Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
Bahagian A (15 markah)
Sila jawab soalan ini dan tandakan jawapan dalam kertas jawapan.
1. Antara berikut adalah BENAR men...
5. Kedatangan Agama Islam ke Tanah Melayu melalui beberapa cara KECUALI
A. Dibawa oleh pedagang dari Arab dan Parsi melalu...
9. Nilai bantu membantu dan ziarah menziarahi adalah antara yang dituntut dalam Islam
dalam perhubungan dengan ___________...
13. Apakah tujuan utama penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka?
A. memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahs...
BAHAGIAN B (5 markah)
Suaikan pernyataan di bawah.
Gelaran Ketua Negeri
bagi negeri Melaka,
Sabah dan Sarawak.
Bahasa Mela...
BAHAGIAN C (5 markah)
Pilih kenyataan yang sesuai di bawah untuk melengkapkan Peta Bulatan berikut.
Merupakan simbol
kedau...
BAHAGIAN D (10 markah)
Lengkapkan Peta Pokok di bawah dengan jawapan yang sesuai. Berikan perkataan yang
sesuai.
BAHAGIAN ...
BAHAGIAN F (5 MARKAH)
Gariskan jawapan yang betul.
1. Pengaruh agama Hindu dan Buddha dalam kalangan masyarakat tempatan t...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Soalan sejarah tahun 5 penggal 1 2015

13,559 views

Published on

sejarah tahun 5

Published in: Education

Soalan sejarah tahun 5 penggal 1 2015

  1. 1. Bahagian A (15 markah) Sila jawab soalan ini dan tandakan jawapan dalam kertas jawapan. 1. Antara berikut adalah BENAR mengenai Sistem Pemerintahan pada Zaman Kerajaan Melayu Awal KECUALI A. Sultan ialah ketua kerajaan. B. Wujudnya istitusi Yang Dipertuan Agong. C. Sultan berkuasa mutlak D. Semua keputusan berkaitan undang-undang terletak di tangan Sultan. 2. Pada zaman pentadbiran British, institusi raja dikekalkan namun bidang kuasa Sultan hanya terhad kepada … A. undang-undang tanah sahaja. B. ketua agama Islamdan adat Istiadat bagi negerinya. C. pentadbiran pelajaran. D. penasihat dalam hal ehwal pentadbiran. 3. Antara Negara-negara berikut yang manakah masih mengekalkan institusi raja? A. Thailand dan Singapura. B. Brunei dan Jepun. C. Kemboja dan Indonesia. D. Malaysia dan Amerika Syarikat. 4. Bagaimanakah kita hendak menunjukkan kesetiaan kepada Raja? A. Mengingkari perintah Raja. B. Menimbulkan kekacauan dalam Negara. C. Bersama-sama menjaga kedaulatan Negara. D. Memberi makan kepada haiwan.
  2. 2. 5. Kedatangan Agama Islam ke Tanah Melayu melalui beberapa cara KECUALI A. Dibawa oleh pedagang dari Arab dan Parsi melalui jalan laut. B. Melalui pedagang dari India dan Sumatera Utara melalui jalan laut. C. Disebarkan oleh pedagang dari China melalui jalan laut.. D. Dibawa oleh pedagang Thailand melalui Jalan Sutera 6. Dalamperlembagaan Malaysia ada menyatakan bahawa Agama Islamadalah agama persekutuan. Ini bermaksud A. Hanya agama Islamsahaja diamalkan di Malaysia. B. agama lain bebas mengamalkan agama dan kepercayaan sendiri. C. penganut agama lain boleh mencampuri hal ehwal agama Islam. D. penganut agama lain tidak perlu menghormati amalan agama Islam. 7. Kesenian Islamboleh dilihat dalam seni-seni berikut A. seni bina bangunan seperti mimbar, corak geometri dan menara. B. seni Khat seperti tulisan kaligrafi, corak pada perhiasan dan kad ucapan. C. seni pertahankan diri seperti taekawndo dan karate. D. seni muzik seperti nasyid, alat muzik kompang dan gambus. 8. Hukum Kanun Melaka ialah perundangan yang berteraskan ___________ A. Agama Hindu B. Agama Islam C. Agama Kristian D. Agama Buddha
  3. 3. 9. Nilai bantu membantu dan ziarah menziarahi adalah antara yang dituntut dalam Islam dalam perhubungan dengan _____________ A. Masyarakat. B. Alam sekitar C. haiwan D.Alam ghaib. 10. Golongan Ulama menyampaikan ilmu agama kepada Raja-raja Melayu di istana dalam bahasa Melayu.Ini merujuk kepada fungsi bahasa Melayu ketika itu sebagai A. Bahasa Persuratan. B. Bahasa Perundangan. C. Bahasa Ilmu D. Bahasa perundangan. 11. Kenyataan di atas menunjukkan bahawa Bahasa Melayu sangat penting untuk bahasa perhubungan antara berlainan bangsa atau boleh dikatakan sebagai A. Lingua Frasa B. Lingua Franca C. Francis Light D. Bahasa Ibunda 12. Yang manakah senarai negara-negara yang mempunyai taburan penutur utama Bahasa Melayu yang betul? A. Arab Saudi, Malaysia,Jepun, Mesir. B. Malaysia , Indonesia , Brazil, Brunei C. Malaysia, Brunei, Indonesia, Kemboja D. Kemboja, Afrika Selatan, Malaysia, Jepun ”Bahasa Melayu ialah bahasa antarabangsa dan sesiapa yang tinggal dikawasan antara Persia di sebelah baratnya dan Filipina di sebelah timurnya tetapi tidak mengetahui Bahasa Melayu, maka orang itu dianggap sebagai tidak berpelajaran” -Francais Valentijn, penulis Belanda,tahun 1726 -
  4. 4. 13. Apakah tujuan utama penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka? A. memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahsa rasmi dan bahasa ilmu di Negara kita. B. Membuat buku teks sekolah-sekolah rendah dan menengah di Malaysia. C. Membuat kamus dewan Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. D. Membuatkan Bahasa Melayu terkenal di seluruh dunia. 14. Yang manakah berikut adalah benar? Penjajah Negara Tempoh penjajahan A Portugis 1511-1700 B Jepun 1941-1945 C Belanda 1641-1940 D British 1900-1956 15. Antara sebab utama kuasa-kuasa luar berminat untuk menjajah dan mencampuri urusan di Negara kita ialah A. Negara ini banyak hasil bumi yang amat bernilai. B. Penduduk di negara ini tidak pandai mentadbir negara sendiri. C. Penjajah mengambil kesempatan untuk melancong di sini. D. Suasana yang aman dan harmoni.
  5. 5. BAHAGIAN B (5 markah) Suaikan pernyataan di bawah. Gelaran Ketua Negeri bagi negeri Melaka, Sabah dan Sarawak. Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Perak, Selangor, Negeri Sembilan , Pahang. Penjajahan Bahasa perhubungan diantara orang yang berlainan bahasa. Yang di-Pertua Negeri. Masjid Putra, Putrajaya. Negeri-negeri Melayu Bersekutu Seni bina bangunan Islam Penaklukan
  6. 6. BAHAGIAN C (5 markah) Pilih kenyataan yang sesuai di bawah untuk melengkapkan Peta Bulatan berikut. Merupakan simbol kedaulatan negara. Menjadi rakyat yang pandai. Menjadikan negara bertambah kaya. Sebagai menghargai institusi raja. Untuk menjaga kemakmuran dan kesejahteraan negara. Untuk menjaga perpaduan rakyat. Memastikan keamanan negara. Menjadi rakyat yang bersih,cekap dan amanah. KEPENTINGAN TAAT SETIA KEPADA RAJA DAN NEGARA
  7. 7. BAHAGIAN D (10 markah) Lengkapkan Peta Pokok di bawah dengan jawapan yang sesuai. Berikan perkataan yang sesuai. BAHAGIAN E (5 markah) Sila jawab soalan-soalan berikut. 1. Jika anda seorang pemimpin negara, apakah tindakan anda apabila berlaku campur tangan penjajah dalam urusan negara? ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ 2. Ramalkan apa yang akan berlaku jika keadaan negara kita kacau bilau dan tidak tenteram. ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ PENGARUH BAHASA ASING DALAM BAHASA MELAYU SANSKRIT ARAB BELANDA CINA TAMIL Surat khabar Laici Raja Laci Halal Dewa Balkoni Kongsi Kapal Ayah
  8. 8. BAHAGIAN F (5 MARKAH) Gariskan jawapan yang betul. 1. Pengaruh agama Hindu dan Buddha dalam kalangan masyarakat tempatan telah wujud di (Lembah Bujang, Terengganu). 2. Hukum Kanun Melaka merupakan teks pertama menggunakan Islamsebagai (bahasa ilmu, perundangan). 3. Mengikut Islam, kita perlu ( melindungi , memelihara ) haiwan belaan yang terbiar. 4. (Gambus, Rebana ubi) merupakan alat muzik yang menerima pengaruh Islam. 5. Seni Khat merupakan seni kaligrafi yang menggunakan tulisan ( Jawi , Jawa) BAHAGIAN G (5 markah) Tulis BENAR atau SALAH dalam kotak kosong di bawah bagi setiap pernyataan berikut. 1. Portugis menjajah Melaka paling awal untuk menguasai perdangan rempah dan menyebarkan agama Kristian. 2. Pada tahun 1786, British mula menjajah Tanah Melayu bermula di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. 3. Pada tahun 1941-1945, tentera Belanda telah mengalahkan British dalam Perang Dunia Kedua dan menjajah Tanah Melayu. 4. Syarikat Borneo Utara British menguasai Singapura pada tahun 1945. 5. Negeri-negeri Selat ialah Pulau Pinang, Perak, Perlis dan Kedah.

×