bantuan dan doa daripada ibu bapa, maka anak-anak mampu mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik anak-anak hingga mencapai kejayaan merupakan tugas yang amat berat dan tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun. Oleh hal yang demikian, ibu bapa sentiasa memainkan pelbagai peranan untuk memastikan anak-anak cemerlang dalam pelajaran. Salah satu peranan yang dapat dimainkan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran ialah membesarkan anak-anak dalam suasana yang harmoni dan ceria. Keharmonian dan keceriaan menjamin anak-anak membesar dengan selamat dan sihat. Hal ini demikian kerana kehidupan yang bahagia akan membebaskan anak-anak daripada masalah keluarga seperti pertelingkahan antara ibu bapa dan apa-apa jua masalah yang dapat mengganggu keharmonian dan kesejahteraan keluarga. Melalui cara ini, anak-anak dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya dalam pelajaran mereka kerana tidak dibebani tekanan yang berat. Dalam hal ini, anak-anak akan dapat berusaha dengan bersungguh-sungguh tanpa gangguan dalam pelajaran mereka kerana mereka hidup dalam keadaan gembira dan seronok pada setiap hari. Tegasnya, ibu bapa bertanggungjawab memastikan anak-anak membesar dalam suasana yang harmoni dan ceria sepanjang masa bagi mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Selain itu, ibu bapa juga mestilah bertanggungjawab mengawasi perkembangan dan pergaulan anak-anak mereka dengan rakan sebaya. Pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya memberikan pengaruh yang besar dalam kehidupan harian dan masa depan anak-anak. Hal ini demikian kerana anak-anak lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya dalam segala tindakan atau kelakuan. Dalam kebanyakan keadaan, anak-anak lebih mempercayai dan meyakini kawan daripada ibu bapa sehingga merreka sukar untuk membezakan perkara yang baik dengan perkara yang buruk. Apabila anak-anak bergaul dengan rakan bermasalah, seperti ponteng sekolah, menghisap rokok, dan sebagainya, mereka akan mengikut jejak rakan sebaya mereka itu dan lama-kelamaan mereka tidak berminat untuk belajar. Untuk menangani hal ini, ibu bapa mestilah mengenali latar belakang setiap rakan sebaya anak mereka dan mengenal pasti perubahan yang berlaku kepada anak-anak mereka pada setiap masa. Melalui cara ini, ibu bapa akan dapat menangani sesuatu perkara yang melanda anak mereka lebih awal, bak kata pepatah “ beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis.” Seterusnya, ibu bapa haruslah memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan agama dan moral yang cukup. Pendidikan agama dan moral ini perlu diberikan kepada anak-anak sejak kecil lagi. Hal ini bertepatan dengan tuntutan pepatah yang menyatakan “melentur buluh biarlah daripada rebungya.” Seruan ini memang betul kerana lazimnya anak-anak sukar dibentuk dan diperbetul setelah mereka melewati usia kanak-kanak. Apatah lagi, seperti kata bijak pandai, anak-anak itu diibaratkan kain putih, jadi ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk mencorakkannya. Jika anak-anak tidak dibentengi dengan pendidikan agama dan moral sejak kecil, mereka dengan mudah akan dibanjiri pelbagai bentuk kejahatan yang akan merosakkan diri mereka. Pendidikan agama dan moral yang baik membolehkan anak-anak menapis dan menepis segala bentuk kemungkaran dan hal ini membantu mereka memperoleh kejayaan dalam pelajaran dengan cemerlang. Di samping itu, ibu bapa juga hendaklah berbincang dan bertukar-tukar pendapat dengan anak- anak tentang sesuatu perkara atau masalah yang timbul. Ibu bapa juga mestilah sentiasa mengambil berat terhadap masalah yang dihadapi anak-anak dan tidak menjadikan kesibukan bekerja sebagai alasan untuk menjauhi anak-anak. Yang lebih penting, ibu bapa mestilah bersedia untuk menjadi pendengar yang baik kepada anak-anak. Kesedihan anak-anak mestilah dikongsi bersama supaya segala masalah yang ditanggung mereka tidak terperap dan membengkak di
  • 8. dalam hati mereka. Biasanya, ana-anak yang memendam perasaan tidak dapat menumpukan perhatian mereka dalam pelajaran, dan dengan demikian menjadi salah seorang yang tercicir dalam pelajaran. Natijahnya, komunikasi dua hala dan perbincangan antara ibu bapa dengan anak-anak dapat melorongkan mereka ke gerbang kejayaan. Sebagai kesimpulannya, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam membantu kejayaan anak-anak. Ibu bapa hendaklah bertanggungjawab terhadap masa depan anak-anak sebelum nasi menjadi bubur. Sekiranya anak-anak terjebak dalam masalah social, keadaan akan menjadi semakin serius dan sukar untuk diselamatkan. Jika ibu bapa kurang memberikan perhatian terhadap masa depan anak-anak, mereka sangat sukar untuk mencapai kejayaan. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam mencorakkan masa depan anak-anak, khususnya untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.