Cara – cara menjayakan kempen menabung .

3,137 views

Published on

hanya sekadar perkongsian . kesalahan tatabahasa harap dimaafkan .

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
3,137
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
23
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Cara – cara menjayakan kempen menabung .

  1. 1. Cara – Cara Menjayakan Kempen Menabung Ayu. Amirah. Aimi. Aini. Adiah
  2. 2. Hari demi hari, kos perbelanjaan seharian yang semakin meningkat amat membebankan rakyat Malaysia terutamanya mereka yang menetap di kota metropolitan. Ada antara mereka yang terpaksa mengembleng tenaga untuk memastikan kehidupan yang selesa. Namun, masih ada cara yang lebih efektif dapat dilaksanakan untuk meringankan beban perbelanjaan. Antaranya adalah dengan menabung. Namun, amalan menabung dianggap kolot dan tidak relevan dengan kemajuan negara kini. Oleh itu, pelbagai medium dapat diketengahkan untuk memberi nafas baru kepada amalan menabung seperti kempen menabung justeru , pelbagai cara dapat dilaksanakan untuk menjayakan kempen menabung.
  3. 3. Kempen menabung juga dapat membantu menjadikan amalan menabung sebagai satu amalan yang menyeronokkan. Oleh hal yang demikian, keluarga memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan kempen menabung mencapai matlamatnya. Ibu bapa perlulah memberi inspirasi kepada anak-anak seperti menyediakan tabung yang menarik dan cantik supaya mereka lebih bersemangat untuk menabung. Ibu bapa boleh mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan anak-anak dengan memberi hadiah kepada anak-anak yang berjaya menabung dengan jayanya. Pepatah Arab berbunyi anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang berhak mencorakkannya, menunjukkan bahawa pentingnya peranan keluarga dalam amalan menabung.
  4. 4. Pihak sekolah juga turut memainkan peranan penting dalam menjayakan kempen menabung kerana kanak-kanak kini lebih banyak menghabiskan masa di sekolah berbanding di rumah. Sebagai contoh, Guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan terutamanya perlu mewar-warkan kepada pelajar mengenai Kempen Menabung dan kelebihan amalan menabung. Pihak sekolah juga perlu melaksanakan aktiviti bagi menyokong kempen menabung yang dianjurkan oleh kerajaan seperti mengadakan Pertandingan Wang Terkumpul Terbanyak antara pelajar sekolah dan sebagainya. Hal ini dapat menjadi penggerak kepada pelajar untuk menabung. Keazaman guru-guru dalam menyokong kempen ini dapat memupuk amalan menabung dalam diri kerana tak kenal maka tak cinta.
  5. 5. Media massa pula berperanan penting dalam menyampaikan informasi berkaitan kempen menabung. Selain itu, media massa dapat membantu mewar-warkan kepada rakyat Malaysia berkaitan kempen menabung yang dapat memberi manfaat kepada mereka. Hal ini demikian kerana media massa merupakan medium terbaik untuk menghebahkan amalan mulia ini kepada masyarakat seiring dengan kemajuan teknologi masa kini. Media massa juga merupakan medium yang paling tepat untuk menyalurkan maklumat dengan lebih interaktif dan berkesan kerana medium ini digunakan oleh semua peringkat umur. Jika usaha ini diteruskan secara konsisten, tidak mustahil kempen menabung yang dijalankan akan mendapat sambutan yang memberangsangkan .
  6. 6. Selain itu, pelbagai institusi kewangan turut menawarkan khidmat dan pakej yang menarik . Tamsilnya, mereka menghadiahi kanak-kanak yang menyimpan wang di bank mereka dengan memberikan hadiah seperti tabung yang berbentuk kartun animasi yang popular seperti Upin dan Ipin , Boboi Boy dan sebagainya. Namun begitu , bagi generasi Y, hadiah tersebut sudah tidak dapat menarik minat mereka kerana barang tersebut mudah diperolehi. Oleh hal yang demikian, pihak bank dapat membantu memikat hati penabung dengan menyediakan hadiah yang lebih menarik ibarat kata pujangga, didiklah anakmu sezaman dengannya agar amalan menabung dapat diterapkan dalam kehidupan seharian.
  7. 7. Konklusinya, kempen menabung dapat dilaksanakan dengan jayanya sekiranya semua pihak memberi kerjasama dan memainkan peranan masing- masing. Bukan sekadar satu amalan, malah menabung boleh dijadikan salah satu alternatif untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh kebanyakan antara kita pada zaman kini iaitu masalah kewangan. Walaupun menabung memerlukan masa yang lama untuk membolehkan kita merasa nikmat wang yang banyak, namun perihal ini bersesuaian dengan peribahasa sedikit-sedikit , lama-lama jadi bukit. Ingatlah, bukan senang untuk mejadi senang dan bukan susah untuk menjadi susah. Segalanya bermula daripada nawaitu yang ikhlas dan betul serta diri kita sendiri bak kata pepatah tepuk dada tanya selera.

×