Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Tugasan qgj 3043

330 views

Published on

pergerakan dan ritma

Published in: Sports
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Tugasan qgj 3043

  1. 1. QGJ3043 PERGERAKAN DAN RITMA JENIS TUGASAN: RANCANGAN KAREOGRAFI PERSEMBAHAN KREATIF TEMA: ......................ALAM NADI KEHIDUPAN..................... DISEDIAKAN OLEH: Nama ANG TENG TENG No. Matrik D20112052872 Kumpulan UPSI 17 Nama Pensyarah E-Learning En. Yusri Bin Yakub No. Telefon Pelajar 012-7125254
  2. 2. Pendahuluan Pergerakan Kreatif merupakan salah satu aktiviti penghasilan atau ekspresi kognitif, afektif yang dilahirkan melalui pergerakan. Pergerakan kreatif ialah pergerakan-pergerakan yang digambarkan secara simbolik. Pergerakan ini menginterpretasikan perasaan, idea dan tanggapan deria. Ia merangkumi 4 elemen asas iaitu tubuh badan, ruang, masa dan daya yang merupakan asas pergerakan untuk membolehkan kanak-kanak atau remaja berkomunikasi serta meningkatkan dan memperkembangkan potensi murid-murid dalam menyuarakan perasaan,idea dan menyusunkan perasaan dan idea berdasarkan tema tertentu melalui pergerakan. Secara amnya, pergerakan kreatif menggabungkan unsur pergerakan tubuh badan, irama serta daya kreativiti bagi tujuan melahirkan insan yang kreatif dan mempunyai daya ekspresi. (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1997). Rasional Lloyd (1990) mencadangkan lima komponen yang terdiri daripada tubuh badan, masa, ruang, daya dan aliran. Walaupun terdapat 16 tema dalam kandungan pergerakan kreatif, kita hanya akan memberi fokus kepada 8 tema asas yang dituntut oleh Dokumen Standard KSSR dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Ianya dihasilkan mengikut lapan tema yang terdapat di dalam pergerakan kreatif yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu kesedaran tubuh badan, kesedaran rintangan kepada beban dan ruang masa, kesedaran ruang, aliran beban badan dalam ruang dan masa, penyesuaian terhadap kawan, penggunaan tubuh badan sebagai alat, lapan lakuan daya asas dan ritma-ritma berkaitan dengan pekerjaan.
  3. 3. Objektif Pergerakan kreatif bertujuan untuk: 1) Memberi kesedaran dan kefahaman kepada kanak-kanak tentang tubuh badan sebagai perantaraan untuk bergerak. 2) Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mencipta, menjadi kreatif dalam meneroka pergerakan serta menghadapi cabaran. 3) Melahirkan insan yang sentiasa patuh kepada peraturan dengan melaksanakan pergerakan yang lebih terarah kepada tema yang diberikan serta fokus kepada sesuatu perkara yang dilakukan. 4) Memberi kebebasan dan kesedaran serta memupuk pengawalan dalam penggunaan tubuh badan sebagai alat pencurahan perasaan dan idea. 5) Memperkembangkan perasaan untuk perkaitan pergerakan kreatif dengan rangsangan bunyi (muzik, suara dan visual). 6) Menanam ciri-ciri pencurahan idea atau perasaan individu serta semangat berkumpulan dalam pergerakan kreatif yang dihasilkan. 7) Meningkatkan tahap kecergasan melalui pergerakan yang dilakukan.
  4. 4. FORMAT TUGASAN KRITERIA HURAIAN CATATAN Tajuk Alam Nadi Kehidupan Jumlah peserta 45 orang (semua murid kelas 2D) Props dan 1) Topeng burung, orang utan, gajah, kostum monyet, bunga dan pokok 2) Latar belakang / suasana di dalam hutan 3) Costume burung, orang utan, gajah, monyet, bunga dan pokok. Lagu / bunyi latar belakang 1) Bunyi kicauan burung 2) lagu Bebas (Kumpulan kool) 3) lagu ‘earth song’ oleh ‘Michael Jackson’ 4) muzik Hoorey Hoorey dan Kalau Rasa Gembira Objektif 1) Objektif kognitif – murid boleh menyebut sekurang-kurangnya 3 contoh pergerakan kreatif 2) Objektif psikomotor – murid boleh melakukan pergerakan dengan mengambil kira aspek beban halus ringan 3) Objektif afektif – murid boleh menunjukkan semangat kerjasama dalam aktiviti yang dijalankan Aspek keselamatan 1) Membuat pergerakan dengan berhati-hati seperti mengambil langkah untuk melakukan pemanasan badan sebelum melakukan
  5. 5. pergerakan kreatif bagi mengelakkan kecederaan otot mahupun tubuh badan. 2) Memastikan costume yang disediakan adalah tidak terlalu panjang agar murid-murid bebas melakukan pergerakan dan tidak akan terpijak costume sendiri mahupun costume rakan lain. Penerapan Nilai 1) Semangat berpasukan di kalangan murid-murid dalam penghasilan pergerakan kreatif tersebut. 2) Perasaan kasih sayang terhadap hidupan alam. 3) Bekerjasama. 4) Yakin dalam melakukan sesuatu pergerakan. 5) Gembira dan seronok. HURAIAN KAREOGRAFI PERSEMBAHAN MENGIKUT SEGMEN SEGMEN / MASA HURAIAN PERLAKUAN TEMA DALAM PERGERAKAN KREATIF HURAIAN UNSUR PERGERAKAN MENGIKUT TEMA 1 (3 Minit) Murid A, B, C, D dan E akan keluar dari belakang pentas mengikut laluan zig zag sambil tangan didepakan seperti burung yang terbang. Mereka juga mengeluarkan bunyi kicauan yang gembira. (lagu Bebas oleh Kumpulan kool dimainkan) a. Tema 1: Kesedaran Tubuh Badan b. Tema 2: Kesedaran Rintangan Beban dan Masa c. Tema 3: Kesedaran Ruang d. Tema 4: Aliran Beban Badan dalam Ruang dan · menggunakan pergerakan lokomotor, bebas menggunakan anggota badan untuk bergerak · melakukan pergerakan yang lembut, halus menggunakan kekuatan otot ringan semasa bergerak · bunga-bunga bergerak ke arah kiri dan kanan · melakukan laluan zig zag semasa murid yang
  6. 6. Murid F, G, H, I dan J pula terbang ke sana-sini dan singgap di atas bunga untuk menghisap madu. Murid K, L, M dan N bergerak perlahan ke kiri dan kanan menunjukkan mimik muka ceria dan selesa. Murid O ,P, Q dan R sebagai pokok juga bergerak perlahan-lahan. Masa e. Tema 5: Penyesuaian Terhadap Rakan f. Tema 15: Formasi-formasi dalam Kumpulan melakon sebagai burung keluar dari belakang pentas · bergerak secara berkumpulan ● Formasi tidak sebentuk membenarkan murid-murid bergerak secara spontan tetapi bergerak kepada pergerakan pemimpin 2 (3 Minit) Murid S, T dan U memainkan peranan sebagai tong-tong sisa toksik yang telah dibuang oleh murid V dan W di dalam hutan. Penebangan haram dilakukan ke atas pokok-pokok yang terdapat di dalam hutan. Pokok-pokok menunjukkan perasaan sedih apabila dicantas dan jatuh berguling selepas ditebang. a. Tema 3: Kesedaran Ruang b. Tema 6: Penggunaan Tubuh Badan Sebagai Alat c. Tema 7: Lapan Lakuan Daya Asas c. Tema 8: Ritma-ritma Berkaitan Dengan Pekerjaan ● pokok jatuh ke bawah tanah dan berguling ● bentuk tubuh badan dirapatkan seperti bentuk tong sisa toksik ● cantas secara serta-merta ● lakuan pekerjaan 2 dalam perkhidmatan ( mengangkat dan membuang tong-tong sisa toksik serta buruh-menebas dan mencantas )
  7. 7. (lagu ‘earth song’ yang dinyanyikan oleh ‘Michael Jackson’ dimainkan) Ekspresi wajah yang menunjukkan perasaan sedih bagi burung-burung dan pokok-pokok melihat pencemaran atau penebangan yang dilakukan di hutan. 3 (3 Minit) Binatang-binatang seperti orang utan, gajah dan monyet lari berkeliaran kerana tempat perlindungan telah dihapuskan. Murid X, Y dan Z berlari seperti orang utan. Murid i, ii dan iii berlari dengan kaki ‘berat’ serta berlari dalam kumpulan seperti gajah. Murid iv, v dan vi melompat-lompat serta a. Tema 2: Kesedaran Rintangan Beban dan Masa b. Tema 5: Penyesuaian Terhadap Rakan c. Tema 9: Bentuk-bentuk Pergerakan · melakukan pergerakan yang lembut, halus menggunakan kekuatan otot ringan semasa bergerak · bergerak secara berkumpulan · Corak di lantai dilakukan oleh monyet seperti pergerakan lompatan dan gerak edar. · Corak di awangan pula dilakukan oleh orang utan kerana menunjukkan perasaan marahnya dengan pergerakan tangan.
  8. 8. mengeluarkan bunyi monyet semasa melarikan diri. 4 (3 Minit) Sekumpulan budak vii, viii dan ix datang ke hutan untuk membersihkan sampah-sarap yang dibuang di hutan serta menanam semula pokok-pokok. Murid-murid yang memainkan peranan pokok kecil O, P, Q dan R membesar secara beransur-ansur dan menunjukkan muka ceria. Murid K, L, M dan N membuat gerakan seperti kelopak bunga-bunga yang tumbuh mekar. a. Tema 3: Kesedaran Ruang b. Tema 7: Lapan Lakuan Daya Asas c. Tema 8: Ritma-ritma Berkaitan Dengan Pekerjaan d. Tema 10: Transisi Lapan Daya Asas ● pokok kecil membesar secara beransur-ansur ● tekan tanah dan renjis air ke atas tumbuhan baru ● lakuan pekerjaan 2 dalam perkhidmatan ( memungguh tong-tong sisa toksik dan membungkus sampah-sarap yang terdapat di dalam hutan) ● Perubahan beransur apabila pokok-pokok yang ditanam semula tumbuh 5 (3 Minit) Binatang-binatang pulang semula ke hutan dan mereka semua menari dan bermain dalam bulatan dengan gembira. (muzik Hoorey Hoorey dimainkan dan lagu Kalau Rasa Gembira a. Tema 6: Penggunaan Tubuh Badan Sebagai Alat b. Tema 11: Orientasi Ruang c. Tema 14: Kesedaran Kumpulan d.Tema 15: ● Daya cipta kreatif murid untuk membentuk huruf menggunakan tubuh badan. ● Orientasi susunan dan urutan dalam penyusunan huruf mengikut tema persembahan. ● Kesedaran Kumpulan adalah penting terutama
  9. 9. dinyanyikan bersama-sama) Semua murid yang mengambil bahagian dalam persembahan membentuk huruf ‘Alam Nadi Kehidupan’ iaitu tajuk persembahan. (rujuk lampiran) Formasi Gerakan Dalam Kumpulan bagi aspek ruang kerana murid-murid perlu menyusun huruf di atas pentas. ● Formasi bulat yang tidak ada pemimpin dibentuk kerana pergerakan seorang dalam kumpulan dijadikan pergerakan sekumpulan. Kesimpulan: Pergerakan adalah lebih efektif dan sesuai dengan naluri jiwa bagi kanak-kanak di peringkat sekolah rendah. Pergerakan merupakan media ekspresi berbanding dengan bahasa. Penggunaan pergerakan fizikal sebagai media komunikasi harus diperlakukan walaupun kanak-kanak semakin membesar. Dengan menggabungkan aktiviti pergerakan dengan aktiviti seni halus dan seni muzik, ini dapat membantu mempelbagaikan kaedah untuk melahirkan perasaan dalaman kanak-kanak. Rujukan : Wee Eng Hoe, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, Karisma Publications Sdn. Bhd. Shah Alam Tahun 2001 http://unikboss.blogspot.com/2010/10/tubuh-manusia-bisa-membentuk-huruf.html
  10. 10. Lampiran

×