Sumbangan spbt

345 views

Published on

Pdf

Published in: Technology, Spiritual
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Sumbangan spbt

  1. 1. SPTB: SUMBANGAN KEPADA TRANSFORMASI URUSANPENDAFTARAN PELETAKHAKAN TANAH WAKAF1.0 TUJUAN1. Kertas ini dibentangkan sebagai makluman mengenai tindakanyang telah diambil oleh Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer(SPTB) sebagai sumbangan kepada transformasi urusanpendaftaran peletakhakan tanah wakaf kepada Majlis AgamaIslam Negeri (MAIN) dan mendapat pandangan kepada cadanganyang dibentangkan.2.0 LATAR BELAKANG1. Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan) telahmemperkenalkan penggunaan Sistem Pendaftaran TanahBerkomputer (SPTB) didalam semua urusan yang berkaitandengan tanah di seluruh Semenanjung Malaysia.2. Memandangkan pendaftaran peletakhakan merupakan salah satudaripada urusan berkaitan dengan tanah, JKPTG telah menerimapermohonan daripada JAWHAR dan MAIN agar JKPTGmembangunkan modul pendaftaran peletakhakan tanah wakafkepada MAIN di dalam SPTB bertujuan membantu PendaftarHakmilik dan Pentadbir Tanah menguruskan pendaftaranperletakhakan tanah wakaf kepada MAIN secara yang lebihteratur.1
  2. 2. 3. Sebelum ini, urusan pendaftaran peletakhakan tanah wakafkepada MAIN dibuat berpandukan kepada Pekeliling KetuaPengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 8/1999bertarikh 24 November 1999 yang telah menasihatkan semuaPendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah agar menguruskanpendaftaran peletakhakan tanah wakaf kepada MAINmenggunakan kaedah peletakhakan berkanun dibawah seksyen416 C KTN.4. Selain daripada Pekeliling KPTG berkenaan, bagimemperkemaskan lagi urusan pendaftaran peletakhakan tanahwakaf kepada MAIN, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR)telah mengeluarkan Manual Pengurusan Peletakhakan TanahWakaf pada tahun 2010 yang merupakan panduan kepada semuapegawai MAIN, Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah didalammenguruskan pendaftaran peletakhakan tanah wakaf kepadaMAIN menggunakan kaedah peletakhakan berkanun dibawahseksyen 416 C KTN.5. Susulan daripada permohonan tersebut beberapa mesyuarat dandemo berhubung dengan modul yang telah dibangunkan telahdiatur bersama JAWHAR dan MAIN.6. Modul pendaftaran peletakhakan tanah wakaf kepada MAIN telahdibangunkan di dalam SPTB berdasarkan kepada kaedah dansistem yang sediada yang digunakan di semua lokasi. Walaubagaimanapun sistem sediada masih terdapat sedikit kelemahan2
  3. 3. yang mana rekod urusan dan rekod ketuanpunyaan di atas hakmilik hanya dapat mencetak keseluruhan tanah yang diwakafkandan tidak dapat mencetak bahagian-bahagian tanah yangdiwakafkan. Ini menyebabkan pembetulan terpaksa dibuat secaramanual menggunakan Seksyen 380 KTN.7. Modul ini telah dibuat penambahbaikan melalui sistem terkini dandidapati sistem terkini dapat memenuhi keperluan semasa sertaboleh dibuat penambahbaikan baru sekiranya perlu. Antarapenambahbaikan yang telah dibuat adalah memasukkanperkataan wakaf bagi bahagian yang didaftarkan atas nama MAIN.Ini bertujuan untuk membezakan pemilikan bahagian tanah olehMAIN sama ada ianya diperolehi melalui pemberimilikan olehkerajaan negeri, pembelian, wakaf dan sebagainya.Selain daripada itu bahagian yang diwakafkan dapat dicetakmengikut yang dipersetujui oleh pewakaf, umpamanya ½, ¼dan sebagainya. Untuk makluman sistem terkini yang dikenalisebagai versi 3.0 telah digunakan di seluruh Negeri Perakkecuali PTD Manjung dan di dua lokasi iaitu di Pejabat TanahKuantan dan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian NegeriPahang.3
  4. 4. 3.0 ISU1. Sistem SPTB yang sediada masih boleh digunakan untuk urusanpendaftaran peletakhakan tanah wakaf kepada MAIN tetapimemerlukan pembetulan secara manual.2. Sistem SPTB terkini atau versi 3.0 yang dilengkapkan denganmodul urusan pendaftaran peletakhakan tanah wakaf kepadaMAIN boleh digunakan mengikut keperluan dan dapat mencetakhakmilik sebagaimana dikehendaki.4.0 CADANGAN4.1 Semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah dimintamematuhi Pekeliling KPTG Bil.8/1999 dan Manual PengurusanPeletakhakan Tanah Wakaf menggunakan seksyen 416cPeletakhakan Statutori (Peletakhakan Berkanun) di dalamurusan pendaftaran tanah wakaf kepada MAIN.4.2 Semua Pentadbir Tanah dinasihatkan menaiktaraf versi SPTBsedia ada kepada versi terkini (versi 3.0) agar urusanpendaftaran tanah wakaf dapat dijalankan dengan sempurnadan memenuhi kehendak semasa.4.3 Untuk jangkamasa panjang, dicadangkan agar JAWHARdengan kerjasama MAIN menggubal suatu akta berhubungtanah wakaf yang boleh digunapakai oleh semua MAIN di4
  5. 5. dalam pengurusan tanah wakaf memandangkan KTN tidakmenyentuh perkara tersebut sepertimana diperuntukkandibawah seksyen 4(2)(e) KTN.5.0 PENUTUPAhli-ahli dengan ini dipohon mengambil maklum berhubung denganapa yang telah dilaksanakan oleh SPTB sebagai sebahagiandaripada sumbangan kepada transformasi urusan pendaftaranpeletakhakan tanah wakaf kepada MAIN dan menimbang cadanganbagi penambahbaikan urusan peletakhakan tanah wakaf kepadaMAIN dan pengurusan tanah wakaf.Disediakan oleh:Pasukan Projek SPTB,Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan)26 April 20125
  6. 6. Contoh Output Perletakhakan BerkanunTanah Wakaf6
  7. 7. 7
  8. 8. 8
  9. 9. 9

×