Successfully reported this slideshow.

Guru sebagai agen perubahan(masyarakat)

6,217 views

Published on

Published in: Education
  • Be the first to like this

Guru sebagai agen perubahan(masyarakat)

  1. 1. ~Profesion Perguruan~ Tugasan 23 Guru Sebagai Agen Perubahan (Masyarakat) NOR HASMALIZA BT HASAN ~P 69386~
  2. 2. Peranan guru dalam masyarakat masa kini Masih lagi dihormati. Bincangkan: 1) 5 peranan yang sering dimainkan oleh guru dalam masyarakat sekitarnya/di tempat tinggalnya.
  3. 3. 5 peranan yang sering dimainkan oleh guru dalam masyarakat sekitarnya/di tempat tinggalnya.  Mewujudkan persekitaran komuniti yang saling bertoleransi antara satu sama lain seperti mengadakan aktiviti gotong-royong.  Berperanan sebagai pemimpin yang menjadi contoh teladan dan rujukan kepada masyarakat sekitarnya.  Memberi teguran dan nasihat terhadap aktiviti yang tidak sihat melibatkan anak-anak jiran tetangga di tempat tinggalnya.  Menjadi agen perubahan kepada masyarakat supaya mengikut norma dan nilai-nilai kehidupan yang positif.  Menyebarkan aktiviti-aktiviti sekolah dan perkembangan dunia pendidikan kepada masyarakat sekitarnya.
  4. 4. 2)Masyarakat masih menghormati guru. Namun, masih terdapat masyarakat yang tidak memahami kerjaya seorang guru. Kenapa? Berikan 5 sebab kenapa masyarakat tidak menghormati guru dan kerjaya keguruan itu.
  5. 5.  Kerana sahsiah yang tidak baik yang ditonjolkan oleh guru seperti mengambil kesempatan ke atas murid, mengenakan hukuman yang tidak sepatutnya kepada murid dan sebagainya.  Kerana masyarakat sering didedahkan dengan perihal yang melibatkan perlakuan negatif oleh segelintir guru.  Kerana masyarakat menganggap tugas guru adalah tugas yang mudah iaitu hanya perlu mengajar sahaja.  Pemikiran negatif sesetengah masyarakat dipengaruhi oleh segelintir pihak iaitu ibu bapa yang mempercayai anak mereka baik di sekolah dan mempersoalkan tindakan yang dikenakan oleh guru kepada anak mereka.  Kerana masyarakat menganggap guru mempunyai banyak masa yang terluang terutamanya apabila musim cuti persekolahan.
  6. 6. Berikan 5 cara untuk membolehkan masyarakat menghormati kerjaya keguruan.
  7. 7.  Media massa perlu memainkan peranan mereka yang sepatutnya seperti memaparkan tugas sebenar yang dipikul oleh guru pada masa kini.  Pihak guru dan sekolah perlu mewujudkan hubungan dan kerjasama yang baik dengan komuniti setempat melalui persatuan ibu bapa dan guru (PIBG).  Guru perlu menunjukkan personaliti dan sahsiah yang baik yang menjadi contoh teladan kepada murid dan juga masyarakat.  Memastikan proses pemilihan calon yang mengikuti kursus keguruan adalah telus dan calon yang terpilih adalah yang berkualiti dan memenuhi ciri-ciri yang diperlukan dalam profesion keguruan.  Mengadakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan guru dan masyarakat setempat seperti hari sukan sekolah, majlis sambutan hari raya perdana peringkat sekolah dan sebagainya.
  8. 8. Profesion Perguruan TERIMA KASIH..

×