Successfully reported this slideshow.

Bmm 3107 maryam

5,063 views

Published on

Published in: Travel, Technology
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Bmm 3107 maryam

  1. 1. PENSYARAH : EN MOHD ASRI BIN ABD. RAZAK PEMBENTANG : MARYAM BINTI NORDIN
  2. 2. Hubungan sintagmatik adalah hubungan antara unsur-unsur yang terdapat dalam suatu tuturan, yang tersusun secara berurutan, bersifat linear. Hubungan sintagmatik ini terdapat, baik dalam tataran fonologi, morfologi, ataupun sintaksis.
  3. 3. Hubungan dalam tataran fonologi boleh dilihat pada urutan fonem-fonem pada sebuah kata yang tidak dapat diubah tanpa merosakkan makna kata itu. Umpamanya pada kata kita, terdapat hubungan fonem-fonem dengan urutan / k, i, t, a. Apabila urutannya diubah, maka maknanya akan berubah, atau tidak bermakna sama sekali. Contoh : kita, kiat, kati, kait, ikat
  4. 4. Hubungan dalam tataran morfologi boleh dilihat pada urutan morfem-morfem pada suatu kata, yang juga tidak dapat diubah tanpa merosakkan makna daripada kata tersebut. Ada kalanya maknanya berubah dan ada kalanya tidak mempunyai makna langsung. Contoh: segi tiga, tiga segi,
  5. 5. Hubungan sintagmatik pada tataran sintaksis boleh dilihat pada urutan kata-kata yang mungkin dapat diubah, tetapi mungkin juga tidak dapat diubah tanpa mengubah makna ayat tersebut, atau menyebabkan tak bermakna sama sekali. Contoh: Hari barangkali dia sakit Barangkali dia sakit hari ini Dia sakit hari ini barangkali Dia sakit barangkali hari ini.
  6. 6. Hubungan paradigmatik adalah hubungan antara unsur-unsur yang terdapat dapal suatu tuturan dengan unsur-unsur sejenis yang tidak terdapat dalam tuturan yang bersangkutan. Hubungan paradigmatik dapat dilihat dengan cara penggantian, baik pada tataran fonologi, morfologi mahupun sintasksis.
  7. 7. Antara bunyi /r/, /k/, /b/, /m/, dan /d/ yang terdapat pada perkataan rata, kata, bata, mata, dan data.
  8. 8. Hubungan paradigmatik pada tataran morfologi dapat dilihat pada contoh perfiks me- di-, pe-, dan te- yang terdapat pada kata-kata merawat, dirawat, pesawat, dan terawat.
  9. 9. H ubungan paradigmatik pada tataran sintaksis dapat dilihat pada, Contoh: Ahmad membaca buku Kucing melaw an ayam
  10. 10. Hubungan sintagmatik dan paradigmatik adalah hubungan secara mendatar atau secara linier tetapi hubungan paradigmatik bermaksud hubungannya adalah secara mengufuk.

×