SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
HBAE1403 Assignment Sem Mei 2013

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBAE1403
MENGGAMBAR

NAMA

: AIDA BINTI SAMAT

NO. MATRIK

:730624016516001

NO K.PENGENALAN

:730624016516

NO.TELEFON

: 0197194668

EMEL

: ida_murat@oum.edu.my

Tutor’s name

: PN MARIANA BT TUKIMAN

Learning Centre:OUM Johor Bahru

SMP PPG MEI 2013

Disediakan oleh: Aida Bt Samat

Page 1
HBAE1403 Assignment Sem Mei 2013

ISI KANDUNGAN:
1.0 Pengenalan…………………………………………………………………….3
2.0 Proses Artistik dengan menggunakan kaedah apresiasi seni………………….4
2.1 proses Artistik berkaitan Tema………………………………………….5
2.2 Proses Artistik berkaitan bahan…………………………………………6
2.3 Proses Artistik berkaitan Teknik………………………………………6-7
2.4 Proses artistik berkaitan Penilaian……………………………………8-9

3.0 Maklumat sokongan
3.1 Perkaitan Dengan Kreativiti dan Psikologi Kanak-kanak…………….10-12

4.0 Kesimpulan……………………………………………………………

12-13

5.0

Rujukan……………………………………………………………….14-15

6.0

Lampiran………………………………………………………………15

Disediakan oleh: Aida Bt Samat

Page 2
HBAE1403 Assignment Sem Mei 2013

1.0 Pengenalan
Sistem pendidikan di Malaysia mempunyai matlamat yang jelas iaitu melahirkan insan
dan bangsa yang cemerlang melalui Falsafah Pendidikan Negara(FPN).Justeru peranan guru
seni sebagai „input‟ seharusnya cemerlang terlebih dahulu sebelum menentukan „output‟ iaitu
murid memperolehi kecemerlangan selaras dengan hasrat FPN .Pendidikan Seni Visual
sebenarnya lebih menjurus untuk membawa satu perubahan individu kepada sikap dan nilai
murni dengan memupuk diri dalam pengalaman estetik dan membentuk emosi yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan

kepatuhan

kepada

Tuhan.Bagi

melahirkan

individu

yang

imaginatif,kreatif

berpengetahuan dan berdaya peka terhadap ciri-ciri estetik merupakan satu amanah dan
tanggungjawab yang besar bagi seorang guru Pendidikan Seni Visual.Seni juga merupakan
satu saluran penyataann diri kerana melalui aktiviti seni seperti melukis,mewarna, kraf tangan
dan sebaginya akan memberi kepuasan,lapang perasaan, emosi yang stabil dan ketenangan
kepada individu.Malah di sinilah pentingnya guru Pendidikan Seni Visual memainkan
peranan supaya melestarikan subjek Pendidikan seni Visual sebagai salah satu alternatif
sumbangan ke arah perkembangan emosi dan sahsiaah diri yang positif dalam diri murid.
Guru Pendidikan Seni Visual seharusnya menguasai ilmu psikologi kanak-kanak kerana
kefahaman terhadap aspek diri murid akan menerap penghayatan seni dan menggambarkan
kematangan mereka.Guru juga dapat membuat ramalan terhadap tingkah laku murid yang
bersesuaian dengan peringkat umur dan seterusnya dapat membantu guru merancang
perubahan tingkah laku positif murid dengan memberi motivasi atau pengajaran yang sesuai
dengan tahap umur murid.Apabila menemui sesuatu tingkah laku yang berlaku pada murid
guru boleh mengaitkannya

dengan tahap umur,latar belakang murid dan di sinilah

bermulanya peranan guru menyediakan aktiviti yang sesuai dalam meningkatkan prestasi
pembelajarannya.Adakalanya emosi dalaman murid diluahkan melalui hasil seni dan
kepekaan guru memahami perubahan tingkah laku murid sebenarnya dapat

membantu

mengatasi masalah yang berlaku.Peranan guru Pendidikan Seni Visual sebagai pelaksana
kurikulum juga dapat menyatukan pelbagai murid yang berlainan latar belakang seterusnya
meningkatkan rasa syukur terhadap Tuhan,menghargai keindahan alam persekitaran dan
warisan bangsa .Selain itu juga dapat menggalakkan murid-murid melaksanakan pemerhatian
aktif,interaksi yang kreatif dengan alatan serta apresiasi seni.

Disediakan oleh: Aida Bt Samat

Page 3
HBAE1403 Assignment Sem Mei 2013

2.0 Proses artistik dengan menggunakan kaedah apresiasi seni
Herbert Read seorang tokoh pengkritik seni

telah menyatakan bahawa “ Art is

creative self expression” dan “Works of art express and communicative universal values”
Kreatif adalah kebolehan untuk mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea
baru dan asli.Bagi mereka yang berpendapat bahawa seni adalah penyataan diri sebenarnya
dalam diri kanak-kanak itu sendiri terdapat daya kreatif yang hebat yang memerlukan jalan
keluar untuk menyatakan ekspresi diri.Malah sebagai seorang guru perlu berperanan
membimbing dan memberi ruang dan peluang untuk murid-murid melukis tentang apa yang
mereka mahu, tentang apa yang mereka lihat dari kaca mata mereka sendiri bukan melukis
tentang apa yang orang lain fikirkan
Apresiasi seni merujuk kepada membuat penilaian atau mempunyai kepekaan terhadap
sesuatu

gambaran,imej

atau objek dalam sesuatu pembelajaran.Memberi penghargaan

terhadap sesuatu hasil kerja seni adalah salah satu cara seseorang itu boleh berinteraksi
dengan diri sendiri dan orang lain.Sehubungan itu, untuk membincangkan secara terperinci
mengenai proses artistik dengan menggunakan kaedah apresiasi seni ini,saya telah
menjalankan pengajaran Seni di kelas 3 Gemilang.Kelas ini terdiri daripada kumpulan murid
cerdik dan sederhana.Sesi pengajaran dapat berjalan dengan lancar dan teratur. Karya yang
saya dipilih ialah hasil kerja muridadik Nurizzah Arifah.Disebabkan ada gabungan teknik
yang dipilih, justeru sesi pengajaran berlangsung sebanyak dua kali(2jam) dalam tempoh dua
minggu.Pada satu jam pertama saya memilih untuk melaksanakan teknik percikan terlebih
dahulu kerana penggunaan warna air memerlukan perhatian dan kawalan guru terutama dari
segi kebersihan dan keselamatan murid.Manakala pada minggu kedua saya meminta muridmurid membawa huruf-huruf yang dipilih untuk menyiapkan kad ucapan Hari Ibu.Pada sesi
pengajaran kedua hanya melibatkan teknik gosokan dan tampalan huruf-huruf.

Disediakan oleh: Aida Bt Samat

Page 4
HBAE1403 Assignment Sem Mei 2013

Tahun

: 3 Gemilang

Bidang

: Menggambar

Tema

: Menghasil kad ucapan Hari Ibu

Alat dan Bahan : Berus gigi, kertas lukisan, palet , warna air, pelbagai jenis daun, berus
lukisan, krayon, tudung saji, majalah, akhbar.
Teknik

:Percikan, gosokan dan tampalan

2.1 Proses Artistik berkaitan Tema
Tema yang dipilih adalah berkaitan menghasilkan Kad Ucapan hari Ibu.Tema ini
dipilih kerana ia rapat dengan kehidupan sebenar murid apatah lagi sambutan hari ibu
baru sahaja diraikan pada bulan Mei yang lalu.Pembelajaran yang berkaitan dengan
pengalaman sedia ada murid sebenarnya juga banyak membantu murid menjana idea
Disediakan oleh: Aida Bt Samat

Page 5
HBAE1403 Assignment Sem Mei 2013
untuk menghasilkan kad ucapan yang kreatif.Contohnya, murid membuat bentuk “love”
yang

menggambarkan

luahan

perasaan

kasih

sayang

seorang

anak

kepada

ibunya.Pemilihan tema yang tepat dan berkaitan dengan pengalaman murid juga
membantu objektif pengajaran dapat dicapai.
Berdasarkan Teori Perkembangan Artistik oleh Hurwitz dan Day(2001) ,peringkat 6-9
tahun adalah Peringkat Membuat Simbol. Pada peringkat siri perkembangan ini kanakkanak sangat terpengaruh dengan alam sekeliling.Tahap ini juga kanak-kanak sudah
boleh menghasilkan simbol yang mudah dikenalpasti kerana mereka telahpun mempunyai
kawalan seimbang dan teratur dari segi pergerakan tangan.Dalam konteks ini pemilihan
tema yang dipilih memainkan peranan kerana ia turut membantu perkembangan kognitif
kanak-kanak.

2.2 Proses Artistik Berkaitan Bahan
Semasa menjalankan aktiviti seni penggunaan bahan yang betul amat penting agar
tidak berlaku pembaziran.Penggunaan bahan yang salah sudah tentu tidak dapat
menghasilkan karya seni yang berkualiti.Bagi menghasilkan Kad Ucapan Hari Ibu alat
dan bahan yang digunakan ialah berus gigi, kertas lukisan, palet, warna air, pelbagai jenis
daun, berus lukisan,krayon,tudung saji, majalah dan akhbar.Berus gigi digunakan untuk
menghasilkan percikan.Warna air dibancuh di dalam palet dengan menggunakan berus
lukisan.Semasa membuat bancuhan guru perlu memberi bimbingan dan kawalan agar
bancuhan tidak terlalu pekat dan cair.Pada peringkat asas aktiviti percikan kadar cairan
warna seelok-eloknya sederhana agar percikan lebih halus dan serata.Pelbagai jenis daun
dipilih untuk menghasilkan corak-corak daun dalam aktiviti percikan.Manakala tudung
saji pula digunakan untuk memberikan kesan jalinan apabila kertas lukisan digosokkan ke
atasnya dengan menggunakan warna krayon.Huruf-huruf SELAMAT HARI IBU
diperolehi daripada majalah dan akhbar.Selebihnya boleh digunakan untuk mengalas
kertas lukisan semasa aktiviti percikan dijalankan supaya warna tidak terpercik ke
kawasan lain.

2.3 Proses Artistik Berkaitan Teknik
Berdasarkan hasil kerja murid seperti gambar di atas murid telah menghasilkan
aktiviti percikan secara bebas ke atas permukaan kosong. Teknik percikan ialah salah
satu aktiviti menggambar dalam kerja-kerja seni dan ia merupakan teknik hiasan catan
Disediakan oleh: Aida Bt Samat

Page 6
HBAE1403 Assignment Sem Mei 2013
secara mendetik, mengetuk atau menjentik bulu berus yang akan menghasilkan kesan “ a
speckled granite-style finish”.Titik-titik air atau warna yang berserakan terhasil bila
warna terhempas ke suatu permukaan.Sebelum percikan dilakukan pastikan alas kertas
lukisan denga akhbar untuk mengelakkan percikan yang tidak diingini.Terlebih dahulu
pelbagai jenis daun disusun di atas kertas lukisan.Celup berus gigi dalam warna air dan
percikkan dengan menggunakan hujung jari.Percikan dihasilkan dengan menggunakan
tiga warna yang berlainan iaitu didahului dengan warna cerah-kuning, hijau dan
merah.Sebelum menggunakan warna lain pastikan ubah kedudukan susunan daun untuk
menghasilkan corak daun yang berbeza dan pastikan berus gigi dicuci dengan bersih
semasa membuat percikan seterusnya.
Selain teknik percikan,murid juga telah mengaplikasikan gabungan teknik lain iaitu
gosokan dan tampalan.Semasa gosokan dilakukan murid menggunakan permukaan
tudung saji.Permukaan kasar pada tudung saji tersebut telah menghasilkan kesan jalinan
yang menarik apabila digosok dengan menggunakan krayon.Ia

adalah

satu proses

penerokaan di mana murid dapat menggambar dengan menggunakan deria sentuh yang
terdapat di sekeliling mereka.Seterusnya dapat dilihat murid mengaplikasikan kreativiti
dengan membuat bentuk “love” dengan menggunakan kertas lukisan yang mempunyai
kesan gosokan tersebut..Kemudian murid membuat tampalan huruf-huruf “ SELAMAT
HARI IBU” yang diambil daripada majalah-majalah lama.
Terdapat juga beberapa unsur seni yang didapati daripada karya seni murid di atas
seperti jalinan, warna, garisan, ruang dan rupa.Unsur garisan dapat dilihat daripada objek
buatan manusia iaitu tudung saji apabila gosokan menggunakan krayon dilakukan pada
permukaan tudung saji.Aplikasi garisan ini secara tidak langsung mencipta jalinan
tampak di mana teknik gosokan menggunakan bahan berjalinan sentuh sebagai subjek
iaitu menggunakan krayon untuk digosokkan atas permukaan tudung saji bagi
mendapatkan kesan jalinan.Dengan adanya jalinan sebenarnya dapat memberikan kesan
menarik.
Susunan pelbagai daun pada permukaan kertas lukisan telah membentuk rupa motif
yang cantik.Rupa mempunyai garisan luar dan sempadan yang mengelilinginya.Kesan
bentuk daun yang ditonjolkan.Rupa daun yang dihasilkan ini juga merujuk kepada rupa
organik yang tidak terikat pada bentuk yang khusus dan tidak bersudut.
Manakala unsur seni warna yang dipilih adalah terdiri dari warna-warna asas(primer)
iaitu merah,biru dan kuning.Warna sekunder yang digunakan dalam hasil karya seni
Disediakan oleh: Aida Bt Samat

Page 7
HBAE1403 Assignment Sem Mei 2013
murid tersebut pula ialah warna hijau.Penggunaan warna seperti merah dan kuning juga
dikenali sebagai warna-warna panas yang memberikan gambaran bertenaga dan
terang.Kemudian apabila dipercikkan dengan warna hijau memberi kesan kontra kerana
hijau adalah warna sejuk yang tenang, dingin dan selesa.Secara keseluruhannya harmoni
telah wujud melalui unsur-unsur warna iaitu warna panas, warna sejuk atau campuran
pelbagai jenis warna.Tujuan menghasilkan kesan harmoni ialah untuk menarik perhatian
pada sesuatu objek.
Unsur penegasan juga dapat dilihat pada karya seni murid melalui tampalan potongan
bentuk “love” yang bewarna merah,biru dan jingga serta huruf-huruf SELAMAT HARI
IBU.Ia berfungsi sebagai daya penarik, pemusatan atau fokus pengkarya iaitu untuk
menghasilkan kad ucapan hari ibu.Secara tidak langsung dapat mengelakkan kebosanan
dengan memberi variasi yang berbeza bukan sekadar percikan warna semata-mata.
Ruang pula merujuk kepada kawasan yang dikelilingi garisan atau dalam erti kata lain
ia wujud di sekeliling rupa dua dimensi dan bentuk tiga dimensi.Percikan yang dihasilkan
murid memenuhi ruang lukisan dengan maksimun kecuali pada bahagian yang ditutupi
daun yang bertujuan untuk menimbulkan kesan bentuk-bentuk daun yang pelbagai jenis.
Dalam konteks seni visual terdapat juga imbangan iaitu satu keadaan gubahan yang
seimbang dari segi sempadan, sama kecerahan warna tetapi imbangan pada karya seni
murid di atas ialah

imbangan simetri

yang bersifat seimbang di sebelah kiri dan

kanan.Ini dapat diperhatikan pada susunan huruf dan bentuk “love” yang ditampal pada
kedudukan simetri.
Selain itu susun atur huruf-huruf dan bentuk “love” yang sempurna, kemas dan teratur
secara tidak langsung telah mewujudkan kesatuan yang menimbulkan sentimen perasaan
yang menyentuh hati dan selesa bagi seorang ibu apabila membacanya.

2.4 Proses Artistik Berkaitan Penilaian.
Karya seni yang dihasilkan oleh murid Tahun 3 ini boleh dianggap berjaya kerana
dapat melahirkan ekspresi mood seorang ibu.Perkataan SELAMAT HARI IBU menjadi
subjek utama kerana ia sudah cukup menggambarkan luahan kasih sayang seorang anak
dan tanda penghargaan kepada ibu tersayang walaupun sekadar tiga frasa ungkapan
yang ringkas iaitu SELAMAT HARI IBU.Malah ia bertepatan dengan hasrat seorang
anak yang ingin memberi ucapan hari ibu melalui hasil kerja seni-kad ucapan yang
kreatif dan menarik.
Disediakan oleh: Aida Bt Samat

Page 8
HBAE1403 Assignment Sem Mei 2013
Penilaian bagi guru PSV dapat diterjemahkan dari segi keaslian karya seni itu sendiri
yang dihasilkan berdasarkan pengalaman murid yang mungkin beranggapan kata-kata
ucapan adalah satu bentuk luahan perasaan kepada ibu tersayang melalui pemberian kad
ucapan yang dihasilkannya sendiri.Secara tidak langsung ia juga dapat memberi satu
gambaran kesedaran kepada kita semua tanda ingatan kepada insan yang paling istimewa
bukan sekadar pemberian hadiah yang mahal semata-mata.Kad ucapan yang ringkas dan
sederhana boleh diketengahkan kepada murid-murid juga sebagai satu hadiah bermakna
kepada ibu.Murid menggunakan teknik percikan sebagai asas utama digabungkan dengan
teknik gosokan dan tampalan huruf-huruf bagi penghasilan karya yang menimbulkan
corak yang menarik.
Selain itu, perbincangan hasil kerja seni murid boleh juga dilakukan tanpa mengetahui
siapa yang menghasilkan karya tersebut supaya komen boleh dibuat tanpa mengira berat
sebelah pihak dan ia lebih bersifat bebas dan terbuka.Malah semasa membuat penilaian
dan menganalisa sesuatu hasil kerja murid guru PSV memainkan peranan penting sebagai
pembimbing kepada murid-murid yang ingin menjalankan proses apresiasi seni.Pameran
hasil kerja murid juga merupakan satu penghargaan cara membina penghormatan diri
terhadap murid. Justeru guru haruslah peka terhadap persepsi yang ingin dikemukakan
murid tentang sesuatu hasilkerja terutama dari segi aspek budaya, fungsi, perasaan,
keaslian, kreativiti, teknik penghasilan, tujuan dan objektif.Di antara beberapa aspek yng
turut perlu diambil kira oleh guru dalam membimbing murid membuat apresiasi seni ialah
tajuk, tema, masa, “subjek matter”, alatan, media, teknik, asas senireka, sejarah, kejayaan
sesuatu idea atau konsep.Malah penilaian sesuatu hasil kerja boleh dinilai dalam bentuk
skala dari satu( lemah) hingga sepuluh ( terbaik).Semasa membuat penilaian guru perlu
melatih murid agar menghormati pembuat karya walaupun tidak berapa menarik dan
dilihat dari sudut pandangan yang positif.Seni harus disertai dengan perasaan,
penghargaan dan refleksi diri. Hasil seni itu sendiri sebenarnya banyak berkait rapat
dengan kehidupan sebenar murid.
Secara keseluruhannya, karya seni yang dihasilkan oleh murid ini berjaya dan ia
menjadi platform luahan perasaan hatinya bagi menghargai kasih sayang terhadap
ibunya.Walaupun terdapat juga sedikit percikan yang kurang menjadi disebabkan
penggunaan campuran air yang banyak tapi ia tidak menjejaskan keseluruhan hasil seni
murid tersebut.

Disediakan oleh: Aida Bt Samat

Page 9
HBAE1403 Assignment Sem Mei 2013
3.0 Maklumat Sokongan
3.1 Perkaitan Dengan Kreativiti dan Psikologi Kanak-kanak
Berdasarkan dengan karya seni murid tahun 3 di atas menunjukkan terdapat unsur
kreativiti yang diaplikasikan dalam penghasilan kad ucapan

hari ibu.Setelah

menggunakan teknik percikan secara bebas ke atas permukaan lukisan yang kosong,
murid telah menggabungkan teknik gosokan yang menghasilkan kesan jalinan yang
menarik.Kemudian di akhirnya murid telah menampal huruf-huruf di atas kertas yang
digosokkan dengan menggunakan krayon tadi.Skop pemikiran murid tidak terhad kepada
teknik percikan semata-mata dan di sinilah murid menggunakan kreativitinya dengan
menggabungkan teknik yang lain pula.Selain itu, pengalaman persekitaran turut
menyumbang ke arah kreativiti murid.Faktor-faktor sekeliling sama ada media massa,
pembacaan yang menggalakkan individu menghargai pengorbanan seorang ibu melalui
ucapan-ucapan penghargaan turut menggalakkan lagi kanak-kanak meneroka, mencuba
menterjemahkan luahan kasih sayang mereka dengan pemberian kad ucapan kepada
ibu.Sebenarnya kanak-kanak itu sendiri memang dilahirkan kreatif dan penyataan ini
disokong dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang suka meneroka dan penuh perasaan
ingin tahu.Perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru merupakan sebahagian daripada
proses pembelajaran bagi kanak-kanak.Menurut Calvin W.Taylor(1915-2000) seorang
ahli psikologi mennyatakan bahawa tidak semua manusia dilahirkan mempunyai bakat
yang sama.Taylor percaya pengembangan bakat

berkaitrapat dengan cara guru

meransang pemikiran mereka.Justeru amatlah besar peranan guru PSV memberi
ransangan dan membimbing dalam usaha meningkatkan lagi kreativiti murid-murid.
Teori perkembangan artistik kanak-kanak oleh Lowenfeld dan Britain menyatakan
pada Peringkat Schematic (7-9 tahun) lukisan yang dihasilkan mula mengikut konsep dan
skema tertentu,Kanak-kanak mula bijak membahagikan ruang pada kertas lukisan.Ini
dapat dilihat pada hasil karya murid di atas penyusunan huruf-huruf ada keseimbangan
kiri dan kanan.
Penghasilan seni oleh kanak-kanak disifatkan sebagai luahan dan ekspresif .Di sinilah
menguji keupayaan perkembangan kognitif dan kreativiti mereka.Karya seni kanak-kanak
lebih bersifat peribadi dan tersendiri dan bertitik tolak daripada faktor inilah mereka perlu
diberi pengetahuan asas mengenai lukisan sebelum didedahkan dengan pelbagai aktiviti
seterusnya meransang kreativiti mereka.

Disediakan oleh: Aida Bt Samat

Page 10
HBAE1403 Assignment Sem Mei 2013

Karya : Jackson Pollock
Judul : Autumn Rhythm
Teknik: Percikan
Karya Jackson Pollock adalah contoh penggunaan teknik percikan yang
berjaya digambarkan dengan luahan perasaan sebenar dengan renjisan warna yang
bebas.Di sini dapat dilihat beliau mementingkan kespontanan dan kebebasan dalam
berkarya.Tiada lakaran dilakukan dan perasaan diluahkan secara tidak dirancang.Teknik
percikan juga diaplikasikan dalam hasil karya murid seperti contoh di awal penerangan
tugasan ini.Walaupun terlalu jauh untuk dibuat perbandingan namun apa yang ingin
diketengahkan ialah teknik percikan sebenarnya boleh memberi pengetahuan kepada
murid untuk bebas berkarya tidak terikat dengan sesuatu objek dan imej tertentu.
Kreativiti itu sendiri adalah kebolehan untuk mencipta, mengembangkan sesuatu idea
baru dan asli.Malah mereka yang kreatif berkemampuan untuk mengubah sesuatu idea
asal kepada sesuatu yang berbeza dengan memanipulasikan idea tersebut dengan pelbagai
teknik dan cara.
Ahli Psikologi Jean Piaget, berdasarkan teori perkembangan kognitif beliau
menyatakan pada tahap umur 6-12 tahun kanak-kanak mula menguasai konsep ruang.Ini
dapat diperhatikan daripada karya yang dihasilkan oleh adik Nurizzah percikan yang
dihasilkan memenuhi ruang kecuali pada ruang yang ditutupi oleh daun yang bertujuan
untuk menghasilkan corak-corak daun.Keupayaan otot-otot kecil lebih baik

justeru

percikan dan tampalan yang dibuat kelihatan kemas dan cantik.Pertumbuhan mata yang
lebih baik amat membantu kanak-kanak menjalankan kerja-kerja yang halus seperti
teknik percikan ini.
Dari segi perkembangan sosial dan emosi pada tahap perkembangan psikososial
Erikson yang keempat pada tahap umur 6-12 tahun,peranan guru dan rakan sebaya
Disediakan oleh: Aida Bt Samat

Page 11
HBAE1403 Assignment Sem Mei 2013
memberi pengaruh yang besar ke atas perkembangan kanak-kanak kerana masa di
sekolah bersama guru dan rakan-rakan agak lama.Justeru mereka mula menunjukkan
sikap berminat dan tekun menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.Naluri ingin
mencuba sesuatu yang baru amat tinggi dan di sini pentingnya guru memberi bimbingan
dan motivasi agar karya seni yang dihasilkan menarik dan menimbulkan kepuasan hati
pada murid.Penghargaan amat memberi impak positif kepada murid untuk menyiapkan
kerja seni yang diberikan guru.
4.0 Kesimpulan
Peranan guru Pendidikan Seni Visual amat menyumbang ke arah melahirkan generasi
yang kreatif.Laura Chapman menyatakan bahawa proses kreativiti merupakan proses
penghasilan atau artistik.Justeru untuk memperkembang kreativiti murid, guru Pendidikan
Seni Visual perlu menggunakan pelbagai cara dalam menghasilkan karya.Perkara yang paling
penting sekali sebagai seorang guru Pendidikan Seni Visual seharusnya menguasai ilmu
dalam bidang seni visual supaya guru mempunyai pengalaman yang lebih banyak semasa
mengajar.Secara umum, seni berkaitan dengan hal-hal keindahan atau estetika kehidupan dan
persekitaran yang merangkumi aspek-aspek jasmani dan kerohanian individu dalam
masyarakat.keadaan ini sebenarnya banyak membantu dalam proses penjanaan idea bagi
meransang minda murid supaya hala tuju yang diinginkan dapat dicapai.Menurut Martin
(1986)seni juga disifatkan sebagai suatu kegiatan atau proses penciptaan yang memerlukan
kemahiran serta pengetahuan untuk melahirkan idea yang berbentuk nyata.Kemahiran perlu
mendapat latihan yang secukupnya supaya menghasilkan sebuah karya seni yang indah.
Sebagai guru yang bertindak sebagai penyampai ilmu malah tidak keterlaluan juga sebagai
penyambung warisan keseniaan yang sedia ada.Mata pelajaran Pendidikan seni Visual begitu
memainkan peranan penting dan sewajarnya tanggapan yang mengatakan Pendidikan Seni
Visual tiada kepentingan dalam kehidupan hendaklah disangkal kerana sejarah telah
membuktikan

kesenian

banyak

membangun

ke

arah

pembentukan

tamadun

manusia.Mengenali bangsa yang berjaya ialah melalui seni selari dengan perkembangan
teknologinya.Ia juga berkait rapat dengan kreativiti dan ini bertepatan dengan matlamat
pelajaran Pendidikan seni Visual untuk melahirkan insan yanag harmonis,kritis dan kreatif
dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual.Kanak-kanak yang melibatkan diri secara
aktif juga menyumbang kepada ke arah perkembangan sosio-emosi yang positif kerana
mereka boleh menghasilkan luahan perasaan melalui hasil seni mereka.Keadaan ini juga akan
dapt menajamkan persepsi dan imaginasi mereka melalui pancaindera.Murid yang kreatif
Disediakan oleh: Aida Bt Samat

Page 12
HBAE1403 Assignment Sem Mei 2013
mempunyai daya imaginasi yang tinggi yang di luar kotak pemikiran murid biasa.Seni dan
falsafah menjadi faktor penting dalam masyarakat kerana ia saling memerlukan.Seni juga
boleh menjadi agen perubahan dan di di sinilah titik permulaan peranan guru Pendidikan Seni
Visual

Disediakan oleh: Aida Bt Samat

Page 13
HBAE1403 Assignment Sem Mei 2013
5.0 RUJUKAN
Chapman, Laura, H. (1988). Approaches to Art in Education, Harcourt Brace
Jovanovich Inc. New York
Haslinda Madon. (2011). HBAE1403. Menggambar, Kuala Lumpur: Meteor Doc
Sdn.Bhd.
Hassan Langgulung.(1997). Kreativiti Dan Pendidikan. Suatu Kajian Psikologi
danFalsafah. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia.(1998). Buku Sumber Guru Pendidikan Seni
Visual, KBSR.KL:DBP.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1985). Buku Panduan Khas Pendidikan Seni
Visual,KBSR.KL:DBP.(Tahun Satu hinga Tahun Enam).
Mazlan. M. (1997). Pendidikan Seni 1: Prinsip Pendidikan Seni. KL: Kumpulan
Budiman Sdn.Bhd.
Prof. Dr.Hj Abdul Shukor Hashim,et.al. (2011). HBAE1203. Perkembangan Seni
Kanak-kanak, Kuala Lumpur: Meteor Doc Sdn.Bhd.
Rousliluddin

Ambia,Mohd

Jamel

Hj,Mohd

Taslim

Abd

Rahim,Manan

Sarbani.(2011).HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual.Kuala Lumpur:Meteor
Doc.Sdn.Bhd.

Shaharuddin Hashim, Dr. RohizaniYaakub. (2003). Psikologi Pembelajaran dan
Personaliti.PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. Pahang Darul Makmur.

Sharifah Alwiah Alsagoff. (1987). Psikologi Pendidikan 1.Konsep-konsep Asas
Psikologi dan Psikologi Pendidikan, Psikologi Perkembangan.Longman.Selangor.

Rujukan Internet:
Laman sesawang
Disediakan oleh: Aida Bt Samat

Page 14
HBAE1403 Assignment Sem Mei 2013
http://senivisual2.blogspot.com/2010/01/kepentingan-pendidikan-seni
Dicapai pada 14 Jun 2013
http://jbc6024.tripod.com/falsafah.html
Dicapai pada 15 Jun 2013
http://chikya87.blogspot.com/2010/04/kepentingan-kreativiti-dalam-pendidikan.html
Dicapai pada 20 Jun 2013
http://skdarau.tripod.com/kbsr.html
Dicapai pada 20 Jun 2013
http://tiejay.tripod.com/psikologi.htm
Dicapai pada 23 Jun 2013
http://afizayu-arshad.blogspot.com/2011_11_01_archive.html
Dicapai pada 1 Julai 2013
www.oocities.org/zulmz65/hbae1103psv.pdf
Dicapai pada 1 Julai 2013
http://senivisual1.blogspot.com/2009/10/lukisan.html
Dicapai pada 2 Julai 2013
http://panitia-psvskpk.blogspot.com/search/label/GAMBAR%20MAUJUD-binaan

6.0 LAMPIRAN

-Hasil Kerja Seni Murid

Disediakan oleh: Aida Bt Samat

Page 15

More Related Content

What's hot

Dokumen standard dunia seni visual tahun 3
Dokumen standard dunia seni visual tahun 3Dokumen standard dunia seni visual tahun 3
Dokumen standard dunia seni visual tahun 3mohanasuriya
 
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudziTemplet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudziZauhari Hussein
 
Bilik / Bengkel Seni yang selesa dapat mempengaruhi pelajar dalam P&P. Bincan...
Bilik / Bengkel Seni yang selesa dapat mempengaruhi pelajar dalam P&P. Bincan...Bilik / Bengkel Seni yang selesa dapat mempengaruhi pelajar dalam P&P. Bincan...
Bilik / Bengkel Seni yang selesa dapat mempengaruhi pelajar dalam P&P. Bincan...Eunice Tee
 
Tugasan Seni Sem 5
Tugasan Seni Sem 5Tugasan Seni Sem 5
Tugasan Seni Sem 5淡 云
 
Buku BSE Kelas 02 sd tematik 5 pengalamanku guru 2017
Buku BSE Kelas 02 sd tematik 5 pengalamanku guru 2017Buku BSE Kelas 02 sd tematik 5 pengalamanku guru 2017
Buku BSE Kelas 02 sd tematik 5 pengalamanku guru 2017FarahYudian
 
Rpp k1 t2 st4 p3
Rpp k1 t2 st4 p3Rpp k1 t2 st4 p3
Rpp k1 t2 st4 p3Narendra
 
Corak dan rekaan assigment
Corak dan rekaan assigmentCorak dan rekaan assigment
Corak dan rekaan assigmentRina Majin
 
36887748 contoh-assignment-peranan-guru-seni (1)
36887748 contoh-assignment-peranan-guru-seni (1)36887748 contoh-assignment-peranan-guru-seni (1)
36887748 contoh-assignment-peranan-guru-seni (1)Alene Juel
 
PENINGKATAN KUALITAS PEMBELAJARAN SENI BUDAYA MELALUI PENGEMBANGAN KREATIVITA...
PENINGKATAN KUALITAS PEMBELAJARAN SENI BUDAYA MELALUI PENGEMBANGAN KREATIVITA...PENINGKATAN KUALITAS PEMBELAJARAN SENI BUDAYA MELALUI PENGEMBANGAN KREATIVITA...
PENINGKATAN KUALITAS PEMBELAJARAN SENI BUDAYA MELALUI PENGEMBANGAN KREATIVITA...Ta'allum: Jurnal Pendidikan Islam
 

What's hot (13)

Dokumen standard dunia seni visual tahun 3
Dokumen standard dunia seni visual tahun 3Dokumen standard dunia seni visual tahun 3
Dokumen standard dunia seni visual tahun 3
 
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudziTemplet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
 
paud
paudpaud
paud
 
Kanak
KanakKanak
Kanak
 
Peranan guru psv
Peranan guru psvPeranan guru psv
Peranan guru psv
 
Bilik / Bengkel Seni yang selesa dapat mempengaruhi pelajar dalam P&P. Bincan...
Bilik / Bengkel Seni yang selesa dapat mempengaruhi pelajar dalam P&P. Bincan...Bilik / Bengkel Seni yang selesa dapat mempengaruhi pelajar dalam P&P. Bincan...
Bilik / Bengkel Seni yang selesa dapat mempengaruhi pelajar dalam P&P. Bincan...
 
Tugasan Seni Sem 5
Tugasan Seni Sem 5Tugasan Seni Sem 5
Tugasan Seni Sem 5
 
Buku BSE Kelas 02 sd tematik 5 pengalamanku guru 2017
Buku BSE Kelas 02 sd tematik 5 pengalamanku guru 2017Buku BSE Kelas 02 sd tematik 5 pengalamanku guru 2017
Buku BSE Kelas 02 sd tematik 5 pengalamanku guru 2017
 
Rpp k1 t2 st4 p3
Rpp k1 t2 st4 p3Rpp k1 t2 st4 p3
Rpp k1 t2 st4 p3
 
Corak dan rekaan assigment
Corak dan rekaan assigmentCorak dan rekaan assigment
Corak dan rekaan assigment
 
M uas
M uasM uas
M uas
 
36887748 contoh-assignment-peranan-guru-seni (1)
36887748 contoh-assignment-peranan-guru-seni (1)36887748 contoh-assignment-peranan-guru-seni (1)
36887748 contoh-assignment-peranan-guru-seni (1)
 
PENINGKATAN KUALITAS PEMBELAJARAN SENI BUDAYA MELALUI PENGEMBANGAN KREATIVITA...
PENINGKATAN KUALITAS PEMBELAJARAN SENI BUDAYA MELALUI PENGEMBANGAN KREATIVITA...PENINGKATAN KUALITAS PEMBELAJARAN SENI BUDAYA MELALUI PENGEMBANGAN KREATIVITA...
PENINGKATAN KUALITAS PEMBELAJARAN SENI BUDAYA MELALUI PENGEMBANGAN KREATIVITA...
 

Similar to Assgmt seni sem 5

Similar to Assgmt seni sem 5 (20)

Hbef1403
Hbef1403Hbef1403
Hbef1403
 
Dokumen.tips kertas kerja
Dokumen.tips kertas kerjaDokumen.tips kertas kerja
Dokumen.tips kertas kerja
 
Rph topeng bunga
Rph topeng bungaRph topeng bunga
Rph topeng bunga
 
Ciri2 guru cemerlang
Ciri2 guru cemerlangCiri2 guru cemerlang
Ciri2 guru cemerlang
 
Perkembagan Seni Kanak-Kanak
Perkembagan Seni Kanak-KanakPerkembagan Seni Kanak-Kanak
Perkembagan Seni Kanak-Kanak
 
Assgment psv3104 new
Assgment psv3104 newAssgment psv3104 new
Assgment psv3104 new
 
PTK
PTKPTK
PTK
 
Ptk s
Ptk sPtk s
Ptk s
 
Kepentingan seni visual bahan psv
Kepentingan seni visual bahan psvKepentingan seni visual bahan psv
Kepentingan seni visual bahan psv
 
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) RBT
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) RBTRancangan Pengajaran Harian (RPH) RBT
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) RBT
 
4 komponan psv
4 komponan psv4 komponan psv
4 komponan psv
 
Asgnmnt koku final
Asgnmnt koku finalAsgnmnt koku final
Asgnmnt koku final
 
Rph psv2
Rph psv2Rph psv2
Rph psv2
 
Rph psv2
Rph psv2Rph psv2
Rph psv2
 
Rph psv2
Rph psv2Rph psv2
Rph psv2
 
Bahan 1
Bahan 1Bahan 1
Bahan 1
 
Membuat corak dan rekaan pembalut hadiah
Membuat corak dan rekaan   pembalut hadiahMembuat corak dan rekaan   pembalut hadiah
Membuat corak dan rekaan pembalut hadiah
 
Rpt dunia seni-visual-tahun-2-kssr-sk
Rpt dunia seni-visual-tahun-2-kssr-skRpt dunia seni-visual-tahun-2-kssr-sk
Rpt dunia seni-visual-tahun-2-kssr-sk
 
Laporan analisis 2 (1)
Laporan analisis 2 (1)Laporan analisis 2 (1)
Laporan analisis 2 (1)
 
Rph kssr dunia seni visual tahun 2
Rph kssr dunia seni visual tahun 2Rph kssr dunia seni visual tahun 2
Rph kssr dunia seni visual tahun 2
 

Recently uploaded

Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.pptSejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.pptssuser940815
 
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKAPPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKARenoMardhatillahS
 
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdfWahyudinST
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxherisriwahyuni
 
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptxKonflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptxintansidauruk2
 
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2noviamaiyanti
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiIntanHanifah4
 
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptxLATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptxnataliadwiasty
 
LA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OK
LA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OKLA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OK
LA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OKDeviIndriaMustikorin
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfTaqdirAlfiandi1
 
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup BangsaDinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup BangsaEzraCalva
 
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...NiswatuzZahroh
 
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfPanduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfandriasyulianto57
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmeunikekambe10
 
modul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintan
modul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintanmodul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintan
modul 1.2 guru penggerak angkatan x BintanVenyHandayani2
 
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdfsandi625870
 
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuHANHAN164733
 
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptxMTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptxssuser0239c1
 
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxSKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxg66527130
 
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian KasihTeks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasihssuserfcb9e3
 

Recently uploaded (20)

Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.pptSejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
 
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKAPPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
 
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
 
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptxKonflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
 
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
 
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptxLATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
 
LA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OK
LA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OKLA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OK
LA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OK
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
 
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup BangsaDinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa
 
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
 
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfPanduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
 
modul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintan
modul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintanmodul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintan
modul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintan
 
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf
 
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
 
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptxMTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
 
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxSKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
 
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian KasihTeks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
 

Assgmt seni sem 5

  • 1. HBAE1403 Assignment Sem Mei 2013 FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBAE1403 MENGGAMBAR NAMA : AIDA BINTI SAMAT NO. MATRIK :730624016516001 NO K.PENGENALAN :730624016516 NO.TELEFON : 0197194668 EMEL : ida_murat@oum.edu.my Tutor’s name : PN MARIANA BT TUKIMAN Learning Centre:OUM Johor Bahru SMP PPG MEI 2013 Disediakan oleh: Aida Bt Samat Page 1
  • 2. HBAE1403 Assignment Sem Mei 2013 ISI KANDUNGAN: 1.0 Pengenalan…………………………………………………………………….3 2.0 Proses Artistik dengan menggunakan kaedah apresiasi seni………………….4 2.1 proses Artistik berkaitan Tema………………………………………….5 2.2 Proses Artistik berkaitan bahan…………………………………………6 2.3 Proses Artistik berkaitan Teknik………………………………………6-7 2.4 Proses artistik berkaitan Penilaian……………………………………8-9 3.0 Maklumat sokongan 3.1 Perkaitan Dengan Kreativiti dan Psikologi Kanak-kanak…………….10-12 4.0 Kesimpulan…………………………………………………………… 12-13 5.0 Rujukan……………………………………………………………….14-15 6.0 Lampiran………………………………………………………………15 Disediakan oleh: Aida Bt Samat Page 2
  • 3. HBAE1403 Assignment Sem Mei 2013 1.0 Pengenalan Sistem pendidikan di Malaysia mempunyai matlamat yang jelas iaitu melahirkan insan dan bangsa yang cemerlang melalui Falsafah Pendidikan Negara(FPN).Justeru peranan guru seni sebagai „input‟ seharusnya cemerlang terlebih dahulu sebelum menentukan „output‟ iaitu murid memperolehi kecemerlangan selaras dengan hasrat FPN .Pendidikan Seni Visual sebenarnya lebih menjurus untuk membawa satu perubahan individu kepada sikap dan nilai murni dengan memupuk diri dalam pengalaman estetik dan membentuk emosi yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Bagi melahirkan individu yang imaginatif,kreatif berpengetahuan dan berdaya peka terhadap ciri-ciri estetik merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang besar bagi seorang guru Pendidikan Seni Visual.Seni juga merupakan satu saluran penyataann diri kerana melalui aktiviti seni seperti melukis,mewarna, kraf tangan dan sebaginya akan memberi kepuasan,lapang perasaan, emosi yang stabil dan ketenangan kepada individu.Malah di sinilah pentingnya guru Pendidikan Seni Visual memainkan peranan supaya melestarikan subjek Pendidikan seni Visual sebagai salah satu alternatif sumbangan ke arah perkembangan emosi dan sahsiaah diri yang positif dalam diri murid. Guru Pendidikan Seni Visual seharusnya menguasai ilmu psikologi kanak-kanak kerana kefahaman terhadap aspek diri murid akan menerap penghayatan seni dan menggambarkan kematangan mereka.Guru juga dapat membuat ramalan terhadap tingkah laku murid yang bersesuaian dengan peringkat umur dan seterusnya dapat membantu guru merancang perubahan tingkah laku positif murid dengan memberi motivasi atau pengajaran yang sesuai dengan tahap umur murid.Apabila menemui sesuatu tingkah laku yang berlaku pada murid guru boleh mengaitkannya dengan tahap umur,latar belakang murid dan di sinilah bermulanya peranan guru menyediakan aktiviti yang sesuai dalam meningkatkan prestasi pembelajarannya.Adakalanya emosi dalaman murid diluahkan melalui hasil seni dan kepekaan guru memahami perubahan tingkah laku murid sebenarnya dapat membantu mengatasi masalah yang berlaku.Peranan guru Pendidikan Seni Visual sebagai pelaksana kurikulum juga dapat menyatukan pelbagai murid yang berlainan latar belakang seterusnya meningkatkan rasa syukur terhadap Tuhan,menghargai keindahan alam persekitaran dan warisan bangsa .Selain itu juga dapat menggalakkan murid-murid melaksanakan pemerhatian aktif,interaksi yang kreatif dengan alatan serta apresiasi seni. Disediakan oleh: Aida Bt Samat Page 3
  • 4. HBAE1403 Assignment Sem Mei 2013 2.0 Proses artistik dengan menggunakan kaedah apresiasi seni Herbert Read seorang tokoh pengkritik seni telah menyatakan bahawa “ Art is creative self expression” dan “Works of art express and communicative universal values” Kreatif adalah kebolehan untuk mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli.Bagi mereka yang berpendapat bahawa seni adalah penyataan diri sebenarnya dalam diri kanak-kanak itu sendiri terdapat daya kreatif yang hebat yang memerlukan jalan keluar untuk menyatakan ekspresi diri.Malah sebagai seorang guru perlu berperanan membimbing dan memberi ruang dan peluang untuk murid-murid melukis tentang apa yang mereka mahu, tentang apa yang mereka lihat dari kaca mata mereka sendiri bukan melukis tentang apa yang orang lain fikirkan Apresiasi seni merujuk kepada membuat penilaian atau mempunyai kepekaan terhadap sesuatu gambaran,imej atau objek dalam sesuatu pembelajaran.Memberi penghargaan terhadap sesuatu hasil kerja seni adalah salah satu cara seseorang itu boleh berinteraksi dengan diri sendiri dan orang lain.Sehubungan itu, untuk membincangkan secara terperinci mengenai proses artistik dengan menggunakan kaedah apresiasi seni ini,saya telah menjalankan pengajaran Seni di kelas 3 Gemilang.Kelas ini terdiri daripada kumpulan murid cerdik dan sederhana.Sesi pengajaran dapat berjalan dengan lancar dan teratur. Karya yang saya dipilih ialah hasil kerja muridadik Nurizzah Arifah.Disebabkan ada gabungan teknik yang dipilih, justeru sesi pengajaran berlangsung sebanyak dua kali(2jam) dalam tempoh dua minggu.Pada satu jam pertama saya memilih untuk melaksanakan teknik percikan terlebih dahulu kerana penggunaan warna air memerlukan perhatian dan kawalan guru terutama dari segi kebersihan dan keselamatan murid.Manakala pada minggu kedua saya meminta muridmurid membawa huruf-huruf yang dipilih untuk menyiapkan kad ucapan Hari Ibu.Pada sesi pengajaran kedua hanya melibatkan teknik gosokan dan tampalan huruf-huruf. Disediakan oleh: Aida Bt Samat Page 4
  • 5. HBAE1403 Assignment Sem Mei 2013 Tahun : 3 Gemilang Bidang : Menggambar Tema : Menghasil kad ucapan Hari Ibu Alat dan Bahan : Berus gigi, kertas lukisan, palet , warna air, pelbagai jenis daun, berus lukisan, krayon, tudung saji, majalah, akhbar. Teknik :Percikan, gosokan dan tampalan 2.1 Proses Artistik berkaitan Tema Tema yang dipilih adalah berkaitan menghasilkan Kad Ucapan hari Ibu.Tema ini dipilih kerana ia rapat dengan kehidupan sebenar murid apatah lagi sambutan hari ibu baru sahaja diraikan pada bulan Mei yang lalu.Pembelajaran yang berkaitan dengan pengalaman sedia ada murid sebenarnya juga banyak membantu murid menjana idea Disediakan oleh: Aida Bt Samat Page 5
  • 6. HBAE1403 Assignment Sem Mei 2013 untuk menghasilkan kad ucapan yang kreatif.Contohnya, murid membuat bentuk “love” yang menggambarkan luahan perasaan kasih sayang seorang anak kepada ibunya.Pemilihan tema yang tepat dan berkaitan dengan pengalaman murid juga membantu objektif pengajaran dapat dicapai. Berdasarkan Teori Perkembangan Artistik oleh Hurwitz dan Day(2001) ,peringkat 6-9 tahun adalah Peringkat Membuat Simbol. Pada peringkat siri perkembangan ini kanakkanak sangat terpengaruh dengan alam sekeliling.Tahap ini juga kanak-kanak sudah boleh menghasilkan simbol yang mudah dikenalpasti kerana mereka telahpun mempunyai kawalan seimbang dan teratur dari segi pergerakan tangan.Dalam konteks ini pemilihan tema yang dipilih memainkan peranan kerana ia turut membantu perkembangan kognitif kanak-kanak. 2.2 Proses Artistik Berkaitan Bahan Semasa menjalankan aktiviti seni penggunaan bahan yang betul amat penting agar tidak berlaku pembaziran.Penggunaan bahan yang salah sudah tentu tidak dapat menghasilkan karya seni yang berkualiti.Bagi menghasilkan Kad Ucapan Hari Ibu alat dan bahan yang digunakan ialah berus gigi, kertas lukisan, palet, warna air, pelbagai jenis daun, berus lukisan,krayon,tudung saji, majalah dan akhbar.Berus gigi digunakan untuk menghasilkan percikan.Warna air dibancuh di dalam palet dengan menggunakan berus lukisan.Semasa membuat bancuhan guru perlu memberi bimbingan dan kawalan agar bancuhan tidak terlalu pekat dan cair.Pada peringkat asas aktiviti percikan kadar cairan warna seelok-eloknya sederhana agar percikan lebih halus dan serata.Pelbagai jenis daun dipilih untuk menghasilkan corak-corak daun dalam aktiviti percikan.Manakala tudung saji pula digunakan untuk memberikan kesan jalinan apabila kertas lukisan digosokkan ke atasnya dengan menggunakan warna krayon.Huruf-huruf SELAMAT HARI IBU diperolehi daripada majalah dan akhbar.Selebihnya boleh digunakan untuk mengalas kertas lukisan semasa aktiviti percikan dijalankan supaya warna tidak terpercik ke kawasan lain. 2.3 Proses Artistik Berkaitan Teknik Berdasarkan hasil kerja murid seperti gambar di atas murid telah menghasilkan aktiviti percikan secara bebas ke atas permukaan kosong. Teknik percikan ialah salah satu aktiviti menggambar dalam kerja-kerja seni dan ia merupakan teknik hiasan catan Disediakan oleh: Aida Bt Samat Page 6
  • 7. HBAE1403 Assignment Sem Mei 2013 secara mendetik, mengetuk atau menjentik bulu berus yang akan menghasilkan kesan “ a speckled granite-style finish”.Titik-titik air atau warna yang berserakan terhasil bila warna terhempas ke suatu permukaan.Sebelum percikan dilakukan pastikan alas kertas lukisan denga akhbar untuk mengelakkan percikan yang tidak diingini.Terlebih dahulu pelbagai jenis daun disusun di atas kertas lukisan.Celup berus gigi dalam warna air dan percikkan dengan menggunakan hujung jari.Percikan dihasilkan dengan menggunakan tiga warna yang berlainan iaitu didahului dengan warna cerah-kuning, hijau dan merah.Sebelum menggunakan warna lain pastikan ubah kedudukan susunan daun untuk menghasilkan corak daun yang berbeza dan pastikan berus gigi dicuci dengan bersih semasa membuat percikan seterusnya. Selain teknik percikan,murid juga telah mengaplikasikan gabungan teknik lain iaitu gosokan dan tampalan.Semasa gosokan dilakukan murid menggunakan permukaan tudung saji.Permukaan kasar pada tudung saji tersebut telah menghasilkan kesan jalinan yang menarik apabila digosok dengan menggunakan krayon.Ia adalah satu proses penerokaan di mana murid dapat menggambar dengan menggunakan deria sentuh yang terdapat di sekeliling mereka.Seterusnya dapat dilihat murid mengaplikasikan kreativiti dengan membuat bentuk “love” dengan menggunakan kertas lukisan yang mempunyai kesan gosokan tersebut..Kemudian murid membuat tampalan huruf-huruf “ SELAMAT HARI IBU” yang diambil daripada majalah-majalah lama. Terdapat juga beberapa unsur seni yang didapati daripada karya seni murid di atas seperti jalinan, warna, garisan, ruang dan rupa.Unsur garisan dapat dilihat daripada objek buatan manusia iaitu tudung saji apabila gosokan menggunakan krayon dilakukan pada permukaan tudung saji.Aplikasi garisan ini secara tidak langsung mencipta jalinan tampak di mana teknik gosokan menggunakan bahan berjalinan sentuh sebagai subjek iaitu menggunakan krayon untuk digosokkan atas permukaan tudung saji bagi mendapatkan kesan jalinan.Dengan adanya jalinan sebenarnya dapat memberikan kesan menarik. Susunan pelbagai daun pada permukaan kertas lukisan telah membentuk rupa motif yang cantik.Rupa mempunyai garisan luar dan sempadan yang mengelilinginya.Kesan bentuk daun yang ditonjolkan.Rupa daun yang dihasilkan ini juga merujuk kepada rupa organik yang tidak terikat pada bentuk yang khusus dan tidak bersudut. Manakala unsur seni warna yang dipilih adalah terdiri dari warna-warna asas(primer) iaitu merah,biru dan kuning.Warna sekunder yang digunakan dalam hasil karya seni Disediakan oleh: Aida Bt Samat Page 7
  • 8. HBAE1403 Assignment Sem Mei 2013 murid tersebut pula ialah warna hijau.Penggunaan warna seperti merah dan kuning juga dikenali sebagai warna-warna panas yang memberikan gambaran bertenaga dan terang.Kemudian apabila dipercikkan dengan warna hijau memberi kesan kontra kerana hijau adalah warna sejuk yang tenang, dingin dan selesa.Secara keseluruhannya harmoni telah wujud melalui unsur-unsur warna iaitu warna panas, warna sejuk atau campuran pelbagai jenis warna.Tujuan menghasilkan kesan harmoni ialah untuk menarik perhatian pada sesuatu objek. Unsur penegasan juga dapat dilihat pada karya seni murid melalui tampalan potongan bentuk “love” yang bewarna merah,biru dan jingga serta huruf-huruf SELAMAT HARI IBU.Ia berfungsi sebagai daya penarik, pemusatan atau fokus pengkarya iaitu untuk menghasilkan kad ucapan hari ibu.Secara tidak langsung dapat mengelakkan kebosanan dengan memberi variasi yang berbeza bukan sekadar percikan warna semata-mata. Ruang pula merujuk kepada kawasan yang dikelilingi garisan atau dalam erti kata lain ia wujud di sekeliling rupa dua dimensi dan bentuk tiga dimensi.Percikan yang dihasilkan murid memenuhi ruang lukisan dengan maksimun kecuali pada bahagian yang ditutupi daun yang bertujuan untuk menimbulkan kesan bentuk-bentuk daun yang pelbagai jenis. Dalam konteks seni visual terdapat juga imbangan iaitu satu keadaan gubahan yang seimbang dari segi sempadan, sama kecerahan warna tetapi imbangan pada karya seni murid di atas ialah imbangan simetri yang bersifat seimbang di sebelah kiri dan kanan.Ini dapat diperhatikan pada susunan huruf dan bentuk “love” yang ditampal pada kedudukan simetri. Selain itu susun atur huruf-huruf dan bentuk “love” yang sempurna, kemas dan teratur secara tidak langsung telah mewujudkan kesatuan yang menimbulkan sentimen perasaan yang menyentuh hati dan selesa bagi seorang ibu apabila membacanya. 2.4 Proses Artistik Berkaitan Penilaian. Karya seni yang dihasilkan oleh murid Tahun 3 ini boleh dianggap berjaya kerana dapat melahirkan ekspresi mood seorang ibu.Perkataan SELAMAT HARI IBU menjadi subjek utama kerana ia sudah cukup menggambarkan luahan kasih sayang seorang anak dan tanda penghargaan kepada ibu tersayang walaupun sekadar tiga frasa ungkapan yang ringkas iaitu SELAMAT HARI IBU.Malah ia bertepatan dengan hasrat seorang anak yang ingin memberi ucapan hari ibu melalui hasil kerja seni-kad ucapan yang kreatif dan menarik. Disediakan oleh: Aida Bt Samat Page 8
  • 9. HBAE1403 Assignment Sem Mei 2013 Penilaian bagi guru PSV dapat diterjemahkan dari segi keaslian karya seni itu sendiri yang dihasilkan berdasarkan pengalaman murid yang mungkin beranggapan kata-kata ucapan adalah satu bentuk luahan perasaan kepada ibu tersayang melalui pemberian kad ucapan yang dihasilkannya sendiri.Secara tidak langsung ia juga dapat memberi satu gambaran kesedaran kepada kita semua tanda ingatan kepada insan yang paling istimewa bukan sekadar pemberian hadiah yang mahal semata-mata.Kad ucapan yang ringkas dan sederhana boleh diketengahkan kepada murid-murid juga sebagai satu hadiah bermakna kepada ibu.Murid menggunakan teknik percikan sebagai asas utama digabungkan dengan teknik gosokan dan tampalan huruf-huruf bagi penghasilan karya yang menimbulkan corak yang menarik. Selain itu, perbincangan hasil kerja seni murid boleh juga dilakukan tanpa mengetahui siapa yang menghasilkan karya tersebut supaya komen boleh dibuat tanpa mengira berat sebelah pihak dan ia lebih bersifat bebas dan terbuka.Malah semasa membuat penilaian dan menganalisa sesuatu hasil kerja murid guru PSV memainkan peranan penting sebagai pembimbing kepada murid-murid yang ingin menjalankan proses apresiasi seni.Pameran hasil kerja murid juga merupakan satu penghargaan cara membina penghormatan diri terhadap murid. Justeru guru haruslah peka terhadap persepsi yang ingin dikemukakan murid tentang sesuatu hasilkerja terutama dari segi aspek budaya, fungsi, perasaan, keaslian, kreativiti, teknik penghasilan, tujuan dan objektif.Di antara beberapa aspek yng turut perlu diambil kira oleh guru dalam membimbing murid membuat apresiasi seni ialah tajuk, tema, masa, “subjek matter”, alatan, media, teknik, asas senireka, sejarah, kejayaan sesuatu idea atau konsep.Malah penilaian sesuatu hasil kerja boleh dinilai dalam bentuk skala dari satu( lemah) hingga sepuluh ( terbaik).Semasa membuat penilaian guru perlu melatih murid agar menghormati pembuat karya walaupun tidak berapa menarik dan dilihat dari sudut pandangan yang positif.Seni harus disertai dengan perasaan, penghargaan dan refleksi diri. Hasil seni itu sendiri sebenarnya banyak berkait rapat dengan kehidupan sebenar murid. Secara keseluruhannya, karya seni yang dihasilkan oleh murid ini berjaya dan ia menjadi platform luahan perasaan hatinya bagi menghargai kasih sayang terhadap ibunya.Walaupun terdapat juga sedikit percikan yang kurang menjadi disebabkan penggunaan campuran air yang banyak tapi ia tidak menjejaskan keseluruhan hasil seni murid tersebut. Disediakan oleh: Aida Bt Samat Page 9
  • 10. HBAE1403 Assignment Sem Mei 2013 3.0 Maklumat Sokongan 3.1 Perkaitan Dengan Kreativiti dan Psikologi Kanak-kanak Berdasarkan dengan karya seni murid tahun 3 di atas menunjukkan terdapat unsur kreativiti yang diaplikasikan dalam penghasilan kad ucapan hari ibu.Setelah menggunakan teknik percikan secara bebas ke atas permukaan lukisan yang kosong, murid telah menggabungkan teknik gosokan yang menghasilkan kesan jalinan yang menarik.Kemudian di akhirnya murid telah menampal huruf-huruf di atas kertas yang digosokkan dengan menggunakan krayon tadi.Skop pemikiran murid tidak terhad kepada teknik percikan semata-mata dan di sinilah murid menggunakan kreativitinya dengan menggabungkan teknik yang lain pula.Selain itu, pengalaman persekitaran turut menyumbang ke arah kreativiti murid.Faktor-faktor sekeliling sama ada media massa, pembacaan yang menggalakkan individu menghargai pengorbanan seorang ibu melalui ucapan-ucapan penghargaan turut menggalakkan lagi kanak-kanak meneroka, mencuba menterjemahkan luahan kasih sayang mereka dengan pemberian kad ucapan kepada ibu.Sebenarnya kanak-kanak itu sendiri memang dilahirkan kreatif dan penyataan ini disokong dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang suka meneroka dan penuh perasaan ingin tahu.Perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran bagi kanak-kanak.Menurut Calvin W.Taylor(1915-2000) seorang ahli psikologi mennyatakan bahawa tidak semua manusia dilahirkan mempunyai bakat yang sama.Taylor percaya pengembangan bakat berkaitrapat dengan cara guru meransang pemikiran mereka.Justeru amatlah besar peranan guru PSV memberi ransangan dan membimbing dalam usaha meningkatkan lagi kreativiti murid-murid. Teori perkembangan artistik kanak-kanak oleh Lowenfeld dan Britain menyatakan pada Peringkat Schematic (7-9 tahun) lukisan yang dihasilkan mula mengikut konsep dan skema tertentu,Kanak-kanak mula bijak membahagikan ruang pada kertas lukisan.Ini dapat dilihat pada hasil karya murid di atas penyusunan huruf-huruf ada keseimbangan kiri dan kanan. Penghasilan seni oleh kanak-kanak disifatkan sebagai luahan dan ekspresif .Di sinilah menguji keupayaan perkembangan kognitif dan kreativiti mereka.Karya seni kanak-kanak lebih bersifat peribadi dan tersendiri dan bertitik tolak daripada faktor inilah mereka perlu diberi pengetahuan asas mengenai lukisan sebelum didedahkan dengan pelbagai aktiviti seterusnya meransang kreativiti mereka. Disediakan oleh: Aida Bt Samat Page 10
  • 11. HBAE1403 Assignment Sem Mei 2013 Karya : Jackson Pollock Judul : Autumn Rhythm Teknik: Percikan Karya Jackson Pollock adalah contoh penggunaan teknik percikan yang berjaya digambarkan dengan luahan perasaan sebenar dengan renjisan warna yang bebas.Di sini dapat dilihat beliau mementingkan kespontanan dan kebebasan dalam berkarya.Tiada lakaran dilakukan dan perasaan diluahkan secara tidak dirancang.Teknik percikan juga diaplikasikan dalam hasil karya murid seperti contoh di awal penerangan tugasan ini.Walaupun terlalu jauh untuk dibuat perbandingan namun apa yang ingin diketengahkan ialah teknik percikan sebenarnya boleh memberi pengetahuan kepada murid untuk bebas berkarya tidak terikat dengan sesuatu objek dan imej tertentu. Kreativiti itu sendiri adalah kebolehan untuk mencipta, mengembangkan sesuatu idea baru dan asli.Malah mereka yang kreatif berkemampuan untuk mengubah sesuatu idea asal kepada sesuatu yang berbeza dengan memanipulasikan idea tersebut dengan pelbagai teknik dan cara. Ahli Psikologi Jean Piaget, berdasarkan teori perkembangan kognitif beliau menyatakan pada tahap umur 6-12 tahun kanak-kanak mula menguasai konsep ruang.Ini dapat diperhatikan daripada karya yang dihasilkan oleh adik Nurizzah percikan yang dihasilkan memenuhi ruang kecuali pada ruang yang ditutupi oleh daun yang bertujuan untuk menghasilkan corak-corak daun.Keupayaan otot-otot kecil lebih baik justeru percikan dan tampalan yang dibuat kelihatan kemas dan cantik.Pertumbuhan mata yang lebih baik amat membantu kanak-kanak menjalankan kerja-kerja yang halus seperti teknik percikan ini. Dari segi perkembangan sosial dan emosi pada tahap perkembangan psikososial Erikson yang keempat pada tahap umur 6-12 tahun,peranan guru dan rakan sebaya Disediakan oleh: Aida Bt Samat Page 11
  • 12. HBAE1403 Assignment Sem Mei 2013 memberi pengaruh yang besar ke atas perkembangan kanak-kanak kerana masa di sekolah bersama guru dan rakan-rakan agak lama.Justeru mereka mula menunjukkan sikap berminat dan tekun menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.Naluri ingin mencuba sesuatu yang baru amat tinggi dan di sini pentingnya guru memberi bimbingan dan motivasi agar karya seni yang dihasilkan menarik dan menimbulkan kepuasan hati pada murid.Penghargaan amat memberi impak positif kepada murid untuk menyiapkan kerja seni yang diberikan guru. 4.0 Kesimpulan Peranan guru Pendidikan Seni Visual amat menyumbang ke arah melahirkan generasi yang kreatif.Laura Chapman menyatakan bahawa proses kreativiti merupakan proses penghasilan atau artistik.Justeru untuk memperkembang kreativiti murid, guru Pendidikan Seni Visual perlu menggunakan pelbagai cara dalam menghasilkan karya.Perkara yang paling penting sekali sebagai seorang guru Pendidikan Seni Visual seharusnya menguasai ilmu dalam bidang seni visual supaya guru mempunyai pengalaman yang lebih banyak semasa mengajar.Secara umum, seni berkaitan dengan hal-hal keindahan atau estetika kehidupan dan persekitaran yang merangkumi aspek-aspek jasmani dan kerohanian individu dalam masyarakat.keadaan ini sebenarnya banyak membantu dalam proses penjanaan idea bagi meransang minda murid supaya hala tuju yang diinginkan dapat dicapai.Menurut Martin (1986)seni juga disifatkan sebagai suatu kegiatan atau proses penciptaan yang memerlukan kemahiran serta pengetahuan untuk melahirkan idea yang berbentuk nyata.Kemahiran perlu mendapat latihan yang secukupnya supaya menghasilkan sebuah karya seni yang indah. Sebagai guru yang bertindak sebagai penyampai ilmu malah tidak keterlaluan juga sebagai penyambung warisan keseniaan yang sedia ada.Mata pelajaran Pendidikan seni Visual begitu memainkan peranan penting dan sewajarnya tanggapan yang mengatakan Pendidikan Seni Visual tiada kepentingan dalam kehidupan hendaklah disangkal kerana sejarah telah membuktikan kesenian banyak membangun ke arah pembentukan tamadun manusia.Mengenali bangsa yang berjaya ialah melalui seni selari dengan perkembangan teknologinya.Ia juga berkait rapat dengan kreativiti dan ini bertepatan dengan matlamat pelajaran Pendidikan seni Visual untuk melahirkan insan yanag harmonis,kritis dan kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual.Kanak-kanak yang melibatkan diri secara aktif juga menyumbang kepada ke arah perkembangan sosio-emosi yang positif kerana mereka boleh menghasilkan luahan perasaan melalui hasil seni mereka.Keadaan ini juga akan dapt menajamkan persepsi dan imaginasi mereka melalui pancaindera.Murid yang kreatif Disediakan oleh: Aida Bt Samat Page 12
  • 13. HBAE1403 Assignment Sem Mei 2013 mempunyai daya imaginasi yang tinggi yang di luar kotak pemikiran murid biasa.Seni dan falsafah menjadi faktor penting dalam masyarakat kerana ia saling memerlukan.Seni juga boleh menjadi agen perubahan dan di di sinilah titik permulaan peranan guru Pendidikan Seni Visual Disediakan oleh: Aida Bt Samat Page 13
  • 14. HBAE1403 Assignment Sem Mei 2013 5.0 RUJUKAN Chapman, Laura, H. (1988). Approaches to Art in Education, Harcourt Brace Jovanovich Inc. New York Haslinda Madon. (2011). HBAE1403. Menggambar, Kuala Lumpur: Meteor Doc Sdn.Bhd. Hassan Langgulung.(1997). Kreativiti Dan Pendidikan. Suatu Kajian Psikologi danFalsafah. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia.(1998). Buku Sumber Guru Pendidikan Seni Visual, KBSR.KL:DBP. Kementerian Pendidikan Malaysia (1985). Buku Panduan Khas Pendidikan Seni Visual,KBSR.KL:DBP.(Tahun Satu hinga Tahun Enam). Mazlan. M. (1997). Pendidikan Seni 1: Prinsip Pendidikan Seni. KL: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Prof. Dr.Hj Abdul Shukor Hashim,et.al. (2011). HBAE1203. Perkembangan Seni Kanak-kanak, Kuala Lumpur: Meteor Doc Sdn.Bhd. Rousliluddin Ambia,Mohd Jamel Hj,Mohd Taslim Abd Rahim,Manan Sarbani.(2011).HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual.Kuala Lumpur:Meteor Doc.Sdn.Bhd. Shaharuddin Hashim, Dr. RohizaniYaakub. (2003). Psikologi Pembelajaran dan Personaliti.PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. Pahang Darul Makmur. Sharifah Alwiah Alsagoff. (1987). Psikologi Pendidikan 1.Konsep-konsep Asas Psikologi dan Psikologi Pendidikan, Psikologi Perkembangan.Longman.Selangor. Rujukan Internet: Laman sesawang Disediakan oleh: Aida Bt Samat Page 14
  • 15. HBAE1403 Assignment Sem Mei 2013 http://senivisual2.blogspot.com/2010/01/kepentingan-pendidikan-seni Dicapai pada 14 Jun 2013 http://jbc6024.tripod.com/falsafah.html Dicapai pada 15 Jun 2013 http://chikya87.blogspot.com/2010/04/kepentingan-kreativiti-dalam-pendidikan.html Dicapai pada 20 Jun 2013 http://skdarau.tripod.com/kbsr.html Dicapai pada 20 Jun 2013 http://tiejay.tripod.com/psikologi.htm Dicapai pada 23 Jun 2013 http://afizayu-arshad.blogspot.com/2011_11_01_archive.html Dicapai pada 1 Julai 2013 www.oocities.org/zulmz65/hbae1103psv.pdf Dicapai pada 1 Julai 2013 http://senivisual1.blogspot.com/2009/10/lukisan.html Dicapai pada 2 Julai 2013 http://panitia-psvskpk.blogspot.com/search/label/GAMBAR%20MAUJUD-binaan 6.0 LAMPIRAN -Hasil Kerja Seni Murid Disediakan oleh: Aida Bt Samat Page 15