Mereka itu merupakan ulama pakar di bidang feqah.Yakni yang mampu berijtihad di bidang hukum-hakam atau syariat.Tapi tidak...
menganut aqidah yang keluar dari aqidah asal, yakni Ahlil Sunnah Wal Jamaah (aqidah Nabi dan paraSahabat), maka ia jadi ka...
Ertinya dengan berijtihad itu masing-masing akan dapat laluan mudah untuk kehidupan masing-masing.Sedangkan tanpa berijtih...
Mereka mampu mengeluarkan hukum sedangkan hal itu tidak terbuat oleh kebanyakan ulama.Merekaini ibarat pakar-pakar carigal...
a. Kitab Al Wasit oleh Imam Hanafi.b. Kitab Al Muwuththo’ oleh Imam Malik.c. Kitab Al Uum oleh Imam Syafi’i.d. Sunun lmam ...
2. MUJTAHID MAZHABGolongan para ilmuan dari kategori ini, tidak lagi mampu mengambil terus ilmu dari Al Quran danHadis.Ert...
Ulama peringkat ini pula bukan saja tidak mampu memahami sendiri secara luas dan tersirat tentang AlQuran dan Hadis, bahka...
mampu melakukannya?Sedangkan semua Mujtahid Mazhab itu pun tidak melakukan yang sedemikianitu.Walhal merekalah orang yang ...
Agaknya itulah akibat dari tidak cukup ilmu.Seseorang biasanya menilai sesuatu mengikutpengetahuannya. Sesuatu yang di lua...
Untuk menjelaskan lagi hal ini, di bawah ini disenaraikan syarat-syarat untuk seseorang itu menjadimujtahid, iaitu:1. Bera...
15. Mengetahui tentang Hadis yang sahih, mana yang maudhu’(palsu), mana yang kuat dan mana yanglemah.Berdasarkan syarat-sy...
Bahagian Akhir : Qias ( Dalil Syara Yg Di Sepakati )Qias       bermaksud dari segi bahasa : Pengukuran /penyamaanIstilah :...
Disokong oleh 1- AlQuran :Firman Allah s.w.t di dalam : SURAH AL HASR AYAT yg ke- 2"Dia-lah yang mengeluarkan orang-orang ...
Disokong oleh 2- As SunnahSebelum Muaz bin Jabbal pergi ke Negeri Yaman untuk menjadi wakil rasulallah sebagairujukan kaum...
menggunakan qias ketika bertugas di sana , di antara isi kandungannya surat itu ialah :"Pastikan perkara-perkara yg sama d...
Hukum arak jelas disebut di dalam Al Quran iaitu .90. Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi...
(a) Pengertian ijmak dan rukunnya.Pengetian bahasa : Niat dan bersetuju dalam sesuatu perkara untuk melaksanakanyaPengetia...
2. PendapatUlamak Hanafi, Imam Ahmad dan sebahagian ulamak Syafi’i menerimanya sebagaihujjah qatei.Alasan mereka ialah,dal...
(e) hukum mengingkari ijmak.1. Sebahagian ulamak berpendapat mengingkari ijmak adalah kufur kerana ia termasuk dalam hujah...
Soalan :al ijmak ngan al Qias same ke...? adakah ke dua - dua nye berkait rapat dalam pembangunantamadun islam..Jawapan :D...
Quran di atas Allah menyebut sabilul Mukminin atau jalan orang yang beriman maka inilah syaahid(petunjuk) yang menunjukkan...
tidak membatalkan puasa.Syarat qias mesti sabit dengan al-Quran atau al-Hadis atau ijmak.Ijmak dan Qias sama?Daripada satu...
Agama
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Agama

992 views

Published on

0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
992
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
16
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Agama

  1. 1. Mereka itu merupakan ulama pakar di bidang feqah.Yakni yang mampu berijtihad di bidang hukum-hakam atau syariat.Tapi tidak di dalam soal aqidah.Kerana bidang aqidah tidak boleh diijtihad dandiikhtilafkan. Siapa yang menganut aqidah yang keluar dari aqidah asal, yakni Ahlil Sunnah Wal Jamaah(aqidah Nabi dan para Sahabat), maka ia jadi kafir atau membuat bid’ah; berdasarkan sabda baginda:"Demi diriku Muhammad di tangan-Nya, akan berpecah umatku kepada 73 puak.Satu puak masukSyurga dan 72 puak bakinya masuk Neraka.Siapa (yang masuk Syurga) wahai Rasulullah? Sabdanya:Iaitulah Ahlus Sunnah Wal Jamaah." (Riwayat At Tabrani)DALAM Islam, ilmu dipandang begitu tinggi dan penting. Kerana ilmulah yang akan membuka segalarahsia dunia dan Akhirat. Dan yang paling tinggi nilainya ialah ilmu yang boleh membuatkan manusiakenal Tuhan Penciptanya, tahu bagaimana berhubung dan menerima titah perintah dan larangan-Nya.Kemudian barulah ilmu tentang tugas sebagai khalifah Tuhan di bumi, untuk mentadbir dunia inimengikut undang-undang ALLAH.Agar dunia mencapai tamadun insan dan material yang tinggi, indahdan mulia.Anjuran menuntut ilmu terlalu banyak sama ada oleh Al Quran mahupun Hadis. Pujian terhadap orangberilmu juga begitu tinggi. Sehingga manusia disuruh belajar sampai ke liang lahad, sampai ke NegeriChina. Dan ilmu yang ALLAH bukakan untuk manusia melalui Quran dan Hadis itu bagaikan lautanluasnya; siapa yang mencedok dan menggali tidak akan jumpa penghujungnya.Maka untuk mentaati kehendak ALLAH, berlumba-lumbalah umat Islam mencari dan memburuilmu.Hingga mereka mencapai tahap ilmu yang begitu tinggi, yakni membolehkan mereka menjadimujtahid, iaitu orang yang mampu berijtihad dalam segala bidang.Sepanjang sejarah umat Islam, kitalihat ada peringkat-peringkat mujtahid yang berbagai, yang dicapai oleh masing-masing mereka dalamperlumbaan mendapat ilmu ini.Saya akan menyenaraikan peringkat-peringkat mujtahid yang ada dalam Islam. Mereka itu merupakanulama pakar di bidang feqah.Yakni yang mampu berijtihad di bidang hukum-hakam atau syariat.Tapitidak di dalam soal aqidah.Kerana bidang aqidah tidak boleh diijtihad dan diikhtilafkan. Siapa yang
  2. 2. menganut aqidah yang keluar dari aqidah asal, yakni Ahlil Sunnah Wal Jamaah (aqidah Nabi dan paraSahabat), maka ia jadi kafir atau membuat bid’ah; berdasarkan sabda baginda:"Demi diriku Muhammad di tangan-Nya, akan berpecah umatku kepada 73 puak.Satu puak masukSyurga dan 72 puak bakinya masuk Neraka.Siapa (yang masuk Syurga) wahai Rasulullah? Sabdanya:Iaitulah Ahlus Sunnah Wal Jamaah." (Riwayat At Tabrani)Ertinya ikhtilaf atau perbezaan umat dalam soal aqidah tidak dibenarkan.Tapi dalam soal hukum-hakamatau furu’iyah yang menjadi panduan kehidupan lahiriah dan duniawi manusia, Islam membuka pintuijtihad.Bahkan digalakkan berijtihad bagi mereka yang mampu, hinggakan kalaupun ijtihad itu salah,diberi satu pahala.Sebab Islam bukan menyusahkan kehidupan tetapi menyelamatkan danmemudahkan, selagi di atas jalan yang benar.(Bukan ambil mudah menurut nafsu dan syaitan).Rasulullah SAW bersabda:"Perselisihan pendapat di kalangan umatku itu satu rahmat."(Riwayat Al Baihaqi)
  3. 3. Ertinya dengan berijtihad itu masing-masing akan dapat laluan mudah untuk kehidupan masing-masing.Sedangkan tanpa berijtihad, hal yang mudah bagi seseorang mungkin susah bagi seorang yang lain.Maka dalam bidang feqah, lahirlah ulama-ulama besar feqah, yang masing-masing mempunyai ijtihadyang tersendiri dalam soal hukum-hakam yang ada dalam Islam itu.Mereka ini lahir selepas Rasul danSahabat sudah tidak ada.Warisan yang tinggal cuma Al Quran dan Hadis. Kitab-kitab yang menghuraisecara detail tentang bagaimana perlaksanaan hukum yang dimaksudkan oleh Al Quran dan Hadis punbelum ada. Jadi mereka mesti cuba memahami sendiri Al Quran dan Hadis tanpa melihat praktikalnya.Lalu berijtihadlah mereka tentang ayat-ayat hukum dari Al Quran dan Hadis berdasarkan ilmu, akal, hati,pengalaman hidup mereka dan ilham dari ALLAH SWT. Masing-masing mempunyai tafsiran yang berbezadengan yang lain. Sebab itu lahir banyak mazhab feqah. Sepanjang sejarah lahirlah lima kategorimujtahid dan ulama di kalangan umat Islam. Mereka ialah:1. Mujtahid Mutlak2. Mujtahid Mazhab3. Mujtahid Fatwa4. Mujtahid Tarjih5. Ulama Muqallidin1. MUJTAHID MUTLAKInilah peringkat ulama yang paling alim yakni paling tinggi dan hebat ilmunya dalam sejarahIslam.Keupayaan luar biasa yang ALLAH berikan pada mereka ialah dapat memahami, mentafsir danmengeluarkan hukum-hakam (istinbat) dari Al Quran dan Hadis secara langsung tanpa bersandar denganmana-mana ulama dan tanpa merujuk pada mana-mana kitab.Memang pada awalnya mereka jugabelajar ilmu tentang Al Quran dan Hadis.Tapi dalam mengistinbat hukum dari ayat-ayat tentang hukum,mereka ada ijtihad tersendiri dan masing-masing.
  4. 4. Mereka mampu mengeluarkan hukum sedangkan hal itu tidak terbuat oleh kebanyakan ulama.Merekaini ibarat pakar-pakar carigali yang dapat menemukan dan mengeluarkan emas-emas dari perut bumitanpa bersandar pada sesiapa atau tanpa membeli dengan sesiapa.Boleh dikatakan mereka adalahtauke lombong emas.Fikiran dan ilmu mereka begitu tajam dan tinggi dalam memahami semua maksudALLAH melalui firman-firman-Nya dan Hadis-Hadis Nabi (di bidang hukum) yang terlalu tinggi dan luasitu.Kemudian hasil penyelidikan itu dituliskan dan ada yang kekal sampai ke hari ini.Kebanyakan ulama besar ini hidup di zaman salafussoleh (yakni sekitar 300 tahun sesudahRasulullah).Bilangan mereka tidak ramai.Sepanjang sejarah cuma ada sebelas orang sahaja.Antaranya: Imam Hanafi, Imam Syafi’i, Imam Malik, Imam Ahmad Hambal, Imam Auza’i, Imam SofianAs Sauri, Imam Daud Zohiri, Ibnu U’yaynah, dan Imam Ath Thabari.Mereka inilah yang terkenal sebagai imam-imam mazhab. Kerana ilmu mereka melalui kitab-kitabkarangan mereka itu diambil sebagai ikutan oleh orang lain. Yakni orang-orang yang tidak mampumenggali sendiri ilmu ALLAH itu.Maka diikutlah salah seorang dari ulama besar tadi.Sepatutnya adasebelas mazhab berdasarkan sebelas ulama yang boleh berdiri sendiri ini. Rasulullah membenarkan inidengan sabdanya:"Perselisihan pendapat di kalangan umatku itu satu rahmat." (Riwayat Al Baihaqi)Perbezaan dalam soal-soal hukum-hakam, feqah atau syariat, Islam membenarkan.Tetapi tidak dalamsoal-soal aqidah dan tauhid.Tapi sayang dari sebelas orang itu, cuma tinggal empat orang yang masyhurdan diikuti sebagai imam mazhab.Sebab kitab mereka masih ada untuk rujukan dan panduan pengikut.Sedangkan kitab-kitab karangan imam-imam yang lain itu semuanya sudah lenyap terutamanyadimusnahkan oleh tentera Mongol yang menyerang Baghdad. Jadi yang tinggal cuma empat orangsahaja. Di antara kitab-kitab mereka ialah:
  5. 5. a. Kitab Al Wasit oleh Imam Hanafi.b. Kitab Al Muwuththo’ oleh Imam Malik.c. Kitab Al Uum oleh Imam Syafi’i.d. Sunun lmam Ahmad oleh Imam Hambali.Dengan adanya kitab-kitab yang mereka tinggalkan, maka anak murid dan pengikut-pengikutnya dapatmengembangkan ilmu dan kaedah untuk generasi di belakang, hingga ke zaman kita ini.Pengikut ajaranImam Hanafi disebut bermazhab Hanafi.Pengikut Imam Malik disebut bermazhab Maliki.Pengikut ImamSyafi’i disebut bermazhab Syafi’i, dan pengikut Imam Ahmad Ibnu Hambal disebut bermazhabHambali.Perbezaan mazhab ini cumalah dalam soal-soal furuk (cabang), bukan dalam soal pokok(aqidah). Dan ini dibenarkan sedangkan perbezaan aqidah itu terlarang sama sekali.Rasulullah bersabda:"Demi diriku Muhammad di tangan-Nya akan berpecah umatku kepada 73 puak.Satu puak masuk Syurgadan 72 puak bakinya masuk Neraka.Siapa (yang masuk Syurga) wahai Rusulullah? Sabdanya: IaitulahAhlus Sunnah Wal Jamaah."(Riwayat At Tabrani)Aqidah yang dibenarkan cuma aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.Sebab itu keempat-empat Imam Mazhabmenganut aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.Tanpa kitab yang ditinggalkan kepada murid-murid, makatidak bersambunglah satu-satu ajaran itu.Sedangkan sesudah mereka itu tidak ada lagi orang yangmampu memahami keseluruhan maksud yang tersurat dan tersirat ayat-ayat Al Quran dan Hadis yangditinggalkan oleh Rasulullah dan para Sahabat.
  6. 6. 2. MUJTAHID MAZHABGolongan para ilmuan dari kategori ini, tidak lagi mampu mengambil terus ilmu dari Al Quran danHadis.Ertinya mereka tidak boleh berijtihad langsung tentang maksud-maksud ALLAH dan Rasul.Jadiuntuk memahami Al Quran dan Hadis, mereka merujuk dan belajar dari guru-guru yang bertarafMujtahid Mutlak tadi. Yakni mereka mengkaji apa kata Imam-Imam Mazhab itu terhadap mana-manaayat Al Quran atau Hadis. Mereka kaji apa kata Imam Hanafi, Imam Maliki, Imam Syafi’i dan ImamHambali.Hasil kajian itu mereka huraikan pula dalam kitab-kitab mereka.Mereka bagaikan tauke-tauke emas yangmengambil emas yang sudah digali untuk diproses dan dipasarkan.Sedangkan Mujtahid Mutlak tadi ialahtauke lombong yang mengeluarkan emas dari perut bumi.Kerja pertama adalah sulit, manakala yangkedua pun masih sulit juga.Sebab bukan senang juga untuk memahami kitab-kitab besar dari empatulama besar itu.Sebab itu mujtahid yang boleh faham keempat-empat mazhab dan mengembangkankepada orang kemudian tidaklah ramai. Di antara mereka ialah:a. Imam Abu Yusof (Mazhab Hanafi)b. Imam Muhammad bin Hassan (Mazhab Hanafi)c. Imam Abu Saur (Mazhab Syafi’i)d. Imam Ar Rabi’ Sulaiman (Mazhab Syafi’i)e. Imam Abu Ibrahim Ismail Al Muzani (Mazhab Syafi’i)3. MUJTAHID FATWA
  7. 7. Ulama peringkat ini pula bukan saja tidak mampu memahami sendiri secara luas dan tersirat tentang AlQuran dan Hadis, bahkan tentang keempat-empat mazhab pun tidak tercapai oleh ilmupengetahuannya. Ulama ini cuma mendalami salah satu mazhab dan mampu berijtihad menurut imammazhab yang dianutinya. Dengan kata lain mereka ini cuma mampu untuk berfatwa di atas ajaran mana-mana satu mazhab yang empat itu. Namun peringkat ilmu ini pun sudah payah hendak dicapai olehulama-ulama zaman ini.Yakni mengikut satu-satu mazhab dengan mempunyai dalil yang jelas diambildari imam mazhabnya. Antara contoh mereka adalah:a. Imam Ath Thahawy (Mazhab Hanafi)b. Imam Al Ghazali (Mazhab Syafi’i)4. MUJTAHID TARJIH (MUJTAHID MENILAI)Ulama ini kebolehannya ialah mentahqiqkan atau menentukan dalil dari tiap-tiap Imam Mazhabterhadap sesuatu hukum. Dari sana, dinilailah dalil mana yang kuat dan mana yang lemah. Ulama initidak mendalami satu-satu mazhab sedalam-dalamnya.Tapi bidangnya cuma mengkaji pendapat imam-imani mazhab tentang dalil mengenai beberapa hal atau hukum-hakam.Kemudian ditentukan imammana yang lebih kuat hujahnya.Biasanya dan sepatutnya ulama ini juga menganut mana-mana satu mazhab kerana mereka sendiri tidakmampu membuat mazhab baru.Ilmu mereka bukan bertaraf mujtahid mutlak.Jadi tentu mereka maluuntuk menolak mana-mana mazhab kerana katanya mazhab itu lemah, sedangkan hakikatnya ilmumereka sendiri jauh lebih rendah dari ilmu imam-imam mazhab.Ibarat seorang lulusan SPM mahumenolak ilmu seorang profesor dengan alasan hujah profesor itu lemah.Apa pendapat anda?Ada pula mereka yang berpendapat, kita tidak mahu terikat dengan satu-satu mazhab tapi mahumengambil semua mazhab.Yakni dalam keadaan mazhab itu mempunyai hujah yang paling kuat dalamsatu-satu perkara itu.Maksudnya, kalau dalam hukum A, Mazhab Hanafi lebih kuat maka merekamenganut ajaran Hanafi.Tetapi dalam hukum B, Syafi’i lebih kuat hujahnya, diambillah dari MazhabSyafi’i dan begitulah seterusnya yang lain-lainnya.Mereka mahu gabungkan hujah-hujah dari imam-imam mazhab untuk mencipta mazhab baru.Teori ini memang menarik.Tapi mana dia ulama yang
  8. 8. mampu melakukannya?Sedangkan semua Mujtahid Mazhab itu pun tidak melakukan yang sedemikianitu.Walhal merekalah orang yang paling tahu tentang keempat-empat mazhab.Mereka lihat ada empatbuah rumah yang sudah sempurna.Cuma tiap-tiap satu ada lebih kurangnya.Mereka cuma pilih salahsatu yang mereka minati.Mereka tidak pula berusaha membuat rumah kelima (konon dengan alasantiap-tiap rumah yang empat itu ada kurangnya).Sebab mereka bukan tukang buat rumah.Cumakebolehan mereka menilai-nilai dan mengkaji-kaji rumah yang sudah siap itu. Kalaulah dibuat rumahkelima, sedangkan mereka bukan tukangnya, gambarkan apa hasilnya? Antara contoh-contoh merekaadalah:a. Imam Ar Rafi’b. Imam An Nawawic. Imam Ibnu Hajar5. ULAMA MUQALLIDINPeringkat ini tidak lagi disebut mujtahid kerana mereka tidak lagi pakar dalam mana-mana satu bidangilmu. Pengetahuan Islam mereka adalah secara umum, sama ada dalam semua bidang atau satu bidangsahaja. Mereka tidak lagi mampu memberi hujah-hujah dan dalil terhadap mazhab anutan mereka.Tidakjuga boleh menilai dan menapis hujah-hujah yang berbangkit.Pendek kata, kalau hitam kata guru, hitamkata mereka.Putih kata guru, putihlah kata mereka.Hujah dan dalil tidak ada.Sebab itu merekadikategorikan sebagai ulama muqallidin atau ulama taqlid.Mereka menganut satu-satu mazhab denganbertaqlid semata-mata.Inilah golongan yang teramai sekali.Yang banyak dalam masyarakat biasanya ulama taqlid apalagi diakhir zaman ini.Lulusan dari universiti Islam pun masih bertaraf taqlid pegangannya pada sesuatumazhab.Para profesor dengan PhD pun demikian juga.Apalagilah kalau lulusan universiti sekular yangilmu agama dikaji secara part-time iaitu tidak tersampai untuk keluar dari taqlid.Tapi agak pelik, dizaman inilah kedengaran suara-suara lantang menolak mazhab, menolak tareqat dan hal-hal yangbersangkutan.Bukan saja dari ulama Islam, ‘ulama’ sekular juga turut bersuara.Sedangkan ulama-ulamamujtahid pun tidak seberani itu dalam perkara-perkara tersebut.Mengapa ini terjadi?
  9. 9. Agaknya itulah akibat dari tidak cukup ilmu.Seseorang biasanya menilai sesuatu mengikutpengetahuannya. Sesuatu yang di luar pengetahuannya akan ditolak. Sesuai dengan pepatah Arab adaberkata:"Seseorang itu menjadi musuh dengan apa yang ia tidak tahu."SYARAT-SYARAT MENJADI MUJTAHIDPerlu diingatkan bahawa di dalam Islam tidak semua orang boleh menjadi mujtahid. Bahkan para ulamapun, sama ada ulama rasmi atau bukan, ada degri ataupun tidak, bukan semuanya layak berijtihad. Tidaksepertimana yang kadang-kadang kita dengar orang berkata di akhir zaman ini, kononnya setiap orangboleh berijtihad terus dari Al Quran dan Hadis. Kerana di dalam ajaran Islam, untuk menjadi mujtahiditu, sama ada ada degri atau tidak, tidak menjadi syarat. Berjawatan rasmi ataupun tidak, juga tidakmenjadi syarat.Untuk menjadi mujtahid, ada syarat-syaratnya yang tersendiri. Sepertimana yang akan saya senaraikandi bawah ini. Bila seseorang itu mempunyai syarat-syarat yang cukup maka barulah dia diberi duapahala, kalau ijtihadnya betul.Kalau tersalah ijtihadnya, tetap diberi satu pahala. Tetapi jika seseorangitu tidak mempunyai syarat-syarat untuk berijtihad kemudian ia cuba juga berijtihad sama ada betulatau salah ijtihadnya, tetap ia berdosa.Selain itu setiap orang yang hendak berijtihad tidak semestinya ia hafal semua Al Quran atau hafalsemua Hadis. Tetapi cukuplah ia mengetahui ayat-ayat ahkam yang ada di dalam Al Quran, yangmenurut ulama hanya ada 500 ayat semuanya. Dan cukuplah ia mengetahui Hadis-Hadis mengenaihukum. Setelah ia mengetahui ayat-ayat Al Quran dan Hadis-Hadis yang berkaitan dengan hukum tadi,kemudian dapat pula mengistinbadkan hukum-hukum daripada ayat-ayat dan Hadis itu melalui kaedahilmu nahu, ilmu saraf, ilmu balaghah serta faham tentang asbabun nuzul dan asbabul wurud dan lain-lain lagi ilmu yang diperlukan, maka layaklah seseorang itu menjadi mujtahid.
  10. 10. Untuk menjelaskan lagi hal ini, di bawah ini disenaraikan syarat-syarat untuk seseorang itu menjadimujtahid, iaitu:1. Beragama Islam.2. Tahu ilmu nahu dan ilmu saraf (ilmu bahasa Arab).3. Tahu ilmu balaghah (sastera Arab).4. Tahu tentang asbabun nuzul.5. Tahu tentang asbabul wurud.6. Tahu tentang nasikh dan mansukh.7. Bersifat adil (warak), atau dengan lain perkataan bersifat taqwa.8. Mengetahui masalah-masalah yang diijmakkan oleh ulama-ulama yang terdahulu.9. Memahami keseluruhan maksud ayat-ayat ahkam.10. Mengetahui tentang makna ayat Quran dari segi khas dan amnya (mujmal dan mubaiyan).11. Mengetahui Sunnah Nabi dari segi mujmal dan mubaiyan.12. Mengetahui qias dan cara-caranya.13. Mengetahui usul fiqh.14. Mempunyai fahaman yang sahih sehingga ia dapat membezakan di antara pendapat yang sahih danyang salah.
  11. 11. 15. Mengetahui tentang Hadis yang sahih, mana yang maudhu’(palsu), mana yang kuat dan mana yanglemah.Berdasarkan syarat-syarat yang disebutkan di atas, tidak semua orang mempunyai kelayakan untukberijtihad mengenai hukum-hakam. Kalau dilakukan juga oleh seseorang itu sedangkan ia tidak layak, iaakan sesat lagi menyesatkan.Bagaimanapun hal-hal selain dari hukum-hakam, setiap orang boleh ijtihadkan seperti tentang kaedah(meted) perjuangan, strategi perjuangan, cara mempersembahkan kuliah dan ceramah, caraberhadapan dengan masyarakat, cara membangunkan jemaah, cara menarik manusia kepada Islam,cara mendidik manusia dan lain-lain lagi.Hal yang selain hukum-hakam ini, semua orang dibenarkan berijtihad, kerana ia hanya menyentuh caradan teknik semata-mata. Kalau pandai berijtihad, bijak pula ia melaksanakannya, besarlah hasil yang iadapat. Atau lebih berjaya dalam perjuangannya. Di samping itu ia dapat pahala, kalau ia berbuat keranaALLAH. Kalau berlaku sebaliknya iaitu salah berijtihad dan salah caranya, maka ia tidak dapat hasil apa-apa. Atau kurang hasilnya.Atau boleh jadi gagal terus di dalam perjuangannya. Tetapi selagi niatnya baikdan tidak melanggar hukum syariat, tetap ia diberi pahala kecuali niatnya tidak betul dan menyalahisyariat, maka barulah ia jatuh kepada dosa.Demikianlah perbincangan peringkat ilmu ulama yang ada dalam Islam.Moga-moga dapatlah kita ukur dimana kita ini.Dan supaya kita berhati-hati bila bercakap tentang sesuatu yang bukan bidang kita.
  12. 12. Bahagian Akhir : Qias ( Dalil Syara Yg Di Sepakati )Qias bermaksud dari segi bahasa : Pengukuran /penyamaanIstilah : Menyamakan masalah yg tidak dijelaskan hukumnya di dalam nas dengan masalahyg dijelaskan hukumnya dalam nas kerana terdapat persamaan illah pada kedua masalahtersebutAutoritiDisokong oleh 1- AlQuran ,2- Hadis , 3-Amalan para sahabat dan 4- dalil akal
  13. 13. Disokong oleh 1- AlQuran :Firman Allah s.w.t di dalam : SURAH AL HASR AYAT yg ke- 2"Dia-lah yang mengeluarkan orang-orang kafir di antara ahli Kitab dari kampung-kampung mereka pada saat pengusiran yang pertama[#]. kamu tidak menyangka, bahwamereka akan keluar dan merekapun yakin, bahwa benteng-benteng mereka dapatmempertahankan mereka dari (siksa) Allah; Maka Allah mendatangkan kepada mereka(hukuman) dari arah yang tidak mereka sangka-sangka. dan Allah melemparkan ketakutandalam hati mereka; mereka memusnahkan rumah-rumah mereka dengan tangan merekasendiri dan tangan orang-orang mukmin. Maka ambillah (Kejadian itu) untuk menjadipelajaran, Hai orang-orang yang mempunyai wawasan.# mula dikumpulkan untuk diusir keluar dari Madinah.Pada mulanya ayat ini menerangkan tentang bencana yg menimpa kaum Bani Nadir iaitukaum Yahudi lantaran mereka memungkiri perjanjian dengan rasulallah .Allahmemerintahkan supaya umat Islam mengambil iktibar drp peristiwa itu ,ini menunjukkansesuatu bala Allah s.w.t juga akan menimpa ke atas ummat Islam dan kepada kaum yg lainsekiranya ummat islam /yg lainmengingkari /mendustakan /melakukan maksiat terhadap Allah dan rasulnya .Iktibar /pengajaran drp peristiwa di atas ialah AlQuran itu sendiri telah menunjuk carabagaimana qias boleh digunakan dan ini juga sebagai bukti kepada sesiapa ygbertanya/ragu-ragu ,adakah qias itu wujud di dlm Islam ,kalau ada orang yg bertanya/ ragu , nahini lah dalilnya dan penerangannya.
  14. 14. Disokong oleh 2- As SunnahSebelum Muaz bin Jabbal pergi ke Negeri Yaman untuk menjadi wakil rasulallah sebagairujukan kaum di sana terjadilah satu dialog di antara mereka berdua .Rasulallah : Wahai Muaz bagaimanakah cara engkau akan menyelesaikan sesuatu masalahyg timbul apabila di sana nanti ?Muaiz : Saya akan menyelesaikan dengan merujuk Al QuranRasulallah : sekiranya tidak terdapat penyelesaiannya di dlm Al Quran?Muaz : Saya akan menyelesaikan berdasarkan hadisRasulallah : Sekiranya tiada Juga penyelesaiannya ?Muaz : Saya akan mengeluarkan ijtihad lalu rasulAllah pun mengurut dadanyamenunjukkan perbuatan Muaz itu betul dan benar .Hadis di atas menjadi bukti bahawa Qias telah diakui sebagai salah satu dalil syarak ygdiakui oleh Islam dan rasul sekiranya timbul sesuatu masalah baru. Bagaimana seseorangitu berijtihad ,jika tidak menggunakan Qias ,Qias adalah salah satu alat untukmengeluarkan ijtihad .Disokong oleh 3- amalan para sahabatPara sahabat juga telah beramal dengan Qias .cthnya Saidina Umar Al Khatab r.a pernahmenulis kepada Saidina Abu Musa Al Asy ari r.a sebagai gabenor Basrah supaya
  15. 15. menggunakan qias ketika bertugas di sana , di antara isi kandungannya surat itu ialah :"Pastikan perkara-perkara yg sama dan banding serta qiaskan semua perkara (masalah) yg ada pada kamu dengannya "Drp surat Saidina Umar r.a itu boleh kita simpulkan bahawa qias adalah amalan parasahabat ,jika para sahabat yg dekat dengan rasulallah itu pun mengambil qias sebagai dalilsyarak inikan pula kita yg jauh drp rasulallah .alim sangat ke kita nie !? ,banyak sangatkeilmu kita nie ?,berapa ribu ye kita hafal hadis , ade 4 ribu hadis..... atau 40 ribu hadis.... .Disokong oleh 4- Dalil AkalAl Quran tidak memperincikan semua perkara di dunia tetapi Al Quran memberikanpetunjuk yg asas setiap perkara .yang mana setiap asas –asas itu disokong oleh hadis danseterusnya boleh dikembangkan dengan cara menggunakan qias . Sekiranya qias tidakditerima sebagai dalil syarak , maka setiap perkara baru ,yg akan timbul , tidak bolehdiselesaikan .maka agama Islam akan beku dan tidak berkembang dan tidak sesuai denganperedaran zaman .Rukun qias 1- Al aslu 2-Al far u 3- Al illah 4 - Hukum asal1- Al aslu ialah perkara yg diqiaskan kepadanya cth arak .2- Al faru ialah perkara yg diqiaskan cth air tapai yg telah lama diperam.3- llah ialah sifat yg sama antara al aslu dengan al far u arak illahnya memabukkanbegitu juga air tapai juga memabukkn sekiranya di minum4- Hukum asal ialah hukum asal yg sabit berdasarkan nas , hukum arak adalah harammaka air tapai pun haram lah hukumnya .
  16. 16. Hukum arak jelas disebut di dalam Al Quran iaitu .90. Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorbanuntuk) berhala, mengundi nasib dengan panah[#], adalah termasuk perbuatan syaitan.Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.[#] Al Azlaam artinya: anak panah yang belum pakai bulu. orang Arab Jahiliyahmenggunakan anak panah yang belum pakai bulu untuk menentukan apakah mereka akanmelakukan suatu perbuatan atau tidak. Caranya ialah: mereka ambil tiga buah anak panahyang belum pakai bulu. setelah ditulis masing-masing yaitu dengan: lakukanlah, Janganlakukan, sedang yang ketiga tidak ditulis apa-apa, diletakkan dalam sebuah tempat dandisimpan dalam Kabah. bila mereka hendak melakukan sesuatu Maka mereka memintasupaya juru kunci kabah mengambil sebuah anak panah itu. Terserahlah nanti apakahmereka akan melakukan atau tidak melakukan sesuatu, sesuai dengan tulisan anak panahyang diambil itu. kalau yang terambil anak panah yang tidak ada tulisannya, Maka undiandiulang sekali lagi.Bersambung pada bab yg lain pula nanti ....
  17. 17. (a) Pengertian ijmak dan rukunnya.Pengetian bahasa : Niat dan bersetuju dalam sesuatu perkara untuk melaksanakanyaPengetian istilah : Sepakat ulamak mujtahid daripada umat Islam samada dalam bentuk i’tiqad,kata-kata atau perbuatan untuk mengeluarkan hukum yang berlaku selepas kewafatan nabi. ataupersepakatan ulamak mujtahid daripada umat nabi Muhammad selepas kewafatan baginda dalamperkara yang berhubung dengan hukum syarakRukun ijmak1. Semua Ulamak mujtahid sepakat mengenai hukum syarak terhadap masalah yang berkaitan2.Wujudnya sejumlah ulama mujtahid pada masa belakunya sesuatu masalah atau perkara.3. Sepakat semua ulamk mujtahid mengenai hukum terbabit4. Sepakat Ulamak-ulamak mujtahid mengeluarkan pendapat masing-masing secara tegas,samadaberupa perkataaan atau perbuatan, baik secara bersendirian atau berkumpulan(b) Jelaskan pandangan ulamak tentang kehujahan ijmak sukuti sebagai sumber hukumPengetian ijmak: Sepakat ulamak mujtahid daripada umat Islam samada dalam bentuk i’tiqad,kata-kata atau perbuatan untuk mengeluarkan hukum yang berlaku selepas kewafatan nabi.Dalilnya: ‫اهلل وأط ي عىا ان ز سىل وأون ً األم ز م ن كم ( سىرة ان ن سآء اي ت 59ي ؤي ها ان ذي ن ءام نىا أط يىا‬Ijmak soreh: Para mujtahid sependapat mengenai sesuatu hukum dalam sesuatu masalah denganmenyatakan pendapat mereka dengan terang dan jelas atau melaui tulisan atau melaksanakanhukum yang dibincangkan.Ijmak sukuti atau ijmak i’tibari : ialah sebahagian ulamak mujtahid mengeluarkan pendapat melaluifatwa ,sedangkan sebahagian ulamak mujtahid lain mendiamkan diri,tidak menyatakan pendapatatau tidak sependapat.ia juga dikira ijmak i’tibari kerana dengan mengambil kira atau beranggapanulamak yang mendiamkan diri tersebut telah bersetuju.Kehujahan ijmak sukutiUlamak berselisih pendapat tentang kehujahannya:Ulamak Yang Menerima1. Pendapat al-Kurkhi daripada mazhab Hanafi dan Imam Amidi daripada mazhab Syaf’imenerimanya sebagai hujjah zanni.Hujjah atau alasan mereka ialah,berdiam diri sebahagian daripada ahli mujtahid bukan semestinyakerana muafakat dengan pendapat yang telah dikeluarkan,bahkan diam diri itu mungkin keranasetuju dengan pendapat yang dikeluarkan atau gerun dengan kehebatan ulamak yang telahmengeluarkan pendapatnya.Oleh itu,ijmak sukuti adalah hujah zanni.
  18. 18. 2. PendapatUlamak Hanafi, Imam Ahmad dan sebahagian ulamak Syafi’i menerimanya sebagaihujjah qatei.Alasan mereka ialah,dalil yang menunjukkan kehujahan ijmak tidak membezakan di antara ijmaksoreh dan sukuti.Jika ditentukan dalil tersebut kepada ijmak yang soreh sahaja mungkin tidakberlaku ijmak,sedangkan ijmak telah berlakuUlamak yang Menolak:Imam Malik dan Imam Syafi’iAlasan mereka ialah tidak boleh dikatakan orang yang diam itu bersetuju,kerana mungkin merekatakut kepada kemudaratan diri atau harta atau berdiam diri untuk melakukan ijtihad.Syarat Ijmak Sukuti1. Mestilah melalui suatu masa yang cukup untuk berfikir atau membuatkajian dan rumusan tentangmasalah yang diputuskan itu2. Tidak ada sebab untuk menakut-nakutkan mujtahid lain dalam mengeluarkan pendapat3. Semata-mata diam,bukannya menolak(c) Dengan mengemukakan alasan anda perihalkan tentang kemungkinan berlakunya ijmak padamasa kini.Jumhur ulamak – Boleh berlaku dan telah berlaku ijmak contohnya batal nikah perempuan Islamdengan orang kafir.Alasan : Ada kemudahan komunikasi moden.Pendapat lain – Tidak mungkin dan mustahil berlaku ijmak. Alasan : Kerana ulamak susah dikenalidan mereka tinggal berjauhan.(d) Huraikan jenis-jenis ijmak dan hukum mengingkari ijmak. 1. Ijmak ahli Madinah ialah muafakat ulamak Madinah di dalam mengeluarkan pendapat terhadapsesuatu masalah.2. Ijmak ahli al-Bait ialah mufakat daripada kalangan keluarga Nabi Muhammad s.a.w sepertiAli,Fatimah,Hassan dan Husain di dalam sesuatu masalah.3. Ijmak sahabat ialah maufakat sahabat dan pendapat mereka terhadap sesuatu masalah.4. Ijmak Khulafa’ ar Rasyidin : Ialah persepakatan sahabat rasul yang empat iaitu AbuBakar,Umar,Ali dan Uthman.5. Ijmak ulamak ialah persepakatan pendapat di kalangan ulamak dalam masalah tertentu padamasa tertentu.
  19. 19. (e) hukum mengingkari ijmak.1. Sebahagian ulamak berpendapat mengingkari ijmak adalah kufur kerana ia termasuk dalam hujahyang disepakati (qati)2. Sebahagian ulamak lain seperti Imam al-Haramain mengatakan mengingkari hukum ijmak tidakkufur kerana dalil kehujahan ijmak adalah zanni dan meningkari kehujahan dalil tidak kufur.
  20. 20. Soalan :al ijmak ngan al Qias same ke...? adakah ke dua - dua nye berkait rapat dalam pembangunantamadun islam..Jawapan :Di dalam kaedah ilmu Islam ada disebut sebagai masodir syar3iyyah atau di dalam bahasa melayudisebut sumber-sumber hukum Islam atau juga disebut sebagai dalil di dalam Islam..Terdapat 4 sumber yang disepakati oleh ulamak;1) Al-Quran2) Al-Hadis3) Ijmak4) QiasMerujuk kepada persoalan vanila90 saya cuba menjelaskan ta3rif ijmak dan qias sahaja yang sayakutip di dalam kitab Syeikh Abdul Qadir Al-Mandili (Al-Mazhab atau tiada haram bermazhab).Apa yang dimaksudkan dengan ijmak?Ijmak ialah kesepakatan sekalian mujtahid kemudian daripada wafat Rasulullah SAW pada satumasa di atas apa-apa pekerjaan samada daripada pekerjaan agama dan pekerjaan dunia atauperkara yang dinisbahkan kepada aqal atau lughah.Tidak disyaratkan ijmak itu dengan ijmak sahabat sahaja bahkan ijmak sekalian mujtahid yang laindaripada sahabat juga wajib diikuti samada pekerjaan ibadah ataupun dunia kerana firman AllahTa’ala; ‫ومن ي ش قق ان ز سىل من ب عد ما ت ب ين نه ان هدي وي ت بع غ يز س ب يم ان مؤم ن ين ن ى نه ما ت ىن ً ما ت ىن ً ون صه ه جه نم‬‫و ساءث م ص يزا‬Maksudnya:barangsiapa menyalahi akan Rasulullah SAW kemudian daripada nyata baginya yang sebenardengan sebab mukjizat dan mengikut yang lain daripada i3tiqad dan pekerjaan sekalian yangberiman nescaya kami jadikan dia memerintah akan kesesatan yang dipilih oleh dia dan kamimasukkan dia ke dalam api neraka. (An-nisa’ ayat 115(Berkata al-Baidhowi bermula ayat ini menunjuk atas HARAM menyalahi ijmak.Di dalam ayat al-
  21. 21. Quran di atas Allah menyebut sabilul Mukminin atau jalan orang yang beriman maka inilah syaahid(petunjuk) yang menunjukkan kepada wajib mengikuti ijmak dan HARAM menyalahinya.Berkataberkata musonnif tiada dalil yang menunjukkan al-Mukminin di dalam ayat ditujukan kepada sahabatsahaja tetapi termasuk juga ulamak mujtahid. Dalil hadis yang menunjukkan haram menyalahi ataukeluar daripada ijmak ialah sabda Nabi SAW ;‫رواه ال تزمذي وغ يزه –ا ت جمع أم تً ع لى ض الل ة ل‬Mafhumnya :Tiada berhimpun umat aku di atas kesesatan.Diriwayatkan daripada Imam Tirmizi dan lain-lainimam.Hadis ini menjadi dalil yang menunjukkan ijmak merupakan hujjah Islam samada ijmaksahabat atau imam mujtahid kerana lafaz ummati di dalam hadis umum merangkumi sekaliansahabat dan mujtahid daripada umat Nabi Muhammad SAW.Saya sebutkan perbandingan di antara ijmak sahabat dan ijmak ulama mujtahid kerana terdapatdakwaan yang menyatakan ijmak sahabat sahaja yang wajib diikuti.Pandangan ini salahberdasarkan dalil al-Quran dan al-hadis yang telah saya bahaskan di atas.Adapun ijmak ulil amri (pemerintah) atau ustaz-ustaz atau mufti-mufti yang tidak mujtahid tiada iatidak menjadi dalil kerana syarat ijmak itu tertentu kepada mujtahid sahaja. Maka perlu difahami dandipelajari siapa yang dikatakan sebagai mujtahid?? Ana tidak berhajat untuk memberi penjelesan disini kerana mura3atan lissual..Apa itu Qias?Qias ialah mengembalikan furu3 (cabang) kepada usul dengan sebab illah (sebab) yang sama.Mengembalikan bermaksud menyamakan keduanya yang diqias kepada yang usul (yg kena qias)pada hukum. Jika hukum usul haram maka hukum yang diqiaskan juga haram seperi diqiaskanberas dengan gandum di dalam hukum riba kerana illah (sebab) yang sama iaitu makanan. Walapundi dalam hadis Nabi SAW menyebut gandum tetapi kerana illah beras iaitu makanan seperti gandummaka hukumnya sama.Adapun pandangan yang mengatakan tidak boleh qias di dalam ibadah hanya perlu berpegangdengan al-Quran dan al-hadis sahaja maka pandangan ini jauh menyimpang daripada Al-Quran danAl-Hadis kerana firman Allah :‫ف اع ت بزوا‬Maksudnya : i3tibar oleh kamu.Maksud i3tibar itu ialah mengqias sesuatu dengan sesuatu.Nabi SAW sendiri menggunakan qiasyang banyak sehingga an-Nasih al-hanbali telah menysun satu kitab yang kecil mengumpul semuaqias Rasulullah SAW seperti mengqias mengucup isteri kepada berkumur-kumur di dalam masalah
  22. 22. tidak membatalkan puasa.Syarat qias mesti sabit dengan al-Quran atau al-Hadis atau ijmak.Ijmak dan Qias sama?Daripada satu sudut jmak dan Qias ada persamaan dan berbeza daripada sudut yang lain.Berbeza kerana ijmak merupakan kesepakatan sahabat Nabi SAW dan ulama mujtahid Islam didalam sesuatu permasalahan hukum yang warid (datang) daripada Al-Quran dan Al-Hadis adapunqias merupakan suatu kaedah aqliyyah berdasarkan syarat-syarat tertentu dalam menetapkansesuatu hukum yang tidak wujud secara qot3ie di dalam Al-Quran dan Al-Hadis. Dengan kata lainjika sesuatu hukum tidak ada nas di dalam Al-Quran dan Al-Hadis maka kaedah qias digunakanuntuk menentukan hukumnya seperti yang kita telah bincangkan di dalam pengertian di atas.Persamaan keduanya daripada sudut keduanya merupakan sumber hukum yang digunakan olehulama mujtahid di dalam menetapkan sesuatu permasalahan.Kaitan dengan tamaddun Islam.Persoalan kaitan ijmak dan qias dengan tamaddun Islam maka ana katakan ia mempunyai kaitanyang rapat kerana jika kita mendalami falsafah Islam kita akan mendapati pemikiran-pemikiran yanghebat yang membawa kepada ketinggian tamaddun Islam dengan menggunakan qawaid aqliyyahyang salimah seperti ilmu mantiq. Qias merupakan salah satu cabang daripada ilmu mantiq yangdigunapakai oleh ulama dalam memahami al-Quran dan al-Hadis yang jawamiul jawaami3.Apamakna jawamiul jawami3?? Secara mudah boleh difahami ialah perkataan yang sedikit tetapimaknanya yang luas. Ayat al-Quran iejaz (ringkas) tetapi sangat luas pengertian begitu juga dengankalam Nabi SAW yang kita panggil sebagai hadis atau sunnah sehingga jika dikumpul tafsiranBasmalah sahaja sudah tentu kita tidak mampu untuk menghabiskan dalam masa satu hari bahkansebulanTanpa ijmak dan qias hukum Islam menjadi jumud kerana terbatas kepada apa yang disebut secarazahir di dalam al-Quran tanpa menilik kepada makna disebaliknya sedangkan al-Quran merupakanpanduan hidup sehingga hari kiamat. Setiap zaman akan ada hukum baru atau hukum kontemporarimaka qias memainkan peranan penting dalam menentukan halal dan haramnya. Walaupun qiasmenggunakan akal tetapi ia disyaratkan selari dengan al-Quran dan al-Hadis kerana hukum asalnyaterdapat di dalam al-Quran tetapi diqiaskan perkara-perkara yang baru kepada hukum yang sudahada di dalam al-Quran dan al-hadis dan ijmak yang kita telah bincangkan tadi.

×