peranan media dalam pengajaran dan pembelajaran

14,650 views

Published on

0 Comments
10 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
14,650
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
5
Actions
Shares
0
Downloads
785
Comments
0
Likes
10
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

peranan media dalam pengajaran dan pembelajaran

  1. 1. Peranan Media dalam pengajaran dan pembelajaran 1.0 Pengenalan Di dalam sesuatu pendidikan kita tidak dapat lari dari kenyataan bahawa guru merupakan “pusat” bagi sesuatu sistem di sekolah. Guru memikul tanggungjawab yang berat bukan sahaja terhadap pelajar dibawah pengawasannya, malah sekolah keseluruhannya. Guru dianggap serba kebolehan dan serba tahu oleh pelajar-pelajarnya. Guru juga adalah tempat pelajar bergantung dan mengadu hal khususnya mengenai pelajaran. Guru boleh ditakrifkan sebagai alat perhubungan dalam pendidikan. Hal ini juga menunjukkan bahawa guru adalah orang yang terpenting di sekolah. Oleh itu, amatlah wajar bagi guru bersikap positif dalam urusan penyampaian pelajaran kepada pelajar. Pelajar akan bersedia menerima apa sahaja bentuk pelajaran yang diajar oleh guru. Tetapi mereka akan lebih berminat dan menghayati usaha guru yang dapat mempelbagaikan teknik penyampaian pengajaran. Guru tidak dapat mengasingkan diri dengan teknologi pendidikan dalam suatu proses pengajaran dan pembelajaran. Ini bermaksud, seorang guru harus sentiasa mengikut perkembangaan teknologi pendidikan dari semasa ke semasa. Guru juga perlu lebih kritikal dalam urusan pemilihan media untuk pengajaran. Mereka mesti merancang pengajaran dengan lebih terperinci terlebih dahulu. Pada praktiknya media yang digunakan oleh guru akan dapat mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Kuantiti media pengajaran tersebut digunakan secara maksimum dan efektif. Dengan menggunakan media papan tulis dan kapur dalam menyampaikan pengajaran, objektif pembelajaran boleh juga dicapai. Apa yang penting ialah penggunaan media itu Penggunaan bahan pengajaran yang teratur dan sistematik akan dapat membantu objektif guru mencapai pengajaran yang baik. Seorang guru yang membawa pelbagai jenis media pengajaran ke dalam bilik darjah belum tentu pengajarannya itu akan berjaya. Kadang-kadang perkara itu mungkin pula akan menimbulkan kekeliruan kepada pelajar kerana terlalu banyak idea yang ingin disampaikan dalam satu masa. 1
  2. 2. 2.0 Konsep media Media dikenali sebagai medium yang bermaksud sesuatu saluran komunikasi yang membawa maklumat. Maklumat daripada penyampai akan diterima oleh penerima melalui saluran komunikasi yang disebut sebagai media. Media terdiri daripada pelbagai jenis, antaranya radio, televisyen , rakaman audio, gambar foto, slaid , bahan-bahan bercetak dan komputer. Dalam pengajaran, media berperanan untuk mendorong minat pelajar mengikuti proses pengajaran dan dengan ini meningkatkan pemahaman pelajar terhadap isi pelajaran. Sebelum bidang teknologi memainkan peranannya yang besar dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru-guru merupakan media utama dalam menyampaikan maklumat kepada pelajar. Guru-guru ini dibantu dengan buku teks, papan tulis, dan kapur. Sebilangan besar guru pada waktu itu sudah mampu menggunakan bahan-bahan yang lain untuk membantu proses pengajaran dengan menggunakan gambar dan bahan-bahan semula jadi seperti bijih getah dalam pengajaran matematik atau daun dan air dalam pengajaran sains. Penggunaan bahan-bahan lain untuk mendorong minat pelajar dalam proses pembelajaran banyak bergantung pada keupayaan dan kreativiti guru itu sendiri. Dalam hal ini, keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran adalah berasaskan guru. Perkembangan dalam bidang teknologi memungkinkan proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung tanpa kehadiran seorang guru. Pembelajaran kendiri boleh berlaku sekiranya pelajar disediakan dengan media pengajaran yang berkesan dan sesuai. Media pengajaran yang mendorong pembelajaran kendiri berbentuk bahan-bahan media yang disediakan oleh guru sendiri atau oleh pihak yang lain. Media pengajaran ini membolehkan pelajar mengalami proses pembelajaran tanpa kehadiran guru, sebaliknya bahan-bahan media tersebut mengambil peranan guru. Antara contoh media pengajaran yang boleh digunakan guru masih berperanan dalam menentukan hasil pembelajaran , pemilihan tajuk, dan isi pelajaran, pemilihan strategi, teknik dan kaedah pengajaran, serta bentuk penilaian. Hal ini dapat kita memahami dengan jelas makna media dalam pengajaran. Media di definisikan sebagai pelbagai alatan yang mampu menyampaikan mesej pengajaran. Antaranya guru,radio, televisyen, slaid, pita perakam, bahan-bahan bercetak, dan komputer. Percival dan Elington (1984) mengetengahkan dua bentuk media iaitu media yang terdiri daripada pelbagai alatan fizikal teknologi pendidikan dan media yang terdiri daripada pelbagai saluran komunikasi massa. Bagi mereka radio, televisyen, dan surat khabar ialah media berbentuk saluran 2
  3. 3. komunikasi, manakala filem, slaid, gambar, pita perakam dan alatan yang lain ialah media berbentuk alatan fizikal teknologi. Media dalam pengajaran ialah sesuatu alatan yang berupaya untuk menyalurkan mesej pengirim kepada penerima mesej sehingga mendorong dan merangsang pemikiran, perasaan, minat, dan perhatian penerima. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, media menjadi alat yang digunakan oleh guru (pengirim mesej) untuk menyampaikan mesej dengan berkesan kepada penerima (pelajar). 3.0 Media dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajaran guru perlu disampaikan dengan kaedah pengajaran yang pelbagai dan bersesuaian dengan keadaan diri pelajar. Hal ini kerana gaya seseorang pelajar belajar adalah berbeza dengan gaya seseorang pelajar yang lain. Oleh itu guru perlulah peka dalam memilih sesuatu bahan untuk disesuaikan dengan semua tahap kognitif pelajar. Oleh hal sedemikian, guru perlu bijak memilih alat bantu mengajar atau pun dipanggil media pengajaran. Tujuan penggunaan media pengajaran adalah untuk membantu para guru dalam menyampaikan isi pengajaran supaya apa yang hendak disampaikan dapat difahami oleh pelajar. Selain itu ia juga dapat meningkatkan motivasi pelajar kerana penggunaan media pengajaran yang pelbagai dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti pelajaran yang disampaikan oleh guru. Terdapat beberapa jenis media dalam pengajaran atau alat bantu mengajar. Antara jenis-jenis tersebut ialah alat pandang, pandang-dengar, media bukan elektronik dan elektronik. Pada hari ini, media pengajaran lebih berasaskan teknologi yang moden seperti projektor overhed, perakam kaset, televisyen dan video, komputer dan CD-ROM serta E-pembelajaran. Alatan ini lebih memberi kesan dalam pembelajaran berbanding alatan tradisional seperti papan tulis, kapur dan buku teks. 3.1 Projektor Overhed Projektor overhed atau OHP merupakan alatan moden yang terawal di dunia. Menurut Abd. Ghafar Md. Din ( 2003 ) ia adalah alat bantu mengajar yang kini meluas digunakan di sekolahsekolah. Peranan dan fungsi projektor overhed hampir menyerupai peranan dan fungsi papan 3
  4. 4. tulis. Bahan pelajaran atau maklumat yang disediakan ditulis pada kepingan transparensi atau lut sinar. OHP merupakan salah satu alat yang sering kali digunakan oleh guru dalam bilik darjah. Penggunaan yang mudah menjadi faktor utama alatan ini menjadi kegemaran guru untuk menggunakannya. Guru hanya perlu tahu bahagian-bahagian penting pada OHP seperti sius on dan off, fokus, pancaran, tayangan dan mentol. Alatannya yang sederhana merupakan satu cabaran bagi guru untuk menarik minat pelajar dalam melibatkan diri dalam pembelajaran. Hal ini kerana alat tersebut tidak menarik seperti teknologi lain seperti televisyen, komputer dan sebagainya. Walau bagaimanapun, Penggunaan OHP memudahkan guru dalam mempelbagikan lagi kaedah seperti perbincangan, soal jawab, syarahan, sokratik dan sebagainya. Pada kebiasaannya, penggunaan OHP akan digabungkan dengan kaedah syarahan. Hal ini kerana penggunaannya meletakkan seseorang guru berhadapan dengan pelajarnya, ini dapat memastikan kawalan bilik darjah terjamin. Guru boleh membaca bahan pada transperansi tanpa menoleh ke arah skrin. Dengan cara ini, pelajar akan lebih memberi tumpuan semasa proses pengajaran berlaku. OHP berbeza daripada kebanyakan projektor tayangan yang lain, penggunaannya perlulah di bilik yang terang. Kelebihan ini merupakan satu bonus kepada guru untuk menjayakan pengajaran. Keadaan bilik yang terang memudahkan pelajar untuk melihat apa yang tertera di hadapan mereka dan sekaligus pelajar dapat menyalin dan membuat catatan ketika guru menayang transparensi. Penggunaan OHP juga boleh dipelbagai, selain menayangkan transprensi ia juga dapat ditayangkan pelbagai bahan seperti sehelai daun atau pelbagai geomatrik yang dibuat daripada kertas. Penayangan melalui OHP, bahan-bahan tersebut dapat dilihat dengan jelas lagi. Hal ini dapat membantu pelajar sekiranya bahan yang dibawa oleh guru itu tidak mencukupi, jadi dengan penayangan melalui OHP guru dapat menunjukkan kepada semua pelajar. Walaupun OHP diketogarikan sebagai teknologi yang lama, tetapi kesan penggunaan kepada pelajar masih berkesan. Hal ini dapat dibuktikan, di mana banyak sekolah yang menggunakan OHP dan papan tulis berbanding media pengajaran yang lain seperti televisyen, video dan lain-lain. 4
  5. 5. 3.2 Perakam Kaset Perakam kaset merupakan alat bantu mengajar yang kerap digunakan. Guru biasanya menggunakan alat ini sebagai sebahagian daripada kaedah penyampaian pengajaran dan pembelajaran atau gabung jalin pengajaran topik-topik tertentu. Selain menyampaikan pengajaran kepada pelajar, ia juga berjaya menarik minat pelajar. Mata pelajaran yang sering menggunakan alat ini ialah bahasa melayu, agama/moral, muzik, sejarah, geografi, sains yang terdiri daripada fizik, kimia dan biologi. Ia juga merupakan sebahagian sistem multi-media. Hal ini kerana media perakam kaset adalah suatu alat yang amat berkesan untuk mencapai matlamt pengajaran jika kita memenuhi kehendak yang berkait ianya radio hanya sebagai media yang membolehkan pelajar mendengar, sebaliknya sesuatu yang mempunyai keistimewaan yang tersendiri ( Muhamad Hasan Abdul Rahman, 2002 ). Teknik merekod melalui pita rakaman sesuai dalam mata pelajaran seperti kesusasteraan iaitu sajak, puisi, syair, gurindam dan lain-lain. Guru boleh mendeklamasikan dulu bahan tersebut dengan diiringi oleh muzik yang sesuai, selepas itu, bahan tersebut boleh diperdengarkan kepada pelajar-pelajar. Kemudian meminta pelajar ulang kembali apa yang didengarkannya serta meminta mereka mengeluarkan isi dari bahan tersebut. Melalui cara ini pelajar akan mudah faham kerana mereka melibatkan diri secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Latar suara rakaman dan muzik hendaklah jelas, terang dan bersifat semulajadi ( Abdul Ghani Abdullah, Abd. Rahman Abd. Aziz & Abdul Rashid Mohamed, ( 2007 ). Ketiga-ketiga aspek ini perlu diambil kira bagi mengelakkan gangguan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Jesteru, sebelum membuat rakaman guru perlu menyebut perkataan dengan jelas dan muzik latar tidak terlalu kuat sehingga menenggalami suara guru tersebut. Rakaman yang tidak jelas mengganggu tumpuan pelajar dalam memahami pengajaran yang hendak disampaikan kepada guru. Perakam kaset mudah dilakukan kerana rakaman boleh dibuat sendiri atau dirakam daripada daripada siaran radio. Selain itu, ia sesuai untuk kemahiran lisan seperti guru mengajar kemahiran bertutur, mendengar dan membaca. Di mana semasa proses pengajaran berlaku pelajar akan dapat terus mengetahui kesilapan yang dilakukan oleh mereka. Hal ini kerana perakam kaset dapat mengawal dan memberhentikan rakaman pada ketika yang sesuai. Dengan 5
  6. 6. itu guru boleh mencelah untuk menegaskan sesuatu perkara sebelum menyiarkan semula rakaman tersebut. Perakam ini juga boleh digunakan sebagai satu kaedah dalam pengajaran. Melibatkan pelajar sendiri dalam mencari bahan yang berkaitan pengajaran yang akan datang adalah satu cara untuk melibatkan pelajar. Guru boleh meminta pelajar merakam rancangan-rancangan yang sesuai dengan topik pelajaran yang akan diajar, kemudian memperdengarkan rakaman tersebut di hadapan kelas dan meminta komen, pendapat dan meminta pelajar mengaitkan dengan pelajaran yang akan diajar. Kaedah ini bukan sahaja pelajar dapat memahami dengan lebih mendalam lagi tajuk pengajaran yang diajar sebaliknya mereka mendapat input dari luar juga. Pada hari ini, guru jarang menggunakan media jenis ini, hanya guru yang mengajar ujian lisan seperti guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sahaja yang menggunakannya. Sebenarnya media ini juga sangat menarik jika disesuaikan dengan mata pelajaran yang akan diajar. Sebagai contoh, guru dalam pendidikan Islam, boleh mengunakan perakam kaset untuk merakam nasyid atau ayat-ayat al-Quran, tidak kira digunakan sebagai induksi set atau semasa pengajaran boleh diperdengarkan. 3.3 Televisyen dan Video Televisyen dan video adalah salah satu media pengajaran yang diketengahkan dalam pendidikan. Penggunaannya juga semakin meluas dan kian popular kerana ia mudah dikendalikan dan tidak membebankan para guru. Walaubagaimanapun pengunaannya hanya terhad dalam bilik tertentu sahaja iaitu seperti bilik media, tayangan dan sebagainya. Tetapi, ia masih menjadi pilihan kebanyakan guru kerana pembelajaran melalui media ini mampu meningkatkan motivasi para pelajar terutama subjek-subjek yang memerlukan tayang secara secara langsung. Televisyen merujuk kamus dewan mendefinisikan sebagai satu penyiaran ( pemancaran ) gambar hidup ( gambar bergerak ) berserta bunyi menerusi haba atau udara pada skrin televisyen. Manakala video menurut kamus dewan bahasa ialah alat untuk merakamkan dan menayangkan filem dengan menggunakan pita video yang disalurkan melalui peti televisyen. Selain itu ia juga ditakrifkan sebagai pita bermagnet yang digunakan untuk merakam gambar dengan suaranya sekali dari televisyen. 6
  7. 7. Sebagai contoh, mata pelajaran dalam bab fekah seperti menunaikan haji dan umrah. Guru yang pernah menjejaki ke tanah suci tidak menjadi masalah dalam menyampaikan isi pengajaran tersebut, berbeza bagi guru yang belum berpeluang ke sana. Ia menjadi satu masalah bagi mereka untuk menerangkan keadaan di sana. Jesteru sebagai alternatifnya, media televisyen dan video menjadi pengganti untuk menunjukkan keadaan sebenar di sana. Melalui media tersebut pelajar akan dapat merasai suasana yang sebenar ketika di Mekah walaupun bukan secara keseluruhan. Menurut Schramun ( 1962 ), murid-murid dapat belajar dengan cekap menerusi televisyen pendidikan. Berdasarkan kenyataan ini, beberapa program televisyen khususnya kanak-kanak telah berjaya mempengaruhi gaya pembelajaran mereka seperti menambah pengalaman baru, perbendaharaan kata, ilmu pengetahuan dan sebagainya. Selain itu, pengunaan media dalam pembelajaran mampu mengelakan pelajar merasa bosan ketika belajar. Kadang kala guru perlu ubah cara pengajaran dengan mempertontonkan pelajar dengan video-video yang berkaitan untuk dikaitkan dengan mata pelajaran yang hendak diajar. Sebagaimana contoh dalam pendidikan sejarah, guru boleh menayangkan filem yang berunsurkan sejarah misalnya, Leftenan Adnan atau Sarjan Hasan. Melalui filem ini guru boleh menyuruh pelajar berfikir dan meminta mereka mengaitkan cerita tersebut dengan apa yang dipelajari. Secara tidak langsung pelajar akan mengulangkaji matapelajaran tersebut. Hal ini berdasarkan pandangan Wittch dan Schuller ( 1973 ) iaitu televisyen pendidikan telah banyak mengatasi masalah pengalaman pembelajaran murid. Pada hari ini, pelbagai program yang berbentuk ilmiah di wujudkan seperti rancangan berbentuk kehidupan semulajdi iaitu flora dan fauna. Program-program seperti ini, guru boleh sesuaikan dengan matapelajaran yang hendak diajar seperti geografi, sains, pendidikan Islam dan sebagainya. Situasi ini bersesuaian dengan pelajar hari ini yang lebih cenderung kepada perkara yang berlaku di luar bilik darjah. Sebagai seorang guru, perlu pandai mengambil peluang ini untuk diaplikasikan dalam subjek mereka dengan menyuruh pelajar menonton rancangan tersebut supaya mereka lebih memahami subjek tersebut. 3.4 Komputer Komputer adalah alat elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak kelebihan. Ia juga sesuai untuk dijadikan alat bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran 7
  8. 8. kerana ia berkemampuan menerima dan memproses data. Menurut Merrill ( 1986 ) komputer adalah satu mesin pemprosesan maklumat yang perlu diberikan arahan oleh penggunanya. Dalam kamus dewan bahasa komputer membawa maksud alat elektronik yang menyimpan maklumat pada cekera atau pita bermagnet, menganalisisnya dan mengeluarkan maklumat selanjutnya apabila diperlukan. Terdapat beberapa cara untuk menginteragsikan komputer di dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara penginterasi tersebut ialah dalam bidang matematik, sains, penulisan dan sebagainya. Penggunaan komputer ini boleh dilakukan dengan dua keadaan iaitu guru sahaja yang menggunakan komputer dengan bantuan projektor overhed dan LCD supaya apa yang ada pada skrin monitor dapat diperlihatkan kepada semua pelajar ataupun guru membawa pelajar ke makmal komputer yang sedia menampung pelajar tersebut. Menurut Compoy ( 1992 ), komputer memberikan pengalaman kepada pelajar untuk belajar menjadi seorang penyelesai masalah yang cekap. Kebolehan ini akan menambahkan lagi kecekapan mereka dalam bacaan dan matematik. Kenyataan ini menunjukan komputer menjadi pembantu dalam menyelesaikan masalah pelajar dalam subjek matematik. Pelajar dapat mejimatkan masa dalam menyelesaikan masalah-masalah matematik yang kompleks serta mendapat jawapan serta merta. Satu lagi bidang penggunaan komputer sebagai alat ialah dalam pelajaran sains, di mana komputer di gunakan sebagai probeware dan alat interface. Probeware apabila disambung dengan komputer akan membolehkan pelajar mengutip dan merekod data seperti suhu, pH, pergerakan dan sebagainya. antara bidang lain ynag mengaplikasikan media ini sebagai pengajran ialah dalam bidang penulisan iaitu dalam pemprosesan perkataan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran banyak membantu guru dalam melicinkan pengajaran. Di mana guru boleh menggunakan komputer untuk menyampaikan maklumat dan juga untuk mengajar pelajar tajuk yang berkaitan. Sandholtz ( 1997 ) menyatakan bahawa penggunaan komputer dalam bilik darjah telah berjaya meningkatkan mutu pendidikan. Seorang guru perlu mempertimbangkan setiap pemilihan matapelajaran supaya dapat disesuaikan dengan alat bantu mengajar menggunakan komputer. Hal ini supaya proses pangajaran dan pembelajaran tercapai objektif. Selain itu, guru perlu membuat persediaan terlebih supaya dahulu, hal yang tidak dijangka dapat dielakkan seperti komputer rosak atau bekalan elektrik terputus. Pengendalian yang lancar dan penyampaian yang menarik akan dapat menarik minat pelajar. 8
  9. 9. Komputer digunakan oleh guru apabila sesuatu subjek itu membosankan atau terlalu panjang sehingga tidak cukup waktu. Seperti tajuk Pendidikan Islam iaitu perkara-perkara yang membatalkan iman. Di mana bawah tajuk ini terdapat beberapa unit antaranya syirik, kufur, khurafat dan lain-lain. Jadi sebagai alternatifnya guru menggunakan komputer supaya memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru juga boleh melibatkan pelajar dengan menyuruh mereka membuat pembentangan di dalam kelas dengan menggunakan komputer. Secara tidak langsung guru tersebut dapat mengajar mereka menggunakan power point semasa pembentangan. Selain itu, mereka juga dapat memahami dengan lebih jelas lagi pelajaran tersebut. Penggunaan media berasaskan komputer sangat kurang digunakan oleh guru, bukan kerana guru tidak berminat sebaliknya pihak pengurusan sekolah yang menyediakan pelbagai prosedur untuk menggunakan bilik tersebut. Sepatutnya pihak sekolah tidak menghadkan kepada guru tertenti sahaja sebaliknya memberi peluang kepada semua guru. 3.5 CD-ROM CD-ROM merupakan singkatan daripada Read Only Memory iaitu cakera padat ingatan baca. Merujuk kepada kamus dewan bahasa CD-ROM atau cakera padat ialah cakera magnetik yang mempunyai ketumpatan perakam yang tinggi, dengan storan yang lebih besar. CD-ROM juga membawa maksud cakera padat iaitu ingatan baca sahaja (Compact Disk Read Only Memory). Baca-sahaja bermaksud kita hanya boleh membaca apa sahaja data yang ditulis pada cakera CDROM. Cakera CD-ROM merupakan sekeping cakera plastik yang berdiameter 120mm dan boleh menyimpan data sehingga 650MB. Kementerian Pelajaran Malaysia telah menerbitan CD-ROM buku teks. Ia adalah selaras untuk menyahut seruan kerajaan bagi meningkatkan penggunaan aplikasi ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada tahun 2003 Kementerian Pelajaran Malaysia bahagian buku teks telah memperkenalkan buku teks mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris telah diterbitkan secara pakej bersama MyCD dan CD-ROM Guru. MyCD ialah CDROM multimedia interaktif yang mengandungi teks, animasi, simulasi, audio, video, aktiviti interaktif dan ujian interaktif untuk menyokong dan menambah nilai kandungan buku teks. Aktiviti interaktif yang disediakan dalam MyCD meliputi aktiviti pengukuhan dan aktiviti pengayaan seperti simulasi, permainan, teka teki, teka silang kata, latihan dan penilaian interaktif 9
  10. 10. di mana keputusan semua aktiviti murid dapat direkod (tracking), disimpan dan dicetak. Latihan interaktif memberikan murid latih tubi yang menarik dan bermakna tentang sesuatu konsep yang telah dipelajari dalam buku teks. Bagi meningkatkan lagi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran Galeri meningkatkan lagi proses berkaitan pengajaran dan pembelajaran. Nilai bahan dalam galeri tersebut dapat membantu pemahaman murid dengan lebih berkesan. Bahan multimedia tersebut terdiri daripada audio, video, animasi dan simulasi yang menarik. Di samping itu, E-ujian juga turut diwujudkan iaitu ia merupakan satu alat pentaksiran elektronik interaktif yang sebenar dan bertujuan untuk mengukur pencapaian murid secara sumatif tetapi berperingkat. Keputusan ujian dan semua maklumatnya boleh disimpan di dalam cakera keras komputer atau disket murid dalam papan skor. Di dalam E-ujian terdapat soalan yang dikemukakan secara rawak tetapi ada pemeringkatan mengikut aras. Murid tidak akan diberi sebarang maklum balas pada jawapan yang betul atau salah kecuali markah ujian dalam peratus, gred atau komen, tarikh ujian dan masa yang diambil untuk menyelesaikan ujian tersebut. E-glosari atau e-kamus bergambar adalah kamus interaktif yang mengandungi istilah dan frasa yang disusun mengikut abjad. E-glosari disediakan dengan audio bagi memudahkan cara sebutan yang betul dan huraian berkaitan istilah yang berkenaan manakala e-kamus bergambar disediakan dengan gambar foto, ilustrasi atau animasi. Ini menunjukkan perbezaan antara e-glosari dan e-kamus. E-jurnal juga diperkenalkan oleh kementerian tersebut. E-jurnal adalah sebuah buku catatan elektronik untuk murid merekodkan refleksi, aktiviti atau tugasan. Maklumat yang dicatat dalam e-jurnal boleh disimpan ke dalam disket murid atau pada cakera keras komputer. Maklumat ini juga boleh dihantar kepada rakan atau guru melalui kemudahan e-mel. Penggunaan MyCD berkait rapat dengan penggunaan makmal komputer sekolah. MyCD sesuai digunakan untuk membantu murid dalam proses pembelajarannya di sekolah terutama sekolah yang telah dilengkapi prasarana makmal komputer. Pihak sekolah disarankan agar meletakkan semua MyCD yang dibekalkan melalui Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dalam makmal komputer supaya murid boleh mengakses MyCD setelah pengetahuan / kemahiran berkaitan sesuatu tajuk dalam buku teks telah dipelajarinya. 10
  11. 11. 4.0 Fungsi media dalam pengajaran dan pembelajaran Penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja untuk meningkatkan minat dan pemahaman pelajar terhadap pengajaran guru, malah penggunaan media dapat mengatasi pelbagai kekangan guru dalam menguruskan pengajaran di bilik darjah. Selain itu, penggunaan media pada masa ini mampu mempenuhi pelbagai tuntutan dalam pendidikan memandangkan pendidikan pada hari ini bukan hanya terbatas dalam menyampaikan ilmu pengetahuan sematamata, bahkan matlamat pendidikan lebih luas dan menyeluruh. Antara matlamat pendidikan ialah untuk menghasilkan masyarakat yang memiliki pengetahuan keupayaan dalam mereka cipta dengan menggunakan kreativiti disamping mampu bersaing dengan pelbagai kemajuan dalam sains teknologi dan ledakan maklumat. Tuntutan melahirkan masyarakat yang mampu menguasai ilmu pengetahuan belum mampu menjadikan modal insan, sebaliknya seorang manusia perlu juga memiliki keupayaan dalam menguruskan diri dan mempunyai ketahanan mental dan emosi. Tuntutan tersebut adalah berat bagi seseorang guru untuk memikulnya, maka penggunaan media dalam pengajaran dapat meringankan tanggungjawab tersebut. 4.1 Pembantu guru Memandankan peranan dan tanggungjawab guru semakin mencabar, maka media dapat memainkan peranannya bersama-sama guru dalam meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru dapat merancang jenis dan bentuk media yang sesuai dan berkesan untuk digunakan semasa guru menjalankan pengajarannya. Guru-guru boleh menggunakan carta, gambar rajah, slaid, foto, pita rakaman untuk memperdengarkan muzik atau lagu dan bahan rakaman yang lain. Penggunaan pelbagai jenis media akan membolehkan pelajar mengalami proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Media itu juga mendorong pelajar menggunakan pancaindera sendiri untuk meninggalkan kesan sebenar, dengan ini menjadikan pembelajaran lebih bermakna. Contohnya, untuk memupuk nilai patriotik melalui pengajaran sejarah, guru boleh menyampaikan fakta-fakta sejarah keganasan komunis ke atas rakyat tanah melayu dengan sempurna sebaliknya sekiranya guru menggunakan sedutan filem “bukit kepong” sewaktu pengajarannya pasti nilai-nilai patriotik dapat disemai ke dalam jiwa pelajar. Maka dalam konteks tersebut, penggunaan televisyen dengan menayangkan filem bukit kepong dapat membantu guru meningkatkan mutu pengajarannya dan pembelajaran menjadi lebih bermakna. 11
  12. 12. 4.2 penganti guru Keupayaan guru mengendalikan pengajaran ada kalanya berdepan dengan pelbagai kekangan seperti guru perlu menghadiri mesyuarat atau tugas-tugas lain yang memungkinkan kelas terpaksa ditinggalkan seketika. Sebagai seorang manusia, guru tidak lepas daripada mengalami situasi kurang sihat dan tidak mampu menjalankan tugasnya dengan berkesan seperti yang lazim dilakukan. Hal-hal sebegini menjejaskan sedikit sebanyak proses pembelajaran pelajar, tetapi dengan penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran akan mampu mengurangkan sebarang kesulitan tersebut. Dalam hal ini penggunaan media mampu mewujudkan pembelajaran kendiri di mana pelajar boleh belajar sendiri dengan panduan dan bimbingan yang terdapat dalam media yang digunakan. Pada masa sekarang, terdapat banyak pihak yang telah menyediakan portal pembelajaran kendiri yang membenarkan proses pembelajaran dikhendalikan sendiri pelajar hanya dengan mematuhi arahan dan langkah pembelajaran yang diarahkan oleh media yang digunakan. Secara tradisionalnya, guru menggunakan buku-buku latihan atau kad-kad aktiviti yang mengandungi arahan dan langkah yang akan dilakukan oleh pelajar. Namun, pada masa sekarang, perkembangan dalam multimedia melahirkan pelbagai ciptaan bahan media yang lebih mampu menarik pelajar untuk mengikuti pembelajaran mereka walaupun sewaktu ketiadaan guru. Contohnya, pelajar boleh mempelajari kejadian gempa bumi melalui tayangan video. Selepas mengikuti tayangan video tentang gemba bumi, pelajar diberikan latihan untuk menjawab soalan-soalan berhubung dengan kejadian gempa bumi. Penggunaan media ini bukan sahaja membangkitkan minat dan memupuk sikap berdikari pelajar, malahan pelajar menjadi lebih berdisiplin dan bertanggungjawab terhadap diri dan pembelajarannya. Pelajar boleh mempelajari sesuatu tajuk berulang-ulang kali sehingga pelajar benar-benar faham akan kandungan tajuk pembelajaran tersebut. Walaupun tanpa kehadiran guru di bilik darjah, proses pengajaran diteruskan dan pelajar tidak mengalami sebarang kerugian masa, malah tajuk-tajuk pembelajaran dapat diteruskan seperti yang dirancangkan. 4.3 pembelajaran berasaskan projek Pembelajaran berasaskan projek merupakan salah satu strategi pengajaran pada masa ini yang mampu meningkatkan keupayaan berfikir dan latihan menyelesaikan masalah dikalangan pelajar. 12
  13. 13. Dalam pendekatan ini, pelajar berpeluang untuk mengalami proses pembelajaran kendiri dengan membina tajuk-tajuk pembelajaran, proses pembelajaran, hasil pembelajaran, dan penilaian terhadap pembelajaran. Media memainkan peranan utama dalam pendekatan pembelajaran berasaskan projek. Bermula dengan tema pembelajaran, pelajar dapat menjurus kearah tajuktajuk yang lebih berfokus. Pelajar dapat memulakan pencarian maklumat dengan mengakses maklumat yang dikhendaki dari internet. Penggunaan multimedia dalam sesuatu tugasan atau projek yang dijalankan oleh pelajar menggalakkan daya kreativiti pelajar dalam persembahan. Dalam pendekatan ini, pelajar diberikan kebebasan untuk melaksanakan aktiviti atau projek dengan berbantukan media. 4.4 media dalam pendidikan khas Sistem pendidikan dituntut agar memberikan peluang yang sama rata kepada seluruh kanakkanak tanpa ada perbezaan. Perhatian yang khusus perlu ditumpukan kepada kanak-kanak istimewa yang memerlukan keperluan khas dalam proses pembelajaran. Pendidikan khas terbahagi kepada beberapa bentuk, antaranya pendidikan khas pemulihan, pendidikan khas masalah pembelajaran, pendidikan khas penglihatan, dan pendidikan khas pendengaran. Kanakkanak berkeperluan khas ini mempunyai masalah yang berbeza-beza antara satu sama lain. Contohnya, kanak-kanak yang cacat penglihatan, mereka perlu melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan diri mereka. Maka, penggunaan media yang sesuai akan dapat membentu kanak-kanak ini menjalani proses pembelajaran dengan lebih sempurna. Keupayaan teknologi hari ini telah berjaya mereka cipta pelbagai media pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan kanak-kanak ini tidak ketinggalan dalam menguasai ilmu dan kemahiran contohnya, kanak-kanak yang cacat penglihatan boleh membaca dan mengarang dengan bebrbantukan komputer yang memasukkan program bacaan dan mengarang kepada mereka yang menghadapi masalah penglihatan. Komputer yang mempunyai reka bentuk khas ini mempunyai papan kekunci berhuruf braille. Kanak-kanak tersebut akan menekan huruf pilihannya dan setiap sesuatu perkataan selesai dieja, komputer tersebut akan membunyikan huruf tersebut. Kanak-kanak ini akan meneruskan pembelajarannya hingga ke peringkat mengarang dimana komputer tersebut akan membacakan setiap ayat lengkap yang telah dikarang oleh pelajar tersebut sebaik sahaja pelajar meletakkan nokta pada ayatnya. Bantuan alat 13
  14. 14. komputer ini telah membuka peluang yang luas kepada kanak-kanak golongan ini untuk mendapat hak dalam menguasai ilmu pengetahuan. Bagi kanak-kanak yang normal tetapi menghadapi masalah pembelajaran, mereka memerlukan pendekatan yang berbeza dengan kanak-kanak normal yang tidak bermasalah dalam pembelajaran. Kanak-kanak ini memerlukan strategi pemulihan bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran membaca, menulis, dan mengira. Penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran ialah suatu pendekatan yang sangat berkesan bagi memupuk minat dan meningkatkan pemahaman mereka terhadap pembelajaran. Pemilihan media yang sesuai dan menarik adalah penting bagi mendorong kanak-kanak ini belajar. Contohnya, penggunaan lagu yang mempunyai susunan muzik yang sesuai dengan jiwa kanak-kanak, menjadi tarikan ketika kanak-kanak mengeja huruf-huruf yang di paparkan di skrin dan paparan huruf tersebut dicantikan lagi dengan animasi yang menyebabkan kanak-kanak tidak bosan mengikuti pembelajaran. Hal ini, jelas bahawa media dalam pengajaran dan pembelajaran bagi pendidikan khas merupakan satu pendekatan yang sangat positif dan berkesan. 4.5 media penyebar ilmu Ledakan teknologi maklumat telah menyebabkan pelbagai ilmu dan maklumat telah tersebar dengan pantas dalam masa yang cukup pendek. Seorang guru mungkin tidak mampu menyampaikan pelbagai maklumat kepada pelajar pada satu waktu interaksi di bilik darjah. Bahagian teknologi pendidikan, Kementrian Pelajaran Malaysia turut memainkan peranan menjadi TV pendidikan yang menyediakan pelbagai rancangan dan program yang berinformatif. Pelajar juga boleh memproleh pelbagai ilmu pengetahuan melalui program-program pendidikan yang disiarkan melalui pelbagai saluran televisyen. Contohnya, pelajar boleh menguasai ilmu geografi berhubung dengan kehidupan manusia di tempat lain yang mempunyai perbezaan iklim, topografi, dan budaya melalui saluran discovery. Pelajar boleh mendapatkan bahan bacaan dan rujukan melalui e-lebrary atau laman-laman web pendidikan yang menyediakan pelbagai maklumat dan pengetahuan. Pada masa ini, maklumat dan pengetahuan bukan sahaja boleh diperoleh dari pusat sumber hanya pada waktu-waktu tertentu. Sebaliknya waktu pembelajaran boleh berlaku pada bila-bila masa mengikut kesesuaian dan khendak pelajar dengan menggunakan pelbagai saluran media. Bahan yang diperoleh akan dibawa ke bilik darjah untuk dibincangkan bersama-sama dengan guru dan rakan-rakan. Ini bermakna, pembelajaran yang 14
  15. 15. berbantukan media mengubah konsep pengajaran dan pembelajaran tradisional yang terlalu bergantung pada pemerolehan ilmu bermula dari bilik darjah dan guru. Kesimpulannya Media dalam pengajaran ialah suatu alatan yang berupaya untuk menyalurkan mesej pengirim kepada penerima sehingga mendorong dan merangsang pemikiran, perasaan, minat, dan perhatian peneriama. Media dalam pengajaran dan pembelajaran mampu membantu guru dalam meningkatkan minat dan pemahaman pelajar terhadap pembelajaran. Pembelajaran kendiri dan pendekatan berpusatkan pelajar dapat dilaksanakan melalui penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran. Kepelbagaian media melibatkan pelbagai pancaindera pelajar daripada pendengaran kepada penglihatan dan juga deria yang lain memberi pelajar pengalaman belajar yang sebenar dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna. Terdapat pelbagai peranan yang dimainkan oleh media dalam pengajaran dan pembelajaran, antaranya media boleh beperanan sebagai pengganti guru, pembantu guru, serta penyebar ilmu. Seterusnya, media berperanan besar dalam pendidikan khas, yang mampu memudahkan proses pembelajaran dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan khas yang cacat penglihatan dan pendengaran serta media berperanan juga dalam pendekatan pembelajaran berasaskan projek. 15

×