Retinoscopy on human eye

642 views

Published on

Retinoscopy technique

Published in: Healthcare
0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
642
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
4
Actions
Shares
0
Downloads
19
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide
  • At the retinoscopy end point : the combination of the eye’s optics and ret lenses is focused at the retinoscope

    Adjustment for the working distance: Adjustment (dioptres) = 1/[working distance (m)]

    Final Rx (sphere) = sphere – adjustment

    Working distance: standard is 67 cm Adjustment = 1.50D

    Practitioners with short arms may use 50 cm
    (adjustment = 2.00D)


  • Retinoscopy on human eye

    1. 1. Shared by: Anis Suzanna Binti Mohamad Optometrist
    2. 2. REFRAKSI (refraction)  Biasanya melibatkan refraksi objektif (retinoskop) diikuti dengan refraksi subjektif.  Refraksi objektif dengan retinoskop memberikan permulaan bagi refraksi subjektif.  Dalam sesetengah keadaan, hanya refraksi objektif ATAU subjektif sahaja boleh dilakukan.  Refraksi boleh dilakukan menggunakan foropter (refractor) atau bingkai cubaan (trial frame).
    3. 3. REFRAKSI (refraction)  Target fiksasi Tidak mengaruh mata untuk berakomodasi (non- accommodative target) – mata mestilah dalan keadaan relax Misalnya lampu spot pada jarak 6 meter.  Kanta kabut (fogging lens) Guna kanta positif – mata mestilah dalam keadaan relax. Biasanya kuasa kanta kerja (WDL +1.50D atau +2.00D) cukup untuk kabutkan mata – letakkan WDL pada kedua-dua mata. JANGAN TUTUP (occlude) mata yang tidak diperiksa.
    4. 4. REFRAKSI (refraction)  Kedudukan dan jajaran (alignment) penting untuk mendapatkan keputusan yang tepat  WDL mestilah sepadan dengan jarak kerja yang digunakan, misalnya +1.50 D pada jarak kerja 67 cm.  Jika tidak ralat pada kuasa akhir sferikal  Jajaran dengan paksi visual pesakit ○ Jika tidak ralat kuasa akhir silinder  Pastikan fiksasi pesakit tidak dihalang.
    5. 5. REFRAKSI (refraction)  Gunakan mata kanan (tangan kanan) untuk memeriksa mata kanan pesakit dan mata kiri (tangan kiri) untuk memeriksa mata kiri pesakit – jika tak mahir, PRACTICE!  Mulakan dengan mata kanan diikuti dengan mata kiri (JANGAN KELUARKAN kanta pembetulan yang diperolehi pada mata kanan!)
    6. 6. REFRAKSI (refraction) Pemeriksa menggunakan mata kiri (retinoskop dipegang dengan tangan kanan) untuk memeriksa mata kiri pesakit. Pesakit berfiksasi pada target jauh (a distant target) tanpa kepala pemeriksa menghalang pandangan pesakit.
    7. 7. Teknik minus selinder  Neutralkan most plus atau least minus  ini adalah kuasa kanta SFERIKAL untuk meridian pertama.  Refleks yang diperhatikan pada meridian kedua  Mestilah AGAINST  Neutralkan meridian kedua dengan kanta SILINDER MINUS  Paksi SELARI dengan ORIENTASI streak retinoskop.
    8. 8. Foropter
    9. 9. Foropter  Terdapat tiga cakera (disc) pada foropter  Kanta sfera.  Kanta selinder  Assesori.  Penukaran kanta lebih mudah dilakukan menggunakan foropter tetapi pengawalan jarak verteks sukar dilakukan.  Foropter tidak sesuai pada sesetengah pesakit, e.g., kanak-kanak, pesakit dengan low vision.
    10. 10. Refraksi subjektif  Selepas peneutralan telah dilakukan dengan kaedah retinoskopi, kuasa akhir ditentukan dengan kaedah subjektif.  Dua komponen perlu disahkan iaitu  Komponen sfera – kuasa akhir  Komponen silinder – kuasa dan paksi.
    11. 11. Retinoskopi (tanpa kanta kerja)  Retinoskopi boleh dilakukan tanpa menggunakan kanta kerja (WDL)  Misalnya jika memggunakan lens rack  atau apabila terlalu banyak kanta, berlaku pembalikan dan sukar untuk melihat refleks retinoskop.  Kuasa akhir = Kuasa kanta (sfera) yang digunakan untuk mendapat neutral – jarak kerja dioptrik (kuasa WDL).
    12. 12. Retinoskopi (tanpa kanta kerja)  Contoh retinoskopi pada jarak kerja 67 cm tanpa kanta kerja: Pergerakan sblm peneutralan : WITH Kuasa kanta untuk neutral : +4.00DS Kuasa akhir (ralat refraksi pesakit) +4.00 – (+1.50) = +2.50DS  Contoh: retinoskopi dilakukan pada jarak kerja 67 cm tanpa kanta kerja: Pergerakan sblm peneutralan : AGAINST Kuasa kanta untuk neutral : -2.00 DS Kuasa akhir (ralat refraksi pesakit) : ?
    13. 13. Ralat retinoskopi  Jika berlaku perbezaan yang ketara pada kuasa akhir yang diperolehi dengan kaedah retinoskopi berbanding kaedah subjektif, ianya mungkin berpunca dari  Interpretasi titik neutral.  Teknik pemeriksa.  Refleks yang tidak jelas atau mengelirukan (irregular) ○ Aberasi sferikal ○ Pergerakan scissor
    14. 14. Teknik pemeriksa  Ralat retinoskopi boleh berlaku jika jarak kerja tidak sepadan dengan kanta kerja atau jajaran (alignment) dengan paksi visual yang tidak tepat.  Ralat jarak kerja menyebabkan kuasa kanta pembetulan sferikal akhir tidak tepat  Pastikan jarak kerja adalah betul (misalnya 67 cm jika menggunakan +1.50DS)  Jajaran dengan paksi visual yang off (tidak tepat) menyebabkan kuasa kanta pembetulan akhir silinder yang tidak tepat diperolehi.  Pastikan retinoskopi dilakukan hampir kepada paksi visual pesakit.
    15. 15. Refleks irregular  Refleks yang irregular dan mengelirukan  Pergerakan yang berbeza pada bahagian tengah berbanding periferi pupil  Misalnya pergerakan with pada bahagian tengah dan against pada bahagian periferi apabila menghampiri neutral.  Disebabkan kehadiran aberasi sferikal apabila pupil besar  Berlaku jika pupil pesakit besar atau penggunaan ubat sikloplegia yang menyebabkan pupil mengembang.  Langkah mengatasi: tumpukan peneutralan refleks pada bahagian tengah pupil sahaja.
    16. 16. Refleks irregular  Pergerakan scissors  Pergerakan refleks retina yang kelihatan bergerak keluar dan kedalam pada arah yang bertentangan (back and forth)  Mungkin disebabkan oleh ○ Keratoconus (distorted cornea) ○ Astigmatisma yang irregular  Sukar melihat refleks dan mungkin hanya boleh menentukan ralat refraksi dengan kaedah subjektif
    17. 17. Masalah MELIHAT refleks  Sukar untuk melihat refleks pada mata dengan pupil kecil  Biasanya pada pesakit tua  Langkah mengatasi: ubah jarak kerja lebih dekat.  Pastikan kuasa kanta kerja diubah sepadan dengan jarak kerja yang digunakan.  Apabila refleks semakin mudah dilihat selepas kanta pembetulan diletakkan, cuba ubah semula pada jarak 67 atau 50 cm untuk mengurangkan ralat jarak (distance error).
    18. 18. Masalah MELIHAT refleks  Refleks yang malap (dull)  Mungkin disebakan oleh ○ Media mata pesakit yang berkabut (cloudy media) misalnya kehadiran katarak. ○ Ralat refraksi yang tinggi.  Langkah mengatasi ○ Media mata pesakit yang berkabut: ubah jarak kerja lebih dekat. ○ Ralat refraksi yang tinggi: cuba kanta dengan kuasa +ve atau –ve yang tinggi sehingga dapat melihat refleks yang lebih jelas atau gunakan cahaya konvergens jika pesakit miop tinggi.
    19. 19. Cahaya konvergens (Mengesahkan AGAINST)  Jika pesakit mempunyai ralat refraksi miopia tinggi – sukar untuk lihat pergerakan AGAINST.  Miop tinggi boleh disahkan dengan menggunakan cahaya konvergens (convergence)  Dengan cahaya menumpu (sleeve atas), pergerakan yang terbalik (reversal) akan diperhatikan iaitu WITH jika pesakit adalah miop.  Jadi jika WITH diperhatikan (dengan cahaya konvergens) ○ pesakit disahkan MIOP. ○ Lakukan peneutralan dengan mengubah sleeve kepada cahaya divergens semula dan neutralkan seperti biasa.
    20. 20. ralat refraksi tinggi  Masalah mengenal refleks apabila ralat refraksi adalah tinggi.  Tak nampak atau dull refleks  Letak kanta plus atau minus dengan kuasa tinggi e.g., +5DS atau –5D dan perhatikan refleks.  Jika letak +5D dan nampak pergerakan WITH, teruskan menambah kanta +ve sehingga neutral.  Jika letak +5D dan masih tak nampak pergerakan, keluarkan dan letak kanta –5D, jika nampak AGAINST, teruskan menambah kanta -ve sehingga neutral.
    21. 21. ralat refraksi tinggi  Tak nampak atau dull refleks (samb.)  Jika masih tidak nampak pergerakan dengan kanta +5D atau –5D, cuba dengan kuasa yang lebih tinggi, e.g., +8D atau -8D.  Kadang-kadang refleks pada mata dengan ralat refraksi tinggi kelihatan seperti NEUTRAL (refleks penuh dan tiada pergerakan).  Untuk mengesahkan samada refleks yang dilihat betul-betul neutral, beberapa clue boleh digunakan  Refleks neutral mestilah terang (bright) dan pergerakan laju  gerak beberapa cm ke hadapan – sepatutnya dapat WITH. Jika pergerakan tidak berubah, pergerakan tersebut bukan NEUTRAL.
    22. 22. Retinoskopi (special circumstances)  Penggunaan ubat sikloplegia  Boleh digunakan jika akomodasi pesakit sangat aktif, biasanya kanak-kanak.  Ubat sikloplegia menyebabkan pupil mengembang – perhatikan refleks pada bahagian tengah sahaja. Refleks pada bahagian tepi mungkin menunjukkan pergerakan yang berlainan (kehadiran aberasi sferikal).  Retinoskopi dengan lens rack  Misalnya semasa di bilik bedah, refraksi ke atas bayi atau semasa penyaringan penglihatan (screening)  Teknik kanta sfera.
    23. 23. Retinoskopi (special circumstances)  Over-refraction  diatas kaca mata pesakit.  Biasanya jika kuasa kaca mata pesakit adalah tinggi dan jarak verteks mungkin berubah jika gunakan bingkai cubaan.  Letakkan klip Halberg di atas kaca mata pesakit dan lakukan retinoskopi seperti biasa.  Lihat samada masih ada pergerakan dengan cermin mata pesakit atau neutral telah diperolehi.

    ×