SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
Memantapkan budaya ilmu dalam kalangan pelajar
Zulhairy Zakaria & Haziq Murat

ABSTRAK
Graduan kini memikul peranan dan tanggungjawab untuk mencari jalan terbaik
dalam usaha membudayakan ilmu bagi membangunkan masyarakat dan negara,
sekaligus menjadikan ilmu sebagai pemangkin dalam usaha menyelesaikan sebarang
permasalahan. Justeru, lahirlah penulisan ini bagi membincangkan tentang konsep
budaya ilmu, kepentingannya dan seterusnya cadangan mengenai langkah-langkah
terbaik untuk memantapkan budaya ilmu dalam kalangan pelajar. Teknik pengumpulan
data dijalankan secara soal selidik, pemerhatian sekeliling dan rujukan daripada bukubuku serta laman sesawang. Data ini kemudiannya telah dianalisis secara terperinci bagi
mendapatkan hasil yang dijangkakan. Hasil kajian penulis mendapati bahawa masih
ramai lagi pelajar yang kurang pendedahan mengenai budaya ilmu. Bagi merealisasikan
objektif kajian ini iaitu memupuk kesedaran pelajar terhadap budaya ilmu, penulis
berharap hasil penulisan ini dapat dijadikan panduan oleh pelajar untuk turut sama
menyemarakkan lagi amalan budaya ilmu dalam kehidupan harian.
Kata kunci : ilmu, langkah-langkah, teknik, hasil, objektif
PENGENALAN
Menurut Wan Mohd Nor dalam bukunya yang berjudul Budaya Ilmu- Satu
penjelasan, masih terdapat beberapa salah faham tentang ilmu dan peranannya di
kalangan kita. Ada yang telah mengutarakan bahawa apa yang kita sangat perlukan
masa kini bukanlah budaya ilmu, tetapi perkara-perkara lain yang mengikut mereka
adalah lebih asas. Ada yang berpendapat faktor terpenting itu adalah iman dan amalan
keagamaan, ada juga yang mengatakan kekuatan ekonomi, dan ada pula yang
menyarankan perpaduan atau semangat kebangsaan. Tidak menafikan peri-pentingnya
faktor-faktor tersebut, tetapi faktor-faktor ini hanyalah hasil atau akibat daripada faktor
yang lebih asas, iaitu ilmu. Iman atau amalan keagamaan, jika tidak didasarkan kepada
ilmu yang luas dan mendalam, hanyalah seperti bangunan di atas pasir, atau sekuat
sarang lelabah, datang ribut tumbanglah dia. Sesuatu bangsa yang memiliki kekuasaan
dan kejaan tidak boleh mempertahankan milik bangsa tersebut apatah lagi
mengembangkannya tanpa budaya ilmu yang baik malah ia akan bergantung kepada
pihak atau bangsa yang berilmu. Menyedari kepentingan ilmu, penulis ingin mengupas
mengenai pemantapan budaya ilmu dalam kalangan pelajar. Sebelum bercerita lebih
lanjut, penulis akan terlebih dahulu memperincikan tentang konsep budaya ilmu dan
kepentingannya kepada kita semua.
1)KONSEP
Konsep mengikut pengertian kamus Dewan Bahasa dan Pustaka membawa
maksud sebagai idea am atau idea yang mendasari sesuatu atau rancangan. Konsep
adalah satu gagasan idea (idea yang baru) yang abstrak untuk dijadikan satu dasar dalam
membina atau membuat sesuatu perkara(perbuatan/ tindakan). Melalui konsep, diharapkan
akan dapat memudahkan pemikiran dengan menggunakan satu istilah. Seperti yang
diungkapkan Nasution (2008) yang mendedahkan bahawa "Bila seseorang boleh menghadapi
benda atau peristiwa sebagai suatu kumpulan, golongan, kelas, atau kategori, maka ia telah
belajar konsep”. Dipertegas oleh dengan Soedjadi (2000) yang menyatakan bahawa "Konsep
adalah idea abstrak yang boleh digunakan untuk mengadakan klasifikasi atau penggolongan
yang pada umumnya dinyatakan dengan suatu istilah atau rangkaian kata".
Pengertian konsep dalam matematik juga diungkapkan oleh Bahri (2008) bahawa: "Konsep
adalah unit arti yang mewakili sejumlah objek yang mempunyai ciri yang sama. Orang yang
mempunyai konsep mampu mengadakan abstraksi terhadap objek-objek yang dihadapi,
sehingga objek-objek ditempatkan dalam golongan tertentu. Objek-objek dihadirkan dalam
kesedaran orang dalam bentuk perwakilan mental tak berperaga. Konsep sendiri pun dapat
dilambangkan dalam bentuk suatu kata (lambang bahasa) ".
Dari pengertian konsep yang telah dihuraikan di atas dapat disimpulkan bahawa konsep
adalah idea abstrak untuk mengklasifikasi objek-objek yang biasanya dinyatakan dalam suatu
istilah kemudian dituangkan ke dalam contoh dan bukan contoh, sehingga seseorang dapat
mengerti

suatu

konsep

dengan

jelas. Dengan

menguasai

konsep

seseorang

dapat

menggolongkan dunia sekitarnya menurut konsep itu.
1.1)KONSEP BUDAYA

Konsep tentang budaya banyak dan rumit. Penghuraian mengenai konsep ini
mengundang pelbagai kecelaruan dan kesan daripada perbezaan disiplin dan perspektif
budaya itu dilihat oleh para pengkaji. Konsep ini perlu difahami sama ada dari aspek
praktikal mahupun teoretikal.
Secara umumnya, perkataan kebudayaan bermaksud tamadun, peradaban atau
kemajuanfikiran. Dari sudut etimologi, perkataan “budaya” berasal dari akar kata yang
tersusun daripada dua perkataan yang terpisah iaitu “budi” dan “daya”. Kalimah “budi”
bererti cahaya atau sinar yang terletak di dalam batin manusia. Perkataan “daya”
bertalian dengan upaya iaitu usaha, keaktifan manusia melaksanakan dengan
anggotanya apa yang digerakkan oleh budinya (Haji Abdul Karim Amrullah, 1966).
Aziz Deraman (1975) mendefinasikan istilah budaya merujuk kepada satu cara
hidup yang merangkumi keseluruhan kompleks yang merangkumi semua lapangan
kehidupan dan sama ada simple atau kompleksnya bidang-bidang itu tergantunglah
kepada tingkat perkembangan kemajuan dan perubahan yang dilalui oleh masyarakat itu
sendiri.
Sarjana Islam, Said Hawwa menjelaskan kebudayaan bukan sahaja dimaksudkan
dengan ilmu semata-mata bahkan termasuk idea-idea (tasawwurat), pemikiranpemikiran, tingkah laku, adab dan setiap pengertian yang tidak termasuk dalam kategori
material (al-maddiy). Manakala, sarjana muda british, Franz Boas (1938) berpendapat
budaya merupakan:
“the totality of the mental and physical reactions and activities
that characterize the behavior of the individuals composing a social
groupcollectively and individually in relation to their natural environment, to
other groups, to members of the group and of each individual to himself”
(muka surat 159)
Pendek kata, dapatlah dirumuskan bahawa budaya merupakan satu cara berfikir
yang komprehensif kumpulan manusia untuk dijadikan nilai yang dikongsi bersama dan
diterjemahkan dengan tindakan dalam aspek kehidupan sosial.
1.2) KONSEP ILMU
Menurut Naquib Al- Attas dalam buku yang ditulis oleh Mohd Nor (2005), ilmu
adalah kepercayaan yang benar (keyakinan), ia adalah satu aspek daripada keupayaan
spiritual manusia.Oleh itu, ilmu adalah iman dan kebenaran kerana ia melibatkan
penegasan spiritual dan pengesahan fizik. Lebih menarik lagi beliau mengatakan Ilmu
adalah kesatuan antara orang yang mengetahui dengan makna. Kesatuan ini hanya dapat
berlaku apabila seseorang yang memiliki potensi juga memiliki persiapan intelektual
dan spiritual. Maka dari itu, atas dasar bahawa ilmu adalah pemberian Allah kepada
sesiapa yang dipilih-Nya, walaupun ramai manusia yang berpotensi tetapi sedikit yang
dianugerahkan ilmu yang betul. Atas premis bahawa ilmu itu datang daripada Allah
s.w.t. dan diperoleh jiwa yang kreatif, beliau membahagikan pencapaian dan
pendefinisian ilmu secara deskriptif ke dalam dua bahagian. Pertama, sebagai sesuatu
yang berasal daripada Allah s.w.t., dapat dikatakan bahawa ilmu itu adalah tibanya
makna sesuatu objek ilmu ke dalam jiwa pencari ilmu (husul suratal-shay’ fi al ‘aql);
kedua, sebagai sesuatu yang diterima oleh jiwa yang aktif dan kreatif, ilmu dapat
diberikan sebagai tibanya jiwa pada makna sesuatu objek ilmu. (wusul al-nafs ila ma‘na
al-shay’).
Definisi ilmu seperti yang diungkapkan oleh al-Attas di atas, memberikan kita
gambaran yang jelas bahawa pencarian ilmu bukan sekadar pengumpulan maklumat dan
fakta. Apa yang penting adalah kefahaman dan kesedaran yang dicapai oleh jiwa atau
hati nurani seseorang. Sehingga ilmu yang diperolehinya dapat memberi manfaat
kepadanya supaya menjadi pelita yang menerangi kehidupannya. Dengan memahami
hakikat ilmu seperti ini maka akan terungkailah kemusykilan mengenai wujudnya
segolongan pemegang ijazah yang tinggi hatta dalam pengajian Islam tetapi tidak
membawanya kepada hidayah dan jalan yang lurus. Masyarakat memandang golongan
ini sebagai ilmuwan, tetapi pada hakikatnya mereka tidak lebih dari sekadar pengumpul
maklumat.
Dari perspektif Islam, konsep ilmu diasaskan kepada ajaran Al-Quran. Hal ini
penting difahami kerana ayat Al-Quran yang terawal diturunkan kepada Nabi
Muhammad s.a.w adalah seperti berikut:
“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan
(sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah,
dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan
tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”
(Surah al-Alaq: 1-5)
Arahan membaca tidak terhad kepada kefahaman literal iaitu membaca bahan
bacaan di atas kertas. Membaca juga adalah kaedah untuk memahami sesuatu ilmu
pengetahuan dan kefahaman. Kaedah tersebut juga luas dan tidak hanya perlu kepada
bahan bacaan bertulis secara tersurat, bahkan perlu juga melangkaui bahan bertulis yang
terserlah menerusi alam ini. Selain itu, perintah membaca juga perlu merujuk kepada
sumber ilmu, iaitu Yang Maha Bijaksana yang “menjadikan manusia daripada segumpal
darah, yang mengajar manusia dengan pena, mengajar manusia apa yang tidak
diketahui”. Menurut Zaini Ujang (2009), perintah membaca dan hakikat bahawa berfikir
dan mengkaji tentang alam ini adalah konsep ilmu yang menjadi asas ajaran Islam.
Konsep ini juga menunjukkan Islam sangat menekankan kepada kemajuan dan
penghayatan ilmu pengetahuan. Memahami konsep ini, manyebabkan umat Islam
bersungguh-sungguh belajar dan memajukan ilmu pengetahuan sehingga dalam tempoh
singkat, Islam melahirkan tamadun besar seperti di Andalusia yang telah memberi
sumbangan besar terhadap perkembangan ilmu pengetahuan dunia.
Selain itu, Islam juga menjadi pendorong kemajuan manusia dalam aspek
kerohanian, pemikiran, moral dan keduniaan. Sumbangan Islam dalam bidang
intelektual begitu terserlah sehingga malahirkan tokoh- tokoh ilmuan dalam pelbagai
bidang yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dari segi sumbangan kepada
kelangsungan perkembangan ilmu dan kesejahteraan sejagat. Hal ini disebut dengan
lebih terperinci oleh Jonathan Lyons dalam bukunya berjudul The House of Wisdom:
How the Arabs Transformed Western Civilization (2009).
2) KEPENTINGAN BUDAYA ILMU
Ilmu adalah nikmat tertinggi, sebagaimana kejahilan merupakan kesakitan yang
amat menderitakan. Dalam konteks ini, Islam mengiktiraf bahawa ilmu merupakan
penanda aras atau kunci kejayaan kepada sesuatu kemajuan baik daripada segi kualiti
rohaniah, sahsiah mahupun daripada aspek pembangunan fizikal.
Di dalam konteks budaya ilmu yang bertunjangkan Islam, penuntutan ilmu tidak
disempitkan dengan hanya penumpuan kepada satu cabang ilmu semata- mata, tetapi
umat manusia digalakkan untuk menuntut ilmu tanpa sempadan dan akhirnya
menyumbang kepada kejayaan pembentukan khayra ummah. Hakikat ini amat jelas,
kerana ilmu menurut pandangan Islam adalah berpunca daripada Allah s.w.t. Menurut
pandangan Naquib al-Attas (1999: 17) mengenai hubungan Maha pencipta dengan ilmu
ini boleh diungkapkan dengan kata-katanya:
"Merujuk kepada Allah sebagai asal kepada segala ilmu, ia (ilmu) adalah
ketibaan makna sesuatu ke dalam diri seseorang. Apabila merujuk kepada diri
sebagai pentafsir, ilmu adalah ketibaan diri seseorang kepada makna tentang
sesuatu"
Dalam realiti semasa, umat Islam harus digesa untuk meningkatkan kualiti,
terutamanya daripada aspek membudayakan ilmu agar martabat dan warisan keilmuan
umat Islam itu sendiri tidak luput di telan zaman. Jikalau diteliti dengan jelas, adalah
tidak munasabah untuk umat Islam pada masa kini mundur kebelakang, selain daripada
persoalan sikap jahil yang menebal serta sombong untuk melihat kembali sejarah.
Dunia pernah menyaksikan beberapa kali, tamadun yang diasaskan umat Islam
bangun dan jatuh. Sebagai contoh zaman kegemilangan kerajaan Bani Abbasiyyah
berlaku apabila sultan-sultan pada ketika itu amat perihatin di dalam mendaulatkan ilmu
dan penyelidikkan. Tidak dapat dinafikan juga kesedaran rakyat yang banyak ketika itu
juga mencerminkan penghayatan budaya ilmu yang tinggi, apabila anak-anak disuruh
untuk menguasai dan menghafal Al-quran terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk
menuntut ilmu-ilmu lain. Kesedaran ini bertolak daripada kefahaman bahawa ilmu
Fardhu Ain adalah lebih penting di dalam pembangunan insan berkualiti dan bergerak
seiring dengan ilmu Fardhu Kifayah.
Namun, apabila penghayatan terhadap ilmu itu hilang, maka sejarah
menyaksikan kota Baghdad yang mempunyai pelbagai khazanah untuk membangunkan
tamadun luluh, dengan fenomena keruntuhan moral di kalangan pemimpin dan rakyat
yang melampau. Sikap lewa dan mudah terpesona dengan nikmat yang diperolehi,
membuatkan mereka lalai dan akhirnya tamadun kerajaan Abbasiyyah, dijatuhkan
dengan cara yang paling hina iaitu melalui serangan daripada kaum Moghul. Daripada
segi logik akal, mustahil tamadun yang sebegitu besar, malah amat luas pengaruhnya di
dunia ketika itu, ditambah pula dengan warisan kegemilangan strategi perang dan
sebagainya, hancur di tangan satu bangsa nomad. Maka sudah tentu kehancuran ini
berpunca daripada sikap menjauhkan diri daripada membudayakan ilmu.
Fenomena yang sama berlaku, mengenai sejarah kebangkitan kerajaan
Otthmaniah Turki, Selat Bohsporus menjadi saksi tentang kualiti keilmuan seseorang
pemimpin muda Sultan Muhammad Al-Fatih dan tentera pimpinan baginda yang mana
telah merangka satu taktik perang yang amat menakjubkan sehingga membawa kepada
kejatuhan Empayar Rom di Byzantine (Turki), namun ketika di penghujung era
pemerintahan dinasti Otthmaniyyah, ini berlaku sikap sambil lewa di kalangan
pemerintah dan rakyat terhadap ilmu, dan akhirnya memudahkan musuh-musuh Islam
ketika yang dipimpin oleh Mustafa Kamal Attartuk melancarkan serangan pemikiran
dan akhirnya membawa kepada kejatuhan Kerajaan Otthmaniah.Maka amat jelas di sini
bahawa kekuatan umat Islam adalah terletak kepada pembudayaan ilmu, kerana dengan
penguasaan ilmu maka akan lahirlah pengamalan yang baik. Khazanah ilmu daripada
pelbagai cabang dan sudut bidang perlu dibawa dan dikaji kembali oleh umat Islam.
Sikap untuk suka menyelidik, dan mengkaji sesuatu ilmu perlu dibudayakan.
Dibudayakan di sini bermaksud dilakukan secara menyeluruh. Umat Islam mempunyai
peluang yang amat luas di dalam bidang penyelidikkan, dengan kemampuan
menghasilkan peratusan tinggi bagi pendapatan di dalam negara selama setahun dan
jumlah penduduk yang agak ramai, maka kerajaan bagi negara-negara Islam harus lebih
menumpukan kepada pembelanjaan bagi membiayai penyelidikan ilmu "Rather than"
membelanjakan sejumlah wang besar untuk membeli keperluan senjata yang mana
industri persenjataan ini sentiasa mengeluarkan model-model terbaru yang canggih.
Menyentuh peranan-peranan yang boleh dimainkan oleh institusi pengajian,
sekolah, ataupun mana-mana pusat pendidikkan, kesedaran terhadap peri pentingnya
integrasi dan islamisasi ilmu harus ditekankan. Fenomena kini dapat dilihat mengenai
gejala, golongan siswa dan siswi khususnya yang menuntut ilmu sekadar untuk lulus
peperiksan dan disempitkan lagi dengan sikap penyempitan budaya ilmu mereka yang
hanya tertumpu kepada ilmu-ilmu yang mereka pelajari di bilik-bilik kuliah.
Menyelami kata-kata hikmat yang pernah diucapkan oleh bekas Perdana Menteri
Indonesia ketika permerintahan Sukarno yang mana beliau menyebut "Pemimpin lahir
bukan hanya bersandarkan pengajaran yang didapati di bilik-bilik kuliah, tetapi
pemimpin lahir bergelumang di tengah-tengah kemelut masyarakat. Maka amat penting
bagi institusi-institusi pendidikkan khususnya, selain daripada sikap pelajar itu sendiri
untuk meluaskan dan mengamalkan konteks budaya ilmu tersebut sendiri.
Menyedari akan hakikat perubahan yang perlu dilakukan, sebaik-baiknya
pendidikkan harus bermula ketika waktu usia kecil, yang mana budaya cintakan ilmu
perlu dipupuk dikalangan ibu-bapa terhadap anak-anak. Sikap untuk mengagungagungkan budaya hiburan terlampau perlu dihentikan untuk tidak merosakkan minda
dan tumpuan bagi melahirkan generasi rabbaniy dan dengan izin daripada Allah s.w.t
berperanan pula untuk mengembalikan tamadun khayra ummah yang amat dirindui.
3) CADANGAN MEMANTAPKAN BUDAYA ILMU
Mohd Nor (1988: 6-14) telah mencadangkan beberapa langkah bagi memantapkan
budaya ilmu. Antaranya ialah:
1) Pembinaan budaya ilmu dan tamadun yang lahir daripadanya merujuk pada
sistem nilai (axiology), pandangan dunia (world view) dan idealisme sesebuah
sistem sosial serta individu di dalamnya
2) Dalam sistem nilai tersebut, perlu terdapat kecintaan terhadap ilmu pengetahuan
serta kegigihan menimba, menyebar dan mengamalkannya dianggap sebagai
suatu idealisme dan kebaikan tertinggi yang menjadi punca segala kebaikan
yang lain.
3) Pembinaan budaya dan tamadun ilmu yang bersepadu adalah berasaskan tiga
perkara utama iaitu konsep Tuhan, manusia dan alam semesta
4) Budaya ilmu terbukti wujud bila ilmu merupakan perkara penting yang
mahudisampaikan kepada seseorang atau oleh seseorang manusia walaupun
semasa diakhir hayatnya
5) Dalam budaya ilmu, martabat ilmu perlu diletakkan sebagai kebaikan mutlak
kerana proses pencapaian ilmu, antara lainnya, memerlukan usaha yang gigih,
kesabaran yang banyak, pengorbanan yang ikhlas dan jiwa yang berani.
6) Ganjaran setiap usaha untuk mencari dan menyebarkan ilmu adalah berbentuk
dalaman (intrinsik) dan keakhiratan
7) Pembinaan tamadun ilmu hanya mungkin terhasil jika ilmu diberikan
statussebagai 'the highest good', kebaikan mutlak martabat tertinggi dalam
sistem nilai individu dan masyarakat.
8) Pembinaan tamadun ilmu bererti kegiatan pendidikan bersifat seumur hidup
(lifelong learning), dari buaian hingga ke liang lahad, dan bersifat menyeluruh
dan bersepadu
9) Budaya ilmu yang sebenar akan memberi peluang kepada semua ahli sesuatu
masyarakat itu untuk mencari ilmu dan ketinggian melaluinya, sekalipun betapa
rendah taraf sosioekonominya.
10) Budaya ilmu mencetuskan tamadun yang banyak membantu manusia. Justeru
setiap lapisan masyarakat perlu menghormati ilmu dan saintis.
11) Para pemimpin memainkan peranan penting untuk memperkasakan penyebaran
ilmu pengetahuan
Kesimpulan
Perbincangan mengenai budaya ilmu

memberikan gambaran yang jelas

mengenai maksudnya serta kepentingannya sendiri. Pada zaman yang serba moden ini,
masih terdapat salah faham dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat tentang budaya
ilmu dan peranannya. Sesetengah pihak berpendapat bahawa budaya ilmu tidak penting
atau utama dalam skema pembangunan insan dan negara. Terdapat perkara lain menjadi
keutamaan, iaitu iman dan amalan keagamaan. Tidak kurang juga yang mengatakan
tentang kepentingan kekuatan ekonomi, pembangunan infrastruktur, perpaduan nasional
dan semangat kebangsaan. Pelulis tidak menafikan kepentingan perkara tersebut, tetapi
kesemuanya berakar umbi kepada asas ilmu. Ilmu perlu didahulukan daripada amal,
kerana ilmu merupakan petunjuk dan pemberi arah terhadap amalan yang akan
dilakukan.
Melalui penelitian penulis juga, matlamat limu bagi tujuan kebendaan semakin
menular sehingga menjadikan apa sahaja persoalan ilmu dikaitkan dengan
kepentingannya dari segi pasaran kerja, keuntungan atau sekurang-kurangnya manfaat
jangka pendek. Dalam sejarah perkembangan ilmu, hal ini tidak menyerlah kecuali
sejak abad kebelakangan ini. Sebelum ini, ahli ilmu dan sarjana menyumbang ilmu
tanpa menerima sebarang gaji apatah lagi disediakan institusi khas seperti sekolah atau
universiti. Matlamat ilmu untuk tujuan kebendaan begitu ketara ketika ini, di mana
pelajar berlumba-lumba untuk menuntut ilmu dengan tujuan bagi mendapatkan habuan
atau sekadar mendapatkan sijil kelayakan akademik. Penulis berharap, dengan penulisan
ini dapat menyedarkan pelajar secara amnya dan seterusnya dapat sama-sama
menyemarakkan lagi amalan budaya ilmu ini.
Rujukan:
Wan Mohd Nor Wan Daud. 2003. Budaya Ilmu: Satu Penjelasan. Singapore: Pustaka
Nasional Pte Ltd
Nasution. 2008. Berbagai Pendekatan dalam Proses Belajar Mengajar. Jakarta: Bumi
Aksara
Soedjadi.R. 2000. Kiat pendidikan matematika di Indonesia : konstatasi keadaan
masa kini menuju harapan masa depan. Indonesia: Dirjen Pendidikan Tinggi
Djamarah, Syaiful Bahri. 2008. Psikologi belajar. Jakarta: Rineka Cipta
Haji Abdul Malik Karim Amrullah. 1966. Pandangan Hidup Muslim. (cetakan kedua).
Jakarta : Bulan Bintang.
A.Aziz Deraman. 1975. Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur :
Kementerian Belia danSukan.
Said Hawwa. 1988. Kay La Namdi Ba‘idan ‘an Ihtiyajat al-‘Asr. Kaherah :
Mu‟assasah al-Khalij al-Arabi.
Franz Boas. 1938. The Mind of Primitive Man. (edisi semakan). New York :
MacMillan
Wan Mohd Nor Wan Daud. 2005. Falsafah dan amalan pendidikan Islam Syed
Muhammad Naquib Al-Attas. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya
Zaini Ujang. 2009. Menghayati Budaya Ilmu: faham ilmu, amalan dan panduan.
Johor Darul Takzim: Universiti Teknologi Malaysia
Wan Mohd Nor Wan Daud. 1988. Budaya Ilmu: Konsep, Prasyarat dan Perlaksanaan
di Malaysia. Kuala Lumpur: Nurin Ennterprise
Kamus Dewan. 2005. Edisi ke-4. Kuala lumpur: Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka
Syed Muhammad Naquib al-Attas. 1999. The Concept of Education in Islam: a
Framework for an Islamic Philosophy of Education. Kuala Lumpur:
International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC)

More Related Content

What's hot

Falsafah akhlak socrates dan miskawaih
Falsafah akhlak socrates dan miskawaihFalsafah akhlak socrates dan miskawaih
Falsafah akhlak socrates dan miskawaihBulan Hijau
 
MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI
MANUSIA SEBAGAI  KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMIMANUSIA SEBAGAI  KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI
MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMIAdib Ramli
 
Penulisan mengikut format apa
Penulisan mengikut  format apaPenulisan mengikut  format apa
Penulisan mengikut format apaNorlasbtintah
 
Penulisan Ulasan Artikel
Penulisan Ulasan ArtikelPenulisan Ulasan Artikel
Penulisan Ulasan Artikelrambai7
 
Hubungan Etnik - Konsep Asas
Hubungan Etnik - Konsep AsasHubungan Etnik - Konsep Asas
Hubungan Etnik - Konsep AsasMahyuddin Khalid
 
Cara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografiCara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografinaninami
 
Sekularisme aliran pemikiran barat
Sekularisme aliran pemikiran baratSekularisme aliran pemikiran barat
Sekularisme aliran pemikiran baratKesuma Wahida
 
Contoh penulisan rujukan (APA)
Contoh penulisan rujukan (APA)Contoh penulisan rujukan (APA)
Contoh penulisan rujukan (APA)sblm1053uum
 
Masalah kajian Dr. Kamarul Shukri
Masalah kajian Dr. Kamarul ShukriMasalah kajian Dr. Kamarul Shukri
Masalah kajian Dr. Kamarul Shukriwmkfirdaus
 
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan Timur
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan TimurTajuk 3 Falsafah Pendidikan Timur
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan TimurAzizi Ahmad
 
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moral
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moralModul 3108 prekembangan kerohanian dan moral
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moralHon Shan Shan
 
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Fairus Razally
 
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaTajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysiashaatis
 
Bab 4 Konsep asas falsafah pendidikan
Bab 4 Konsep asas falsafah pendidikanBab 4 Konsep asas falsafah pendidikan
Bab 4 Konsep asas falsafah pendidikanVince Here
 
Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)
Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)
Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)Afifah Nabilah
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanHayatuNMustapHa
 
Falsafah pragmatisme
Falsafah pragmatismeFalsafah pragmatisme
Falsafah pragmatismeSiti Zulaikha
 
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undangBab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undangfiro HAR
 

What's hot (20)

Falsafah akhlak socrates dan miskawaih
Falsafah akhlak socrates dan miskawaihFalsafah akhlak socrates dan miskawaih
Falsafah akhlak socrates dan miskawaih
 
MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI
MANUSIA SEBAGAI  KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMIMANUSIA SEBAGAI  KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI
MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI
 
Penulisan mengikut format apa
Penulisan mengikut  format apaPenulisan mengikut  format apa
Penulisan mengikut format apa
 
Ulum al quran
Ulum  al quranUlum  al quran
Ulum al quran
 
Penulisan Ulasan Artikel
Penulisan Ulasan ArtikelPenulisan Ulasan Artikel
Penulisan Ulasan Artikel
 
Hubungan Etnik - Konsep Asas
Hubungan Etnik - Konsep AsasHubungan Etnik - Konsep Asas
Hubungan Etnik - Konsep Asas
 
Cara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografiCara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografi
 
Sekularisme aliran pemikiran barat
Sekularisme aliran pemikiran baratSekularisme aliran pemikiran barat
Sekularisme aliran pemikiran barat
 
Contoh penulisan rujukan (APA)
Contoh penulisan rujukan (APA)Contoh penulisan rujukan (APA)
Contoh penulisan rujukan (APA)
 
Masalah kajian Dr. Kamarul Shukri
Masalah kajian Dr. Kamarul ShukriMasalah kajian Dr. Kamarul Shukri
Masalah kajian Dr. Kamarul Shukri
 
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan Timur
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan TimurTajuk 3 Falsafah Pendidikan Timur
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan Timur
 
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moral
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moralModul 3108 prekembangan kerohanian dan moral
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moral
 
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
 
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaTajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
 
Bab 4 Konsep asas falsafah pendidikan
Bab 4 Konsep asas falsafah pendidikanBab 4 Konsep asas falsafah pendidikan
Bab 4 Konsep asas falsafah pendidikan
 
Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)
Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)
Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan
 
Falsafah pragmatisme
Falsafah pragmatismeFalsafah pragmatisme
Falsafah pragmatisme
 
Bab 4 tamadun india
Bab 4 tamadun indiaBab 4 tamadun india
Bab 4 tamadun india
 
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undangBab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
 

Similar to Memantapkan budaya ilmu dalam kalangan pelajar

UICI 2022 -Bab 01 manusia dan ilmu (nota)
UICI 2022 -Bab 01 manusia dan ilmu (nota)UICI 2022 -Bab 01 manusia dan ilmu (nota)
UICI 2022 -Bab 01 manusia dan ilmu (nota)Abdul Khaliq
 
Tantangan dan masa depan ilmu
Tantangan dan masa depan ilmuTantangan dan masa depan ilmu
Tantangan dan masa depan ilmuayu Naoman
 
ilmu dalam islam
ilmu dalam islamilmu dalam islam
ilmu dalam islammkazree
 
UICI 2022 - Manusia dan ilmu
UICI 2022 - Manusia dan ilmuUICI 2022 - Manusia dan ilmu
UICI 2022 - Manusia dan ilmuAbdul Khaliq
 
Peran Agama Dalam Meningkatkan Iptrk
Peran Agama Dalam Meningkatkan IptrkPeran Agama Dalam Meningkatkan Iptrk
Peran Agama Dalam Meningkatkan IptrkDesiPermataSari16
 
ilmu dan pengetahuan
ilmu dan pengetahuanilmu dan pengetahuan
ilmu dan pengetahuanalvinkasenda
 
Pengaruh islam dalam kebudayaan masa kini (iptek dan media sosial)
Pengaruh islam dalam kebudayaan masa kini (iptek dan media sosial)Pengaruh islam dalam kebudayaan masa kini (iptek dan media sosial)
Pengaruh islam dalam kebudayaan masa kini (iptek dan media sosial)Khairunnisa Nazhifah
 
Masyarakat dan kesadaran budaya
Masyarakat dan kesadaran budayaMasyarakat dan kesadaran budaya
Masyarakat dan kesadaran budayaUnnes
 
Kelompok 12 Rangkuman Seluruh PPT Pengantar Filsafat Ilmu_S
Kelompok 12 Rangkuman Seluruh PPT Pengantar Filsafat Ilmu_SKelompok 12 Rangkuman Seluruh PPT Pengantar Filsafat Ilmu_S
Kelompok 12 Rangkuman Seluruh PPT Pengantar Filsafat Ilmu_SAyuRatnaSari14
 
Integrasi Ilmu Pengetahuan dan Islam Perspektif Filsafat
Integrasi Ilmu Pengetahuan dan Islam Perspektif FilsafatIntegrasi Ilmu Pengetahuan dan Islam Perspektif Filsafat
Integrasi Ilmu Pengetahuan dan Islam Perspektif FilsafatEeLly Lunjani
 
makalah metodologi k1.pdf
makalah metodologi k1.pdfmakalah metodologi k1.pdf
makalah metodologi k1.pdfhspanggalih
 
Konsep Ilmu dalam Perspektif Filsafat Pendidikan Islam.pdf
Konsep Ilmu dalam Perspektif Filsafat Pendidikan Islam.pdfKonsep Ilmu dalam Perspektif Filsafat Pendidikan Islam.pdf
Konsep Ilmu dalam Perspektif Filsafat Pendidikan Islam.pdfZukét Printing
 
falsafah pndidikan bab 1.pdf
falsafah pndidikan bab 1.pdffalsafah pndidikan bab 1.pdf
falsafah pndidikan bab 1.pdfmarwanmarzuki
 
Landasan Kependidikan
Landasan KependidikanLandasan Kependidikan
Landasan Kependidikanbigbossjava
 

Similar to Memantapkan budaya ilmu dalam kalangan pelajar (20)

UICI 2022 -Bab 01 manusia dan ilmu (nota)
UICI 2022 -Bab 01 manusia dan ilmu (nota)UICI 2022 -Bab 01 manusia dan ilmu (nota)
UICI 2022 -Bab 01 manusia dan ilmu (nota)
 
04 agama dan pst
04 agama dan pst 04 agama dan pst
04 agama dan pst
 
Tantangan dan masa depan ilmu
Tantangan dan masa depan ilmuTantangan dan masa depan ilmu
Tantangan dan masa depan ilmu
 
ilmu dalam islam
ilmu dalam islamilmu dalam islam
ilmu dalam islam
 
UICI 2022 - Manusia dan ilmu
UICI 2022 - Manusia dan ilmuUICI 2022 - Manusia dan ilmu
UICI 2022 - Manusia dan ilmu
 
Peran Agama Dalam Meningkatkan Iptrk
Peran Agama Dalam Meningkatkan IptrkPeran Agama Dalam Meningkatkan Iptrk
Peran Agama Dalam Meningkatkan Iptrk
 
ilmu dan pengetahuan
ilmu dan pengetahuanilmu dan pengetahuan
ilmu dan pengetahuan
 
Pengaruh islam dalam kebudayaan masa kini (iptek dan media sosial)
Pengaruh islam dalam kebudayaan masa kini (iptek dan media sosial)Pengaruh islam dalam kebudayaan masa kini (iptek dan media sosial)
Pengaruh islam dalam kebudayaan masa kini (iptek dan media sosial)
 
Masyarakat dan kesadaran budaya
Masyarakat dan kesadaran budayaMasyarakat dan kesadaran budaya
Masyarakat dan kesadaran budaya
 
Kelompok 12 Rangkuman Seluruh PPT Pengantar Filsafat Ilmu_S
Kelompok 12 Rangkuman Seluruh PPT Pengantar Filsafat Ilmu_SKelompok 12 Rangkuman Seluruh PPT Pengantar Filsafat Ilmu_S
Kelompok 12 Rangkuman Seluruh PPT Pengantar Filsafat Ilmu_S
 
KELOMPOK 12_PFI_S
KELOMPOK 12_PFI_SKELOMPOK 12_PFI_S
KELOMPOK 12_PFI_S
 
Integrasi Ilmu Pengetahuan dan Islam Perspektif Filsafat
Integrasi Ilmu Pengetahuan dan Islam Perspektif FilsafatIntegrasi Ilmu Pengetahuan dan Islam Perspektif Filsafat
Integrasi Ilmu Pengetahuan dan Islam Perspektif Filsafat
 
makalah metodologi k1.pdf
makalah metodologi k1.pdfmakalah metodologi k1.pdf
makalah metodologi k1.pdf
 
Bab 1.konsep ilmu
Bab 1.konsep ilmuBab 1.konsep ilmu
Bab 1.konsep ilmu
 
Unity of science
Unity of science Unity of science
Unity of science
 
Unity of science
Unity of science Unity of science
Unity of science
 
Bab 01 manusia & ilmu
Bab 01 manusia & ilmuBab 01 manusia & ilmu
Bab 01 manusia & ilmu
 
Konsep Ilmu dalam Perspektif Filsafat Pendidikan Islam.pdf
Konsep Ilmu dalam Perspektif Filsafat Pendidikan Islam.pdfKonsep Ilmu dalam Perspektif Filsafat Pendidikan Islam.pdf
Konsep Ilmu dalam Perspektif Filsafat Pendidikan Islam.pdf
 
falsafah pndidikan bab 1.pdf
falsafah pndidikan bab 1.pdffalsafah pndidikan bab 1.pdf
falsafah pndidikan bab 1.pdf
 
Landasan Kependidikan
Landasan KependidikanLandasan Kependidikan
Landasan Kependidikan
 

Memantapkan budaya ilmu dalam kalangan pelajar

  • 1. Memantapkan budaya ilmu dalam kalangan pelajar Zulhairy Zakaria & Haziq Murat ABSTRAK Graduan kini memikul peranan dan tanggungjawab untuk mencari jalan terbaik dalam usaha membudayakan ilmu bagi membangunkan masyarakat dan negara, sekaligus menjadikan ilmu sebagai pemangkin dalam usaha menyelesaikan sebarang permasalahan. Justeru, lahirlah penulisan ini bagi membincangkan tentang konsep budaya ilmu, kepentingannya dan seterusnya cadangan mengenai langkah-langkah terbaik untuk memantapkan budaya ilmu dalam kalangan pelajar. Teknik pengumpulan data dijalankan secara soal selidik, pemerhatian sekeliling dan rujukan daripada bukubuku serta laman sesawang. Data ini kemudiannya telah dianalisis secara terperinci bagi mendapatkan hasil yang dijangkakan. Hasil kajian penulis mendapati bahawa masih ramai lagi pelajar yang kurang pendedahan mengenai budaya ilmu. Bagi merealisasikan objektif kajian ini iaitu memupuk kesedaran pelajar terhadap budaya ilmu, penulis berharap hasil penulisan ini dapat dijadikan panduan oleh pelajar untuk turut sama menyemarakkan lagi amalan budaya ilmu dalam kehidupan harian. Kata kunci : ilmu, langkah-langkah, teknik, hasil, objektif
  • 2. PENGENALAN Menurut Wan Mohd Nor dalam bukunya yang berjudul Budaya Ilmu- Satu penjelasan, masih terdapat beberapa salah faham tentang ilmu dan peranannya di kalangan kita. Ada yang telah mengutarakan bahawa apa yang kita sangat perlukan masa kini bukanlah budaya ilmu, tetapi perkara-perkara lain yang mengikut mereka adalah lebih asas. Ada yang berpendapat faktor terpenting itu adalah iman dan amalan keagamaan, ada juga yang mengatakan kekuatan ekonomi, dan ada pula yang menyarankan perpaduan atau semangat kebangsaan. Tidak menafikan peri-pentingnya faktor-faktor tersebut, tetapi faktor-faktor ini hanyalah hasil atau akibat daripada faktor yang lebih asas, iaitu ilmu. Iman atau amalan keagamaan, jika tidak didasarkan kepada ilmu yang luas dan mendalam, hanyalah seperti bangunan di atas pasir, atau sekuat sarang lelabah, datang ribut tumbanglah dia. Sesuatu bangsa yang memiliki kekuasaan dan kejaan tidak boleh mempertahankan milik bangsa tersebut apatah lagi mengembangkannya tanpa budaya ilmu yang baik malah ia akan bergantung kepada pihak atau bangsa yang berilmu. Menyedari kepentingan ilmu, penulis ingin mengupas mengenai pemantapan budaya ilmu dalam kalangan pelajar. Sebelum bercerita lebih lanjut, penulis akan terlebih dahulu memperincikan tentang konsep budaya ilmu dan kepentingannya kepada kita semua.
  • 3. 1)KONSEP Konsep mengikut pengertian kamus Dewan Bahasa dan Pustaka membawa maksud sebagai idea am atau idea yang mendasari sesuatu atau rancangan. Konsep adalah satu gagasan idea (idea yang baru) yang abstrak untuk dijadikan satu dasar dalam membina atau membuat sesuatu perkara(perbuatan/ tindakan). Melalui konsep, diharapkan akan dapat memudahkan pemikiran dengan menggunakan satu istilah. Seperti yang diungkapkan Nasution (2008) yang mendedahkan bahawa "Bila seseorang boleh menghadapi benda atau peristiwa sebagai suatu kumpulan, golongan, kelas, atau kategori, maka ia telah belajar konsep”. Dipertegas oleh dengan Soedjadi (2000) yang menyatakan bahawa "Konsep adalah idea abstrak yang boleh digunakan untuk mengadakan klasifikasi atau penggolongan yang pada umumnya dinyatakan dengan suatu istilah atau rangkaian kata". Pengertian konsep dalam matematik juga diungkapkan oleh Bahri (2008) bahawa: "Konsep adalah unit arti yang mewakili sejumlah objek yang mempunyai ciri yang sama. Orang yang mempunyai konsep mampu mengadakan abstraksi terhadap objek-objek yang dihadapi, sehingga objek-objek ditempatkan dalam golongan tertentu. Objek-objek dihadirkan dalam kesedaran orang dalam bentuk perwakilan mental tak berperaga. Konsep sendiri pun dapat dilambangkan dalam bentuk suatu kata (lambang bahasa) ". Dari pengertian konsep yang telah dihuraikan di atas dapat disimpulkan bahawa konsep adalah idea abstrak untuk mengklasifikasi objek-objek yang biasanya dinyatakan dalam suatu istilah kemudian dituangkan ke dalam contoh dan bukan contoh, sehingga seseorang dapat mengerti suatu konsep dengan jelas. Dengan menguasai konsep seseorang dapat menggolongkan dunia sekitarnya menurut konsep itu. 1.1)KONSEP BUDAYA Konsep tentang budaya banyak dan rumit. Penghuraian mengenai konsep ini mengundang pelbagai kecelaruan dan kesan daripada perbezaan disiplin dan perspektif budaya itu dilihat oleh para pengkaji. Konsep ini perlu difahami sama ada dari aspek praktikal mahupun teoretikal. Secara umumnya, perkataan kebudayaan bermaksud tamadun, peradaban atau kemajuanfikiran. Dari sudut etimologi, perkataan “budaya” berasal dari akar kata yang tersusun daripada dua perkataan yang terpisah iaitu “budi” dan “daya”. Kalimah “budi” bererti cahaya atau sinar yang terletak di dalam batin manusia. Perkataan “daya” bertalian dengan upaya iaitu usaha, keaktifan manusia melaksanakan dengan anggotanya apa yang digerakkan oleh budinya (Haji Abdul Karim Amrullah, 1966).
  • 4. Aziz Deraman (1975) mendefinasikan istilah budaya merujuk kepada satu cara hidup yang merangkumi keseluruhan kompleks yang merangkumi semua lapangan kehidupan dan sama ada simple atau kompleksnya bidang-bidang itu tergantunglah kepada tingkat perkembangan kemajuan dan perubahan yang dilalui oleh masyarakat itu sendiri. Sarjana Islam, Said Hawwa menjelaskan kebudayaan bukan sahaja dimaksudkan dengan ilmu semata-mata bahkan termasuk idea-idea (tasawwurat), pemikiranpemikiran, tingkah laku, adab dan setiap pengertian yang tidak termasuk dalam kategori material (al-maddiy). Manakala, sarjana muda british, Franz Boas (1938) berpendapat budaya merupakan: “the totality of the mental and physical reactions and activities that characterize the behavior of the individuals composing a social groupcollectively and individually in relation to their natural environment, to other groups, to members of the group and of each individual to himself” (muka surat 159) Pendek kata, dapatlah dirumuskan bahawa budaya merupakan satu cara berfikir yang komprehensif kumpulan manusia untuk dijadikan nilai yang dikongsi bersama dan diterjemahkan dengan tindakan dalam aspek kehidupan sosial. 1.2) KONSEP ILMU Menurut Naquib Al- Attas dalam buku yang ditulis oleh Mohd Nor (2005), ilmu adalah kepercayaan yang benar (keyakinan), ia adalah satu aspek daripada keupayaan spiritual manusia.Oleh itu, ilmu adalah iman dan kebenaran kerana ia melibatkan penegasan spiritual dan pengesahan fizik. Lebih menarik lagi beliau mengatakan Ilmu adalah kesatuan antara orang yang mengetahui dengan makna. Kesatuan ini hanya dapat berlaku apabila seseorang yang memiliki potensi juga memiliki persiapan intelektual dan spiritual. Maka dari itu, atas dasar bahawa ilmu adalah pemberian Allah kepada sesiapa yang dipilih-Nya, walaupun ramai manusia yang berpotensi tetapi sedikit yang dianugerahkan ilmu yang betul. Atas premis bahawa ilmu itu datang daripada Allah s.w.t. dan diperoleh jiwa yang kreatif, beliau membahagikan pencapaian dan pendefinisian ilmu secara deskriptif ke dalam dua bahagian. Pertama, sebagai sesuatu yang berasal daripada Allah s.w.t., dapat dikatakan bahawa ilmu itu adalah tibanya makna sesuatu objek ilmu ke dalam jiwa pencari ilmu (husul suratal-shay’ fi al ‘aql); kedua, sebagai sesuatu yang diterima oleh jiwa yang aktif dan kreatif, ilmu dapat
  • 5. diberikan sebagai tibanya jiwa pada makna sesuatu objek ilmu. (wusul al-nafs ila ma‘na al-shay’). Definisi ilmu seperti yang diungkapkan oleh al-Attas di atas, memberikan kita gambaran yang jelas bahawa pencarian ilmu bukan sekadar pengumpulan maklumat dan fakta. Apa yang penting adalah kefahaman dan kesedaran yang dicapai oleh jiwa atau hati nurani seseorang. Sehingga ilmu yang diperolehinya dapat memberi manfaat kepadanya supaya menjadi pelita yang menerangi kehidupannya. Dengan memahami hakikat ilmu seperti ini maka akan terungkailah kemusykilan mengenai wujudnya segolongan pemegang ijazah yang tinggi hatta dalam pengajian Islam tetapi tidak membawanya kepada hidayah dan jalan yang lurus. Masyarakat memandang golongan ini sebagai ilmuwan, tetapi pada hakikatnya mereka tidak lebih dari sekadar pengumpul maklumat. Dari perspektif Islam, konsep ilmu diasaskan kepada ajaran Al-Quran. Hal ini penting difahami kerana ayat Al-Quran yang terawal diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah seperti berikut: “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya” (Surah al-Alaq: 1-5) Arahan membaca tidak terhad kepada kefahaman literal iaitu membaca bahan bacaan di atas kertas. Membaca juga adalah kaedah untuk memahami sesuatu ilmu pengetahuan dan kefahaman. Kaedah tersebut juga luas dan tidak hanya perlu kepada bahan bacaan bertulis secara tersurat, bahkan perlu juga melangkaui bahan bertulis yang terserlah menerusi alam ini. Selain itu, perintah membaca juga perlu merujuk kepada sumber ilmu, iaitu Yang Maha Bijaksana yang “menjadikan manusia daripada segumpal darah, yang mengajar manusia dengan pena, mengajar manusia apa yang tidak diketahui”. Menurut Zaini Ujang (2009), perintah membaca dan hakikat bahawa berfikir dan mengkaji tentang alam ini adalah konsep ilmu yang menjadi asas ajaran Islam. Konsep ini juga menunjukkan Islam sangat menekankan kepada kemajuan dan penghayatan ilmu pengetahuan. Memahami konsep ini, manyebabkan umat Islam bersungguh-sungguh belajar dan memajukan ilmu pengetahuan sehingga dalam tempoh
  • 6. singkat, Islam melahirkan tamadun besar seperti di Andalusia yang telah memberi sumbangan besar terhadap perkembangan ilmu pengetahuan dunia. Selain itu, Islam juga menjadi pendorong kemajuan manusia dalam aspek kerohanian, pemikiran, moral dan keduniaan. Sumbangan Islam dalam bidang intelektual begitu terserlah sehingga malahirkan tokoh- tokoh ilmuan dalam pelbagai bidang yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dari segi sumbangan kepada kelangsungan perkembangan ilmu dan kesejahteraan sejagat. Hal ini disebut dengan lebih terperinci oleh Jonathan Lyons dalam bukunya berjudul The House of Wisdom: How the Arabs Transformed Western Civilization (2009). 2) KEPENTINGAN BUDAYA ILMU Ilmu adalah nikmat tertinggi, sebagaimana kejahilan merupakan kesakitan yang amat menderitakan. Dalam konteks ini, Islam mengiktiraf bahawa ilmu merupakan penanda aras atau kunci kejayaan kepada sesuatu kemajuan baik daripada segi kualiti rohaniah, sahsiah mahupun daripada aspek pembangunan fizikal. Di dalam konteks budaya ilmu yang bertunjangkan Islam, penuntutan ilmu tidak disempitkan dengan hanya penumpuan kepada satu cabang ilmu semata- mata, tetapi umat manusia digalakkan untuk menuntut ilmu tanpa sempadan dan akhirnya menyumbang kepada kejayaan pembentukan khayra ummah. Hakikat ini amat jelas, kerana ilmu menurut pandangan Islam adalah berpunca daripada Allah s.w.t. Menurut pandangan Naquib al-Attas (1999: 17) mengenai hubungan Maha pencipta dengan ilmu ini boleh diungkapkan dengan kata-katanya: "Merujuk kepada Allah sebagai asal kepada segala ilmu, ia (ilmu) adalah ketibaan makna sesuatu ke dalam diri seseorang. Apabila merujuk kepada diri sebagai pentafsir, ilmu adalah ketibaan diri seseorang kepada makna tentang sesuatu" Dalam realiti semasa, umat Islam harus digesa untuk meningkatkan kualiti, terutamanya daripada aspek membudayakan ilmu agar martabat dan warisan keilmuan umat Islam itu sendiri tidak luput di telan zaman. Jikalau diteliti dengan jelas, adalah tidak munasabah untuk umat Islam pada masa kini mundur kebelakang, selain daripada persoalan sikap jahil yang menebal serta sombong untuk melihat kembali sejarah. Dunia pernah menyaksikan beberapa kali, tamadun yang diasaskan umat Islam bangun dan jatuh. Sebagai contoh zaman kegemilangan kerajaan Bani Abbasiyyah
  • 7. berlaku apabila sultan-sultan pada ketika itu amat perihatin di dalam mendaulatkan ilmu dan penyelidikkan. Tidak dapat dinafikan juga kesedaran rakyat yang banyak ketika itu juga mencerminkan penghayatan budaya ilmu yang tinggi, apabila anak-anak disuruh untuk menguasai dan menghafal Al-quran terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk menuntut ilmu-ilmu lain. Kesedaran ini bertolak daripada kefahaman bahawa ilmu Fardhu Ain adalah lebih penting di dalam pembangunan insan berkualiti dan bergerak seiring dengan ilmu Fardhu Kifayah. Namun, apabila penghayatan terhadap ilmu itu hilang, maka sejarah menyaksikan kota Baghdad yang mempunyai pelbagai khazanah untuk membangunkan tamadun luluh, dengan fenomena keruntuhan moral di kalangan pemimpin dan rakyat yang melampau. Sikap lewa dan mudah terpesona dengan nikmat yang diperolehi, membuatkan mereka lalai dan akhirnya tamadun kerajaan Abbasiyyah, dijatuhkan dengan cara yang paling hina iaitu melalui serangan daripada kaum Moghul. Daripada segi logik akal, mustahil tamadun yang sebegitu besar, malah amat luas pengaruhnya di dunia ketika itu, ditambah pula dengan warisan kegemilangan strategi perang dan sebagainya, hancur di tangan satu bangsa nomad. Maka sudah tentu kehancuran ini berpunca daripada sikap menjauhkan diri daripada membudayakan ilmu. Fenomena yang sama berlaku, mengenai sejarah kebangkitan kerajaan Otthmaniah Turki, Selat Bohsporus menjadi saksi tentang kualiti keilmuan seseorang pemimpin muda Sultan Muhammad Al-Fatih dan tentera pimpinan baginda yang mana telah merangka satu taktik perang yang amat menakjubkan sehingga membawa kepada kejatuhan Empayar Rom di Byzantine (Turki), namun ketika di penghujung era pemerintahan dinasti Otthmaniyyah, ini berlaku sikap sambil lewa di kalangan pemerintah dan rakyat terhadap ilmu, dan akhirnya memudahkan musuh-musuh Islam ketika yang dipimpin oleh Mustafa Kamal Attartuk melancarkan serangan pemikiran dan akhirnya membawa kepada kejatuhan Kerajaan Otthmaniah.Maka amat jelas di sini bahawa kekuatan umat Islam adalah terletak kepada pembudayaan ilmu, kerana dengan penguasaan ilmu maka akan lahirlah pengamalan yang baik. Khazanah ilmu daripada pelbagai cabang dan sudut bidang perlu dibawa dan dikaji kembali oleh umat Islam. Sikap untuk suka menyelidik, dan mengkaji sesuatu ilmu perlu dibudayakan. Dibudayakan di sini bermaksud dilakukan secara menyeluruh. Umat Islam mempunyai peluang yang amat luas di dalam bidang penyelidikkan, dengan kemampuan menghasilkan peratusan tinggi bagi pendapatan di dalam negara selama setahun dan
  • 8. jumlah penduduk yang agak ramai, maka kerajaan bagi negara-negara Islam harus lebih menumpukan kepada pembelanjaan bagi membiayai penyelidikan ilmu "Rather than" membelanjakan sejumlah wang besar untuk membeli keperluan senjata yang mana industri persenjataan ini sentiasa mengeluarkan model-model terbaru yang canggih. Menyentuh peranan-peranan yang boleh dimainkan oleh institusi pengajian, sekolah, ataupun mana-mana pusat pendidikkan, kesedaran terhadap peri pentingnya integrasi dan islamisasi ilmu harus ditekankan. Fenomena kini dapat dilihat mengenai gejala, golongan siswa dan siswi khususnya yang menuntut ilmu sekadar untuk lulus peperiksan dan disempitkan lagi dengan sikap penyempitan budaya ilmu mereka yang hanya tertumpu kepada ilmu-ilmu yang mereka pelajari di bilik-bilik kuliah. Menyelami kata-kata hikmat yang pernah diucapkan oleh bekas Perdana Menteri Indonesia ketika permerintahan Sukarno yang mana beliau menyebut "Pemimpin lahir bukan hanya bersandarkan pengajaran yang didapati di bilik-bilik kuliah, tetapi pemimpin lahir bergelumang di tengah-tengah kemelut masyarakat. Maka amat penting bagi institusi-institusi pendidikkan khususnya, selain daripada sikap pelajar itu sendiri untuk meluaskan dan mengamalkan konteks budaya ilmu tersebut sendiri. Menyedari akan hakikat perubahan yang perlu dilakukan, sebaik-baiknya pendidikkan harus bermula ketika waktu usia kecil, yang mana budaya cintakan ilmu perlu dipupuk dikalangan ibu-bapa terhadap anak-anak. Sikap untuk mengagungagungkan budaya hiburan terlampau perlu dihentikan untuk tidak merosakkan minda dan tumpuan bagi melahirkan generasi rabbaniy dan dengan izin daripada Allah s.w.t berperanan pula untuk mengembalikan tamadun khayra ummah yang amat dirindui. 3) CADANGAN MEMANTAPKAN BUDAYA ILMU Mohd Nor (1988: 6-14) telah mencadangkan beberapa langkah bagi memantapkan budaya ilmu. Antaranya ialah: 1) Pembinaan budaya ilmu dan tamadun yang lahir daripadanya merujuk pada sistem nilai (axiology), pandangan dunia (world view) dan idealisme sesebuah sistem sosial serta individu di dalamnya 2) Dalam sistem nilai tersebut, perlu terdapat kecintaan terhadap ilmu pengetahuan serta kegigihan menimba, menyebar dan mengamalkannya dianggap sebagai suatu idealisme dan kebaikan tertinggi yang menjadi punca segala kebaikan yang lain.
  • 9. 3) Pembinaan budaya dan tamadun ilmu yang bersepadu adalah berasaskan tiga perkara utama iaitu konsep Tuhan, manusia dan alam semesta 4) Budaya ilmu terbukti wujud bila ilmu merupakan perkara penting yang mahudisampaikan kepada seseorang atau oleh seseorang manusia walaupun semasa diakhir hayatnya 5) Dalam budaya ilmu, martabat ilmu perlu diletakkan sebagai kebaikan mutlak kerana proses pencapaian ilmu, antara lainnya, memerlukan usaha yang gigih, kesabaran yang banyak, pengorbanan yang ikhlas dan jiwa yang berani. 6) Ganjaran setiap usaha untuk mencari dan menyebarkan ilmu adalah berbentuk dalaman (intrinsik) dan keakhiratan 7) Pembinaan tamadun ilmu hanya mungkin terhasil jika ilmu diberikan statussebagai 'the highest good', kebaikan mutlak martabat tertinggi dalam sistem nilai individu dan masyarakat. 8) Pembinaan tamadun ilmu bererti kegiatan pendidikan bersifat seumur hidup (lifelong learning), dari buaian hingga ke liang lahad, dan bersifat menyeluruh dan bersepadu 9) Budaya ilmu yang sebenar akan memberi peluang kepada semua ahli sesuatu masyarakat itu untuk mencari ilmu dan ketinggian melaluinya, sekalipun betapa rendah taraf sosioekonominya. 10) Budaya ilmu mencetuskan tamadun yang banyak membantu manusia. Justeru setiap lapisan masyarakat perlu menghormati ilmu dan saintis. 11) Para pemimpin memainkan peranan penting untuk memperkasakan penyebaran ilmu pengetahuan
  • 10. Kesimpulan Perbincangan mengenai budaya ilmu memberikan gambaran yang jelas mengenai maksudnya serta kepentingannya sendiri. Pada zaman yang serba moden ini, masih terdapat salah faham dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat tentang budaya ilmu dan peranannya. Sesetengah pihak berpendapat bahawa budaya ilmu tidak penting atau utama dalam skema pembangunan insan dan negara. Terdapat perkara lain menjadi keutamaan, iaitu iman dan amalan keagamaan. Tidak kurang juga yang mengatakan tentang kepentingan kekuatan ekonomi, pembangunan infrastruktur, perpaduan nasional dan semangat kebangsaan. Pelulis tidak menafikan kepentingan perkara tersebut, tetapi kesemuanya berakar umbi kepada asas ilmu. Ilmu perlu didahulukan daripada amal, kerana ilmu merupakan petunjuk dan pemberi arah terhadap amalan yang akan dilakukan. Melalui penelitian penulis juga, matlamat limu bagi tujuan kebendaan semakin menular sehingga menjadikan apa sahaja persoalan ilmu dikaitkan dengan kepentingannya dari segi pasaran kerja, keuntungan atau sekurang-kurangnya manfaat jangka pendek. Dalam sejarah perkembangan ilmu, hal ini tidak menyerlah kecuali sejak abad kebelakangan ini. Sebelum ini, ahli ilmu dan sarjana menyumbang ilmu tanpa menerima sebarang gaji apatah lagi disediakan institusi khas seperti sekolah atau universiti. Matlamat ilmu untuk tujuan kebendaan begitu ketara ketika ini, di mana pelajar berlumba-lumba untuk menuntut ilmu dengan tujuan bagi mendapatkan habuan atau sekadar mendapatkan sijil kelayakan akademik. Penulis berharap, dengan penulisan ini dapat menyedarkan pelajar secara amnya dan seterusnya dapat sama-sama menyemarakkan lagi amalan budaya ilmu ini.
  • 11. Rujukan: Wan Mohd Nor Wan Daud. 2003. Budaya Ilmu: Satu Penjelasan. Singapore: Pustaka Nasional Pte Ltd Nasution. 2008. Berbagai Pendekatan dalam Proses Belajar Mengajar. Jakarta: Bumi Aksara Soedjadi.R. 2000. Kiat pendidikan matematika di Indonesia : konstatasi keadaan masa kini menuju harapan masa depan. Indonesia: Dirjen Pendidikan Tinggi Djamarah, Syaiful Bahri. 2008. Psikologi belajar. Jakarta: Rineka Cipta Haji Abdul Malik Karim Amrullah. 1966. Pandangan Hidup Muslim. (cetakan kedua). Jakarta : Bulan Bintang. A.Aziz Deraman. 1975. Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur : Kementerian Belia danSukan. Said Hawwa. 1988. Kay La Namdi Ba‘idan ‘an Ihtiyajat al-‘Asr. Kaherah : Mu‟assasah al-Khalij al-Arabi. Franz Boas. 1938. The Mind of Primitive Man. (edisi semakan). New York : MacMillan Wan Mohd Nor Wan Daud. 2005. Falsafah dan amalan pendidikan Islam Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya Zaini Ujang. 2009. Menghayati Budaya Ilmu: faham ilmu, amalan dan panduan. Johor Darul Takzim: Universiti Teknologi Malaysia Wan Mohd Nor Wan Daud. 1988. Budaya Ilmu: Konsep, Prasyarat dan Perlaksanaan di Malaysia. Kuala Lumpur: Nurin Ennterprise Kamus Dewan. 2005. Edisi ke-4. Kuala lumpur: Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka Syed Muhammad Naquib al-Attas. 1999. The Concept of Education in Islam: a Framework for an Islamic Philosophy of Education. Kuala Lumpur: International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC)