Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Ayisy syahmi b. sukiman

1,311 views

Published on

  • Be the first to comment

Ayisy syahmi b. sukiman

  1. 1. Ayisy Syahmi Bin Sukiman
  2. 2.  Perkembangan ilmu linguistik moden bermula dari abad ke 19.  Pendekatan agak objektif dan saintifik.  Ahli linguistik abad 19 telah terpengaruh dengan bidang anthropologi dan sosiologi dalam pengkajian bahasa.  Anthropologi dan sosiologi adalah bidang yang mengkaji manusia dan hubungannya dengan masyarakat dan kebudayaan.
  3. 3.  Kajian bahasa kurun ke 19 memperlihatkan kegiatan memperbandingkan bahasa-bahasa.  Kesedaran timbul terhadap gejala perubahan bahasa dari segi sejarah dan kekerabatan di antara bahasa.  Contohnya, persamaan bahasa Sanskrit dengan bahasa-bahasa Eropah. (Indo-Eropah)  Indo-Eropah adalah keluarga bahasa di Eropah dan Asia Barat seperti Inggeris, Sepanyol, Jerman, Itali, Parsi, Hindi, Punjabi dan Urdu.  Yang penting adalah ciri-ciri persamaan sama ada dalam fonetik atau struktur tatabahasa di antara bahasa yang dibandingkan.
  4. 4.  Ilmu perbandingan bahasa bertujuan mencari dan menentukan kekerabatan antara bahasa.  Peringkat permulaan, kajian bertumpu di bidang fonetik.  Akibat pemisahan geografi dan sebagainya, perubahan telah menyebabkan perbezaan bunyi berlainan.
  5. 5. Bahasa Inggeris Belanda mother moeder son zon Bahasa Perkataan Jawa pari Malegasi fari Sunda pare Madura padih Melayu padi Bali padi Tagalog palai  Dalam Bahasa Austronesia, Bahasa Melayu memperlihatkan persamaan kekerabatan dengan beberapa bahasa seperti:
  6. 6.  Di atas adalah bukti jelas bagi menyatakan adanya hubungan kekeluargaan dan berasal dari satu rumpun atau turun dari satu bahasa induk yang lebih tua.  Umumnya, linguistik perbandingan lebih menumpukan usaha ke arah menentukan rumpun bahasa melalui perbandingan.  Antara rumpun bahasa sedunia adalah; Indo- Eropah, Hamito-Semit, Finno-Ugria, Bantu, Tibeto-China, Austro-Asia, Austroneis, Japhetit dan lain-lain.
  7. 7.  Tokoh kajian linguistik perbandingan adalah seperti R.K Rask (1787-1832), Jacob Grimm (1785-1863) dan Verner.  R.K Rask membuktikan bahawa perkataan bahasa German ada pertalian dari segi bunyi dengan perkataan bahasa Indo-Eropah.  Hukum p-s-v Bahasa Contoh Latin pater Inggeris father Jerman vater Belanda vader
  8. 8.  Dalam abad ke 20, penekanan telah diberikan kepada linguistik deskriptif.  Tokoh yang mula-mula memperkenalkan teori deskriptif ialah Ferdinand de Saussure.  Beliau orang pertama mengasaskan ilmu linguistik moden.  Beliau menekankan tentng pentingnya tinjauan mengenai bahasa itu dilakukan dari sudut berbeza iaitu kajian sinkronis dan diakronis.
  9. 9.  Bahasa sebagai satu keseluruhan yang hidup, yang wujud sebagai suatu ‘keadaan’ pada sesuatu masa yang tertentu.  Dengan kata lain, ia bermaksud kajian mengenai sesuatu bahasa pada waktu tertentu.  Kajian ini berminat khususnya kepada ‘keadaan’ bahasa pada satu masa.
  10. 10.  Tinjauan dari segi sejarah dengan berdasarkan kepada bahan-bahan sejarah merupakan bidang linguistik diakronis.  Maksud lain, kajian mengenai perkembangan dan sejarah yang dilalui oleh bahasa, perubahan bahasa dan sebagainya.  Kajian yang merangkumi linguistik perbandingan dan linguistik sejarah.  F. De Saussure mengemukakan konsep langue (sistem bahasa) dan parole (pertuturan yang konkrit).
  11. 11.  Merupakan keseluruhan yang terkumpul dalam sesuatu bahasa iaitu suatu sistem yang abstrak yang dipakai sebagai rujukan setiap penutur dalam sesuatu bahasa.  Sistem perhubungan yang dimiliki bersama oleh semua penutur.
  12. 12.  Tingkah laku pertuturan yang sebenarnya ditinjau dari sudut penutur-penuturnya.  Ringkasnya, ia bermaksud pertuturan sebenar yang diucapkan oleh seseorang dalam sesuatu masyarakat.

×