10.2.2012

177 views

Published on

  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

10.2.2012

  1. 1. TAJUK KHUTBAH:AKHLAK MULIA PAKAIAN MUSLIM TARIKH: 17 RABI’ULAWAL 1433 10 FEBRUARI 2012
  2. 2. •••••
  3. 3. Sebagai umat Nabi Muhammad SAW , sudah tentu kita tidak rela dan mahu nikmat keamanan, kemakmuran dan keharmonian hidup yang kita kecapi selama ini ditarik balik oleh Allah SWT.marilah kita syukuri dan hargai segala bentuk nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada rakyat dan Negara kita ini dengan cara meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT
  4. 4. •• Yang bermaksud: “Jikalau penduduk negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi, tetapi (jika) mereka mendustakan (ayat-ayat) Kami itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya,” (S. Al-A’raaf: 96).
  5. 5.  Sebelum kelahiran dan pengutusan Nabi Muhammad SAW ke dunia ini, diriwayatkan bahawa masyarakat Arab diibaratkan hidup dalam kegelapan. Gelap dalam erti kata jauh daripada petunjuk Ilahi lantaran budaya hidup mereka yang bertuhankan hawa nafsu dan berhala, bukannya bertuhankan Allah Yang Maha Esa.
  6. 6. Akibatnya, wujudlah keadaan dan suasana yang tidak aman dan harmoni kerana penindasan dan kezaliman berleluasa, yang kuat menindas yang lemah, yang kaya memeras yang miskin, manakala kaum wanita dianggap sebagai alat memuaskan nafsu semata- mata. Malah, perjudian, arak dan pembunuhan bayi perempuan adalah perkara biasa dan bukan sesuatu yang mengaibkan mereka.
  7. 7. Justeru, kelahiran dan pengutusan Nabi Muhammad SAW adalah untuk membetulkan semula kehidupan manusia yang pada ketika itu bergelumang dengan amalan serta budaya hidup yang kotor dan sesat. Mereka bukan sahaja tidak berakhlak, malah sesat dan tandus dengan nilai-nilai keperikemanusiaan yang sepatutnya.
  8. 8.  Hadith ini memperlihatkan betapa Islam menitikberatkan soal pembinaan akhlak yang mulia dan terpuji. Ia hendaklah menjadi pakaian manusia setiap masa khususnya individu Muslim ke arah mewujudkan kehidupan yang sejahtera dan harmoni dalam keluarga, organisasi, masyarakat dan negara
  9. 9. Akhlak merujuk kepada amalan, perangai dan tingkah laku tulus yang tidak dibuat-buat yang menjadi kebiasaan.menurut istilah Islam, akhlak ialah sikap keperibadian manusia terhadap Allah, manusia, diri sendiri dan makhluk lainkhlak merujuk kepada seluruh perlakuan manusia sama ada berbentuk lahiriah mahupun batiniah yang merangkumi aspek amal ibadat, percakapan, perbuatan, pergaulan, k omunikasi, kasih sayang dan sebagainya
  10. 10. Rasulullah SAW yang terkenal dengan ketinggian akhlaknyasegala ajaran serta contoh teladan yang diberikan oleh baginda SAW, kini semakin dipinggirkanIni menyebabkan, manusia hari ini secara umumnya kembali mengulangi perbuatan kufur dan keji umat Jahiliah
  11. 11.  senario yang berlaku pada hari ini memperlihatkan bahawa segelintir anggota masyarakat tidak lagi melihat kelakuan berakhlak sebagai sesuatu yang bernilai dan bermanfaat. Malah, ada di kalangan mereka itu cuba meminggirkannya jauh-jauh dari sikap dan budaya hidup berakhlak
  12. 12. satu daripada ciri akhlak Islam itu ialah berkasih sayang sesama insan. Nabi SAW sendiri menitikberatkan soal berkasih sayang seperti yang ditunjukkan kepada isteri-isteri baginda, anak- anak, fakir miskinNabi SAW menzahirkan rasa kasih sayang, dengan cara menggembirakan mereka melalui pemupukan hubungan yang baik, gurau senda di samping pemberian pertolongan serta bantuan yang sewajarnya.
  13. 13. kasih sayang itu pula bukanlah hanya sekadar ucapan manis untuk melembutkan hati manusia. Ia juga bukan ungkapan sebagai lesen untuk melakukan sesuatu yang tidak baikGenerasi hari ini jadikan , perasaan kasih sayang itu sebagai lampu hijau bagi melakukan perkara yang dilarang
  14. 14. • Yang bermaksud: “Dan hendaklah ada antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar; merekalah orang yang beruntung.” (S. Ali-Imran: 104)
  15. 15. Perlu ada di kalangan umat Islam yang bertanggungjawab mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dalam masyarakat. Sementara dalam konteks keluarga pula, ketua keluarga yang secara umumnya merujuk kepadabapa atau kaum lelaki dipikulkan amanah untuk melaksanakan tanggungjawab berkenaan
  16. 16. •• Yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, pelihara dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat yang kasar, keras, dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (S. At-Tahrim: 6).

×