Aktivis 2003

5,035 views

Published on

tes

Published in: Technology, Travel
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
5,035
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
31
Actions
Shares
0
Downloads
58
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Aktivis 2003

  1. 1. AKTIVISJurnal Akademik Persatuan Budaya Melayu Institut Pendidikan Nasional Kampus TownsvilleJilid III, 2003 ISSN NO : 0219-7022 REDAKSI PENGISIAN Kata Editor ....................................................................... 2 Ketua Penasihat Tokoh Aktivis .................................................................... 4 Md Ambri Famli Pendidik Aktivis I .............................................................. 6 Pendidik Aktivis II ............................................................. 7 Penasihat Bahasa dan Bangsa Othman bin Salam Md Ali Hanifiah Tajamnya Lidah yang Menjuih ........................................... 8 Bahasa Ibunda Pengawal Kemoralan Manusia ................ 10 Editor Mempertahankan Jati Diri Melayu ................................... 12 Mohd Pitchay Gani Mohd Abdul Psikologi Melayu : Semangat Bangsa Berpaksi Bahasa .... 15 Aziz Sumpah Hang Tuah .............................................................. 18 Pengajaran dan Pembelajaran Jawatankuasa Penerbitan Kepelbagaian dalam Peribahasa Melayu ........................... 21 Ruhaidah Binte Rahmat Susur Galur Peribahasa Melayu ........................................... 24 Nor Adilah Bte Abdul Hamid Kelewahan Mencemar Keindahan Bahasa .......................... 30 Ummikalthum Bt Mohd Basheer Proses Mendalami : Ke Arah Pengeksploitasian Minda ..... 33 Mohamed Naguib Bin Ngadnan Polemik Pragmatik Bahasa Melayu Singapura : Antara Dinamik dan Cemar ................................................. 38 Aktivis merupakan gabungan rentetan frasa Aktif-Tirus-Visi. Esei Sastera Aktif merujuk kepada kegigihan Konsep Emansipasi Wanita dan Kepimpinan dalam merealisasikan visi jurnal ini dalam Novel ‘Tok Guru’ ....................................................... 43 iaitu merevolusi pemikiran Melayu. Suara Hati Penulis Kreatif ................................................... 48 Tirus merujuk kepada pemikiran Sejarah Perkembangan Sastera 1965-2002 luas yang semakin terfokus agar lebih khusus kepada objektif visi. Tahun-Tahun Pancaroba Sastera Melayu Singapura .......... 50 Visi jurnal ini iaitu merevolusikan Sastera Melayu Mengungkap Keprihatinan Penulis .......... 58 pemikiran Melayu merupakan satu Karya Sastera Menyusur Sejarah ......................................... 66 usaha unit bahasa Melayu kampus Sastera Kreatif Townsville untuk merubah Cerpen: ‘Pak Dalang’ ........................................................... 72 tanggapan pelatih terhadap Cerpen : ‘Hukum’ ................................................................. 75 pengajian Melayu setempat. Dialog : ‘Melayuku - Hang Manakah Kita ?’ ...................... 78 Pelatih diperkenalkan kepada Skrip : Sepintas .................................................................... 79 variasi yang terdapat dalam dunia Komentar : ‘Wak Cantuk - Salah Siapa ?’ ........................... 83 linguistik, tatabahasa, kesusas- Komentar : ‘Nona Manis - Apa Nak Jadi ?’ ........................ 84 teraan dan budaya Melayu. Keluasan ilmu pengetahuan ini Sisipan kemudiannya dikhususkan atau Sajak ‘Kerelevanan’.............................................................. 14 difokuskan agar terhasilnya karya Sajak ‘Takkan Melayu’........................................................ 20 yang mengerakkan minda Sajak ‘Anta-beranta’........................................................... 74 pembaca. Sajak ‘Amaran Buatmu’ ..................................................... 77Jurnal AKTIVIS merupakan penerbitan berkala bermula Mei 2001. Aktivis bersifat separa akademik. Ia menyentuhperihal pengajian bahasa, kesusasteraan dan budaya Melayu. Artikel yang diterbitkan merupakan gumpalan idea dankajian para penuntut Institut Pendidikan Nasional (NIE) Kampus Townsville @ Hak cipta PERBUYU (NIE). Mana-manabahagian penerbitan tidak boleh digunakan dalam apa bentuk sekalipun tanpa kebenaran pengerusi PERBUYU (NIE).Ikon keris menikam kekata AKTIVIS di muka hadapan jurnal melambangkan usaha merevolusi pengajian Melayusetempat dengan menerbitkan hasil kerja penuntut institusi pengajian tinggi dalam bentuk separa akademik. Usahaini diharapkan dapat meniup semangat melestarikan alam pengajian Melayu setempat. Tikaman keris melambangkansuntikan nafas segar kepada aktiviti pengajian Melayu setempat. Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 1
  2. 2. KATA EDITORAktivis jilid ketiga ini merupakan satu evolusi ke arah penulisan yang lebih kontemporari danpragmatik. Ia dirangkumkan kepada tiga bahagian utama iaitu ‘Bahasa dan Bangsa’, ‘Pengajarandan Pembelajaran’, dan ‘Kesusasteraan’. Isu-isu yang diketengahkan oleh para penyumbangmenyingkap perihal kewujudan bahasa dan bangsa Melayu di bandar kosmopolitan inikhususnya dan sarwajagat umumnya. Gerakan ke arah merealisasikan desakan-desakan yanglahir daripada proses penimbaan ilmu pengajian Melayu setempat telah menghasilkan karyayang bersifat mengerakkan minda pembaca ke arah penaakulan hakikat kewujudannya yangsebenar.Bahan penulisan seumpama itu dapat dilihat dalam bahagian ‘Bahasa dan Bangsa’. Karya‘Tajamnya Lidah yang Menjuih’ cuba menyingkap kemampuan retorik bahasa Ibunda yangmewujudkan perasaan patriotik di kalangan masyarakat barat dan timur sehingga lahirnyatokoh-tokoh terkemuka seperti Mark Anthony, Mahatma Gandhi, Hitler dan Hamka.Kemampuan ini juga lahir dalam bentuk karya seperti yang direncanakan oleh Masuri S.N danPak Sako.Peranan utama bahasa Ibunda dalam abad globalisasi ini semakin penting. Bahasa Ibundamerupakan mangkin kepada pemupukan nilai etika manusia. Karya ‘Bahasa Ibunda PengawalKemoralan Manusia’ membuktikan bahawa setiap bahasa Ibunda di dunia ini mempunyaikemampuan membentuk pemikiran penganutnya melalui sistem adat dan kepercayaan yangsekaligus mengawal gerak laku dan pemikiran masyarakat tersebut. Isu masalah sosial yangmencengkam jati diri bangsa Melayu di Nusantara mendapat perhatian penulis karya‘Mempertahankan Jati Diri Melayu.’ Penulis amat prihatin dengan peningkatan kes-kes salahlaku sosial di kalangan remaja Melayu hingga masalah tersebut menjadi agenda dalam sesiMABIMS. Inti yang diketengahkan penulis ialah pentingnya meningkatkan taraf pendidikanmasyarakat Melayu untuk menangani masalah ini sekaligus mengukuhkan jati diri Melayu.Satu percubaan yang baik dalam penulisan kritikal dapat dilihat dalam karya ‘PsikologiMelayu:Semangat Bangsa Berpaksi Bahasa’. Penulis cuba menggunakan konsep paksi Melayusebagai landasan hujahannya. Penuli telah menyusurgalur dasar yang membentuk pemikiranMelayu yang tidak proaktif sehingga menyebabkan kedudukan mereka yang terkebelakangberbanding dengan bangsa-bangsa lain. Semangat bangsa Melayu harus berpaksikan bahasaMelayu jika kemajuan seimbang ingin dicapai oleh masyarakat Melayu. Satu lagi rencana yangbersifat metahistografi ialah ‘Sumpah Hang Tuah’. Penulis cuba mentafsir kembali ungkapanklise iaitu ‘takkan Melayu hilang di dunia’ dengan melihatnya dari perspektif cabaran terhadapbangsa Melayu untuk berusaha memastikan bangsanya terus wujud di bumi ini. Ia jugamerupakan satu peringatan bahawa bangsa Melayu bakal pupus sekiranya bangsa itu tidakberusaha merelevankan kewujudannya.Aktivis kali ini menyertakan bahagian ‘Pengajaran dan Pembelajaran’ memandangkan iamerupakan jurnal para guru pelatih. Maka bahagian ini diisi dengan maklumat mengenaipedagogi bahasa seperti dalam karya ‘Proses Mendalami : Ke Arah pengeksploitasian minda’,nahu dalam karya ‘Kelewahan Mencemar Keindahan Bahasa’, etimologi dalam karya‘Kepelbagaian dalam Peribahasa Melayu’ dan ‘Susur Galur Peribahasa Melayu’ sertaperkembangan terkini dalam dunia kebahasaan dalam karya ‘Polemik Pragmatik Bahasa MelayuSingapura : Antara Dinamik dan Cemar’.Karya ini membincangkan isu salah tanggap mengenaikonsep dinamik dalam bahasa Melayu. 2 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003
  3. 3. Bahagian esei sastera memaparkan dua jenis penulisan yang unik. Karya ‘Konsep EmansipasiWanita dan Kepimpinan dalam Novel Tok Guru’ merupakan satu percubaan menerapkanpendekatan mengupas motif perwatakan dalam manipulasi agama demi kepentingan diri ataukaum Adam. Penulisan ini unik kerana ia mampu menjejak strategi penulis novel ‘Tok Guru’yang mensejajarkan perihal emansipasi wanita dan kepimpinan. Sebaliknya, hasil Karya ‘SuaraHati Penulis Kreatif.’ cuba mencari strategi dalam percubaan penulis untuk menghasilkan sebuahkarya ‘agung’ yang mampu memimpin masyarakatnya ke arah kecemerlangan. Penulis inginmeneruskan tradisi intelektualisme dalam berkarya.Perkembangan sastera Melayu Singapura merupakan satu bahagian yang mempamerkangabungan penilaian bahan-bahan sastera yang diterbitkan sejak tahun 1965 hingga 2002 danperkembangan isu-isu semasa ketika itu. Ia merupakan satu usaha pendokumentasian yangbaik dan bermanfaat kepada pengkaji sastera dan pembaca yang prihatin terhadapperkembangan isu-isu semasa. Bahagian ini mengandungi tiga bahan penulisan iaitu ‘Tahun-Tahun Pancaroba Sastera Melayu Singapura’, ‘Sastera Melayu Mengungkap Keprihatinan Penulis’dan ‘Karya Sastera Menyusur Sejarah.’Bahagian kreatif sastera memantulkan empat genre iaitu cerpen, dialog, skrip dan komentar.Cerpen ‘Pak Dalang’ merupakan satu eksperimen dalam merealisasikan masalah dunia yangdidalangi barat ke dalam konteks timur. Karya satira ini memaparkan isu kontemporari dalamlatar tradisional yang berkisar sekitar permainan gasing. Dunia penulisan metafiksyen semakinmendapat perhatian dalam Cerpen ‘Hukum’ yang merealisasikan watak legenda Singapuradalam membantu menyedarkan watak zaman ini.Penulis merupakan golongan yang prihatin terdapat kesekitaran dan sejarah bangsanya. Dialog‘Melayuku - Hang Manakah Kita ?’ merupakan satu usaha menyedarkan pembaca akan kelebihanyang terdapat dalam karya agung ‘Sejarah Melayu’ yang mengetengahkan konflik dua watakpendekar Melayu. Konflik tersebut berjaya dikupas dengan bijak dalam sebuah dialog mudahtetapi mampu menjelaskan fenomena sikap yang patut bangsa Melayu anuti untuk berjayadan maju terutama sekali sebagai golongan minoriti di Singapura. Ia juga merupakan satuusaha ke arah penakatan bangsa. Keperihatinan penulis semakin ketara dalam skrip ‘Sepintas’yang cuba menyedarkan manusia akan kewujudan sejalur antara manusia, bumi, api dan angin.Masalah yang dihadapi masyarakat Melayu Singapura dewasa ini dikupas dan dikritik secarasantai dan bersahaja dalam Komentar ‘Wak Cantuk - Salah Siapa ?’ dan ‘Nona Manis - Apa NakJadi ?’ Penulisan yang segar ini menyediakan bacaan yang mudah dan bersahaja bagi pembaca.Kesannya, pembaca dapat memahami isu yang cuba diketengahkan dalam suasana dan nadasantai. Kegentingan sesuatu masalah itu tidak begitu ketara namun demikian mencukupi untukmembuat pembaca berfikir sejenak.Penerbitan Jurnal yang mengisi bahan penulisan progresif ini dan menggerakkan mindamasyarakat agar berfikir secara kritikal dalam menilai kepentingan serta erti kewujudan bangsaMelayu itu telah ditaja oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), Majlis Bahasa MelayuSingapura (MBMS) dan Syarikat Guru Melayu (SGM). Pihak penerbit mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para penaja yang memberikan komitmen dalam usaha melestarikandunia penyelidikan dan penulisan.Mohamed Pitchay GaniBin Mohamed Abdul Aziz Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 3
  4. 4. TOKOH AKTIVIS“Seorang guru itu lebih daripada seorang yang gagah…Kalau kitalihat dalam filem, orang yang gagah itu lebih dari segi fizikal.Guru-guru lebih daripada itu, kerana mereka mempunyai kekuatansemangat dan kekuatan mental. Guru-guru bukan sahaja setakatmengajar di sekolah atau di bilik darjah, tetapi juga berperanansebagai pemimpin yang diharapkan masyarakat…”Encik Mohd Ma’mun HMF Suheimi merupakan seorang mantan guru Bahasa Melayu yang tidakasing lagi dalam dunia perguruan tanahair. Beliau juga merupakan mantan Presiden KesatuanGuru-Guru Melayu Singapura (KGMS) dari tahun 1985 hingga tahun 2002. Beliau yang dikenalisebagai Cikgu Ma’mun di kalangan para pelajar beliau dan mereka yang akrab dengan diribeliau, dilahirkan pada 22 Disember 1942.Cikgu Ma’mun mula mengajar Bahasa Melayu, Latihan Jasmani, dan Seni Lukisan di SekolahRendah Gabungan Kaki Bukit pada tahun 1962. Pengalaman beliau mengajar di sekolah dwialiran ini telah membuka mata beliau kepada pergaulan dan keharmonian yang dapat wujuddi kalangan masyarakat plural. Pengalaman mengajar beliau bertambah apabila beliau mengajardi Sekolah Menengah Tun Seri Lanang dan berikutnya di Sekolah Menengah Maju. Cikgu Ma’munkemudian diberi peluang untuk berkongsi pengalaman beliau yang luas ini dengan pihak JabatanPendidikan Brunei. Selama 6 tahun beliau di sana, Cikgu Ma’mun telah memperhatikan danmempelajari budaya dan cara hidup masyarakat Melayu di sana.Setelah pulang ke tanah air, Cikgu Ma’mun melanjutkan pelajaran beliau di Universiti NasionalSingapura walaupun sudah berumahtangga. Beliau berpendirian bahawa seorang gurukhususnya, dan setiap individu umumnya, perlu sentiasa meneruskan proses pembelajaran danmempertingkatkan ilmu selagi mempunyai peluang. Beliau kemudian dilantik menjadi guruBahasa Melayu di Maktab Rendah St. Andrew’s. Pada masa yang sama, beliau juga mengajarguru-guru pelatih di Institut Pendidikan Kebangsaan (NIE) secara sambilan.Semangat dan jiwa kemasyarakatan Cikgu Ma’mun telah memperlihatkan diri beliaumenganggotai beberapa badan kemasyarakatan tanah air. Antara jawatan yang didukungbeliau ialah sebagai Naib Pengerusi Madrasah Al-Maarif Al-Islamiah, Pengerusi Malay-MuslimCommunity Development Fund, dan Penasihat Motivasi Youth Association. Selain itu, beliauturut aktif sebagai seorang ahli jawatankuasa di badan-badan seperti Mendaki, LembagaBiasiswa Kenangan Maulud (LBKM), Madrasah-MUIS-Pergas-MENDAKI, Tabung Amal Aidil Fitri,dan Inter-Ministry Committee on Dysfunctional Families, Juvenile Delinquency & Drug Abuse.Pada tahun 1996, usaha, sumbangan dan penglibatan Cikgu Ma’mun dalam kegiatan-kegiatankemasyarakatan telah diiktiraf oleh pemerintah apabila beliau dianugerahi Pingat BaktiMasyarakat dan juga Pingat Bakti Setia. Pada tahun 2000 pula, beliau telah menerima AnugerahJasa Bakti dari Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM).Cikgu Ma’mun percaya bahawa cabaran bagi masyarakat Melayu bergantung kepada guru-guru khususnya; guru-guru merupakan golongan yang memikul tanggungjawab dan amanahuntuk melestarikan budaya dan bahasa Melayu. Harapan beliau ialah melihat guru-guru pelapissebagai satu golongan yang komited, berwibawa dan berani menampilkan diri untuk memimpinmasyarakat. Guru-guru juga harus menjadi contoh yang positif bagi masyarakat dalammempertingkatkan diri serta memperluaskan ilmu dan kemahiran yang dimiliki.Cikgu Ma’mun berharap agar masyarakat Melayu dapat ‘mengambil yang jernih dan membuangyang keruh’ dalam setiap aspek kehidupan sebagai pengajaran agar masyarakat Melayu dapat 4 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003
  5. 5. bersaing dengan masyarakat bukan Melayu untuk mendapatkan satu taraf yang agak selesauntuk hidup di Singapura. Selain ini, Cikgu Ma’mun ingin melihat masyarakat mengambilinitiatif meluangkan sedikit masa untuk membantu masyarakat yang kurang bernasib baik danyang memerlukan bantuan; beliau ingin melihat masyarakat tampil ke muka untuk menjalankankerja-kerja sukarela.Cikgu Ma’mun suka mencontohi watak-watak wira dan pejuang dari kisah-kisah klasik SasteraMelayu yang memiliki sikap suka menolong masyarakat. Pengaruh ini dimanifestasikan dalamsumbangan beliau melalui kerja-kerja kemasyarakatan. Selain menjadi seorang pendidik yangberwibawa, beliau turut meluangkan masa untuk menyumbangkan harta, ilmu, dan tenagakepada golongan yang kurang bernasib baik. Beliau berpendirian bahawa kelebihan dankesenangan seseorang itu adalah amanah dari Ilahi dan harus dikongsi bersama masyarakat –baik masyarakat Melayu, mahupun yang bukan Melayu.Dalam setiap langkap dan detik kerjaya dan kehidupan beliau, Cikgu Ma’mun, sama sepertiwira-wira dan pejuang-pejuang kisah-kisah klasik Sastera Melayu yang mempengaruhi beliau,telah membuktikan bahawa setiap kejayaan dan kemenangan perlu disuntikkan usaha gigih,niat luhur dan keinginan untuk sentiasa berbakti dan menyumbang kepada masyarakat. Beliaumerupakan seorang pendidik yang ingin melihat masyarakat Melayu khususnya, dan masyarakattanah air umumnya, menjadi lebih progresif dan lebih gemilang dalam melungsuri alaf baruini.Mohamed Naguib bin NgadnanRuhaidah binte RahmatBiodata Haji Mohd Ma’mun F SuheimiDilahirkan pada 22 Disember 1942Pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampong MelayuMengaji agama di Madrasah Al Maarif Al IslamiahPendidikan menengah di Sekolah Menengah SiglapPendidikan perguruan di Maktab Perguruan (TTC)Ijazah Sarjana Muda di Universiti SingapuraPengalaman mengajarSekolah Rendah Kaki BukitSekolah Menengah Tun Seri LanangSekolah Menengah MajuBadan Pendidikan Brunei (Brunei Education Dept.)Maktab Rendah St. Andrew’sInstitut Pendidikan Kebangsaan (NIE)Kerja-kerja kemasyarakatanCouncil Member MUIS (1995 – )Singapore Broadcasting Authority (1998 – 2002)MCDS Home Visitors Board (2003 – 2004)Presiden KGMS (1985 – 2002)Madrasah AL-Maarif Al-Islamiah (1990 – )LBKM (1992 – )MENDAKI (1989 – )Pengerusi Malay – Muslim Community Development Fund (1996 – 2000)Anggota Majlis Bahasa Melayu Singapura (1993 – )Tabung Amal Aidilfitri (1994 – 1995)Penasihat, Motivasi Youth Association (1996 – 2002)Inter-Ministry Committee on Dysfunctional Familes, Juvenile Delinquency & Drug Abuse (1995)KBE Convention: Member of Panel of Advisors (1999)Steering Committee on Madrasah Education (2000)IRCC (Geylang Serai) (2002 – )Pingat dan PenghargaanPingat Bakti Masyarakat (1996)Pingat Bakti Setia (1996)Anugerah Jasa Bakti (dari LBKM, 2000) Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 5
  6. 6. PENDIDIK AKTIVIS I“Harapan Cikgu Ambri kini ialah melihat kejayaan di kalanganguru-guru Melayu pendidik generasi masa depan dalam memupukminat dan perasaan cinta di dalam hati generasi pelapis kepadaBahasa, Budaya, Bangsa dan Agama, dan perasaan hormat kepadaibu dan ayah, guru-guru dan pemerintah.”Cikgu Mohd. Ambri bin Famli merupakan seorang pendidik yang sudah banyak menyumbangkepada sistem pendidikan di Singapura. Genap 40 tahun dahulu, beliau mengambil keputusanuntuk menceburkan diri dalam dunia perguruan dengan berbekalkan harapan dan impian murni.Perjalanan Cikgu Mohd. Ambri bin Famli sebagai seorang guru bermula pada bulan Ogos tahun1962, apabila beliau baru tamat pendidikan di Sekolah Menengah Tanjong Katong. Sedangbeliau menunggu keputusan peperiksaan Sijil Am Pendidikan (GCE) Peringkat ‘O’, Cikgu Ambrimengambil keputusan untuk memohon menjadi seorang guru pelatih. Beliau telah dihantarke Sekolah Melayu Tanglin Tinggi, sebuah sekolah ulung di Singapura, untuk mengajar BahasaInggeris sebagai bahasa kedua.Pada bulan Januari tahun 1963, beliau secara rasmi dilantik sebagai guru pelatih bahasa Melayu.Pada tahun yang sama, beliau ke Maktab Latihan Guru (TTC) untuk mempelajari ilmu pedagogi,perkaedahan mengajar dan prinsip-prinsip pendidikan secara intensif. Beliau turut mengambilkursus Sijil Am Pendidikan (GCE) peringkat ‘A’ secara sambilan. Usaha gigih beliau berhasilapabila beliau berjaya meraih Diploma dalam Pendidikan pada tahun 1966 dan Sijil AmPendidikan (GCE) peringkat ‘A’ pada tahun 1969.Selepas mendapat Diploma dalam Pendidikan, Cikgu Ambri mengajar di Sekolah MenengahJalan Teck Whye hingga tahun 1967. Kemudian, beliau mengajar di Sekolah Menengah BuonaVista. Pada tahun 70an, dasar pemerintah menekankan pendidikan teknikal – kejuruan dankejuruteraan. Cikgu Ambri telah menjalani kursus aliran teknikal sebelum mengajar matapelajaran Teknikal – pandai besi dan pandai kayu – di Pusat Bengkel Upper Seranggon (UpperSeranggon Centralized Workshop) dari tahun 1972 hingga 1976, apabila mata pelajaran inidigabungkan ke dalam kurikulum sekolah menengah.Cikgu Ambri telah mempertingkatkan ilmu beliau dengan mengambil kursus Bahasa Melayudan Sastera peringkat Sarjana muda Sastera dari Universitas Indonesia. Beliau berjaya mendapatijazah pada tahun 1980. Selepas mengajar di Sekolah Menengah Serangoon dari tahun 1976hingga 1984, Cikgu Ambri telah dipilih ke Ibu Pejabat Kementerian Pendidikan (MOE) untukmembantu dalam penulisan dan penerbitan buku khusus bagi para pelajar bukan Melayu yangmengambil Bahasa Melayu di sekolah menengah. Pada tahun 1985 pula, pengalaman luas beliaudalam perancangan dan penulisan buku-buku teks diperlukan oleh Institut PerkembanganKurikulum Sngapura (CDIS). Pada tahun 1990, beliau telah menggunakan pengalaman danpengetahuan beliau ini setelah dilantik pengarah projek pendidikan Moral dan Sivik, ‘RakyatYang Baik’. Beliau kemudian membantu menjayakan konsep pendidikan nilai moral secaraberperingkat, dengan menerbitkan buku-buku teks, buku-buku latihan dan juga buku-bukupanduan guru pada tahun berikutnya.Pada tahun 1997, beliau kembali mengajar Bahasa Melayu, kali ini di Sekolah MenengahNorthland selama setahun. Pada tahun berikutnya, Cikgu Ambri telah dilantik sebagai penyelarasUnit Bahasa Melayu di Institut Pendidikan Nasional (NIE) Kampus Townsville.Mohamed Naguib bin NgadnanUmmikalthum Bte Mohd Basheer 6 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003
  7. 7. PENDIDIK AKTIVIS II“Cikgu Othman percaya bahawa guru-guru pelatih pada masakini memiliki banyak kemudahan dalam penimbaan ilmu danpembelajaran untuk menjadi pendidik-pendidik yang berilmu,bertauliah dan berpengaruh untuk menyumbang kepadamasyarakat.”Cikgu Othman bin Salam merupakan seorang pendidik yang sudah memiliki 40 tahunpengalaman dalam dunia perguruan di Singapura. Pengalaman beliau sebagai seorang guruyang disegani meliputi pelbagai peringkat pengajaran; beliau telah mengajar dari peringkatsekolah rendah hingga ke peringkat Institut Pendidikan Nasional (NIE).Sejak Cikgu Othman di bangku sekolah rendah lagi, beliau mula meminati hasil-hasil karyaSastera Melayu seperti ‘Hikayat Sri Rama’, ‘Laksamana Hang Tuah’ dan novel penulisan HAMKA‘Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck’. Minat beliau ini ternyata memberi kesan yang mendalamdalam kerjaya beliau sebagai seorang guru.Cikgu Othman mula berkecimpung dalam dunia pendidikan pada tahun 1963 apabila beliaumenjadi seorang guru Matematik dan Sains di Sekolah Melayu Teluk Belanga. Di sana, beliaumula memerhatikan bagaimana penggunaan Bahasa Melayu di kalangan penuntut-penuntutmencerminkan nilai-nilai, keindahan dan juga jatidiri budaya dan bangsa Melayu. Pemerhatianbegini mengukuhkan lagi pendirian beliau mengenai keindahan dan falsafah yang terkandungdalam hasil-hasil karya Sastera Melayu. Pendirian beliau ini tidak berubah meskipun beliaumenjadi guru Matematik di Sekolah Kejuruan Baharudin dari tahun 1968 hingga 1971.Berbekalkan Sijil Am Pengajaran (GCE) peringkat ‘O’, Cikgu Othman bertekad dan berusahauntuk meningkatkan diri dan pengetahuan beliau dalam bidang perguruan. Pada tahun 1965,beliau berjaya mendapat Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat ‘A’ dan pada tahun 1980, ijazahdalam bidang Bahasa Melayu dan Sastera dari UNAS (Universitas Nasional Indonesia).Pengalaman Cikgu Othman mengajar di Maktab Rendah Yishun pada tahun 1986 hingga 1992dan di Maktab Rendah Raffles pada tahun 1992 hingga 1998, menyedarkan beliau bahawapenuntut-penuntut Melayu kurang gemar membaca. Sikap ini, menurut beliau, merupakankelemahan utama bagi penuntut-penuntut Melayu yang seharusnya mempunyai penguasaandalam pengetahuan am dan isu-isu semasa.Pada tahun 1998, Cikgu Othman dilantik sebagai tenaga pengajar di Institut Pendidikan Nasional(NIE) Kampus Townsville dalam bidang pengajian Melayu. Perjalanan hidup Cikgu Othmanyang bermangkinkan kecenderungan, penguasaan, perasaan cinta dan minat beliau dalamlapangan perkembangan sastera dan dunia persuratan Melayu serta keprihatinan beliau dalammelihat masyarakat Melayu alaf baru yang lebih berpengetahuan akhirnya bertembung dansekaligus mewujudkan satu peluang bagi diri beliau berkongsi pengalaman dengan guru-gurupelatih di Singapura khususnya, dan kepada generasi akan datang umumnya. Beliauberpendapat bahawa Kursus Latihan Khas Bahasa Ibunda di Insititut Pendidikan Nasional (NIE)Kampus Townsville yang diperkenalkan Kementerian Pendidikan pada tahun 1997 amat bergunabuat bekalan guru-guru Bahasa Melayu generasi akan datang.Mohamed Naguib bin NgadnanUmmikalthum Bte Mohd Basheer Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 7
  8. 8. BAHASA DAN BANGSA TAJAMNYA LIDAH YANG MENJUIH Mohamed Naguib bin Ngadnan‘Kerana pulut, santan binasa; kerana mulut, badan binasa.’ Peribahasa kepunyaan masyarakatMelayu yang tidak asing ini jelas membayangkan bagaimana mulut – dengan berdalangkanlidah – bagaikan mempunyai kuasa yang dapat memusnahkan sesuatu keadaan yang indah.Selain itu, sebuah hadis Rasulullah s.a.w. pula menyifatkan lidah sebagai anggota yang ‘tidakbertulang di antara dua’ yang perlu ‘dipelihara’. Melalui kedua-dua gambaran ini, kita bolehsama-sama mempelajari bagaimana kita perlu ‘memelihara’ setiap patah perkataan yangdilafazkan supaya tidak mencetuskan keburukan, baik bagi diri kita sendiri, juga bagi orang-orang yang berada di sekeliling kita.Walaupun pengajaran dan peringatan mengenai bahayanya lidah ini sudah diketahui ramai,wujud juga sesetengah golongan manusia di sepanjang tamadun kewujudan yang telahmenggunakan pengetahuan ini untuk kepentingan diri mereka sendiri. Mereka telah berjayamenggunakan kuasa oratori (percakapan dan penghujahan) yang bersifat didaktik danberpengaruh untuk menyentuh sentimen dan benak perasaan masyarakat pendengar supayabersetuju dengan pandangan mereka. Pemidato-pemidato seumpama ini boleh diungkapkandaripada setiap tamadun tinggi dari sejarah dunia. Salah sebuah tamadun dunia moden terawal,iaitu tamadun Yunani. Ahli filasuf unggul, Socrates, berjaya menggunakan bahasa untukmempengaruhi masyarakat beliau supaya berfikiran terbuka. Empayar Roman juga telahmenghasilkan seorang pemidato yang berkarisma, dan mampu mempesonakan khalayakpendengar pada setiap sesi pidato beliau. Penulis ulung, William Shakespeare, turut melukisdengan berkesan bagaimana Mark Anthony menggunakan penguasaan beliau dalam BahasaIbunda – bahasa Latin – untuk membujuk khalayak bahawa tindakan Brutus membunuh JuliusCaesar adalah salah.Sikap nasionalisme, atau sikap ingin memperjuangkan sesuatu bangsa begini yang selaludipantulkan dan dicetuskan menerusi bahasa Ibunda wujud di hampir setiap negara yang inginmenjajah atau yang pernah dijajah.Di negara India, Mahatma Gandhi, seorang saujana tanahair yang memperolehi pendidikan diEngland, telah menyalakan semangat dan perasaan bangsa beliau untuk menentang kuasapenjajah Inggeris melalui pidato-pidato beliau yang disampaikan dalam bahasa Ibundamasyarakat beliau.Pada zaman sebelum perang juga, negara Indonesia telah menampilkan beberapa anak-anakbangsa yang berani tampil ke hadapan untuk memimpin masyarakat negara menentang kuasapenjajah Belanda. Pemidato-pemidato prolifik ini telah sempat disebut dan dimuatkan dalamsebuah hasil karya penulisan HAMKA, atau Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah, yang bertajuk‘Kenang-kenangan Hidup’. Antara pemuda-pemuda yang berjaya meragut perhatian, danperasaan, masyarakat mereka pada era genting sejarah negara tersebut ialah Bung Karno (yangkemudian dilantik menjadi Presiden negara tersebut). HAMKA sendiri merupakan seorang yangmahir dalam bidang oratori, dan dikenali ramai kerana penggunaan bahasa yang berkesandalam menyusun pantun, lenggok daerah, dan nada halus yang disulami nasihat dan kritikanproduktif dalam pidato-pidato beliau.Selain golongan yang dijajah, sikap nasionalisme menerusi bahasa Ibunda juga boleh dilihatdaripada pihak-pihak yang ingin menjajah. Contohnya, untuk mewujudkan suatu aura kekebalandan kesucian yang sekaligus mempersiapkan secara mental dan psikologikal askar-askar Jermanberjuang di medan peperangan, Fuhrer Hitler dengan bijak menyifatkan kaum Arayyah sebagai 8 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003
  9. 9. kaum kudus dan terpelihara. Selain itu, Bahasa Ibunda Teutonic (Jerman) sering dititikberatkanuntuk memantulkan kemegahan setiap warganegara negara tersebut terhadap bangsa danbudaya mereka yang dianggap unik dan mulia. Askar-askar Jepun (Nippon) turut mempunyaipendirian nasionalisme yang serupa; mereka percaya bahawa mereka merupakan kaum terpilihdan Raja (Emperor) mereka pula merupakan manifestasi percikan tuhan, atau ‘semi-god’.Kemegahan ini turut dapat dilihat menerusi laungan ‘Banzai!’ mereka yang bermaksud ‘menujukejayaan’.Bahasa Ibunda, selain disampaikan melalui ungkapan dan lafaz untuk mewujudkan semangatnasionalisme, turut digunakan dalam bentuk penulisan untuk tujuan yang sama. Contohnya,zaman perang di Tanah Melayu telah menyaksikan beberapa hasil karya penulisan berbahasaMelayu yang berbaur nasionalistik, dan bersentimen kebangsaan. Antara hasil-hasil karya yangberbentuk sedemikian adalah sajak-sajak oleh Masuri S.N. berjudul ‘Ros Kupuja’ dan ‘BungaSakura’. Kedua-dua kuntum sajak ini bagaikan memberi satu teguran mengenai kekuranganyang terdapat dalam diri masyarakat Melayu tanahair, yang lemah dan begitu mudah terpedaya.Penulis mapan ini berhasrat untuk menimbulkan pemikiran berani dan semangat jitu di kalanganmasyarakat supaya terdaya menentang kuasa penjajah Jepun.Selain hasil-hasil karya Masuri S.N. tadi, dua buah novel hasil tarian jejari atas kekunci mesintaip Pak Sako (Ishak Haji Muhammad) juga telah diisi dengan jalan cerita yang berbaur semangatkebangsaan. Novel-novel ‘Anak Mat Lela Gila’ dan ‘Putera Gunung Tahan’ turut mengkritiksikap penjajah-penjajah dan proses penjajahan itu sendiri. Pak Sako juga berjaya melakarkansikap dan jatidiri seorang anak Melayu yang berwawasan dan berani melalui watak-watakutama dalam kedua-dua buah novel. Sepanjang peredaran masa, telah kita lihat banyak bahasaIbunda yang kian lenyap dan kemudian pupus ditelan kabus kemodenan. Bahasa-bahasa yangpada suatu tika dahulu biasa kedengaran di padang-padang pasir Mesir, di hutan rimbaVenezuela, dan dataran luas Mongolia kini hanya wujud, bisu, di pemuka-pemuka artifak-artifak bersifat arkaelogikal – di dinding-dinding piramid dan di tangga-tangga tempatkedewaan kuno, antaranya.Pada zaman yang berteraskan Teknologi Maklumat dan proses pensejagatan ini, banyak unsurbudaya dan adat terutama sekali bahasa Ibunda sesebuah masyarakat yang terhakis lantaranasimilasi budaya asing. Jikalau masalah ini tidak diubati dalam konteks bahasa Melayu, makaakan rapuhlah bukan sahaja semangat dan jatidiri kebangsaan masyarakat kita, malah jugaakan pincang identiti dan nilai-nilai murni yang sering dikaitkan dengan bangsa Melayu.Masalah kritikal ini perlu diambil kira dengan serius, dan dihuraikan sebelum Tamadun DuniaMelayu juga lenyap ditelan pasir kemodenan.Dan sebelum tumpul lidah yang menjuih… ~~~~~~~~~~~~ ************* ~~~~~~~~~~~~ “Belajarlah daripada masyarakat dan kemudian didiklah mereka” Mao Tse Tung “Ketika membicara sesuatu yang serius, jangan dicampurkan dengan senda gurau supaya tidak hilang harganya.” Hamka Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 9
  10. 10. BAHASA DAN BANGSA BAHASA IBUNDA PENGAWAL KEMORALAN MANUSIA Nur Adawiyah Bte RosliSetiap bangsa pasti mempunyai bahasanya yang tersendiri. Bangsa India terkenal akan bahasaTamilnya, bangsa Jepun bangga akan bahasa Jepunnya, bahasa Melayu dipandang tinggi akanbahasa Melayunya dan pelbagai lagi. Kepentingan dan keindahan bahasa ibunda amat terserlahdan ini dapat disampaikan menerusi sajak Aliman Hassan iaitu ‘Bicara Seloka, Bahasa Ibunda’.Kini, globalisasi telah berjaya menakluki dunia sehingga berlakunya penghakisan bahasa-bahasaibunda. Semua ini berlaku kerana pengaruh bahasa Inggeris yang dianggap sebagai bahasalingua franca atau bahasa perantaraan.Kebanyakan negara di merata dunia sedang sibuk menerima bahasa Inggeris demi kemajuanekonomi, politik dan sosial. Tanpa disedari bahasa Inggeris telah menjajah minda ramai manusiadi dunia sehingga mereka sanggup meninggalkan bahasa ibunda yang menjadi warisan nenekmoyang mereka. Ramai kanak-kanak masa kini sudah bijak berbahasa Inggeris dan sukar pulaberbahasa ibunda. Ada pula tidak memahami langsung bahasa ibunda mereka yang kayadengan budi bahasa dan sopan santun. Masalah pengaruh barat ini semakin berleluasa di seluruhdunia dan telah menyebabkan pelbagai masalah sosial. Oleh itu, kita tidak dapat menafikanbahawa bahasa ibunda sememangnya boleh disifatkan sebagai pengawal kemoralan manusiasedunia.Bahasa merupakan alat perhubungan sesama manusia. Lantas, setiap bangsa yang mempunyaibahasanya yang tersendiri sepatutnya bangga akan jati diri mereka sendiri. Mereka merupakansegolongan manusia yang mempunyai warisan dan kekayaan mereka tersendiri menerusi bahasaibunda dan budaya mereka. Bahasa juga yang dapat menyatukan manusia sebangsa mara kehadapan dan meraih kemajuan. Bahasa juga menyedarkan dan mengajar manusia tentangperi pentingnya budaya mereka kerana setiap bangsa mempunyai kepercayaan dan budayayang berbeza.Bangsa Melayu amat terkenal akan budi bahasa dan sopan santun mereka. Budi bahasa dansopan santun telah dipupuk di dalam diri setiap anak Melayu menerusi bahasa mereka. Terdapatpelbagai cabang bahasa Melayu yang dapat mengajar manusia tentang sifat-sifat mulia yangperlu diperolehi setiap manusia di dunia. Peribahasa, madah, pantun, sajak dan pelbagai genresastera lain berperanan sebagai alat mendidik anak bangsanya. Setiap genre ini mengajar tabiat-tabiat yang baik yang perlu dicontohi dan dipatuhi sementara tabiat-tabiat yang buruk perludijauhi. Tanpa mengetahui bahasa ibunda, sudah pasti seseorang itu sukar memahami mesejyang ingin disampaikan menerusi genre-genre ini apatah lagi memberi kesan ke dalam dirinya.Bahasa Jepun pula mendidik bangsanya agar sentiasa berdisiplin. Lantas, kita dapat melihatbetapa rajin rakyat Jepun cuba memajukan ekonomi mereka sehingga mereka berjaya meraihkeuntungan setelah jatuh akibat perang dunia kedua. Seperti yang diketahui, rakyat Jepunmasih menggunakan bahasa mereka sebagai bahasa rasmi dan bahasa negara kerana merekasedar betapa pentingnya bahasa mereka dalam mendidik rakyat. Bahasa ibunda rakyat Jepunboleh dianggap sebagai mangkin sifat nasionalisme mereka selain mengawal kemoralan rakyatmengikut budaya mereka. Malahan, bahasa Jepun telah diangkat sebagai salah satu bahasayang penting dan semakin dipelajari bangsa-bangsa lain.Bahasa Jepun amat kaya dengan keunikan mereka sendiri kerana tiada bahasa lain yang dapatmenggantikan bahasa Jepun. Makanan-makanan Jepun sendiri masih kekal dengan nama-namaJepunnya kerana nama-nama ini mempunyai makna yang tertentu. Selain itu, nama-nama rakyatJepun pula amat panjang dan sesiapa yang ingin memanggil nama mereka perlu menyebutkeseluruhan nama mereka dan bukan nama singkatan kerana bagi masyarakat Jepun namamereka itu penting dan perlu dihormati. Seperti bangsa Cina, bangsa Jepun juga mementingkannama keluarga kerana nama keluarga dapat menunjukkan susur galur keluarga tersebut.10 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003
  11. 11. Masyarakat Cina pula terkenal akan bahasa Cinanya yang mempunyai pelbagai dialek. Setiapdialek bahasa ibunda bangsa Cina ini mempunyai perayaan dan kepercayaan mereka tersendiri.Perayaan-perayaan masyarakat Cina berbeza daripada masyarakat Jepun dan masyarakatMelayu. Perayaan-perayaan masyarakat Cina mempunyai sejarah mereka tersendiri yang dapatmengajar masyarakatnya tentang nilai-nilai murni yang dipentingkan oleh mereka. Perayaan-perayaan yang mereka raikan mempunyai makna-makna tersendiri yang boleh dijadikanpanduan untuk diri mereka. Misalnya, masyarakat Cina terkenal akan amalan ‘fengshui’ mereka.Amalan ini hanya akan dapat difahami dengan lebih terperinci menerusi bahasa Cina itu sendiri.Walaupun terdapat penerangan ‘fengshui’ ini dalam bahasa-bahasa lain, ia tidak dapatmenjelaskan dengan lebih mendalam tentang amalan ini. Kesukaran ini mungkin kerana istilah-istilah Cina yang mengetengahkan makna sebenar yang ingin disampaikan menerusi pengamalan‘fengshui’ ini.Amalan ini telah mengajar masyarakat Cina tentang kaitan manusia dengan alam sekeliling.Manusia sememengnya amat rapat dengan alam sekeliling dan memerlukan alam sekelilingdalam kehidupan mereka. Oleh itu, bahasa ibunda bangsa Cina telah dapat membantu merekamengetahui amalan ‘fengshui’ yang dianggap dapat menyerikan hidup mereka dengankekayaan, kebahagiaan dan keharmonian. Lantas, ramai di kalangan masyarakat Cina cubamemiliki ikan koi dan memasang cermin di dinding rumah mereka supaya dapat membantumereka mengelakkan daripada kecelakaan dan membawa kebahagiaan yang diingini. Hanyamasyarakat Cina sahaja yang dapat mengamalkan ‘fengshui’ ini dengan lebih berkesan keranamereka dapat menghayati dan memahami setiap ajaran ‘fengshui’ ini menerusi bahasa mereka.Bahasa ibunda juga dapat mempengaruhi pembelajaran sesuatu budaya itu. Sekiranya budayaini diajar di dalam bahasa lain kemungkinan besar budaya asli itu tidak dapat disampaikan.Sebaliknya keasliaan sesuatu budaya itu akan semakin hilang dan terhakis dek penerangandalam bahasa lain. Keindahan dan keunikan budaya itu juga akan tercemar dan bolehmerosakkan sesuatu budaya itu.Misalnya, masyarakat India amat dikenali dengan tarian India mereka. Rentak lagu danbahasanya perlu menggunakan irama dan lagu India kerana setiap lagu India itu mempunyaimakna mereka tersendiri. Biasanya lagu tarian India merupakan cerita perihal tuhan-tuhanmereka dan juga tokoh-tokoh atau pahlawan yang terkenal menurut sejarah. Irama tarianmereka juga menggunakan alat-alat muzik bangsa mereka tersendiri seperti tablagh. Setiapgerak-geri tarian India pula mempunyai makna mereka tersendiri yang akan membawa penontonke dalam sebuah epik masyarakat mereka tersendiri. Oleh itu, keunikan tarian ini yangberlandaskan bahasa ibunda mereka mungkin tidak dapat difahami masyarakat lain jikalaumereka tidak memahami bahasa tersebut. Pakaian dan perhiasan yang digunakan setiap penarimereka juga mempunyai makna dan perlambangan bangsa mereka. Perlambangan-perlambangan ini akan membuat masyarakat bangsa itu berasa bangga akan warisan dan budayamereka.Secara keseluruhan, semua bahasa ibunda dapat mendidik setiap masyarakat sesebuah bangsabangga akan budaya dan adat mereka. Masyarakat sesuatu bangsa itu akan dipupuk dan ditanamnilai-nilai murni yang berlainan berasaskan bangsa mereka. Orang yang memahami bahasaibunda mereka dapat mematuhi, menghayati dan menjiwai budaya, tarian, nyanyian dan genre-genre sastera mereka dengan lebih mendalam berbanding dengan orang yang tidak memahamibahasa ibunda mereka. Mereka juga dapat menjalankan dan menghadapi kehidupan merekadengan lebih harmonis, bahagia dan keyakinan berlandaskan budaya bangsa mereka sendiri.Budi bahasa, sopan santun, taat akan ibu bapa dan hormat-menghormati merupakan sebahagiandaripada nilai-nilai yang dapat dimiliki setiap individu yang mengamalkan dan bangga akanbahasa ibundanya. Oleh itu, bahasa ibunda sememangnya pengawal kemoralan manusia, sepertidi dalam setiap filem, hanya gadis asli bangsa India, Melayu mahupun Cina yang menjadi kegilaanramai pemuda kerana kemoralannya yang baik dan kaya akan budaya bangsanya sendiri. Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 11
  12. 12. BAHASA DAN BANGSA MEMPERTAHANKAN JATI DIRI MELAYU Nafisah Nurraudhah bte Sa’DollahKata keramat Laksamana Hang Tuah, ‘Takkan Melayu hilang di dunia”, tidak pernah luputdimakan zaman. Ungkapan ini menjadi semangat kekuatan dan inspirasi bangsa Melayu.Malangnya, kini, ungkapan ini tidak lagi diambil berat. Tidak dapat dinafikan bahawa bangsaMelayu tidak akan hilang dari muka bumi ini tetapi peradaban, semangat dan kehalusan bahasaMelayu dalam pertuturan akan mula hilang. Sedikit demi sedikit ketiga-tiga aspek ini dikikisdari diri orang-orang Melayu tidak kira di Singapura, Malaysia, Brunei Darussalam ataupunIndonesia. Orang-orang Melayu kini semakin sibuk dengan arus globalisasi dan pemodenanyang membawa perubahan pesat dan mendadak. Lama-kelamaan kita hanya akan dipanggilorang atau bangsa Melayu tetapi jati diri sebagai seorang Melayu sudah pupus dalam diri kita.Namun demikian, bolehkah kita membangkitkan ungkapan ‘Takkan Melayu hilang di dunia’yang bermaksud bahawa bangsa Melayu bersama jati dirinya seperti peradaban, semangatdan kehalusan bahasa Melayu tidak akan hilang, semula?Peradaban MelayuOrang Melayu dikenali dengan kesopanan, tatatertib dan hemahnya yang tinggi. Kini, sikap-sikap yang murni ini semakin tidak dihiraukan oleh masyarakat Melayu. Kita dapat lihat dariperwatakan dan kelakuan para remaja yang dipengaruhi budaya barat yang negatif. Menurutbuku ‘Melayu Singapura dalam kritikan’, di Singapura, terdapat sebilangan pelajar wanitaMelayu yang telah ditangkap oleh pihak sekolah kerana mewarnakan rambut mereka danmemakai anting-anting secara berlebihan sehingga di hidung. Selain itu, terdapat sebilangananak-anak muda Singapura yang suka berlepak di pusat-pusat membeli-belah dan disko.Malaysia juga mempunyai masalah-masalah yang sama dan terdapat laporan-laporan mengenaigejala bohsia.Satu pertemuan yang telah dianjurkan oleh Menteri-menteri Agama Negara Brunei Darussalam,Repulik Indonesia, Malaysia dan Repulik Singapura (MABIMS) yang ke sepuluh telah menyentuhtentang masalah sosial yang besar dan serius yang dihadapi setiap negara iaitu penagihandadah, pergaulan bebas, perkosaan, jenayah dan ponteng sekolah yang dicetuskan oleh arusglobalisasi dan permodenan yang tidak dapat dikawal. Semua contoh ini telah membuktikanbahawa sikap kesopanan, tatatertib dan hemah tinggi orang Melayu telah dicemari budayabarat, globalisasi dan seumpamanya.Justeru, untuk mengekalkan atau memupuk semula sikap-sikap murni ini di dalam diri orangMelayu, ibu bapa, para guru dan lembaga-lembaga perkhidmatan Melayu harus bergandingbahu untuk mengatasi masalah-masalah sosial ini. Pertama, ibu bapa perlu menasihati anak-anak dari segi perawakan dan pergaulan mereka bersama rakan-rakan. Ibu bapa juga perlumenimbulkan kemesraan di antara mereka dengan anak-anak sendiri agar anak-anak tersebutdapat berkongsi masalah yang dihadapi dengan terbuka. Tukilan dari majalah ‘Pelita BahasaBrunei’ mengatakan bahawa para guru bukan sahaja perlu berusaha untuk meningkatkanprestasi pelajar-pelajar dalam pelajaran, malah mereka juga harus memulihkan keadaan disiplinatau akhlak pelajar-pelajar. Di Singapura, pendidikan moral dan seks telah diperkenalkan untukmengajar dan melentur pelajar-pelajar.Lembaga-lembaga perkhidmatan Melayu pula perlu mengadakan kursus-kursus untukmembimbing anak-anak dan ibubapa. Walaupun terdapat perkhidmatan kaunseling diSingapura yang dianjurkan oleh pihak MENDAKI dan badan-badan lain, aktiviti-aktiviti atauacara-acara untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan perlu diadakan. Pihak MABIMS pulabersetuju untuk mengklasifikasikan para belia dan remaja sebagai aset negara yang perlu dijaga12 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003
  13. 13. dan dibangunkan dengan sempurna. Negara-negara yang terlibat telah bekerjasama danberusaha untuk menjadikan MABIMS sebagai wadah memantapkan keharmonian dan toleransihidup bersama. Oleh itu, peradaban masyarakat Melayu dapat dipupuk semula dalam dirimereka.Seterusnya, semangat orang Melayu berjuang dalam pelajaran untuk memperolehi keputusanyang baik. Sejak kerajaan Melayu lama, pahlawan-pahlawan Melayu akan merantau ke mana-mana untuk memperolehi ilmu yang dikehendaki mereka. Mereka akan berguru dengan pakardan ada yang bertapa di dalam gua. Malangnya, semangat belajar bersungguh-sungguh tidakketara dalam diri masyarakat Melayu kini. Negara Brunei dan Indonesia mempunyai tarafkecermelangan dalam pendidikan yang rendah dan lemah. Menurut Prof. Datuk Dr. Ishak Harundari Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, purata pelajar Melayu di Malaysia yang mendapatgred A1 dan A2 dalam tiga mata pelajaran iaitu Matematik Tambahan, Fizik dan Kimia, hanya1010 daripada 2898 calon. Di Singapura, kohort pelajar-pelajar Melayu darjah 1 yangmelanjutkan pendidikan mereka ke Institusi Pendidikan Teknikal (ITE) pada tahun 1999 adalahsebanyak 46.2%. Purata ini amat banyak jika dibandingkan dengan kaum India yang hanya32%. Ini membuktikan bahawa semangat orang Melayu untuk berusaha dalam pendidikansemakin berkurangan kerana jumlah pelajar ke politeknik dan maktab rendah amatberkurangan. Sebaliknya semangat ‘ala kadar’ pula yang tersemat di dalam diri kita.Namun demikian, semangat ini dapat diterapkan semula dengan kerjasama pelajar-pelajar danguru-guru. Para guru perlu memerhatikan prestasi anak-anak muridnya dalam bidang yangmereka lemah dan cuba mengubah cara mengajar subjek-subjek itu agar lebih kreatif danmenarik lagi. Pendekatan yang baru dapat menarik perhatian pelajar-pelajar. Pendidikan yangasas perlu diulangkaji semula supaya pelajar-pelajar mengingatinya. Selain itu, para guru perlumenimbulkan suasana yang kondusif. Di Malaysia, perasaan segan untuk bertanya dan malumendekati pensyarah-pensyarah perlu dibasmi dalam jiwa pelajar-pelajar agar mereka dapatberkongsi pengetahuan dan masalah-masalah dalam subjek-subjek yang mereka tidak faham.Di Indonesia pula, ramai rakyat miskin dan tidak berpendidikan. Justeru, dengan pertolonganpemerintah, pihak sekolah boleh menganjurkan bengkel-bengkel untuk mendidik rakyatIndonesia itu sendiri. Sesi kaunseling yang terdapat di sekolah-sekolah di Singapura diadakansupaya para guru dapat mendekati pelajar-pelajar untuk memupuk semangat belajar dan terusberjuang hingga ke menara gading. Contoh-contoh ini dapat membuang semangat ‘ala kadar’yang terdapat dalam diri pelajar-pelajar Melayu agar mereka akan terus berjaya dalam hidup.Akhir sekali, kehalusan bahasa Melayu dalam pertuturan semakin terhakis. Ungkapan ‘Tiadakata secantik bahasa’ mempunyai pengertian yang dalam iaitu bahasa akan sentiasa diucapkandan dilestarikan agar ia tidak luput dimakan zaman. Orang Melayu dikenali dengan kehalusanbahasa Melayu dalam pertuturannya yang penuh dengan kiasan dan beralas seperti peribahasa.Namun demikian, hari ini, pencemaran bahasa Melayu semakin terserlah. Di Singapura,masyarakat Melayu telah memanfaatkan bahasa asing seperti bahasa Inggeris untukmelestarikan budaya asing yang negatif dalam budaya Melayu sendiri. Struktur kata-kata Melayudisusun semasa perbualan tidak teratur dan ada kegunaan bahasa Inggeris yang kasar seperti‘goddamit’ dan sebagainya. Di Malaysia pula, bahasa Melayu lisan sering diselangselikan dengankata-kata Inggeris manakala penggunaan bahasa Melayu di Brunei terdapat campuran bahasalain di dalamnya untuk menekankan sesuatu perkara. Oleh itu, jelas kelihatan bahawa bahasaMelayu telah dicemari dengan bahasa-bahasa asing dalam arus globalisasi.Namun demikian, bahasa Melayu ini dapat diperbaiki dengan mendapatkan kerjasama ibubapa, para guru dan pertubuhan-pertubuhan bahasa Melayu. Mereka perlu mengajar danmenjadi contoh kepada anak-anak Melayu agar mereka dapat berbual dalam bahasa Melayu Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 13
  14. 14. dengan baik dan sopan. Mereka juga harus elakkan penggunaan istilah-istilah Inggeris semasamengajar anak-anak tersebut. Selain itu, peranan para bahasawan dan sasterawan, senimandan media massa turut memainkan peranan yang besar. Para bahasawan dan sasterawan perlumenggunakan istilah-istilah bahasa Melayu yang betul semasa mengarang karya mereka agarpara pembaca dapat bertutur bahasa Melayu dengan betul. Seniman-seniman perlu menjagatata penyebutan bahasa Melayu semasa mendendangkan lagu-lagu mereka agar tidakmerosakkan bahasa Melayu manakala pihak media massa seperti rancangan-rancangan Melayusaluran Suria di Singapura dan penyiaran RTB di Brunei perlu memperbaiki mutu penggunaanbahasa Melayu di kalangan penyiar-penyiar atau pelakon-pelakon mereka. Justeru, kerjasamadaripada pihak-pihak yang berkuasa dapat menyelamatkan bahasa Melayu daripada luputdimakan zaman.Kesimpulannya, setiap individu yang berbangsa Melayu di Nusantara memainkan peranan yangpenting untuk menjamin kedudukan masyarakat Melayu di muka bumi ini. Orang Melayu perlumengekalkan peradaban, semangat dan kehalusan bahasa Melayu dalam pertuturan agar jatidiri masyarakat Melayu tidak terhakis. Walaupun kita perlu mengikuti arus globalisasi danpermodenan, kita perlu menunjukkan kepada seluruh dunia bahawa bangsa Melayu masihutuh berdiri di bumi ini. Gandingan bahu di antara anak-anak atau pelajar-pelajar, ibu bapa,para guru dan pihak-pihak yang berkuasa dapat mengatasi masalah-masalah yang timbul danmembuktikan bahawa orang Melayu tidak akan hilang di dunia ini. ~~~~~~~~~~~~ ************* ~~~~~~~~~~~~ KERELEVANAN Sekelip mata menjeling sekeliling Menghentak segala usulan Mengharapkan lontaran sorakan Demi kebaikan atau kepentingan sendiri ? AllahuAkhbar - AllahuAkhbar Mengumpul segenap penyokong Namun semua diam membeku Mengagungkan tradisi Aku sendiri ! Bentaknya Jangan salahkan siapa Kita diberi masa berabad lamanya Mana mungkin sedangkan Tuhan tetap bersamamu Namun tetap beku sebeku Sanskrit dan Latin Aku ketandusan hak Sehingga Inggeris mengatasi segalanya Aku kehilangan hak Sekularisme menatang segala pundak Proses peleburan hak nampaknya berterusan Sedangkan kita dibelakang jauh ketinggalan Siapa bisa menyatukan ? Umat terbaik firmanNya Itu pendirianmu Malang sekali hayat Demi kebaikan kita maju Dibuai khayalan semalam Demi masa depan kita meleburkan tradisi Sehingga tak mampu membuka mata Mampukah tradisi menghasilkan kerelevanan Takut menghadapi kenyataan Atau terus mengelirukan dengan asal yang ada Kerelevanan. Ekonomi baru - Manusia baru - Minda baru Mohamed Pitchay Gani BMAA Sedangkan semua itu telah tertulis di kitab suci Al Quran tetap relevan Adakah umatNya relevan ?14 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003
  15. 15. BAHASA DAN BANGSA PSIKOLOGI MELAYU: SEMANGAT BANGSA BERPAKSI BAHASA Ruhaidah Binte RahmatMasyarakat Melayu Singapura berpaksikan bahasa Melayu untuk memperlihatkan bahasa danbudaya Melayu kepada bangsa asing. Mengikut Perlembagaan Republik Singapura, BahasaMelayu adalah Bahasa Kebangsaan Negara. Bahasa Melayu juga menjadi satu daripada empatbahasa rasmi negara di samping bahasa-bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris. Kini, sebagaisalah satu bahasa rasmi negara, bahasa Melayu boleh digunakan dalam Parlimen, mahkamah,persidangan-persidangan penting seperti Konvensyen Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan(NTUC), majlis-majlis forum dan seminar-seminar yang para pesertanya terdiri daripada berbagaikaum. Selain itu bahasa Melayu juga boleh digunakan dalam surat-menyurat kepadakementerian-kementerian atau jabatan-jabatan pemerintah apabila membuat aduan,mengundang pegawai tinggi pemerintah untuk menghadiri sesuatu majlis, memberi laporandan sebagainya.Di bawah sistem pendidikan negara, bahasa Melayu menjadi satu daripada bahasa ibunda yangwajib dipelajari setiap pelajar Melayu dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat pra-universiti. Rata-rata para pelajar Melayu mengambil bahasa Melayu sebagai bahasa ibundamereka yang dikenali juga dengan istilah bahasa kedua di sekolah. Bahasa Inggeris puladipelajari sebagai bahasa pertama.Matlamat utama pemerintah mewajibkan setiap pelajar mempelajari bahasanya sendiri ialahagar mereka mengenal dan memahami budaya, adat resam dan nilai-nilai murni bangsanyayang diwarisi turun-temurun. Menurut Timbalan Perdana Menteri Singapura, Ybh BG (NS) LeeHsien Loong dalam Amanat Bulan Bahasa 1998: ‘Penguasaan Bahasa ibunda yang baik akan membantu kita mengekalkan jalinan dengan warisan bahasa dan budaya nenek-moyang kita sendiri. Ia akan membantu kita mengekalkan ciri-ciri, nilai-nilai dan identiti setiap kumpulan kaum yang membentuk perwajahan berbilang bangsa Singapura.’Mengenai pembelajaran bahasa Melayu pula beliau menambah: ‘Bahasa Melayu juga membantu rakyat Singapura mengekalkan saluran perhubungan dalam bahasa itu dengan para penduduk di negara-negara jiran kita. Selain aspek budaya, manfaatnya juga boleh menjangkau ke bidang perniagaan dan perdagangan.’Hakikatnya pada suatu masa dahulu walaupun pengguna bahasa Melayu di Singapura terdiridaripada golongan minoriti, Singapura telah menjadi pusat perkembangan bahasa danpersuratan Melayu bagi Tanah Melayu sebelum kemerdekaan. Selain menjadi tempat pertemuandan persidangan para pencinta dan ahli bahasa dan sastera Melayu di rantau ini, Singapuramenjadi pusat penerbitan awal akhbar dan majalah dalam bahasa Melayu. Sebagai contohantara akhbar dan majalah yang diterbitkan di Singapura ialah ‘Jawi Peranakan’, ‘Al Imam’,‘Utusan Melayu’, ‘Melayu Raya’, ‘Mustika’, ‘Qalam’, ‘Hiburan’, ‘Gelanggang Filem’ dan lain-lainlagi. Kebanyakan majalah dan akhbar pada masa itu diterbitkan dalam tulisan jawi. Maka,jelas dapat dilihat bahawa bahasa Melayu mempunyai peranan yang cukup penting. Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 15
  16. 16. Masyarakat Melayu juga berpaksikan bahasa Melayu untuk memperlihatkan pemikiran orangMelayu. Psikologi bahasa Melayu adalah mirip kepada psikologi orang Melayu kerana orangMelayu merupakan penutur asal bahasa Melayu. Cara orang Melayu berfikir banyakdiungkapkan dalam pepatah dan pantun Melayu. Hamilton dalam bukunya, Malay Proverbs,telah menghuraikan peranan pepatah dalam kehidupan masyarakat Melayu, menurutnya: ‘Dalam sebuah masyarakat di mana budaya tulisan datang lewat dan hanya tertumpu kepada golongan tertentu sahaja, undang-undang ada bagi kawasan itu dan pengumpulan ajaran-ajaran moral bersama-sama dengan pelbagai lakuan tunjuk ajar untuk kehidupan harian, dengan didasarkan kepada pemerhatian terhadap fenomena semula jadi, disampaikan kepada generasi kemudian dalam bentuk pepatah yang masih kerap digunakan.’Pemikiran orang Melayu yang terungkap dalam pantun dan pepatah Melayu secara jelasmenggambarkan bahawa orang Melayu adalah sekelompok bangsa yang amatmementingkan nilai budi dan kesetiakawanan. Keadaan ini menunjukkan bahawamasyarakat Melayu sejak dahulu merupakan sebuah masyarakat yang terbina atas dasarperhubungan yang intim yang saling bantu membantu, iaitu berbudi dan bersetia. Hal inimungkin didorong oleh faktor persekitaran dan sistem nilai yang menjadi pegangan hidupmasyarakat ini. Kehidupan sebagai petani dan nelayan telah mewujudkan sistem hidupyang saling memerlukan, misalnya bersawah merupakan satu kerja yang berat dan sukaruntuk dilaksanakan secara bersendirian, khususnya semasa musim menanam dan menuaipadi. Keadaan ini telah mewujudkan konsep ‘berderau’ dalam kehidupan masyarakat. Nilaimurni yang ditanam oleh agama Islam telah menyuburkan lagi konsep berbudi dan bersetiaini.Khazanah keilmuan Melayu, sama ada yang berbentuk lisan atau tulisan, banyak mengandungipantun dan pepatah yang membicarakan konsep berbudi dan bersetia ini. Sebagai contoh,dalam khazanah pepatah Melayu kita akan dapati banyak pepatah yang mengungkapkankonsep berbudi dan bersetia secara jelas. Kita sering mendengar orang mengungkapkanpepatah, ‘ Yang indah itu budi, yang cantik itu bahasa ’, ‘ Orang berbudi kita berbahasa, orangmemberi kita merasa ’, ‘ Biar miskin emas jangan miskin budi bahasa ’, ‘Jauh di mata dekat dihati ’ dan berbagai-bagai pepatah lain yang menggambarkan bahawa masyarakat Melayumementingkan budi dan kesetiaan semasa terjalinnya hubungan di antara dua orang manusiaatau dua kumpulan manusia. Budi menjadi teras paradigma untuk membentuk hubungan diantara individu atau semasa berkomunikasi.Selain pepatah, pantun Melayu juga merupakan cara menyampaikan hasrat yang penting dalammasyarakat Melayu, khususnya masyarakat Melayu lama. Pantun diungkapkan untukmenyampaikan rasa kasih dan benci. Hal ini turut dinyatakan oleh Wilkinson dan Winstetd: ‘Sebenarnya tidak mungkin bagi sesiapa pun untuk mencuba memeri akal-budi orang Inggeris tanpa mengkaji sasteranya atau mengkaji akal budi orang Scotland tanpa mengkaji Burns dan seterusnya tidak seorang pun dapat meramal akan ruang lingkup akal-budi orang Melayu tanpa mengetahui pantunnya yang menjadi pengungkap cumbuan bersajak dan cercaan bagi bangsanya.’Pantun Melayu juga banyak menyerlahkan konsep berbudi dan bersetia dalam kehidupanbermasyarakat. Pantun Melayu khususnya pantun Melayu lama secara jelas mengungkapkan16 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003
  17. 17. kepentingan konsep ini. Sebagai contoh, pantun yang sering kita dengar ini secara jelasmenggambarkan betapa masyarakat Melayu amat mementingkan konsep berbudi danbersetiakawan dalam membina hubungan sesama individu; Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga.Pantun di atas jelas menggambarkan betapa masyarakat Melayu begitu mengagungkan budi.Budi bukanlah benda, nilainya juga tidak dapat kita ukur dengan nilai emas atau perak. Orangyang berbudi tidak minta dibalas tetapi yang termakan budi akan mengenangnya hingga keakhir hayat.Gambaran di atas jelas menunjukkan bahawa dalam sistem kognitif atau minda orang Melayu,budi bahasa merupakan komponen yang penting dalam membentuk hubungan sesama anggotamasyarakat. Konsep berbudi bahasa bukan sahaja dipegang semasa berinteraksi dalam situasibiasa, bahkan juga dipegang semasa memarahi atau mencerca anggota atau kumpulan lain.Biasanya orang Melayu memilih cara menyindir untuk menyampaikan sesuatu hasrat yangterbuku di hati, iaitu menyatakan sesuatu secara tersirat, tidak secara terus tetapi amat berkesandi hati penerima.Walaupun bahasa Melayu kaya dengan pantun, pepatah dan kiasan, ia masih mampumenyampaikan konsep-konsep yang sukar atau abstrak secara tepat dan padat. Sejak zamankerajaan Sriwijaya, Langkasuka, Kedah Tua dan Melaka, bahasa telah membuktikankemampuannya menjadi lingua franca yang berkesan, tepat dan indah. Bahasa Melayumerupakan bahasa yang seimbang, iaitu mampu mengungkapkan pemikiran secara tepat danindah.Kita hendaklah sentiasa peka kepada hakikat bahawa penutur asal bahasa Melayu adalahsekelompok manusia yang amat mementingkan budi semasa membentuk hubungan sesamainsan. Budi dan bahasa adalah dua entiti yang bersepadu bagi orang Melayu. Masyarakat Melayuberprinsipkan bahasa Melayu untuk memperlihatkan bahasa dan budaya orang Melayu.Hakikatnya bahasa Melayu juga memperlihatkan pemikiran masyakat Melayu itu sendiri yangkaya dengan budi dan bahasa. ~~~~~~~~~~~~ ************* ~~~~~~~~~~~~ “Setiap manusia berhak berkembang menjadi manusia yang lengkap menurut pembawanya. Hak berkembang itu memaksa wujudnya institusi perguruan dan pendidikan untuk menolong dan membimbing serta membentuk jiwa raga manusia yang sedar akan kewajibannya.” Khonstamm Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 17
  18. 18. BAHASA DAN BANGSA SUMPAH HANG TUAH Shahidah Bte MahfodzSetiap kali kita membicarakan orang Melayu di zaman ini, pelbagai keluhan yang kita dengar.Ada yang mengatakan orang Melayu malas, bodoh, suka meminta serta mudah terpengaruhdengan budaya tidak sihat. Mungkinkah kata-kata ini masih relevan di sebalik globalisasi yangdialami seluruh dunia termasuk negara-negara Nusantara yang kebanyakan penduduknyamerupakan orang Melayu? Adakah memadai sekiranya kita mengatakan bahawa kemalasanitu datangnya daripada moyang kita?Menurut Dr Siddiq Fadzil menerusi artikel ‘Takkan Melayu hilang di dunia? Entahlah’ yangdisiarkan dalam majalah Tamadun (Mac 2001), sumpah pahlawan Hang Tuah iaitu Takkan Melayuhilang di dunia lebih tertumpu sebagai perjuangan demi memastikan Melayu akan hadir danterus hadir di pentas sejarah. Sebagaimana riwayat Hang Tuah yang berakhir dengan keghaibanbeliau, mungkinkah beliau akan muncul semula? Namun demikian, tidak mustahil sekiranyakemunculan beliau diiringi kekecewaan terhadap bangsa beliau yang tetap ada di arena duniatetapi ciri-ciri mereka sebagai Melayu tiada lagi.Melalui sejarah, kita telah mempelajari bahawa pembukaan minda Melayu seiring denganperluasan daerah pelayaran dan pengembaraan mereka hampir ke seluruh dunia. Pelayaranmereka bertujuan meluaskan keilmuan mereka dan sekaligus memperkembangkan lagikebudayaan Melayu di pelosok dunia. Akibat tindakan mereka itu, bangsa Melayu hadir sebagaisebahagian warga besar dunia. Pengaruh Islam juga jelas meninggalkan kesan mendalam dalamkehidupan bangsa Melayu kerana sehingga kini, Islam dan Melayu tidak dapat dipisahkan.Biarpun pelbagai tamadun seperti India, Cina serta Barat pernah hadir di rantau ini untukmenyebarkan nilai dan agama masing-masing, Islam merupakan agama yang diterima baikoleh bangsa Melayu.Keadaan sedemikian menunjukkan keterbukaan minda bangsa Melayu pada waktu itu. Jarangkita dengar kerajaan atau orang Melayu menentang nilai dan agama tamadun bangsa lain.Malah bangsa Melayu pada waktu itu menerima segala perubahan dengan baik selagiperubahan itu tidak menjejas bangsa dan agama mereka. Selagi perubahan itu membawamanfaat serta perkembangan terhadap sosial, politik, budaya serta nilai Melayu, bangsa Melayutidak akan menidakkan perubahan tersebut. Akibatnya tamadun Melayu mencapai kemajuanyang tinggi. Biarpun Nusantara pernah dijajah Portugis, Belanda serta British, orang Melayutidak hilang di muka dunia ditelan oleh kuasa penjajah. Malah mereka kekal sehingga hari ini.Tidak mustahil sekiranya sumpahan Hang Tuah dapat direalisasikan sebagaimana perkara ituterbukti menjadi kenyataan walaupun kita pernah dijajah. Kini sains dan teknologi memainkanperanan penting dalam kehidupan kita. Menerusi kajian yang dijalankan oleh KementerianPendidikan Singapura, mereka dapati kursus Teknologi Maklumat (IT) semakin diceburi pelajarMelayu khususnya di politeknik. Begitu juga kursus berkaitan dengan sains seperti Bioteknologi.Keadaan ini menunjukkan bahawa bangsa kita semakin sedar bahawa sekiranya mereka inginterus bersaing dengan bangsa lain, mereka harus memastikan bahawa ilmu dan kemahiranyang dimiliki relevan dengan ekonomi baru. Selain itu, ramai anak muda Melayu membukasyarikat sendiri terutama sekali yang berkaitan dengan IT.Melalui kemahiran serta semangat keusahawanan yang dimiliki, mereka berupaya menciptapelbagai program terutama sekali yang berkaitan dengan bangsa Melayu. Kini semakin banyakCD-Rom berbentuk pendidikan dalam bahasa Melayu boleh didapati di pasaran. Hasil kreativitiserta kemahiran mereka mencipta perisian untuk memperkenalkan budaya serta bahasa Melayu18 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003
  19. 19. kepada generasi muda serta bangsa bukan Melayu. Keprihatinan mereka jelas menunjukkanbahawa mereka ingin memastikan bahawa budaya dan bahasa Melayu tidak pupus dek zamanmalah terus berkembang seiring dengan globalisasi. Kita juga harus berbangga denganpencapaian beberapa orang Melayu dalam bidang sains. Antaranya ialah Dr Azlinah yang kinibekerja di institut sains terulung iaitu John Hopkins serta Dr Jailani yang mendapat kepujiandalam fizik. Namum demikian, pencapaian sedemikian masih belum mencukupi dan kita perlumenambah bilangannya menerusi pembelajaran sepanjang hayat.Di sebalik keterbukaan kita dalam menerima kemajuan, kita perlu memastikan bahawakemajuan itu tidak melanggar nilai agama kita. Agama telah menjadi tiang kepada kejayaanbangsa Melayu dalam pelbagai bidang hasil petunjuk Tuhan. Islam tidak pernah melarangumatnya meneroka bidang-bidang baru tetapi mereka sendiri harus memastikan bidang tersebuttidak melanggar hukum agama. Sebagai contoh, di Singapura umat Islam sentiasa merujukkepada fatwa MUIS sekiranya terdapat keraguan. Kes pendermaan organ di kalangan umatIslam telah mendapat kebenaran MUIS selepas mereka mendapati pendermaan organ tidakmelanggar hukum agama kerana tindakan tersebut lebih bermaksud untuk membantu oranglain. Walau bagaimanapun, agama seolah-olah tidak dipandang tinggi oleh bangsa kita. Kinisudah tampak tanda-tanda jelas bahawa sebahagian orang Melayu sudah hilang kesedarantentang dosa.Melayu dahulu berpegang kukuh kepada prinsip kerajinan supaya dapat mencari rezeki bagimenampung keluarga mereka. Namun demikian, keadaan ini berbeza di Malaysia. Dasarkeistimewaan yang telah diberikan oleh kerajaan kepada bumiputera tidak dimanfaatkandengan baik. Hak istimewa diberi agar Melayu di Malaysia dapat meningkatkan diri merekadari segi ekonomi, sosial dan pendidikan. Walaubagaimanapun, tidak ramai orang Melayu yangberjaya memanfaatkannya. Sebaliknya, mereka lebih mementingkan diri mereka sendiri iaitusama ada menganggur ataupun membuka perniagaan yang hanya dapat bertahan untukbeberapa bulan sahaja. Kini, kejayaan bangsa Cina dan India lebih terserlah daripada bangsaMelayu walaupun mereka tidak mendapat hak keistimewaan. Jutawan di Malaysiakebanyakannya pula merupakan orang Cina. Kerajinan di kalangan orang Melayu masihdipertikaikan sehingga kini kerana sikap meminta mereka lebih terserlah daripada berusaha.Justeru kerajaan Malaysia terpaksa menilai semula hak istimewa itu. Sikap meminta belas kasihandari segi wang tidak harus digalakkan. Sebaliknya seseorang itu perlu diajar kemahiran barusupaya mereka dapat bertahan di dalam ekonomi baru yang berteraskan kemahiran dan ilmu.Hanya melalui pendidikan, bangsa Melayu dapat maju walaupun setapak dan bukan lagi wangyang memainkan peranan. Pemerintah memainkan peranan penting tetapi bangsa Melayusendiri yang harus mendisiplinkan diri mereka. Bantuan boleh diberikan tetapi haruslah memadaidengan keadaannya. Kini bukan lagi zaman meminta sebaliknya usaha yang hanya dapatmenentukan masa depan bangsa Melayu.Bahasa dan budaya Melayu tidak dapat dipisahkan daripada alam Melayu. Walaupun kitamenghadapi saingan utama iaitu bahasa Inggeris, hanya bangsa Melayu yang dapat memastikanbahasa kita tidak pupus. Berbanding zaman awal, kini semakin banyak karya sastera dihasilkandan ini menunjukkan bahawa bangsa Melayu masih menyayangi bahasanya. Namun demikian,kita harus memastikan bahawa kemurnian bahasa Melayu tidak terjejas dengan pelbagai istilahyang telah diinggeriskan. Pelbagai aktiviti serta kempen perlu diadakan untuk memastikanbahawa bahasa Melayu masih menjadi lingua franca dalam perkembangan sastera, adat,pakaian, makanan dan kesenian Melayu. Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 19
  20. 20. Budaya Melayu juga kini menghadapi pembaharuan. Pembaharuan ini bukan sesuatu yangnegatif sebaliknya boleh dikatakan sebagai mangkin kepada pelestarian budaya Melayu. Kiniterdapat fusion atau gandingan budaya Melayu dengan budaya bangsa lain terutama sekali diSingapura. Bukanlah sesuatu yang pelik sekiranya kita lihat kebaya Melayu kini mempunyaiunsur-unsur cheongsam Cina. Gandingan sedemikian menunjukkan bahawa bangsa Melayukita bersikap terbuka sambil memastikan bahawa keaslian budaya Melayu terpelihara. Begitujuga dari segi pemakanan. Memandangkan makanan ala Cina mendapat perhatian bangsaMelayu, masyarakat kita telah mendapat pelbagai ilham untuk menghasilkan makanangabungan Melayu dan Cina yang halal. Hasil idea mereka bukan sahaja dapat dinikmatimasyarakat Melayu tetapi juga bangsa-bangsa lain.Sebagaimana yang dikatakan oleh Menteri Bertanggungjawab bagi Hal-Ehwal MasyarakatMelayu/Islam, Profesor Madya Yaacob Ibrahim, masyarakat Melayu harus mendalami jiwaMelayu, memahami faktor-faktor yang membanggakan masyarakat kita dan menggunakannyauntuk mendorong diri mereka. Beliau menerangkan bahawa Melayu Baru perlu membentukidentiti sendiri iaitu kreatif, berkeyakinan dan boleh berdikari. Walaubagaimanapun, istilahMelayu cemerlang lebih tepat kerana menunjukkan bahawa orang Melayu bukan inginpembaharuan tetapi ingin menghasilkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang sudahdimiliki mereka. Mereka ingin cemerlang dalam apa jua bidang dan tidak sesekali mengetepikanagama mereka.Justeru Takkan Melayu hilang di dunia harus menjadi pegangan kita. Tiada gunanya kita digelarMelayu tetapi tidak sedikitpun memperlihatkan ciri-ciri sebagai orang Melayu. Keluhan bahawakita bodoh, malas serta suka meminta haruslah dihakis untuk membuktikan bahawa kita mampumenjadi orang Melayu cemerlang. Tiada siapa yang dapat mempertahankan bangsa Melayukecuali kita. Bak pepatah, ‘Biar mati anak, jangan mati adat.’ ~~~~~~~~~~~~ ************* ~~~~~~~~~~~~ TAKKAN MELAYU... Takkan Melayu... Takkan Melayu hilang di dunia Melayu yang masih terus lupa Takkan Melayu hilang di dunia Lupa pada akar keturunan Akhir kata dari Hang Tuah Penjajah jua yang diagungkan Budi bahasa cerminan bangsa Bangsa Melayu kelam kini Takkan Melayu hilang di dunia Anak Melayu bersorak riang Takkan Melayu hilang di dunia Terkinja-kinja separuh bogel Melayu yang penuh kelekaan Menyambut tiba Tahun Baru Hanyut terus dalam kealpaan Mencari hiburan tiada batasan Takkan Melayu hilang di dunia Hanya tersungkur rebah menyembam bumi. Takkan Melayu hilang di dunia Melayu yang cetek keagamaan Khairunnisah Bte Md Isa Halal haram tidak dihiraukan Minda dijajah pengaruh Barat20 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003
  21. 21. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEPELBAGAIAN DALAM PERIBAHASA MELAYU Afizah, Fatin, Nisfawati, Khairunnisa, Shahidah, Sopianti, HazurahPeribahasa merupakan salah satu cabang tertua puisi lama yang memaparkan pancaranpemikiran masyarakat lama yang masih terikat dengan adat istiadat. Struktur, sikap, sertafalsafah yang dianuti dan tasawwur masyarakat juga turut dicerminkan. Peribahasa dianggapsebagai warisan masyarakat, peninggalan tamadun, rakaman pengalaman manusia, sertarumusan daya keintelektualan dan kewajaran yang terhasil daripada cetusan hati nurani yangisinya penuh dengan pengajaran, nasihat, teguran, hikmah dan kebenaran.Menurut takrifan yang diberikan oleh Mohd Ghani Ahmad dalam buku ‘Peribahasa MenjanaMinda’, peribahasa merupakan ikatan yang dipilih oleh penciptanya dengan gaya bahasa indah,teratur, padat, ringkas dan tepat; yang mengandungi pula pengertian yang khusus; yang bolehdijadikan pegangan dan pengajaran kepada setiap lapisan masyarakat dari zaman ke zaman.Wan Rafaei Abdul Rahman dalam buku ‘Psikologi Melayu’, mendefinisikan peribahasa Melayuitu sebagai ‘jejak selut, kaki terbenam’ yang merupakan sindiran kepada masyarakat Melayu.Peribahasa Melayu juga banyak menunjukkan dan memberi nasihat supaya orang Melayumembuat sesuatu pekerjaan atau keputusan dengan berhati-hati dan teliti. Za’ba pulamendefinisikan peribahasa sebagai ‘susunan cakap yang pendek yang telah melekat di mulutorang ramai sejak beberapa lama yang sedap dan bijak perkataannya, luas dan benar tujuannyadipakai dijadikan sebutan orang sebagai perbandingan, teladan dan pengajaran’. Peribahasajuga merupakan ikatan bahasa yang dituturkan dengan kalimat-kalimat pendek yangmengandungi pengertian daripada sesuatu maksud yang sebenarnya dengan membayangkanmaksud asal dengan bayangan sindiran atau kiasan.Buku ‘Ensiklopedia’ pula mendefinisikan peribahasa sebagai ‘frasa dan ayat yang mempunyaisusunan yang tepat dan mengandungi makna khusus’. Peribahasa juga boleh digolongkansebagai istilah umum kepada jenis-jenis lain yang dikenali sebagai simpulan bahasa,perumpamaan, pepatah, bidalan dan perbilangan.Kertas kerja ‘Peribahasa Cerminan Akal Budi Melayu’ oleh Hj Tenas Effendy, di dalam seminar‘Peribahasa Menjana Minda’ pada 18hb Mac 2003 di Hotel Pan Pacific, Singapura, mendefinisikanperibahasa itu sebagai ‘cerminan kehalusan budi pekerti Melayu, yang selalu mengatakansesuatu dengan bahasa yang singkat tetapi mengandungi makna yang dalam.’ Cerminan akalbudi Melayu yang santun dan berusaha untuk mengatakan sesuatu melalui kata-kata yangsopan, halus dan terpuji juga terserlah melalui peribahasa. Kearifan budaya Melayu turutditonjolkan supaya tidak menyinggung perasaan orang lain.Buku ‘Langgam Sastera Lama’ oleh Gazali Dunia menghuraikan peribahasa sebagai ‘satu bentukpengucapan yang banyak kita jumpai dalam kesusasteraan lama dan sebagai wakil cara berfikirbangsa kita pada zaman lama itu. Perhubungan mereka yang rapat dengan sekelilingmenimbulkan ilham dan kaca perbandingan bagi mereka, terutamanya ahli-ahli fikir waktuitu.’‘Rangkaian Mustika Adat Basandi Syarak di Minangkabau’ oleh H. Idrus Hakimy Dt. RajoPenghulu menganggap peribahasa ialah ‘kato pusako iaitu kata-kata mutiara yang diterimasecara turun-temurun di Minangkabau semenjak dari nenek moyang yang menciptakan adatMinangkabau sampai sekarang’. Kato pusako itu disusun dengan kalimat-kalimat yang terdiridaripada ketentuan-ketentuan alam takambang jadi guru, yang seharusnya segala sesuatuhendaklah menurut kebenaran sesuai dengan alam takambang, untuk jadi pedoman dalam Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 21
  22. 22. menyusun masyarakat, dalam mencapai tujuan, baik secara perseorangan mahupun bersamadalam segala segi.Peribahasa dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu: • peribahasa selapis yang terdiri daripada pepatah, bidalan dan perbilangan • peribahasa berlapis iaitu perumpamaan • lidah pendeta.PepatahPepatah merupakan kalimah-kalimah yang mengkiaskan sesuatu keadaan dalam masyarakat.Pepatah bermaksud ‘patah-patah perkataan yang disusun untuk mematahkan kata-kata oranglain dan bersifat menerangkan sesuatu yang benar dan sukar untuk disangkal kebenaran itu’.Menerusi pepatah, ajaran dan petua hidup diucapkan dengan ayat yang padat, tetapimempunyai makna yang dalam. Ayatnya pendek dan kata-katanya dipatah-patahkan misalnya,“Takut kerana salah, berani kerana benar”. Maksudnya: Seseorang yang bersalah akan berasatakut untuk berhadapan dengan orang ramai tetapi jika dia benar, dia akan berani berhadapandengan sesiapa sahaja untuk menegakkan kebenarannya. Pendengar pula harus cekap danbijak ketika menyusun dan menghuraikan maknanya. Contoh-contoh lain seperti “Tak Lekangdek panas, tak lapuk dek hujan” dan “Bapa borek anak rintik”.BidalanBidalan dan pepatah tidak jauh bezanya cuma bidalan lebih kerap digunakan dan lebih dekatkepada masyarakat dan terdapat bandingan serta teladan. Bidalan lebih kerap digunakanberbanding dengan pepatah kerana mengandungi nilai, ilmu dan pengajaran. Misalnya, “Sesaldahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya” dan “Alah bisa, tegal biasa”.PerbilanganStruktur perbilangan hampir sama dengan bidalan dan pepatah tetapi perbilangan disusunberangkap-rangkap seperti puisi. Setiap rangkap perbilangan boleh terdiri daripada dua barisatau lebih dan disebut satu demi satu seolah-olah orang sedang membuat perbilangan atauperkiraan. Isinya menyamai undang-undang tetapi yang membincangkan tentang adat istiadatatau peraturan masyarakat. Misalnya, “Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah” “Siapa menjala siapa terjun, Siapa bersalah siapa bertimbang, Siapa membunuh siapa kena bunuh”.PerumpamaanPerumpamaan digolongkan dalam peribahasa berlapis kerana mengandungi makna tersiratdan tersurat. Perumpamaan dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu golongan yangmenyatakan perbandingan makna secara terang yang dimulakan dengan perkataan seperti,umpama, laksana, bagai, bak dan ibarat. Misalnya “Bagai limau masam sekerat, bagai perahukaram sebelah” dan “Seperti katak bawah tempurung”. Jenis kedua pula ialah golongan yangtidak menyatakan perbandingan secara terang-terangan, tetapi mempunyai makna yang tersirat.Misalnya, “Siapa makan cili terasa pedasnya” dan “Genggam bara api biar sampai jadi arang”.22 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003
  23. 23. Lidah PendetaLidah Pendeta merujuk kepada kekata pujangga, ulama atau cendekiawan yang dijadikanpedoman hidup dan percakapan umum. Walaupun bentuknya ringkas, tetapi mempunyaimaksud yang benar dan mendalam. Misalnya, “Padang perahu di laut, padang fikiran di hati”dan “Mata pena lebih tajam daripada mata pedang”.KiasanKiasan ialah sesuatu perkara yang diperkatakan sementara bahasa pula memperkatakan sesuatuperkara dengan mengkiaskan kepada perkara lain. Ia boleh disebut dengan bandingan ataupuntanpa bandingan. Tujuannya untuk memperjelaskan sesuatu. Terdapat tiga pecahan: • kiasan halus • kiasan sedang • kiasan kasar.Adapun ‘kiasan halus’ ini lazimnya dimulakan dengan perkataan “laksana” terutama dalamhal kebaikan atau kelebihan keadaan. Manakala, ‘kiasan sedang’ lazimnya dimulakan denganperkataan “bagai” maksudnya membandingkan keadaan sesuatu dengan seperihal cakap supayajadi ingatan atau pengetahuan yang terang dalam sebarang keadaan, yang demikian kiasanini lebih menjurus kepada yang tidak baik. ‘Kiasan kasar’ pula biasanya dimulakan denganperkataan “seperti” dan kiasan itu tepat dan pedas maka kebanyakan tujuannya keras. Justeru,cerca yang demikian keadaannya lebih luas daripada ‘kiasan sedang’.IbaratIbarat adalah ikatan bahasa yang memperkatakan sesuatu maksud dengan perkataan yangberkias, bentuk literalnya tidak menggambarkan makna yang sedang didukungi. Lazimnyaibarat juga ditulis dengan keadaan rencana. Kadangkala ibarat boleh bersatu dengan kias dandisebutkan “kias ibarat” dan ada juga disatukan dengan tamsil dan disebut “tamsil ibarat”.Selain tu, ibarat boleh juga disyairkan atau dibicarakan dalam ragam bahasa.TamsilTamsil pula bermaksud memberikan misalan yang berkias serta mengandungi pengajaran danteladan. Misalnya, “Ikut resmi padi, makin berisi semakin tunduk”, “Bagai lalang ditiup angin”,“Seperti ayam betina, bertelur sebiji riuh sekampung” dan “Kayu mati berpunggur, manusiamati biar bernama”.Simpulan BahasaAkhir sekali, simpulan bahasa merupakan ungkapan atau rangkaian perkataan yang tersusunkhas, membawa pengertian yang berlainan daripada erti kekata asalnya. Peribahasa mungkinberasal daripada bahasa kiasan yang digunakan dalam sesuatu tempat atau pada masa tertentudan kemudian terkenal kepada umum. Simpulan bahasa juga berkemungkinan berasal daripadacerita-cerita yang masyhur atau kejadian yang luar biasa. Oleh yang demikian, kita dapatmenyimpulkan bahawa simpulan bahasa ialah rangkaian perkataan yang bentuknya ringkas,iaitu mempunyai dua patah perkataan sahaja dan mempunyai makna berlapis, iaitu maknatersurat dan tersirat. Misalnya, “Ada Hati”, “Kutu Embun”, “Bodoh Sombong” dan lain-lainlagi. ~~~~~~~~~~~~ ************* ~~~~~~~~~~~~ Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 23
  24. 24. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SUSUR GALUR PERIBAHASA MELAYU Afizah, Fatin, Nisfawati, Khairunnisa, Shahidah, Sopianti, HazurahPeribahasa bermula sebelum orang-orang Melayu pandai menulis dan membaca. Peribahasadikatakan berasal daripada orang Minangkabau. Ada juga yang menyatakan peribahasa iniberasal daripada orang Riau Sumatera. Sebelum orang-orang Melayu pandai menulis danmembaca, mereka telah dididik melalui peribahasa. Peribahasa merupakan gubahan bahasayang tersusun dengan perkataan-perkataan yang indah serta mengandungi kata-kata nasihatdan petua. Lantas, peribahasa ini disampaikan dengan gaya dan cara yang menarik. Selainberfungsi untuk nasihat, peribahasa juga mencerminkan keseluruhan kehidupan masyarakatMelayu.Masyarakat dahulu kala tidak berpendidikan formal. Mereka menetap di kawasan pendalamandan tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap. Masyarakat pada ketika itu pula berfahamananimisme, yang mempercayai bahawa segala benda yang wujud mempunyai roh atau semangat.Lantas, untuk mententeramkan roh dan semangat ini, mereka menyembah roh dan semangattersebut.Perhubungan rapat dengan keadaan sekeliling menimbulkan ilham dan kaca perbandinganbagi mereka, terutama ahli-ahli fikir waktu itu. Alam semula jadi memberikan mereka ilhamuntuk dijadikan iktibar di dalam mengharungi kehidupan seharian. Cara sedemikian merupakanjalan mudah bagi mereka untuk memberi nasihat, teguran, anjuran atau sindiran agar mudahdidengar dan diteliti pihak yang mempelajari peribahasa tersebut. Isi dan jiwa yang terkandungdi dalam peribahasa menyentuh aspek sejarah, sosial dan kehidupan mereka pada zamanlampau.Menurut Mohd Gani Ahmad, ribuan peribahasa yang terdapat dalam masyarakat kita diciptaoleh ahli fikir, cendekiawan, para pemuka bangsa atau pujangga sesebuah masyarakat.Kemungkinan peribahasa itu dicipta oleh anggota masyarakat biasa amat tipis. Jika ada, inimungkin secara kebetulan sahaja. Namun demikian, individu yang mencipta peribahasa itumestilah seorang yang dihormati kerana kedudukannya dalam masyarakat atau kerana usianya.Orang-orang tua zaman dahulu sahaja telah lama merasai asam garam kehidupan, mempunyaibanyak pengalaman dan pengetahuan dan seharusnya boleh dipercayai. Kewibawaan merekadari segi penuturan telah menghasilkan banyak kata-kata mutiara.Pada mulanya, percakapan hanya pertuturan biasa yang kurang indah dan tepat. Ia kemudiannyadiubahsuai, ditokok tambah dan diperbaiki dari masa ke semasa. Akhirnya, tercipta peribahasayang kita kenali sekarang sebagai yang terbaik, terindah dan berkesan.Melalui perkembangan sejarah sejak zaman Srivijaya lagi, bahasa Melayu mula berkembangdaripada sebuah bahasa yang rendah nilainya kepada bahasa yang dapat memperkatakan soal-soal yang berhubung dengan falsafah. Bahkan, peribahasa merupakan antara salah satu aspekbahasa yang turut berkembang. Walau bagaimanapun, bahasa Minangkabau berbeza daripadabahasa Melayu. Namun demikian, proses evolusi yang memakan beberapa ratus tahun telahsedikit sebanyak menyesuaikan peribahasa Minangkabau dengan bahasa Melayu. Antara contohyang dipetik daripada ‘1000 Pepatah-Pepitih, Mamang-Bidal Pantun-Gurindam’ oleh H. IdrusHakimy Dt. Rajo Penghulu ialah: Barakik-rakik ka hulu baranang-ranang ka tapian, basugi timbakau jaho. Basakik-sakik dahulu, basanang-sanang kamudian, marugi mangko balabo.24 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003
  25. 25. Peribahasa dalam bahasa Minangkabau jika kita perhatikan sama dengan peribahasa Melayuiaitu: Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.Terdapat banyak lagi contoh peribahasa Minangkabau yang hampir serupa dengan peribahasaMelayu, yang berbeza dari segi sebutan serta ejaannya sahaja.Fungsi PeribahasaSetiap bangsa mempunyai peribahasa yang mencerminkan watak sesuatu bangsa itu. Begitujuga dengan peribahasa Melayu yang merupakan salah satu cabang sastera lama yang taklapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Peribahasa terbit dengan tujuan didaktik untukmasyarakat pada ketika itu. Peribahasa lebih kerap digunakan ketika itu kerana kekata yangterkandung di dalamnya membawa maksud yang tepat malahan kias ibaratnya agak tajamserta susunan kata yang begitu teratur, ringkas dan padat. Menurut Za’ ba (1962,165), peribahasaberfungsi untuk perkara berikut: • Menghiasi karangan dan percakapan. • Menguatkan tujuan karangan atau percakapan. • Boleh dijadikan pedoman hidup kerana isinya yang besar dan luas.Peribahasa menggambarkan tasawwur atau ‘world view’ masyarakat ataupun bangsa yangmendukungnya, sekaligus menyatakan pengalaman hidup yang telah dilalui serta corakkehidupan sesuatu bangsa itu secara keseluruhan. Oleh yang demikian, isi dan tema peribahasayang dibicarakan disifatkan sebagai cerminan pandangan dunia serta etos iaitu nilai masyarakatMelayu, khususnya dalam konteks pemakaian peribahasanya.Etos ini dapat dijelaskan dengan lebih lanjut lagi apabila makna sesuatu peribahasa itudiaplikasikan dan dipraktikkan ke dalam kehidupan seharian sesuatu masyarakat itu sepertidalam contoh-contoh berikut:a) Berbudi dan berjasaKehidupan masyarakat Melayu tradisional memang kaya dengan budi bicara dan adat tradisi.Sesuatu budi yang telah diberikan secara jujur seperti melepaskan kesukaran orang lain, bantuandan kasih sayang dalam hidup berkeluarga dan berjiran akan senantiasa dikenang dari hiduphingga ke akhir hayat. Lantaran, timbul peribahasa: i Hancur badan dikandung tanah Budi yang baik dikenang juga. ii Hutang emas boleh dibayar Hutang budi dibawa mati iii Muka berpandangan Budi kedapatan Kasih bak lama jugaBudi berkait erat dengan jasa. Budi dan jasa lengkap melengkapi antara satu sama lain. Budiadalah jasa dan jasa adalah budi. Tidak mungkin seseorang dapat dianggap membuat jasa jikadia tidak berbudi. Setiap anggota masyarakat ingin membuat jasa yang termampu olehnya Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 25
  26. 26. kerana jasa serta namanya akan sentiasa dikenang walaupun setelah dia meninggal dunia. i Hidup kayu berubah Hidup manusia biar berjasa. ii Kayu mati berpunggur Manusia mati biar bernama. iii Harimau mati tinggal belangnya Gajah mati tinggal tulangnya Manusia mati tinggalkan nama.b) Merendah diriMerendah diri dan bertimbang rasa juga tergolong sebagai budi. Orang yang memiliki ketinggianbudi bahasa, maka kata-katanya itu tidak akan meninggi serta tidak mungkir janji. i Bawa resmi padi; Makin berisi makin merunduk Jangan bawa resmi lalang Makin berisi makin jegang. ii Berfikir sebelum berkata Berunding sebelum dibuat.c) Menuntut pelajaranMasyarakat Melayu sememangnya menyedari peri pentingnya ilmu pengetahuan. MasyarakatMelayu lama berpendapat bahawa menuntut ilmu atau belajar tidak semestinya secara formal.Perkara ini masih boleh diraih melalui pengalaman, penelitian, sendirian ataupun melalui khabar-khabar yang disebarluaskan.Orang yang berpelajaran akan mendapat kejayaan dan kedudukan yang tinggi dalam hidupsementara mereka yang tidak pula, akan dipandang hina dan dianggap sebagai sampahmasyarakat. Ini dapat dilihat melalui beberapa contoh peribahasa yang tercipta. i Kurang wang ringgit boleh dicari Kurang akal fikiran habis bicara. ii Arang habis besi binasa Tukang bekerja penat sahaja. iii Berguru kepalang ajar Bagai bunga kembang tak jadid) Bekerja kuat dan berjimat-cermatKepekaan masyarakat terhadap ekonomi, penghasilan dan pendapatan daripada usaha yangbersungguh-sungguh dan berjimat-cermat jelas tergambar dalam pelbagai peribahasa yangmenekankan kepentingan berjimat-cermat. Sikap yang baik ini dipuji sementara sikap yangbertentangan dikecam, seperti dalam contoh berikut: i Sehari selembar benang Lama-lama menjadi kain. ii Ditangkap buaya nampak riaknya Ditangkap malas tak bertanda. 26 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003
  27. 27. iii Berhemat sebelum habis Sediakan payung sebelum hujan. iv Besar pasak dari tiang Besar sendal dari gelegar. v Sekali merengkuh dayung Dua tiga pulau terlangsung Sekali mengorak pura Dua tiga hutang langsaie) Taat setia dan menghormati undang-undangSikap taat setia dan kasih yang tiada berbelah bahagi kepada negera dan raja yang memerintahjelas terakam dalam banyak peribahasa. Sesebuah kerajaan, perlembagaan, perundangan atauseorang pembesar, menyedari akan kewujudan satu ‘waad’ dengan yang diperintahnya.Kerajaan harus bersikap adil demi menjalin hubungan baik dengan yang diperintah. Sesebuahkerajaan juga harus mengetepikan kepentingan sendiri demi melaksanakan undang-undangyang dipertanggungjawabkan kepadanya, Seperti dalam contoh berikut: i Raja adil raja disembah Raja zalim raja disanggah. ii Biar mati anak Jangan mati adat. iii Hidup dikandung adat Mati dikandung tanah. iv Di mana bumi dipijak Di situ langit dijunjung. v Bagai pucuk ru: Ke mana angin keras Ke sana ia berpihak. vi Hujan emas di negeri orang Hujan keris lembing di negeri sendiri Baik juga di negeri sendiri. vii Penohok kawan seiring Penggunting dalam lipatan.Contoh-contoh dan penerangan di atas jelas menunjukkan sikap dan nilai masyarakat Melayuyang tinggi. Sikap dan nilai masyarakat terhadap sesuatu aspek hidup itu tidak semata-matasebagai pengucapan tetapi juga dijadikan pegangan serta diamalkan dalam kehidupan sehari-hari, menjadikannya sebagai sesuatu yang sakral.Menurut Pak Haji Tenas Effendy, seorang budayan Riau, peribahasa berfungsi sebagai alat untukmenasihati dan memberi arahan yang bertepatan serta bersesuaian dengan peri hidup setiaplapisan masyarakat tanpa mengira bangsa. Peribahasa yang kaya dengan segala macam tuntutandan nasihat merupakan cerminan kepada keaslian budi bicara masyarakat Melayu yang sejakazali lagi sesungguhnya terkenal dengan kekayaan budi pekerti dan nilai-nilai kemanusiaan.Peribahasa ini juga merupakan asas-asas kemelayuan yang menyintai kedamaian sekaligus Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 27
  28. 28. mengajak semua untuk hidup rukun dan saling hormat-menghormati agar tidak membawakepada kerosakan kepada diri sendiri mahupun orang lain dan alam sekitarnya.Peribahasa juga digunakan untuk mengindahkan wacana. Penggunaan peribahasa yang sesuaiakan menambahkan lagi keindahan sesebuah wacana dan akan memperlihatkankeberkesanannya terutama di dalam penghasilan genre-genre penulisan. Genre-genre penulisanyang mengandungi peribahasa dapat menjana minda dan pemikiran golongan pembaca agarmenjadi lebih kritis dan kreatif. Memang pada umumnya semua peribahasa mengandungi temadidaktik iaitu dengan maksud mengajar dan mengingatkan anggota-anggota masyarakat dalampelbagai aspek kehidupan. Bagaimanapun terdapat ungkapan-ungkapan tertentu yang khususmerujuk kepada sesuatu bidang tertentu, misalnya, dalam mengingatkan pelbagai kemungkinanyang akan datang, membuat pilihan dan bertindak, berhutang, meminjam dan memberi pinjamdan sebagainya. Contoh berikut menjelaskan: i Ingat-ingat yang di atas Kelak di bawah akan menimpa. ii Hutang kajang belum langsai Hutang samir sudah tiba pula iii Ibarat kain tengah empat Elak ke atas bawah terbuka Elak ke bawah atas terbuka.Sebahagian besar pengajaran dapat diraih melalui pengalaman hidup. Kehidupan telahmengajar manusia supaya berwaspada dan berfikir sebelum bertindak supaya tidak menyesalpada kemudian hari. Pengajaran in terakam dalam peribahasa seperti di bawah: i Sesal dahulu pendapatan Sesal kemudian tiada berguna. ii Lepas di tangan jangan diharap Orang pulang jangan dinanti Mulut manis jangan didengar.Kesimpulannya, peribahasa merupakan cerminan peradaban sekaligus lambang jati dirimasyarakat Melayu. Peribahasa dapat dijadikan pegangan atau panduan di dalam kehidupanseseorang kerana banyak peribahasa mengandungi pengajaran yang tidak bercanggah dengananutan agama, yang sentiasa mengajar manusia untuk mencari dan menganjurkan kebenaran,kemuliaan dan menegakkan yang hak. Peribahasa juga pernah berfungsi sebagai oralconstitution atau undang-undang lisan kepada masyarakat Melayu tradisional. Oleh itu,peribahasa juga dapat dimanfaatkan oleh generasi sekarang dan masa depan sebagai pegangandan panduan hidup.Perkembangan PeribahasaPeribahasa mengalami evolusi dari masa ke semasa. Ciptaan yang memakan masa beratus-ratus tahun, mengalami dugaan masa dan perubahan. Melalui proses evolusi ini, peribahasaakhirnya diterima pakai hingga ke zaman ini kerana keindahan bahasanya yang tepat danberkesan dari segi pengertiannya. Selain itu, peribahasa mudah diingat, serta menjadi pegangandan buah pertuturan yang diselitkan sama ada di dalam pertuturan formal mahupun tidak.Melalui proses ini, peribahasa diperturunkan daripada satu generasi ke satu generasi sehinggake abad ini.28 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003

×