TEKNIK MENJAWAB KERTAS BAHASA MELAYU UPSR 2012                     SJK( T ) ST. PHILOMENA CONVENT, IPOHBAHAGIAN 1 : SOALAN...
2).   Jenis soalan/tajuk yang susah ;      i).     Kata Bantu (sedang, pernah, telah, sudah, belum pernah, masih belum,   ...
x).     Pepatah ( Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan ; Bagaimana        acuan, begitulah kuihnya ; Kecil api menjadi ...
Latihan Pengukuhan Tatabahasa [ Tandakan ( √ ) atau ( X ) ]Aktiviti 1.1 – Kata Kerja Transitif ( mesti menggunakan objek –...
Aktiviti 1.4 – Kata Ganti Nama Tak Tentu1. Murid-murid diminta membawa mana-mana barang keperluan yang sesuai.   (        ...
Aktiviti 1.8 – Penjodoh Bilangan1. Yusri membeli seketul buah limau di gerai itu.       (       )2. Segerombolan burung te...
3. Perdana Menteri Malaysia berseru masyarakat majmuk supaya bersatu-padu.     (      )4. Orang itu tidak sedaya mengangka...
Aktiviti 1.14 – Penanda Wacana     Pada awal pagi, kami bersiap-siap untuk pergi berkelah di pantai PortDickson. Kami mema...
BAHAGIAN 2 : SOALAN PEMAHAMANa).   Murid harus membaca isi petikan terlebih dahulu, kemudian baca soalan.b).   Semasa memb...
Bengkel Teknik Menjawab Bahasa Melayu UPSR SJKT 2012 nota   copy
Bengkel Teknik Menjawab Bahasa Melayu UPSR SJKT 2012 nota   copy
Bengkel Teknik Menjawab Bahasa Melayu UPSR SJKT 2012 nota   copy
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Bengkel Teknik Menjawab Bahasa Melayu UPSR SJKT 2012 nota copy

7,935 views

Published on

Published in: Education
0 Comments
13 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
7,935
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
525
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
0
Likes
13
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Bengkel Teknik Menjawab Bahasa Melayu UPSR SJKT 2012 nota copy

  1. 1. TEKNIK MENJAWAB KERTAS BAHASA MELAYU UPSR 2012 SJK( T ) ST. PHILOMENA CONVENT, IPOHBAHAGIAN 1 : SOALAN TATABAHASAa). Murid harus mengetahui jenis soalan tatabahasa/tajuk yang sukar untuk dijawab.1). Jenis soalan/tajuk yang mudah ; i). Kata Nama Am dan Kata Nama Khas ii). Kata Kerja Transitif (membaca buku, mencangkul tanah, membawa barang,….) iii). Kata Kerja Tak Transitif (bersenam, tinggal, tidur, menangis, berbual- bual,…...) iv). Kata Adjektif (cantik, besar, indah, kacak, ………) v). Kata Hubung (dan, atau, apabila, tetapi, lalu, sambil, bahkan, padahal, seraya, baik….mahupun, walaupun….namun, samada….ataupun, bagaimana….begitulah) vi). Kata Tanya (Siapakah, Adakah, Mengapakah, Bagaimanakah, …..) vii). Kata Seru (Wah, Amboi, Cis, Nah, Aduhai, Eh, Oh, Wahai, Aduh, Ah, Syabas, ….) vii). Kata Perintah (Jangan, Sila, Usah, Jemput, Harap, Minta, Tolong) ix). Kata Pembenar (Ya, Benar, Betul) x). Kata Penegas (kah, tah, lah, pun, juga, lagi, hanya, memang, sahaja) xi). Kata Nafi (bukan, tidak) xii). Kata Pemeri (ialah, adalah) xiii). Kata Arah (atas, bawah, sisi, penjuru, timur, pinggir, antara, samping, sudut, ….) xiv). Kata Sendi Nama (sejak, oleh, akan, terhadap, dari, demi, antara, seperti, bak,…) xv). Kata Ganti Nama Diri (beta, hamba, patik, kalian, beliau, tuan hamba, kami, kita,..) xvi). Kata Ganti Nama Tunjuk (ini, itu, sana, sini, situ, begini, begitu,….) xvii). Kata Ganti Nama Diri Tanya (apa, siapa, mana, bagaimana, mengapa, …..) xviii). Kata Ganti Nama Tak Tentu (apa-apa, sesiapa, bila-bila, mana-mana)
  2. 2. 2). Jenis soalan/tajuk yang susah ; i). Kata Bantu (sedang, pernah, telah, sudah, belum pernah, masih belum, masih sedang, sedang hendak, belum boleh, belum hendak, masih boleh, akan dapat, sudah pernah, telah pernah, mesti akan, mesti telah, harus telah, mesti sudah, mesti sudah, mesti boleh, harus sudah, …..) ii). Kata Penguat Hadapan (terlalu, agak, paling), Kata Penguat Belakang (nian, betul, benar, sekali), Kata Penguat Bebas (amat, sungguh, sangat – boleh digunakan di hadapan atau di belakang) iii). Kata Bilangan Tentu (dua, lima, seribu,…), Kata Bilangan Tak Tentu (beberapa, segala, semua, para, sekalian, seluruh, pelbagai, berbagai- bagai), Kata Bilangan Himpunan (beratus-ratus, berbulan-bulan, ketiga-tiga, berabad-abad, berkali-kali…), Kata Bilangan Pisahan (setiap/tiap-tiap, masing-masing), Kata Bilangan Pecahan (setengah, separuh, satu per dua, sepertiga,….), Kata Bilangan Tingkat (kedua, kelima, keseratus,….) iv). Penjodoh Bilangan (angkatan, bentuk, baris, cekak, carik, deret, genggam,….) v). Kata Majmuk (antarabangsa, bumiputera, kerjasama, kakitangan, tanggungjawab, atur cara, muat turun, urus setia, anak emas, ada hati, kaki ayam, alat tulis, bandar raya, terima kasih, jam tangan, tengah hari,……) vi). Kata Ganda Penuh (agar-agar, kura-kura, kanak-kanak, anai-anai,…), Kata Ganda Separa (cecair, bebola, lelangit, kekisi, pepatung,….), Kata Ganda Berentak (batu-batan, kuih-muih, sayur-mayur,….), Kata Ganda Berimbuhan (kemerah-merahan, hormat-menghormati, berkasih- kasihan, terang-terangan, besar-besaran,….) vii). Imbuhan Awalan (ber-, ter-, ke-, di-, men-, meng-, mem-, meny-, me-, pen-, pem-, peng-, peny-, pe-, se-,..), Imbuhan Akhiran (-an, -kan, -i), Imbuhan Apitan (ke-…-an, beR-….-an, beR-…-kan, meN-…-i, meN-…- kan, peN-….-i, peN-…-kan, peR-…-an, di-…-i, di-….-kan, mempeR- …..-i, mempeR-….-kan), Imbuhan Pinjaman Awalan (maha-, juru-, anti-, tri-, poli-, auto-, pra-, pro-, dwi-, sub-, tata-) Imbuhan Pinjaman Akhiran (-man, -is, -isme, -ita, -wan, -wati, -wi,….) viii). Simpulan Bahasa (ada angin, alas perut, batu api, buah mulut, cakap angin, …..) ix). Perumpamaan (bagai duri dalam daging, ibarat burung sudah ke tepi, laksana wau melawan angin, seperti katak di bawah tempurung, umpama air dicencang tidak akan putus,…)
  3. 3. x). Pepatah ( Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan ; Bagaimana acuan, begitulah kuihnya ; Kecil api menjadi kawan, besar menjadi lawan ; …..)xi). Bidalan (Ada gula ada semut ; Air yang tenang jangan disangka tiada buaya ; Biar lambat, asal selamat ; Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing ; …….)xii). Sinonim/Perkataan Seerti (abadi = kekal ; bah = banjir ; baling = lontar, …..)xiii). Antonim/Perkatan Berlawanan Maksud (abdi = tuan ; bahaya = selamat ; fakir = kaya ; cemas = tenang ; empuk = keras,……)xiv). Penanda Wacana (Sebelum itu, Selepas itu, Kemudian, Selain itu, Di samping itu, Padahal, Oleh sebab itu, Sebaliknya, Justeru, Tambahan pula, Semenjak itu, Walau bagaimanapun, Sehubungan itu, Lebih-lebih lagi, Namun begitu,……)xv). Kata Banyak Makna (cetek = air tidak dalam ; kurang ilmu pengetahuan ; dingin = sejuk ; tidak mendapat sambutan yang baik ; lapang = tempat yang luas ; ada masa ; tawar = tidak ada rasa ; kecewa/sedih ; kurangkan harga, …..)xvi). Kata Hampir Sama Makna (besar = tidak kecil ; lebar = luas ukuran ; longgar = tidak ketat ; luas = lapang, banyak)xvii). Jenis-jenis Ayat (Ayat Penyata ; Ayat Tanya dengan Kata Tanya, Ayat Tanya tanpa Kata Tanya ; Ayat Seruan ; Ayat Perintah = Ayat Suruhan, Ayat Larangan, Ayat Permintaan, Ayat Silaan) • Ayat Perintah (gunakan partikel ‘lah’) – Bacalah soalan dengan teliti. • Ayat Larangan (untuk melarang daripada melakukan) – Jangan selalu bermain di situ. - Usah engkau berbohong lagi. • Ayat Permintaan (untuk memohon pertolongan) – Harap maaf atas kesulitan itu. - Tolong ambilkan pen itu. - Minta datang ke sini sekarang. • Ayat Silaan (untuk menjemput/mempersilakan) – Jemputlah datang ke rumah saya. - Sila beratur di sini. - Jemput makan kek ini.xviii). Ayat Aktif dan Ayat Pasif (Imbuhan meN-..-kan, di-…-kan, ...)xix). Membina Soalan dan Membentuk Jawapanxx). Ayat Cakap Ajuk dan Ayat Cakap Pindah
  4. 4. Latihan Pengukuhan Tatabahasa [ Tandakan ( √ ) atau ( X ) ]Aktiviti 1.1 – Kata Kerja Transitif ( mesti menggunakan objek – contoh membaca buku…) ; Kata Kerja Tak Transitif (tidak memerlukan objek)1. Nenek Fatimah membeli ikan dan sayur di pasar raya itu. ( )2. David dan kawan-kawannya akan memancing pada waktu petang di taman itu. ( )3. Keluarga saya selalu membeli barangan dapur pada hari minggu. ( )4. Murid-murid sedang bersenam di padang itu. ( )5. “ Kami tinggal di Kampung Bahagia, ” kata Ali dan adiknya. ( )6. Budak-budak itu sedang berbual-bual dengan gembira sekali. ( )7. “ Kalian diminta berkumpul di dewan sekarang juga, ” kata salah seorang pengawas. ( )8. Adik menangis kerana terjatuh semasa bermain. ( )Aktiviti 1.2 – Kata Hubung1. Azman serta Ali akan pergi ke Pulau Pinang pada minggu hadapan. ( )2. Perlawanan bola sepak itu terpaksa ditangguhkan oleh kerana hari hujan. ( )3. Biarpun kita rajin berusaha, nescaya kita akan mencapai kejayaan. ( )4. Adik saya menonton televisyen seraya menghisap susu. ( )5. Dia terlalu merindui keluarganya yang mengalami tekanan perasaan. ( )6. Daripada kamu duduk termenung, lebih baik kamu membantu orang tua itu. ( )7. Kakak tidak pasti baik jadi mahupun tidak kuih yang sedang dibuatnya itu. ( )8. Murid itu sungguhpun bijak dalam pelajaran bahkan aktif dalam aktiviti sukan. ( )Aktiviti 1.3 – Kata Ganti Nama Tunjuk1. “ Rumah baharu kami terletak di taman sini, ” kata murid perempuan itu. ( )2. Bukan ini caranya untuk membuat latihan itu. ( )3. “ Beginilah kisah hidup perempuan tua yang malang itu, ” kata Sarah kepada Siti. ( )4. Demikianlah berakhirnya ucapan yang disampaikan oleh guru besar. ( )
  5. 5. Aktiviti 1.4 – Kata Ganti Nama Tak Tentu1. Murid-murid diminta membawa mana-mana barang keperluan yang sesuai. ( )2. Danial tidak tahu bila-bila tentang kejadian yang berlaku semalam. ( )3. Sesiapa yang terjumpa dompet itu hendaklah menyerahkannya kepada cikgu. ( )4. Mana-mana barang yang berharga tidak dibenarkan dibawa ke sekolah ini. ( )5. “ Kamu boleh pilih apa-apa buku yang disukai di kedai itu, ” kata Cikgu Salina. ( )Aktiviti 1.5 – Kata Bantu1. Kami sedang pergi ke Melaka pada cuti sekolah ini. ( )2. Bencana alam yang melanda negara itu baru-baru ini pernah meragut banyak nyawa. ( )3. “ Murid-murid hendak duduk di sini sekarang, ” kata Cikgu Kassim. ( )4. Dia mesti dapat mengikut awak kalau awak mengajaknya. ( )5. Keluarga saya telah pernah datang ke sini lagi. ( )6. Saya tidak pernah menghadiri mesyuarat malam esok. ( )7. Murid-murid mesti telah berjaya jika sentiasa mengikut nasihat guru. ( )8. Sarah masih telah bersiap untuk ke sekolah walaupun sudah terlewat. ( )Aktiviti 1.6 – Kata Penguat1. Baju budak itu amat besar sungguh. ( )2. Buku yang dibeli oleh kakaknya itu terlalu tebal sekali. ( )3. Pokok pinang di tepi parit itu nian tinggi. ( )4. Kamus yang saya beli ini sekali tebal. ( )5. Adik kecewa paling dengan keputusan peperiksaannya itu. ( )6. Rumah banglo di atas bukit itu sangat besar amat. ( )Aktiviti 1.7 – Kata Bilangan1. Setengah murid diarahkan berkumpul di dewan untuk menyertai pertandingan. ( )2. Kami membeli berbagai barang cenderamata ketika melawat ke Pulau Pangkor. ( )3. Berpuluh tahun mereka mendiami rumah yang usang itu. ( )4. Seluruh murid diminta berbaris di hadapan kelas sekarang. ( )5. Kesesakan jalan raya akan berlaku tiap kali hujan lebat turun. ( )6. Satu per dua daripada kek itu telah diberikan kepada adiknya. ( )
  6. 6. Aktiviti 1.8 – Penjodoh Bilangan1. Yusri membeli seketul buah limau di gerai itu. ( )2. Segerombolan burung telah memakan padi yang dijemur di padang. ( )3. Sejambak anggur dijual dengan harga yang amat berpatutan. ( )4. Dia membalut lukanya dengan seurat kain. ( )5. Budak itu kehilangan dua bilah giginya dalam kemalangan itu. ( )6. Pak Cik Samad membawa sebekas kayu api pulang ke rumahnya. ( )7. Ibu memberi kami dua pangsa durian untuk dimakan. ( )Aktiviti 1.9 – Kata Majmuk1. Segala ikut jejak guru mestilah kita ikuti agar dapat menjadi murid yang berjaya. ( )2. Cili sos keluaran syarikat terkenal itu amat sedap rasanya. ( )3. Abangnya telah membeli sebuah lumba kereta yang cantik dengan harga yang murah. ( )4. Murid itu berat tulang kerana selalu membantu gurunya membawa buku. ( )5. Kakak saya telah menghadiri sesi temu ramah untuk memohon pekerjaan di bandar. ( )6. “ Saya akan mandi peluh untuk menyelesaikan masalah itu, ” kata Ramli. ( )7. Datuk menggunakan kanta lekap untuk membaca tulisan yang kecil itu. ( )8. Kamal menjadi anak yatim pasukan itu kerana selalu memenangi pertandingan. ( )Aktiviti 1.10 – Kata Ganda1. Abang saya yang bekerja di bandar jarang sekali pulang ke kampung. ( )2. Kuih yang dibuat oleh jiran saya hebat-hebat belaka. ( )3. Pengemis yang berpakaian kusut-masai itu telah dihantar ke pusat kebajikan. ( )4. Bapa memasang jejari tingkap yang baharu tidak lama lagi. ( )5. Hujan kecil-kecil telah turun di kampung kami sejak beberapa hari yang lalu. ( )6. Sesiku meja yang lama itu telah patah kerana sudah terlalu usang. ( )Aktiviti 1.11 – Imbuhan1. Budak itu dijatuhi ke dalam longkang ketika hendak mengambil bola. ( )2. Kanak-kanak itu mengejut apabila mendengar letupan mercun. ( )
  7. 7. 3. Perdana Menteri Malaysia berseru masyarakat majmuk supaya bersatu-padu. ( )4. Orang itu tidak sedaya mengangkat kotak yang berat itu. ( )5. Pemain pasukan lawan telah berjaya menewas oleh pemain sekolah saya. ( )6. Murid itu hadiahkan sebuah buku yang mahal harganya. ( )7. Encik Kamarul menghadiahi sebentuk cincin permata kepada ibunya. ( )8. Kedengaran datuk tidak begitu baik kerana sudah tua. ( )9. Lelaki itu dijatuhkan hukuman penjara kerana didapati bersalah. ( )10. Kami memeranjatkan apabila melihat kejadian yang berlaku itu. ( )11. Reka bentuk bangunan itu telah dibuat oleh seorang juruhebah yang berpengalaman. ( )12. Peragawati itu baru sahaja bertugas di syarikat penerbangan ini. ( )13. Mereka yang anti Amerika tidak mahu membeli barangan keluaran negara itu. ( )14. Lakonan seniwan itu amat membanggakan semua peminatnya. ( )15. Aishah telah dipilih sebagai olahragawan sekolah pada tahun ini. ( )Aktiviti 1.12 – Simpulan Bahasa1. Ramesh tidak suka ______________ dalam hal orang lain.2. _______ merupakan satu perbuatan yang dihina oleh masyarakat.3. Penunggang motosikal itu _________ selepas melanggar seorang pejalan kaki.4. Mak Cik Aminah sungguh ____________ tinggal seorang diri di rumah usang itu.5. Adik berlari _____________ apabila dikejar oleh angsa-angsa itu.Aktiviti 1.13 – Perumpamaan1. Keluarga Haikal menjaganya dengan penuh kasih sayang________________________________________________________2. Jalan di situ bengkak bengkok ____________________________________3. Dia _______________________________________kerana tidak pandai membaiki komputer yang rosak itu.4. Penduduk kampung itu sentiasa bantu- membantu ___________________________________________________________________
  8. 8. Aktiviti 1.14 – Penanda Wacana Pada awal pagi, kami bersiap-siap untuk pergi berkelah di pantai PortDickson. Kami memasukkan barangan yang diperlukan ke dalam kereta._____________, ayah telah memeriksa keadaan kereta. _____________, ibu punmengunci pintu rumah. ______________, ayah telah berpesan sesuatu kepadajiran sebelah rumah kami. __________________, kami pun bertolak ke destinasi.Dalam perjalanan, hujan turun dengan agak lebat. ______________, ayahmemandu kereta dengan berhati-hati. Kami dapat melihat banyak kenderaan yangdipandu dengan laju. _____________, mereka sendiri tahu bahawa jalan dikawasan itu amat berbahaya. _____________________, banyak kereta sedangbergerak perlahan di jalan raya. _________________, mereka tidak menghiraukanpengguna jalan raya yang lain.Aktiviti 1.15 – Jenis-jenis Ayat (Harap, Minta, Jemput, Sila, …...)1. _____________ jangan bermain di kolam terbiar itu.2. _____________bawakan buku ini ke pejabat.3. _____________bersabar. Kami akan cuba membantu anda dengan segera.4. _____________masuk ke rumah saya yang kecil ini.
  9. 9. BAHAGIAN 2 : SOALAN PEMAHAMANa). Murid harus membaca isi petikan terlebih dahulu, kemudian baca soalan.b). Semasa membaca soalan, gariskan perkataan penting. Kemudian, carimaklumat dalam petikan.

×