Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
AJUK : PENGENALAN KEPADA KIKIR 
TUJUAN : Kertas penerangan bertujuan Memberikan pengetahuan dan melatih pelajar menggunaka...
Jenis Potongan Gigi 
Terdapat empat jenis potongan gigi kikir iaitu: 
(a) Gigi selari 
(b) Gigi bersilang 
(c) Gigi lengku...
(Rajah 2) 
(a) Gigi selari 
Gigi selari dipotong condong pada sudut 65º hingga 85º pada permukaan kikir (rajah 2(a)). Kiki...
1.0.2 Jenis Kikir 
Untuk menghasilkan sesuatu kerja dengan tepat, cepat dan dengan permukaan yang licin, 
pemilihan kikir ...
mengikir tepi penjuru dalam). Gred kikir pipih kasar terdiri daripada gred kasar hingga sangat 
halus (Rajah 4). 
Rajah 4 ...
Rajah 7 kikir segiempat sama 
6. Kikir Segitiga 
Kikir segitiga digunakan untuk mengikir sudut-sudut dalam yang tajam. Ia ...
Rajah 9 kikir pipih nipis. 
8. Kikir Bentuk Pisau 
Kikir bentuk pisau digunakan untuk menajamkan gigi-gigi yang terdapat p...
Rajah 11 Gaya mengikir yang betul 
3. Semasa mengikir, tekan kikir pada benda kerja dan gerakkan tangan dan badan seperti ...
b) Mengikir berat 
c) Mengikir rata 
Rajah 12 cara dan gaya memegang kikir
Mengikir Melinntang 
Mengikir melintang dilakukan sekali-sekala untuk menentukan sama ada permukaan yang 
dikikir itu rata...
Rajah 14 cara mengikir rata 
Mengikir Tarik 
Semasa mengikir tarik, tekanan pada kedua-dua tangan hendaklah sama dan pasti...
(Rajah 15) 
Mengikir Penjuru Bulat 
Penjuru bulat boleh dikikir berpandukan dua langkah seperti yang ditunjukkan dalam raj...
Rajah 16 Mengikir penjuru bulat 
Mengikir Permukaan Melengkung 
Permukaan yang melengkung boleh dikikir dengan kikir segie...
Rajah 17 mengikir permukaan melengkung 
Menguji Kerataan Permukaan 
Permukaan yang dikikir rata mestilah sentiasa diuji su...
1. Sebelum menggunakan kikir,pastikan kikir itu dipasang dengan hulu yang baik dan sesuai. 
Terdapat dua jenis hulu. Iaitu...
Rajah 20 Berus kikir 
3. Selepas digunakan, kikir hendaklah disimpan dengan cermat supaya tidak mudah rosak. 
Letakan kiki...
(Rajah 21) 
SOALAN : 
1. Berikan lima (5) jenis kikir yang biasa terdapat di bengkel kejuruteraa 
2. Terangkan secara ring...
Pengenalan kikir
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Pengenalan kikir

2,685 views

Published on

  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Pengenalan kikir

  1. 1. AJUK : PENGENALAN KEPADA KIKIR TUJUAN : Kertas penerangan bertujuan Memberikan pengetahuan dan melatih pelajar menggunakan peralatan tangan dengan betul. Menjadikan pelajar mahir dalam kerja mengegas dan memberikan pelajar gambaran sebenar kerja mengegas. 1.0 Pengenalan kepada kikir Kikir adalah sejenis alat tangan yang diperbuat daripada keluli bermutu tinggi. Permukaan kikir dibuat dengan cara menghentakan pahat yang dikenakan pada blank yang telah disepuh lindap terlebih dahulu. Selepas gigi kikir habis dipotong, batang kikir dikeraskan pada suhu 800ºC dan kemudian dilakukan penormalan dengan larutan khas. Kegunaan kikir ialah untuk memotong, menipiskan atau melicinkan permukaan sesuatu komponen atau benda kerja. Proses memotong, menipiskan dan melicinkan ini dinamakan mengikir. 1.0.1 Pengelasan kikir Kikir berbeza dari segi panjang, bentuk, jenis potongan gigi dan kasar atau halusnya gigi. Panjang Panjang sesuatu kikir diukur dari hujung hingga ke bahunya (Rajah 1). Panjang kikir ialah antara 100 mm hingga 400 mm dengan kadar tambahan 50 mm Rajah 1 kikir Bentuk Kikir yang biasa digunakan berbentuk segiempat sama, segiempat tepat, segitiga tirus, bulat dan separuh bulat
  2. 2. Jenis Potongan Gigi Terdapat empat jenis potongan gigi kikir iaitu: (a) Gigi selari (b) Gigi bersilang (c) Gigi lengkung (d) Gigi parut
  3. 3. (Rajah 2) (a) Gigi selari Gigi selari dipotong condong pada sudut 65º hingga 85º pada permukaan kikir (rajah 2(a)). Kikir jenis ini digunakan untuk kerja-kerja penyudahan. (b) Gigi bersilang Gigi junam dipotong pada sudut 45º manakala gigi dongak dipotong pada sudut 70º hingga 80º (rajah 2(b)). Kikir jenis ini digunakan untuk kerja-kerja am. Dengan menggunakan kikir ini logam dapat dibuang dengan cepat. (c) Gigi lengkung Kikir jenis gigi lengkung digunakan untuk mengikir logam yang lembut seperti aluminium dan kuprum (tembaga), kerana kerak-kerak ahan tersebut tidak mudah melekat pada gigi kikir (rajah 2(c)). (d) Gigi parut Kikir jenis gigi parut digunakan untuk membuang bahan-bahan yang lembut dengan cepat. Bahan-bahan yang sangat lembut seperti timah dan kayu boleh dikikir dengan kikir parut. Bentuk gigi ini membolehkan bahan yang dipotong keluar dengan mudah (rajah 2(d)).
  4. 4. 1.0.2 Jenis Kikir Untuk menghasilkan sesuatu kerja dengan tepat, cepat dan dengan permukaan yang licin, pemilihan kikir mestilah dibuat dengan cermat. Kikir-kikir yang berikut biasanya digunakan dalam bengkel kejuteraan: 1. Kikir pipih tirus 2. Kikir pipih kasar 3. Kikir belah rotan 4. Kikir bulat 5. Kikir segiempat sama 6. Kikir segitiga 7. Kikir pipih nipis 8. Kikir bentuk pisau 1. Kikir Pipih Tirus Kikir pipih tirus digunakan dalam kerja-kerja am yang melibakan berbagai-bagai jenis kerja yang berlainan.Gigi kikir ini dikelaskan kepada gred kasar, sederhana, halus dan sangat halus. Pada satu permukaan kikir, giginya dipotong bersilang intan dan terdapat gigi lurus pada kedua-dua belah tepi. Dua pertiga panjangnya dari pangkal berbentuk selari dan satu pertiga panjangnya ke hujung bentuk tirus (Rajah 3). Rajah 3 kikir pipih tirus 2. Kikir Pipih Kasar Kikir pipih kasar digunakan untuk kerja-kerja penyudahan rata. Salah satu daripada tepi kikir tersebut tidak ada gigi dan tepi ini disebut tepi selamat. (Tepi selamat digunakan semasa
  5. 5. mengikir tepi penjuru dalam). Gred kikir pipih kasar terdiri daripada gred kasar hingga sangat halus (Rajah 4). Rajah 4 kikir pipih kasar. 3. Kikir Belah Rotan Kikir belah rotan digunakan untuk menyudahkan bahagian-bahagian yang telah siap. Gigi pada permukaan yang rata berbentuk wajik dan gigi pada permukaan yang melengkung berbentuk silang (Rajah 5). Gigi kikir ini digredkan kepada kasar, halus dan sangat halus Rajah 5 kikir belah rotan 4. Kikir Bulat Kikir bulat kadangkala disebut kikir bentuk ekor tikus. Gunanya ialah untuk membesarkan lubang yang berbentuk bulat dan lubang yang melengkung. Gred kikir ini terdiri daripada kasar hingga sangat halus. Giginya berbentuk lurus dan bersilang (Rajah 6) Rajah 6 kikir bulat 5. Kikir Segiempat Sama Kikir segiempat sama digunakan untuk membesarkan lubang yang berbentuk segiempat sama secara kasar. Kikir jenis ini juga boleh digunakan untuk mengikir lurah atau alur berbentuk segiempat sama dan juga berbagai-bagai bentuk sudut pada sesendal. Kikir ini digredkan kepada kasar hingga sangat halus (Rajah 7)
  6. 6. Rajah 7 kikir segiempat sama 6. Kikir Segitiga Kikir segitiga digunakan untuk mengikir sudut-sudut dalam yang tajam. Ia juga digunakan untuk membersihkan penjuru yang bersudut. Giginya bersilang dan terdapat dalam gred kasar hingga sangat halus (Rajah 8) Rajah 8 kikir segitiga 7. Kikir Pipih Nipis Kikir pipih nipis digunakan untuk mengikir celah-celah yang nipis seperti untuk memotong celah pada kunci. Kikir ini tirus pada hujung tetapi tebalnya sama pada keseluruhan panjangnya. Kikir jenis ini Cuma terdapat dengan panjang yang terhad iaitu 100mm, 150 mm dan 200 mm. Giginya bersilang dan grednya daripada kasar hingga sangat halus (Rajah 9)
  7. 7. Rajah 9 kikir pipih nipis. 8. Kikir Bentuk Pisau Kikir bentuk pisau digunakan untuk menajamkan gigi-gigi yang terdapat pada gergaji dan alat-alat pemotong. Bentuknya sama seperti pisau dengan bersudut 15º. Grednya daripada kasar hingga sangat halus (Rajah 10). Rajah 10 kikir bentuk pisau 2.0 Gaya Mengikir Mengikir memerlukan kemahiran yang tinggi. Seorang jurugegas bukan sahaja boleh mengikir dengan tepat tetapi juga boleh memasang benda kerja dengan menggunakan alat tangan. Semasa mengikir, pekara-pekara yang berikut perlu diberi perhatian: 1. Gaya mengikir yang betul adalah penting apabila mengikir. Semasa berdiri,kaki mestilah renggang. Kaki kiri ke hadapan dan kaki kanan terletak lebih kurang 45 cm hingga 50 cm ke belakang (gambar foto 11) 2. Tinggi benda kerja mestilah sesuai supaya kerja mengikir dapat dilakukan dengan berkesan. Ketinggian yang sesuai ialah lebih kurang 100 sentimeter (1 meter)
  8. 8. Rajah 11 Gaya mengikir yang betul 3. Semasa mengikir, tekan kikir pada benda kerja dan gerakkan tangan dan badan seperti dalam gambar foto 11. Tekanan dikenakan ke atas kikir semasa kikir itu disorongkan ke hadapan. Lepaskan tekanan jika tekanan dikenakan semasa kikir itu ditarik ke belakang. Gigi kikir dibentuk hanya untuk memotong ke hadapan sahaja dan akan menjadi tumpul jika dikenakan tekanan semasa menarik ke belakang. 4. Gaya mengikir juga boleh disesuaikan mengikut kedudukan benda kerja serta jenis benda kerja. Cara Dan Gaya Memegang Kikir Cara dan gaya memegang kikir bergantung pada cara mengikir yang dilakukan sama ada mengikir biasa, mengikir berat, mengikir rata dan mengikir jitu. Rajah 12 menunjukkan empat cara dan gaya memegang kikir. (a) Mengikir biasa-untuk kerja-kerja am (biasa). (b) Mengikir berat-untuk membuang logam yang banyak daripada benda kerja. (c) Mengikir rata-untuk mengikir rata a) Mengikir biasa
  9. 9. b) Mengikir berat c) Mengikir rata Rajah 12 cara dan gaya memegang kikir
  10. 10. Mengikir Melinntang Mengikir melintang dilakukan sekali-sekala untuk menentukan sama ada permukaan yang dikikir itu rata atau tidak. Rajah 13 menunjukkan dua cara mengikir melintang Rajah 13 cara mengikir melintang Mengikir Rata Semasa mengikir rata, permukaan yang dikikir hendaklah sentiasa dilitupi oleh kikir. Dengan cara ini benda kerja akan dapat dikikir dengan rata (Rajah14)
  11. 11. Rajah 14 cara mengikir rata Mengikir Tarik Semasa mengikir tarik, tekanan pada kedua-dua tangan hendaklah sama dan pastikan kedudukan kedua-dua tangan stabil (Rajah 15). Cara ini digunakan untuk menyudahkan benda kerja supaya kelihatan licin dan cantik. Cara ini juga digunakan untuk mengikir logam yang nipis.
  12. 12. (Rajah 15) Mengikir Penjuru Bulat Penjuru bulat boleh dikikir berpandukan dua langkah seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2.6. Mula-mula kikir kasar melintang (Rajah 16(a)) dan kemudian kikir bahagian penjuru yang bulat pula (Rajah 16(b)).
  13. 13. Rajah 16 Mengikir penjuru bulat Mengikir Permukaan Melengkung Permukaan yang melengkung boleh dikikir dengan kikir segiempat dan seterusnya disudahkan dengan kikir belah rotan (Rajah 17).
  14. 14. Rajah 17 mengikir permukaan melengkung Menguji Kerataan Permukaan Permukaan yang dikikir rata mestilah sentiasa diuji supaya bahagian-bahagian yang tinggal dan rendah boleh dibetulkan. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan pembaris keluli ataupun sesiku L (Rajah 18). Rajah18 menguji keratin permukaan. Cara ini juga digunakan untuk menguji permukaan bersudut tepat Menguji Permukaan Bersudut Tepat Untuk menguji sama ada permukaan itu bersudut tepat atau tidak, boleh juga menggunakan sesiku L seperti yang ditunjukkan dalam rajah 18. Mengikir dan menguji sudut tepat bukanlah satu pekara yang mudah. Pelatih harus berhati-hati supaya tidak mengikir terlalu rendah sesuatu penjuru itu kerana ini akan menyebabkan keseluruhan permukaan terpaksa direndahkan ke paras yang sama 3.0 Penjagaan kikir kikir hendaklah dijaga dengan baik untuk menjamin hasil kerja yang memuaskan disamping membolehkan kikir tersebut tahan lebih lama. Berikut ini digariskan beberapa panduan untuk menjaga kikir.
  15. 15. 1. Sebelum menggunakan kikir,pastikan kikir itu dipasang dengan hulu yang baik dan sesuai. Terdapat dua jenis hulu. Iaitu hulu biasa (Rajah 19(a)) dan hulu khas (Rajah 19 (b)). Hulu khas digunakan apabila hendak mengikir permukaan yang lebar. Rajah19 hulu kikir 2. Kikir mestilah sentiasa dalam keadaan bersih. Kerak-kerak besi yang dibiarkan melekat pada kikir akan merosakan kikir dan juga permukaan yang sedang dikikir. Kikir boleh dibersihkan dengan menggunakan. Kerak-kerak besi yang dibiarkan melekat pada kikir akan merosakan kikir dan juga permukaan yang sedang dikikir. Kikir boleh dibersihkan dengan menggunaka berus kikir (Rajah 20) ataupun kertas kikir
  16. 16. Rajah 20 Berus kikir 3. Selepas digunakan, kikir hendaklah disimpan dengan cermat supaya tidak mudah rosak. Letakan kikir pad rak dan tiap-tiap satu hendaklah disusun berasingan. Perhatikan gigi kikir yang masih tajam (rajah 21(a)) dan gigi kikir yang telah rosak (Rajah 21(b)). 4. Jangan gunakan kikir selain untuk tujuan mengikir. 5. Gunakan kikir yang sesuai dengan sesuatu bahan yang tertentu.kikir yang lebih halus digunakan untuk bahan yang lebih keras. 6. Elakan kikir daripada terkena air atau minyak. Jika terkena air ia akan mudah berkarat dan jika terkena minyak ia mudah tergelincir semasa mengikir.
  17. 17. (Rajah 21) SOALAN : 1. Berikan lima (5) jenis kikir yang biasa terdapat di bengkel kejuruteraa 2. Terangkan secara ringkas fungsi kikir bulat. 3. Berikan empat(4) jenis potongan gigi kikir. 4. Terangkan secara ringkas fungsi kikir belah rotan atau kikir pipih nipis? Rujukan: 1. Buku rujukan teknologi bengkel mesin 2. http://www.slideshare.net/hamdangulam/peralatan-tangan-13053881?from_search=3

×